ministry of human resources -...

Download Ministry of Human Resources - meca.com.mymeca.com.my/system/files/circulars/file/PSLAPSMB2001.pdf · Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi selaras dengan ... yang berkemahiran

If you can't read please download the document

Upload: lydang

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 1

  • 2

  • 3

    Ministry of Human ResourcesMinistry of Human Resources

    PERLUASAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER

    MANUSIA BERHAD

    PERLUASAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER

    MANUSIA BERHAD

    20012001

    KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN

    LATAR BELAKANG

    PERANAN PSMB

    SISTEM LEVI/GERAN

    RASIONAL PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PSMB, 2001

    SUB-SEKTOR BARU YANG DILIPUTI DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

    DEFINISI 19 SUB-SEKTOR BARU DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

    PROGRAM LATIHAN YANG DIKENALPASTI BAGI 19SUB-SEKTOR BARU DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

    GERAN PENYAMA/GERAN PEMADAN (MATCHING GRANT) DAN TEMPOH PENDAFTARAN ISTIMEWA BAGI MAJIKAN YANG BARU BERDAFTAR DARI 19 SUB-SEKTOR BARU

    (a) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant)(b) Tempoh Pendaftaran Istimewa Untuk 19 Sub-Sektor Baru

    TEMPOH PENDAFTARAN ISTIMEWA BAGI MAJIKAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH AKTA PSMB 2001, DARI 44 SUB-SEKTOR SEDIA ADA YANG TERTAKLUK DI BAWAH AKTA PSMB, 2001 TETAPI BELUM BERDAFTAR

    PENDAFTARAN MAJIKAN

    LAMPIRAN I Majikan Yang Tertakluk Di Bawah Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Akta 612) dari 44 Sub-Sektor Baru Sedia Ada

    LAMPIRAN II Borang 1 Borang Pendaftaran Majikan

    LAMPIRAN III Borang 1A Penyata Maklumat Majikan

    LAMPIRAN IV - Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Majikan

    LAMPIRAN V - Senarai Semak Pendaftaran Majikan Di Bawah Akta PSMB, 2001 (Akta 612)

    MUKA SURAT

    1

    1

    2

    2

    2-4

    5-9

    10-13

    14-15

    1415

    16

    16

    17-18

    19-20

    21

    22-25

    26

  • 4

  • 1

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

    LATARBELAKANG

    Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk mentadbir dan menguruskan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja di sektor swasta. Ia dilaksanakan melalui pemberian bantuan kewangan secara geran latihan hasil daripada kutipan levi Pembangunan Sumber Manusia (PSM) daripada majikan yang berdaftar dengan PSMB.

    PERANAN PSMB

    PSMB menguatkuasakan Akta PSMB, 2001 (Akta 612) yang berperanan untuk:

    a. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pekerja sedia ada di sektor swasta terutamanya majikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS);

    b. Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi selaras dengan usaha mentransformasi ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi;

    c. Menawarkan program latihan yang dapat meningkatkan produktiviti syarikat agar mampu untuk berdaya saing di pasaran tempatan dan global; dan

    d. Memupuk budaya latihan dan latihan semula di kalangan majikan.

  • 2

    SISTEM LEVI/GERAN

    KWPSM mengguna pakai konsep sistem levi/geran, di mana majikan yang berdaftar layak untuk menerima nilai bantuan kewangan yang bersamaan dengan levi PSM yang dibayar. Levi yang dibayar boleh dibelanjakan untuk tujuan penggalakan, pembangunan dan peningkatan kemahiran pekerja, perantis dan pelatih melalui kaedah geran latihan.

    RASIONAL PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PSMB, 2001

    Perluasan Akta adalah merupakan langkah bagi membantu pembangunan modal insan dan seterusnya meningkatkan lagi bilangan tenaga kerja negara yang berkemahiran tinggi sepertimana yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 iaitu bagi mencapai 50% tenaga kerja yang berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Bagi mencapai hasrat ini, PSMB telah mengambil langkah memperluaskan lagi skop liputan Akta PSMB 2001 kepada 19 sub-sektor bagi tujuan membangunkan dan mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja.

    SUB-SEKTOR YANG DILIPUTI DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

    Berkuatkuasa 1 Jun 2014, Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah memperluaskan skop liputan Akta PSMB, 2001 daripada 44 sub-sektor sedia ada kepada 19 lagi sub-sektor baru iaitu 2 sub-sektor daripada sektor PERLOMBONGAN dan PENGKUARIAN. Manakala 17 sub-sektor lagi adalah daripada sektor PERKHIDMATAN. Perincian mengenai 19 sub-sektor, syarat kelayakan, kadar bayaran levi dan definisi 19 sub-sektor yang terlibat adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual berikut.

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 3

    PE

    RLO

    MB

    ON

    GA

    N

    DA

    NP

    EN

    GK

    UA

    RIA

    N

    PE

    RK

    HID

    MA

    TAN

    SKO

    P L

    IPU

    TAN

    AK

    TA P

    SMB

    , 20

    01

    KE

    ATA

    S 19

    SU

    B-S

    EK

    TOR

    BA

    RU

    , SYA

    RA

    T K

    ELA

    YAK

    AN

    , TA

    RIK

    H K

    UA

    TKU

    ASA

    DA

    N

    KA

    DA

    R B

    AYA

    RA

    N L

    EV

    I

    1. P

    eng

    ekst

    raka

    n P

    etro

    leum

    d

    an G

    as

    2. P

    erlo

    mb

    ong

    an M

    iner

    al d

    an

    P

    eng

    kuar

    ian

    Bat

    u

    1. P

    erb

    ekal

    an W

    ap, G

    as d

    an

    P

    end

    ing

    in U

    dar

    a

    2. P

    eraw

    atan

    dan

    Pem

    bek

    alan

    Air

    3. P

    enb

    entu

    ngan

    4.

    Per

    khid

    mat

    an P

    eng

    urus

    an S

    isa

    d

    an P

    emul

    ihan

    Sem

    ula

    Bah

    an

    5. P

    ener

    bit

    an W

    ayan

    g G

    amb

    ar,

    V

    ideo

    dan

    Pro

    gra

    m T

    elev

    isye

    n,

    R

    akam

    an B

    unyi

    dan

    P

    ener

    bit

    an M

    uzik

    5

    0 o

    rang

    pek

    erja

    war

    gan

    egar

    a

    M

    alay

    sia

    dan

    ke

    atas

    .

