pengalaman penyelia dalam pengurusan … penyelia dalam pengurusan... · metodologi kajian 3.2.2 ....

Download PENGALAMAN PENYELIA DALAM PENGURUSAN … penyelia dalam pengurusan... · Metodologi Kajian 3.2.2 . Kaedah Kajian 3.2.2.1 . ... BAB 4-DAPATAN KAJIAN . 4.1 Pengenalan . 4.2 Profil Informan

If you can't read please download the document

Upload: phungtuyen

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • PENGALAMAN PENYELIA DALAM PENGURUSAN PEKERJA

    DATANG LEWAT KE TEMPAT KERJA: KAJIAN DALAM

    SEKTOR PERINDUSTRIAN

    Elizarohoyih Anak Acho

    HF Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian 5549.5 (Pembangunan Sumber Manusia) M6 2015 E43 2015

  • UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

    Grade: ________~

    Please tick (-./)

    Final Year Project Report IV I Masters D PhD D

    DECLARATION OF ORIGINAL WORK

    This declaration is made on the .... ... .. ... ... .. day of..... . ....... .. .. year .. , ...... ..... .

    Student's Declaration:

    EL"t"2.PtROt\oYIl\ ~M... \\(\\0, ~oc6'6 ~ND gc1ENCB~ (C6N11Vc t\ND HumAN ()Wo'rDIt1I ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------------------(pLEASE INDICATE NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled, ---------------------------------------------------------------------------------------- -------- is my original work. I have

    [, not copied from any other students' work or from any other sources with the exception where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part of the work been written for me by another person.

    ~ ~bArOt.Oj"" anar.. A-C~C %1>O,l)

    Date submitted Name of the student (Matric No.)

    Supervisor's Declaration:

    1,------------------------------------------------------------- (SUPERVISOR'S NAME), hereby certify that the work entitled, ----------------------------------------------------------------------------(TITLE) was prepared by the aforementioned or above mentioned student, and was submitted to the "FACULTY" as a * partial/full fulfillment for the conferment of ------------------------------------------------------------------------(PLEASE INDICATE THE DEGREE TITLE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work

    Received for examination by: Date: ____--:-____-,=-=,.(Name of the supervisor)

    http:bArOt.Oj

  • I

    I declare this Projecttrhesis is classified as (please tick (V :

    oCONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* DRESTRICTED . (Contains restricted information as specified by the organisation where

    research was done)*

    DOPEN ACCESS

    I declare this Projecttrhesis is to be submitted to the Centre for Academic Information Services (CAIS) and uploaded into UNIMAS Institutional Repository (UNIMAS IR) (Please tick (V:

    DYES

    DNO

    Validation of Projectll'hesis

    I hereby duly affirmed with free consent and willingness declared that this said Projecttrhesisshall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:

    This Projecttrhesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNlMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

    Projecttrhesis for academic and research purposes only and not for other purposes. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitize the content

    to be uploaded into Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

    Projecttrhesis if required for use by other parties for academic purposes or by other Higher Learning Institutes.

    No dispute or any claim shall arise from the student himself I herself neither a third party on this Projecttrhesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

    This Projecttrhesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student himselflherself without first obtaining approval from UNlMAS.

    Student's signature _ _ ________~ Sup.",i"",', """"""eo ~ (Date) ate)

    Current Address:

    Notes: * If the Projecttrhesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the date of restriction indicated, and the reasons for the confidentiality and restriction.

    [The instrument was prepared by The Centre for Academic Information Services]

    I"

  • Pusat Khidmat Maklumat Akademik

    UMVERSm MALAYSIA SARAWAK

    TAJUK: PENGALAMAN PENYELIA DALAM PENGURUSAN PEKERJA DATANG

    LEWAT KE TEMPAT KERJA: KAJIAN DALAM SEKTORPERINDUSTRIAN

    ELIZAROROYlli ANAK AeRO

    Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

    (Pembangunan Sumber Manusia)

    Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

    UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK

    (2015)

  • Projek bertajuk 'Pengalaman Penyelia Dalam Pengurusan Pekerja Datang Lewat Ke Tempat Kerja : Kajian Dalam Sektor Perindustrian' telah disediakan oleh Elizarohoyih Anak Acho dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia

    Diterima untuk diperiksa oleh:

    Tarikh:

    Gred

  • PENGHARGAAN

    Salam sejahtera,

    Penuh kesyukuran kepada Tuhan yang Maha berkuasa, kerana atas izin-Nya dapatlah saya

    menyiapkan projek Tahun Akhir (PTA) ini .

    Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua

    pihak yang terlibat dalam proses menyiapkan Projek Tahun Akhir (PTA) ini sarna ada secara

    lang sung atau tidak langsung.

    Pertama kepada penyelia saya, Cik Wan Sofiah bt Meor Osman atas segala bimbingan

    ,tunjuk ajar dan komen yang pasti banyak membantu saya menyiapkan Projek Tahun Akhir

    (PTA) ini. Kesabaran dan komitmen yang ditunjukkan amatlah saya hargai. Terima Kasih

    yang tidak terhingga sekali lagi di atas bantuan, tunjuk ajar, idea dan segala-galanya. Jasamu

    akan aku kenang. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik penyelia saya ini .

