minit 1 2013 (1)

10
SJK(T) SITHAMBARAM PILLAY. MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2013 Tarikh : 21hb November 2012 Hari : Rabu Masa : 8.30 pagi - 12.45 Tengahari Tempat : Makmal Komputer Pengerusi : Pn.Mariamah a/p Murugan (Guru Besar) Setiausaha : Pn.G.Puvanesvari Kehadiran : 1. Pn.Mariamah a/p Murugan (Guru Besar) 2. Pn.Jayalachmy a/p Ramasamy (Pen.kanan Pentadbiran) 3. Cik.Sathiavani a/p Muthan (Pen.Kanan HEM) 4. Pn.Vasuki a/p Chidambaram (Pen.Kanan Kokurikulum) 5. Pn.Jothi Letchemy a/p Ramasamy (Setiausaha Kurikulum) 6. Pn.Asiah Beevi bt Ahmad Shah (Bimbingan & Kaunseling) 7. Pn.Badmini a/p Murugan (Guru Pemulihan) 8. En.Vincent a/l Chinnnappan Muthiriar (Guru Data & Panitia PJK) 9. Pn.Saraswathy a/p Sanjirayan ( Guru Bestari ) 10. Pn.Nirmala Ruth a/p Swamikanoo ( Panitia Bahasa Inggeris ) 11. Pn.Jeyah piriyah a/p Kaniapan ( Guru Cemerlang ) 12. Pn.Selvi a/p Marimuthu ( Ketua Projek UPSR) 13. En.Subramaniam a/l Appannan ( Panitia KT & Sivik) 14. Cik.Shalenee a/p Sundaresan ( Panitia Bahasa Melayu) 15. Pn.Sarawathi a/p Muniandy ( Panitia Pendidikan Moral )

Upload: sivasanggari-ramasamy

Post on 24-May-2015

3.222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Minit 1 2013 (1)

SJK(T) SITHAMBARAM PILLAY.MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2013

Tarikh : 21hb November 2012Hari : Rabu Masa : 8.30 pagi - 12.45 TengahariTempat : Makmal KomputerPengerusi : Pn.Mariamah a/p Murugan (Guru Besar)Setiausaha : Pn.G.Puvanesvari

Kehadiran : 1. Pn.Mariamah a/p Murugan (Guru Besar)2. Pn.Jayalachmy a/p Ramasamy (Pen.kanan Pentadbiran)3. Cik.Sathiavani a/p Muthan (Pen.Kanan HEM)4. Pn.Vasuki a/p Chidambaram (Pen.Kanan Kokurikulum)5. Pn.Jothi Letchemy a/p Ramasamy (Setiausaha Kurikulum)6. Pn.Asiah Beevi bt Ahmad Shah (Bimbingan & Kaunseling)7. Pn.Badmini a/p Murugan (Guru Pemulihan)8. En.Vincent a/l Chinnnappan Muthiriar (Guru Data & Panitia PJK)9. Pn.Saraswathy a/p Sanjirayan ( Guru Bestari )10. Pn.Nirmala Ruth a/p Swamikanoo ( Panitia Bahasa Inggeris )11. Pn.Jeyah piriyah a/p Kaniapan ( Guru Cemerlang )12. Pn.Selvi a/p Marimuthu ( Ketua Projek UPSR)13. En.Subramaniam a/l Appannan ( Panitia KT & Sivik)14. Cik.Shalenee a/p Sundaresan ( Panitia Bahasa Melayu)15. Pn.Sarawathi a/p Muniandy ( Panitia Pendidikan Moral )16. Pn.Thanaletchumy a/p Krishnan ( Panitia Matematik )17. Pn.Puvaneswary a/p Ganeson ( S/U kurikulum )18. Pn.Thilagawathi a/p Maniam ( Guru BOSS)19. Pn.Kavitha a/p Ramasamy ( Panitia Sains )20. Pn.Jagthieswary a/p Narayanan ( Panitia Kemahiran Hidup)21. Pn.Sathiya Priya a/p Kumar ( Panitia Bahasa Tamil)22. Cik.Nurul Marvannie Rhazali ( Guru BM )23. Cik.Juliyana Binti Hamid ( Guru Agama)24. Pn.Gomathy a/p Veloo ( Panitia Seni)25. Pn.Joshephine a/p Mariasusai ( Guru PSS)26. Pn.Sivasanggari a/p Ramasamy ( S/U Peperiksaan)

