minit mesyuarat bm pertama 2015

5
1 TARIKH : 14 Januari 2015 MASA : 2.30 petang TEMPAT : Makmal Komputer SK Labang AGENDA : 1. Kata Alu-Aluan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 1/2014 3. Pelantikan AJK Panitia Bahasa Melayu 2015 4. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) 5. Buku Persediaan Mengajar 6. Penyemakan Hasil Kerja Murid 7. Penilaian murid 8. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 9. Linus 10. Pelan Strategik 2015 11. UPSR Bahasa Melayu 2014 12. Kewangan 13. Hal-Hal Lain Kehadiran: BIL . NAMA JAWATAN 1. En. Roslan Bin Rosli Guru Besar 2. En. Mingkul Ak Damu PK 1 ( Guru BM Tahun 3 ) 3. En. Jimbun Ak Barendak PK KK ( Guru BM Tahun 2 ) 4. Cik. Rosnijah Wasimin Ketua Panitia 5. En. Mohd Izzack Guru Akademik Biasa ( Guru BM Tahun 4 dan 5 ) 6. Cik Losita Lombou Guru Pemulihan ( Guru BM Tahun 1 ) 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat pada hari ini. MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 01/2015 SEKOLAH KEBANGSAAN LABANG YBB 9101

Upload: roman-secetra-gp

Post on 11-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

1

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 01/2015SEKOLAH KEBANGSAAN LABANGYBB 9101

TARIKH:14 Januari 2015MASA:2.30 petangTEMPAT:Makmal Komputer SK LabangAGENDA:1. Kata Alu-Aluan Pengerusi2. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 1/20143. Pelantikan AJK Panitia Bahasa Melayu 20154. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)5. Buku Persediaan Mengajar6. Penyemakan Hasil Kerja Murid7. Penilaian murid8. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran9. Linus 10. Pelan Strategik 201511. UPSR Bahasa Melayu 201412. Kewangan13. Hal-Hal Lain

Kehadiran:BIL.NAMAJAWATAN

1.En. Roslan Bin RosliGuru Besar

2.En. Mingkul Ak DamuPK 1 ( Guru BM Tahun 3 )

3.En. Jimbun Ak BarendakPK KK ( Guru BM Tahun 2 )

4.Cik. Rosnijah WasiminKetua Panitia

5.En. Mohd IzzackGuru Akademik Biasa ( Guru BM Tahun 4 dan 5 )

6.Cik Losita LombouGuru Pemulihan ( Guru BM Tahun 1 )

1. Kata Alu-aluan Pengerusi1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat pada hari ini. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Panitia Bahasa Melayu.Tindakan: Makluman

2 Pengesahan Minit Mesyuarat 1/2014

Minit mesyuarat dicadang disahkan oleh : Encik Jimbun Ak Barendak

Minit mesyuarat disokong oleh : Encik Mohd IzzackTindakan:Makluman3 Pelantikan AJK Panitia Bahasa Melayu 20153.1 Pengerusi menerangkan Jawatankuasa Induk Panitia Bahasa Melayu 2015.BILNAMAJAWATANCATATAN

1.En. Roslan Bin RosliGuru BesarPenaung

2. Cik Rosnijah WasiminKetua PanitiaPengerusi

3.Cik Losita LombouGuru PemulihanSetiausaha

4.En Mohd IzzackGuru Akademik BiasaBendahari

5.En. Mingkul Ak DamuEn. Jimbun Ak BarendakPK 1PK KKAhli

Tindakan:Makluman

4 Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT )4.1 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) hendaklah disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang betul. Bagi Tahun 1 hingga Tahun 5, format KSSR perlu digunakan manakala tahun 6 menggunakan format KBSR. Tarikh akhir hantar RPT adalah pada 16 Februari 2015.Tindakan:Makluman