    Terima kasih juga kepada pihak syarikat Taiyo Yuden Sdn. Bhd. kerana memberi kebenaran

    untuk saya menjalankan kajian ini di organisasi tersebut. Tidak kurang juga jasa keenam

    enam informan kajian yang sudi memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya terhadap

    kajian yang dijalankan mengenai 'Pengalaman Penyelia Dalam Pengurusan Pekerja Datang

    Lewat Ke Tempat Kerja'.

    Sekalung penghargaan juga diberikan kepada keluarga saya yang tersayang, kerana sentiasa

    memberikan kata-kata semangat, dorongan dan doa restu serta banyak memberikan bantuan

    kewangan untuk membiayai pembelajaran saya sepanjang saya berada di UNIMAS ini.

    Begitu juga kepada adik-beradik dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak

    memberik~n dorongan bantuan serta kata-kata semangat untuk saya terus maju ke hadapan.

    Terima kasih yang tidak terhingga untuk kalian semua.

    Semoga apa yang diberikan memperolehi berkat daripada Tuhan yang maha kuasa dan

    mendapat rahmatnya daripadaNya.

    Sekian terima kasih .

    11

  • Pusat Khi mat 1a' urna Ak.ad mik UNIVE.RSm MALAYSIA SARAWAK

    JADUAL KANDUNGAN

    Penghargaan

    Jadual Kandungan

    Senarai Jadual

    Senarai Rajah

    Abstrak

    Abstract

    Bab 1-Pengenalan

    1.1 Pengenalan

    1.2 Latar Belakang Kajian

    1.3 Penyataan Masalah

    1.3.1 Kelompongan Sampel

    1.3.2 Kelompongan Fokus

    1.3.3 Kelompangan Metodologi

    1.4 ObjektifKajian; Umum dan Spesifik

    1.5 Persoalan Kajian;Umum dan spesifik

    1.6 Kerangka Konseptual

    1. 7 Definisi Istilah

    1.7.1 Datang lewat

    1. 7.2 Strategi Pengurusan

    1.8 Kepentingan Kajian

    1.8.1 Organisasi

    1.8.3 Pengkaji Akan Datang

    1.9 Kesimpulan

    BAB 2- TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengena]an

    2.2 Pengurusan Pekerja Datang Lewat

    2.2.1 Konsep Penye]ia

    2.2.2 Alasall-Alasan Pekerja Lewat

    2.2.3 Strategi-Strategi Pengurusall Pekerja Datang

    Lewat

    Muka Surat

    11

    v

    VI

    VB

    Vlll

    IX

    1-7

    1

    1-2

    2-3

    2

    3

    3

    4

    4-5

    5

    5-6

    5

    6

    6

    6

    6

    7

    8-19

    8

    8-11

    8-9

    9-10

    10-11

    iii

  • I

    2.3 Teori Yang Berkaitan Dengan Kajian

    2.2.1 Teori Tingkah Laku Rancangan (Theory Planned

    Behaviour)

