metodologi kajian

7
METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENDAHULUAN Bab ini akan menerangkan cadangan mengenai reka bentuk kajian yang akan digunakan , lokasi, pemilihan peserta kajian dan instrument kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Prosedur pelaksanaan program adalah seperti berikut: i) Menentukan responden dan keluarga yang terlibat melalui sistem persampelan rawak yang terdiri daripada keluarga remaja bermasalah sahsiah. ii) Setelah mengenalpasti responden, membuat lawatan ke rumah bagi mendapatkan maklumat keluarga di samping mengedarkan borang persetujuan bagi menghadiri program .Menghasilkan program berdasarkan keperluan responden. iii) Perlaksanaan program selama 9 minggu. Setiap minggu perjumpaan selama 2 jam 30 minit melibatkan keluarga, pihak sekolah, pihak agensi komuniti dan pihak universiti. 17

Upload: hasny-yanti

Post on 30-Jul-2015

64 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: METODOLOGI KAJIAN

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan cadangan mengenai reka bentuk

kajian yang akan digunakan , lokasi, pemilihan peserta kajian dan

instrument kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif.

Prosedur pelaksanaan program adalah seperti berikut:

i) Menentukan responden dan keluarga yang terlibat melalui sistem

persampelan rawak yang terdiri daripada keluarga remaja bermasalah

sahsiah.

ii) Setelah mengenalpasti responden, membuat lawatan ke rumah bagi

mendapatkan maklumat keluarga di samping mengedarkan borang

persetujuan bagi menghadiri program .Menghasilkan program

berdasarkan keperluan responden.

iii) Perlaksanaan program selama 9 minggu. Setiap minggu perjumpaan

selama 2 jam 30 minit melibatkan keluarga, pihak sekolah, pihak

agensi komuniti dan pihak universiti.

iv) Menilai keberkesanan program dari segi penglibatan keluarga, sekolah

dan pencapaian dan perubahan tingkahlaku remaja

3.1 Cadangan Reka Bentuk –Kajian Kes.

Kajian kes merupakan penerangan dan penganalisaan secara

terperinci sesuatu fenomena atau unit sosial seperti seorang individu, sebuah

kumpulan, sebuah institusi atau komuniti. Setiap kes merupakan sistem unik

17

Page 2: METODOLOGI KAJIAN

yang mempunyai sempadan dan had (Merriam, 1998: Stake, 1995) . menurut

Craswell (1998) pula, kajian kes merupakan eksplorasi ke atas sesuatu sistem

yang mempunyai batasan atau satu kes ( atau beberapa kes) yang diselidik

dalam satu jangka masa yang agak panjang dan bukan sahaja melibatkan

proses kutipan data secara terperinci dan mendalam malah data juga

diperolehi dari sumber yang berbeza-beza. Kajian ini akan meneroka kesan

program ke atas hubungan diantara remaja dan ibu bapa , remaja dan guru

serta bentuk hubungan sosial remaja selepas menyertai program FAST .

Penyertaan ibu bapa merupakan satu usaha agar anak mencapai keputusan

yang lebih positif. Beberapa soal selidik akan digunakan bagi menilai pelajar

sebelum dan selepas program bagi melihat keberkesanan program terhadap

fungsi kekeluargaan dan tingkahlaku kumpulan sasaran. Soal selidik

diubahsuai daripada beberapa set soal selidik yang sedia ada iaitu Social

Relationships Questionnaire (McDonald, et al, 2002), Strengths and Difficulties

Questionnaire (Goodman, 1997) dan Family Environment Scale (Moos & Moos,

1986). Soal selidik yang akan digunakan di dalam program ini adalah seperti

berikut :

BIL JENIS SOALAN BIL. SOALAN Penilaian

1 Soal selidik remaja Retro (pre/post)

170 item Selepas program

2 Soal Selidik ibu bapa retro(pre/post)

134 item Selepas program

3.2 Peserta Kajian

18

Page 3: METODOLOGI KAJIAN

Peserta kajian yang terlibat adalah ibu bapa, guru, remaja

peringkat umur 16 tahun, rakan sebaya dan wakil komuniti setempat,

serta wakil komuniti. Kajian ini akan melihat kesan penglibatan awal,

kesan penglibatan mengikut konteks kehidupan, amalan penglibatan

dirumah dan di sekolah sebelum dan selepas kajian, kesan positif ke atas

hubungan di antara remaja , ibu bapa dan guru.

3.3 Kawasan Kajian

Kawasan kajian terletak daerah Serdang, melibatkan sebuah sekolah

menengah yang dinamakan sekolah Menengah Seri Serdang dibawah

pengawasan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana dan juga

penempatan keluarga pelajar yang terlibat dalam program ini yang

tinggal di kawasan sekitarnya.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Bagi kajian “keberkesanan program FAST terhadap pembentukan

sahsiah Remaja” ini, pengkaji akan menggunakan empat kaedah bagi

pengumpulan data iaitu kaedah soal selidik, pemerhatian ,temubual, dan

kaedah rakaman.

3.5 Prosedur pengumpulan data

Sebelum memulakan kajian, pengkaji akan mendapatkan

kebenaran secara bertulis dari pihak yang bertanggungjawab iaitu

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat

19

Page 4: METODOLOGI KAJIAN

Pelajaran Daerah. Pengumpulan data akan diperolehi melalui kaedah

yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu pemerhatian, temubual dan

rakaman yang akan dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini

selama 8-10 minggu.

3.6 Analisis Data

Data-data yang diperolehi akan dianalisi mengikut keperluan

kajian samada secara manual atau menggunakan perisian berbantukan

komputer. Melalui kaedah yang digunakan pengkaji akan menonjolkan

pola tentang fenomena yang diselidik dengan melakukan pemadanan

pola, pembinaan penerangan dan analisis siri masa. bagi melihat kesan

program yang telah dijalankan ke atas jaringan ibu bapa dan guru dalam

pembentukan sahsiah pelajar.

3.7 Kesahan penyelidikan

Bagi menjalankan kajian dengan jayanya, penyelidik akan menggunakan

kaedah triangulasi , penilaian rakan, pemfokusan secara progresif dan

peningkatan pemahaman , dan audit trail (Noraini Idris, 2010) . Menurut

Weirsma(1991), tiangulasi merupakan teknik kesahan silang (cross-

vilidation) kualitatif yang digunakan untuk menilai atau mentaksir samada

data yang diperolehi mencukupi melalui pemusatan (convergence)

maklumat ke arah dapatan umum yang dipersetujui bersama (Noraini Idris

, 2010).

3.8 Penutup

20

Page 5: METODOLOGI KAJIAN

Dalam bab ini penyelidik telah menerangkan cara dan kaedah

yang akan digunakan berdasarkan kepada reka bentuk kajian , instrument

kajian , prosedur pengumpulan data dan kesahan instrument yang akan

digunakan. Ini bertujuan mendapatkan hasil kajian yang sah dan boleh

dipertanggungjawabkan.

21