    1

    0 -

    49

    ora

    ng p

    eker

    ja

    w

    arg

    aneg

    ara

    Mal

    aysi

    a d

    eng

    an

    m

    od

    al b

    erb

    ayar

    seb

    anya

    k

    R

    M2.

    5 ju

    ta d

    an k

    e A

    TAS

    1

    0 -

    49

    ora

    ng p

    eker

    ja

    w

    arg

    aneg

    ara

    Mal

    aysi

    a d

    eng

    an

    m

    od

    al b

    erb

    ayar

    KU

    RA

    NG

    d

    arip

    ada

    RM

    2.5

    juta

    .

    (

    dib

    eri p

    iliha

    n un

    tuk

    men

    daf

    tar)

    M

    ajik

    an y

    ang

    mem

    pun

    yai 1

    0

    o

    rang

    pek

    erja

    war

    gan

    egar

    a

    M

    alay

    sia

    dan

    ke

    atas

    .

    1 Ju

    n 20

    14

    1 Ju

    n 20

    14

    1 Ju

    n 20

    14

    1% 0.5

    %

    1%

    KA

    DA

    RB

    AYA

    RA

    N L

    EV

    ITA

    RIK

    HK

    UA

    TKU

    ASA

    SYA

    RA

    T K

    ELA

    YAK

    AN

    SUB

    -SE

    KTO

    R/I

    ND

    UST

    RI

    SEK

    TOR

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 4

    SEK

    TOR

    SU

    B-S

    EK

    TOR

    /IN

    DU

    STR

    I

    S

    YAR

    AT

    KE

    LAYA

    KA

    N

    TAR

    IKH

    K

    AD

    AR

    K

    UA

    TKU

    ASA

    B

    AYA

    RA

    N L

    EV

    I

    PE

    RK

    HID

    MA

    TAN

    6.

    Per

    khid

    mat

    an M

    aklu

    mat

    7.

    Pen

    gus

    ahaa

    n P

    elan

    cong

    an

    8.

    Per

    khid

    mat

    an B

    ang

    unan

    dan

    L

    and

    skap

    9.

    Per

    khid

    mat

    an P

    eng

    urus

    an

    A

    cara

    10. P

    end

    idik

    an A

    wal

    Kan

    ak-K

    anak

    11.

    Per

    khid

    mat

    an S

    oko

    ngan

    K

    esih

    atan

    12. F

    ranc

    ais

    13. P

    enju

    alan

    dan

    Pem

    bai

    kan

    K

    end

    eraa

    n B

    erm

    oto

    r

    14. P

    erkh

    idm

    atan

    Pen

    yiar

    an

    S

    was

    ta

    15. S

    eko

    lah

    Mem

    and

    u

    16. P

    erkh

    idm

    atan

    Vet

    erin

    ar

    17. P

    erkh

    idm

    atan

    Mak

    anan

    dan

    M

    inum

    an.

    M

    ajik

    an y

    ang

    mem

    pun

    yai 1

    0

    o

    rang

    pek

    erja

    war

    gan

    egar

    a

    M

    alay

    sia

    dan

    ke

    atas

    .

    M

    ajik

    an y

    ang

    mem

    pun

    yai 3

    0

    o

    rang

    pek

    erja

    war

    gan

    egar

    a

    M

    alay

    sia

    dan

    ke

    atas

    .

    1 Ju

    n 20

    14

    1 Ju

    n 20

    14

    1% 1%

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 5

    DEFINISI 19 SUB-SEKTOR BARU DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

    SUB-SEKTORPerlombongan dan

    Pengkuarian

    1. Pengekstrakan

    Petroleum dan Gas

    2. Perlombongan

    Mineral dan

    Pengkuarian Batu

    3. Perbekalan Wap,

    Gas dan Pendingin

    Udara

    DEFINISIIaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang

    melibatkan proses pengekstrakan mineral yang terjadi

    secara semulajadi sebagai pepejal, cecair atau gas,

    termasuklah:

    (A) Perlombongan batu arang keras dan lignit

    (batu arang choklat perang), bijih besi, bijih

    logam bukan besi atau mineral kimia dan baja;

    (B) Perlombongan atau pengkuarian bahan pelelas,

    asbestos, mil fosil bersilikon, grafit semulajadi,

    steatite (talkum), batu permata, asphalt

    semulajadi, asfaltit dan batu berasfalt, bitumen

    pepejal semulajadi, kuartza dan mika;

    (C) Pengekstrakan minyak petroleum mentah, syal

    bitumen atau syal minyak dan pasir tar, gas asli,

    kondensat, hidrokarbon cecair, metana, etana,

    butana atau propana;

    (D) Pengekstrakan dan penggumpulan tanah

    gambut dan garam, termasuk pengekstrakan

    garam melalui penyejatan air laut atau air masin

    lain;