    2.4 Model Untuk Pekerja Lewat

    2.5 Dapatan Kajian Lepas

    2.5.1 Data Kontek Pengrusan Penyelia Untuk Pekerja

    Yang Datang Lewat Ke Tempat Kerja

    2.5.2 Alasan-Alasan Yang Diterima Oleh Penyelia

    Apabila Pekerja Datang Lewat Ke Tempat Kerja

    2.5.3 Strategi-Strategi Pengurusan Oleh Penyelia

    Apabila Pekerja Datang Lewat Ke Tempat Kerja

    2.6 Kesimpulan

    BAB 3-METODOLOGI

    3.1 Pengenalan

    3.2 Reka Bentuk Kajian

    3.2.1 Metodologi Kajian

    3.2.2 Kaedah Kajian

    3.2.2.1 Kaedah Pengumpulan Data

    3.2.2.2 Kaedah Menganalisis Data

    3.3 Keaslian Dan Kepercayaan

    3.4 Etika Dalam Kajian

    3.5 Kesimpulan

    BAB 4-DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan

    4.2 Profil Informan

    4.3 Gambaran Keseluruhan Dapatan Kajian

    4.4 Dapatan Kajian: Pengalaman Penyelia

    4.4.1 Data Konteks Terhadap Pengurusan Pekerja

    Datang Lewat

    4.4.2 Alasall-Alasan Pekerja Datang Lewat Ke Tempat

    Kerja

    4.4.3 Strategi-Strategi Pengurusan Pekerja Datang

    iv

    12

    12-14

    14-15

    15

    15-16

    17-18

    18-19

    19

    20-25

    20

    20

    20-21

    21-24

    21-23

    23-24

    24-25

    25

    25

    26-35

    26

    26-28

    28-29

    29

    30-31

    31-33

    33-34

  • Lewat

    4.4 Kesimpulan 35

    BAB 5-PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 36-43

    5.1 Pengenalan 36

    5.2 Perbincangan : Pengalaman Penyelia 36-37

    5.2.1 Data Konteks Terhadap Pengurusan Pekerja Datang 37-39

    Lewat : Definisi Dan Persepsi

    5.2.2 Alasan-Alasan Datang Lewat:Diri-Sendiri, Keluarga 39-40

    dan Persekitaran

    5.2.3 Strategi-Strategi Pengurusan Pekerja Datang Lewat 40-41

    oleh Penyelia: Individu dan Organisasi

    5.3 Limitasi Kajian 41

    5.4 Cadangan Dan Implikasi 41-42

    5.5 Kajian Akan Datang 42-43

    5.5 Kesimpulan 43

    Rujukan 44-45

    Lampiran 46-77

    v

  • SENARAI JADUAL

    ladual3 .1 Fasa Dalam Analisis Tematik 24

    ladual4.1 Profil Penyelia 28

    ladua14.2 Data Konteks Terhadap Pengurusan Pekerja Datang Lewat 30

    ladual4.3 Alasan-alasan yang diterima oleh penyelia 32

    ladual4.4 Strategi-strategi pengurusan pekerja datang lewat 34

    vi

  • I

    5

    SENARAI RAJAH

    Rajah l.1 Kerangka Konseptual

    vii

  • ABSTRAK

    Pengalaman Penyelia Dalam Pengurusan Pekerja Datang Lewat Ke Tempat Kerja :

    Kajian Dalam Sektor Perindustrian

    Elizarohoyih Anak Acho

    Datang lewat ke tempat kerja merupakan isu masalah disiplin yang besar dan membebankan

    kepada pihak organisasi. Namun demikian, sekiranya masalah ini tidak diuruskan secara

    sistematik masalah pekerja datang lewat ke tempat kerja akan bertambah. Berdasarkan kontek

    kajian melalui pengalaman penyelia didapati keadaan datang lewat ke tempat kerja apabila

    pekerja datang selepas waktu bekerja yang telah ditetapkan bermula. Objektif utama dalam

    kajian ini adalah untuk mengkaji kontek data, alasan-alasan dan strategi-strategi dalam

    pengurusan pekerja datang lewat ke tempat kerja di dalam organisasi. Kajian berbentuk

    kualitatif ini telah menggunakan pendekatan fenomenologi dan analisis bertema. Bagi

    mendapatkan sumber maklumat dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan temu bual

    secara mendalam ke atas enam orang penyelia iaitu melalui pengalaman mereka dalam

    pengurusan pekerja datang lewat ke tempat kerja. Berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati

    bahawa terdapat pelbagai alasan-alasan yang diberikan pekerja apabila datang lewat ke

    tempat kerja kepada penyelia. Malah strategi-strategi pengurusan pekerja datang lewat

    didapati amat tegas dan teratur dalam membantu penyelia dalam pengurusan perkerja datang

    lewat. Hasil daripada kajian ini, menunjukkan bahawa alasan-alasan pekerja datang lewat

    adalah disebabkan individu itu sendiri, keluarga dan perS'ekitaran. Pengurusan pekerja datang

    lewat ke tempat kerja akan berkurangan sekiranya strategi pengurusan di dalam organisasi

    sentiasa memberi impak yang positif da1an pengurusan. Hal ini kerana, berdasarkan

    pengalaman penyelia, peraturan yang ketat tentang ketibaan pekerja ke tempat telah

    ditetapkan di dalam peraturan undang-undang organisasi.

    Kata kunci : Pengurusan disiplin pekerja, pengalaman penyelia, alasan-alasan, dan strategi

    strategi, individu itu sendiri, keluarga dan persekitaran.

    viii

  • ABSTRACT

    Experience OfSupervisor In Managing Employees' Lateness To Work: A Study In

    Industrial Sector

    Elizarohoyih Anak Acho

    Lateness to work is an issue of big discipline problem and a burden to the organization. However, if this problem is not dealt under labor issues systematically the cases of coming late to work will increase. Based on the context of the review by the supervisor it was found that lateness to work is experienced when the workers come after a predetermined work time begins. The main objective of this study was to examine the context of data, reasons and strategies in the management ofemployees coming late to work within the organization. This

    qualitative research has used the phenomenological approach and thematic analysis. For more information on this study, researcher conducted in-depth interviews with six supervisors, through their experience in the management of employees' lateness to work. Based on this study, researcher found that there were various reasons given by employees when it comes to being late to work. The management strategies were very strict and systematic in order to help supervisors in the management of employees' lateness. Results from this study showed that the reasons they came late through was due to the individuals themselves, their families and the environment. Employees' lateness to work will decrease if the management strategy in organizations always have a positive impact. This is because, based on the experience of supervisors, strict rules on workers' time of arrival to the workplace were set out in the rules and regulations in organization.

    Keywords: Management of employees' discipline, supervisors' experience, reason, and strategies, the individuals themselves, their families and the environment.

    ix

  • Bab 1

    Pengenalan

    1.1 Pengenalan

    Kajian pengalaman penyelia dalam pengurusan pekerja datang lewat ke tempat

    kerja dalam bab ini akan dihuraikan dalam beberapa bahagian utama. Bahagian pertama

    menerangkan latar belakang kajian, manakala pemyataan masalah dan objektif akan

    dibincangkan dalam bahagian masing-masing kedua dan ketiga. Dalam bab ini juga

    akan menerangkan tentang rangka kajian ini . Seterusnya, definisi istilah tumt

    dibincangkan di dalam bab ini nanti. Kemudiannya, kepentingan kajian oleh penyelidik

    juga turut disertakan di dalam bab ini.

