minit curai taklimat penataran pentadbiran pelaksanaan

Upload: norfaieza-bt-marjoni

Post on 18-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan bersama

TRANSCRIPT

Minit Curai Ujian Aptitud Am Tahun 32014

MINIT CURAI TAKLIMAT PENATARAN PENTADBIRAN PELAKSANAAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR.

Pada 5 Mei 2014Bertempat Dewan Seminar, PPD Johor Bahru.

Berikut adalah perkara yang telah diberi taklimat oleh En Nordin, Pegawai Major PBS UPSR Sekolah Rendah Negeri Johor ;

1. Pemantauan PBS ke sekolah-sekolah akan dijalankan.

2. Sekolah perlu menyediakan cara merekod pentaksiran atau boleh mengikut garis panduan manual perekodan yang telah boleh diperolehi dari laman web Lembaga Peperiksaan.

3. Penambahbaikan PBS ;i. SPPPBS online diganti dengan modul perekodan offline.ii. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit ditiadakan. Pengendalian fail-fail lama murid diserahkan kepada pihak sekolah samaada guna semula atau sebaliknya.iii. Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pelajaran Murid (PPPM).

4. Sekolah boleh menjalankan peperiksaan bagi murid-murid KSSR.

5. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) akan dilaksanakan.

6. Penempatan murid-murid ke sekolah menengah bergantung kepada PBS + PAJSK + Psikometrik.Berikut adalah perkara yang telah diberi taklimat oleh En Mohd Noh bin Ali ;

1. Soalan ujian Psikometrik (80 soalan) boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Ujian ini akan diduduki murid sekali lagi semasa murid di Tahun 6.

3. Tempoh pelaksanaan :i. Tarikh : Sehingga 22 Mei 2014ii. Boleh masukkan dalam jadual peperiksaan pertengahan tahun.iii. Soalan boleh disimpan atau beri kepada murid.

4. Carta alir pelaksanaan Ujian Aptitud :PeneranganEdaran kertas ujian dan borang jawapanHari Peperiksaan

Guru kumpul kertas jawapan, periksa jawapan dan beri skor

GBK tafsir skor dan sediakan profilMurid jawab soalan

Penyimpanan fail

5. Skor murid tidak perlu dihantar ke PPD sebaliknya hanya perlu disimpan di Fail Sekolah.6. Setiap sekolah dibekalkan dengan CD dan Manual Panduan Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3.

Disediakan oleh :

.(NORFAIEZA BINTI MARJONI)

Disahkan oleh :

(PN AISAH BT MD. SALLEH )Guru Besar,SK Tanjong Adang