minit mesyuarat panitia bm

Upload: hasnah-halip

Post on 04-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    1/11

    SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR09700 KARANGAN , KEDAH DARUL AMAN

    MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA

    SESI 2012

    Tarikh / Hari : 8 Februari 2012 / RabuMasa : 1.15 tengah hariTempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Ulu TawarKehadiran : 1. En. Mohd Faizal Bin Abdul Rani ( Ketua Panitia )

    2. En. Hayari Osman B.Yusof ( Guru BM Tahun 6 )3. Pn. Merlina Bt. Mohamed Daud ( Guru BM Tahun 4 )4. En. Azainizan B. Aziz ( Guru BM Tahun 3 )5. En. Suhaimi B. Yusuf ( Guru BM Tahun 3 )6. En. Mohd Shah Muhd. Rafi B. Ramle (Guru BM Tahun 1 / 2)7. Pn. Horiah Bt. Yahaya ( Guru BM Tahun 1/2 dan Guru LINUS )

    8. Pn. Saerah Bt. Ismail ( Guru Pemulihan )

    Turut Dijemput : Encik Elias B. Abdul ( Penolong Kanan Pentadbiran )

    Agenda Mesyuarat

    1. Ucapan Pendahuluan Pengerusi Mesyuarat1.1 En. Mohd Faizal selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu memulakan sidang

    mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab .

    1.2 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua guruBahasa Melayu SK Ulu Tawar yang telah meluangkan sedikit masa bagimenghadiri perjumpaan atau Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu SK Ulu Tawar kali

    pertama sesi 2012 ini . Pengerusi juga berharap agar perjalanan mesyuarat kali iniakan berjalan dengan lancar dan jayanya . Pengerusi amat mengalu-alukanpendapat , lontaran idea , pandangan positif dan kritikan membina daripada semuaguru Bahasa Melayu sebagai penambah baikan terhadap perjalanan aktiviti PanitiaBahasa Melayu bagi sesi 2012 ini.

    1.3 Pengerusi juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih serta rasabertuah terhadap Encik Elias B. Abdul , Penolong Kanan Pentadbiran dan PuanSaerah Ismail,Guru Pemulihan yang sudi meluangkan sedikit masa bagi bersama-sama mengikuti Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu ini . Kehadiran kedua-dua pihakdijangka dapat memberi satu anjakan paradigma terhadap Panitia Bahasa Melayudengan lontaran idea-idea yang bernas yang mampu meningkatkan kualiti

    matapelajaran Bahasa Melayu SK Ulu Tawar .

    2. Penubuhan Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu Sesi 20122.1 Sepertimana tahun-tahun sebelum ini , tunjang kejayaan perjalanan aktiviti Panitia

    Bahasa Melayu yang dirancang adalah bergantung kepada jawatankuasapelaksana yang ditubuhkan . Oleh yang demikian , pengerusi menyatakanbahawa Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bagi sesi 2012 akan diteruskandengan sedikit rombakan di bahagian penyelaras aliran . Berikut dinyatakanJawatankuasa Panitia Bahasa Melayu yang baharu bagi tahun 2012 .

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    2/11

    2.1.1 Penasihat : Puan Zauyah Bt. Zakaria ( Guru Besar )2.1.2 Pengerusi : Encik Elias B. Abdul ( PK Pentadbiran )2.1.3 Naib Pengerusi 1 : Puan Rohani Bt. Mohd Saad ( PK HEM )2.1.4 Naib Pengerusi 2 : Puan Noor Sakinah Bt. Abd.Rahman ( PK KK )2.1.5 Ketua Panitia : Encik Mohd Faizal B. Abdul Rani2.1.6 Setiausaha Panitia : Puan Merlina Bt. Mohamed Daud

    2.1.7 Penyelaras Tahun 1 : Encik Mohd Shah Muhammad Rafi B. Ramle2.1.8 Penyelaras Tahun 2 : Puan Horiah Bt. Yahaya2.1.9 Penyelaras Tahun 3 : Encik Suhaimi B. Yusuf2.1.10 Penyelaras Tahun 4 : Puan Merlina Bt. Mohamed Daud2.1.11 Penyelaras Tahun 5 : Encik Mohd Faizal B. Abdul Rani2.1.12 Penyelaras Tahun 6 : Encik Hayari Osman B. Yusof2.1.13 Penyelaras LINUS : Puan Horiah Bt. Yahaya2.1.14 Penyelaras Pemulihan : Puan Saerah Bt. Ismail

    2.2 Ketua Panitia menyatakan tanggungjawab setiap penyelaras aliran adalah untukmengatur strategik dan berbincang dengan guru Bahasa Melayu sealiranmengenai kaeadah meningkatkan pencapaian akademik pelajar terutamanya

    dalam mata pelajaran Bahasa Melayu . Ia boleh merangkumi perbincanganmengenai bahan P&P yang sesuai , penyediaan soalan-soalan atau latihan yangrelevan dengan aras pemikiran pelajar dan sebagainya yang difikirkan perlu .

