mesyuarat kurikulum kali kedua2015

Upload: patriot90

Post on 04-Mar-2016

27 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MESYUARAT

TRANSCRIPT

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua /[email protected]

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SALLEH09800 SERDANG,

KEDAH DARUL AMAN.MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA BAGI TAHUN 2015Tarikh

: 4 Ogos 2015 (Ahad)Masa

: 1.30 petangTempat

: Bilik Wawasan SK Sungai SallehPengerusi: Guru Besar, SK Sungai SallehHadir

: 1) En. Ramli bin Mohamad Saad (Pengerusi)

2)En. Zolkurnain bin Mehat (Penolong Kanan Kurikulum)

3)Pn. Holijah bt Abdul Rahman (Penolong Kanan HEM)

4)Pn. Rashidah bt. Hj Alias

5)Pn. Raudzatul Aminiah bt. Abdullah

6)Pn. Siti Baizura bt. Abdul Wahid

7)Pn. Ezilin Hazida bt. Abdullah

8)En. Mukhtar bin Nawang

9)Pn. Wan Maizura bt. Wan Mahmud

10)Pn. Norafizah bt. Mohd Abu Bakar

11)En. Mohd Hafis bin Ismail

12)En. Ku Bazniizwal bin Ku Bhadur

13)En. Noor Ehsan bin Md. Nordin

14)En. Hasrul Husaini bin Ismail

15)Cik Noormaisarah bt. Abdul Wahab

16)Cik Wan Nuraini bt. Wan Saad

Tidak Hadir: 1) Pn. Siti Athirah bt. Hj. Jaafar

2)Pn. Norin bt. Abdul Hamid

3)En. Abdul Manaf bin Hj. Jaafar

4)Pn. Azreen bt Mapak

Mesyuarat dimulai dengan;a) Bacaan Ummul Kitab

b) Ikrar Perkhidmatan AwamI. PERUTUSAN PENGERUSI1.Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada sekolah.2.Pesanan Yang Berusaha, Datin Azuyah binti Hasan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengingatkan semua warga pendidik supaya memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan murid berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

3.Pesanan dari En Aziz bin Selaiman,Tuan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), mengingatkan warga pendidik untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan.Beliau turut meminta semua guru untuk bersepakat dan memberi kerjasama demi kecemerlangan sekolah.Tindakan: Semua guru

II.MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

4.Pn. Siti Baizura bt Abdul Wahid mencadangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2015 disahkan dan disokong oleh Pn Norafizah bt Abu Bakar.III.PERKARA BERBANGKIT

5.Perkara 25 (bilik-bilik khas). Penyelaras Bestasi masih dikekalkan kepada Pn Ezilin Hazida bt Abdullah dan akan dibantu oleh En. Azlan bin Ahmad (Juruteknik Komputer). Pusat Sumber Sekolah Pn. Azreen bt Mapak, Stor Sukan En. Hasrul Husaini bin Ismail dan Makmal Kemahiran Hidup En. Ku Bazniizwal bin Ku Bhadur.6.Perkara 24 (VLE Frog). Pn Ezilin Hazida memohon semua guru agar menggunakan kemudahan VLE dalam pdp masing-masing dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah dibekalkan. 1V.PENGURUSAN KURIKULUM7.Misi dan Visi Sekolah

7.1 Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang visi dan misi sekolah iaitu;

Visi - Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

8.Headcount

8.1Pengerusi memaklumkan tentang pelaksanaan headcount bagi murid tahun

4 6 bagi membolehkan penyediaan Dashboard Sekolah. Semua guru mata Pelajaran teras dan bukan teras perlu menyediakan headcount.8.2 Pengerusi turut memaklumkan beliau akan membentangkan dashboard, e- tutor dan best practices di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu pada 9 September 2015.