    (E) Pengkuarian batu, pasir dan tanah liat; atau

    (F) Perkhidmatan sokongan khusus perlombongan

    atau pengkuarian yang disediakan berdasarkan

    fi atau kontrak

    Iaitu pengumpulan, pembekalan, pengagihan atau

    penyediaan gas, wap dan pendingin udara termasuk

    pengagihan bahan api berunsur gas melalui saluran

    utama, pengumpulan dan pengagihan wap dan air

    panas bagi maksud pemanasan, tenaga atau maksud

    lain, pengagihan udara dingin atau air yang disejukkan

    *Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 6

    SUB-SEKTOR

    4. Perawatan dan

    Pembekalan Air

    5. Pembentungan

    6. Perkhidmatan

    Pengurusan Sisa

    dan Pemulihan

    Semula Bahan

    7. Penerbitan

    Wayang Gambar,

    Video dan Program

    Televisyen, Rakaman

    Bunyi dan

    Penerbitan Muzik

    *Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

    DEFINISIbagi maksud pendinginan dan pembekalan ais bagi

    maksud makanan dan bukan makanan atau bagi

    maksud pendinginan

    Iaitu proses perawatan air daripada pelbagai sumber

    dan pembekalan atau pengagihan air melalui pelbagai

    cara untuk keperluan domestik dan industri

    Iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan,

    penyenggaraan atau pengendalian sistem

    pembentungan atau kemudahan rawatan kumbahan,

    termasuk penakungan dan rawatan air buangan dari

    kawasan kediaman atau perindustrian yang dibawa

    melalui apa-apa cara jua bagi maksud perlambakan,

    perlupusan atau penukaran kepada bentuk bukan

    toksik

    Iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan pengumpulan,

    rawatan atau perlupusan bahan sisa pepejal, cecair

    atau bergas yang dibuang, ditolak, tidak dikehendaki

    atau ditinggalkan, untuk diguna semula, dikitar semula,

    diproses semula, dipulih semula atau ditulinkan

    melalui suatu proses yang berasingan termasuk aktiviti

    pemulihan dan lain-lain perkhidmatan pengurusan sisa

    Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-

    apa perihalan yang melibatkan:

    (A) Pembuatan atau penerbitan wayang gambar,

    filem, video dan program televisyen atau iklan

    komersial;

    (B) Aktiviti pasca penerbitan filem, video dan

    program televisyen atau iklan untuk radio,

    televisyen atau filem;

    (C) Aktiviti pengedaran atau aktiviti bagi

    mendapatkan hak pengedaran filem, pita

    video, DVD atau penerbitan yang seumpamanya

    bagi maksud komersial;

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 7

    SUB-SEKTOR

    8. Perkhidmatan

    Maklumat

    9. Pengusahaan

    Pelancongan

    10. Perkhidmatan

    Bangunan dan

    Landskap

    11. Perkhidmatan

    Pengurusan Acara

    12. Pendidikan Awal

    Kanak-Kanak

    DEFINISI(D) Aktiviti penayangan wayang gambar atau pita

    video;

    (E) Pengeluaran rakaman induk (bunyi),

    perkhidmatan rakaman bunyi dan perkhidmatan

    yang berkaitan; atau

    (F) Aktiviti penerbitan muzik dan perkhidmatan

    yang berkaitan;

    Iaitu penyediaan dan pembekalan data, pengetahuan

    atau maklumat kepada pelanggan bagi maksud

    komersial termasuk penyediaan perkhidmatan

    memproses data dan perkhidmatan pengehosan,

    perkhidmatan portal web, perkhidmatan agensi berita

    dan sindiket berita, dan perkhidmatan yang berkaitan

    Iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan perniagaan,

    pengendalian atau pengurusan pelancongan dalam

    negeri atau ke luar negeri atau apa-apa perniagaan

    agensi pengembaraan mengikut pengertian Akta

    Industri Pelancongan 1992 (Akta 482)

    Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

    pengurusan, penyenggaraan, penjagaan atau

    pembersihan bangunan, lanskap, kelengkapan enjin,

    jentera atau pembersihan perindustrian yang lain

    Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-

    apa perihalan yang melibatkan pengurusan, promosi

    atau penganjuran konvensyen, pameran perniagaan

    atau perdagangan, atau acara awam atau persendirian

    Iaitu penyediaan penjagaan atau pendidikan awal

    kepada kanak-kanak berumur di bawah enam tahun

    oleh taman bimbingan kanak-kanak dan taman didikan

    kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas

    untuk kanak-kanak kurang upaya pada peringkat ini,

    tetapi tidak termasuk penjagaan atau pendidikan awal

    kanak-kanak yang disediakan oleh taman bimbingan

    kanak-kanak atau taman didikan kanak-kanak yang

    *Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 8

    SUB-SEKTOR

    13. Perkhidmatan

    Sokongan Kesihatan

    14. Francais

    15. Penjualan dan

    Pembaikan

    Kenderaan

    Bermotor

    *Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

    DEFINISIdimiliki atau yang dikendalikan oleh mana-mana

    jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau

    Kerajaan Negeri, atau oleh mana-mana badan

    berkanun

    Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang

    melibatkan perkhidmatan makmal perubatan atau

    kesihatan, pusat dialisis, pusat fisioterapi atau terapi

    pekerjaan, akupuntur atau ahli herba dan homeopati,

    tetapi tidak termasuk:-

    (A) Aktiviti hospital dan rumah bersalin;

    (B) Aktiviti amalan perubatan am atau pergigian;

    (C) Perkhidmatan jagaan kesihatan yang

    disediakan oleh jururawat, bidan, ahli krioterapi,

    tukang urut tradisional, pengamal Ayurveda

    atau pengamal perubatan alternatif lain, atau

    pengamal paramedikal;

    (D) Perkhidmatan ambulan; dan

    (E) Perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain

    mengikut pengertian Akta Kemudahan Dan

    Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

    (Akta 586)

    Iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-

    apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

    perjanjian francais atau yang melibatkan pembelian

    hak untuk menjual atau mengedar produk,

    perkhidmatan, maklumat, teknik, atau harta intelek

    tertentu oleh pemegang francais daripada pemberi

    francais. Francais mempunyai erti yang diberikan

    kepadanya dalam Akta Francais 1998 (Akta 590)

    Iaitu perdagangan atau penjualan, samada secara

    borong atau runcit, apa-apa jenis kenderaan bermotor

    atau komponen kenderaan bermotor oleh pengilang,

    pembekal, pemborong, peruncit atau agen dan

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 9

    SUB-SEKTOR

    16. Perkhidmatan

    Penyiaran Swasta

    17. Sekolah Memandu

    18. Perkhidmatan

    Veterinar

    19. Perkhidmatan

    Makanan dan

    Minuman

    *Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

    DEFINISIpenyediaan perkhidmatan yang bersampingan

    dengan penjualan kenderaan bermotor atau

    komponen kenderaan bermotor itu atau penyediaan

    perkhidmatan selepas jualan secara berkala, termasuk

    penyenggaraan atau pembaikan, semasa atau selepas

    sesuatu kenderaan bermotor atau komponen

    kenderaan bermotor dijual

    Iaitu apa-apa aktiviti bagi mencipta kandungan atau

    mendapatkan hak bagi mengedar kandungan bagi

    rancangan radio, televisyen atau rancangan kabel dan

    penyiaran kandungan tersebut kepada umum

    Iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan

    perkhidmatan oleh sesuatu sekolah memandu atau

    institut memandu

    Iaitu penyediaan perkhidmatan pengawalan dan

    penjagaan kesihatan untuk haiwan ternakan atau

    peliharaan oleh doktor veterinar atau pekerja

    veterinar termasuk:-

    (A) Pemeriksaan klinikopatologi dan diagnosis;