    3. Analisa Pencapaian Pelajar Tahun 3 hingga Tahun 5 Berdasarkan PeperiksaanAkhir Tahun 2011 dan Penetapan Sasaran 20123.1 Berpandukan semakan dan analisis yang dilakukan oleh Ketua Panitia berhubung

    pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam PeperiksaanAkhir Tahun 2011 yang lalu , beliau telah merumus dan mengklasifikasikanpencapaian keseluruhan pelajar tahun 2 hingga tahun 5 2011 sebagai di peringkatsederhana sahaja dan agak membimbangkan untuk pelajar tahun 4 sesi 2011.Berikut dipaparkan peratus kelulusan matapelajaran Bahasa Melayu dalam

    Peperiksaan Akhir tahun 2011 .

    TAHUN BAHASA MELAYU PEMAHAMAN BAHASA MELAYU PENULISANLULUS GAGAL LULUS GAGAL

    TAHUN 1 KSSR KSSR KSSR KSSRTAHUN 2 84.2 % - - -TAHUN 3 73.7 % 26.3 % 76.3 % 23.7 %TAHUN 4 70.2 % 29.8 % 49.1 % 50.9 %TAHUN 5 83.3 % 16.7 % 70.7 29.3 %

    3.2 Ketua Panitia menyarankan kepada semua guru Bahasa Melayu supaya lebih

    peka dan memberi sedikit penekanan kepada pelajar-pelajar yang gagal tetapi

    berpotensi untuk lulus sekiranya diberi suntikan motivasi dan perhatian yang

    sewajarnya . Galakan berbentuk hadiah , pujian dan peneguhan yang positif

    penting untuk meningkatkan semangat dan motivasi pelajar-pelajar GALUS ini .

    3.3 Puan Merlina mengemukakan pandangan bahawa pelajar-pelajar terutamanya di

    kelas UKM harus disediakan set soalan atau latihan yang setara dengan aras

    kemampuannya berfikir. Andainya soalan atau aktiviti yang disediakan melebihi

    daripada aras kemampuannya berfikir , pelajar akan mudah berputus asa dan

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    3/11

    akhirnya tidak mampu menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut spesifikasi

    yang sepatutnya .Justeru , soalan-soalan latihan mestilah mesra pelajar dan

    memudahkan pelajar melaksanakannya .

    3.4 Puan Horiah pula menyatakan bahawa sekiranya ramai di antara pelajar-pelajar

    yang tidak menguasai kemahiran atau topik yang difokuskan , guru harus bertindak

    segera dengan mengadakan sesi ulangan topik dari semasa ke semasa agar topik

    tersebut dapat dikuasai sepenuhnya . Dalam erti kata lain , guru janganlah terlalu

    mengejar sukatan dan rancangan tahunan yang telah diatur kerana tindakan

    tersebut mengakibatkan keciciran pelajar terhadap sesuatu kemahiran sekaligus

    menggagalkan objektif p&p yang disasarkan .

    3.5 Ketua Panitia bersetuju dengan pandangan daripada Puan Horiah itu dan

    menyarankan agar guru-guru membuat analisis kaji slidik bagi permasalahan

    pembelajaran para pelajar dan dapat merangka strategik dan kaedah yang sesuai

    untuk meningkatkan mutu pencapaian subjek Bahasa Melayu .

    4. Analisa Pencapaian UPSR Tahun 2011 dan Sasaran Pencapaian 2012

    4.1 - Berpandukan semakan dan analisis yang dilakukan oleh Ketua Panitiaberhubung pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalampeperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2011 yang lalu , beliau telahmerumus dan mengklasifikasikan pencapaian keseluruhan pelajar tahun 6 sesi2011 sebagai sangat membanggakan . Berikut dipaparkan peratus kelulusanmatapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR tahun 2011 .