    1.2 Latar Belakang Kajian

    Tingkah laku pekerja datang lewat bukan lah isu yang besar dalam organisasi pada

    masa kini, namun demikian sekiranya tingkah laku ini tidak dibendung boleh memberi

    kesan kepada pre stasi pekerja di dalam organisasi.Malah tingkah laku pekerja sering

    datang lewat ke temp at keIja juga terdapat di dalam buku himpunan contoh tatatertib

    iaitu Setitik Nila (2009), menyatakan bahawa tingkahlaku pekerja datang lewat ke

    pejabat dan balik awal tanpa mengemukakan alasan yang munasabah telah melanggar

    peraturan Perintah Am iaitu 4(2)(g).

    Kajian yang dijalankan ini adalah'tertumpu kepada alasan-alasan dan strategi

    strategi dalam pengurusan pekerja datang lewat ke tempat kerja berdasarkan

    pengalaman penyelia. Melalui kajian ini pengkaj i dapat mengetahui lebih terperinci

    berkaitan dengan alasan-alasan dan strategi-strategi pengurusan oleh penyeJia kepada

    pekerja datang lewat ke tempat keIja. Berdasarkan kepada kajian yang lepas, mendapati

    bahawa pelbagai alasan-alasan yang diberikan oleh pekerja apabila tiba lewat ke tempat

    kerja. Menurut Mercer (2012), alasan utama untuk lewat adalah masalah lalu lintas yang

    disebabkan oleh kerja-kerja jalan (41 %). Sebab-sebab lain termasuk kelewatan

    pengangkutan awam (29%), keadaan yang tidak dijangka seperti seseorang yang tidak

    sihat (25%), cuaca buruk (18%), tidur melalui penggera (14%) .

    1

  • Di sampmg itu, pendapat di atas juga tidak jauh berbeza dengan pendapat

    Kloswosky (2000) bahawa pekerja datang. lewat ke tempat kerja adalah kerana

    beralasankan dengan masalah suasana di tempat kerja dan keluarga, budaya organisasi,

    tingkah laku individu yang sering dikaitkandengan keadaan persekitaran jarak tempat

    tinggal ke tempat kerja. Hasil daripada kajian lepas, telah menunjukkan bahawa datang

    lewat ke tempat kerja adalah disebabkan pelbagai faktor yang berbeza. Namun

    demikian, berdasarkan pemyataan di atas, kelewatan dalam kalangan pekerj a bukan

    disebabkan strategi di dalam organisasi yang dijadikan punca utama pekerja lewat ke

    tempat kerja. Hal ini kerana, kedua-kedua kajian tersebut banyak menekan alasan-alasan

    individu itu sendiri dan persekitarannya.

    1.3 Penyataan Masalah

    Dalam kajian ini pengkaji akan membahagikan tiga bahagian penting dalam

    menerangkan penyataan masalah dengan menumpukan kepada kelompongan sam pel,

    fokus kajian, dan metodologi.

    1.3.1 Kelompongan Sampel

    Masalah pekerja sering datang lewat ke temp at kerja merupakan isu yang kecil

    dalam pandangan penyelia. Namun demikian, isu ini akan memberi impak kepada

    prestasi pekerja yang berkhidmat di dalam organisasi sedikit demi sedikit. Oleh sebab

    itu kajian ini, telah dijalankan secara terperinci berdasarkan pengalaman penyelia dalam

    pengurusan pekerja datang lewat ke tempat kerja di dalam organisasi. Misalnya,

    berdasarkan sebuah sampel laporan sebelum ini daripada luar negara, terdapat tiga

    puluh lapan peratus daripada majikan telah memberi perhatian bahawa pengurus atau

    penyelia kerap mengadu tentang masalah kesesakkan lalu lintas, terutama berkaitan

    dengan tiba lewat pekerja untuk bekerja. Keadaan tersebut, telah menyebabkan majikan

    memberi peluang kepada pekerja untuk mendapatkan waktu kerja yang fleksibel, malah

    cuba untuk menjadualkan masa mesyuarat ketika waktu di lalu lintas sedang sesak.

    Malah, membenarkan pekerja untuk bekerja di rumah. Selain itu, kajian ini telah

    menjangkakan bahawa "penyakit berkaitan dengan ketidakhadiran adalah perkara biasa

    kepada sesebuah syarikat". Malah kenyataan tentang kos kerugian dalam syarikat

    tersebut akan melebihi 15% daripada keuntungan syarikat, tidak termasuk kesan

    terhadap produktiviti dan jumlah kos bayaran yang perJu untuk pekerja yang lebih masa

    dan gaji bagi pekerja yang digantikan syarikat berdasarkan kajian oleh Kocakulah,

    Kelley. Mitchell dan Ruggieri (2009) .

