metodologi kajian 1

10
4.0 METODOLOGI KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian merupakan jenis kaedah kajian yang telah digunakan. Kaedah kajian ini digunakan untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan mengenai kaedah kajian dibuat dari tiga aspek iaitu pemilihan responden, teknik mendapatkan maklumat serta teknik memproses dan mempersembahkan data. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah rujukan dalam mencapai objektif kajian. a) KAEDAH SOAL SELIDIK Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada penduduk setempat di sekitar Kampung Muanad 1 . Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden. Soal selidik merupakan satu alat yang penting bagi seseorang pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti soal selidik menentukan nilai kajian secara keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka jawapan yang diperoleh tidak memberi pengertian yang nyata sekali gus merosakkan sesuatu hasil kajian. i) Sampel adalah sebahagian yang diambil bagi mewakili populasi yang dikaji. Oleh itu, sampel berada dalam lingkungan populasi yang menjadi perhatian dalam kajian penyelidik. Dalam kajian ini, pengkaji telah menyasarkan

Upload: ennyella

Post on 15-May-2017

222 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: METODOLOGI KAJIAN 1

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian merupakan jenis

kaedah kajian yang telah digunakan. Kaedah kajian ini digunakan untuk mencapai objektif

kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan mengenai kaedah kajian dibuat dari tiga aspek

iaitu pemilihan responden, teknik mendapatkan maklumat serta teknik memproses dan

mempersembahkan data. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah rujukan dalam

mencapai objektif kajian.

a) KAEDAH SOAL SELIDIK

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan

kepada penduduk setempat di sekitar Kampung Muanad 1. Soal selidik ini

mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden.

Soal selidik merupakan satu alat yang penting bagi seseorang pengkaji dalam

menjalankan kajian kerana kualiti soal selidik menentukan nilai kajian secara

keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka

jawapan yang diperoleh tidak memberi pengertian yang nyata sekali gus merosakkan

sesuatu hasil kajian.

i) Sampel adalah sebahagian yang diambil bagi mewakili populasi yang dikaji. Oleh itu,

sampel berada dalam lingkungan populasi yang menjadi perhatian dalam kajian

penyelidik. Dalam kajian ini, pengkaji telah menyasarkan 30 orang responden yang

terdiri daripada penduduk setempat yang tinggal di Kampung Muanad 1. Pengkaji

membataskan jumlah responden sebanyak 30 orang sahaja. Melalui pemilihan sampel

seramai 30 orang ini mampu mewakili keseluruhan populasi kawasan kajian untuk

menghasilkan dapatan akhir kajian.

Kaedah pensampelan yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah

melalui teknik pensampelan rawak mudah sebagai teknik yang paling sesuai dalam

menentukan sampel untuk mengkaji persepsi penduduk setempat terhadap

pencemaran udara di Kampung Muanad 1. Jumlah responden seramai 30 orang

untuk mewakili populasi penduduk setempat dipilih atas sebab ingin menyesuaikan

Page 2: METODOLOGI KAJIAN 1

fokus kajian dengan pendapat atau buah fikiran responden bagi memberi kerjasama

dalam sesi pengumpulan data oleh pengkaji.

Bilangan responden telah dibahagikan kepada 15 orang lelaki dan 15 orang

perempuan yang terdiri daripada penduduk setempat di Kampung Muanad 1.

Pengkaji telah memilih 30 buah rumah penduduk dan setiap satu daripada isi

rumah tersebut, pengkaji telah menetapkan untuk memilih 1 orang responden

untuk diberikan borang soal selidik. Sebanyak 15 buah rumah pertama dipilih

dalam kalangan responden perempuan, manakala bilangan baki rumah

selebihnya adalah mewakili responden lelaki.

ii) Item soal selidik telah dibina oleh pengkaji berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

Item dalam soalan selidik dikumpulkan pada awal bulan Mac pada waktu tengah

hari hingga ke petang. Soal selidik mengandung 40 pernyataan lengkap. Soal selidik

dibahagikan kepada 2 bahagian seperti yang dinyatakan di dalam jadual 4.1:

Bahagian Soalan-soalan Bilangan item

A Maklumat asas responden 2

BFaktor-faktor 20

Kesan-kesan 20

Jadual 4.1. : Pembahagian soal selidik

Bahagian A bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan latar belakang

responden. Sebanyak dua soalan dikemukakan kepada responden merangkumi jantina

dan umur. Maklumat berkaitan latar belakang ini telah digunakan oleh pengkaji bagi

menyokong kedua-dua objektif kajian.

