minit mesyuarat kurikulum kali ke 1.2012

Upload: hawa-khan

Post on 20-Jul-2015

476 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Minit Mesyuarat Kurikulum kali ke 1 / 2012 Sekolah Kebangsaan Gemas Tarikh : 28 Disember 2011 Tempat : Bilik Gerakan Hari : Rabu Masa : 8.30 pagi1. PN. HJ ZAHARAH BT SARBINI 2. EN.MOHD ISA B ABU BAKAR 3. EN. ZAHARI HJ. MOKHTAR 4. PN. SITI KHADIJAH NORANI 5. EN.ZAINURUL IZWAN B ZAINAL 6. EN.MUSTAFFA KAMAL B KALIK 7. EN.MOHD ARIF B LUDIN 8. EN.NUZUL HAKIM B MD ALI 9. EN.TENG MEE KWONG 10. EN.SHUKURUDDIN B JAMALUDDIN 11. PN.FAUZIAH BT MAARIT 12. PN.FARIZA BT ADNAN 13. PN ROSLILAH BT MAAMOR 14. PN.FADZILAH BT HAMZAH 15. PN.NUR AISHAH BT MOKHTAR 16. CIK NORSYAMIHA BT MAT NAWANG 17. PN.SUZANA BT SULAIMAN 18. PN NORHIDAYAH BT MD JALI 19. PN.HALIMAH BT HJ SHAMSUDDIN 20. PN. ZANALULLAILY BT MOHD SOFIAN 21. PN.KHURSIAH BT KAMARUDDIN 22. PN.ZAINI BT ABD RAHIM 23. PN.MASANAH BT YACCOB 24. PN. AISHAH BT ISMAIL 25. PN.ROZITA BT ISMAIL 26. PN.ZALEHA BT MAMAT 27. PN.FARAWAHIDA BT MOHAMAD 28. PN.BIZISUMALA BT HUSSIN 29. PN.NURUL ASHIKIN BT ABU BAKAR 30. PN.NORLAILAWATY BT MOHAMED 31. CIK HAWA BT IBRAHIM KHAN 32. TUAN ZUNAIDA RAJA ISMAIL 33. NURUL HUSNA BT M. ABD. YUSOF 34. PN. WAN NORZAKIAH BT BAHARUDDIN :GURU BESAR :GURU PEN.KANAN 1 : GPK HEM :GPK KOKURIKULUM :GURU PEND.ISLAM :GURU B.MELAYU :GURU KH/B.MELAYU :GURU B.MELAYU :GURU BAHASA CINA :GURU PSV :GURU B.MELAYU :GURU PEND.ISLAM :GURU j-QAF :GURU j-QAF :GURU j-QAF :GURU PSS :GURU SAINS : GURU PEND.KHAS :GURU B.INGGERIS : GURU B. INGGERIS :GURU MATEMATIK :GURU B&K :GURU B.MELAYU : GURU B. MELAYU :GURU B.MELAYU :GURU PRASEKOLAH :GURU PRASEKOLAH :GURU PEND.ISLAM :GURU MATEMATIK :GURU B.MELAYU : GURU B. MELAYU : GURU MATEMATIK : GURU SAINS : GURU PENDIDIKAN KHAS

1. 2. 3. 4.

TIDAK HADIR : PN.TG NORMARINA BT TG ISMAIL ( Cuti Sakit ) CIK NORSYILA BT MD SOM PN.SITI MERIAM BT ABD RAHIM ( Urusan pertukaran sekolah) PN.KIMASISNI BT MOHD ALI ( Institut Jantung Negara )

Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi ( Pn. Hjh. Zaharah bt Sarbini ) 1.1 Kata alu-aluan 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas kehadiran guruguru ke mesyuarat kurikulum kali pertama pada tahun 2012 ini. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah menanda tangani borang SPBA dan diharap skim gaji tersebut dapat memberi semangat untuk meningkatkan perkhidmatan para guru untuk tahun-tahun akan datang. 1.3 Pengerusi berpesan supaya para guru menjadikan kurikulum sebagai fokus utama dalam perkhidmatan. Semua guru mesti menjalankan tugas mendidik dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi demi kejayaan pelajar. 1.4 Para guru juga perlu sentiasa mencari ilmu, menambah kemahiran, kepakaran dan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi agar dapat menjadi guru yang cemerlang. Selain itu, semua guru mesti amanah dengan tugas, iaitu masuk kelas untuk mengajar dengan segera dan sebarang tugasan lain hendaklah dilakukan diluar waktu pengajaran. Muhasabah diri juga penting untuk menilai kekurangan diri dan menyelesaikan masalah yang ada seterusnya menjadikan cabaran sebagai satu peluang. Guru juga jangan menyalahkan pelajar sekiranya pelajar gagal. 1.5 Seterusnya pengerusi mengingatkan para guru supaya sentiasa ingat misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Makluman Semua Guru 2 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu 2.1 Pencadang : En. Mustafa Kamal b Kalik 2.2 Penyokong : Pn. Suzana bt Sulaiman Perkara-Perkara Berbangkit 3.1 Peranan setiausaha peperiksaan Pemberitahuan kepada ibu bapa dan penjaga tentang peperiksaan yang akan dijalankan seminggu sebelum tarikh peperiksaan sebagai persediaan kepada para ibu bapa dan penjaga. Analisa keputusan peperiksaan hendaklah dibuat mengikut nama pelajar, matapelajaran dan aliran. Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Analisa keputusan peperiksaan mengikut aliran bagi tahun 1 hingga 6 hendaklah dibuat oleh guru kelas Mawar.

