minit mesyuarat kali 1 2014

Upload: roshanizamohdshariff

Post on 02-Mar-2016

71 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

persatuan penduduk

TRANSCRIPT

PERSATUAN PENDUDUKKUARTERS INSTITUSI PENDIDIKANJalan Air Madu Off Jalan Air Panas,53200 Setapak, Kuala Lumpur.Pengerusi (0192726434), T.Pengerusi(0199894403) Setiausaha (0122165412), Bendahari (0196920027)

Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama Persatuan Penduduk KIP JAMSesi 2014

Tarikh:22 APRIL 2014Hari:SelasaMasa: 9.00 MalamTempat: Surau KIP.

Kehadiran:1.Kamarulzaman bin Abdullah (Pengerusi) 2.Basori bin Ramli (Naib Pengerusi)3. Mohd.Suhaimi bin Othman4.Azizah binti Abdul Latif5.Roshaniza binti Mohd Shariff6.Mohd.Jundi bin Zakaria7.Rozlan bin Mohamed8.Mohd Izhan bin Ismail9.Mohd Rosnizam bin Mohd Taib10.Zul Hazmy bin Ngah11.Mohd Razali bin Harun12.Rosmizan Jamaul Azizi13.Mohd Hasif bin Abd.Jalil14.Khairul bin Khalid15.Mustafa Kamal bin Mohammad Nor

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN1.1Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.1.2Beliau mengalu-alukan kehadiran AJK pada mesyuarat kali pertama selepas bermesyuarat agung pada 16 Mac 2014.1.3Beliau memaklumkan bahawa mengikut perlembagaan AJK harus menjalankan mesyuarat sebanyak 4 kali sepenggal.1.4Beliau juga melahirkan ketidak puasan hati berhubung kehadiran AJK dalam mesyuarat AJK yang diadakan.1.5Kehadiran AJK amat dialu-alu dan diperlukan untuk berbincang bagi menjayakan sesuatu program yang dirancang untuk KIPJAM.2.0 PERLANTIKAN BIRO2.1 Senarai Ketua BiroBiro Kerohanian: Ustaz Mohd Suhaimi b.OthmanBiro HELWA: Puan Azizah binti Abd LatifBiro Kebajikan: Encik Rozlan bin MohamedBiro Keselamatan: Encik Mohd Rosnizam bin Mohd TaibBiro Sukan dan Rekreasi: Encik Mohd Izhan bin Ismail2.2Pengerusi memaklumkan bahawa Naib Pengerusi iaitu Encik Basori dilantik sebagai Bendahari.2.3Berhubung Biro Kebajikan yang diambil alih oleh Hj.Rozlan, borang kebajikan akan diedarkan kepada semua ketua blok untuk tindakan. Contohnya sumbangan kelahiran dan kemasukan ke ward.

2.4Biro Kebajikan juga perlu mengambil tindakan berhubung Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2013.-Pemberian saguhati yang dipersetujui AJK adalah seperti berikut:UPSR- 3AUPSRA- 4ARM30.00PMR- 4ASPM- 4ALulusan Universiti -3.0 RM50.003.0LAPORAN KETUA BLOK

Blok A- Ketua Blok A melaporkan kontraktor telah memeriksa unit yang telah membuat Laporan kerosakan.- Pengerusi memaklumkan sebanyak 34 unit telah menghantar borang aduan kerosakan.

Blok C- Kutipan penyelenggaraan 1 unit yang agak merunsingkan.- Kontraktor telah membuat pemeriksaan ke atas unit yang membuat aduan.- Ahli bertanyakan tentang alat pemadam api. Alat ada tetapi tidak berfungsi.- Encik Zul Hazmy akan mencari sebut harga bagi alat pemadam api.- Memaklumkan kepada AJK bahawa Blok C akan memasang lampu garaj.

Blok D- Unit kosong D-4-4

Blok E- Blok E telah membuat sendiri kekisi untuk menutup laluan ke tangki air di tingkat 4.- Ketua Blok E memohon agar Pengerusi membuat surat ke JPWP atas sebabi) merosakkan harta benda awam ii) menjalankan tuisyen di dalam kuarters

Blok F- Encik Mustafa Kamal melaporkan bahawa rumput di Blok F dimesin separuh sahaja.- Beliau juga memohon agar Pengerusi membuat surat kepada ahli yang tidak membuat bayaran penyelenggaraan melebihi 3 kali.- Longkang dan kawasan sekitar Blok F juga tidak dibersihkan dengan sempurna.

