minit hem pertama 2014

6
MINIT MESYUARAT HEM KALI PERTAMA SESI 2014 Tarikh : 13.01.2014 Hari : Isnin Masa : 1.35 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SKUD Kehadiran : 1 . Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat ini. 1.2 Pengerusi mengedarkan senarai penuh Jawatankuasa Unit HEM bagi sesi persekolahan yang baru ini. 1.3 Diharap semua guru dapat memberi kerjasama dan berganding bahu memikul tanggungjawab bagi menjayakan aktiviti yang dirancangkan bagi meningkatkan prestasi sekolah ini. 1.4 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya melaksanakan tugas masing-masing. 1.5 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan dan takwim bagi semua jawatankuasa telah disediakan seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Guru 2014. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

Upload: ita-a-samat

Post on 11-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

MINIT

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT HEM KALI PERTAMA SESI 2014

Tarikh:13.01.2014Hari:IsninMasa:1.35 petangTempat:Bilik Mesyuarat SKUDKehadiran:

1 .Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat ini.1.2 Pengerusi mengedarkan senarai penuh Jawatankuasa Unit HEM bagi sesi persekolahan yang baru ini.1.3 Diharap semua guru dapat memberi kerjasama dan berganding bahu memikul tanggungjawab bagi menjayakan aktiviti yang dirancangkan bagi meningkatkan prestasi sekolah ini.1.4 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya melaksanakan tugas masing-masing.1.5 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan dan takwim bagi semua jawatankuasa telah disediakan seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Guru 2014. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

2. Ucapan Guru Besar2.1Guru Besar mengucapkan terima kasih atas usaha yang telah dijalankan oleh para guru dalam menjayakan agenda yang berhubungkait dengan HEM.

3.3.1Disiplin(a)Pengerusi mengumumkan pemilihan pengawas sekolah seramai 12orang. Juga membincangkan tentang penetapan pakaian pengawas, peraturan dan tugas-tugas yang bakal dipertanggungjawabkan kepada pengawas sekolah.(b)Majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin akan dirancang untuk diadakan hujung bulan Januari ini. (c )Kursus kepimpinan pengawas dan ketua kelas juga akan dirancang. 3.2Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)(a)Disekolah ini semua pelajar adalah layak mendapat bantuan buku SPBT.(b)Pelajar akan sentiasa diingatkan untuk menjaga buku dengan baik dan membalut buku yang diterima.Guru Kelas adalah ahli jawatankuasa SPBT. Ini adalah untuk melancarkan urusan SPBT sepanjang tahun.

3.3Kesihatan(a)Buku Rekod kesihatan murid telah diedarkan oleh pihak sekolah.(b)Guru kesihatan akan menguruskan program imunisasi dan pergigian bagi setiap murid.(b)Program susu sekolah juga akan diteruskan lagi pada tahun ini.Diharap semua guru dapat memberikan kerjasama.3.4RMT(a)Pengendali RMT adalah pengusaha kantin sekolah iaitu Pn Saadiah Sani.(b)Penetapan Syarat-syarat RMT.(c )Penetapan menu RMT telah ditetapkan. (d)Jadual RMT juga telah disediakan iaitu makan pada jam 7.30 pagi.(e)Murid yang tidak hadir akan diganti dengan murid penganti.(f)Seramai 32 orang murid telah menerima RMT pada tahun ini.(g)Guru bertugas mestilah membuat laporan setiap hari dan memastikan penyediaan makanan diuruskan dengan betul terutama dari segi kebersihan.

3.5Motivasi Bimbingn Dan KaunselingUnit bimbingan dan kaunseling akan mengadakan program Mentor Dan Mentee. Semua guru dan semua murid terlibat dalam pogram ini dari prasekolah hingga ke murid tahun 6. Antara program unit bimbingan dan kaunseling adalah :a) Program Mentor Menteeb) Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6c) Kelas Bimbingand) Kem motivasi anjuran sekolah,PIBG, dan PPD.

3.6KWAPM(a)Permohonan KWAPM pada tahun ini masih dalam proses permohonan.

3.7Kantin(a)Pengusaha kantin adalah Puan Saadiah Bt Sani.(b)Perjanjian kantin adalah selama dua tahun iaitu 2013 hingga 2014.( c)Guru diminta membuat laporan yang betul mengenai kantin dalam usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan pengusaha tersebut.

3.8Keselamatan(a)Latihan keselamatan murid akan diadakan secara berkala.(b)Keselamatan murid menjadi keutamaan semua guru.

3.9Program Pencegahan Dadah(a)Menubuhkan Ahli Jawatankuasa (carta organisasi)(b)Mengadakan sudut PPDa di sekolah.(c )Mengadakan minggu pencegahan dadah.

3.10Yayasan Pahang(a)JUmlah penerima Yayasan Pahang pada tahun ini adalah seramai 24 orang. Terdiri daripada tahun 4,5 dan 6.

4.Hal-hal lain.4.1Semua guru diharap dapat memastikan melengkapkan laporan RMT, laporan Guru Bertugas, laporan Kehadiran Murid dan menutup register setiap bulan.

5.Penangguhan Mesyuarat.5.1Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3.00 petang.

Disediakan Oleh,Disahkan Oleh, (Pn Norita Bt Abdul Samat)( En Sabarudin Bin Lan)GPK HEMGuru Besar