mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik

Upload: nur-hafizah-yahya

Post on 03-Jun-2018

565 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Mewujudkan Suasana Sosial Bilik Darjah Yang Baik.

    1/2

    Thursday, November 25, 2010

    Mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik.Huraikan lima langkah bagi mewujudkan suasana sosial bilik darjahyang baik.

    Bilik darjah merupakan persekitaran yang unik. Oleh itu, bilik darjahperlu ada gabungan elemen fizikal, emosi, dan sosial. Elemen-elemen inibakal mempengaruhi murid dan guru yang berada di dalamnya. Untukmewujudkan suasana bilik darjah yang baik, terdapat beberapa langkah yangboleh dijalankan. Di sini, kita akan menyenaraikan lima langkah bagimewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik.

    Yang pertama, guru haruslah mengamalkan prinsip demokrasi didalam bilik darjah agar dapat memperbaiki komunikasi dan hubungan sosialdalam kelas. Dengan wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akanmelahirkan suasana sosial yang kondusif dan harmoni. Mereka bebasmenyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangioleh guru dan rakan lain. Sebagai contoh, apabila guru mengajar subjekSains, suatu eksperimen itu pasti mempunyai banyak hipotesis yang berbeza,maka guru perlu menerima hasil kajian eksperimen dengan terbuka agarmurid-murid berpendapat hasil kajian mereka dihargai. Jikalau prinsipdemokrasi diwujudkan dalam kelas, maka murid tidak akan rasa berasa takutatau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka.

    Di samping itu, guru berperanan penting dalam mewujudkan budaya

    bilik darjah yang dinamis. Dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran,ia seharusnya mementingkan aspek nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni iniberupaya membina hubungan yang mesra di antara sesama murid, dan muriddengan guru. Sekiranya kedua-dua pihak iaitu guru dan murid menunjukkannilai-nilai murni yang baik, maka satu budaya belajar yang ceria danmeyeronokkan akan diwujudkan melalui tindakan yang berhemah, yangdibaluti dengan perasaan kasih sayang. Ini dapat memberi peluang yangterbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modalinsan yang berkauliti.

    Selain itu, kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting

    ke arah pembentukan budaya penyayang dalam satu bilik darjah. Komunikasiyang berkesan dapat dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasabadan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu sepertikomputer. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasiterhadap muridnya, maka ia dapat menghasilkan satu suasana pembelajaranyang mementingkan pembentukan akhlak. Komunikasi berkesan jugaberupaya menghasilkan motivasi yang berkesan kerana murid mudahmenerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah.

    Tambahan pula, guru perlulah bijak mengubah peranan mengikutkehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru

    perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu ataukumpulan berkenaan. Murid dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada

  • 8/12/2019 Mewujudkan Suasana Sosial Bilik Darjah Yang Baik.

    2/2

    individu-individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatindan sensitif harus dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan. Misalnya, guruboleh mengaturkan murid yang lebih pandai duduk bersebelahan denganmurid yang kurang pandai. Maka, ini akan mewujudkan interaksi antarakedua-dua murid dan menjalinkan hubungan yang baik antara mereka.

    Yang terakhir, guru haruslah sentiasa mengadakan perbincangandalam kumpulan. Aktiviti perbincangan dalam kumpulan dapat dapat diertikansebagai sekumpulan murid belajar secara berkerjasama untuk menyelesaikansesuatu tugasan. Ketika aktiviti perbincangan dalam kumpulan, murid-muridakan berinteraksi dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dengantujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Selain daripadamembuat perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru

    juga boleh mewujudkan lebih banyak peluang kepada murid-murid membuatkerja dalam kumpulan seperti membuat paparan bacaan dan penyediaansudut bacaan. Dengan bantuan guru, perbincangan dalam kumpulan pastiakan mewujudkan suasana bilik darjah yang baik.

    Kesimpulannya, suasana sosial bilik darjah yang baik berupayamenjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran danpembelajaran. Langkah-langkah yang dinyatakan atas mampu menjadikanbilik darjah itu sebagai rumah kedua untuk murid -murid. Apabila diri dan bilikdarjah berada dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlakudengan baik sekali. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita seharusnyamengetahui dan melaksanakan langkah-langkah yang sesuai untukmewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik demi kebaikan murid.