3

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan dan guru kelas Mawar 3.2 KSSR 3.2.1 Semua guru KSSR tahun 1 sila pastikan data telah dimasukkan secara online (SPPBS). 3.2.2 Pastikan juga fail portfolio pelajar dilengkapkan dengan evidens yang diperlukan mengikut matapelajaran. 3.2.3 Guru kelas perlu pastikan fail showcase pelajar telah dilengkapkan.

3.2.4 Guru kssr tahun dua yang menghadiri kursus penataran kssr perlu memberi tunjuk ajar kepada guru lain tentang pelaksanaan kssr mengikut matapelajaran. Tindakan : Semua guru KSSR 3.3 PROTIM (Program Pemulihan 3 M (membaca, menulis, mengira) 3.3.1 Semua guru yang terlibat dengan PROTIM, pastikan sifar Protim kerana pelajar Protim memberi kesan kepada keputusan UPSR. Guru-guru Protim sila ambil perhatian dengan membantu pelajar atasi masalah tersebut dan pastikan masalah pelajar PROTIM diatasi sebelum peperiksaan UPSR. 3.3.2 Data terkini Protim :Matapelajaran Matematik Bahasa Melayu Tahun 4 5 4 5 Bilangan Menguasai Bilangan tidak menguasai

Tindakan : Guru Protim 3.4 LINUS 3.4.1 Data terkini Linus Sekolah Kebangsaan Gemas (2011) Bil 1 2 3 4 Matapelajaran Bahasa Melayu Bahasa Melayu Matematik Matematik Kelas 1K 1K 2K 2K Jumlah 5 3 Kemahiran Literasi Numerasi Literasi Numerasi

Makluman semua guru 4 Program Kementerian Pelajaran 4.1 Semua guru mesti tahu dan faham tentang program-program dan dasar baru KPM. Rujuk pekeliling yang diedarkan. 4.2 Antara program kementerian pelajaran yang terkini ialah : 4.2.1 Transformasi Pendidikan MBMMBI soft landing menjelang 2012 (Tahun 3-6). (Rujuk pekeliling 12/2011) Mesyuarat memutuskan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik tahun 3 - 6 . Keputusan ini dibuat berdasarkan keupayaan murid dalam penguasaan Bahasa Inggeris. o Ahli jawatankuasa MBMMBI perlu menjalankan mesyuarat secara berkala. Hari bermesyuarat juga perlu ditetapkan dan rancang aktiviti atau program berkaitan MBMMBI dalam dan luar bilik darjah (aktiviti kokurikulum).

o Ketua panitia juga perlu memastikan agenda MBMMBI ditekankan dalam mesyuarat panitia dengan memfokuskan kepada aktiviti yang dapat mencapai hasrat program MBMMBI, memantapkan pengurusan MBMMBI, merangka aktiviti untuk memperkasa dan menambah baik pengurusan MBMMBI sedia ada dan memastikan fail MBMMBI dilengkapkan. o Bermula tahun 2016, Bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar sepenuhnya dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Tindakan : Ajk MBMMBI , panitia BM dan BI dan semua guru. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) o Setiap guru perlu rujuk pekeliling 11/2010 dan memastikan pekeliling tersebut ada di dalam buku rekod mengajar. o Guru yang mengajar KSSR perlu memastikan semua dokumen kurikulum berkaitan KSSR dan buku teks lengkap. Pelbagaikan juga pedagogi ketika mengajar KSSR seperti KBKK, belajar cara belajar, kajian masa depan, konstruktivisme, belajar cara belajar, akses kendiri dan sebagainya. Tindakan semua guru dan guru KSSR o Guru yang mengajar matapelajaran KSSR perlu memastikan dokumen-dokumen penting seperti buku teks, dokumen kurikulum standard, dokumen standard prestasi, dan rancangan pengajaran tahunan ada dan lengkap bagi setiap matapelajaran yang diajar. Fahamkan juga tentang standard kandungan, standard prestasi supaya dapat merancang aktiviti pembelajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. o Setiap guru yang mengajar matapelajaran KSSR juga perlu memahami fokus KSSR seperti elemen merentas kurikulum (kreativiti, inovasi dan keusahawanan, kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul), dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Tindakan : Guru matapelajaran KSSR o Sudut KSSR perlu dilengkapkan di papan kenyataan depan tahun 2. Tindakan : En. Teng Mee Kwong KSPK ( Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan) LINUS (Literasi dan Numerasi Tahun 1,2,3) dan Pemulihan Khas Linus o Guru Linus pastikan ke arah sifar LINUS dan pastikan tiada murid yang Linus tegar. Cik. Norsyamiha dikehendaki membantu guru Linus. Tindakan : Guru Linus dan Cik Norsyamiha

PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) o PBS tahun 1 2 ( penilaian 60 % - 40%) o Melibatkan 4 bidang ( pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti pendidikan jasmani , sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah dan pentaksiran psikometrik. o Guru kssr perlu memasukkan data secara online pada bulan Januari 2012. o Pastikan juga evidens bagi setiap matapelajaran disediakan, disemak dan difailkan. Tindakan : Guru KSSR PROTIM Program Pemulihan 3 M (membaca, menulis, mengira) o Semua guru yang terlibat dengan PROTIM, pastikan sifar Protim kerana pelajar Protim memberi kesan kepada keputusan UPSR. Guru-guru Protim sila ambil perhatian dengan membantu pelajar atasi masalah tersebut dan pastikan masalah pelajar Potim diatasi sebelum masuk tahun 6. o Panitia Matematik dan Bahasa Melayu dikehendaki agendakan Protim dan mesyuarat panitia seterusnya merancang aktiviti yang dapat membantu mengatasi masalah pelajar Protim. o Penyelaras Protim juga dikehendaki menyedia satu fail Protim yang memuatkan segala data dan pencapaian murid.

Tindakan : Guru Protim Program Transisi Tahun 1 (1- 3 Minggu) o Semua guru tahun 1 perlu rujuk edaran program yang diberikan oleh Pn. Masanah dalam melaksanakan program transisi selama 3 minggu. o Rujuk edaran dan patuhi jadual aktiviti yang telah diberikan. Tindakan : Semua guru tahun 1 JQAF perlu dijalankan seperti biasa dan guru JQAF hendaklah memastikan semua murid terlibat dan murid perlu khatam Quran pada tahun 6. Tindakan : Guru JQAF Pemulihan Khas - semua guru perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah murid-murid pemulihan khas. Jika perlu boleh rujuk kepada guru pendidikan khas. ICTL perlu dijalankan seperti biasa. Guru perlu catat dalam jadual waktu bila ICTL akan dijalankan. PLBS guru matapelajaran BM dan BI perlu guna modul yang disediakan dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Tindakan : Pn. Fauziah dan Pn. Halimah PEKA bagi pelajar tahun 3 6 untuk matapelajaran Sains perlu dijalankan mengikut jadual. Tindakan : Pn. Suzana

PPKI Jumlah guru terkini adalah 2 orang dan seorang pembantu. Jumlah murid pula 9 orang ( 7 orang murid lama dan 2 orang murid baru) SKPM Standard 4(Pengajaran dan Pembelajaran guru) o Semua guru perlu patuhi standard 4 kerana penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan format tersebut. o Dapatan pemantauan Jemaah Nazir mendapati : Persediaan pengajaran guru kurang mantap Pengajaran tanpa set induksi Pengajaran tidak berpusatkan pelajar Perancangan strategik tidak sistematik Kualiti pengajaran guru tahap sederhana Pengajaran disampaikan tanpa mengira pengetahuan sedia ada murid Kurang pemantauan dan pencerapan Panitia matapelajaran tidak berfungsi dengan berkesan Tidak memahami sepenuhnya tentang headcount Tidak teliti dalam menentukan ETR Analisis item tidak dibuat dan defisit pembelajaran tidak diatasi Sistem pentaksiran yang longgar JSU (jadual spesifikasi ujian) tidak digunakan dalam membina soalan ujian Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kurang diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pemeriksaan kerja murid tidak banyak membantu yang lemah untuk mempelajari sesuatu Aktiviti pengajaran kurang upaya mendorong minda murid terhadap pengajaran guru Buku rekod guru tidak disemak Mesyuarat jawatankuasa kurikulum tidak membincangkan aspek profesional Latihan pelajar tidak mencukupi dari aspek kualiti dan kuantiti Pendekatan pengajaran guru tidak mengikut kebolehan pelajar Fokus lulus 100% kurang penekanan kualiti Penentuan jadual guru mengajar tidak diambil dari perbincangan pengetua / ketua bidang / ketua panitia (Jawatankuasa jadual waktu ) Kualiti pengajaran dan pembelajaran dikelas bukan peperiksaan ditahap sederhana. Persekitaran yang merangsang pembelajaran Bahasa Inggeris kurang diberi penekanan Program pembangunan staf lemah Post mortem tidak menyeluruh o Semua guru perlu membuat penambahbaikan berdasarkan dapatan nazir yang telah disemak. Tindakan semua guru

