minit mesyuarat ajk surau an nur siri 3/2014...

5
MINIT MESYUARAT AJK SURAU AN NUR SIRI 3/2014 SURAU AN NUR SETIA ECO PARK TARIKH : 11 Mei 2014 (AHAD) MASA : 8.00 MALAM TEMPAT : SURAU AN NUR, SETIA ECO PARK KEHADIRAN : SEPERTI DI LAMPIRAN AGENDA : 1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI SURAU AN NUR Yang Berbahagia Datuk Mohamad Bin Maidon merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK yang hadir. Mesyuarat kali ini member tumpuan kepada perkara-perkara berikut: - Infrastruktur Bilik Pengurusan Jenazah, Air Cond, dan partition saf muslimah. - Aktiviti Persiapan pengisian dalam bulan Ramadhan. - Laporan Kewangan - Lain-Lain Hal. 2. MELULUSKAN MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat siri 1/2014 telah diluluskan setelah dicadangkan oleh Hj Shamsudin dan disokong oleh En Zaini. 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan cadangan berikut: Siri Perkara Tindakan 3.1 PENGURUSAN SURAU Kebersihan Surau Tandas surau digunakan oleh peserta-peserta jamboree basikal Setia Alam pada pagi Ahad 11 Mei 2014, dan didapati kotor walaupun telah dibersihkan sebelumnya. Mesyuarat bersetuju pintu pagar surau dikunci sekiranya ada aktiviti besar disekitar surau untuk mengelakkan ianya digunakan bagi tujuan selain dari solat dan aktiviti ibadah. Komunikasi / Promosi Aktiviti Surau Untuk memastikan maklumat dari surau sampai kepada semua ahli kariah, selain menggunakan Whatsapp, sms, dan telefon, Siak

Upload: vukiet

Post on 06-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT AJK SURAU AN NUR SIRI 3/2014 …surau-an-nur.my/wp-content/uploads/2014/06/Minit-Mesyuarat-AJK... · Program Bulanan Surau Mesyuarat bersetuju kekerapan program bulanan

MINIT MESYUARAT AJK SURAU AN NUR SIRI 3/2014

SURAU AN NUR SETIA ECO PARK

TARIKH : 11 Mei 2014 (AHAD)

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : SURAU AN NUR, SETIA ECO PARK

KEHADIRAN : SEPERTI DI LAMPIRAN

AGENDA :

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI SURAU AN NUR

Yang Berbahagia Datuk Mohamad Bin Maidon merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada AJK yang hadir. Mesyuarat kali ini member tumpuan kepada perkara-perkara

berikut:

- Infrastruktur – Bilik Pengurusan Jenazah, Air Cond, dan partition saf muslimah.

- Aktiviti – Persiapan pengisian dalam bulan Ramadhan.

- Laporan Kewangan

- Lain-Lain Hal.

2. MELULUSKAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat siri 1/2014 telah diluluskan setelah dicadangkan oleh Hj Shamsudin dan

disokong oleh En Zaini.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan cadangan berikut:

Siri Perkara Tindakan

3.1 PENGURUSAN SURAU

Kebersihan Surau

Tandas surau digunakan oleh peserta-peserta jamboree basikal

Setia Alam pada pagi Ahad 11 Mei 2014, dan didapati kotor

walaupun telah dibersihkan sebelumnya.

Mesyuarat bersetuju pintu pagar surau dikunci sekiranya ada

aktiviti besar disekitar surau untuk mengelakkan ianya digunakan

bagi tujuan selain dari solat dan aktiviti ibadah.

Komunikasi / Promosi Aktiviti Surau

Untuk memastikan maklumat dari surau sampai kepada semua

ahli kariah, selain menggunakan Whatsapp, sms, dan telefon,

Siak

Page 2: MINIT MESYUARAT AJK SURAU AN NUR SIRI 3/2014 …surau-an-nur.my/wp-content/uploads/2014/06/Minit-Mesyuarat-AJK... · Program Bulanan Surau Mesyuarat bersetuju kekerapan program bulanan

pihak surau telah wujudkan website.

Website surau: www.surau-an-nur.my. Mesyuarat bersetuju untuk

semua AJK diberi akses untuk kemaskini maklumat terutama

berkenaan program. AJK perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai

pengguna/user. Hj Mohsein boleh dirujuk sekiranya bantuan

diperlukan.

Program Bulanan Surau

Mesyuarat bersetuju kekerapan program bulanan surau sediaada

dikekalkan, tumpuan adalah untuk memastikan penglibatan

kariah yang lebih ramai dengan program berkualiti. Program

bulanan tersebut adalah:

- Tafseer oleh Sh Zubair – Ahad minggu 1 dan 3.

- Manhaj ASWJ oleh Ust Khairil – Rabu minggu 3.

- Kuliah Muslimah Tadarus Quran – 2 kali sebulan.

- Kuliah Muslimah Alam Barzah – 1 kali sebulan.

- Kelas Mengaji Al Quran – Tiap Isnin dan Jumaat malam.

Infrastruktur Surau

Mesyuarat membincangkan beberapa keperluan fizikal surau

yang perlu diadakan.

Keputusan berikut telah dicapai:

- Aircond – akan diadakan unit split aircond portable

sebanyak 4 unit, perlu diadakan sebelum bulan

Ramadhan.

- Buletin Board – akan diadakan.

- Langsir pemisah muslimah – keputusan mesyuarat lepas

untuk memasangnya telah dibatalkan, sebaliknya pemisah

bergerak akan diadakan sesuai dengan jumlah jemaah

lelaki dan muslimah yang mungkin berubah dari semasa

ke semasa.

- Tikar plastik gulung – 4 unit akan diadakan untuk

kegunaan jemaah tambahan semasa Ramadhan.

