mesyuarat_koakademik_sekolah_rendah_kelompok_1_2015_(2)

8
MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK SEKOLAH RENDAH KELOMPOK 1 KALI PERTAMA 2015 TARIKH : 16 FEBRUARI 2015 (ISNIN) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : BILIK GERAKAN SK SUNGAI LESONG PENGERUSI : ENCIK ZAMRI BIN ABDUL RANI Kehadiran : Puan Yew Koong Yoke Guru Besar SJKC Sungai Kroh Encik Kumaran a/l Gandiappan Guru Kanan Hal Ehwal Murid SJKT Ladang Tong Wah Encik Mohd Fadzil b. Ramli Penolong Kanan Kokurikulum SK Temoh Encik Izwan b. Mohd Zain Guru Wakil SK Ayer Kuning Encik Lee Chee Hong Guru Kanan Kokurikulum SJKC Hwa Lian Puan Huah Hoon Yen Penolong Kanan Kokurikulum SJKC Hwa Min Puan Leow Chai Kuan Penolong Kanan Kokurikulum SJKC Pheng Lok Puan Lai Mun Yee Penolong Kanan Kokurikulum SJKC Chenderiang Puan Aghaliya a/p Punohsamy Guru Wakil SJKT Bharathy Puan Nur Hamidah bt. Md. Arsat Guru Kanan Kokurikulum SK Banir Puan Nor Ashikin bt. Ghazali Penolong Kanan Kokurikulum SK Chenderiang Puan Hajah Noridah bt. Muhamad Penolong Kanan Kokurikulum SK Sri Kinjang Puan Aznini bt. Zainal Abidin Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu Tiga Puan Rosnani bt. Mahmud Guru Kanan Kokurikulum SK Batu Masjid Puan Rafizah bt. Abdul Majid Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Lesong AGENDA : 1. UCAPAN PENGERUSI 2. PENYELARASAN KARNIVAL BAHASA MELAYU 3. PENYELARASAN KARNIVAL BAHASA INGGERIS 4. PENYELARASAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Upload: raja-kumar-sundaram

Post on 23-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT_KOAKADEMIK_SEKOLAH_RENDAH_KELOMPOK_1_2015_(2)

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIKSEKOLAH RENDAH KELOMPOK 1 KALI PERTAMA 2015

TARIKH : 16 FEBRUARI 2015(ISNIN)MASA : 2.30 PETANGTEMPAT : BILIK GERAKAN SK SUNGAI LESONGPENGERUSI : ENCIK ZAMRI BIN ABDUL RANI

Kehadiran : Puan Yew Koong Yoke Guru Besar SJKC Sungai Kroh Encik Kumaran a/l Gandiappan Guru Kanan Hal Ehwal Murid SJKT Ladang Tong Wah Encik Mohd Fadzil b. Ramli Penolong Kanan Kokurikulum SK Temoh Encik Izwan b. Mohd Zain Guru Wakil SK Ayer Kuning Encik Lee Chee Hong Guru Kanan Kokurikulum SJKC Hwa Lian Puan Huah Hoon Yen Penolong Kanan Kokurikulum SJKC Hwa Min Puan Leow Chai Kuan Penolong Kanan Kokurikulum SJKC Pheng Lok Puan Lai Mun Yee Penolong Kanan Kokurikulum SJKC Chenderiang Puan Aghaliya a/p Punohsamy Guru Wakil SJKT Bharathy Puan Nur Hamidah bt. Md. Arsat Guru Kanan Kokurikulum SK Banir Puan Nor Ashikin bt. Ghazali Penolong Kanan Kokurikulum SK Chenderiang Puan Hajah Noridah bt. Muhamad Penolong Kanan Kokurikulum SK Sri Kinjang Puan Aznini bt. Zainal Abidin Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu Tiga Puan Rosnani bt. Mahmud Guru Kanan Kokurikulum SK Batu Masjid Puan Rafizah bt. Abdul Majid Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Lesong

