minit 2015 unit mekanisasi agro

Upload: nur-leenna

Post on 10-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit sebagai contoh

TRANSCRIPT

Unit Mekanisasi Agro

Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja,

Rembau, Negeri Sembilan.___________________________________________________________________________

Minit MesyuaratTarikh:9 Februari 2015

Masa:10.00 hingga 11.30 pagi

Tempat:Bengkel Kejenteraan Pertanian

Kehadiran:1. Encik Zaini Bin Yahaya

2. Puan Siti Aisyah Binti Othman

3. Puan Noorwarni Binti Mokhtar4. Puan Nur Leenna bte Abdul Rahman

5. En. Nik Mohd Shamsul bin Azmi

1.0Ucapan Alu-Aluan Pengerusi MajlisEncik Zaini selaku ketua unit Mekanisasi Agro mengalu-alukan kehadiran semua ahli unit ke mesyuarat kali pertama unit Mekanisasi Agro bagi sesi pengajian 2015.

2.0Pembahagian Tugas

Memandangkan Mekanisasi Agro mempunyai 3 bengkel yang berlainan kawasan, maka tugas pengawasan dan penyenggaraan diagihkan kepada 3 orang pensyarah bagi memudahkan pengurusan :

Bengkel Kejenteraan Pertanian (C6) :Pn Siti Aisyah binti Othman

Bengkel Traktor (C5) :Puan Nur Leenna bte Abdul Rahman

Bengkel Kejenteraan Ladang :Puan Noorwarni binti Mokhtar

AJK Aset terdiri daripada En. Zaini, En. Rosli dan Puan Noorwarni dan manakala AJK Pembelian terdiri daripada Puan Nur Leenna, Puan Siti Aisyah dan En. Nik Mohd Shamsul.

3.0Stok dan Inventori Setiap peralatan terutamanya yang baru dibeli haruslah dijaga dengan baik. En. Nik Mohd Shamsul ditugaskan membuat buku log pagi setiap traktor.

Setiap kelas pelajar SVM dan DVM akan diberi dua buah traktor untuk tujuan PdP. Alatan seperti chirping hammer, apron, goggle dan face mask akan digantung pada setiap bay kimpalan.

Beberapa special tools traktor akan dibeli.4.0 Hal-Hal Lain

Encik Zaini memaklumkan bahawa untuk PdP, komponen traktor akan dicerai-ceraikan mengikut stesyen bagi memudahkan pengajaran para pensyarah.

Encik Zaini memaklumkan kepada En. Nik Mohd Shamsul untuk menguruskan safety shoes bagi pelajar tahun satu SVM.

En. Nik Mohd Shamsul meminta pihak pengurusan menyediakan meja guru untuk pensyarah baru. Unit Mekanisasi Agro memerlukan sekurang-kurangnya empat buah meja lagi bagi menampung keperluan semasa.

Puan Nur Leenna mencadangkan supaya kursus yang ingin diadakan perlu dirancang lebih awal. Antara kursus yang ingin dijalankan seperti Backhoe Loader Handling dan TIG Welding. En. Zaini meminta pensyarah yang menjadi PIC bangunan PdP untuk menyenaraikan keperluan yang ingin dibeli seperti papan tanda keselamatan, garisan, mesin laminate dan sticker. En. Zaini meminta Pn. Nur Leenna untuk merancang projek untuk PBE serta latihan industri pelajar tahun satu DVM. Puan Noorwarni meminta pihak kolej menyediakan lagi sebuah projektor untuk kegunaan PdP memandangkan pelajar semakin ramai.

Pn. Siti Aisyah mencadangkan lawatan dan hubungan industri diadakan dengan pihak Mentakab Agricultural Machinery.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.Disediakan Oleh,

(Nur Leenna bte Abdul Rahman)Disahkan Oleh,

(Zaini Bin Yahaya)