    2

  • 1.3.2 Kelompongan Fokus

    Terdapat kajian sebelum ini yang mengkaji tentang kelewatan. Namun

    demikian, kajian yang dijalankan mereka telah memberi fokus kepada pelajar dan

    bukannya pekerja. Misalnya kajian yang dijalankan oleh Dafiaghor (2011) yang

    mengkaji tentang kelewatan serta mernfokuskan kepada masalah pentadbir sekolah

    hadapi di Negeri Delta, Nigeria. Kelewatan dalam kalangan pelajar, kakitangan dan

    kakitangan sokongan di sekolah-sekolah rendah dan menengah awam di Negeri Delta

    adalah utama. Berdasarkan kajian tersebut membincangkan 'tentang mengenalpast1

    penyelesaian kepada kualiti dan masalah ini telah membimbangkan ibu bapa kepada

    keciciran pelajar daripada sekolah tersebut. Selain itu, meniliti tentang kecekapan dan

    keberkesanan pihak pentadbiran sekolah tersebut. Melalui kajian tersebut kajian

    tersebut, boleh dikenalpasti bahawa kesan daripada pentadbiran dan pengurusan yang

    cekap dalam mengurangkan masalah kelewatan iaitu melalui kaedah penyediaan

    pendidikan kaunseling secara percuma dalarn kalangan pelajar.

    1.3.3 Kelompangan Metodologi

    Laporan kajian yang dijalankan Shapira-Lishchinsky (2007) tentang masalah

    kelewatan dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu beliau

    rnengenalpasti populasi pekerja sarna ada lelaki atau wanita yang sering datang lewat.

    Malah, berdasarkan penjelasan beliau dengan tujuan kajian tersebut dijalankan telah

    membuktikan lagi bahawa beliau lebih banyak menggunakan kaedah metodologi dalam

    kaedah kuantitatif dan bukannya kualitatif Mi salny a, untuk menyiasat alasan-alasan

    dan strategi-strategi kesan etika kerja dengan kelewatan guru, terlebih dahulu pihak

    pengurus mengenalpasti komitmen organisasi dan perbezaan antara lelaki dan wanita

    yang merupakan isu yang tidak mempunyai perhatian sepenuhnya sebelum ini. Menurut

    hipotesis yang beliau perolehi, didapati wanita lebih banyak datang lewat ke tempat

    kerja berbanding pekerja lelaki yang dijelaskan dalam bentuk graf dan jadual. Malah,

    kajian tersebut tidak sepenuhnya difokuskan kepada alasan-alasan dan strategi-strategi

    pengurusan pekerja datang lewat ke tempat kerja. Hal ini kerana, kajian Shapira

    Lishchinsky (2007) lebih fokus kepada sebab dan faktor pekerja lelaki dan wanita

    datang lewat ke tempat kerja. Justeru itu, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk

    menjalankan kajian ini dalam kaedah kualitatif iaitu dalam mengkaji alasan-alasan yang

    diterirna dan strategi-strategi pengurusan yang digunakan penyelia apabila pekerja

    datang lewat ke tempat kerja.

    3

  • 1.40bjektifKajian

    Semasa melakukan kajian ini terdapat beberapa objektif untuk mengukuhkan

    lagi kajian yang akan dijalankan nanti. Objektif dalam kajian ini terbahagi kepada dua

    bahagian iaitu objektif kajian ini dijalankan.

    ObjektifUmum

    Objektifumum untuk kajian ini ialah pengalaman penyelia dalam menguruskan disiplin

    pekerja datang lewat di organisasi .

    Objektif khusus

    Objektif spesifik merupakan objektif yang lebih terperinci gambarannya mengenat

    kajian yang akan dijalankan. Melalui objektif umum akan ada yang lebih terperinci

    seperti yang disenaraikan di bawah:

    1. Mengenalpasti data kontek pengurusan penyelia untuk pekerja yang datang

    lewat ke tempat keIja.

    11. Mengenalpasti alasan-alasan yang diterima oleh penyelia apabila pekerja datang

    lewat ke temp at kerja.

    lll. Mengenalpasti strategi-strategi oleh penyelia apabila pekerja datang lewat ke

    tempat keIja.

    1.5 Persoalan Kaj ian

    Terdapat satu persoalan umum dan tiga persoalan khusus yang telah

    dikemukakan dalam kajian ini. Kesemua persoalan dalam kajian ini adalah berdasarkan

    kepada objektif kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Persoalan kajian tersebut

    adalah seperti berikut :

    Per~oa1an Umum

    Apakah. pengalaman penyelia dalam pengurusan pekerja datang lewat di organisas{(

    Persoalan Khusus

    1. Apakah data kontek pengurusan penyelia untuk pekerja yang datang lewat ke

    tempat kerja?

    ii. Apakah alasan-alasan yang diterima oleh penyelia apabil'a pekerja datang lewat

    ke tempat kerja?

    4

  • Pusat KJlidmat Milk! ma Akadcmik UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK

    Il l. Apakah strategi-strategi oleh penyelia apabila pekerja datang lewat ke tempat

    kerja?

    1.6 Kerangka Konseptual

    Jadual 1 di bawah menunjukkan serba ringkas tentang konteks utama dalam

    kajian ini iaitu pekerja datang lewat yang berkaitan dengan alasan-alasan dan strategi

    strategi pengurusan oleh penyelia. Kajian ini menggunakan kaedah in-depth interview

    ataupun temu bual mendalam untuk mendapatkan maklumat ,yang berkaitan dengan

    kajian dengan lebih terperinci.