o AJK SKPM 2012 : Pengerusi : Pn. Hjh. Zaharah bt Sarbini Naib Pengerusi : En. Mohd Isa b. Abu Bakar Setiausaha : Pn. Farawahida bt Muhammad Ajk : i) Pn. Norhidayah bt Md. Jali ii) En. Izhar Tokimon iii) En. Mustaffa Kamal b Kalik iv) En. Syukuruddin b Jamaluddin Makluman Semua Guru SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) o Semua guru perlu tahu cara melengkapkan aplikasi SAPS ini mengikut tarikh yang ditetapkan. o Rujuk setiausaha peperiksaan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kesulitan. o Cocostar (coloringcoding) penarafan pencapaian peperiksaan UPSR sekolah (program dilaksanakan 2012). o Diharap semua guru dapat menggunakan aplikasi tersebut dan dapat memudahkan tugas guru. Tindakan : semua guru dan En. Syukuruddin

5. Program Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Sembilan (JPNS)

dan Jabatan Pelajaran

5.1 Cocostar (coloringcoding) penarafan penetapan target pencapaian peperiksaan UPSR sekolah. 5.2 UPSR 5.3 Lonjakan Saujana kesinambungan Program 2011 School Base 5.4 GPS sekolah perlu dinaikkan 0.1 (2.14 2.04) yang telah ditetapkan oleh JPNS 5.5 PPD juga memfokuskan kepada pedagogi guru. Guru yang pernah terlibat dalam kursus pemantapan pedagogi dikehendaki membuat in house training di sekolah. 5.6 Pemantauan berkelompok fokus kepada pengajaran dan pembelajaran guru 5.7 Audit akademik tahun 4, 5, dan 6 5.8 Penekanan Headcount bukan hanya mengumpul data tetapi perlu diambil tindakan. 5.9 Perancangan strategik akan dikemaskini dengan mengadakan bengkel untuk guru dan guru penolong kanan. 5.10 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) peringkat sekolah perlu dijalankan. Penyelaras perlu memastikan pemilihan tajuk dan matrik kajian keperluan dijalankan. Takwim juga perlu disediakan dan menghantar laporan serta dokumentasi kepada PPD. 5.11 Linus guru Linus perlu sasarkan 90% penguasaan dan rancang aktiviti atau program khas untuk murid Linus tegar. (Linus bagi PPD Tampin adalah % tertinggi dalam Negeri Sembilan). Guru Linus perlu memastik kearah sifar Linus. 5.12 Protim diajar bagi mengatasi masalah D dan E ditahun 4, 5 dan 6.

5.13 Pemulihan Khas / PPKI / Pra Sekolah 5 Bintang. 5.14 Panitia Daerah berfungsi guru cemerlang, penanda kertas dan penggubal soalan perlu main perana di sekolah dan daerah. Guru yang terlibat dalam penandaan kertas UPSR dikehendaki melaksanakan in house training kepada guru-guru lain tentang cara penandaan kertas sebagai pendedahan kepada guru-guru seterusnya kepada pelajarpelajar. Guru-guru yang tidak terlibat, digalakkan untuk memohon menjadi penanda kertas peperiksaan UPSR untuk mendapatkan pengalaman yang boleh digunakan diperingkat sekolah. Makluman semua guru 6. Postmortem UPSR 2011 (Rujuk Lampiran) 6.1 Peningkatan kualiti dan penurunan peratus lulus 6.2 Peratus matapelajaran meningkat diperingkat sekolah tetapi masih rendah pada peringkat daerah. 6.3 Guru-guru dikehendaki mengenal pasti masalah dan kelemahan yang ada seterusnya baiki kelemahan dan atasi masalah yang timbul. 6.4 Perlu elakkan kegagalan bersilang pada peperiksaan akan datang 6.5 Pengurusan masa menjawab soalan juga perlu ditekankan. Tindakan : Semua guru % LULUS MIN 2009 63.6 % 2010 74.6 % 2011 58.6 % % Mata PelajaranMatapelajaran BM K BM P MT SN BI 2011 98.3 % (32) 94.8 % (40) 84.5 % (22) 91.4 % (12) 58.6 % (12) 2010 91.5 % 88.7 % 83.1 % 87.3 % 77.5 % 2009 92.2% 89.6 % 74.0 % 87.0 % 72.7 %

