minit mesyuarat kali kedua bertarikh 25 april untuk mesy kali ketiga pada 23 mei 2014

8
PK 11 Pengurusan Mesyuarat PK 11/3 PK11/3 MINIT MESYUARAT PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1) BIL. 2/ 2014 Tarikh : 25 APRIL 2014 (Jumaat) Waktu : 10.30 malam Tempat : Bilik Mesyuarat Aras Satu SKPP 18(1) HADIR: 1. Pn. Salmiah binti Hashim Ex-Officio 2. Dr. Shamsudin bin Mohamad Pengerusi 3. Pn. Salwani binti Abdullah Naib Pengerusi 4. Pn. Izuana binti Mohd. Jaya Pengerusi J/K (4K) 5. En. Ali Abdillah bin Abdullah Pengerusi J/K Sarana ibu bapa 6. En. Azliza bin Mat saat Ahli guru 7. En. Ahmad Fakarudin bin Abd. Wahab Ahli guru 8. En. Mohd. Hazri bin Latib Guru Sarana 9. Pn. Nor Hana binti Nordin Ahli guru 10. En. Mohammad Effandi bin Othman Pencatat minit 11. Pn. Farah Wahida binti Hj. Anuar Bendahari Turut Hadir 1

Upload: skpp18

Post on 18-Apr-2017

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PK 11 Pengurusan Mesyuarat PK 11/3

PK11/3MINIT MESYUARAT PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1) BIL. 2/ 2014

Tarikh : 25 APRIL 2014 (Jumaat) Waktu : 10.30 malamTempat : Bilik Mesyuarat Aras Satu SKPP 18(1)

HADIR:

1. Pn. Salmiah binti Hashim Ex-Officio

2. Dr. Shamsudin bin Mohamad Pengerusi

3. Pn. Salwani binti Abdullah Naib Pengerusi

4. Pn. Izuana binti Mohd. Jaya Pengerusi J/K (4K)

5. En. Ali Abdillah bin Abdullah Pengerusi J/K Sarana ibu bapa

6. En. Azliza bin Mat saat Ahli guru

7. En. Ahmad Fakarudin bin Abd. Wahab Ahli guru

8. En. Mohd. Hazri bin Latib Guru Sarana

9. Pn. Nor Hana binti Nordin Ahli guru

10. En. Mohammad Effandi bin Othman Pencatat minit

11. Pn. Farah Wahida binti Hj. Anuar Bendahari

Turut Hadir

1. Pn. Roslina binti Abdul Rahman Guru Penolong Kanan Akademik

2. Pn. Zaharah binti Hashim Guru Penolong Kanan HEM

3. Che Rozi bin Hasan Guru Penolong Kanan KoKurikulum

1.0 Ucapan PengerusiMerakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat dan

tahniah kepada pihak sekolah kerana dalam masa yang sama mengadakan Majlis Penyerahan Mentor-Mentee dan Pelancaran Program 100% UPSR 5A.

1

PK 11 Pengurusan Mesyuarat PK 11/3

PK11/3Beliau turut menyatakan bahawa mesyuarat malam ini merupakan mesyuarat ringkas sahaja.

2.0 Semakan Minit Mesyuarat Lalu2.1 Semakan minit mesyuarat bertarikh 11 April 2014.

2.2 Pn. Izuana mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. En. Azliza menyokong agar minit mesyuarat disahkan.

3.0 Ucapan Ex-OfficioGuru Besar memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada

Pengerusi dan ahli mesyuarat kerana sudi hadir ke majlis Penyerahan Mentor Mentee pada malam ini.

4.0 Mesyuarat Jawatankuasa4.1 Pengerusi memaklumkan mesyuarat jawatankuasa akan lebih kerap dijalankan dan pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil boleh mengerusikan mesyuarat sekiranya YDP dan NYDP tiada. Beliau memohon agar semua Ketua Pantia dan guru yang mengajar matapelajaran UPSR turut sama hadir ke mesyuarat untuk mengenalpasti pemasalahan dan menyelesaikan bersama.

4.2 Guru Besar bertanyakan sekiranya pengerusi jawatankuasa kecil mengerusikan mesyuarat, adakah pengerusi berkenaan turut diberi kuasa untuk meluluskan dana kewangan yang dipersetujui.

4.3 Pengerusi memaklumkan bahawa dana kewangan hanya akan diluluskan oleh YDP dan NYDP sahaja melalui perbincangan dan persetujuan.

4.2 Guru Besar mencadangkan agar mesyuarat boleh diadakan sebulan sekali mengikut jadual Qiaimullail.

4.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PIBG sebulan sekali pada Hari Qiaimullail bersama Ketua Panitia dan guru yang mengajar matapelajaran UPSR.

Tindakan : Pengerusi J/K, KP dan Guru-guru

5.0 Program Gotong Royong 100 % UPSR 5A

2

PK 11 Pengurusan Mesyuarat PK 11/3

PK11/35.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana memurnikan program ini melalui kain rentang yang telah digantung dikawasan sekolah dan berhasrat menambah kain rentang.

- Memaklumkan perbincangan untuk kelas tambahan malam perlu disegerakan dan akan dibincangkan melalui Whatsapp PIBG.

- Berhasrat untuk menyumbang saguhati kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran UPSR.

5.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan mencadangkan agar banner (Dalam sekolah) tidak digantung sebaliknya dilekatkan di tempat tertentu dengan baik agar kemas dan tersusun.

