minggu 3

Upload: zhi-wen-khor

Post on 05-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITIPERSATUAN UNIT BERUNIFORMPENGAKAP KLM36IPG KAMPUS TUANKU BAINUN,BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

AGENDA: PERJUMPAAN KALI KETIGA & KEEMPATTARIKH: 8 JULAI 2015 MASA: 12.30 4.30 pmTEMPAT: KANTIN DAN TAPAK LETAK KERETA BELAKANG KANTIN

Pada tarikh 8 Julai 2015 (Rabu), perjumpaan pengakap telah diadakan. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan rasmi yang ketiga bagi semester ini. Kami juga melakukan penggantian kelas.

MASA: 12.30 1.00 PMSemua ahli pengakap semester 4 berkumpul di kantin. Encik Zahir bertanya khabar dengan ahli-ahli pengakap. Selepas itu, nota-nota yang bertajuk Kraf Perkhemahan, Asas Masakan Rimba dan Hutan dan Pengenalan Kepada Tali diedarkan kepada ahli-ahli pengakap. Beliau minta ahli pengakap membaca nota-nota yang diberi agar menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, tugasan projek juga telah diberikan. Beliau telah memberi keterangan yang jelas mengenai tugasan yang perlu lakukan agar ahli pengakap dapat melaksanakan projek tersebut dengan baik. Beliau telah menetapkan masa menghantar projek tersebut. Tugasan yang perlu dilakukan oleh ahli pengakap untuk semester kali ini ialah menghasilkan satu kertas kerja serta gajet-gajet. Gajet tersebut boleh dibina dengan menggunakan lidi, buluh kecil atau chopsticks. Beliau juga memesan ahli pengakap ingat membuat buku log seperti semester lepas. Semua ahli juga dikehendaki menghantar ikatan dan simpul yang telah diajar.

MASA: 1.00 2.00 PMEncik Zahir menyampaikan kuliah yang bertajuk Simpulan dan Ikatan. Beliau telah mengajar beberapa ikatan dan simpulan yang baharu iaitu Simpulan Cowboy, Bunga Geti, Bunga Geti Berganda, Angka Lapan dan Lilit Dua Simpul. Beliau telah menerangkan fungsi-fungsi bagi setiap simpulan yang diajar supaya ahli pengakap dapat mengaplikasikan ikatan tersebut dalam situasi yang tertentu. Ahli-ahli pengakap telah berbincang dan memberi tunjuk ajar antara satu sama lain sepanjang sesi mempelajari mengikat simpulan. Encik Zahir juga memperbetulkan kesalahan yang dibuat oleh ahli pengakap dan membimbing mereka yang menghadapi masalah semasa mengikat.

MASA: 2.00 4.30 PMEncik Zahir telah membimbing ahli pengakap membina gajet dengan menggunakan buluh. Beliau menghendaki kami menghasilkan satu tripod dan rak kasut. Beliau telah mengajar kami mengikat gajet dengan menggunakan ikatan seperti ikatan lilit kacang dan ikatan seraya. Dalam proses menghasilkan gajet, setiap kumpulan telah mereka gajet yang sesuai dan kreatif serta menggunakan ikatan yang diajar oleh pensyarah. Semua ahli telah memberi kerjasama yang sepenuhnya dan saling tunjuk ajar. Pensyarah-pensyarah turut membetulkan kesalahan dan memberi komen supaya meningkatkan kekukuhan gajet yang dihasilkan. Selepas semua kumpulan telah berjaya menghasilkan gajet, Encik Zahir minta semua ahli berkumpul. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ahli kerana berjaya menghasilkan gajet. Beliau minta semua ahli mencari video cara mengikat tripod, ikatan seraya dan ikatan lilit kacang supaya ahli-ahli dapat mengikat gajet dengan cara yang betul. Beliau menyatakan bahawa penguasaan asas ikatan amat penting agar ilmu ini dapat diaplikasikan semasa perkhemahan dan kehidupan harian.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

___________________________________________________(KHOR CEEK VUNG) (EN. MOHD ZAHIR BIN NASIR)Setiausaha, Pensyarah Penasihat,Unit Beruniform Pengakap, Persatuan Pengakap,IPG Kampus Tuanku Bainun. IPG Kampus Tuanku Bainun.