minit 3k 2015

11
SK DATUK AKHIR ZAMAN, 71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN. MINIT MESYUARAT JAWATANKUSA 3K UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN BIL. 1/ 2015 Tarikh : 5 Mac 2015 Hari : Selasa Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Guru SK Datuk Akhir Zaman Kehadiran : Pn Nur Sarah binti Abdullah (Guru Penolong Kanan HEM) Pn Khadijah binti Masrom (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Pn Norzarina binti Zakaria (Guru Penolong Kanan PPKI) Pn Emelia Diyana binti Kamaruddin (Penyelaras 3K) Pn Nasurah bt Mazlan (Setiausaha) Pn Norbaiti binti Alias Pn Rokiah bt Othman En Md Leza b Saleh En Mohd ‘Azam b Abdul Malek Pn Haryani bt Md Jumi (Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling) AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Majlis dimulakan dengan ummul kitab Al- Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan Pn Nur sarah (GPK HEM) yang hadir. 1

Upload: nas-fellah-kalika

Post on 10-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

SK DATUK AKHIR ZAMAN,71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN.MINIT MESYUARATJAWATANKUSA 3K UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAANBIL. 1/ 2015Tarikh

: 5 Mac 2015Hari

: SelasaMasa

: 2.00 petangTempat: Bilik Guru SK Datuk Akhir ZamanKehadiran: Pn Nur Sarah binti Abdullah (Guru Penolong Kanan HEM)

Pn Khadijah binti Masrom (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Pn Norzarina binti Zakaria (Guru Penolong Kanan PPKI)

Pn Emelia Diyana binti Kamaruddin (Penyelaras 3K)

Pn Nasurah bt Mazlan (Setiausaha)

Pn Norbaiti binti Alias

Pn Rokiah bt Othman

En Md Leza b Saleh

En Mohd Azam b Abdul Malek

Pn Haryani bt Md Jumi (Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling)

AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Majlis dimulakan dengan ummul kitab Al- Fatihah.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan Pn Nur sarah (GPK HEM) yang hadir.1.3 Beliau menyatakan rasa gembiranya kerana melihat keceriaan di sekeliling kawasan persekitaran sekolah. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama dalam memperindahkan kawasan sekolah.1.4 Mesyuarat dijalankan bagi membincangkan mengenai perancangan aktiviti dan program yang akan dijalankan.

Tindakan : Semua guru 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Pengesahan minit mesyuarat 2014 oleh

: Pn Jameah binti Mohamed Pengesahan minit mesyuarat disokong oleh: Pn Nasurah binti Mazlan3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Keceriaan dan Lanskap3.1.1 Bagi memohon sumbangan tersebut, sekolah perlu membuat edaran untuk memohon sumbangan daripada ibu bapa.

3.1.2 Pn Khadijah menyarankan agar PIBG membuat surat edaran kepada ibu bapa sebagai program sarana ibu bapa.

3.1.3 Pn Nur Sarah pula mencadangkan agar ibu bapa memberi sumbangan 1 pokok dan 1 pasu kepada sekolah.

3.1.4 Pn Khadijah memaklumkan sekiranya ingin menjalankan program tersebut, jawatankuasa perlu membuat kertas kerja terlebih dahulu untuk pelaksanaan program yang dirancang dan perlu pengesahan daripada Guru Besar. Melalui kertas kerja tersebut, penyelaras boleh memohon peruntukan bagi menjalankan aktiviti daripada PIBG.3.1.5 Penyelaras berharap semua guru saling bekerjasama dan menyumbangkan idea bagi merealisasikan sekolah yang ceria.Tindakan : PIBG dan Unit Keceriaan dan Kebersihan 3.2 Penyelaras memaklumkan pembaharuan mural 5S yang sedia ada tidak dapat dijalankan lagi kerana kekangan masa.