6.6 Pencapaian 5A 2011 5 / 58 orang murid : 8.6 % ( GPS : 2.14) 2010 5 / 71 orang murid : 7.0 % ( GPS : 2.14) 2009 18 / 77 orang murid : 20.8 % ( GPS : 2.21) Semua guru tahun 6 harus mengenal pasti punca kegagalan murid mendapat A dalam setiap matapelajaran dan mencari kaedah berkesan mengatasi masalah tersebut. 6.7 Pencapaian 4 A + 1B : 11 orang [ 6 orang (Sains ) , 5 orang (Bahasa Inggeris) 6.8 Mendapat gred (D & E ) : 1 orang

7. Postmortem peperiksaan akhir tahun 2011 (Rujuk Lampiran) 7.1 Guru perlu kenalpasti masalah pelajar dan cari jalan cara mengatasinya. 7.2 Matapelajaran yang bermasalah perlu dibincangan dengan teliti dalam mesyuarat panitia. Rancang aktiviti atau program untuk mengatasi masalah yang timbul. 7.3 Guru perlu mengenal pasti tajuk-tajuk yang sukar dalam sesuatu matapelajaran dan cari kaedah yang memudahkan pelajar memahami dan menguasai tajuk tersebut. 7.4 Analisis keputusan peperiksaan akhir tahun 2011 menunjukkan kelemahan subjek Matematik, Bahasa Inggeris , Sains dan Bahasa Melayu Penulisan bagi pelajar Tahun 4 dan 5. 7.5 Guru perlu mengesan murid yang mengalami kegagalan bersilang dan yang gagal semua subjek supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. 7.6 Guru-guru tahap dua juga perlu memberi pendedahan UPSR kepada pelajar bermula tahun 4 lagi. 7.7 Setiausaha peperiksaan perlu mengeluarkan analisis peperiksaan keseluruhan untuk memudahkan proses membuat perbandingan. 7.8 Analisis peperiksaan akhir tahun 2011Tahap 2 Tahun 5 (A) Tahun 4 (A) BM P 95.38 % 15 93.33% 27 BM T 86.15% 15 78.33% 12 BI 73.85% 8 62.71% 0 MATEMATIK 52.31% 12 61.67% 6 SAINS 72.31% 9 68.33% 1 5A (2) 4A 1B (6) 5A ( 0) 4A 1B (1)

Tindakan semua guru dan tindakan En. Syukuruddin. 8. Pengurusan Panitia 8.1 Surat lantikan sebagai ketua panitia akan diberikan pada awal sesi persekolahan 8.2 Senarai ketua panitia matapelajaran telah diedarkan dan diharap semua ketua panitia dapat mengambil tindakan yang perlu. 8.3 Pengurusan panitia matapelajaran o Setiap panitia matapelajaran perlu melaksanakan mesyuarat panitia minima 3 x setahun atau mengikut keperluan o Mesyuarat panitia hendaklah melibatkan perbincangan secara profesional. o Headcount mesti dibincangkan setiap kali mesyuarat panitia o Setiap panitia perlu menetapkan target akademik o Mesyuarat panitia yang dijalankan perlu membincangkan permasalah pengajaran setiap guru dan pembelajaran murid. Rancang program atau aktiviti yang dapat meningkatkan pedagogi pengajaran guru. o Pembinaan soalan dan analisis ujian dan peperiksaan perlu dilakukan mengikut jadual peperiksaan yang akan dijalankan o Segala program yang dirancang dalam panitia mestilah menjurus kepada permasalahan murid dan memberi impak yang tinggi kepada murid. o Perkembangan staf guru yang pernah hadiri seminar, kursus atau bengkel berkaitan perkembangan staf perlu membuat hebahan diperingkat sekolah supaya dapat berkongsi maklumat, ilmu dan kemahiran dengan guru-guru lain. Tindakan : Ketua panitia dan makluman semua guru