    (B) Diagnosis, penyembuhan, peringanan, rawatan

    atau pencegahan apa-apa penyakit, kecacatan,

    luka atau kecederaan pada haiwan;

    (C) Perkhidmatan ambulan haiwan; dan

    (D) Perkhidmatan ujian spesimen haiwan

    Perkataan perkhidmatan veterinar hendaklah

    termasuk kesemua aktiviti atau perkhidmatan yang

    disediakan oleh klinik haiwan, pusat veterinar atau

    hospital veterinar

    Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-

    apa perihalan yang melibatkan perkhidmatan bekalan

    makanan atau minuman untuk pelanggan atau untuk

    suatu acara (tetapi tidak termasuk aktiviti pengilangan

    makanan dan minuman)

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 10

    PROGRAM LATIHAN YANG DIKENALPASTI BAGI 19 SUB-SEKTOR DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

    Berdasarkan perbincangan dengan majikan dan Persatuan Majikan bagi 19 sub-sektor baru yang diliputi di bawah Akta PSMB, 2001 beberapa program latihan seperti berikut telah dikenalpasti.

    Sub-Sektor1. Pengekstrakan Petroleum

    dan Gas

    2. Perlombongan Mineral dan

    Pengkuarian Batu

    3. Perbekalan Wap, Gas dan

    Pendingin Udara

    4. Perawatan dan Pembekalan

    Air

    Program Latihan Project Management for Oil and Gas

    Sales Engineering

    Project Management Leadership Skills for

    Oil and Gas Sales Engineering

    General Knowledge in Oil and Gas

    Quality Management in Health, Safety,

    Security Safeguards and Quality (HSSEQ)

    Quarry Managers Certificate (QMC):

    (i) Drilling

    (ii) Blasting Course for Shotfirer

    (iii) Crushing & Screening

    (iv) OSH for Quarry Managers

    (v) Environmental Management

    Mining and Sampling Theory

    Understanding the Drill and Blast process

    Introduction to Geostatistics

    Metallurgy for Non-Metallurgist

    Knowledge in Liquefied Natural Gas

    Introduction of Environmental Controls

    Basic Electrical Technology

    Design Techniques, Tools and Principles

    Involved in Production of Precision Technical

    Computer Aided Design CAD Software

    - HVAC Tools Software

    Quantities and Cost Estimation

    Project Planning / Project Management

    Construction QC and Site Inspection

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 11

    Sub-Sektor

    5. Pembentungan

    6. Perkhidmatan Pengurusan

    Sisa Dan Pemulihan Semula

    Bahan

    7. Penerbitan Wayang Gambar,

    Video dan Program

    Televisyen, Rakaman Bunyi

    dan Penerbitan Muzik

    8. Perkhidmatan Maklumat

    9. Pengusahaan Pelancongan

    10. Perkhidmatan Bangunan

    dan Landskap

    Program Latihan Single Phase Electrical Installation

    Marketing Plan Knowledge

    Kursus Ruang Terkurung (Confined Space)

    Plumbing and Piping (Building and

    Sanitary Fitting)

    Waste Management

    Understanding of the Architectural &

    Structural Construction Drawings

    Green Technology Awareness

    Developing Integrated Solid Waste

    Management Plan

    Effective Scheduling

    Specialised Recycling Equipment Operations

    Activity Based Budgeting (ABC)

    Total Quality Maintenance (TQM) /

    Total Productive Maintenance (TPM)

    Audio Theory And Practical

    Adobe Premiere Pro Cs6

    Content Regulations For TV Production

    Dasar dan Polisi LPF, Filem & Iklan

    Social Media Policy By Risk Management

    Advanced Copy-Editing/Advanced

    Proofreading

    Journalism

    Graphics and Design

    Effective Interviewing Techniques for

    Journalist

    News Editing / Sub-Editing

    Umrah Management

    Tour Leader Course / Tourist Guide

    The Travel Business Law - Best Practices.

    Ensuring the Safety and Security of Tourists

    IATA - Airline Ticketing Course

    Basic Cleaning Tasks (Sweeping, Vacuuming,

    Wiping, Toilet Cleaning, Office Cleaning)

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 12

    Sub-Sektor

    11. Perkhidmatan Pengurusan

    Acara

    12. Pendidikan Awal

    Kanak-Kanak

    13. Perkhidmatan Sokongan

    Kesihatan

    14. Francais

    Program Latihan Intermediate Cleaning Tasks (Handling

    Machineries, Floor Care, Carpet Care)

    Advance Cleaning Tasks (Hygienic Cleaning,

    Clean Room, High Rise Cleaning)

    Managing a Cleaning Contract

    Building Finishing (Types of floors, carpets

    and wall finishing)

    Green Hotel Training

    Effective Business Relationship Management

    Effective Budgeting and Financial Plan

    Effective Managerial and Leadership Skill

    The Power of Public Relation:

    Key To Public Relation Success

    Sijil Persatuan Tadika Malaysia (PTM)

    Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak

    Program Latihan Guru Prasekolah Swasta

    Anjuran KPM - Exposure To The Private

    Pre-School Related To Kurikulum

    Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

    Effective Communication Skill

    Kursus Asuhan dan Didikan

    Kanak-Kanak PERMATA (KAP)

    Nursing Management

    Health Care Ethics and Law

    Awareness Course on Radiological Safety

    in Medical

    Maintenance of Professional Standards

    (MOPS)