9.Dialog Prestasi dan Dashboard Online

9.1 Pengerusi memaklumkan dialog Prestasi akan dijalankan pada 18 Ogos 2015iaitu pada hari selasa. 9.2 Pengerusi turut memaklumkan seramai 12 orang pegawai Pegawai

Pendidikan Daerah (PPD) akan hadir dan memohon semua guru bersedia dengan melengkapkan buku rekod mengajar dan fail-fail panitia.

10.KSSR/PBS Modul Perekodan Murid

10.1Semua guru perlu akur dan mematuhi segala panduan yang telah dibekalkan bagi melicinkan perjalanan KSSR di sekolah ini.

10.2Semua guru juga diminta agar memuat naik semua Dokumen Standard dan Modul Perkembangan Murid melalui Portal Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan bagi mendapatkan Tapak Rekod Perekodan bagi semua mata pelajaran KSSR tahun 1 tahun 5.

10.3Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti biasa dan pengerusi memohon semua guru mengamalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP.

11.Ujian Penilaian dan Peperiksaan Pertengahan Tahun11.1Ujian dan penilaian pertengahan tahun telah dilaksanakan pada 25 Mei 2015 sehingga 27 Mei 2015.

11.2Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana terdapat peningkatan dalam ujian pertengahan tahun berbanding ujian kali pertama.

11.3Analisa bagi keseluruhan ujian pertengahan tahun 1 sehingga tahun 6 adalah seperti dalam lampiran.12.PEKA/PAFA/PLBS12.1En. Mohd Hafis bin Ismail memaklumkan Ujian PEKA telah bermula pada bulan Februari dan akan berakhir pada bulan Ogos. Pelaksanaan ujian PEKA telah berada di peringkat akhir dan markah akan dihantar ke PPD pada akhir Ogos.12.2En. Muktar bin Nawang memaklumkan ujian PAFA telah selesai dilaksanakan dan semua murid lulus ujian tersebut.

12.3Ujian PLBS Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahun 6 telah selesai dilaksanakan.

13.LINUS/PROTIM13.1Penyelaras Linus, Pn Siti Baizura bt Abdul Wahid memaklumkan data bagi ujian saringan LINUS satu.13.2Bagi murid tahun 1, literasi. Daripada jumlah 33 orang murid, 18 murid menguasai dan 15 tidak menguasai.Bagi numerasi, 27 murid menguasai dan 6 tidak menguasai. Bahasa Inggeris pula, 20 murid menguasai dan 13 tidak menguasai.

13.3Bagi murid tahun 2, literasi. Daripada jumlah 27 orang murid, 13 murid menguasai dan 14 tidak menguasai.Bagi numerasi, 11 murid menguasai dan 16 tidak menguasai. Bahasa Inggeris pula, 15 murid menguasai dan 12 tidak menguasai.

13.4Bagi murid tahun 3, literasi. Daripada jumlah 26 orang murid, 22 murid menguasai dan 4 tidak menguasai.Bagi numerasi, 25 murid menguasai dan 1 tidak menguasai. Bahasa Inggeris pula, 17 murid menguasai dan 9 tidak menguasai.

13.5Pn Siti Baizura memohon semua guru Bahasa Melayu dan Matematik menjalankan pemulihan dalam kelas bagi memastikan murid-murid yang melepasi LINUS diberi perhatian sambil dibantu oleh guru pemulihan.Tindakan: Guru Pemulihan dan guru mata pelajaran BM dan

Matematik

13.6Program Protim berjalan seperti biasa dan semua guru matematik dan Bahasa Melayu perlu menggunakan Modul Protim yang boleh dimuat turun daripada portal Akademik JPN Kedah.

14.PLC/ i-THINK

14.1Pengerusi memohon semua ketua panitia untuk memastikan setiap panitia telah menyediakan PLC dan dimasukkan ke dalam fail panitia.14.2Pengerusi memaklumkan kepada semua guru untuk menggunakan peta i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengerusi turut meminta guru mempamerkan hasil kerja murid( i-THINK) pada papan kenyataan di dalam kelas.15.Program Kecemerlangan/ Perang UPSR15.1Percubaan gerak gempur akan dilaksanakan setelah selesai percubaan UPSR. Waris tahun 6 dijemput hadir ke sekolah untuk melihat murid menjawab peperiksaan. Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan kepada waris tentang suasana peperiksaan.

