minggu 4

Upload: siew-juen

Post on 01-Mar-2016

307 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

None

TRANSCRIPT

UJIAN-UJIAN PENGENALPASTIAN / SARINGAN1.1 UJIAN PENGAMATANKomponen Ujian Pengamatan1-Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2-Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

3-Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

4-Diskriminasi kedudukan (Position in space)Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

5-Koordinasi Motor mata tangan.Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

6-Pertalian jarak (Spatial Relationship)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

7-MazingTujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.8-Turutan ( Sequencing)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

9-Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground)Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

10-Menyalin ( Visual Copying)Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Panduan melaksanakan ujian pengamatan:1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

1.2 UJIAN SARINGAN DISLEKSIAUjian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan. Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas.Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa.Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

Faktor yang menentukan bilangan murid : Skor yang rendah dalam Ujian Saringan. Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan. Masalah murid. Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

1.3 INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD)Mekanisme ujian saringan bagi murid tahun satu untuk mengenal pasti kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Khas. Pengoperasian ISD berlaku apabila menerima pencalonan daripada guru bahasa melayu dan juga ibu bapa. Mensyaratkan lima kriteria murid yang perlu dinilai iaitu:- Telah melalui alam persekolahan dengan mendapat pengajaran yang sesuai dan memuaskan untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan- Menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M.- Murid ketinggalan secara umum dua tahun di belakang rakan sebaya dalam kemahiran 3M.- Mempunyai pencapaian prestasi yang rendah dalam ujian bagi mata pelajaran akademik.- Telah menjalani langkah-langkah pemulihan melalui Program Pemulihan dalam kelas atau Pemulihan Kelas.

ISD terbahagi kepada tiga bahagian:A:Data asas murid seperti biodata, jantina, tahun persekolahan, keturunan, kedatangan ke sekolah, mengikuti program pemulihan khas (sedang atau tidak), pencapaian akademik, nama dan lokasi sekolah serta nama penilai.B:Berkonsepkan senarai semak (jawab secara ya atau tidak) mengandungi tiga elemen:i) kebolehan mengeja, membaca dan menulis (20 ciri)ii) keupayaan kognitif (20 ciri)iii) ciri spesifik disleksia (10 ciri)C:Pemarkahan yang akan diisi oleh penilai atau guru penyelaras. Penilai disyaratkan guru bahasa Melayu yang pernah mengajar murid tahun satu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ujian ISD dijalankan. Jika didapati memenuhi lebih lapan ciri bagi elemen satu dan dua manakala memenuhi lebih empat ciri dalam elemen ketiga, maka murid terbabit berkemungkinan menghadapi masalah disleksia. Guru penyelaras akan menasihatkan ibu bapa supaya membawa anak-anak mereka bersama-sama surat lampiran ISD ke hospital atau mana-mana klinik untuk membuat penilaian lanjut merangkumi pemeriksaan ke atas pendengaran, penglihatan dan fizikal.