minit mersyuarat 2 dan 3

11
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH 14000 B. MERTAJAM, PULAU PINANG MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA 2015 Tarikh : 14 Mei 2015 Hari : Khamis Masa : 2.00 Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : 1. Pn. Roshida bt.Saad 2. Pn. Siti Fatimah bt Kapi 3. Pn. Hasnita bt. Elias 4. Pn. Hayati bt. Ahmad Tidak Hadir : Tiada AGENDA MESYUARAT 1.0 : Ucapan Pengerusi 2.0 : Mengesahkan Minit Mesyuarat 3.0 : Pekara Berbangkit 4.0 : Analisa Ujian Mac 5.0 : Format Soalan Peperiksaan Semester 1 6.0 : Hal-hal Lain 7.0 : Ucapan Penutup MINIT 1.0 1.0 Ucapan Pengerusi

Upload: timmy-khayla

Post on 27-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat sains

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH14000 B. MERTAJAM, PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA 2015

Tarikh : 14 Mei 2015Hari : Khamis Masa : 2.00 Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1. Pn. Roshida bt.Saad 2. Pn. Siti Fatimah bt Kapi 3. Pn. Hasnita bt. Elias 4. Pn. Hayati bt. Ahmad

Tidak Hadir : Tiada

AGENDA MESYUARAT

1.0 : Ucapan Pengerusi2.0 : Mengesahkan Minit Mesyuarat3.0 : Pekara Berbangkit4.0 : Analisa Ujian Mac5.0 : Format Soalan Peperiksaan Semester 16.0 : Hal-hal Lain7.0 : Ucapan Penutup

MINIT 1.0

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang ke Mesyuarat Panitia Sains kali kedua.

Page 2: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

MINIT 2.0

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Pertama

2.1 Pengerusi meminta minit mesyuarat PanitiaMatematik kali- 1 disahkan oleh jawatankuasa pada hari ini.

Dicadangkan : Puan Hasnita bt. Elis Disokong : Puan Roshida bt. Saad

MINIT 3.0

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa buku latihan murid hendaklah disemak dari masa

ke semasa.Tindakan : Guru Sains

MINIT 4.0

4.0 Analisa Ujian Bulan Mac4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap penyelaras mengikut tahun perlu melengkapkan buku analisa bagi ujian bulan Mac dan yang akan datang . Tindakan : Guru Penyelaras

4.2 Beliau juga memaklumkan bahawa laporan post morterm bagi ujian yang telah dijalankan perlu dilakukan bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembeljaran.

Tindakan : Guru Penyelaras

4.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa ujian PPPA perlulah diberi penekanan terhadap Murid-murid tahun 6 dimana sukatan pelajaran haruslah dihabiskan sebelum ujian PPPA.

Tindakan : Guru Sains Tahun 6

MINIT 5.0

5.0 Format Soalan Peperiksaan Semester 1

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bagi soalan bagi murid Tahun 1 dan tahun 3 hanya ada satu kertas dan masa yang ditetapkan ialah satu jam.Pentaksiran perlulah dijalankan berdasarkan band yang hendak diuji. Soalan bagi murid Tahun 4 hingga

Tahun 6 ada dua kertas iaitu Bahagian A dan Bahagian B mengikut format UPSR.

Tindakan : Guru Sains

Page 3: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

5.2 Beliau juga meminta guru-guru yang menggubalkan soalan perlu menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) dan skema jawapan.

Tindakan : Guru Sains

5.3 Beliau menegaskan bahawa format soalan Sains masih kekal seperti tahun sebelumnya.

Tindakan : Guru Sains

MINIT 6.0

6.0 Hal-hal lain6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Program KSSR yang telah dilaksanakan oleh guru-guru

Tahun 1 dan 3 mengikut apa yang telah ditetapkan serta berjalan seperti yang dirancang. Tindakan : Guru Sains tahun 1 & 2

6.2 Pengerusi meminta kerjasama guru-guru sains menyediakan dan menambahkan lagi Bahan bantu mengajar (BBM) untuk Sudut Sains

Tindakan : Guru Sains

6.3 Pengerusi juga meminta kerjasama guru-guru sains yang meminjam peralatan sains agar menulis di dalam buku rekod pinjaman yang telah disediakan.

Tindakan : Guru Sains

MINIT 7.0

7.0 UcapanPenutup7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia atas kesudian mereka menghadiri mesyuarat dan bersama-sama menyumbangkan idea.7.2 Beliau juga berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Panitia Sains.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh

………………………… …………………………… ( Pn. Roshida bt.Saad )Setiausaha Panitia Sains. Pengerusi Panitia Sains Panitia Mata Pelajaran Sains,SRI AL-MASRIYAH

Page 4: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

Ruj. Kami: Tarikh : 07 Mei 2015

Kepada:Encik / Puan _______________________________________SRI Al-Masriyah ,14000 Bukit Mertajam.Tuan / Puan,

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SAINS KALI DUA SESI 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2. Sehubungan itu, tuan / puan dijemput menghadiri measyuarat tersebut seperti butiran berikut;

Tarikh : 14 Mei 2015 (KHAMIS)Masa : 2.00 petangTempat: Bilik Mesyuarat SRIM

Agenda: 1. Ucapan Pengerusi2. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan 13. Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu4. Perkara Berbangkit5. Analisa Ujian Bulan Mac6. Format soalan Peperiksaan Semester 17. Hal-hal lain8. Penutup

3. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan / puan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang Menurut Perintah,

………………………………….( PN. SITI FATIMAH BINTI KAPI )KETUA PANITIA SAINSSRI AL-MASRIYAH14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

s.k. : 1. Guru Besar

Page 5: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

2. Guru Penolong Kanan 1 3. Fail Induk Panitia Mata Pelajaran Sains.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT INDERA MUDA14400 KUBANG SEMANG, B. MERTAJAM.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA 2013

Tarikh : 08 JULAI 2013Hari : Isnin Masa : 1.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1. Pn. Roshida bt.Saad 2. Pn. Rohana bt.Ismail 3. Pn. Hjh Wan Azizah bt.Wan Harun 4. En.Ridzwan b. Zainal Abidin

5. Pn.Yuhanis bt. Yunus

Tidak Hadir : Tiada

AGENDA MESYUARAT

1.0 : Ucapan Pengerusi2.0 : Mengesahkan Minit Mesyuarat3.0 : Pekara Berbangkit4.0 : Analisa Ujian Pertengahan Semester 1(UPTP)5.0 : Percubaan UPSR 20136.0 : Hal-hal Lain7.0 : Ucapan Penutup

MINIT 1.0

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang ke Mesyuarat Panitia Sains kali ketiga.

Page 6: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

MINIT 2.0

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Pertama2.1 Pengerusi meminta minit mesyuarat PanitiaMatematik kali- 2 disahkan oleh jawatankuasa pada hari ini.

Dicadangkan : Puan Rohana Binti Ismail Disokong : Puan Yuhanis bt.Yunus

MINIT 3.0

3.0 Perkara Berbangkit3.1 Pengerusi memberitahu bahawa bilik sains perlu dikemaskan dan dibersihkan selepas

aktiviti pengajaran supaya kelihatan kemas serta murid dapat belajar dalam keadaan selesa.

Tindakan : Guru Sains3.2 Beliau juga memaklumkan bahawa sudut sains hendaklah dikemas semula dari masa

ke semasa.Tindakan : Guru Sains

MINIT 4.0

4.0 Analisa Ujian Pertengahan Semester 14.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap penyelaras mengikut tahun perlu melengkapkan buku analisa bagi Ujian Pertengahan Semester 1. Tindakan : Guru Penyelaras

4.2 Beliau juga memaklumkan bahawa laporan post mortem bagi ujian pertengahan semester 1 yang telah dijalankan perlu dilakukan bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Tindakan : Guru Penyelaras

MINIT 5.0

5.0 Percubaan UPSR 2013

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru tahun 6 hendaklah melakukan latih tui bagi soalan bagi murid Tahun 6 mengikut format UPSR 2013. Ini bertujuan agar murid-murid terbiasa dengan soalan beraras tinggi.

Page 7: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

Tindakan : Guru Sains

MINIT 6.0

6.0 Hal-hal lain6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru KSSR bagi tahun 1 hiungga 3 perlu

memasuki band-band murid-murid dalam SPPBS sistem mengikut pentksiran yang yelah dijalankan. .

Tindakan : Guru Sains tahun 1 & 3

MINIT 7.0

7.0 UcapanPenutup7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia atas kesudian mereka menghadiri mesyuarat dan bersama-sama menyumbangkan idea.7.2 Beliau juga berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Panitia Sains.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh

………………………… ……………………………( En.Ridzwan Bin zainal abidin ) ( Pn. Roshida bt.Saad )Setiausaha Panitia Sains Pengerusi Panitia Sains

Page 8: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

Panitia Mata Pelajaran Sains,SK Bukit Indera Muda, Kubang Semang,14400 Bukit Mertajam

Ruj. Kami: Bil.( )dlm. 600-3/3/4/01Tarikh : 26 Jun 2013

Kepada:Encik / Puan _______________________________________SK Bukit Indera Muda, Kubang Semang,14400 Bukit Mertajam.Tuan / Puan,

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SAINS KALI KETIGA SESI 2013

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2. Sehubungan itu, tuan / puan dijemput menghadiri measyuarat tersebut seperti butiran berikut;

Tarikh : 4 Mei 2010 (SELASA)Masa : 1.30 petangTempat: Bilik Mesyuarat SKBIM

Agenda: 1. Ucapan Pengerusi2. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan 13. Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu4. Perkara Berbangkit5. Analisa Ujian Pertengahan Semester 16. Percubaan UPSR 20137. Hal-hal lain8. Penutup

3. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan / puan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang Menurut Perintah,………………………………….( ROSHIDA BT. SAAD )KETUA PANITIA SAINSSEK. KEB. BUKIT INDERA MUDA14400 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

Page 9: Minit Mersyuarat 2 Dan 3

s.k. : 1. Guru Besar 2. Guru Penolong Kanan 1 3. Fail Induk Panitia Mata Pelajaran Sains.