minit 2 2015

Upload: wan-smara-wan-muda

Post on 01-Mar-2016

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

1. Perutusan Pengerusi 1.1En. Kamarul Ariffin selaku pemangku pengerusi Mesyuarat Guru Bil 2/2015 mengalu-alukan kehadiran semua guru bagi sesi Mesyuarat Guru 2/2015. Beliau memaklumkan tahap kesihatan Guru Besar masih lemah dan berharap semua guru dapat mendoakan kesihatan Puan Juriah binti Jupri. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Faatihah. Tindakan :Makluman2.Pengesahan Minit Mesyuarat2.1Minit Mesyuarat Bil 2/2015 dicadangkan pengesahannya oleh En. Fauzi bin Aziz dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.Tindakan :Makluman3.Perkara berbangkit3.1Perkara 4.3.4muka surat 4:Jadual WaktuGPK 1 telah memaklumkan semua jadua waktu persendirian dan jadual waktu kelas telah diedarkan dengan sempurna seminggu sebelum sesi persekolahan baru bermula.Tindakan : Makluman3.2Perkara 4.5.2 muka surat 5Fail Pribadi dan Perkembangan Murid 2015 6 Orang Penyelaras Aliran memaklumkan semua guru kelas telah mengemaskini fail pribadi dan fail perkembangan murid masing-masing bagi sesi persekolahan 2015. Tindakan : Makluman4.Agenda/ Perbentangan4.1 PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN ( PBPPP )4.1.1GPK 1 menjelaskan tujuan utama mesyuarat Bil 2/2015 diadakan adalah untuk memberi taklimat mengenai penilaian yang bakal dijalankan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi guru.Tindakan : Makluman4.1.2En. Kamarul Ariffin bin Ishak menerangkan taklimat tentang PBPPP berdasarkan paparan slide power points . Maklumat-maklumat berkaitan PBPPP yang diterangkan adalah seperti berikut:iPBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian sedia ada di KPM yang digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian penggunaan.iiPBPPP adalah penilaian baharu memberi fokus kepada elemen pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).iii. Pembangunan instrumen PBPPP berdasarkan Standard Prestasi yang selaras dengan Government Transformation Programme 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan) dan 5 (Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah). Tindakan :Makluman4.1.3En. Kamarul Ariffin Bin Ishak juga menerangkan tentang Konsep Asas PBPPP yanga akan dinilai oleh dua Pegawai Penilai berasaskan Instrumen Generik, Instrumen Fungsional dan Instrumen Keberhasilan seterusnya dibahagikan kepada tiga kategori Prestasi iaitu:i.Prestasi Tinggi (90 100)ii.Prestasi Sederhana (60 89.9)iii.Prestasi Rendah (0 59.99)Tindakan :Makluman4.1.4Beliau juga memaklumkan Jawatankuasa PBPPP terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Tiga Ahli Jawatankuasa dan seorang Urus setia. Urus setia hanya berperanan dalam aspek pengkeranian dan tiada kuasa mengundi. Jawatankuasa peringkat sekolah rendah,organisasinya adalah seperti berikut :i.Pengerusi : Guru Besarii.Setiausaha : Penolong Kanan Pentadbiraniii.Ahli : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Penolong Kanan Ko- kurikulum,iv.Urus Setia : Pembantu TadbirTindakan :Makluman4.1.5Beliau juga memaklumkan pihak pentadbir telah melantik beberapa orang guru terdiri dalam kalangan ketua-ketua panitia untuk membatu proses penilaian. Tindakan :Makluman4.1.6En. Kamarul Ariffin Bin Ishak turut memaklumkan maklumat tentang Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Yang Dinilai iaitu:i.Penilaian adalah fleksibel iaitu sistem penilaian yang tidak terikat kepada sesuatu kaedah penilaian semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang berikut :ii.Kesesuaian Masa : pagi/ petang/ malam. (bergantung kepada majlis/ program)iii. Kesesuaian Tempat : bilik darjah/ makmal/ padang.iv.Kepelbagaian Kaedah : semakan bahan/ temu bual/ pencerapan/ pemerhatian.Tindakan :Makluman4.1.7Beliau memaklumkan Proses penilaian PBPPP ini melibatkan dua PP, iaitu Pegawai Penilai Satu (PP1) dan Pegawai Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dijalankan oleh PP yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD.Pemberian markah antara kedua-dua PP kepada PYD adalah sulit. PP1 dan PP2 tidak boleh berbincang dalam proses pemberian markah PYD. Tindakan :Makluman

