minit mesyuarat bil 1 2015 050215

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU 42700 BANTING, SELANGOR MINIT MESYUARAT UNIT PENGAWAS BILANGAN 1 / 2015 Tarikh : 5 Februari 2015 Hari : Khamis Masa : 12.50 tengah hari Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : Bil Nama Jawatan 1. Puan Mimi Hairani binti Mansor - PK HEM 2. Puan Norazah binti Ahmad Markeh - Penyelaras 3. Puan Nurulfadillah binti Jais - Setiausaha 3. Puan Siti Azizah binti Muhammad 4. Encik Hasnurol bin Hashim 5. Encik Mohd Muzamil bin Boriak Turut Hadir : Tiada Tidak Hadir : 1. En Ahmad Faidz bin Ahmad Fuad - Cuti Tanpa Rekod

Upload: nurmiefahmy

Post on 02-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Bil 1 2015 050215

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU

42700 BANTING, SELANGOR

MINIT MESYUARAT UNIT PENGAWAS

BILANGAN 1 / 2015

Tarikh : 5 Februari 2015

Hari : Khamis

Masa : 12.50 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Puan Mimi Hairani binti Mansor - PK HEM

2. Puan Norazah binti Ahmad Markeh - Penyelaras

3. Puan Nurulfadillah binti Jais - Setiausaha

3. Puan Siti Azizah binti Muhammad

4. Encik Hasnurol bin Hashim

5. Encik Mohd Muzamil bin Boriak

Turut Hadir :

Tiada

Tidak Hadir :

1. En Ahmad Faidz bin Ahmad Fuad - Cuti Tanpa Rekod

2. Pn Suziyana binti Buyanin - Hantar murid latihan Bowling

Page 2: Minit Mesyuarat Bil 1 2015 050215

Urus Setia Mesyuarat:

Pn Nurulfadillah binti Jais - Setiausaha Unit Pengawas

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab al-fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran JK pada mesyuarat kali ini.

1.3 Pengerusi memberitahu tujuan mesyuarat kali pertama Unit Disiplin dan Pengawas

diadakan untuk sama-sama memberikan pandangan agar perkara-perkara berkaitan

disiplin dan pengawas sekolah bagi tahun 2015 dapat dirancang ke arah pengurusan

yang lebih baik dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

1.4 Pengerusi berharap dengan adanya mesyuarat ini, guru-guru selaku Jawatankuasa

Disiplin dan Pengawas dapat memahami, membantu, berusaha dan bekerjasama

menjayakan keberkesanan unit ini kerana Unit Pengawas dan Disiplin adalah unit yang

paling penting mencerminkan identiti Unit HEM itu sendiri.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tiada

3. MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

3.1 Tiada

Page 3: Minit Mesyuarat Bil 1 2015 050215

4. PERKARA BAHARU

4.1 Bidang tugas Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas

4.1.1 Rujuk takwim sekolah 2015

Tindakan :Makluman

4.2 Jadual tugas guru dan murid pengawas

4.2.1 Guru-guru telah dibekalkan dengan lampiran tugasan pengawas.

4.2.2 Guru-guru yang terlibat dikehendaki mengawas mengikut kumpulan yang telah

ditetapkan. – Pengawas seramai 34 orang. ( Rujuk lampiran )

4.2.3 Pengawas akan bertugas mengikut tugasan kumpulan harian

4.2.4 Pengawas akan diberikan buku catatan untuk mencatat kesalahan murid dan

perlu ditulis mengikut format yang diedarkan.

Tindakan : Semua guru pengawas

4.3 Perancangan tahunan pengawas 2015

4.3.1 Perancangan pengawas 2015 telah diserahkan dan dimasukkan ke dalam fail

pengawas.

Tindakan : Makluman

4.4 Program kepimpinan

4.4.1 Program kepimpinan akan diadakan pada bulan April.

4.4.2 Cadangan tempat di Pusat Angkasa Negara, bertarikh 11 April 2015 hari Sabtu

jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

4.4.2 Perjalanan program akan dibincangkan oleh penyelaras dan Puan Mimi Hairani.

Tindakan : Penyelaras

Page 4: Minit Mesyuarat Bil 1 2015 050215

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Encik Hasnurol mencadangkan agar bendera Selangor dan Jalur Gemilang ditukar kerana

sudah lusuh.

5.2 Beliau juga mengesyorkan supaya pengawas lelaki yang membaca doa diberi bimbingan,

dilatih dan diselia oleh beliau sendiri agar bacaan doa yang dibaca lebih sempurna.

5.3 Pengawas yang bertugas akan keluar rehat awal 10 minit, tetapi didapati mereka tidak

menjalankan tugas mereka dengan baik. Diharap guru yang terlibat memimpin setiap

kumpulan pengawas ini agar dapat sentiasa memantau dan memberi peringatan kepada

pengawas-pengawas tersebut.

5.4 Palang besi di barisan kedua kantin rosak dan ditakuti akan membahayakan murid.

Pengusaha kantin telah berjanji untuk membaikpulih. Diharap guru pengawas dapat

mengingatkan pengawas di bawah seliaannya supaya sentiasa pastikan tiada murId yang

memanjat pagar tersebut.

5.5 Murid lambat masuk kelas selepas rehat kerana lambat membeli makanan. Puan

Norazah mencadangkan supaya diasingkan jualan kuih muih dan makanan berat untuk

mengelakkan murid mengambil masa yang lama untuk urusan jual beli makanan.

5.6 Sekiranya terdapat pengawas yang melanggar peraturan – pengawas terlibat akan

diberikan tempoh sehingga hujung tahun sebelum dilucutkan jawatan.

5.7 Anak guru dari sekolah lain yang berpindah ke SKSK tidak dilantik terus menjadi

pengawas, tempoh setahun akan diberikan dan akan dilantik sebagai pengawas pada

tahun berikutnya sekiranya masih berada pada Tahun 3 atau 4 dan berdasarkan sahsiah

diri dan kepimpinan tetapi sekiranya sudah berada pada Tahun 5, anak guru tersebut

tidak akan dilantik untuk menjadi pengawas.

5.8 Kawalan pintu pagar, 720 pagi akan ditutup dan murid yang lewat akan ditulis namanya

di dalam buku hadir lewat di pondok pengawal. Pengawas akan memantau sehingga jam

730 sahaja. Selepas itu, murid yang lewat akan tulis sendiri nama mereka.

Page 5: Minit Mesyuarat Bil 1 2015 050215

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan mengharapkan kerjasama

daripada guru-guru pengawas semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dengan

lebih baik.

6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi atas keperihatinan dan sumbangan

idea-idea yang bernas guru-guru bagi melaksanakan perancangan yang telah dirancang.

6.3 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Asr dan ditangguh pada jam 1345.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ………………………………...

(NURULFADILLAH BINTI JAIS)

Setiausaha Badan Pengawas 2015

SK Sungai Kelambu

Disahkan oleh,

……………………………………..