15.2Majlis bacaan yasin dan solat hajat akan dilaksanakan pada masa yang akan ditentukan.

15.3Program mentor mentee tahun 6 dijalankan seperti biasa.

16.Pemulihan

16.1Guru pemulihan memaklumkan terdapat 3 daripada 10 murid pemulihan tahun 1 berada pada tahap yang amat membimbangkan. Manakala yang lain pada tahap yang sederhana.16.2Bagi murid pemulihan tahun 4, 1 daripada 4 murid berada pada yang perlu diberi perhatian oleh guru.

16.3Guru pemulihan berharap semua guru mata pelajaran dapat melaksanakan aktiviti pemulihan di dalam kelas supaya murid yang lemah tidak terus ketinggalan di dalam kelas.

17.Pra Sekolah

17.1Pn Wan Maizura bt Wan Mahmud memaklumkan pencapaian murid pra sekolah Delima.

17.2Bagi murid 6 tahun (18 orang), 4 murid boleh membaca buku Bahasa Inggeris, 6 murid boleh membaca buku cerita, 4 murid membaca buku Bacalah Sayang dan 2 murid membaca kad suku kata (KV+KV).

17.3Bagi murid 5 tahun (8 orang), 3 murid boleh membaca buku Bacalah Sayang, 3 murid lagi membaca kad suku kata (KV+KV) dan 2 murid membaca kad huruf (KV). 17.4Cik Wan Nuraini bin Wan Saad, turut memaklumkan pencapaian murid pra sekolah Mutiara.17.5Bagi murid 6 tahun (16 orang), 5 murid membaca buku cerita/ buku bahasa Inggeris mudah, 5 murid membaca buku Bacalah Sayang 1, 2 murid membaca kad suku kata dan 4 murid mengenal huruf.

17.6Bagi murid 5 tahun (8 orang), 3 murid membaca buku Bacalah Sayang 1, 1 murid membaca kad suku kata dan 4 murid mengenal huruf.

18.Pusat Sumber Sekolah/ NILAM

18.1Guru NILAM, Pn Rashidah bt Alias memaklumkan data NILAM telah dipamerkan di papan kenyataan di setiap kelas.

18.2Pn Rashidah turut meminta guru-guru bahasa Melayu memberi kerjasama menjalankan program NILAM. 19.ICT (VLE/Makmal ICT) Pusat Akses Sekolah19.1Dipohon juga kepada semua semua agar menggunakan kemudahan VLE dalam pdp masing-masing dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah dibekalkan. Diharap penggunaan VLE ini dapat membantu murid dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

19.2Pengerusi memaklumkan kepada guru tahun 4, 5 dan 6 untuk melayari web e-tutor.

19.3Pengerusi memaklumkan Pusat Akses Sekolah tidak dapat digunakan sehingga kini akibat daripada masalah kebocoran dan laporan kerosakan telah dihantar.20.Bilik- Bilik Khas20.1Mohon kerjasama semua guru yang ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik khas agar dapat memastikan kesemua bilik-bilik khas ini dapat digunakan sepenuhnya dan setiap penggunaannya mestilah direkodkan.

20.2Berikut adalah senarai bilik-bilik khas dan guru penyelaras bilik-bilik khas.

BILBILIK KHASPENGERUSI /PENYELARAS

1MAKMAL SAINS En. Mohd Hafis bin Ismail

2BILIK BOSSPn. Raudzatul Aminiah bt. Abdullah

3SURAU / MAKMAL J-QAFPn. Hajjah Norin bt. Abdul Hamid

4MAKMAL KOMPUTERPn. Ezilin Hazida bt. Abdullah

5PUSAT SUMBER SEKOLAHPn Azreen bt Mapak

6BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELINGEn. Hasrul Husaini bin Ismail