    Medical Record Administration

    Customer Relationship Management

    High-Impact Profit Planning Techniques

    for Managers

    Planning & Coordination Training

    Consultative Selling Skills

    Financial / Policy / Vendor Management

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 13

    Sub-Sektor15. Penjualan dan Pembaikan

    Kenderaan Bermotor

    16. Perkhidmatan Penyiaran

    Swasta

    17. Sekolah Memandu

    18. Perkhidmatan Veterinar

    19. Perkhidmatan Makanan dan

    Minuman

    Program Latihan Effective Supervisory Development Part 1

    (Communication & Delegation Skills) &

    Part 2 (Leadership Style, Coaching and

    Managing People, Resources and Process)

    Steering & Suspension Maintenance System

    Handling Complaints & Managing Difficult

    Customer Situations

    Welding and Metal Working Technology

    Total Quality Maintenance (TQM)

    Intellectual Property & Technology

    Management

    Acoustic & Live Sound Production [ALSP]

    Digital Audio Production [DAP]

    Radio Transmitter Maintenance

    Fast Track Digital Marketing

    Road Safety Training

    Kursus Pensijilan / Pembaharuan Jabatan

    Pengangkutan Jalan (JPJ)

    Compliance Law and Regulation

    Vehicle Maintenance Skills

    Defensive and Safe Driving Training

    Leadership Training Empowerment Courses

    for Hospital

    Basic Hospital Managers Programme

    Health & Safety Programmes - OSHA

    certified trainings

    ISO 9001- Quality Management System

    Audit Programmes/Training

    Professional Development Training-Employee

    and Labour Relations

    Restaurant Operation Management

    Quality Control in F&B Industry

    Culinary Management

    Laws and Regulations in F&B Industry

    Effective Inventory Management

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 14

    GERAN PENYAMA/GERAN PEMADAN (MATCHING GRANT) DAN TEMPOH PENDAFTARAN ISTIMEWA BAGI MAJIKAN YANG BARU

    BERDAFTAR DARI 19 SUB-SEKTOR BARU

    (a) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant)

    Sebagai langkah untuk menggalakkan majikan di bawah 19 sub-sektor baru untuk berdaftar dengan PSMB secepat mungkin selepas tarikh kuatkuasa perluasan skop liputan Akta PSMB, 2001 iaitu pada 1 Jun 2014, PSMB telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta sebagai Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant).

    PSMB telah menetapkan bahawa mekanisma bagi pemberian Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) adalah berdasarkan perkara berikut;

    (i) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) ini adalah berdasarkan pendaftaran 400 majikan terawal dengan PSMB oleh majikan dari 19 sub-sektor baru yang berdaftar pada 1 Jun 2014 dan seterusnya;

    (ii) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) ini adalah terpakai untuk beberapa program latihan tapi terhad kepada jumlah maksima sebanyak RM5,000 dan hanya untuk yuran latihan sahaja;

    (iii) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) ini tidak boleh digunakan untuk membuat tuntutan bagi latihan yang telah dijalankan sebelum pendaftaran dengan PSMB;

    (iv) PSMB akan menuntut semula Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) yang telah diberikan kepada majikan yang dibatalkan pendaftaran disebabkan aktiviti syarikat tidak tertakluk di bawah Akta PSMB, 2001;

    (v) Majikan boleh menikmati Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) bagi tuntutan yang dilakukan sebelum 30 Jun 2015;

    (vi) Lebihan Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) yang tidak digunakan oleh 400 majikan terawal selepas 30 Jun 2015 akan diberikan kepada pendaftaran awal yang seterusnya; dan

    (vii) Majikan tidak mempunyai sebarang tunggakan levi dan faedah.

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 15

    Ini membolehkan majikan yang baru mendaftar mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan latihan kepada pekerja mereka dalam masa yang singkat dan juga untuk mengwujudkan momentum latihan dan latihan semula pekerja sebaik sahaja mendaftar dengan PSMB.

    (b) Tempoh Pendaftaran Istimewa Untuk 19 Sub-Sektor Baru

    Y.B. Menteri Sumber Manusia, selaras dengan Seksyen 19 Akta PSMB, 2001 telah bersetuju untuk memberikan tempoh pendaftaran istimewa selama enam (6) bulan, berkuatkuasa 1 Jun 2014 sehingga 30 November 2014 kepada majikan yang baru mendaftar dari 19 sub-sektor ini.

    Majikan yang baginya Akta ini terpakai hendaklah mendaftar dengan PSMB dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Subseksyen 13(1) Akta PSMB, 2001 dan adalah menjadi kewajipan majikan untuk membayar PSM levi ke atas setiap pekerjanya pada kadar 1% daripada jumlah upah bulanan pekerja. Majikan perlu membuat bayaran levi bermula dari tarikh liabiliti di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pendaftaran Majikan dan Pembayaran Levi):

    Seseorang majikan yang bertanggungan untuk membayar levi berkenaan dengan setiap pekerjanya hendaklah membayar levi itu bagi upah bulan yang pertama dan kemudiannya yang bermula dari tarikh majikan itu menjadi bertanggungan.

    Tarikh kuatkuasa perluasan skop liputan Akta PSMB, 2001 kepada 19 lagi sub-sektor ini adalah pada 1 Jun 2014. Oleh itu, seseorang majikan yang akta itu terpakai pada tarikh permulaan kuatkuasa perlu mengemukakan Borang Pendaftaran (Borang 1) tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari dari tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan tempoh pendaftaran istimewa ini, majikan diberi kelonggaran untuk berdaftar pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan ini, bermula dari 1 Jun 2014 sehingga 30 November 2014 tanpa dikenakan sebarang tunggakan levi atau faedah. Hanya pendaftaran yang dibuat pada 1 Disember 2014 dan selepas sahaja akan dikenakan tunggakan levi dan faedah bermula dari 1 Jun 2014.

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 16

    TEMPOH PENDAFTARAN ISTIMEWA BAGI MAJIKAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH AKTA PSMB, 2001 DARI 44 SUB-SEKTOR SEDIA ADA TETAPI

    BELUM BERDAFTAR

    PSMB juga telah bersetuju untuk memberikan satu tempoh pendaftaran istimewa bermula dari 1 Jun 2014 sehingga 30 November 2014 kepada majikan yang tertakluk di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001, tetapi masih belum berdaftar dengan PSMB. Dalam tempoh ini, majikan yang layak berdaftar dikehendaki membayar Levi PSM bermula hanya dari tarikh pendaftaran majikan dengan PSMB sahaja.