4.2 Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen Standard Prestasi dan DSKP perlu disediakan secepat mungkin dan satu salinan hardcopy perlu diberikan kepada Ketua Panitia.Tindakan:Makluman5 Buku Persediaan Mengajar5.1 Pengerusi menjelaskan bahawa Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam Buku Persediaan Mengajar perlu disediakan mengikut format yang betul. (Rujuk Lampiran A).Tindakan:Makluman5.2 Pengerusi juga mengingatkan semua guru untuk menyediakan RPH sehari sebelum PdP dijalankan dan penulisan refleksi harus dibuat selepas selesai PdP. Guru juga perlu memberi kerja rumah selepas setiap kali PdP selesai dijalankan.Tindakan:Makluman6 Penyemakan Hasil Kerja Murid6.1 Pengerusi meminta semua guru untuk menyemak hasil kerja yang diberi kepada murid terutama sekali murid Tahap 2. Kerja rumah harus diberi kepada murid untuk memantapkan lagi kefahaman mereka.Tindakan:Makluman7 Penilaian Murid7.1 Pengerusi mengingatkan semua bahawa pentaksiran murid akan dilakukan secara offline dan online. Pentaksiran secara offline dilakukan dengan mengisi tahap pencapaian murid dalam borang yang telah diberikan oleh Penyelaras PBS iaitu Cikgu Betty. Selepas itu, guru dikehendaki mengisi markah murid secara online ke dalam sistem SAPS.Tindakan:Makluman

8 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran8.1 Pengerusi meminta semua guru untuk merancang PdP mengikut tahap murid. Pengerusi juga menggalakkan penggunaan ICT dalam PdP dan penggunaan Bahan Bantu Belajar yang dapat menarik minat murid.Tindakan:Makluman

9 Linus9.1 Pengerusi meminta guru Linus untuk menetapkan KPI bagi kelas masing-masing untuk tahun ini. Pengerusi juga mengingatkan guru-guru untuk menggunakan lebih banyak BBB semasa PdP dilakukan.Tindakan:Makluman

10 Pelan Perancangan Strategik Bahasa Melayu

10.1 Pengerusi menerangkan secara ringkas takwim Panitia Bahasa Melayu 2015. 10.2 Pengerusi mengingatkan semua guru Bahasa Melayu bersama Guru Pemulihan supaya berkolaborasi mengerah idea agar dapat mencapai KPI yang ditetapkan terutama sekali untuk murid Linus. (Rujuk Lampiran B).Tindakan: Makluman11 UPSR Bahasa Melayu 2014

11.1 Pengerusi menyatakan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam keputusan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan pada tahun 2014. Kertas Bahasa Melayu Pemahaman Mendapat GPMP 3.00 pada tahun 2013 dan meningkat kepada 2.11 pada tahun lepas. GPMP Kertas Bahasa Melayu Penulisan pada tahun 2013 pula adalah 2.93 dan menurun kepada 3.11. Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru atas usaha yang diberikan.Tindakan: Makluman12 Kewangan12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan untuk Panitia Bahasa Melayu pada tahun 2014 adalah sebanyak RM 214.80. RM 197.90 telah digunakan untuk membeli alat-alat tulis dan bahan bantu mengajar untuk PdP Bahasa Melayu. Baki peruntukan untuk panitia BM adalah sebanyak RM 16.90. (Rujuk Pegawai Kewangan).12.2 Peruntukan untuk tahun 2015 belum diedarkan lagi oleh pegawai kewangan. Namun begitu, mana-mana guru BM yang ingin membuat pesanan yang mereka perlukan boleh diberikan kepada ketua panitia. Kewangan panitia akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.

Tindakan:Makluman

13 Hal-Hal Lain13.1 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk menyediakan RPH pada setiap masa kerana pemantauan akan dilakukan pada bila-bila masa.13.2 Bulan bahasa akan diadakan pada bulan September selaras dengan Bulan Bahasa Kebangsaan.13.3 PPD menggalakkan guru untuk membuat satu inovasi untuk memantapkan PdP Bahasa Malaysia.Tindakan:Makluman

PENUTUPMesyuarat ditangguhkan pada 3.30 petang ke tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Pencatat Minit,

(LOSITA LOMBOU)Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Labang

Disemak oleh,

(ROSNIJAH WASIMINKetua Panitia Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Labang

Disahkan oleh,

.(ROSLAN BIN ROSLI)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Labang