    BIL SUBJEK

    BIL

    CALON

    GRED / PERATUS

    A % B % C % ABC % D % E %

    1BM

    PEMAHAMAN 56 19 33.9 14 25 17 30.4 50 89.3 6 10.7 - -

    2BM

    PENULISAN 56 32 57.1 10 17.9 6 10.7 48 85.7 2 3.6 6 10.7

    4.2 Ketua Panitia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah

    kepada guru-guru yang terlibat dalam meastikan kejayaan pelajar dalam

    peperiksaan UPSR yang lalu . Beliau juga mengharapkan agar guru Bahasa

    Melayu tahun 6 dapat meneruskan legasi kejayaan pada tahun ini dan

    menggunakan formula sedia ada agar pencapaian Bahasa Melayu 2012 akan lebih

    gemilang lagi .

    5. Program Pemantapan MataPelajaran Bahasa Melayu Untuk Calon UPSR 2012

    5.1 Encik Hayari Osman memaklumkan bahawa pada tahun 2012 ini , program-

    program yang telah diaplikasi pada tahun lalu akan terus digunapakai pada tahun

    ini . Antara aktiviti / program yang akan dilancarkan pada tahun ini ialah Bengkel

    Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu , Ujian Gempur Bahasa Melayu yang

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    4/11

    melibatkan soalan-soalan klon UPSR , Program Motivasi Pelajar , Kelas Intensif ,

    Drill Tatabahasa dan sebagainya . Encik Hayari meminta kerjasama daripada

    guru-guru Bahasa Melayu yang lain untuk memberi bantuan yang sewajarnya

    kepada calon-calon UPSR tahun ini .

    5.2 Encik Hayari juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang pelajar tahun 6

    UKM yang mempunyai masalah pembelajaran dan memerlukan perhatian yang

    sewajarnya . Dua orang pelajar mempunyai masalah disiplin iaitu sering ponteng

    sekolah dan ini menyumbangkan kepada masalah keciciran dalam topik

    pembelajaran .Namun begitu , beliau akan cuba member bimbingan yang

    sewajarnya kepada pelajar-pelajar berkenaan mengikut cara dan pendekatannya

    sendiri .

    6. Pemantauan Kurikulum Berkualiti ( PKB )

    6.1 Encik Elias B. Abdul selaku Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan kepada

    sidang mesyuarat bahawa program Pemantauan Kurikulum Berkualiti ( PKB ) akan

    dilaksanakan sebagaimana tahun-tahun yang lalu . Pemantauan ini akan menjadi

    penanda aras dan pengukur berkaitan system tatacara kerja guru-guru dan

    memastikan saran kerja pada tahun ini terlaksana dengan lancer dan berkesan

    serta mengikut prosedur yang ditetapkan .

    6.2 PK Pentadbiran menyatakan antara kriteria yang akan dipantau adalah :

    6.2.1 Sistem pengurusan fail panitia

    6.2.2 Pencerapan pengajaran guru

    6.2.3 Semakan berkala buku latihan dan aktiviti pelajar

    6.2.4 Pengurusan bilik darjah yang kondusif dan selamat

    6.3 Ketua Panitia mengedarkan maklumat Kontrak Latihan Murid dan kriteria-kriteria

    yang akan dinilai dalam PKB kepada guru-guru Bahasa Melayu . Maklumat

    berkenaan menyatakan bilangan sebenar latihan yang perlu disediakan oleh guru

    matapelajaran dan wajib diberikan kepada setiap pelajar sepanjang tahun 2012

    ini.

    6.4 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa guru-guru harus menyediakan borang

    khas yang akan menjadi catatan harian murid-murid juga menjadi bukti bertulis

    pemberian latihan oleh guru setiap hari . Borang itu perlu ditampalkan di setiap

    buku latihan murid di bahagian depan kulit buku .

    7. Program Literasi dan Numerasi ( LINUS )

    7.1 Pengerusi meminta penyelaras program LINUS memberi sedikit informasiberhubung statistik terkini pelajar di bawah program LINUS dan rancangan

    penambahbaikan yang telah diatur untuk mengurangkan bilangan pelajar LINUS

    berkenaan .

    7.2 Sebagai pendahuluan , Puan Horiah selaku penyelaras LINUS sekolah

    menerangkan sekali lagi kepada sidang mesyuarat berkenaan maksud sebenar

    LINUS . LINUS adalah singkatan akronim bagi gabungan frasa Literasi dan

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    5/11

    Numerasi . Bagi matapelajaran Bahasa Melayu , aspek literasi iaitu mengeja dan

    bacaan asas menjadi kriteria penilaiannya manakala bagi matapelajaran

    Matematik , ia menekankan aspek penomboran asas . Program ini dikhususkan

    kepada pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun 3 yang menghadapi masalah

    pembelajaran di kelas perdana .

