minggu 2

3
A. SEJARAH BOLA JARING 1.1 Pengenalan Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia. 1.2 Asal Usul Bola Jaring dan Perkembangannya Bola jaring (netball) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman Osterberg’s Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar permainan bola jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol

Upload: vichitra

Post on 14-Apr-2016

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dkddkkd

TRANSCRIPT

Page 1: minggu 2

A.  SEJARAH BOLA JARING1.1 Pengenalan

Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap

popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan

bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut

pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian

kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola

jaring dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh

Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun

1891.

            Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun

1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan

diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola

jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.

1.2 Asal Usul Bola Jaring dan PerkembangannyaBola jaring (netball) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai

daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada

tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika

Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman

Osterberg’s Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar

permainan bola jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium

dengan menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding

sebagai gol dan dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari

kawasan permainan.

            Permainan ini dipanggil basketball kerana asal gelang gol (goal rings) ialah

bakul. Ini bermakna pengadil dikehendaki memanjat tangga untuk mendapatkan

bola balik selepas setiap jaringan. Pada masa tersebut, terdapat tiga set paraturan di

Amerika Syarikat iaitu:

      i.        Peraturan-peraturan rasmi untuk pemain-pemain lelaki.

    ii.        Peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga digunakan oleh pemain lelaki).

   iii.        Peraturan-peraturan Splading untuk pemain-pemain wanita.

Page 2: minggu 2

Beberapa perubahan dibuat pada tahun 1898 untuk permainan basketball dan ini

mewujudkan perubahan dalam asal usul permainan netball. Antara perubahan yang

dilakukan ialah:

a)    Bilangan pemain ditambah menjadi sembilan orang.

b)    Saiz bola dikecilkan kepada saiz bola sepak.

c)    Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan.

d)    Gelang-gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm.

e)    Tiang gol ditinggikan kepada 3 meter.

f)     Skor:

                      i.        Satu mata jika gol dijaringkan daripada gelanggang/ kawasan tengah.

                    ii.        Dua mata jika jaringan dilakukan daripada kawasan tengah.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England.

Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bole

keranjang. Pengiraan skor dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring.

Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk

gelung besi ditukar kepada jaring. Terdapat banyak Negara seperti Australia, New

Zealand, India dan Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak menukarkan

namanya sehingga selepas beberapa tahun.

            Di peringkat antarabangasa, sukan bola jaring dikawal oleh Persekutuan

Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball

Associations) yang ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Lanka. Pada tahun 1963,

Kejohanan Bola Jaring Dunia telah dilangsungkan di England dengan pasukan dari

Australia telah muncul sebagai johan. Walaupun permainan bola jaring mempunyai

ramai peminatnya, terutamanya di negara Komanwel, ia belum lagi diterima sebagai

satu sukan dalam Sukan Olimpik, Sukan Asea dan Sukan SEA. Di Malaysia,

Persatuan Bola Jaring Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 adalah majlis yang

mengawal dan mengawasi perjalanan kegiatan bola jaring di seluruh negara. Di

peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program

pertandingan dan perkembangannya telah memajukan permainan bola jaring dalam

kalangan pelajar sekolah.