minit meetg panitia fizik 1 2015

6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALOR 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIK KALI PERTAMA 2015 Tarikh :01 Januari 2015 Masa: :11.30 pagi Tempat : Bilik Wawasan SMKBJ Kehadiran: 1. En Affendi b Mohd Noor (Pengetua) 2. Pn Azizah bt Tamby Ahmad ( Ketua Bidang Sains dan Matematik) 3. Pn Noor Shahureen bt Mohd Shah ( Ketua Panitia Fizik) 4. En. Arpiza b Mohd AGENDA. 1.0 1.1 1.2 Ucapan Pengerusi. Tuan Pengerusi, Pn Noor Shahureen bt Mohd Shah selaku Ketua Panitia Fizik mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru diatas kehadiran pada mesyuarat kali ini. Tindakan : Makluman Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran tuan Pengetua dalam mesyuarat panitia kali ini. 1

Upload: pizart

Post on 05-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mesyuarat, mi,nit,net

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Meetg Panitia Fizik 1 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALOR 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

DARUL KHUSUS

MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIK KALI PERTAMA 2015

Tarikh :01 Januari 2015Masa: :11.30 pagiTempat : Bilik Wawasan SMKBJ

Kehadiran: 1. En Affendi b Mohd Noor (Pengetua)2. Pn Azizah bt Tamby Ahmad ( Ketua Bidang Sains dan Matematik) 3. Pn Noor Shahureen bt Mohd Shah ( Ketua Panitia Fizik)4. En. Arpiza b Mohd

AGENDA.

1.0

1.1

1.2

2.0

2.1

Ucapan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, Pn Noor Shahureen bt Mohd Shah selaku Ketua Panitia Fizik mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru diatas kehadiran pada mesyuarat kali ini.

Tindakan : Makluman

Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran tuan Pengetua dalam mesyuarat panitia kali ini.

Tindakan : Makluman

Mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Kali Pertama

Cadangan dari En. Arpiza b MohdDisokong oleh semua ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman

1

Page 2: Minit Meetg Panitia Fizik 1 2015

3.0

3.1

4.0

4.1

4.2

4.3

5.0

5.1

6.0

6.1

Perkara Berbangkit. Tiada

Tindakan : Makluman

Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2014

Pn Azizah mencadangkan kepada semua guru supaya berusaha dengan lebih gigih pada tahun ini kerana didapati GPMP subjek Fizik agak tinggi iaitu

Tingkatan GPMP Bil A % Gagal4 8.64 0 64.29

Maka, adalah penting supaya kelas tambahan dan sokongan moral dapat diberi kepada pelajar ini supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik.

Tindakan: Makluman

En Arpiza memaklumkan bahawa keputusan ini adalah lebih baik dari keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan ujian formatif 2 yang lepas. Pelajar ini telah menunjukkan peningkatan tetapi amat perlahan. Jadi pelajar perlu didedahkan dengan soalan yang lebih banyak dan mereka perlu dimaklumkan bahawa bentuk soalan SPM 2014yang mempunyai lebih banyak soalan KBAT daripada tahun sebelumnya.

Tindakan : Makluman

Pn Shahureen juga mencadangkan supaya kelas tambahan perlu dilakukan lebih awal supaya pelajar akan lebih bersedia. Selain itu, pelajar kohort 2015 ini juga akan menjalani ujian Amali pada bulan Oktober nanti, jadi pelajar akan lebih didedahkan dengan latihan amali supaya mereka tidak menghadapi masalah nanti.

Tindakan : Makluman

Analisis SPM 2014

Pn Azizah memaklumkan peperiksaan baru sahaja selesai, maka keputusan peperiksaan akan dibincangkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Tindakan : Makluman

Perancangan Panitia 2015

En Affendi mencadangkan supaya satu LDP mengenai pembelajaran abad ke-21 dijalankan untuk guru-guru sekolah ini. Ini akan dapat membantu guru

2

Page 3: Minit Meetg Panitia Fizik 1 2015

6.2

6.3

6.4

6.5

6.6

dalam mempelbagaikan kaedah PDP di dalam kelas.Tindakan : Ketua Panitia

Pn Azizah memaklumkan bahawa Minggu Sains & Matematik akan dijalankan pada bulan Mac, maka setiap guru perlu bersedia dengan perancangan aktiviti masing-masing. Supaya minggu S&M ini akan lebih menarik dan lebih bermaklumat.