Tindakan : Makluman

6.0 Hari Jalinan Mesra6.1 NYDP mengucapkan tahniah kerana pihak sekolah berjaya mengadakan Hari Jalinan Mesra. Namun, terdapat beberapa aduan daripada ibu bapa yang memohon guru menyampaikan secara telus dan jujur tentang perkembangan akademik dan sahsiah setiap murid.

6.2 En. Ali Abdillah memaklumkan Hari Jalinan Mesra diadakan pada Jumaat. Justeru, berlaku kekangan masa dan jumlah ibu bapa yang ramai menunggu giliran membuatkan guru tidak berkesempatan untuk menyampaikan dengan baik.

6.3 Guru Besar mencadangkan agar diadakan hari terbuka khas untuk membincangkan perkembangan murid-murid.

6.4 En. Ali Abdillah mencadangkan agar majlis ini diadakan pada hari Sabtu sewaktu persekolahan ganti.

6.5 Pn. Izuana mencadangkan agar majlis diadakan di Dewan. Murid dan ibu bapa hanya membawa fail untuk berjumpa guru.

6.6 Mesyuarat pada dasarnya bersetuju untuk mengadakan Hari Jalinan Mesra pada waktu lain dan akan diperhalusi pada mesyuarat akan datang.

Tindakan : Makluman

7.0 Tuntutan Kos Pokok Bunga

3

PK 11 Pengurusan Mesyuarat PK 11/3

PK11/37.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah melalui Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Pn. Zaharah binti Hashim telah mendahulukan sumber kewangan sendiri untuk pembelian pokok bunga berjumlah RM700.

- Beliau memohon jasa baik PIBG untuk membuat pertimbangan gantian dan sekiranya mesyuarat bersetuju, resit dan surat berkaitan akan diserahkan kepada PIBG.

7.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas usaha sekolah dan memaklumkan PIBG akan menggantikan kos pokok bunga berkenaan.

7.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju meluluskan gantian kos pokok bunga berkenaan.

Tindakan : Bendahari dan GPK HEM

8.0 Pembentangan Penyata Kewangan8.1 Pengerusi memohon Bendahari Kehormat untuk membentangkan penyata akaun terkini.

8.2 Bendahari memaklumkan bahawa baki terkini tabung berjumlah RM 30,000 setelah ditolak sumbangan kepada Panitia-panitia, banner dan lain-lain menerusi persetujuan mesyuarat terdahulu.

- Kutipan yuran telah mula dilaksanakan dan jumlah terkini yang dikutip berjumlah RM13,000 (Tiga Belas Ribu Sahaja) dan telah di bank in ke akaun PIBG. Beliau menjangkakan lebih banyak kutipan akan dibuat berdasarkan pada penambahan murid.

8.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih.

Tindakan : Makluman

9.0 Kemudahan Petty Cash9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat bersetuju untuk membenarkan murid-murid (melalui guru) menggunakan duit dari petty cash.

- Perkara di atas dilaksanakan sekiranya murid berkenaan menghadapi masalah kehilangan duit dan atas urusan kebajikan lain yang boleh diambilkira.

9.2 Beliau memaklumkan bahawa guru jurulatih atau pengiring yang menggunakan duit sendiri dalam urusan makan minum murid dan lain-lain, dibenarkan membuat tuntutan melalui petty cash.

4

PK 11 Pengurusan Mesyuarat PK 11/3

PK11/3- Perkara di atas dilaksanakan untuk sebarang program rasmi luar sekolah seperti pertandingan, sukan dan sebagainya.

9.3 En. Ali Abdillah mencadangkan agar bendahari mewujudkan borang khas untuk tujuan ini. Borang ini mengandungi maklumat ringkas seperti nama guru, nama program, jumlah hari dan jumlah murid yang terlibat.

- Bendahari perlu merekod setiap urusan dan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa PIBG yang terdekat.

9.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membenarkan guru-guru menggunakan petty cash atas urusan kebajikan murid-murid dengan melengkapkan borang khas melalui bendahari.

Tindakan : Guru-guru dan Bendahari

10. Kelulusan Masih Dalam Perbincangan Mesyuarat secara dasarnya bersetuju untuk meluluskan kos jersi bola

sepak guru-guru dan murid-murid dengan meletakkan logo PIBG.

Mesyuarat secara dasarnya bersetuju meluluskan pembelian jam digital untuk diletakkan di kawasan sekolah sebagai medium penyampai info-info terkini sekolah.

Mesyuarat memperhalusi cadangan sumbangan saguhati kepada guru-guru matapelajaran UPSR 2014.

Tindakan : Makluman

11. Kelulusan Dana Terkini Sumbangan PIBGMesyuarat sebulat suara bersetuju untuk meluluskan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah :

Meluluskan dana peti tunai untuk guru-guru jurulatih dan pengiring membuat tuntutan atas urusan kebajikan murid-murid.

Meluluskan ganttian kos pokok bunga berjumlah RM700 yang telah didahulukan tunai oleh GPK HEM, Pn. Zaharah bt. Hashim.

Tindakan : Bendahari dan Ahli12 Hal-hal lain

5

PK 11 Pengurusan Mesyuarat PK 11/3

PK11/3TIADA

13 PenutupMesyuarat ditangguhkan pada jam 11.20 malam. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ ____________________________(Mohammad Effandi bin Othman) (Pn. Salmiah bt. Hashim) Setiausaha Kehormat PIBG Ex-Officio/ Guru Besar SKPP18(1)

___________________________________________________________________________Hak Cipta Terpelihara @ Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya1 Jun 2011-Kel.02

6