    Sekiranya majikan dari 44 sub-sektor sedia ada berdaftar dalam tempoh pendaftaran istimewa ini iaitu dari 1 Jun 2014 sehingga 30 November 2014, majikan akan diberi PENGECUALIAN daripada bayaran TUNGGAKAN LEVI dan FAEDAH sehingga 30 November 2014. Senarai terperinci 44 sub-sektor yang sedia ada adalah seperti di LAMPIRAN I.

    Selepas tempoh pendaftaran istimewa ini, tindakan undang-undang yang tegas di bawah Seksyen 13(2) Akta Pembangunan Sumber Manusia, 2001, akan diambil ke atas majikan yang di dapati masih gagal atau enggan untuk berdaftar dengan PSMB.

    PENDAFTARAN MAJIKAN

    Majikan yang tertakluk di bawah Akta adalah dikehendaki melengkapkan Borang Pendaftaran (Borang 1) dan Borang Penyata Maklumat Majikan (Borang 1A) seperti di LAMPIRAN II dan LAMPIRAN III atau ianya juga boleh dimuat turun dari laman sesawang di www.hrdf.com.my dan dikemukakan bersama borang syarikat seperti BORANG 9, 24, 49 dan PROFIL SYARIKAT/LAPORAN TAHUNAN/LAPORAN AUDIT KEWANGAN DAN PENYATA KWSP YANG TERKINI ke alamat seperti di muka belakang buku ini. Kegagalan mematuhi prosedur ini akan mengakibatkan majikan dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 13 (2) Akta PSMB, 2001.

    Sebagai panduan kepada majikan untuk melengkapkan Borang 1, sila rujuk LAMPIRAN IV. Manakala senarai semak pula adalah seperti di LAMPIRAN V. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.hrdf.com.my atau hubungi PUSAT PANGGILAN PSMB di talian 1800 88 4800.

    PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

  • 17

    MAJIKAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH JADUAL PERTAMA,AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001 (AKTA 612)

    DARI 44 SUB-SEKTOR SEDIA ADA

    SEKTOR

    PE

    RK

    ILA

    NG

    AN

    *pekerja merujuk kepada warganegara Malaysia yang diambil kerja dengan mendapat upah di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan

    *upah merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap

    AKTIVITI / SUB-SEKTOR

    Pembuatan atau

    pemprosesan sesuatu

    barang dengan

    menggunakan buruh atau

    mesin atau kedua-duanya,

    termasuk mengubah

    bahagian atau komponen

    kepada barang lain yang

    mempunyai sifat atau ciri

    yang berbeza, melalui

    pengubahan, pengadunan,

    penghiasan, pengemasan

    atau selainnya mengawet

    atau menyesuaikan apa-

    apa barang atau bahan

    supaya ia dapat digunakan,

    dijual, diangkut, dihantar,

    dilupuskan, temasuk

    pembinaan kapal atau

    pemasangan bahagian-

    bahagian kapal

    KELAYAKANMAJIKAN

    50 pekerja

    warganegara

    Malaysia10-49 pekerja warganegara

    Malaysia & modal berbayarRM 2.5 juta

    10-49 pekerja warganegara

    Malaysia & modal berbayar

  • 18

    MAJIKAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH JADUAL PERTAMA,AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001 (AKTA 612)

    DARI 44 SUB-SEKTOR SEDIA ADA

    SEKTOR

    PE

    RK

    HID

    MA

    TAN

    AKTIVITI / SUB-SEKTOR

    Perhotelan, Pengangkutan

    Udara, Pengendalian

    Pelancongan (Dalaman),

    Telekomunikasi,

    Penghantaran Angkutan,

    Perkapalan, Pos/Kiriman

    Cepat, Pengiklanan,

    Komputer

    Tenaga, Latihan,

    Pendidikan Tinggi Swasta

    Jualan Langsung,

    Pelabuhan, Sokongan

    dan Penyenggaraan

    Kejuruteraan, Penyelidikan

    dan Pembangunan,

    Penggudangan,

    Keselamatan, Hospital

    Swasta

    Pasar Raya Besar, Pasar

    Raya & Gedung Serbaneka

    Pengangkutan

    Darat Perdagangan,

    Pengangkutan Kereta Api

    KELAYAKANMAJIKAN

    10 pekerja

    warganegara

    Malaysia

    10 pekerja

    warganegara

    Malaysia

    10 pekerja

    warganegara

    Malaysia

    50 pekerja

    warganegara

    Malaysia

    10 pekerja

    warganegara

    Malaysia

    TARIKHKUATKUASA

    1/1/1995

    17/2/2000

    1/1/2005

    1/1/2005

    1/12/2007

    KADARBAYARAN

    LEVI

    1%

    daripada

    upah

    pekerja

    *pekerja merujuk kepada warganegara Malaysia yang diambil kerja dengan mendapat upah di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan

    *upah merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap

    LAMPIRAN I

  • 19

    SAMP

    LE

    JADUAL

    BORANG (Peraturan 3)

    AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001

    PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEMBAYARAN LEVI) 2001

    BORANG 1 (Peraturan 4)

    PENDAFTARAN MAJIKAN

    1. Nama Majikan Bagi Kegunaan Rasmi

    2. Alamat Surat-Menyurat No. Kod Majikan

    Alamat Bandar No. Kelompok Poskod No. Peti Surat

    Karung Mel

    3. (a) No. Telefon

    Jenis Transaksi

    (b) No. Faks 0 1 (c) Alamat E-Mel .........................................................................................................................................

    4. (a) No. Pendaftaran Perniagaan atau Syarikat Sila kepilkan salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan atau Pemerbadanan.

    (b) Tahun perniagaan atau syarikat didaftarkan.

    (c) Jenis pemunyaan (Tandakan ( ) dalam petak yang sesuai).

    i) Tuan Punya Tunggal iv) Syarikat Awam Berhad ii) Perkongsian v) Lain-lain................................................................. Sila nyatakan iii) Syarikat Sendirian Berhad

    (d) Nama dan alamat penuh tempat letaknya perusahaan.

    (e) Tarikh perusahaan dimulakan.