a. Instrument Penyeliaan Fail dan Dokumen Panitia Perkara-perkara yang perlu ada : o Fail Am 435 No fail boleh rujuk di pejabat Nama fail tidak boleh ditampal. Perlu tulis menggunakan blok dan kemas. Maklumat dalam fail mesti lengkap dan dikemaskini di pejabat Kertas minit fail direkod dan dikemaskini dengan sistematik Surat panggilan mesyuarat perlu ada tarikh, masa, tempat, dipengerusikan oleh dan senarai agenda mesyuarat. Salinan minit mesyuarat kurikulum dan panitia yang terkini perlu ada. Masukkan juga salinan penceparan guru o Dokumen berkaitan panitia Misi dan visi panitia Objektif dan matlamat Struktur dan carta organisasi Maklumat, biodata atau profil guru Jadual waktu guru Salinan surat pekeliling iktisas Bil 4/1986 Sukatan dan rancangan matapelajaran Senarai ABM / BBM/ buku teks / buku kerja dan buku rujukan Anggaran belanjawan tahunan Rancangan jadual pencerapan / semakan buku tulis Rancangan strategik / aktiviti, kertas cadangan dan laporan Perkembangan staf rancangan dan laporan o Koleksi soalan Peperiksaan dalaman / awam UPSR / Canang / Pastel dan Bukti o Post mortem JSU / Analisis item / Analisis keputusan dari segi kekuatan dan kelemahan. Tindakan : Ketua panitia dan makluman semua guru b. Pengendalian Mesyuarat Panitia a. Surat panggilan mesyuarat perlu ada tarikh, masa, tempat, dipengerusikan oleh dan senarai agenda mesyuarat. Agenda mesyuarat dinyatakan Mesyuarat kali pertama perlu membincangkan hasil mesyuarat kurikulum

Mesyuarat seterusnya : o Semak perkara yang telah dirancang o Perkara berbangkit dari mesyuarat pertama mesti ada o Laporan kelas yang diajar isu dan tindakan yang diambil o Post mortem ujian / peperiksaan Minit mesyuarat diedar dalam masa 7 hari untuk diambil tindakan dan sebagai salinan panitia Tindakan : Ketua panitia dan makluman semua guru

9. Headcount 9.1 Guru perlu faham konsep, pengurusan dan post mortem headcount 9.2 Headcount penting untuk mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya setiap murid mulai tahun 1 6. Setiap guru perlu membuat unjuran yang perlu dicapai dan tindakan pengayaan / pemulihan dijalankan. 9.3 ETR mesti lulus sekurang-kurangnya C. 9.4 ETR mesti diterangkan kepada murid supaya murid sentiasa ingat tentang sasaran, halatuju markah sebelum setiap ujianatau penilaian. 9.5 Guru perlu buat graf prestasi diri bagi pelajar tahun 4, 5, dan 6. 9.6 Guru perlu membuat post mortem selepas ujian atau penilaian bagi mengenal pasti kelemahan, punca masalah dan faktor penyebab kegagalan pelajar. Tindakan : guru matapelajaran teras / Pn. Zanalullaily 10. LINUS Sudut Linus perlu dilengkapkan. Sekiranya perlu, guru boleh membuat perbincangan bersama ibu bapa / penjaga pelajar berkaitan masalah pelajar dan cara mengatasi. Program mentor mentee Linus akan dijalankan bermula tahun 2012. Numerasi lebih baik daripada literasi % Linus bagi PPD Tampin adalah tertinggi dalam Negeri Sembilan Guru Linus sila pastikan murid aliran perdana tidak kembali menjadi pelajar Linus dan sekolah perlu pastikan tiada Linus tegar. Guru pemulihan Linus perlu pulihkan murid Linus Data Linus :Literasi : Tahun 1 (KPI Nasional 90% / Tampin 88.15% (Paling rendah di N.Sembilan. : Tampin 48 orang Linus : Tampin 132 orang Tegar Numerasi : Tahun 1 (KPI Nasional 90% Tampin 95.26% (Paling rendah di N. Sembilan. : Tampin 64 orang Linus : Tampin 8 orang Tegar Literasi : Tahun 2 (KPI Nasional 95% / Tampin 97.49% : Tampin 2 orang Linus : Tampin 37 orang Tegar Numerasi : Tahun 2 (KPI Nasional 95% Tampin 95.26% : Tampin 32 orang Linus : Tampin 0 orang Tegar

