minggu 1-aktiviti 5

Click here to load reader

Upload: kelly-yixin

Post on 05-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Slide 1

Apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model reka bentukModel ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.

Analyse Laerner (Analisis Pelajar) Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu. Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut:

3Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)

Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan.

Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)Pada fasa ini, penglibatan pelajar adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Penilaian formatif Penilaian sumatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaranpenilaian pada kursus unit atau peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Data yang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

Analisi atau Analyzebertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu courseware diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum courseware itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan courseware kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu courseware yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD.

Rekabentuk atau Designmenentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya courseware tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesaian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainyaPembangunan atau DevelopProses menghasilkan courseware yang telah direkabentuk.

Impliment atau Implementberperanan untuk membuat pilot test terhadap courseware yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan courseware tersebut.

Penilaian atau EvaluatePenilaian formatif :meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu courseware selepas ujian pilot. Penilaian sumatif :penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan courseware tersebut selesai digunakan.

Apakah peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran (instructional design) dalam merancang proses P&P? Memberikan tumpuan kepada kefahaman terhadap proses pengajaran dan cara-cara meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Membantu proses pembelajaran untuk individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar. Guru yang masuk ke kelas tanpa menyedia dan merancang pengajaran akan kehilangan pengajarannya dan dalam beberapa keadaan tidak dapat menilai apa yang telah diajarnya.