Page 2: Minit 1 2013 (1)

1.UCAPAN ALUAN1.1 Setiausaha Kurikulum sekolah Pn.G.Puvanesvari mengalu-alukan kehadiran para guru ke mesyuarat kurikulum kali Pertama bagi sesi 2013.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan diikuti dengan lafazan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam.

(Tindakan : Makluman)

2. PERUTUSAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan masa bagi menghadirkan diri ke mesyuarat kurikulum kali Pertama bagi tahun 2013.

2.2 Memberi peringatan kepada semua guru supaya menumpukan perhatian sepenuhnya semasa mesyuarat dikendalikan dan mengelakkan berbual atau menggunakan telefon bimbit semasa berada dalam mesyuarat.

2.3 Semua warga sekolah diminta menghayati dan menghafal Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia, PPD dan sekolah.

2.4 Semua guru diminta berbincang dan menentukan target pencapaian.2.5 Pencapaian dan sasaran perlu dipaparkan di bilik guru mengikut skala yang

ditetapkan.2.6 Guru – guru juga diminta melaksanakan sesuatu perkara secara profesionalisme dan

bukan sewenang – wenangnya.2.7 Perjumpaan ibu bapa dengan guru perlu dilaksanakan mengikut masa dan jadual

yang ditetapkan.2.8 Guru juga diingatkan supaya bertanggungjawab dalam menjaga disiplin dan sahsiah

murid serta dilarang memukul atau merotan murid.2.9 Kehadiran guru - guru wajib untuk Mesyuarat Kurikulum Pertama dan tidak boleh

diberi kelonggaran.2.10 Guru – guru yang keluar sebagai Jurulatih Utama, berkursus atau cuti sakit harus

mengganti balik masa pengajaran dan pembelajaran dan berbincang dengan rakan setugas untuk menggantikannya.

2.11 Semasa pemilihan pengawas sekolah harus menitikberatkan sahsiah dan disiplin murid. Kes – kes ponteng harus dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling atau Guru besar.

2.12 Guru- guru yang bertanggungjawab harus mengadakan latihan kebakaran untuk menerangkan cara – cara menjaga keselamatan kepada murid – murid.

2.13 Semua guru diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang keselamatan murid.

2.14 Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran guru – guru juga dinasihati supaya memberi motivasi selama 5 minit serta program bacaan diteruskan.

2.15 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru – guru yang membantu mengharunkan nama sekolah dengan pencapaian UPSR tahun 2012 dengan 6 orang murid yang mencapai 7A dalam semua matapelajaran. Beliau juga menyatakan rasa sedih akibat penurunan kuantiti sebanyak 3.67%.

Page 3: Minit 1 2013 (1)

2.16 Mulai tahun 2013 kelas KSSR Tahun 2 dan 3 akan dikategorikan mengikut pencapaian murid supaya dapat membantu murid yang lemah.

2.17 Guru – guru juga diminta untuk mencadangkan langkah – langkah yang sesuai bagi meningkatkan kuantiti UPSR.

2.18 Bagi merekodkan masalah murid – murid khas , guru – guru diminta harus menyediakan fail khas.

2.19 Pada hari pertama persekolahan , pengajaran dan pembelajaran wajib dilaksanakan. Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran juga harus dirancang mengikut amalan pedagogi yang berkesan.

2.20 Kawalan kelas dan pengurusan bilik darjah perlu diberi keutamaan. 2.21 Guru – guru juga diingatkan tentang dasar – dasar kementerian seperti NKRA, SUB

NKRA- Prasekolah,LINUS , SPBT,MBMMBI,SIP, KSSR,KSPK ,PBS,SKPM, SBT,Sekolah Kluster dan 1M1S.