Bahagian B pula mengandung 40 item soalan bersandarkan dengan objektif kajian

yang ditetapkan. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 20 item soalan adalah

berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pencemaran udara di Kg

Muanad 1. Manakala, 20 item soalan selebihnya adalah berkaitan dengan kesan-

kesan pencemaran udara di Kg Muanad 1. Sebanyak 30 set soal selidik diedarkan

kepada responden yang dipilih secara rawak. Responden diminta untuk memilih

jawapan berdasarkan Skala Likert seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2:

Page 3: METODOLOGI KAJIAN 1

1 2 3 4 5

Sangat tidak

setuju (STS)

Tidak setuju

(TS)

Tidak Pasti

(TP)

Setuju

(S)

Sangat setuju

(SS)

Jadual 4.2 : Skala Likert

Setiap set soalan yang telah dijawab oleh responden dikumpulkan untuk proses

analisis data.

iii) Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Pengkaji

telah memilih untuk menggunakan kaedah pengiraan min dan peratus secara manual

bagi setiap item soalan dan seterusnya data-data telah dipersembahkan dalam bentuk

statistik. Pengkaji menggunakan kaedah ini agar mudah untuk menerangkan dapatan

dalam bentuk jadual, rajah atau graf sebagai bahan sokongan analisis statistik. Kaedah

pengiraan min dan peratus secara manual ditunjukkan seperti jadual 4.3.

Jadual 4JJadual 4.3 : kaedah pengiraan min dan peratus secara manual

Bentuk statistik merupakan teknik yang digunakan untuk mengambil satu bahan

mentah dan diproses dalam bentuk yang lebih ringkas. Antara teknik yang digunakan

untuk menghurai statistik adalah nilai kekerapan, peratusan dan min. Dalam kajian ini,

nilai min digunakan untuk menjelaskan nilai purata bilangan responden mengikut jenis

faktor-faktor dan kesan-kesan yang dikenal pasti. Melalui teknik ini, pengkaji dapat

mengenalpasti nilai min yang tertinggi dan terendah seterusnya dapat menentukan

TAHAP SKALA

(A)

BILANGAN

RESPONDEN

(B)

JUMLAH

SKOR

(A X B)

PERATUS

(%)

Sangat tidak setuju 1

Tidak Setuju 2

Tidak pasti 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

Jumlah 30 (N) 100.0

Page 4: METODOLOGI KAJIAN 1

faktor dan kesan yang paling dominan berdasarkan cut-off Point skor min yang

ditunjukkan dalam jadual 4.4.

SKOR MIN TAFSIRAN1.0 – 1.8 Sangat tidak setuju

1.81 – 2.6 Tidak Setuju2.61 – 3.4 Tidak pasti3.41 – 4.2 Setuju4.21 – 5.0 Sangat setuju

Jadual 4.4: cut-off Point skor min

Kajian ini juga menggunakan taburan kekerapan dan peratusan untuk menentukan

bilangan responden yang memberi maklum balas terhadap item-item soalan. Secara

amnya, kekerapan, peratusan dan skor min digunakan untuk menjawab keseluruhan

objektif ini. Selain itu, pengkaji juga menggunakan perisian Microsoft office excel

2007 untuk mempersembahkan data dalam bentuk graf dan carta.

b) KAEDAH TEMU BUAL

Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpul data berkaitan dengan

objektif kajian. Melalui kaedah temu bual, penyelidik boleh bertanya secara terperinci

tentang aspek yang dikaji, terutamanya isu berkaitan pendapat dan fakta dengan lebih

mendalam yang lazimnya tidak mampu diperoleh melalui kaedah lain yang menggunakan

pendekatan kuantitatif.

i) Kajian ini melibatkan temu bual dengan 7 orang responden yang terdiri daripada 2 orang

responden berautoriti dan 5 orang responden tidak berautoriti. Dua orang responden

berautoriti adalah kakitangan awam iaitu En.Nor Alsam Mano Bin Abdullah, pengetua

SMK Beluran dan En. Muhamad Din Bin Sulaiman selaku Penolong Kanan 1 SMK

Beluran. Temu bual bersama responden berautoriti berlangsung pada hari ……..

bermula pada jam …..sehingga jam….. Temu bual ini diadakan di …… Manakala, bagi 5

orang responden tidak berautoriti adalah terdiri daripada pelajar SMK Beluran. Temu

bual bersama responden tidak berautoriti dijalankan secara perseorangan. Jadual 4.5

Page 5: METODOLOGI KAJIAN 1

merupakan jadual berlangsungnya temu bual bersama 5 orang responden tidak

berautoriti.