Tindakan : Makluman

Pn Azizah memaklumkan bahawa semua guru perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu, setiap guru mesti melengkapkan ruang refleksi dengan maklumat yang betul.

Tindakan : Makluman

Pn Noor Shahureen memaklumkan bahawa guru-guru yang berikut adalah bertanggungjawab dalam menyiapkan RPH bagi tahun 2015 iaitu;

Tingkatan Guru4 En. Arpiza b Mohd5 Pn Noor Shahureen bt Mohd Shah

Maka diharapkan guru-guru terlibat dapat menyiapkan tugasan dan disahkan oleh pengetua sebelum salinan asal disimpan oleh KP di dalam fail panitia.

Tindakan : Semua guru

Pn Noor Shahureen juga memaklumkan bahawa senarai guru-guru yang akan menyediakan soalan dan juga untuk memeriksa kertas bagi peperiksaan akan dimaklumkan kemudian. Selain itu, adalah penting untuk guru-guru menyiapkan soalan pada masa yang telah ditetapkan dengan format yang telah disediakan di dalam buku Manual Pengurusan Sekolah 2015.

Tindakan : Semua guru.

Semua ahli mesyuarat secara sebulat suara telah bersetuju dengan belanjawan untuk aktiviti berikut:

Aktiviti/Program Perbelanjaan (RM) Tarikh ProgramLatihan Dalaman 100.00 FebruariAlat bantu mengajar 100.00 Sepanjang tahunMinggu Sains & Matematik

150.00 Mac

Tindakan : Ketua Panitia

3

Page 4: Minit Meetg Panitia Fizik 1 2015

6.7

6.8

6.9

7.0

7.1

7.2

Pn Noor Shahureen memaklumkan bahawa inventori makmal Fizik masih lagi tidak lengkap, jadi beliau memohon jasa pengetua dan KB untuk mempercepatkan proses perolehan barangan untuk persediaan ke arah ujian amali kelak.

Tindakan : Pentadbir

Tuan pengetua memaklumkan bahawa senarai barangan dan keperluan telah dihantar kepada PPD Tampin dan pihak pentadbiran sentiasa menyokong penuh usaha guru-guru untuk memastikan pelajar sentiasa mendapat kemudahan yang terbaik.

Tindakan : Makluman

Pn Azizah memaklumkan bahawa untuk ujian amali nanti, langsir makmal fizik akan dialihkan ke makmal biologi dan kimia supaya radas yang telah disiapkan tidak dapat dilihat oleh pelajar. Ini adalah untuk menjaga kerahsiaan ujian tersebut berdasarkan peraturan dari lembaga peperiksaan. Selain itu, setiap makmal juga perlu dipastikan bersih dan selamat untuk digunakan oleh pelajar sebelum kelas bermula.

Tindakan : Semua Guru

Hal-Hal Lain

Pn Azizah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah hadir, maka diharapkan agar semua guru dapat member kerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

Tindakan : Makluman

En Affendi berharap agar semua guru akan sentiasa berusaha dan meningkatkan pengetahuan dan keupayaan diri supaya dapat bersama-sama pihak pentadbiran untuk mencapai hasrat sekolah. Ini adalah persediaan guru-guru untuk menjadi pemimpin di sekolah pada masa akan datang.

Tindakan : Makluman

4

Page 5: Minit Meetg Panitia Fizik 1 2015

8.0

8.1

Ucapan penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ __________________(Mohd Arpiza bin Mohd) (Pn Azizah bt Tamby Ahmad ) Setiausaha Panitia Matematik Ketua Bidang Sains & Matematik

5