minit mesyuarat panitia matematik 2 2015

7
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT JITRA KEDAH MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2/2015 Tarikh : 16.06. 2015 Masa : 1.30 petang Hari : Selasa Tempat : Bilik Mesyuarat Sek.Keb.Putat Kehadiran : 1. En. Mat Zain bin Mat Yatim (GPK 1) 2. En. Roslan bin Md Desa (Ketua Panitia) 3. En.Yusri bin Abu Bakar (Setiausaha) 4. En.MD Monir bin MD Noor 5. En.Zakaria bin Mat Isa 6. Cik Norshakira binti Hassan 7. Pn Dayang Rahmah binti Abang Haron (guru pemulihan ) 1. UCAPAN PENGERUSI : EN. ROSLAN BIN MD DESA (K. PANITIA) 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru di atas kerjasama kerana menghadirkan diri ke mesyuarat panitia kali ke-2 pada kali ini. 1.2 Pengerusi juga berharap mesyuarat panitia pada kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Tindakan : Makluman 2. UCAPAN PENASIHAT : EN MAT ZIN BIN MAT YATIM (GURUPENOLONG KANAN 1) 2.1 En. Mat Zain mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Matematik Bil. 2/2015. 2.2 Beliau menyampaikan salam dari Tuan Guru Besar yang tidak dapat hadir pada mesyuarat panitia pada kali ini . 2.3 Tuan Guru Besar En Abu Sufyan bin Khazali juga berharap agar semua ahli panitia dapat merancang dan melaksanakan program yang

Upload: leticia-davis

Post on 10-Apr-2016

83 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fg

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 2 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT JITRA KEDAH

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 2/2015

Tarikh : 16.06. 2015

Masa : 1.30 petang

Hari : Selasa

Tempat : Bilik Mesyuarat Sek.Keb.Putat

Kehadiran :

1. En. Mat Zain bin Mat Yatim (GPK 1)2. En. Roslan bin Md Desa (Ketua Panitia)3. En.Yusri bin Abu Bakar (Setiausaha)4. En.MD Monir bin MD Noor5. En.Zakaria bin Mat Isa6. Cik Norshakira binti Hassan 7. Pn Dayang Rahmah binti Abang Haron (guru pemulihan )

1. UCAPAN PENGERUSI : EN. ROSLAN BIN MD DESA (K. PANITIA)1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru di atas kerjasama

kerana menghadirkan diri ke mesyuarat panitia kali ke-2 pada kali ini.1.2 Pengerusi juga berharap mesyuarat panitia pada kali ini dapat dijalankan dengan lancar

dan jayanya.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT : EN MAT ZIN BIN MAT YATIM (GURUPENOLONG KANAN 1)2.1 En. Mat Zain mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat

menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Matematik Bil. 2/2015.2.2 Beliau menyampaikan salam dari Tuan Guru Besar yang tidak dapat hadir pada

mesyuarat panitia pada kali ini .2.3 Tuan Guru Besar En Abu Sufyan bin Khazali juga berharap agar semua ahli panitia

dapat merancang dan melaksanakan program yang berkesan untuk membantu dalam

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 2 2015

pembelajaran murid pada tahun ini dan mengekalkan peratus lulus dalam UPSR pada tahun 2015.

Tindakan : Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT3.1 Cik Norshakira binti Hassan mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan

dan disokong oleh En Zakaria bin Mat Isa .

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada

5. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

5.1 PeruntukanPerbelanjaan Panitia Matematik bagi tahun 2015 5.1.1 Pengerusi membentangkan kepada ahli-ahli panitia bahawa peruntukan untuk

perbelanjaan Panitisa pada tahun ini telah di perolehi dengan jumlah kewangan sebanyak RM 721.40.

5.1.2 Pengerusi meminta mana-mana ahli panitia yang memerlukan bahan bantu mengajar yang difikirkan sesuai untuk dibeli untuk digunakan sewaktu sesi p&p agar membuat nota minta terlebih dahulu kemudian serah kepada pihak pentadbiran .

5.1.3 Selain itu pengerusi juga meminta agar ahli panitia merancang aktiviti yang bersesuaian yang boleh dijadikan aktiviti panitia untuk tahun ini .

5.1.4 En Mat Zain bin Mat Yatim mengingatkan ahli –ahli panitia menggunakan kewangan ini dengan sebaik –baik nya dan meninggalkan 10 peratus dari peruntukan yang diberikan

Tindakan : Semua Guru Matematik

5.2 Program linus

5.2.1 Pengerusi mencadangkan guru-guru yang mengajar kelas yang mempunyai murid

pemulihan dan linus memaklumkan prestasi murid pemulihan kepada semua guru

matematik sama ada murid telah melepasi aras pemulihan atau belum lulus ujian di kelas

pemulihan. Pemulihan dicadangkan mempunyai satu standard penilaian khusus sebelum

murid-murid pemulihan dapat mengikuti P&P di kelas biasa.Beliau juga mencadangkan

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 2 2015

guru subjek dan guru pemulihan mesti sentiasa bekerjasama bagi membantu murid-murid

tersebut.