( Makluman : Semua guru)

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu. Pembentangan Minit Mesyuarat tersebut dicadangkan oleh Encik. C.Vincent dan ia disokong oleh Encik. A. P.Subramaniam.

(Makluman : Semua guru)

4 DASAR KURIKULUM SEKOLAH DAN OBJEKTIF KURIKULUM

4.1 Dasar Kurikulum sekolah mesti selari dengan Dasar Pendidikan Kurikulum.4.2 Kurikulum yang diajar mesti memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.4.3 Dasar menjadi garis panduan jelas dan terperinci kepada semua.4.4 Memantapkan lagi pengurusan kurikulum di sekolah.4.5 Dasar memenuhi kehendak Standard kualiti JPN.

( Makluman : Semua guru)

5 MESYUARAT DAN LAPORAN PANITIA

5.1 Panitia matapelajaran akan bermesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan. Laporan hendaklah dihantar ke PPD.

5.2 Minit Mesyuarat perlu disediakan dan diedarkan kepada guru – guru untuk mereka mengambil tindakan dengan secepat mungkin.

5.3 Guru besar meminta ketua panitia matapelajaran mengadakan mesyuarat dan berbincang secara terperinci tentang program yang telah dirancangkan bagi menangani masalah pembelajaran yang dihadapi.

( Tindakan : Ketua- ketua Panitia)

Page 4: Minit 1 2013 (1)

6 SUKATAN PELAJARAN DAN SISTEM FAIL

6.1 Semua guru telah diedarkan dengan sukatan pelajaran yang terbaharu daripada Kementerian Pelajaran dan dijadikannya sebagai bahan rujukan.

6.2 Panitia juga perlu menyimpan salinan sukatan pelajaran dan disimpan dalam fail panitia.

6.3 Rancangan tahunan dan harian juga perlu disimpan dalam fail panitia.6.4 Rancangan harian yang disediakan oleh guru perlu merangkumi semua aspek

seperti isi pelajaran,objektif , kesepaduan, aktiviti , KBKK dan Impak.6.5 Semua fail perlu disimpan dalam bilik Guru besar.6.6 Panitia perlu menetapkan sasaran tahunan berdasarkan TOV,ETR,OTI dan

Headcount.6.7 Panitia juga perlu membuat perancangan strategik,pelan taktikal dan pelan operasi.

( Tindakan : Ketua – ketua Panitia)

7 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

7.1 Peperiksaan akan diadakan pada pertengahan tahun dan akhir tahun dan PBS juga akan dijalankan setiap bulan.

7.2 Kedudukan kelas akan ditentukan GMP matapelajaran teras dan lulus semua matapelajaran.

7.3 Kriteria yang dititikberatkan semasa membuat penyeliaan ialah format peperiksaan,jadual pengawasan rekod markah, jadual spesifikasi ujian, post mortem peperiksaan dan pentaksiran PBS.

7.4 Target kuantiti peperiksaan UPSR pada tahun ini ialah 81.29% ( 50). Manakala target kualitinya ialah 24.59% ( 15).

( Makluman : Semua guru)

8 WAKTU OPERASI SEKOLAH DAN JADUAL WAKTU

8.1 Guru – guru perlu berada di kawasan sekolah sebelum 7.20 pagi.8.2 Pada hari Isnin bermula 7.45 pagi dan berakhir 1.35 petang ( Tahap 2) manakala

Tahap 1 ialah 1.05 tengahari.8.3 Pada hari Selasa bermula 7.45 pagi dan berakhir 1.35 petang ( Tahap 2) manakala

Tahap 1 pula 1.05 tengahari.8.4 Pada hari Rabu bermula 7.45 pagi dan berakhir 1.05 tengahari ( Tahap 2)

manakala Tahap 1 pula ialah 12.35 tengahari.8.5 Pada hari Khamis bermula 7.45 pagi dan berakhir 1.05 tengahari untuk (Tahap 2)

manakala 12.35 tengahari bagi Tahap 1.8.6 Pada hari Jumaat bermula 7.45 pagi dan berakhir 12.05 tengahari.( Tahap 1 dan 2)

Page 5: Minit 1 2013 (1)

8.7 Guru – guru diberikan waktu pengajaran dalam lingkungan 30 waktu seminggu.8.8 Waktu operasi prasekolah bermula 7.45 pagi - 11.45 pagi.8.9 Program Bacaan Pagi dijalankan dari pukul 7.30 pagi hingga 7.45 pagi.