AGENDA : 1. UCAPAN PENGERUSI 2. PENYELARASAN KARNIVAL BAHASA MELAYU 3. PENYELARASAN KARNIVAL BAHASA INGGERIS 4. PENYELARASAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN 5. PEMBENTANGAN KEWANGAN 6. HAL-HAL LAIN 7. UCAPAN PENANGGUHAN

Page 2: MESYUARAT_KOAKADEMIK_SEKOLAH_RENDAH_KELOMPOK_1_2015_(2)

1. UCAPAN PENGERUSI1.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran wakil dari semua sekolah Kelompok 1 ke mesyuarat pertama ini. 1.2 Mesyuarat ini diadakan bagi membincang pertandingan Koakademik yang perlu dijalankan di peringkat kelompok. Segala keputusan yang diambil akan melancarkan penyelarasan pertandingan dan persediaan peserta dapat dibuat lebih awal. 1.3 Pertandingan yang akan dibincangkan ialah Karnival Bahasa Melayu, Karnival Bahasa Inggeris dan Majlis Tilawah Al-Quran.

2. PENYELARASAN KARNIVAL BAHASA MELAYU KELOMPOK 12.1 Karnival akan diadakan pada 4 Mac di SK Ayer Kuning. Waktu pendaftaran adalah 1.30 tengahari dan pertandingan akan bermula tepat pukul 2.00 petang. 2.2 Semua AJK dan hakim yang dilantik dikehendaki mematuhi waktu supaya perjalanan karnival berjalan lancar dan semua peserta dapat dihantar pulang ke destinasi masing-masing tidak terlalu lewat. 2.3 Jawatankuasa pelaksana: Bercerita Tahap 1 : SJKT Ladang Tong Wah/SK Banir Bercerita Tahap 2 : SK Batu Tiga/ SK Batu Masjid Syarahan : SK Chenderiang/SK Sri Kinjang Teka Silang Kata : SK Sungai Lesong/SK Temoh Hadiah : SJKC Pheng Lok Jamuan & Nombor undian: SK Ayer Kuning Gambar/Laporan : SJKT Bharathy Penyemak Silangkata : SJKC Hwa Min/SJKC Hwa Lian/SJKC Chenderiang/SJKC Sg. Kroh2.4 Mesyuarat bersetuju mewajibkan penyertaan untuk acara Bercerita Tahap 1 & 2.2.5 Pertandingan Bicara Berirama akan diadakan di sekolah yang bertanding dan dihakimi oleh hakim beredar. Pengerusi berharap ada wakil dari kelompok ke peringkat daerah begitu juga dengan Pidato Piala DiRaja.2.6 Sijil untuk peserta, guru pengiring dan urusetia akan disediakan oleh PPD. Setiap sekolah akan menghantar tiga orang guru sebagai guru pengiring dan urusetia.2.7 Makluman peserta:

Acara Bilangan PesertaBercerita Thp 1 15 (15sek x1)Bercerita Thp 2 15 (15sek x1)Syarahan 7 (7sek x1)Teka Silangkata 21 (7sek x3)Jumlah 58 orang

2.8 Setiap sekolah diminta menyerahkan nama seorang guru Bahasa Melayu untuk dilantik sebagai hakim ke Karnival Bahasa Melayu Kelompok 2. Pihak PPD akan mengeluarkan surat lantikan kepada mereka yang terlibat kelak.2.9 Semua sekolah dikehendaki memuaturun kertas konsep yang telah dimuatnaik ke dalam portal PPD untuk maklumat terkini tentang acara yang dipertandingkan.2.10 Semua urusan pendaftaran dan pengundian peserta serta penyampaian hadiah dan sijil akan dijalankan di tempat pertandingan setiap acara. Semua AJK di setiap tempat diminta bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan pertandingan masing-masing berjalan lancar.