5.2.2 Pn Dayang Rahmah binti Abang Haron memaklumkan bahawa seorang murid Kelas 3 U)

perlu dirujuk ke hospital Kerana di dapati murid tersebut murid yang berkeperluan khas .

En Mat Zain selaku wakil pihak pentadbiran meminta senarai nama murid berkenaan

untuk dimaklumkan kepada ibu bapa bagi membolehkan murid-murid ini menjalani

pemeriksaan susulan untuk melayakkan dia masuk ke murid berkeperluan khas .

Tindakan : Guru KSSR

5.3 Perancangan Tahunan Panitia Matematik5.3.1 Mesyuarat Panitia dilaksanakan sekurang-kurangya empat kali setahun.5.3.2 Mengadakan minggu Matematik dalam setahun.5.3.3 Mengadakan program Bijak Sifir sepanjang tahun.5.3.4 Menganjurkan Bengkel Matematik bagi Murid Tahun 6 sebelum Peperiksaan

UPSR.5.3.5 Pengerusi berharap agar perancangan tahunan dapat dijalankan dengan lancar.5.3.6 Pencerapan Pentadbir dan Ketua panitia serta pemeriksaan buku latihan akan

dijalankan dan jadual pencerpan akan diedarkan kepada ahli panitia secepat mungkin.

Tindakan : Semua guru Matematik

5.4 LINUS

5.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat 8 orang murid tahun 2 Wira yang belum menguasai kemahiran Numerasi dan 3 orang murid tahun 3 Satria yang masih belum menguasai kemahiran Numerasi. Pengerusi berharap murid ini dapat dibantu oleh guru yang mengajar murid tersebut. Bagi murid Tahun 1, mereka belum dikenalpasti lagi sehingga mereka selesai menduduki ujian saringan LINUS 1 kelak yang dijangkakan bermula pada bulan Mac.

5.4.2 Pengerusi berharap murid LINUS yang berada pada tahun 3 pada tahun ini dapat di pulihkan sepenuhnya bagi mencapai 100% murid menguasai kemahiran Numerasi pada penghujung tahun 2013.

5.4.3 Pengerusi juga meminta guru yang mengajar murid LINUS dapat menulis dalam RPH masing-masing aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas.

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 2 2015

5.4.4 Meminta guru meneruskan penggunaaan BBB semasa PdP dan menggunakan modul yang dibekalkan semasa pengajaran LINUS.

Tindakan : Guru LINUS

5.5 PROTIM5.5.1 PROTIM pada tahun ini akan dilaksanakan berdasarkan instrumen yang akan

dibekalkan oleh KPM serta meminta guru mengikut prosedur kerja yang akan ditetapkan oleh KPM.

Tindakan : Guru PROTIM

5.6 Hal-Hal Lain5.6.1 Pn Dayang Rahmah binti Abang Haron memaklumkan bahawa murid-murid

pemulihan lambat masuk ke kelas pemulihan pada waktu yang telah ditetapkan. Beliau memohon kerjasama guru subjek memastikan murid tersebut diarahkan ke bilik pemulihan mengikut jadual.

5.6.2 Merujuk kepada Program Peningkatan mMatematik En Mat Zain bin Mat Yatim ingin penjelasan lanjut tentang program peningkatan yang telah dirancang.

5.6.3 Pengerusi menjelaskan sehingga hari ini belum ada satu pun program yang dihantar oleh semua guru matematik. Pengerusi menyatakan salah satu program yang boleh dirancang ialah permainan sifir.Pengerusi menerangkan tentang Kotak Ajaib (yang dijalankan kepada murid tahun 5)dan cara melaksanakan aktiviti tersebut. Pada bulan Jun ini semasa minggu matematik permainan ini akan dicuba/diguna oleh murid-murid kelas lain pula.

5.6.4 Guru Besar menegaskan bahawa sebelum menggubal soalan ujian perlu ada panduan iaitu JSI. Guru juga boleh merujuk kepada bank soalan. Pastikan semua guru sealiran berberpuas hati dengan set soalan tersebut sebelum dicetak untuk pengesahan KP.

Tindakan : Semua guru Matematik

6. UCAPAN PENANGGUHAN6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang.

Page 5: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 2 2015

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

……………………… …………………….( Yusri bin Abu Bakar) (En Roslan bin MD Desa)Setiausaha Panitia Matematik Pengerusi Panitia Matematik Sek.Keb Putat 2015 Sek .Keb.Putat 2015

Disemak Oleh :

……………………(En. Mat Zain bin Mat Yatim )

GPK 1 Sek .Keb Putat 2015

Page 6: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 2 2015

SURAT PANGGILAN MESYUARAT PANITIA MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT

JITRA KEDAH DARUL AMAN

Dimaklumkan Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Putat akan mengadakan mesyuarat panitia kali Kedua bagi tahun 2015

Tarikh : 16.06. 2015

Masa : 1.30 petang

Hari : Selasa

Tempat : Bilik Mesyuarat Sek.Keb.Putat

Kehadiran tuan puan amat di alu-alukan .

Sekian terima kasih

Yang menjalankan tugas

.............................................(Yusri bin Abu Bakar)Setiausaha Panitia Matematik Sek .Keb.Putat 2015