    7.3 Puan Horiah juga memaklumkan bahawa penilaian atau saringan terhadap pelajar-

    pelajar LINUS akan dijalankan sebanyak tiga kali dalam setahun iaitu pada bulan

    Mac , Jun , dan juga November . Soalan-soalan penilaian akan dikeluarkan oleh

    pihak KPM dan disalurkan kepada sekolah-sekolah melalui PKG Daerah .

    Penilaian ini merupakan penilaian setara yang harus dijalankan serentak di seluruh

    negara .Menurut penyelaras LINUS lagi , pelajar yang berjaya mencapai piawai

    markah yang ditetapkan , pelajar berkenaan akan dimasukkan semula ke kelas

    perdana dan tidak perlu mengikuti program LINUS lagi .

    7.4 Puan Horiah memaklumkan bahawa beliau telah mengambil langkah memberi

    bimbingan pembelajaran secara individu atau one to one learning kepada pelajar-

    pelajar program LINUS . Beliau juga menyatakan bahawa beliau menggunakan

    modul khas yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

    kepada guru-guru LINUS . Penggunaan modul ini telah membantu guru-guru

    LINUS menjalankan aktiviti bersesuaian mengikut aras kebolehan dan pemikiran

    pelajar .

    7.5 Berikut dinyatakan statistik terkini pelajar yang berada dalam program LINUS :

    LINUS TEGAR LINUS PERDANA

    Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

    1 - 2 - - -

    1 2 -

    8. Program Pemulihan

    8.1 Puan Saerah Bt. Ismail selaku Guru Pemulihan memaklumkan bahawa program

    pemulihan dijalankan seperti sebelumnya bagi pelajar tahun 1 hingga tahun 3

    sahaja . Bagi pelajar tahun 4 hingga tahun 6 yang menghadapi masalah

    pembelajaran , ia akan diselia oleh guru Bahasa Melayu di dalam kelas melalui

    program PROTIM .

    8.2 Berikut dinyatakan statistik terkini pelajar yang berada dalam program Pemulihan

    TAHUN BILANGAN PELAJAR PEMULIHAN1 1

    2 23 2

    4 1

    JUMLAH KESELURUHAN 6 orang

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    6/11

    8.3 Menurut Puan Saerah , pelajar-pelajar akan mengikuti program pemulihan

    mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap hari . Bagi pelajar tahun 1 sesi 2012 ,

    pelajar yang akan mengikuti kelas pemulihan akan dikenalpasti selepas ujian

    bulanan yanga akan dijalankan pada bulan Mac nanti .

    9. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS )

    9.1 Penyelaras PLBS , Encik Hayari Osman memaklumkan bahawa program PLBS

    harus diteruskan pada tahun ini memandangkan pemantauan akan dilakukan oleh

    pihak PPD dari semasa ke semasa .

    9.2 Menurut Encik Hayari Osman lagi , penilaian PLBS harus dilaksanakan 2 kali

    dalam setahun iaitu pada semester pertama dan semester kedua sesi

    persekolahan 2012 . Beliau juga menyatakan setiap penilaian terhadap pelajar

    harus direkodkan secara individu dan disimpan dalam fail . Terdapat borang-

    borang tertentu yang perlu diisi sebagai bukti penilaian telah dijalankan . Ini akan

    memudahkan urusan ketika prosese pemantauan dijalankan oleh pihak PPD nanti.

    9.3 Encik Suhaimi bertanyakan bahan atau instrument yang harus digunapakai dalam

    menjalankan penilaian PLBS . Encik Hayari menerangkan bahawa guru bolehmemilih bahan yang dirasakan sesuai dijadikan instrument penilaian tetapi ia

    mestilah berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam modul asal pentaksiran dan

    seharusnya mengikut kebolehan murid .

