minit mesyuarat panitia bahasa melayu sk linggi

Upload: ungu-violet

Post on 07-Mar-2016

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYUBIL 2 / 2015SEKOLAH KEBANGSAAN LINGGI 71150 LINGGI NEGERI SEMBILAN

Tarikh: 13.7.2015

Masa: 1.45 Petang

Tempat: Makmal komputer SKK SK Linggi

KEHADIRAN1. Pn. Nor Adzmah Binti Salleh (GPK HEM)2. Pn. Siti Aishah Binti Abu Nawas (Pengerusi)3. Pn. Azimah Binti Harun4. Pn. Hayati Binti Yusof5. Pn. Norliza Binti Busu6. Pn. Zetty Akhtar Binti Mohd Said @ Zaid7. En. Mohd Nor Azlan Bin Mohd Nordin8. En. Mohamad Affandi Bin Othman9. En. Mohd Farees Bin Saharudin

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru kerana hadir ke mesyuarat.1.2 Mengucapkan selamat datang kepada dua orang guru baru yang berpindah masuk ke SKK SK Linggi iaitu En. Mohd Farees dan Pn. Zetty Akhtar.1.3 Mengucapkan tahniah kepada semua guru Bahasa Melayu di atas pengisytiharan SKK SK Linggi sebagai sekolah cluster.1.4 Memaklumkan guru Bahasa Melayu yang ingin membuat semakan tatabahasa boleh merujuk laman web prmp.dbp.gov.my

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1Pengesahan minit mesyuarat yang lalu dicadangkan oleh En. Mohamad Affandi Bin Othman dan disokong oleh En. Mohd Nor Azlan Bin Mohd Nordin.

3. Perkara Berbangkit

3.1Sambutan Bulan Bahasa peringkat sekolah perlu dilaksanakan seperti yang telah dirancang.3.2Bulan Bahasa akan dijalankan pada bulan Oktober.

4. Post Mortem

4.1Tahun 1 Bilangan murid seramai 28 orang. 2 orang murid gagal. Peratus lulus ialah 92.86% manakala GPMP 2.364.2Tahun 2 Kuning adalah 100% lulus dengan GPMP 1.06. Manakala tahun 2 Merah 4 orang murid gagal dengan peratus lulus sebanyak 73.33% dan GPMP 3.00.4.3Tahun 3 mencatatkan peratus lulus sebanyak 87.88% dan GPMP 2.70

4.4Kedua-dua kelas tahun 4 mencatatkan 100% lulus dengan GPMP 1.42 (4 Kuning) dan GPMP 2.72 (4 Merah).4.5Tahun 5 mencatatkan peratus lulus sebanyak 96% dan GPMP 3.124.6Tahun 6 Kuning 100% lulus dengan GPMP 1.67 manakala tahun 6 Merah menunjukkan peratus menguasai sebanyak 56.25 dengan GPMP 3.25.4.7Soalan peperiksaan adalah daripada Majlis Guru Besar. Soalan Kertas Penilaian bahagian C agak susah bagi murid.

5. Laporan PPKI

5.1Semua murid menunjukkan peningkatan.5.2Divanan cepat lupa dan keliru abjad

6. Laporan Pra Sekolah

6.1Murid telah kuasai bacaan ayat mudah / ayat dasar.6.2Syakira Dania Kerap tidak hadir ke sekolah dan tidak mengingati susunan huruf (a-z).

7. Laporan Linus

7.1Murid tahun 1 yang menguasai Linus adalah seramai 17 orang. 6 orang murid tidak melepasi konstruk 1-2 manakala selebihnya tidak menguasai konstruk 3-12.7.2Nizamuddin (tahun 2M) dimasukkan ke kelas pemulihan.7.3Program kebitaraan Bengkel Sifar Linus akan diadakan pada 19 Ogos 2015.

8. Laporan Pemulihan

8.1Seminar masalah pembelajaran dalam Bahasa Melayu iaitu salah satu daripada program kebitaraan Bahasa Melayu akan dijalankan pada bulan Ogos.8.2Murid tahap 1 yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 akan dikira sebagai murid Linus.8.3Bilangan murid pemulihan tahun 1 adalah seramai 6 orang manakala tahun 2 seramai 3 orang.8.4Syukri ( tahun 3) Telah melepasi ujian Linus di tahun 2 tetapi dimasukkan semula ke kelas pemulihan disebabkan prestasinya merosot.8.5Pn. Hayati menjelaskan bahawa konsep Pdp pemulihan ialah mengikut perkembangan murid.

9. Hal-hal Lain

9.1 Memohon kerjasama semua guru panitia Bahasa Melayu untuk mengemas dan menceriakan bilik kebitaraan Bahasa Melayu.9.2 Pn. Siti Aishah menegaskan murid tahun 6 perlu diberi lebih perhatian memandangkan prestasi mereka yang tidak memuaskan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

. ..(Mohd Farees Bin Saharudin) (Pn. Siti Aishah Bt Abu Nawas)Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu