headline kurang 3 minit - s3.amazonaws.combina+killer+headline.pdf · #7 teknik bina ‘killer...

18
#7 Teknik Bina ‘Killer HEADLINEkurang 3 Minit Oleh : Syafiq Aswad

Upload: phunganh

Post on 02-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

#7 Teknik Bina ‘Killer

HEADLINE’ kurang

3 Minit

Oleh : Syafiq Aswad

Assalamualaikum…

Tuan/puan masih ada masalah tak tahu nak tulis HEADLINE

yang betul-betul boleh Tarik perhatian pelanggan? Tak perlu

risau lagi.

Boleh dikatakan, hampir semua formula yang

saya sendiri gunakan untuk cipta headline

berkesan telah saya luahkan dalam ebook

ini.

Tugas tuan/puan adalah hadam ebook ini

sampai habis. Tak banyak pun… Cuma dalam lingkungan 20

muka surat.

Baca 3 minit dah habis. Namun, masa bacaan 3 minit itu yang

akan berikan gambaran jelas betapa mudah sebenarnya nak cipta

Headline yang POWER.

Power sampai boleh sedut duit pelanggan berkali-kali..

Ok, saya taknak buat masa tuan/puan. BACA SAMPAI HABIS

YE!

Ikhlas,

SyafiqAswad.com

#1 - Clear, Jelas dan Tak Confius

Kita kena lihat pada HEADLINE itu sendiri.

Terlalu ramai usahawan yang pening kepala memikirkan

ayat-ayat POWER sebagai HEADLINE.

Hakikatnya, HEADLINE tidak perlukan ayat-ayat POWER.

Cukup sekadar menyampaikan mesej yang jelas kepada

pelanggan.

Juga mesej yang memudahkan pelanggan untuk memahami

apa yang kita tawarkan.

Apa itu HEADLINE yang CONFIUS? …

Contoh Mudah : Niche Buat Duit

“Blueprint Mudah Jana RM100,000 Setahun Secara Part-

Time”

Pandangan Pelanggan ketika baca HEADLINE diatas :-

“Bestnya… Rm100,000 setahun tu..”

“Kalau Sebulan Berapa RM ye?”

“RM100 Ribu tu , akhir tahun dapat sekaligus ke? “

“Part-time tu keje apa?”

Haaa, Kan dah Confius tu.

Lebih efektif jika kita specifickan.

Contoh ayat HEADLINE yang jelas dan tak Confius :-

“Blueprint Mudah Jana RM8k Sebulan secara Part-Time

melalui Bisnes Dropship”

Tips penting untuk mudahkan penulisan HEADLINE yang

simple adalah dengan pecahkan manfaat satu-persatu.

Contoh lain ( HEADLINE produk suplement) :-

"Hanya 1 pil sehari untuk pastikan tenaga bekerja

selama 12 jam"

Jadi apa yang pelanggan faham dari headline diatas?

Manfaat 1 : hanya perlu telan 1 pil sehari

Manfaat 2 : bantu cergaskan diri semasa bekerja

Manfaat 3 : tahan sampai 12 jam

***Formula Mudah***

Step 1 : listkan manfaat produk satu persatu dalam bentuk

bullet point.

Step 2 : tentukan manfaat terpenting, kedua penting dan

seterusnya dengan tandakan nombor 1,2,3

Step 3 : gabungkan manfaat tersebut dalam susunan ayat

HEADLINE yang menarik.

#2 - Guna Perkataan Mahal

Perkataan Mahal adalah gabungan perkataan yang menarik

minat dan emosi pelanggan.

Pengaruh perkataan mahal pada HEADLINE memberi impak

yang besar mewujudkan emosi membeli.

Ada lebih 50+ perkataan mahal yang boleh digunakan.

Disini cukup saya bagi 5 sahaja;-

PERCUMA

TAWARAN

TERHAD

JIMAT

MURAH

Cuba masukkan perkataan mahal dalam HEADLINE anda.

HEADLINE akan nampak lebih hidup (ada Aura).

Contoh ayat tanpa Perkataan mahal:-

“Koleksi Tudung Faridah 2013 untuk 20 pelanggan pertama”

Bila ditambah perkataan mahal:-

“Tawaran Jimat Banyak Koleksi Tudung Faridah 2013

Terhad untuk 20 Pelanggan Pertama Hari Ini Sahaja”

#3 - Teknik Gabungan perkataan

Mahal

Mudah saja… Contoh yang saya guna dalam HEADLINE

diatas ialah “JIMAT BANYAK”

Gabungkan dengan perkataan yang melambangkan

tempoh/situasi/perbandingan.

Contoh lain:

“JIMAT + SEHINGGA”

“JIMAT + SEMURAH”

“JIMAT + RM___”

“TAWARAN + HEBAT”

“MURAH + GILA”

Gabungan perkataan emosi juga boleh digunakan untuk

mempengaruh pelanggan.

Contoh (gabungan emosi negatif)

"Sakit + GILERR"

"Sakit + SANGAT"

Contoh ( gabungan emosi positif)

"Best + GILERR"

#4 - Beri Gambaran Jelas (Biar

Pelanggan Buat Perbandingan)

Tak susah nak beri gambaran jelas kepada pelanggan.

Cuba bandingkan 2 headline dibawah.

“Turunkan berat badan kurang 7 hari”

“Turunkan 5kg Berat badan kurang 7 hari”

Dah tentu HEADLINE “Turunkan 5kg Berat badan kurang 7

hari” berikan gambaran yang lebih jelas dari HEADLINE

pertama.

Atau dalam kata lain, pastikan HEADLINE anda nyatakan

apa yang pelanggan anda akan dapat secara spesifik.

HEADLINE lebih efektif jika pelanggan boleh buat

perbandingan.

Contoh :

“Gantikan 2 Pinggan Nasi dengan hanya 1biji pil produk

abc”

“Jimat 30minit Exercise dengan Produk Slimiming abc”

#5 - HEADLINE Soalan “EMOSI”

Pernah guna HEADLINE berbentuk soalan?

HEADLINE soalan sangat efektif untuk ketengahkan

masalah pelanggan.

Terutama dalam niche mainstream/popular (weightloss,

Rawatan Facial dan lain-lain).

Contoh :

“Anda nak Kurus?”

“Muka Anda Berjerawat?”

Masalahnya, HEADLINE ini digunakan oleh semua

golongan usahawan.

Menyebabkan berlakunya HEADLINE blindness.

Headline Blindness adalah konsep headline yang tidak lagi

diberi perhatian kerana pelanggan telah lali dengan headline

tersebut.

Solusi mudah adalah dengan menambahkan “EMOSI” dalam

HEADLINE soalan.

Contoh: Niche Rawatan Facial

“Dah lama Berjerawat? ... Sampai Bila Nak Tahan Malu

Kena Ejek?”

Contoh: Niche Weightloss

“Dah Penat Kempiskan Perut di Office? … Sedar Tak

Kawan Disebelah Dah mula mengata Kita ‘GEMUK’?”

Bila ada “EMOSI” pelanggan akan tertarik nak tahu dan lebih

mudah keluarkan duit dari dompet mereka.

#6 - Masukkan Tempoh Masa

Teknik ini telah digunakan berkali-kali dan masih terbukti

berkesan.

Masukkan tempoh masa dalam HEADLINE.

Contoh:

“Kurus kurang 3 hari”

“Hilangkan Jerawat Kurang 3 hari”

“Beri saya 5 minit dan saya akan bongkarkan strategi

jana RM1000 sebulan”

“Buat Duit Online Hari ini Juga”

“Hilangkan Bau badan Serta-Merta”

Jangan terkejut sebab inilah yang pelanggan tertanya-tanya.

Case Study saya sendiri, setiap kali kempen yang saya

promosikan, pasti akan ada pelanggan bertanyakan soalan …

“Betul ke boleh Kurus kurang 3 hari?”

“Bagaimana cara guna jika nak kurus kurang 3 hari?”

“Saya nak kahwin minggu depan, Betulke boleh hilangkan

jerawat kurang 3 hari?”

Nampakkan…

Dengan hanya memasukkan tempoh masa, respon pelanggan

akan meningkat 100%.

Bukan tu saja sebabnya.

Teknik ini juga berkesan untuk kita kenalpasti “Desperate

Buyer”.

Iaitu pembeli yang tak sabar-sabar nak beli produk kita.

#7 - Fokus Pada Pelanggan

Bayangkan jika kita jual produk kepada pelanggan yang tak

perlukan produk kita.

Worst case scenario…

Tidak ada jualan yang terhasil.

Penting untuk kenal pelanggan kita sebelum menulis

HEADLINE.

Kenal pasti demografik pelanggan:

Umur

Jantina

Status

Jawatan Pekerjaan

Bilangan Keluarga

Tempat tinggal

Agama

Kenal pelanggan akan lebih memudahkan kita bina

HEADLINE yang kena pada sasaran market.

Jika kita nak jual tudung, kepada siapa kita patut pasarkan?

Kita fikir sekejap…

Sudah tentu kepada wanita muslim yang berumur bermula

9tahun (umur baligh).

Untuk lebih spesifik,

Kita kecilkan lagi skop demografik pelanggan.

Kita nak target pelanggan wanita muslim yang berkeluarga,

pandai internet dan berduit.

Maka, demografik yang sesuai ialah wanita muslim berumur

antara 25 tahun hingga 40 tahun bekerja sebagai penjawat

awam.

Contoh HEADLINE yang sesuai:

“Tawaran Hebat Jimat Sehingga RM50 Koleksi Tudung

Faridah TERHAD 50 unit Khas untuk Guru Sekolah”

Nak Tiru Cara Pemuda ini Jana RM57,630

Hanya Dengan Mempromosikan Produk

Affiliate?

<<EBOOK TAMAT>>

Ikhlas ,

Mohd Syafiq Aswad (Syafiq Aswad II)

FB : facebook.com/latemart

Jika ada sebarang Komen dan testimoni, hubungi saya

www.facebook.com/messages/latemart

[+] Usahawan Internet sejak 2013

[+] Minat Bidang Affiliate, Dropship,

Cipta Produk Digital

[+] Hobi : kumpul List