    Kod Industri

    (f) Jenis Industri ..............................................................................................................................................................

    5. No. KWSP Majikan ......................................................................................................................................................... 6. No. SOCSO Majikan .....................................................................................................................................................

  • 20

    SAMP

    LE

    7. Modal berbayar sekarang RM .............................................. RM

    8. (a) Jumlah bilangan pekerja (+) pada tarikh di Butiran 12

    (b) Tarikh mencapai bilangan pekerja (+) sebagaimana yang Tarikh liabiliti bagi pembayaran levi di bawah Akta. ditentukan bawah Jadual Pertama kepada Akta

    9. (a) Jumlah bilangan pekerja (+) pada bulan terdahulu.

    (b) Jumlah amaun upah yang dibayar kepada pekerja

    (+) pada bulan terdahulu. RM 10. Maklumat pemunya/pekongsi perniagaan/pengarah urusan.

    (Sila gunakan kertas tambahan jika ruang yang disediakan tidak mencukupi).

    (a) Nama

    (b) No. Kad Pengenalan/No. Passport (c) Alamat

    11. Saya bersetuju / tidak bersetuju * mendaftar di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001.

    Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan lengkap.

    12. Tarikh ........................................................ ..................................................................................................... Tandatangan majikan/wakil majikan* Tarikh Pendaftaran

    ................................................................... Nama .......................................................................................... Cop rasmi majikan Huruf Besar

    Jawatan ......................................................................................

    Nota : Diproses oleh : 1) ( ) Sekiranya modal berbayar syarikat tuan ialah RM2,750,000 sila catatkan RM2.750 juta sahaja. 2) (+) Pekerja merujuk kepada seorang warganegara Malaysia. 3) (*) Potong mana yang tidak berkenaan.

    ___________________________________

    PERINGATAN : Butiran 11 hanya untuk majikan yang mempunyai 10 hingga 49 pekerja dan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta di dalam Sektor Perkilangan sahaja.

    Diluluskan oleh : ______________________________________

  • 21

    SAMP

    LE

    Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 [Peraturan-Peraturan Pembangunan Sumber Manusia Berhad

    [(Pendaftaran Majikan dan Pembayaran Levi) 2001]

    BORANG 1A [Subperaturan 4A(1)]

    PENYATA MAKLUMAT MAJIKAN

    1. (a) Nama Perniagaan : ______________________________________________

    (b) No. Telefon : ________________ (c) No. Faksimile : _____________

    2. Nombor Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Lain-lain / MyCoID : ______________

    3. Alamat Berdaftar / Perusahaan / Perniagaan Syarikat : _________________________

    ____________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________

    4. Jenis Perusahaan / Perniagaan / Aktiviti : ___________________________________

    5. Jumlah Pekerja:

    (a) Warganegara Malaysia : __________________________________

    (b) Bukan Warganegera Malaysia : __________________________________

    (c) Jumlah Keseluruhan Pekerja : __________________________________

    6. Modal berbayar syarikat. Sila tandakan (X) di dalam kotak yang sesuai:

    (a) Kurang daripada RM2.5 juta (b) RM2.5 juta dan ke atas Saya dengan ini mengaku bahawa setakat yang saya tahu segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan lengkap.

    Tarikh : ______________________________ Tandatangan : ______________________________

    Nama : ______________________________

    Jawatan : ______________________________ ________________ (Pengerusi atau Pengarah Eksekutif Cop Syarikat atau Pengurus Besar atau Pengurus Sumber Manusia) SILA AMBIL PERHATIAN : Pihak tuan dikehendaki mengemukakan Borang ini Borang 9, 24, 49 Peraturan-peraturan Syarikat 1966 [P.U. 173/66] dan Penyata Tahunan yang terkini Syarikat bersama dengan Borang ini.

  • 22

    1

    PANDUAN PENGISIAN BORANG PENDAFTARAN MAJIKAN (BORANG 1) DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

    PERHATIAN :

    (i) Sila lengkapkan BORANG 1 (ii) Sila gunakan HURUF BESAR (iii) Tuliskan dengan TERANG dan JELAS (iv) Isikan hanya satu huruf atau angka untuk satu petak dan kosongkan

    satu petak di antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain. Jika ruangan tidak mencukupi, sila gunakan ejaan ringkas.

    Dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:- (i) Borang 9 : Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat

    Malaysia (SSM) (ii) Borang 24 : Penyata Modal Syarikat (iii) Borang 49 : Penyata Pemegang-Pemegang Saham Syarikat (iv) Borang B : Sijil Pendaftaran Institut Pendidikan Tinggi Swasta

    1996 (bagi Pendaftaran IPTS sahaja) (v) Penyata KWSP (vi) Profil Syarikat / Penyata Tahunan / Penyata Kewangan 1. NAMA MAJIKAN (bermaksud Nama Perusahaan seperti ABC Food

    Manufacturing (M) Sdn Bhd). Tuliskan nama perusahaan yang lengkap. Jika nama terlalu panjang, gunakan ejaan ringkas seperti berikut : COMPANY - CO LIMITED - LTD SENDIRIAN - SDN SYARIKAT - SYKT BERHAD - BHD

    Contoh : A B C F O O D M A N U F A C T U R I N G ( M ) S D N B H D

    2. ALAMAT SURAT-MENYURAT : Tuliskan No. PETI SURAT (Pejabat Pos) atau KARUNG MEL jika ada, dan

    POSKOD. Jika alamat terlalu panjang, gunakan ejaan ringkas seperti :

    JALAN - JLN BATU - BT LORONG - LRG BUKIT - BKT KAMPUNG - KPG TAMAN - TMN

    ALAMAT 2 9 J L N D E L I M A 3 / 6

    B T 4 S K U D A I BANDAR J O H O R B A H R U POSKOD 8 0 3 0 0 No. Peti Surat/ 1 0 9 3 8 Karung Mel

  • 23

    2

    3. (a) NOMBOR TELEFON: Tuliskan nombor telefon seperti berikut:

    Contoh : Jika nombor telefon adalah 03-2096 4800, hanya tuliskan :

    0 3 2 0 9 6 4 8 0 0

    (b) NOMBOR FAKSIMILI: Tuliskan nombor Faksimili seperti berikut:

    Contoh : Jika nombor Faksimili adalah 03-2096 4999, hanya tuliskan:

    0 3 2 0 9 6 4 9 9 9

    (c) ALAMAT EMEL (Tuliskan alamat emel syarikat dengan jelas) E-mel : ___________________________________________

    4. (a) NOMBOR PENDAFTARAN PERNIAGAAN, SYARIKAT ATAU

    PEMERBADANAN:

    Contoh : Misalnya 123456X tuliskan seperti berikut : 1 2 3 4 5 6 X

    Sila kepilkan salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan atau

    Pemerbadanan.

    (b) Tahun perniagaan atau syarikat didaftarkan (sila rujuk Borang 9)

    Contoh : Misalnya 2011 tuliskan seperti berikut : 2 0 1 1

    (c) Jenis perniagaan (sila tanda dalam petak yang sesuai)

    Contoh : Syarikat Sendirian Berhad

    (i) Ketuanpunyaan Tunggal (ii) Perkongsian (iii) Syarikat Sendirian Berhad (iv) Syarikat Awam Berhad (v) Lain-lain (sila nyatakan)

    (d) Jika nama dan alamat kilang/perusahaan adalah sama seperti butiran

    (1) dan (2) sila tulis SAMA SEPERTI DI ATAS. Tetapi jika alamat tidak sama seperti di butiran (2), sila tulis alamat sahaja dalam petak yang disediakan. Walau bagaimanapun, jika nama dan alamat tidak sama seperti butiran (1) dan (2), sila tulis dengan lengkap dalam petak yang disediakan.

  • 24

    3

    (e) Nyatakan tarikh perusahaan dimulakan. (iaitu tarikh syarikat

    memulakan operasi)

    Contoh : 23 Februari 2011 2 3 0 2 1 1

    (f) Jenis Industri. Sila nyatakan jenis industri/produk yang dikeluarkan.

    (mengikut maklumat di Principal Activity yang dinyatakan dalam Penyata Tahunan (Annual Return), Profil Syarikat (Company Profile) atau Penyata Kewangan (Audited Financial Statement).

    5. Nyatakan nombor pendaftaran :-

    No. KWSP : _______________________________ 6. No. PERKESO : ____________________________ 7. Tuliskan jumlah modal berbayar sekarang. Jika modal berbayar

    RM2,750,000.00 sila catatkan RM2.750 juta sahaja. 8. (a) Majikan hendaklah menyatakan jumlah pekerja semasa warganegara

    Malaysia iaitu mengikut sebagaimana tarikh borang ditandatangani pada butiran 12. Sebagai contoh, jika pada tarikh tandatangan borang pada 01.01.2014, majikan mempunyai 60 pekerja, catatkan 60 di ruangan berkenaan.

    6 0

    (b) Sila nyatakan tarikh majikan mencapai bilangan pekerja sebagaimana

    yang ditentukan di bawah Jadual Pertama kepada Akta. Sebagai contoh, jika majikan hanya mempunyai bilangan pekerja seramai 50 orang dan lebih pada bulan Januari 2014, catatkan 01.01.14 pada ruangan disediakan.

    0 1 0 1 1 4

    (i) Tarikh mencapai 50 orang pekerja warganegara

    Malaysia di sektor perkilangan atau perlombongan dan pengkuarian;

    atau

    (ii) Tarikh mencapai 10 49 orang pekerja

    warganegara Malaysia dan modal berbayar 2.5 juta dan ke atas di sektor perkilangan atau perlombongan dan pengkuarian;

    atau

    (iii) Tarikh mencapai 10 orang pekerja warganegara

    Malaysia di sektor perkhidmatan selain daripada sektor perkhidmatan makanan dan minuman.

    (iv) Tarikh mencapai 30 orang pekerja warganegara

    Malaysia di sektor perkhidmatan makanan dan minuman

    atau

    atau

    24

  • 25

    4

    (v) Tarikh mencapat 50 orang pekerja warganegara

    Malaysia di sektor perkhidmatan pasar raya besar, pasar raya dan gedung serbaneka.

    9. (a) Sila nyatakan jumlah bilangan pekerja pada bulan terdahulu misalnya

    pada tarikh di butiran 12 ialah 01.0.2014, maka jumlah pekerja di butiran 9 (a) ialah bagi bulan Disember 2013. Jika pada bulan Disember 2013, majikan mempunyai 48 orang pekerja, catatkan 48 dalam ruangan disediakan.

    4 8

    (b) Jumlah amaun upah yang dibayar kepada pekerja pada bulan

    terdahulu juga sama seperti contoh di 9 (a) iaitu Disember 2013. Jika upah dibayar RM35,657.27 catatkan amaun berkenaan di ruangan disediakan.

    RM 3 5 6 5 7 . 2 7

    10. Nyatakan maklumat pemunya/pekongsi perniagaan/pengarah urusan. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang pengarah syarikat, sila lampirkan salinan Borang 49 (daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

    11. Butiran 11 (Borang 1 untuk Sektor Perkilangan atau Perlombongan dan

    Pengkuarian) hanya untuk majikan yang mempunyai bilangan pekerja di antara 10 49 dan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta. Majikan terlibat DIBERI PILIHAN untuk berdaftar atau sebaliknya.

    (Sekiranya majikan di bawah kategori ini memilih untuk mendaftar, tarikh liabiliti adalah pada tarikh pendaftaran syarikat dengan PSMB dan pembayaran levi yang perlu dibuat adalah pada kadar 0.5% daripada upah bulanan pekerja).

    12. Sila tuliskan tarikh menandatangani Borang 1, cop rasmi majikan dan

    juga jawatan bagi penandatangan.

    Peringatan : Borang ini hendaklah ditandatangani sekurang-kurangnya oleh Eksekutif Kanan Syarikat.

    SILA POSKAN BORANG & DOKUMEN BERKAITAN KE:

    KETUA EKSEKUTIF

    PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD WISMA HRDF, JALAN BERINGIN

    DAMANSARA HEIGHTS 50490, KUALA LUMPUR

    (U/P: Unit Pendaftaran Majikan)

  • 26

  • 27

  • 28

    Cetakan Kedua, 2014