RESPONDEN NAMA TARIKH MASA TEMPAT

1

2

3

4

5

Jadual 4.5 : Jadual perjumpaan dengan responden tidak berautoriti

ii) Temu bual yang dilaksanakan adalah berdasarkan teknik temu bual separa berstruktur

iaitu soalan yang diajukan telah digubal oleh penyelidik terlebih dahulu. Soalan susulan

yang spontan juga diajukan kepada responden tetapi soalan adalah bergantung pada

reaksi dan tindak balas yang diberikan oleh responden.

Pengkaji telah menggubal soalan berdasarkan kepada 3 peringkat iaitu peringkat awal,

peringkat tengah dan peringkat akhir. Dalam peringkat awal, soalan adalah berfokus

tentang maklumat asas responden sebanyak 3 soalan. Manakala peringkat tengah pula

memfokuskan kepada soalan yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu 5 soalan

berkaitan dgn faktor-faktor pembuangan sisa pepejal di kg cahaya baru, beluran.

Seterusnya, pengkaji menggubal 5 soalan berkaitan dengan kesan-kesan

pembuangan sisa pepejal di Kg Cahaya Baru, Beluran. Peringkat akhir pula, pengkaji

telah membina soalan yang menjurus kepada pandangan responden terhadap isu yang

dikemukakan. Soalan-soalan yang diajukan kepada responden adalah untuk menyokong

data bagi kaedah utama iaitu soal selidik. Semasa temu bual ini dijalankan, pengkaji telah

menggunakan alat perakam untuk merakamkan sesi temu bual bersama responden-

responden.

iii) Setelah temu bual dilaksanakan, pengkaji mendengar berulang kali temu bual tersebut

untuk dipindahkan dalam bentuk transkrip. Setelah transkrip keseluruhan dibuat, pengkaji

menyelitkan maklumat penting yang terdapat dalam transkrip untuk menyokong dapatan

Page 6: METODOLOGI KAJIAN 1

utama dari kaedah soal selidik. Transkrip dilampirkan bersama dalam penulisan kajian

sebagai bukti.

c) KAEDAH PEMERHATIAN

i) Dalam kaedah ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara separa

berstruktur. Pengkaji membina jadual pemerhatian bagi memerhati kekerapan

pelajar asrama membuang sampah di sekitar kawasan asrama. Selain itu,

pengkaji juga mengambil gambar-gambar di sekitar kawasan asrama yang

mempunyai tahap kebersihan yang kurang memuaskan untuk mewujudkan nilai

kebolehpercayaan dalam kajian.

ii) Pengkaji membuat pemerhatian di sekitar kawasan …nyatakan kawasan yang anda

perhatikan… seperti di …….nyatakan secara spesifik kawasan yg diperhati…..

Pengkaji juga mengambil gambar dengan menggunakan HP/CAMERA jenis apa?..

untuk mengambil gambar di kawasan-kawasan yang telah ditentukan. Nyatakan

tempat yang diambil gambar…

iii) Setelah pengkaji mendapat maklumat, pengkaji memindahkan hasil pemerhatian

dalam bentuk jadual dan seterusnya menggunakan maklumat dalam jadual untuk

menyokong dapatan utama dalam perbincangan. Pengkaji juga mencetak gambar-

gambar yang diambil dengan menggunakan mesin pencetak jenama…apa jenama?...

Setelah dicetak, setiap gambar dilabelkan dan dimasukkan dalam perbincangan

sebagai sokongan dapatan utama.

d) RUJUKAN

i) Pengkaji juga telah mencari 20 bahan rujukan untuk mencapai objektif yang

disasarkan. Pengkaji hanya memilih bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk

kajian sahaja. Setiap bahan rujukan yang dipilih oleh pengkaji adalah bahan rujukan

yang telah diterbitkan.

Page 7: METODOLOGI KAJIAN 1

ii) Pengkaji telah mencari 20 bahan rujukan tersebut daripada pelbagai sumber. Pengkaji

memilih 10 bahan rujukan berupa jurnal daripada internet, 5 bahan rujukan

daripada buku ilmiah dan selebihnya adalah daripada majalah …nyatakan

majalah apa...

iii) Setelah mendapatkan bahan rujukan dari pelbagai sumber, pengkaji membaca bahan-

bahan rujukan tersebut dan mencari maklumat penting yang berkaitan dengan kajian

pengkaji. Maklumat penting yang didapati dari bahan-bahan rujukan dimasukkan

dalam pengenalan dan juga digunakan untuk menyokong dapatan kajian dalam

perbincangan. Bahan-bahan rujukan yang digunakan oleh pengkaji dicatatkan dalam

bahagian bibliografi pada akhir penulisan pengkaji.