Blok H- Ketua Blok H melaporkan bahawa borang keahlian penghuni telah diedarkan dan masih belum mendapat sepenuhnya daripada ahli Blok H.- Syiling ditingkat 4 perlu dibaiki segera.

4.0 PERBINCANGAN USUL MESYUARAT AGUNG & HAL-HAL LAIN.4.1 Tiada usul dibincangkan pada Mesyuarat Agung yang lepas. Hal-hal Lain seperti berikut

4.2Perkara 7.2 - Membaiki kerosakan di unit kediaman - Untuk individu tidak dibaiki.

4.3 Perkara 7.3-Monkey Bar- Pengerusi meminta cadangan tempat dan sebut harga bagi pemasangannya.

4.4Perkara 7.4- Akan diterangkan oleh HELWA.

4.5Perkara 7.5- Stiker akan dikuatkuasakan apabila semua stiker diedarkan.

-Penolong Setiausaha (Encik Jundi ) diminta menaikkan iklan tentang keselamatan dan penggunaan stiker kenderaan.

-Pagar dibelakang Blok E juga akan dikunci bagi tujuan keselamatan.

5.0PERANCANGAN AKTIVITI

5.1Pengerusi mencadangkan agar setiap aktiviti dirancang mengikut biro masing-masing.

5.2Beliau juga amat berharap agar pertandingan bowling dapat dijalankan sekali lagi pada tahun ini. Oleh itu, bowling akan diadakan pada tahun ini dalam kadar segera.

5.3Ustaz Razali selaku Penyelaras Program Karnival Keusahawanan 2014 memaklumkam bahawa Karnival akan diadakan pada 22 JUN 2014 iaitu pada hari Ahad.

6.0LAPORAN KEWANGAN6.1Pengerusi membentangkan kedudukan kewangan KIPJAM setakat 31 Mac 2014.(Sila Rujuk Lampiran).

- Pengerusi membuat pembetulan Yuran Blok E & E (bukan G).

- Encik Badrul menyarankan agar Pentadbiran Akaun dibuat mengikut sistem akaun yang lebih teratur dan sistematik. Bayaran untuk sistem tersebut dikenakan.

- Pengerusi akan berbincang dengan AJK berhubung dengan sistem tersebut.

7.0HAL-HAL LAIN

7.1Ustaz Suhaimi memaklumkan bahawa 24 Mei 2014 akan diadakan gotong royong manakala sebelah petang gotong royong memasak bersempena Malam Israk dan Mikraj (ceramah) pada sebelah malam.

7.2Beliau juga memaklumkan bahawa 16 Jun 2014 akan diadakan Ceramah Di Ambang Ramadhan.

7.3Encik Basori memaklumkan blender dan periuk telah dibeli dan diletakkan di stor penyimpanan alatan surau.

7.4Pengerusi memaklumkan kepada semua AJK bahawa 10K telah dimasukkan ke dalam akaun KIPJAM.

7.5Encik Izhan memohon keputusan AJK tentang pemasangan kekisi penutup ke tangki.- Keputusan mesyuarat sebulat suara menyokong dan bersetuju pemasangan kekisi dilakukan.

7.6Pengawal keselamatan dikekalkan.

7.7Puan Azizah memaklumkan bahawa ahli kuarters iaitu Rina( D-4-2 ) terpaksa bergelap kerana sistem wayar dimakan oleh anai-anai.

7.8Pengerusi memaklumkan tiada perutukan untuk pembentungan.

7.9Puan Azizah memaklumkan bahawa Dhuha Muslimah akan dilaksanakan secara berterusan.

7.10Hari Keluarga telah diserahkan kepada HELWA untuk menyempurnakannya.Walau bagaimanapun tarikh asal 24 Mei 2014 yang dirancang terpaksa ditunda kerana kesuntukan masa.

7.11Pekerja Masriah tidak menyempurnakan tugasannya mengikut kontrak yang telah dipersetujui.

7.12Kerja keceriaan lebih berfokus kepada Blok A.Mohon keceriaan dilakukan sama adil untuk semua blok di KIPJAM.

8.0UCAPAN PENANGGUHAN

8.1Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan bacaan surah Al- Asr.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 malam.Disediakan oleh,Disemak oleh,

Roshaniza Mohd ShariffKamarulzaman Abdullah

ROSHANIZA BINTI MOHD SHARIFFKAMARULZAMAN BIN ABDULLAHSetiausaha,Pengerusi,Persatuan Penduduk,Persatuan Penduduk,Kuarters Institusi Pendidikan,Kuarters Institusi Pendidikan,Jalan Air Madu.Jalan Air Madu.

Minit disahkan oleh:..

Disokong oleh:.

6