    K ontek Isu Kaedah

    Pengurusan -Alasan pekerja datang lewat diterima oleh pengalaman -In-depth

    masalah penyelia. interview.

    pekerja lewat - Strategi pengurusan digunakan untuk pekeja datang

    ke tempat lewat.

    kerJa.

    Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual

    1.7 Definisi Istilah

    Terdapat dua definisi yang amat penting bagi pengkaji dalam kajian ini yang

    telah diterangkan dalam bentuk konseptual dan operasional. Iaitu istilah datang lewat

    bekerja dan strategi pengurusan.

    1.7.1 Datang lewat

    Konseptual Definisi

    Secara literal istilah "kelewatan" adalaa bermaksud dimana seseorang itu datang

    ke tempat melepasi waktu, masa dan jadual yang telah ditetapkan. (Oxford Advanced

    Learners' Dictionary, 5th ed., 1995).

    Menurut Lauby (2009) datang lewat ialah apabila "orang tidak muncul menepati

    masa" iaitu datang lewat daripada masa yang telah ditetapkan.

    Operational Definisi

    Datang lewat bekerja dianggap "terlewat" ketika mereka tiba untuk bekerj a

    selepas waktu yang dijadualkan.

    5

  • 1.7.2 Strategi Pengurusan

    Konseptual Definisi

    Mintzberg (1994) pula menjelaskan strategi pengurusan ialah perancangan yang

    digunakan untuk menjalankan aktiviti pada masa hadapan dan juga corak yang mana

    strategi berpandukan kepada gelagat organisasi.

    Operational Definisi

    Kaedah yang digunakan oleh penyelia dalam menyelesaikan masalah isu pekerJ a

    lewat ke tempat kerja.

    1.8 Kepentingan Kajian

    Kajian yang dijalankan ini memberikan kepentingan kepada beberapa pihak

    terutamanya pihak organisasi dan juga para pengkaji pada masa hadapan.

    1.8.10rganisasi

    Diharapkan kajian yang dijalankan ini, dapat dijadikan sebagai satu sumber

    maklumat yang penting untuk pihak majikan berkenaan alasan-alasan dan strategi

    strategi dalam pengurusail pekerja datang lewat ke tempat kerja di organisasi mereka.

    Hal ini demikian kerana hasil kajian ini nanti adalah berdasarkan pandangan pekerja itu

    sendii dan segala maklumat adalah diperolehi secara terus daripada para pekerja. Kajian

    ini diharapkan dapat dijadikan satu flatform bagi membantu mereka dalam

    mengelolakan aktiviti pengurusan yang lebih sistematik pada masa akan datang dengan

    lebih baik dan dapat membuat catatan secara konsisten tentang purata datang datang

    lewat pekerja dalam sebulan misalnya untuk tujuan perbincangan kelewatan pekerja di

    dalam oragnisasi.

    1.8.3 Pengkaji Akan Datang

    Kajian ini juga dijangkakan dapat dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh

    pengkaji-pengkaji pada masa hadapan dengan melihat kepada sumber-sumber serta

    data-data yang telah dianalisis oleh pengkaji pada masa ini.

    6

  • 1.9 Kesimpulan

    Secara kesuluruhannya, bab satu ini telah membincangkan beberapa aspei~

    meliputi latar belakang kajian, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian.,

    kerangka konseptual, definisi istilah dan juga kepentingan kajian yang telah dijalankan

    mi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji alasan-alasan dan strategi

    strategi dalam pengurusan oleh penyelia untuk pekerja datang lewat ke tempat kerJa.

    Selain itu, kerangka konseptual dalam bab ini juga telah menerangkan dengan serba

    nngkas gambaran bagi kajian yang ingin dijalankan ini. Bab yang seterusnya pula, akan

    membincangkan mengenal sorotan kajian lepas bagi menerangkan bukti-bukti yang

    dapat menyokong maklumat tentang alasan-aIasan dan strategi-strategi dalam

    pengurusan pekerja datang lewat ke tempat kerja dalam kajian ini. Dalam bab tersebut

    rurut diselitkan teori-teori dan model yang berkaitan dengan kajian.

    7

  • Dah2

    Tinjauan Literatur

    2.1 Pengenalao

    3ab dua ini akan membincangkan tentang konsep dna idea pengkaji dalam

    menJalankan kajian ini. Bab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang akan

    menerangkan tentang persepsi pengkaji lepas mengenai konsep penyelia. alasan-alasan

    pekerja clatang lewat dan strategi-strategi pengurusan pekeIja datang lewat ke tempat

    keIja. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan tentang teorl dan kajian-kajian lepas

    yang berkaitan dengan alasan-alasan dan strategi-strategi pengurusan pekerja datang

    lewat. Kesimpulan bab ini akan secara keseluruhannya akan diterangkan pad a bahagian

    yang terakhir.

    2.2 Peogurusan Pekerja Datang Lewat

    Dalam kajian ini pengkaji akan mengenalpasti persepsi pengkaji menQ;enal

    penyelia, alasan-alasan pekerja datang lewat ke tempat kerja, dan juga stratergi yang

    digunakan oleh penyelia dalam menguruskan pekerja datang lewat.