3.3 Beliau akan cuba mencari iktiar bagi meluangkan masa bersama-sama guru untuk menjalankan aktiviti tersebut.

3.4 Beliau juga mencadangkan sekiranya sekolah mempunyai dana atau peruntukan, boleh melantik mana-mana individu untuk membuat mural tersebut.Tindakan : Unit Kebersihan dan Keceriaan 3.5 Penyelaras memaklumkan tentang program gotong-royong pada tahun 2013 tidak dapat dilaksanakan.3.6 Pn Norzarina memaklumkan ibu bapa boleh bekerjasama bersama-sama guru kelas untuk menghias kelas anak mereka sebagai salah satu aktiviti PIBG yang merangkumi program sarana ibu bapa.

3.7 Pn Khadijah menyatakan sekiranya ingin memulakan sesuatu perkara atau program yang baharu, perlu ada perancangan yang teliti, membuat kertas kerja dan bincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat PIBG. 3.8 Sebarang program yang melibatkan penyertaan ibu bapa perlulah dibentangkan kepada PIBG terlebih dahulu.

3.9 Penyelaras memaklumkan program Hari Terbuka merupakan salah satu aktivti bagi mengutip dana PIBG.

3.10 Penyelaras memaklumkan Galeri Menteri Besar tidak dapat dibuat kerana faktor cuaca, keselamatan kerana ia terdedah dan juga kekangan masa guru-guru untuk mewujudkannya.3.11 Penyelaras memaklumkan telah menampal maklumat-maklumat dan poster yang berkaitan dengan tandas. 3.12 Pn Nur Sarah mencadangkan Kelab Doktor Muda menunjukkan cara-cara mencuci tangan dengan betul.

3.13 Pn Norzarina mencadangkan Kelab Doktor Muda juga boleh membuat pemeriksaan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya selepas perhimpunan.

3.14 Penyelaras memaklumkan pemilihan Tokoh Murid telah dilaksanakan pada tahun 2013. Puan Indra telah membeli bacth smile untuk diberikan kepada tokoh murid tersebut.3.15 Penyelaras memaklumkan pekerja-pekerja kebersihan telah turut sama membantu menghias tandas dengan menggunakan bunga plastik. Tindakan : Semua Unit 3K4. BIDANG TUGAS UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

4.1 Pn Nur Sarah memaklumkan tentang bidang tugas unit kebersihan dan keceriaan seperti berikut :

Menyediakan takwim aktiviti tahunan semua kegiatan yang berkait dengan kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah. Merancang program peningkatan untuk kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah. Menyedia dan mengagihkan senarai tugas dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan. Memastikan persekitaran bersih dan selamat. Menjalankan gotong royong membersih kawasan sekolah. Memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.Tindakan : Unit Kebersihan dan Keceriaan 5. PEMARKAHAN ANUGERAH 3K 5.1 Pn Khadijah memaklumkan sistem pemarkahan 3K perlu mengikut format pemarkahan yang telah diberi seperti yang terkandung dalam buku panduan Format Pemarkahan Anugerah 3K Peringkat Daerah/Negeri/Kebangsaan.

(Rujuk Format Pemarkahan Anugerah 3K Peringkat Daerah/Negeri/Kebangsaan)

6. PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI 20146.1 Unit Keceriaan dan Kebersihan6.1.1 Penyelaras menyarankan unit kebersihan dan keceriaan agar memfokuskan kepada Sayangi Tandas bagi pelaksanaan aktiviti pada tahun 2014.6.1.2 Murid perlu menggunakan selipar yang telah disediakan untuk masuk ke dalam tandas.6.1.3 Penyelaras setiap unit perlu menyediakan perancangan strategik mengikut format yang baharu.6.1.4 Pn Khadijah juga mencadangkan agar setiap tandas ditampal dengan poster tentang kebersihan, perkataan-perkataan yang sesuai serta peraturan penggunaan tandas untuk meningkatkan keceriaan dan kesedaran murid.6.1.5 Pn Norzarina memaklumkan PPKI ada belajar tatacara penggunaan tandas dengan betul. Guru-guru boleh merujuk kepada beliau untuk mendapatkan maklumat tersebut.6.1.6 Pn Khadijah mencadangkan agar unit keceriaan dan kebersihan dapat mengecat dinding tandas sekiranya terdapat tampalan mozek atau tiles yang telah tertanggal . Guru juga boleh menampalkan kadboard pada dinding tersebut.6.1.7 Sekiranya terdapat kesan contengan pada dinding tandas, bahagian tersebut perlu dicat agar kelihatan lebih menarik.6.1.8 Pn Khadijah menyarankan agar penyelaras menyediakan senarai keperluan barangan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti.6.1.9 Pertandingan keceriaan kelas akan bermula pada bulan Februari ini.6.1.10 Format pertandingan keceriaan diubah pada tahun 2014. 6.1.11 Kelas terbersih dan terkotor juga akan diumumkan di perhimpunan agar dapat memberi motivasi dan persaingan yang sihat dalam kalangan murid.6.1.12 Keceriaan dan kebersihan kelas setiap minggu akan dipantau oleh guru bertugas mingguan.6.1.13 Penyelaras mencadangkan agar pemantauan keceriaan dan kebersihan kelas PPKI berbeza dengan aliran kelas yang lain.6.1.14 Pn Khadijah mencadangkan agar diberi sistem ganjaran berbentuk material agar dapat mewujudkan persaingan dalam kalangan murid.6.1.15 Antara sistem ganjaran pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas ialah :Sistem GanjaranCatatan

Mingguan Pemenang mendapat bintang dan piala pusingan

Bulanan Pemenang mendapat hadiah bulanan

Hadiah berbentuk material

Kutipan daripada jumlah markah mingguan

Tahunan Pemenang keseluruhan

Jumlah markah keseluruhan setiap bulan

Hadiah untuk semua murid dan guru kelas

6.1.16 Bagi kelas PPKI pula, pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas juga dijalankan. Peruntukan bagi pemberian hadiah kepada murid menggunakan peruntukan PPKI.6.1.17 Kelas terbersih akan diumumkan mengikut kedudukan pertama, kedua dan ketiga serta jumlah markah yang diperoleh.

6.1.18 Kelas terkotor juga turut diumumkan untuk meningkatkan motivasi murid.

6.1.19 Pn Khadijah mencadangkan agar mewujudkan sudut untuk mempamerkan markah mingguan kelas.

6.1.20 Bagi aktiviti mural, penyelaras bersama-sama AJK perlu merancang aktiviti yang hendak dijalankan terlebih dahulu.

6.1.21 Bagi program gotong-royong perdana, murid perlu membawa atau menyumbangkan alatan yang diperlukan. Penyelaras perlu menyediakan senarai keperluan untuk memohon sumbangan daripada ibu bapa.

6.1.22 Penyelaras mencadangkan semasa mesyuarat Agung PIBG nanti, mohon sekolah edarkan senarai keperluan kepada ibu bapa.

6.1.23 Pn Khadijah menyarankan agar keceriaan dewan sekolah ditambah baik seperti gambar Menteri dan Agong yang lama ditukarkan kepada yang baharu.6.1.24 Beliau juga menyarankan agar backdrop pentas di dewan terbuka dikekalkan bagi memudahkan pemasangan banner kelak.

Tindakan : Unit Kebersihan dan Keceriaan6.2 Unit Keselamatan dan Kebakaran6.2.1 Wujudkan budaya selamat secara berterusan dengan sokongan komuniti.

6.2.2 Pelan kebakaran dan peraturan keselamatan perlu ditampal disetiap kelas dan bilik-bilik khas.

6.2.3 Semua guru perlu memastikan murid-murid bergerak ke kelas dan ke bilik-bilik khas mengikut laluan kuning yang telah disediakan.

6.2.4 Pastikan semua murid mematuhi peraturan-peraturan dan keselamatan yang telah disediakan.

6.2.5 Semua murid akan menggunakan pagar B untuk masuk ke dalam kawasan sekolah.6.2.6 Murid yang berbasikal perlu meletakkan basikal ditempat yang disediakan.

6.2.7 Guru perlu menampalkan peraturan ditempat letak basikal.

6.2.8 Guru perlu memberi penerangan tentang peraturan semasa perhimpunan atau menggunakan papan tanda supaya murid sentiasa berwaspada.