    10. Rancangan Jangka Pendek / Aktiviti Panitia Bahasa Melayu 2012

    10.1 Setelah perbincangan dijalankan oleh semua guru Bahasa Melayu , terdapat

    beberapa aktiviti yang telah dirancang yang akan dijalankan sepanjang tahun

    2012 ini . Berikut disenaraikan aktiviti jangka pendek Panitia Bahasa Melayu

    tahun 2012 :

    BIL TARIKH / BULAN PROGRAM / AKTIVITI KUMPULAN SASARAN

    1 Januari hinggaNovember

    Program Hari Nilam (Setiap hari Khamis) Tahap 1 Membaca dan

    meringkaskan cerita Menyatakan synopsis cerita

    Murid-murid tahun 1hingga tahun 6

    2 Februari hinggaNovember

    Hari Eksplorasi Bahasa ( Aktiviti tapakperhimpunan )

    Berpantun secara spontan Bersyair secara spontan Mendeklamasi sajak Bercerita secara spontan

    Murid-murid tahun 1hingga tahun 6

    3 Mac Bengkel Penulisan Bahasa Melayu

    Tahap 2

    Pelajar Tahap 2

    4 April Minggu Panitia Bahasa Melayu Murid-murid tahap 1dan tahap 2

    5 Mei Ujian Gempur Bahasa (klon peperiksaan) Murid-murid tahap 1dan tahap 2

    6 Jun Program Pecutan Didik ( ADD ) Calon UPSR 2012

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    7/11

    7 Julai Bengkel Penulisan Bahasa Melayu

    Tahap 2Pelajar Tahap 2

    8 Oktober Ujian Gempur Bahasa (klon peperiksaan) Murid-murid tahap 1dan tahap 2

    11. Hal-Hal Lain

    11.1 Encik Mohd Faizal meminta kepada semua guru matapelajaran Bahasa

    Melayu menghantar 1 set soalan ujian / peperiksaan pada setiap kali

    peperiksaan dijalankan untuk simpanan Bank Soalan Panitia Bahasa Melayu .

    Tujuannya adalah untuk dijadikan bahan rujukan dan panduan dalam

    pembinaan soalan pada masa akan datang .

    11.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa peruntukan kewangan PCG untuk Panitia

    Bahasa Melayu 2012 adalah sebanyak RM 624.00 . Daripada jumlah itu , pihak

    pentadbir telah mengarahkan kepada setiap panitia untuk menyimpan 10%daripada nilai PCG tersebut . Oleh yang demikian , hanya sebanyak RM

    561.60 sahaja boleh dibelanjakan untuk membeli bahan BBM atau keperluan

    guru BM yang lain . Sekiranya terdapat keperluan khas yang dikehendaki oleh

    guru-guru , mereka haruslah memaklumkan kepada Ketua Panitia dan mengisi

    borang yang disediakan bagi tujuan tempahan dan pesanan kepada pembekal.

    12. Ucapan Penangguhan

    12.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua guru di

    atas kerjasama dan lontaran idea yang diberikan sepanjang mesyuarat ini

    berlangsung . Beliau berharap agar Panitia Bahasa Melayu akan kekal menjadi

    panitia yang cemerlang dari aspek pencapaian pelajar dan pengurusan panitia.12.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat panitia kali kedua akan bersidang

    pada bulan April 2012 .

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

    Disediakan oleh , Disemak oleh ,

    .. .

    ( MOHD FAIZAL B. ABDUL RANI ) ( ELIAS BIN ABDUL )

    Ketua Panitia Bahasa Melayu 2012 Penolong Kanan Pentadbiran

    Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar

    Tarikh : Tarikh :