    2.2.1 Konsep Penyelia

    Penvelia merupakan penilai yang penting dan paling dekat dengan pekerja dalam

    menguruskan tingkah laku pekerja di dalam sesebuah organisasi. Melalui pengalaman

    penyelia, penyelidik dapat mengenal pasti alasan-alasan dan strategi-strategi untuk

    pekeIja datang lewat. Berdasarkan Taiban (2002) 'penyelia' adalah orang yang

    bertanggungjawab untuk memastikan segala perancangan serta undang-undang

    pengurusan dilaksanakan mengikut jadual oleh orang bawahan di bawah penyeliannya.

    Peranan penyelia ada belbagai mengikut gred tertentu. Tambahnya lagi, walaupun

    'penyelia' jarang sekali disifatkan sebagai menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang

    memberansangkan seperti tokoh-tokoh berkelibar namun kebolehan dan kemahiran

    8

  • kepimpinan di dalam memberi arahan adalah faktor-faktor penting yang menentukan

    keberkesanan penyelia. Keberkesanan ini mungkin tidak akan sampai kepada tahap

    yang tinggi jika mereka tidak memimpin dengan cara yang berkesan.Istilah "penyelia"

    ertinya mana-mana individu yang mempunyai kuasa, demi kepentingan majikan, untuk

    sewa, pemindahan, menggantung, membuang, ingat, menggalakkan, pelepasan,

    ganjaran, atau disiplin pekerja lain, atau bertanggungjawab untuk mengarahkan mereka,

    atau untuk menyesuaikan rasa tidak puas hati mereka, atau berkesan untuk

    mengesyorkan apa-apa tindakan, j ika berkaitan dengan perkara di atas yang

    menjalankan kuasa tersebut adalah tidak yang bersifat rutin semata-mata atau

    perkeranian, tetapi memerlukan penggunaan pertimbangan bebas, (Mayer dan O.

    Shimabukuro, 2012).

    2.2.2 A1asan-Alasan Pekerja Lewat

    Pelbagai alasan yang diterima oleh penyelia apabila pekerja itu datang lewat ke

    tempat kerja. Berdasarkan Laporan kajian yang dijalankan tentang salah satu sebab

    alasan pekerja datang lewat ke tempat kerja ialah terdiri daripada bentuk-bentuk

    pengeluaran (withdrawal) iaitu syarat-syarat kerja yang kurang memuaskan atau

    tekanan kerja oleh Beehr dan Gupta (1978).

    Terdapat tiga kemungkinan kesan bentuk-bentuk pengeluaran yang memberi

    sebab kepada alasan-alasan pekerja untuk datang lewat ke temp at kerja oleh Beehr dan

    Gupta (1978). Pertama, keadaan ini mungkin bahawa keadaan sudah lewat ke temp at

    adalah manifestasi penting pengeluaran bagi kebanyakan pekerja iaitu terdapat pekerja

    cuba untuk membuat keputusan untuk lewat pergi ke tempat kerja, hal ini kerana

    kelewatan pekerja tidak menunjukkan banyak perbezaan antara masa ketibaan ke temp at

    kerja pada setiap waktu pekerja. Kedua, berdasarkan organisasi yang dilaporkan dalam

    kajian ini menunjukkan sarna ada tersirat atau jelas, alasan-alasan kelewatan dengan

    hentuk pengeluaran dengan kelewatan ke tempat kerja. Manakala sebab-sebab yang

    membawa kepada alasan-alasan pekerja datang lewat ialah keadaan budaya di

    persekitaran pekerja yang mempengaruhi kelewatan melalui bentuk pengeluaran

    (withdrawal). Sebagai contoh, tingkah laku pekerja yang mungkin jelas dengan keadaan

    kelewatan ini ialah bentuk-bentuk pengurusan penyeliaan untuk pekerja yang sering

    datang lewat ke tempat kerja.

    Menurut kajian oleh Shapira-Lishchinsky (2007) bukti kajian beliau terhadap

    pekerja yang sering datang lewat ke tempat kerja ialah berdasarkan tingkah laku pekerja

    9

  • yang bekerja di organisasi tersebut. Tingkah laku kelewatan digambarkan sebagai

    datang lewat selepas masa bekerj a yang telah ditetapkan organisasi, keadaan ini

    merujuk kepada ketepatan masa ketibaan untuk setiap tugasan yang diberikan.

    Berdasarkan toori perkembangan pengeluaran pekerja yang terdapat dalam kajian

    Shapira-Lishchinsky (2007) kelewatan boleh dilihat sebagai satu bentuk "kurang teruk"

    daripada pengeluaran yang akhirnya meningkat kepada yang "lebih teruk" bentuk

    ketidakhadiran dan pusing ganti (Koslowsky et al. 1997). (Cascio 1991) dalam usaha

    usaha penyelidikan yang luas untuk memahami dan meningkatkan produktiviti, satu

    kawasan yang menjadi perhatian adalah mengurangkan pengeluaran ini tingkah laku

    yang mengganggu kerja jadual dan produktiviti rendah yang terdapat di dalam laporan

    kajian oleh Shapira-Lishchinsky (2007).