4.1.8Beliau memaklumkan perlantikan atau penetapan PP perlu berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti yang berikut:i.Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang PYD dan mempunyai kemahiran menilai secara objektif.ii.Sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai atau Ketua Organisasi/ Penyelia.iii.Tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau perkahwinan antara PP dan PYD.4.1.9En. Kamarul Ariffin Bin Ishak juga memaklumkan Pegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).Tindakan : Makluman4.1.10En. Kamarul Ariffin Bin Ishak turut memaklumkan maklumat tentang Instrumen dan Wajaran adalah seperti berikut:1.Konsep instrumen adalah :a.Dimensi merupakan perkara pokok atau bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh diukur. Dimensi menggambarkan konstruk yang hendak dinilai.b. Elemen ialah bahagian-bahagian bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh diukur. Elemen adalah pembolehubah bagi sesuatu Dimensi (Konstruk).c.Aspek adalah bidang tugas dan tanggungjawab yang dinilai dalam satu tempoh yang ditetapkan. Aspek merupakan perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen.2.Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Generik, Fungsional dan Keberhasilan.i. Komponen Generik bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan dimensi, elemen dan aspek yang sama.ii. Komponen Fungsional bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing.iii. Komponen Keberhasilan bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan peningkatan berasaskan bidang tugas. (Kumpulan PdP dan PTA).3. Beliau turut memaklumkan wajaran markah penilaian bagi instrumen PBPPP adalah seperti berikut :a. Komponen generik mempunyai 3 dimensi iaituD1 Dimensi Profesionalisme (20%), D2 Dimensi Tugasan Tambahan (10%) D3 - Dimensi Penglibatan (10%)b. Komponen fungsional mempunyai 1 dimensi iaitu Dimensi Kemahiran (60%)c. Komponen keberhasilan (100%)4.1.11 Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan wajaran adalah 100% di mana komponen generik dan fungsional sebanyak 90% sementara komponen keberhasilan adalah sebanyak 10%.Tindakan : Makluman4.1.12 Beliau juga turut memaklumkan maklumat tentang Sistem E-Prestasi iaitu : i.Aplikasi/ Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah peluasan Sistem Maklumat Guru(SMG). Ii.Modul E-Prestasi ini boleh dicapai dalam laman sesawang http://apps.moe.gov.my/smg/10/iii.Ciri-ciri utama E-Prestasi ini iaitu capaian secara dalam talian melalui Internet, boleh dicapai menggunakan pelayar web utama, boleh dicapai pada bila-bila masa tertakluk kepada takwim penilaian yang ditetapkan oleh BPPK, tiada pendaftaran pengguna diperlukan dan pengiraan markah PYD adalah secara automatik.Iv. Modul-modul uatama dalam E-Prestasi adalah :a) Pelantikan JK PBPPP di Peringkat Sekolahb) Penetapan PP1 dan PP2 bagi PYDc) Penilaian oleh PP1 & PP2d) Penyelenggaraan; - Pelaporan - Pelarasan Markah - Semula Kata Laluane) Sub Modul Slip KeputusanTindakan : Makluman 5.Hal-hal lain5.1GPK Hal Ehwal Murid , Puan Seri Mashayu Bt Abdul Majid mengucapkan tahniah kepada semua guru yang bersemangat mendengar taklimat PBPPP pada hari ini. Tindakan :Makluman5.1.1Beliau meminta semua penyelaras memastikan guru kelas mengemaskini Sistem APDM untuk memastikan kemasukan markah dalam SAPS dapat berjalan dengan lancar.Tindakan :Penyelaras5.1.2Beliau juga mengarahkan Penyelaras Aliran memastikan guru kelas dalam aliran masing-masing dapat mengemaskini kehadiran murid dalam sistem APDM. Tindakan : Penyelaras

6.PenutupEn. Kamarul Ariffin Bin Ishak mengakhiri mesyuarat dengan menyeru semua guru bersedia menghadapi PBPPP dengan memperbaiki prestasi masing-masing demi meningkatkan pencapaian individu dan bidang pendidikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

....( WAN SMARA BINTI CHE WAN MUDA)(JURIAH BINTI JUPRI)

Tarikh :Tarikh :

1