Page 3: MESYUARAT_KOAKADEMIK_SEKOLAH_RENDAH_KELOMPOK_1_2015_(2)

2.11 Senarai nama pemenang hendaklah dikumpul oleh AJK setiap acara dan diserah kepada pengerusi dan AJK Laporan untuk dihantar kepada pihak PPD.2.12 Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan hadiah iringan selain dari sijil dan trofi kepada semua pemenang.Acara Johan Naib Johan Ketiga JumlahBercerita Thp 1 1xRM10 1xRM7 1xRM5 RM 22.00Bercerita Thp 2 1xRM10 1xRM7 1xRM5 RM 22.00Syarahan 1xRM10 1xRM7 1XRM5 RM 22.00Teka Silangkata 3xRM10 3xRM7 3xRM5 RM 66.00Jumlah 6xRM10 6xRM7 6xRM5 RM132.00

2.13 Semua peserta, guru pengiring dan urusetia akan diberi makanan dan minuman.Peserta Guru Jumlah58xRM2.50 45xRM3.00 RM280.00

2.14 Yuran penyertaan wakil kelompok sebanyak RM70.00 ke karnival peringkat daerah akan ditanggung oleh kelompok.

3. PENYELARASAN KARNIVAL BAHASA INGGERIS KELOMPOK 13.1 Karnival akan diadakan di SK Batu Tiga pada tarikh yang akan dimaklumkan selepas mesyuarat peringkat daerah. 3.2 Tiga acara akan dipertandingkan di peringkat kelompok iaitu Public Speaking, Story Telling dan Poetry Recitation. Semua sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam ketiga-tiga acara. Penyertaan untuk Action Song Tahap 1 dan Choral Speaking tiada makluman tetapi sila pastikan wakil dihantar untuk ke peringkat daerah. Hakim untuk kedua-dua acara ini akan bergerak dari sekolah ke sekolah. 3.3 Jawatankuasa pelaksana:Public Speaking : SJKC Pheng Lok/SJKC Sg. Kroh/SJKT Ladang Tong WahStory Telling : SJKT Bharathy/SJKC Chenderiang/SK ChenderiangPoetry Recitation : SJKC Hwa Lian/SJKC Hwa Min/SK Sri KinjangHadiah : SK Batu Tiga/SK Batu MasjidJamuan : SK Batu TigaGambar/Laporan : SK Batu TigaNombor undian : SK Sungai Lesong3.4 Makluman peserta:Acara BilanganPublic Speaking 15 (15 sek x 1)Story Telling 15 (15 sek x 1)Poetry Recitation 30 (15 sek x 2)Jumlah 60 orang

3.5 Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan hadiah iringan selain dari sijil dan trofi kepada semua pemenang.

Page 4: MESYUARAT_KOAKADEMIK_SEKOLAH_RENDAH_KELOMPOK_1_2015_(2)

Acara Johan Naib Johan Ketiga JumlahPublic Speaking 1xRM10 1xRM7 1xRM5 RM 22.00Story Telling 1xRM10 1xRM7 1xRM5 RM 22.00Poetry Recitation 2xRM10 2xRM7 2XRM5 RM 44.00Jumlah 4xRM10 4xRM7 4xRM5 RM 88.003.6 Semua peserta, guru pengiring dan urusetia akan diberi makanan dan minuman.Peserta Guru Jumlah60xRM2.50 45xRM3.00 RM285.00

3.7 Pelaksanaan Karnival Bahasa Inggeris Kelompok 1 adalah sama seperti pelaksanaan Karnival Bahasa Melayu Kelompok 1 baik dari segi pendaftaran, pengundian peserta, penyampaian sijil mahu pun hadiah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada semua sekolah, jika ada.

4. PENYELARASAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) KELOMPOK 14.1 Pertandingan akan diadakan pada 28 Mac 2015 di SK Chenderiang.4.2 Semua sekolah yang mempunyai murid Islam Tahap 2 dikehendaki mengambil bahagian. Hanya dua sekolah di kelompok ini tiada murid Islam Tahap 2.4.3 Acara yang dipertandingkan adalah Hafazan, Tilawah, Jawi dan Bercerita untuk dua kategori lelaki dan perempuan.4.4 Pertandingan di peringkat daerah ialah pada 4 April 2015.4.5 Senarai Jawatankuasa:

i. Tilawah Al-Quran : SK Sri Kinjang/SJKC Hwa Min/SJKC Pheng Lokii. Hafazan : SK Batu Tiga/SK Air Kuning/SJKC Sungai Krohiii Bercerita : SK Banir/SK Temoh/SJKC Chenderiangiv Jawi : SK Batu Masjid/SK Sungai Lesongiv Hadiah : SJKT Bharathy/SJKT Ladang Tong Wahv Jamuan : SK Chenderiangvi Gambar/Laporan : SK Chenderiangvii Nombor undian : SJKC Hwa Lian

4.6 Makluman peserta:Acara Anggaran BilanganTilawah Al-Quran 26 (13 sek x 2)Hafazan 26 (13 sek x 2)Bercerita 26 (13 sek x 2)Jawi 26 (13 sek x 2)Jumlah 104 orangIni adalah anggaran jika setiap 13 buah sekolah menghantar dua orang peserta (lelaki dan perempuan) bagi setiap acara.4.7 Tiga orang guru (guru pengiring dan urusetia) dari setiap sekolah akan diminta untuk membantu pelaksanaan pertandingan.4.8 Yuran penyertaan setiap sekolah adalah sebanyak RM50.00

Page 5: MESYUARAT_KOAKADEMIK_SEKOLAH_RENDAH_KELOMPOK_1_2015_(2)

4.9 Makluman lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan semua sekolah diminta membuat persediaan bagi melancarkan urusan pertandingan nanti.

5. PEMBENTANGAN KEWANGAN5.1 Puan Leow dari SJKC Pheng Lok selaku Bendahari Kelompok 1 telah mengedar lampiran Laporan Kewangan Kelompok 1 yang terkini. Baki terkumpul adalah sebanyak RM455.90. 5.2 Mesyuarat bersetuju untuk mengutip sebanyak RM100.00 dari setiap sekolah sebagai sumbangan yuran penyertaan untuk ketiga-tiga pertandingan di atas. Sumbangan Pengurusan Karnival akan diguna untuk:

i. Pendaftaran Peserta ke Daerahii. Makanan Peserta peringkat kelompokiii. Makanan Hakim dan AJKiv. Cenderahati Hakimv. Hadiah Tempat Pertama – Ketigavi. Penggunaan Fotostat dan pengurusan pertandingan

6. HAL-HAL LAIN6.1 Mesyuarat untuk pengurusan permainan kelompok 1 ditangguh ke tarikh lain.6.2 Sila serahkan wang RM100 sekolah masing-masing selewat-lewatnya 4 Mac 2015 kepada Bendahari.6.3 Minit mesyuarat ini akan di edar ke sekolah-sekolah selepas cuti Hari Raya Cina untuk tujuan pengeluaran Wang Bantuan Kokurikulum.6.4 Wang Bantuan Kokurikulum dan Bayaran Tambahan Persekolahan boleh diguna untuk perbelanjaan pertandingan Koakademik dan tuntutan pengangkutan guru pengiring.

7. UCAPAN PENANGGUHAN7.1 Pengerusi berharap semua pihak akan menitikberat tentang SOP Keselamatan Peserta ketika pertandingan kelak.7.2 Beliau berterima kasih di atas komitmen semua wakil dan berharap semoga semua pertandingan akan berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… ………………….(RAFIZAH BT. ABDUL MAJID) (ZAMRI BIN ABDUL RANI)SETIAUSAHA PENGERUSI

Page 6: MESYUARAT_KOAKADEMIK_SEKOLAH_RENDAH_KELOMPOK_1_2015_(2)