    Keadaan kelewatan telah diiktiraf sebagai mempunyai latar belakang "motivasi"

    seseorang pekerja. Secara teorinya, keadaan ini diklasifikasikan ke dalam tiga dimensi:

    kronik, yang tidak dapat dielakkan dan boleh dielakkan. Kelewatan kronik adalah tindak

    balas kepada keadaan kerja yang tidak baik, tidak disukai oleh pekerja. Latar belakang

    yang berkaitan dengan kelewatan kronik adalah, sebagai contoh, kornitmen organisasi

    dan kepuasan kerja. Kelewatan dielakkan (kelewatan berkala stabil) berlaku apabila

    pekerja mempunyai aktiviti yang lebih baik atau lebih penting untuk dilakukan daripada

    tiba tepat pada masanya. Ak.hir sekali, kelewatan yang tidak dapat dielakkan disebabkan

    oleh faktor di luar kawalan pekerja, seperti masalah pengangkutan, cuaca buruk,

    penyakit dan kemalangan (Blau (1995) dan Blau et al. (2004)) di dalam laporan kajian

    oleh Shapira-Lishchinsky (2007).

    2.2.3 Strategi~Strategi Pengurusan Pekerja Datang Lewat

    Pandangan terhadap strategi-strategi pengurusan pekerja datang lewat ke tempat

    kerja ialah berdasarkan alasan-alasan pekerja lewat ke tempat kerja yang diterima oleh

    penyelia. Misalnya, pandangan tentang alasan-alasan pekerja yang lewat ke tempat kerja

    disebabkan oleh peranan jantina di temp at kerja tertentu yang terdapat di dalam

    organisasi tertentu oleh Shapira-Lishchinsky (2007).

    Menurut laporan kajian oleh Shapira-Lishchinsky (2007) perbezaan kelewatan

    pekerja juga boleh dipengaruhi oleh tanggungjawab yang dijalankan oleh pekerja itu

    yang berbeza. Menurut beliau dalam mengenalpasti strategi-strategi pekerja yang datang

    lewat ke tempat kerja ialah pengkaji haruslah mengenalpasti individu manakah yang

    sering datang lewat ke tempat kerja. Misalnya, dalam laporan kajian Shapira

    10

  • Lishchinsky (2007) banyak menunjukkan kelewatan pekerja kebanyakannya terdiri

    daripada pekerja wanita berbanding pekerj~. lelaki. Oleh itu, dalam laporan beliau

    mencadangkan agar mengenal pasti dan memahami halangan kepada kemajuan wanita

    dalam bidang pendidikan atau pekerjaan, memandangkan budaya dan konteks sosial

    pekerja wanita, strategi-strategi berikut boleh menyumbang kepada yang lebih baik

    untuk kedudukan wanita dalam bidang pendidikan atau pun dalam bidang pekerjaan. Ini

    seterusnya, boleh meningkatkan persepsi keadilan dan komitmen dan mengurangkan

    pengeluaran mereka dari kerja melalui keadaan masatah untuk datang lewat ke tempat

    kerja.

    Selain itu terdapat juga strategi-strategi yang lain dalam menguruskan pekerja

    yang datang lewat ke tempat kerja. Misalnya, dalam mengenalpasti strategi-stategi

    pengurusan pekerja yang sering datang lewat, pengurus haruslah mengenalpasti faktor

    yang membawa kepada kelewatan ini berlaku iaitu kawalan kepada tingkah laku pekerj a

    yang menjuruskan kepada kelewatan pekerja ke temp at kerja menurut Henle, Reeve dan

    Pitts (2010).

    Keputusan dalam laporan kajian Henle, Reeve dan Pitts (2010) menunjukkan

    bahawa pekerja kurang untuk datang lewat apabila kaedah pengurusan masa digunakan

    kepada pekerja untuk pergi ke tempat kerja, rakan sekerja juga boleh memberi perhatian

    kepada rakan sekerja mereka sewaktu datang dan pergi ke tempat kerja, atau majikan

    mereka mempunyai undang-undang yang ketat mengenai masa kedatangan ke tempat

    kerja. Oleh itu, majikan perlu mewujudkan dasar yang jelas menyatakan apabila pekerja

    dijangka tiba ke temp at kerja dan balik dari tempat kerja serta jumlah masa yang boleh

    diterima dengan tempoh rehat pekerja mereka juga perlu majikan atau pengurus untuk

    diberi perhatian sepenuhnya. Dalam usaha untuk menguatkuasakan dasar ini, syarikat

    syarikat harns menggunakan masa menjaga kedatangan yang objektif dalani

    ~enentukan sama ada pekerja itu melanggar polisi atau tidak. Di samping itu, pihak

    penyelia atau pengurus perlulah menguruskan beban kerja pekerja untuk memastikan

    bahawa mereka mempunyai jumlah yang mencukupi daripada tugas sepatutnya yang

    mereka ada dan strategi ini boleh mengurangkan keupayaan pekerja untuk melibatkan

    diri dalam kelewatan untuk datang kerja pada keesokan harinya. Akhir sekali, pengurus

    harus menggalakkan rakan sekerja memberi perhatian kepada tingkah laku pekerja yang

    sering datang lewat ke temp at kerja.

    11