Tindakan : Guru Linus dan Guru Pemulihan Linus

11. Matlamat SKG 2012 Semua murid tahap 2 mencapai minima pangkat C dalam semua matapelajaran Sifar murid gagal dalam semua matapelajaran Murid Protim melepasi saringan Sifar Linus Tegar Penyediaan calon 5 A tahun 4 hingga 5 (15% setiap aliran). Semua pelajar tahap 1 menguasai kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira) di akhir tahun 3. JQAF murid menguasai Iqra dan khatam Al Quran di Tahun 6 UPSR o Penilaian pendidikan GPS o Penilaian penjaga / masyarakat bilangan 5A o Target 5A ( 10 / 65 calon ) 15.4% o Lulus minima (52/65 calon) 80% o GPS 2.04 (naik 0.1) telah ditetapkan oleh JPNS o Target matapelajaran BM P (100%), BM T (100%), BI (80%), MT (88%) dan SN (93%). Tindakan semua guru 12. Isu-isu di SK. Gemas. Bahasa Inggeris perbendaharaan pelajar kurang. Sains pelajar kurang menguasai proses sains. Matematik pelajar lemah fakta asas (** sifir) dan soalan permasalahan Penguasaan iqra dan Al Quran pelajar masih lemah Bahasa Melayu Penulisan karangan pelajar kurang isi dan tidak dikembangkan. Bahasa Melayu pelajar kurang membaca Pelajar kurang semangat belajar dan bersaing Persediaan menghadapi UPSR lewat bermula Kesedaran menghadapi UPSR lewat terasa. o Semua panitia perlu membincangkan isu-isu yang berkaitan dalam mesyuarat panitia. Kenal pasti punca sebenar masalah tersebut berlaku dan mencari jalan penyelesaiannya. Makluman semua guru 13. Program Kurikulum SKG 2012 Vocab attack / Read aloud (Panitia Bahasa Inggeris) Bijak sifir / kira hari-hari (Panitia Matematik ) Bacaan pagi (7.20 7.40) (AJK Laluan Iqra ) Jejak gemilang UPSR Persekitaran bermaklumat BM/BI/Sains/Matematik/Arab & Jawi / B. Cina Literasi Al Quran Jaket Kecemerlangan Persaingan Sihat (Pn. Zaini) Bacalah Sayang galakan membaca (Cik. Norsyamiha ) Zoom A Tahun 4, 5, dan 6 (Pn. Kimasisni) Anugerah Guru Besar (5A)

Insentif Peningkatan Tahun 6 (Penyelaras Tahun 6) Top Ten / Permata ( Guru Kelas, En. Teng Mee Kwong & Cik Hawa bt Ibrahim Khan). Tindakan semua guru

14. Peperiksaan dan Penilaian Program Cocostar (Colour Coding) JPNS Ujian dan peperiksaan o 2x ujian ( Mac, Ogos) o Peperiksaan semester pertama 21 hingga 25 May o Peperiksaan akhir tahun Oktober o Menggunakan SAPS subjek teras Tahap 1 dan Tahap 2 BM, BI, Matematik, Sains o Canang 1( Jun), Pra UPSR (Julai) o BUKTI / PASTEL o Semua soalan simpan di bilik peperiksaan Bank Soalan mengikut subjek Isu-isu dalam pengurusan periksaan o Kesahan dan kebolehpercayaan o Penyediaan soalan o Surat pemberitahuan / jadual peperiksaan o Analisa keputusan mengikut kelas, subjek dan matapelajaran o Post mortem / Analisis item o Tarikh- tarikh menyiapkan tugasan. Tindakan : Ketua Panitia dan Setiausaha Peperiksaan 15. Pemantauan dan Penyeliaan Pencerapan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran. (Rujuk SKPM Standard 4) (Rujuk Jadual ) Laporan pencerapan perlu ada satu salinan pada guru, fail kurikulum dan dicatat dalam buku rekod mengajar. Semakan buku latihan murid : (Rujuk Jadual ) o Budayakan sikap kemas dan lengkap o Buat pembetulan elak ulang kesalahan yang sama o Menanda dengan teliti o Selepas menanda, perlu ada tanda tangan guru, tarikh dan catatan ( baik, bagus dll) o Cop semakan penjaga. Segera tanda buku setelah beri latihan. o BAM, buku kerja dibuat dan disemak. Rujuk jadual penghantaran buku latihan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan borang penyeliaan buku tulis. o Rujuk jadual pencerapan dan penghantaran buku latihan kepada Guru Besar , Guru Penolong Kanan dan borang penyeliaan buku tulis. o Setiap buku perlu dihantar untuk semakan tanpa perlu dipinta. Tindakan semua guru

16. Pusat Sumber Sekolah (PSS) Merupakan pusat paling penting di sekolah untuk guru dan murid. Guru-guru perlu bekerjasama dengan penyeleras pusat sumber untuk menjadikan pusat sumber menarik untuk dikunjungi dan ratio buku di perpustakaan seharusnya 1: 20. Penggredan PSS o Tahniah kepada Cik Norsyamiha dan guru-guru yang terlibat kerana berjaya mendapatkan gred A pada penilaian pusat sumber 2011. Tahniah juga kepada penyelaras pusat sumber yang baru, Pn. Nurul Ashikin, diharap dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pusat sumber sekolah. Tindakan : Pn. Nurul Ashikin dan makluman semua guru Penglibatan semua panitia Bilik-bilik khas (bilik tayangan, BBM, SAL, Makmal komputer, pusat akses dan matematik). Guru- guru bilik khas perlu memastikan keadaan bilik khas adalah baik dan terjaga. Guru bilik BBM perlu mengenal pasti bahan yang tidak boleh digunakan dan membuat baik pulih kepada bahan-bahan yang perlu. Program Nilam perlu berjalan seperti biasa dan guru perlu menggalakkan pelajar untuk sentiasa membaca. Penggunaan ASTRO Sistem Fail Rekod pengunaan setiap bahan perlu ada. Penyelaras perlu merancang projek jangka panjang dan jangka pendek.