(Makluman : Semua guru)

9 PEMANTAUAN AKADEMIK DAN PENYELIAAN BUKU LATIHAN

10.1 Jawatankuasa pemantauan sekolah terdiri daripada Guru besar,Penolong –penolong Kanan dan Ketua Panitia.

10.2 Guru – guru diminta menghantar buku latihan murid untuk membuat penyemakan setiap bulan mengikut takwim.

( Tindakan : Semua guru)

11 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK DAN STAF

11.1 Guru – guru diminta melangsungkan program yang releven dengan kehendak panitia.

11.2 Guru – guru yang menghadiri kursus wajib memberikan taklimat ringkas kepada Guru besar dan mengadakan kursus dalaman.

( Tindakan : Semua guru)

12 PEMBENTANGAN KSSR

12.1 Pn. Sivasanggari selaku Setiausaha PBS telah membentangkan tentang sistem pengurusan fail KSSR.

12.2 Terdapat dua jenis fail KSSR iaitu fail Induk dan fail Pendua.12.3 Fail Induk mengandungi surat – surat jawapan dari sekolah, KPM,JPN, dan PPD

serta surat mesyuarat tentang PBS.12.4 Fail Pendua pula mempunyai Carta organisasi, Maklumat guru, Perancangan Sekolah

tentang PBS, Minit Mesyuarat Jawatankuasa PBS, Lporan Jaminan Kualiti dan Kes – kes Khas.

12.5 Fail matapelajaran pula mengandungi Maklumat guru, Standard Prestasi, Rekod Transit, Instrumen Pentaksiran, Surat Lantikan Pentaksir, Jadual Waktu dan Dokumen Standard Kandungan.

12.6 Setiap Instrumen yang disimpan akan dikeluarkan dan diedarkan dari fail kepada murid – murid untuk 3 bulan sekali.

( Makluman : Semua guru)

Page 6: Minit 1 2013 (1)

13 LAPORAN POST MORTEM DAN ANALISA UPSR TAHUN 2012

13.1 Ketua Projek UPSR tahun 2012,iaitu Pn. Selvi telah membentangkan Analisa UPSR tahun 2012.

13.2 Pada tahun 2011 kuantitinya ialah sebanyak 52.9% ( 27), manakala pada tahun 2012 pula ialah 48.33% ( 29). Sementara , pada tahun 2011 kualitinya ialah 5.88% ( 3), manakala pada tahun 2012 ialah 10% ( 6). GPS pula ialah sebanyak 2.59.

13.3 Kekuatan dan kelemahan juga telah dibincangkan. Penambahbaikan telah dirancang.

(Makluman : Semua guru)

14 HAL – HAL LAIN

14.1 Penggunaan Dwibahasa tidak diambilkira dalam pembayaran BISP dan ia akan diberhentikan mulai Januari 2013.

14.2 Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah akan diadakan pada 27.12.2012 pada pukul 9.00 pagi.

14.3 Jamuan makan malam telah ditetapkan untuk diadakan pada bulan Januari.14.4 Fail – fail panitia yang telah dilengkapkan perlu mendapatkan tandatangan daripada

Guru besar dan perlu disimpan di pejabat.14.5 Perancangan Strategik harus diserahkan kepada Ketua Panitia.14.6 Pendaftaran UPSR 2013 akan dilaksanakan oleh Pn. Sivasanggari.14.7 Diminta guru – guru untuk mengemaskinikan maklumat dalam Hrmis.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.45 tengahari.

Disediakan oleh,

..........................( Pn.G.Puvanesvari)Setiausaha Kurikulum SPTS.

Disahkan oleh,

..........................( Pn.M.Mariamah)Guru besar.