minit add maths kali ke-3

Upload: aiza-zainal

Post on 06-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL08000, SUNGAI PETANI, KEDAH.MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN KALI 3/ 2014

Tarikh : 10 Ogos 2014Masa : 2.00 petangTempat : Bilik Komputer

Kehadiran : 1. Pn Lim See Yong ( Pengerusi )2. Pn Hajah Norizah bt Man3. Pn Parameswary a/p Letchumanan

IKATA ALUAN PENGERUSI 1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir. IIMEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU2. Pn. Norizah mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Cadangan ini disokong oleh Pn. ParameswaryIIIPERKARA-PERKARA BERBANGKIT3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Matematik Tambahan di atas sumbangan yang diberikan semasa Minggu Sains dan Matematik 2014 pada bulan April yang lalu. Pengerusi memaklumkan sambutan yang diberikan oleh para pelajar amat menggalakkan dan berharap kejayaan yang sama dapat dicapai pada tahun-tahun yang berikutnya.4. Pengerusi memaklumkan hadiah sempena Minggu Sains dan Matematik telah siap dan boleh diedarkan kepada para pemenang bagi setiap tingkatan.IV PERBINCANGAN ISU-ISU KURIKULUM5. Pengerusi memaklumkan bagi post mortem keputusan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5, keputusan bagi matapelajaran matematik tambahan adalah merosok berbanding keputusan peperiksaan pertengahan tahun lepas.6. Pengerusi memaklumkan guru matematik tambahann bagi setiap kelas yang diajar perlu mengenalpasti kelemahan pelajar bagi membantu pelajar untuk lulus.7. Pengerusi memaklumkan terdapat pelajar kelas hadapan juga gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun ini. Terdapat 2 orang pelajar 5Sn1, 4 orang 5Sn2 dan 9 orang pelajar dari 5A1 telah gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun dalam subjek matematik tambahan.8. Pengerusi berharap keputusan peperiksaan percubaan SPM akan datang akan lebih baik berbanding keputusan pertengahan tahun ini. 9. Bagi Tingkatan 5, pengerusi memaklumkan Perancangan strategik yang akan dijalankan adalah Program Near Miss Lulus Matematik yang akan diadakan selepas peperiksaan percubaan SPM.

10.Kelas Tambahan Beyond Excellent juga diteruskan sehingga peperiksaan percubaan. 11. Pengerusi memaklumkan dialog prestasi guru matapelajaran bersama pelajar juga dijalankan bagi memastikan pelajar mengenalpasti kelemahan mereka. 12.Guru-guru bagi Tingkatan 5 perlu mendedahkan para pelajar dengan set-set soalan yang sebenar bagi memberi gambaran kepada pelajar tentang soalan yang akan mereka jawab dalam peperiksaan akan datang. 13.Ujian 2 bagi Tingkatan 1, 2 dan 4 akan dijalankan dan guru-guru perlu mematuhi jadual penggubal soalan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam.V HAL-HAL LAIN14. Kursus Olympiard akan diadakan pada 21- 22 Ogos 2014 ini pada pukul 9.00 pagi 4.30pm di Dewan Bandar Laguna Merbok. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 200. Guru-guru yang berminat boleh menyertainya.15.Bengkel Teknik Menjawab Kertas 2 Matematik Tambahan akan diadakan pada 11, 13 & 18 Ogos 2014 dengan setiap sesi selama 2 jam. Masa adalah bermula dari 2.30 p.m. hingga 4.30 p.m. Tiga topik yang senang perolehi markah telah ditetapkan dan tindakan oleh guru masing-masing untuk sediakan bahan. KP telah meminta peruntukan makan tengah hari untuk pelajar.16.Ceramah teknik menjawab matematik tambahan kertas 1 dijangka akan diadakan pada bulan September. Pn. Parameswary akan uruskan untuk menghubungi penceramahjemputan.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15pm.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,....( PARAMESWARY LETCHUMANAN)( LIM SEE YONG )Pencatat Minit MesyuaratKetua Panitia MatematikPanitia MAtematik Kali-3SMK Tunku Ismail