17. Peruntukkan Kewangan Anggaran agihan perkapita (PCG) 2012 o Kerajaan Sains RM 989.76 Matematik RM 742.32 Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia RM 742.32 Lain-lain (KT, Sivik, AG, MZ) RM 1649.60 P. Seni RM 2209.80 P. Jasmani RM 2209.80 K. Hidup RM 2946.40 Bimbingan dan kaunseling RM 1959.00 PSS RM 4836.00 LPBT RM 10, 713.00 Pendidikan Khas (LBP, Sains, Matematik, P. Seni, PJK, Kaunseling, PSS, Pelbagai) Matapelajaran RM 4600.00 + bukan matapelajaran RM 9280.00 Pra sekolah (Makan RM 75000 + alatan RM 2500.00) Aktiviti ko-kurikulum - RM 3030.00

o SUWA Bayaran tambahan dimasukkan terus akaun sekolah Sumbangan PIBG kutip selepas mesyuarat agong PIBG o Baki akhir tahun perlu pada 10% o Buat nota minta untuk pesanan barang Barang yang dibeli hanya yang penting, utama, diperlukan segera, mustahak dan perlu digunakan. Rancang belanjawan tahunan dalam mesyuarat panitia dan jadikan satu agenda Sediakan kertas kerja bagi setiap program Tindakan : Ketua panitia dan Makluman semua guru 18. Dokumen Penting Buku rekod mengajar guru o Buku rekod mengajar guru perlu diurus dengan cekap P.U (A) 531 : Peraturan 8 : Perlu menyimpan dan menyelenggara buku rekod o Buku rekod sentiasa ada bersama guru dan boleh diadakan serta merta untuk pemeriksaan o Diserahkan ke pejabat pada akhir tahun persekolah untuk direkod o Penulisan buku rekod hendaklah lengkap dengan butir-butir yang perlu ada. Nama diluar, maklumat guru, senarai tugas, takwim, jadual waktu, rancangan tahunan yang terkini bagi semua matapelajaran yang diajar, rancangan harian perlu ada objektif, tajuk, aktiviti, nilai,impak dan ditulis dengan kemas, senarai nama murid, headcount, pertemuan dan perbincangan profesional, penyeliaan, pemantauan, rekod penghargaan dan lain-lain berkaitan. o Hendaklah direkod tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu. o Menyertakan bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diperlukan o Penalti RM 500.00 boleh dikenakan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan (rancangan tahunan tidak disediakan berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran) o Penulisan impak haruslah jelas (catat bilangan pelajar yang mencapai objektif pembelajaran dan bilangan pelajar yang memerlukan bimbingan). o Rancangan pengajaran tahunan perlu ada didalam buku rekod mengajar dan haruslah berfungsi dan bermanfaat kepada guru. Guru perlu merujuk dan membuat catatan ringkas pada rancangan pengajaran tahunan. Bahan-bahan rujukan lain o Sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks, buku rujukan guru, buku panduan guru, bahan dari internet, modul, cd soalan, dan bahan dari sekolah lain. Dokumen-dokumen penting jangan balut dengan kertas warna. Makluman semua guru

19. Hal-hal lain Para guru perlu menjadikan bilik darjah, ruang, lorong, papan kenyataan dan bilik-bilik lebih kondusif, bermaklumat dan bermanfaat. Pn. Rozita mencadangkan supaya disediakan jadual penyerahan berkaitan penyediaan soalan peperiksaan dan penyerahan markah peperiksaan. Pn. Fauziah meminta supaya setiap kali ujian atau peperiksaan dijalankan, meja disusun mengikut suasana peperiksaan sebenar (UPSR) dan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa seminggu sebelum peperiksaan. Pn. Fauziah juga menyatakan beliau tidak dapat menjadi guru pembantu bagi tahun 2 Kenanga. Pengerusi berharap pada tahun 2012, kemenjadian murid angat diharapkan. Oleh itu, semua guru perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan kejayaan murid-murid. Pengerusi berpesan supaya semua guru pertingaktkan diri dengan menambah baik ilmu dan kemahiran sedia ada agar menjadi guru yang cemerlang dalam bidangnya.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

................................................ (HAWA BT IBRAHIM KHAN) Setiausaha Kurikulum Sekolah Kebangsaan Gemas

................................................ (PN. HJH. ZAHARAH BT SARBINI) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gemas