- Khemah moreh untuk sepanjang bulan Ramadhan.

Biro Komunikasi

Biro Tarbiyah

Bendahari, Setiausaha

Page 3: MINIT MESYUARAT AJK SURAU AN NUR SIRI 3/2014 …surau-an-nur.my/wp-content/uploads/2014/06/Minit-Mesyuarat-AJK... · Program Bulanan Surau Mesyuarat bersetuju kekerapan program bulanan

3.2 LAPORAN KEWANGAN

Bendahari telah membentangkan kedudukan kewangan surau

berakhir pada 30 Apr 2014.

- Petty Cash: RM 3,478.45

- Baki di Bank: RM 16,594.50

- Jumlah: RM 20,072.95

- Perbelanjaan masih belum bayar – Cabinet/rak buku,

menunggu inbois.

Bendahari memaklumkan jumlah kutipan sumbangan kariah RM

50 sebulan setiap keluarga masih rendah.

Akaun surau masih belum dibuka, setakat ini menggunakan

akaun peribadi Hj Shamsudin yang dibuka khas untuk kegunaan

surau. Setiausaha memaklumkan akaun surau tidak boleh dibuka

kerana pendaftaran surau di JAIS masih belum diluluskan.

Mesyuarat bersetuju untuk akaun surau dibuka dan pendaftaran

surau di JAIS disempurnakan.

Bendahari, Setiausaha

3.3 PROGRAM KHAS RAMADHAN

Mesyuarat bersetuju perkara berikut untuk dilaksanakan:

- Imam Ustaz Sabri akan mengetuai sembahyang terawih

sepanjang Ramadhan

o Tiket Penerbangan Ustaz Sabri dari Yaman ditaja

Hamba Allah

o Gaji Ustaz Sabri sebulan Ramadhan RM 2,000.00

ditaja oleh Dr Zamros dan isteri.

- Kursus bilal terawih akan dikendalikan oleh Datuk

Mohammad.

- Moreh – kariah dijemput untuk menaja. Satu malam RM

300.

- Tadarus – akan diseliakan oleh Datuk Mohammad.

Kumpulan Muslimin dan Muslimah akan ditubuhkan.

- Khatam Quran dan Qiamullail – pada minggu terakhir

Ramadhan, dibimbing oleh Sheikh Zubair.

- Majlis Buka Puasa Perdana Kariah Eco Park – 5 hb July.

- Buka puasa di surau – untuk pastikan surau dilaungkan

azan dan solat jemaah maghrib, akan ditaja oleh kariah

mengikut giliran harian, sajian untuk 5 orang.

- Gotong royong menjelang Ramadhan – seminggu

sebelum Ramadhan, majlis BBQ dan suaikenal.

- Solat Aidil Fitri – tidak akan diadakan di An Nur.

Semua AJK

Page 4: MINIT MESYUARAT AJK SURAU AN NUR SIRI 3/2014 …surau-an-nur.my/wp-content/uploads/2014/06/Minit-Mesyuarat-AJK... · Program Bulanan Surau Mesyuarat bersetuju kekerapan program bulanan

3.4 Hal Hal Lain

Mesyuarat mengambil keputusan untuk menangguhkan agenda

lain ke mesyuarat akan datang oleh kerana kesuntukan masa.

Makluman

4. UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT

Datuk Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap

agar pengurusan surau akan berada di tahap yang tinggi agar menjadi daya penarik lebih

ramai kariah menyertai aktivit surau terutamanya dalam bulah Ramadhan kelak.

Mesyuarat akan datang akan diadakan dalam masa sebulan. Mesyuarat ditangguhkan pada

jam 9.30 malam.

Disediakan oleh Disemak oleh

......................................... .............................................

(HJ MAT ASIS BIN MAHNOON) (DATUK MOHAMMAD BIN MAIDON) Setiausaha SURAU AN NUR Pengerusi SURAU AN NUR

Page 5: MINIT MESYUARAT AJK SURAU AN NUR SIRI 3/2014 …surau-an-nur.my/wp-content/uploads/2014/06/Minit-Mesyuarat-AJK... · Program Bulanan Surau Mesyuarat bersetuju kekerapan program bulanan

SENARAI KEHADIRAH MESYUARAT AJK SURAU AN NUR SIRI 1/2014 PADA

16 JANUARI 2014

NAMA JAWATAN NAMA PENYANDANG KEHADIRAN

PENGERUSI DATUK MUHAMMAD BIN MAIDON Hadir

SETIAUSAHA HAJI MAT ASIS BIN MAHNOON Hadir

BENDAHARI HAJI SHAMSUDIN BIN BASRI Hadir

AJK WANITA DR ANIS SAFURA BINTI RAMLI Hadir

AJK REMAJA EN ZAINI BIN ZAKARIA Hadir

AJK PUAN NORAINI BINTI ROSLAN Tidak Hadir

AJK HAJI MOKHSEIN BIN ABDULLAH Hadir

AJK HAJI AHMAD NAJHAN BIN JAMIL Hadir

BILAL 1 HAJI JASMANI BIN HJ ABBAS Hadir

BILAL 2 DR MOHD FADHLILLAH BIN MAHMOOD Hadir

BILAL 3 DR ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN Hadir

BILAL JENAZAH LELAKI HAJI HAMDAN BIN ZAMBAHARI Tidak Hadir

BILAL JENAZAH WANITA DATIN FARIDAH BINTI ARIS Tidak Hadir

PEMERIKSA KIRA KIRA 1 DR ZAKIR HUSSAIN Hadir

PEMERIKSA KIRA KIRA 2 HAJI AYUB KHAN BIN MOHAMOD Tidak Hadir