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    8/11

    CARTA ORGANISASI

    JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU

    SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR

    TAHUN 2012

    PENASIHAT

    PUAN ZAUYAH BT. ZAKARIA

    GURU BESAR

    PENGERUSI

    ENCIK ELIAS B. ABDUL

    PENOLLONG KANAN PENTADBIRAN

    NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2

    PUAN ROHANI BT. MOHD SAAD PN. NOORSAKINAH BT.ABD. RAHMAN

    PENOLONG KANAN HEM PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

    KETUA PANITIA

    ENCIK MOHD FAIZAL BIN ABDUL RANI

    SETIAUSAHA PANITIA

    PUAN MERKINA BT. MOHAMED DAUD

    AHLI JAWATANKUASA PANITIA

    PENYELARAS TAHUN 1 PENYELARAS TAHUN 2 PENYELARAS TAHUN 3

    EN. WAN MUHD AMINUDDIN B. PN. HORIAH BT. YAHAYA ENCIK SUHAIMI B. YUSUFWAN ALI

    PENYELARAS TAHUN 4 PENYELARAS TAHUN 5 PENYELARAS TAHUN 6

    PN. MERLINA BT. MD DAUD MOHD FAIZAL B. ABDUL RANI EN. HAYARI OSMAN B. YUSOF

    PENYELARAS LINUS PEMULIHAN KHAS

    PN. HORIAH BT. YAHAYA PN. SAERAH BT. ISMAIL

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    9/11

    09700 KARANGAN , KEDAH DARUL AMAN

    Rancangan Jangka Pendek Panitia Bahasa Melayu Tahun 2012

    TARIKH / BULAN PROGRAM / AKTIVITIKUMPULAN SASARAN

    1 Januari hinggaNovember

    Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu KaliPertama 2012

    Program Hari Nilam (Setiap hari Khamis) Tahap 1 Membaca dan

    meringkaskan cerita Menyatakan sinopsis cerita

    Guru-gur Bahasa Melayu

    Murid-murid tahun 1hingga tahun 6

    2 Februari hinggaNovember

    Hari Eksplorasi Bahasa ( Aktiviti tapakperhimpunan )

    Berpantun secara spontan Bersyair secara spontan

    Mendeklamasi sajak Bercerita secara spontan

    Murid-murid tahun 1hingga tahun 6

    3 Mac Bengkel Penulisan Bahasa MelayuTahap 2

    Pelajar Tahap 2

    4 April Minggu Panitia Bahasa Melayu

    Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Ke-2

    Murid-murid tahap 1dan tahap 2

    5 Mei Ujian Gempur Bahasa (klon peperiksaan) Murid-murid tahap 1dan tahap 2

    6 Jun Program Pecutan Didik ( ADD ) Calon UPSR 2012

    7 Julai

    Julai hingga September

    Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Ke-3 Bengkel Penulisan Bahasa Melayu

    Tahap 2 Ujian Gempur UPSR

    Guru Bahasa MelayuPelajar Tahap 2

    Calon UPSR

    8 Oktober Ujian Gempur Bahasa (klon peperiksaan) Murid-murid tahap 1dan tahap 2

    9 November Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Ke- 4 Guru Bahasa Melayu

    Perhatian : Aktiviti-aktiviti yang tertera di atas hanyalah perancangan pihak Panitia Bahasa Melayu .

    Sebarang perubahan rancangan akan dilakukan dari semasa ke semasa bergantung kepadaperuntukan kewangan dan masa .

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    10/11

    CARTA GANTT PELAKSANAAN AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYUSEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR 2012

    BIL AKTIVITI / PROGRAM BULAN PELAKSANAAN

    JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV

    1 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2012

    X X X X

    2 Hari Eksplorasi Bahasa

    X X X X X X X X X X

    3 Bengkel Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2

    X X

    4 Minggu Panitia Bahasa Melayu

    X

    5 Ujian Gempur Bahasa (klon peperiksaan)

    X X

    6 Program Pecutan Didik ( ADD )

    X X X

    7 Ujian Gempur UPSR

    X X

    8 Program Bacaan Nilam

    X X X X X X X X X X X

    9 Program Motivasi Calon UPSR

    X

    10 Program Pemulihan / Program LINUS

    X X X X X X X X X X X

    JUMLAH AKTIVITI3 3 4 5 4 4 8 5 3 4 4

  • 7/29/2019 minit mesyuarat panitia BM

    11/11

    SENARAI GURU BAHASA MELAYUSEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR SESI 2012

    BIL NAMA GURU KELAS YANG DIAJAR

    1 ENCIK MOHD SHAH MUHAMMAD RAFI BIN RAMLE 1 UKM / 2 UM

    2 PUAN HORIAH BINTI YAHAYA 1 UM / 2 UKM

    3 ENCIK WAN MUHD AMINUDDIN BIN WAN ALI 3 UM

    4 ENCIK SUHAIMI BIN YUSUF 3UKM

    5 PUAN MERLINA BINTI MOHAMED DAUD 4 UM / 4UKM

    6 ENCIK MOHD FAIZAL BIN ABDUL RANI 5 UM / 5 UKM

    7 ENCIK HAYARI OSMAN BIN YUSOF 6 UM / 6 UKM

    PENYELARAS PROGRAM KHAS BAHASA MELAYU

    BIL NAMA GURU PROGRAM

    1 PUAN SAERAH BINTI ISMAIL PEMULIHAN

    2 PUAN HORIAH BINTI YAHAYA LINUS

    3 PUAN MERLINA BINTI MOHAMED DAUD PROTIM TAHUN 4

    4 ENCIK MOHD FAIZAL BIN ABDUL RANI PROTIM TAHUN 5

    5 ENCIK HAYARI OSMAN BIN YUSOF PROTIM TAHUN 6

    6 ENCIK HAYARI OSMAN BIN YUSOF PENYELARAS PLBS