minit mesyuarat panitia muzik bil.1 2009

Upload: osman-hj-ibrahim

Post on 30-May-2018

334 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Minit Mesyuarat Panitia Muzik Bil.1 2009

    1/2

    MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL.1 2009SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH, 34000 TAIPING

    Tarikh : 6 Jan 2009

    Masa : 1.50 petang

    Tempat : Bilik Guru.

    Pengerusi : En. Osman bin Hj Ibrahim

    Kehadiran (Bilangan) : 2

    Ahli Yang Hadir : 1. Pn. Toh Bok Lan Ketua Bidang Kemanusiaan2. En. Osman bin Ibrahim Ketua Panitia Pend. Muzik.

    Ahli Yang Tidak Hadir : Tiada

    Hadir Bersama : Pn. Toh Bok Lan(Ketua Bidang Kemanusiaan)

    BIL. AGENDA

    1. Ucapan Pengerusi

    1.1En. Osman Ibrahim selaku ketua panitia mengucapkan terimakasihkepada Pn. Toh Bok Lan yang sudi datang ke mesyuarat PanitiaPendidikan Muzik kali ke 1 tahun 2009. Walaupun Cuma seorang sahajaahli Panitia Pendidikan Muzik namun mesyuarat panitia harus dijalankanseperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

    1.2Tujuan utama mesyuarat kali pertama ini diadakan adalah untukmerancang program-program dan aktiviti bagi memantapkan lagikeberkesanan P&P pendidikan muzik SMKKP.

    Makluman

    2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

    En. Osman membentang minit mesyuarat Bil. 3/2008. Pn. Tohmencadangkan pengesahan dan disokong oleh En. Osman.

    Makluman

    3. Perkara Berbangkit

    Tiada

  • 8/14/2019 Minit Mesyuarat Panitia Muzik Bil.1 2009

    2/2

    4. Perancangan Program Peningkatan Akedamik 2009.

    4.1 En. Osman menerangkan program peningkatan akademik masih lagiakan diteruskan seperti tahun 2008 iaitu, Program Sampingan-5 hingga

    10 minit asas teori sebelum p&p bermula, Program Utama-BengkelMuzik (Asas permainan kompang, asas teori muzik dan muzik &kehidupan), manakala program sokongan seperti yang dirancang dalamprogram kokurikulum iaitu menghasilkan sebuah folio.

    4.2 Kesemua program yang akan dijalankan akan disediakan plan operasidan laporan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

    Tindakan : En. Osman

    5. Ujian dan penilaian.

    5.1 Penilaian prestasi murid akan dilakukan seperti tahun-tahun lalu iaituujian amali dan pemahaman teori/apresiasi muzik.

    5.2Bagi ujian amali ianya akan dijalankan sebelum ujian atau peperiksaanperingkat sekolah. Seperti biasa sejumlah empat kali ujian amali akandiadakan. Ujian amali akan lebihkepada ujian kemahiran nyanyian danpermainan alat.

    Tindakan: En. Osman

    6 Hal-hal lain

    6.1 Ketua Panitia perlu mengemaskini bilik muzik, fail panitia, program-program peningkatan akademik dan pengajaran pembelajaran.

    6.2 Bagi tahun 2009 ini semua pelajar muzik dikehendaki menyediakan duabuah buku tulis iaitu sebuah buku garis lurus saiz biasa dan sebuahbuku baluk saiz A4.

    9. Penangguhan mesyuarat.-Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari

    Disediakan oleh: Disahkan oleh:

    ...................................(Osman b. Hj Ibrahim) (Pn. Toh Bok Lan)

    Setiausaha, Guru Kanan KemanusiaanPanitia Pendidikan Muzik

    Tarikh: 6 Jan 2009