6.2.9 Guru perlu memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik.

6.2.10 Pn Norzarina memaklumkan PPKI telah membuat garisan merah untuk keselamatan murid-murid.

6.2.11 Pn Khadijah mencadangkan agar guru PPKI meneman murid PPKI sekiranya mereka ke tandas agar menjamin keselamatan murid. Hal ini kerana kedudukan tandas yang agak jauh daripada kelas.

6.2.12 Pn Khadijah juga memaklumkan Pengawal Keselamatan perlu turut bekerjasama untuk menjaga keselamatan di sekolah.

6.2.13 Pn Khadijah memaklumkan akan memohon peruntukan daripada Guru Besar untuk menampal tandas PPKI yang berlubang.

6.2.14 Guru perlu membuat papan tanda amaran bahaya di setiap tangga.

Tindakan : Unit Keselamatan dan Kebakaran6.3 Unit Kesihatan6.3.1 Guru perlu memastikan murid-murid sentiasa peka tentang kebersihan diri mereka.6.3.2 Guru juga perlu memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya penyakit dan cara-cara pencegahannya.6.3.3 Pn Khadijah menyarankan agar unit kesihatan merancang program kesihatan, membuat pameran dan sebagainya.6.3.4 Mengadakan ceramah tentang pemakanan yang sihat, penyakit dan gaya hidup yang sihat kepada murid.6.3.5 Perbanyakkan tampal poster-poster yang berkaitan agar memberi kesedaran kepada semua murid.6.3.6 Pn Khadijah juga memaklumkan tentang pengurusan Bilik Rawatan perlu mengikut panduan pemarkahan 3K dan perlu sentiasa dipantau.6.3.7 Guru perlu mengenal pasti murid yang mengalami masalah kesihatan.6.3.8 Murid yang mempunyai masalah kesihatan diberi tanda atau tag supaya semua guru dapat mengenal pasti murid tersebut.6.3.9 Pn Nur Sarah mencadangkan agar semua guru kelas kenal pasti murid yang mempunyai masalah kesihatan.6.3.10 Pn Khadijah mencadangkan agar menggunakan kain berwarna dan ibu bapa akan menjahit pada pakaian murid untuk mengenal pasti murid yang mempunyai masalah kesihatan.6.3.11 Pn Khadijah menyarankan Doktor Muda juga boleh menjalankan pemeriksaan berkala kepada murid seperti membuat pemeriksaan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya selepas perhimpunan rasmi pada hari Isnin.6.3.12 Pn Khadijah mecadangkan juga mengadakan program gosok gigi untuk menggalakkan murid memberus gigi selepas makan. Program tersebut boleh dijalankan selepas makan waktu rehat. Doktor Muda boleh memainkan peranan untuk memantau dan memberi arahan kepada murid.6.3.13 Beliau amat berharap program tersebut dapat dijalankan pada tahun ini selepas rehat.6.3.14 Guru boleh maklumkan kepada murid semasa perhimpunan supaya murid membawa berus gigi.Tindakan : Unit Kesihatan

7. HAL-HAL LAIN7.1 Penyelaras mengharapkan agar segala aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.7.2 Mohon kerjasama daripada semua AJK agar bersama-sama berganding bahu menjalankan aktiviti dan program yang dirancang demi anak-anak didik.7.3 Penyelaras memohon jasa baik Ustaz Sukri untuk memaklumkan kepada murid yang beragama Islam tentang tatacara buang air kecil dengan betul untuk menjaga kebersihan tandas.7.4 Pn Khadijah memaklumkan kepala paip tandas banyak rosak dan tiada peruntukan untuk membaikinya.7.5 Pn Nur Sarah mencadangkan agar boleh mendapatkan maklumat dengan beliau tentang perkara 5.4 tersebut.7.6 Pn Khadijah juga memaklumkan telah memohon kepada pihak kantin agar membuat servis filter air.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petangDisediakan oleh :

(PN NASURAH BINTI MAZLAN)Setiausaha Jawatankuasa Induk 3KSK Datuk Akhir Zaman1