minit mesyuarat kali ke 5

2
MINIT MESYUARAT KALI KE-5 Hari : Rabu Tarikh : 13/11/2013 Waktu : 9.00 malam Tempat : Bilik Aktiviti Pelajar - T-shirt Dream Resonance telah berjaya untuk dikurangkan harganya kepada RM20. Kepada yang telah membuat bayaran penuh akan dikembalikan semula baki wangnya manakala yang baru membayar separuh daripada harga asal yang ditetapkan iaitu RM28 perlu membayar sebanyak RM6 lagi. - Program ini yang sepatutnya dilaksanakan di Panggung Seni telah bertukar tempat ke Dewan Anuwar Mahmud(DAM) kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan di saat akhir. Tarikh asal program iaitu dari 22/11/2013(Jumaat) hingga 24/11/2013(Ahad) juga telah bertukar kepada 24/11/2013 kerana terdapat aktiviti lain yang didakan di DAM pada 22/11/2013 dan 23/11/2013. - Terdapat seramai 11 kumpulan yang telah mengesahkan penyertaan mereka. - Bayaran street marketing sebanyak RM50 perlu diserahkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat kerana barang keperluan untuk program sudah mahu dibeli serta tidak mempunyai banyak sumber kewangan yang lain. - Pada hari Sabtu,23/11/2013 semua ahli program diminta turun untuk membalut hamper dan membuat backdrop bagi membantu exco TTK sebelah siang dan pada sebelah malam pula berada foyer untuk raptai penuh pada jam 8.00 malam.Usher dan pengacara majlis diminta turun sekali bagi memudahkan kelancaran raptai. - Pada hari Ahad,24/11/2013,semua ahli diminta turun seawal jam 6.30 pagi dan membuat persiapan di DAM. Semua peralatan akan dibawa turun sekali disebabkan terdapat penggunaan

Upload: aeman-samsudin

Post on 16-Aug-2015

100 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT KALI KE-5

Hari : Rabu

Tarikh : 13/11/2013

Waktu : 9.00 malam

Tempat : Bilik Aktiviti Pelajar

- T-shirt Dream Resonance telah berjaya untuk dikurangkan harganya kepada RM20. Kepada

yang telah membuat bayaran penuh akan dikembalikan semula baki wangnya manakala

yang baru membayar separuh daripada harga asal yang ditetapkan iaitu RM28 perlu membayar

sebanyak RM6 lagi.

- Program ini yang sepatutnya dilaksanakan di Panggung Seni telah bertukar tempat ke Dewan

Anuwar Mahmud(DAM) kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan di saat

akhir. Tarikh asal program iaitu dari 22/11/2013(Jumaat) hingga 24/11/2013(Ahad) juga telah

bertukar kepada 24/11/2013 kerana terdapat aktiviti lain yang didakan di DAM pada

22/11/2013 dan 23/11/2013.

- Terdapat seramai 11 kumpulan yang telah mengesahkan penyertaan mereka.

- Bayaran street marketing sebanyak RM50 perlu diserahkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat

kerana barang keperluan untuk program sudah mahu dibeli serta tidak mempunyai banyak

sumber kewangan yang lain.

- Pada hari Sabtu,23/11/2013 semua ahli program diminta turun untuk membalut hamper dan

membuat backdrop bagi membantu exco TTK sebelah siang dan pada sebelah malam pula

berada foyer untuk raptai penuh pada jam 8.00 malam.Usher dan pengacara majlis diminta

turun sekali bagi memudahkan kelancaran raptai.

- Pada hari Ahad,24/11/2013,semua ahli diminta turun seawal jam 6.30 pagi dan membuat

persiapan di DAM. Semua peralatan akan dibawa turun sekali disebabkan terdapat penggunaan

DAM pada hari sebelumnya. Semua diminta turun awal kerana persiapan akan mengambil

masa, Tambahan pula, program akan dimulakan sekitar jam 9.30 pagi.

- Perjumpaan dengan ketua-ketua exco akan diadakan dari semasa ke semasa bagi mengetahui

perkembangan dan masalah terkini.Setiap exco juga perlu sentiasa membuat perjumpaan

terutama yang menguruskan gimik,backdrop,makanan,hadiah dan teknikal.

- Hadiah kepada para pemenang turut diberitahu kepada ahli program. Hadiah-hadiah kepada

para pemenang adalah seperti berikut:

Tempat pertama : RM500

Tempat kedua : RM200

Tempat ketiga : RM100

Tempat ke-4 hingga 11 : RM20

- Semua ahli turut turun ke DAM pada malam perjumpaan kali ini untuk mendapat

gambaran yang lebih jelas semasa hari pertandingan.

- Tentatif perjalanan program yang terbaru akan dimuatnaik secepat yang mungkin ke

akaun facebook Dream Resonance. Jadi,semua ahli perlu sentiasa peka dengan maklumat-

maklumat terbaru yang disampaikan.

- Mesyuarat bersurai pada jam 11.00 malam.