minit curai mesy bersama ppd ledang-april 2015

6
MINIT CURAI Kepada : Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor Daripada : Dol Rahim Bin Nikmat Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Bukit Gambir, Ledang Rafida Binti Mohd Yussop

Upload: ida-rafida-yussop

Post on 25-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Contoh minit curai

TRANSCRIPT

MINIT CURAI

Kepada:Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Daripada:Dol Rahim Bin Nikmat

Pegawai Teknologi Pendidikan

Pusat Kegiatan Guru Bukit Gambir, Ledang

Rafida Binti Mohd Yussop

Pegawai Teknologi Pendidikan

Pusat Kegiatan Guru Serom, Ledang

Salinan Kepada:Ketua Unit Hal Ehwal PKG, BTPN Johor.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Perkara:Mesyuarat Bersama Pegawai Pendidikan Daerah Ledang

Bil. 3 Tahun 2015

Hari/Tarikh:Ahad, 26 Mac 2015

Masa:08.30 pagi

Tempat:Bilik Mesyuarat PPD Ledang

1. LATAR BELAKANG.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud Bin Sarlan, Pegawai Pendidikan Daerah Ledang, Pejabat Pendidikan Daerah Ledang, Johor

2. DAPATAN MESYUARAT

2.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zaidi Bin Tian, Pegawai Pendidikan Islam, Unit Pengurus Akademik.

2.2. Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah digalakkan untuk memberi kebenaran kepada komuniti setempat untuk menggunakan padang dengan syarat.

2.3Pengerusi juga memaklumkan bahawa PPD Ledang tidak mempunyai pegawai yang berbangsa Cina ataupun India ataupun mempunyai interim berbangsa Cina ataupun India. Tetapi PPD Ledang tetap memantau kesemua sekolah di dalam daerah Ledang.2.4Parking kereta dan jalan keluar-masuk PPD Ledang akan diubah. Kertas kerja telah dibuat bagi menjadikan jalan keluar dari PPD melalui taman perumahan di belakang PPD. Oleh itu, perancangan PPD adalah untuk menjadikan laluan PPD sebagai jalan sehala.

3. PELAPORAN PKG

En Dol Rahim Bin Nikmat membentangkan laporan dari pihak PKG.

3.1Kem Membaca 1 Malaysia (2015)Tarikh: 21 23 April 2015Objektif:1. Membina dan mengukuhkan budaya membaca di kalangan pelajar2. Menanam sikap menghargai dan cintakan ilmu3. Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembacaanPelancaran:1. Peringkat kebangsaan: SMK Tengku Afzan, Kuantan2. Peringkat negeri: SK Kampung Pasir, Johor BahruTarikh penghantaran laporan ke PKG: 7 Mei 2015Contoh aktiviti dan laporan dilampirkan sebagai edaran mesyuarat.

3.2Pemantauan dan Khidmat BantuPusat Sumber Sekolah Cemerlang:Pemantauan:SK Bandar Tangkak: 6 April 2015SMK Sultan Abu Bakar: 7 April 2015Khidmat Bantu:SMK Sultan Abu Bakar: 26 dan 27 April 2015SK Bandar Tangkak: 28 dan 29 April 2015

Sekolah fokus:Pemantauan:SM Agama At-Tanwiriah: 13 April 2015SM Agama Darul Ulum: 14 April 2015Khidmat Bantu:SM Agama At-Tanwiriah: 5 dan 6 Mei 2015SM Agama Darul Ulum: 20 dan 21 Mei 2015

4. MAKLUMBALAS PIHAK PPD

4.1. Pengerusi mengingatkan semua yang hadir dan juga kepada guru besar dan pengetua untuk menyemak laman web PPD setiap hari kerana PPD tidak mempunya infoblast.

4.2Tarikh penghantaran Laporan KM1M haruslah diawalkan dan pihak PPD boleh membantu untuk mengingatkan sekolah yang masih tidak menghantar laporan.

4.3Membangkitkan isu pemilihan PSSC sepatutnya bermula dari peringkat daerah. Mencadangkan agar pertandingan peringkat daerah dijalankan pada bulan Oktober.

4.4Pihak PPD dan PKG haruslah bekerjasama bagi memastikan perenggan 5 di dalam surat yang diterima dari KPM berkenaan VLE dioptimumkan. Setiap guru, ibu bapa dan penjaga serta murid harus mempunyai ID dan telah melalui proses latihan dan galak guna.

Disediakan oleh:

RAFIDA BINTI MOHD YUSSOPPegawai Teknologi PendidikanPusat Kegiatan Guru SeromLedang

DOL RAHIM BIN NIKMATPegawai Teknologi PendidikanPusat Kegiatan Guru Bukit GambirLedang

Tarikh : 30 April 2015