7BILIK GURU / BILIK KESIHATAN & RAWATANEn. Ku Bazniizwal bin Ku Bhadur

8BILIK PEMULIHANCik Noormaisarah bt. Abdul Wahab

9SETOR SUKANEn. Hasrul Husaini bin Ismail

10MAKMAL KEMAHIRAN HIDUPEn. Ku Bazniizwal bin Ku Bhadur

11MAKMAL LINUSPn. Siti Baizura bt. Abdul Wahid

12PUSAT AKSESEn. Azlan bin Ahmad

13MAKMAL Self Access LearningPn. Siti Athirah bt. Hj. Jaafar

21.Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)21.1Puan Raudzatul Aminiah memaklumkan terdapat murid yang tidak bertanggungjawab meninggalkan buku teks di merata-rata tempat di kawasan sekolah.

21.2Pengerusi memaklumkan kepada Pn Raudzatul Aminiah bt Abdullah untuk membuat spot check buku teks bagi memastikan murid menjaga buku teks dengan baik.

22.Pengurusan Panitia Mata Pelajaran22.1Semua panita diminta dapat mengemaskini fail panitia masing-masing dan perlu mengikut panduan dalam Buku Pengurusan Panitia yang diterbitkan oleh JPN Kedah.

22.2Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada panitia-panitia yang telah menyiapkan fail seperti format surat/minit yang telah ditetapkan dan mengikut tempoh masa seperti terkandung dalam buku panduan tersebut.

22.3Sebagai makluman, mesyuarat panitia kali pertama perlu diadakan selepas mesyuarat kurikulum kali pertama manakala mesyuarat kali kedua, ketiga dan keempat perlu dilaksanakan dahulu dan barulah diikuti dengan mesyuarat kurikulum.

23.Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

23.1Pn Rashidah memaklumkan bahawa semua guru guru atau staf telah melengkapkan 7 hari mengikuti kursus, bengkel atau membaca buku.

23.2Sekiranya masih terdapat mana-mana kursus atau LDP yang belum dijalankan, mohon berbincang dengan setiausaha LDP untuk dilaksanakan.

24. PCG24.1Panitia Muzik memaklumkan akan membeli bahan-bahan muzik untuk kegunaan murid semasa pengajaran dan pembelajaran.

24.2Pengerusi mengingatkan kesemua pesanan perlulah dibincangkan dengan Pembantu Tabdir, ahli panitia dan dibawa kepada Guru Besar untuk dipertimbangkan.

24.3Pembelian juga mestilah dengan mengisi Nota Minta.

24.4Semua guru adalah diingatkan agar sentiasa merujuk Pembantu Tabdir, atau Pentadbir dan tidak melakukan sebarang pesanan diluar pengetahuan PT atau Pentadbir. Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.

Tindakan: Semua panitia

25. Bahan Bantu Mengajar (BBM)25.1Semua guru disaran menggunakan BBM dalam PDP agar dapat membantu memberi pemahaman yang jelas kepada murid.

25.2Bilik Bahan Bantu Mengajar digunakan seperti biasa dan diharapkan sebarang penggunaan bahan dapat direkodkan.

26.Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)

26.1Seperti lazimnya, kesemua item pemantauan PKB adalah sama seperti tahun-tahun lepas.

26.2Setiap guru juga diharap dapat memastikan buku rekod mengajar, rekleksi dan latihan murid dihantar untuk disemak oleh pentadbir.

26.3Semua guru boleh merujuk Pemantauan Pdp Guru, Buku Rekod Mengajar dan Buku Latihan Murid seperti jadual dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah yang diedarkan.

Tindakan : Semua guru

27.Laporan / Lawatan PPD

27.1Hasil pemantauan Tn Haji Azmi, pegawai PPD menyatakan ucapan terima kasih kepada semua guru atas komitmen yang diberikan. Beliau berharap agar terdapat peningkatan dalam percubaan UPSR tahun ini.

27.2Hasil lawatan En Rejab, beliau menyatakan perlunya penambahbaikan terutamanya pada tandas dan garaj tempat letak kereta guru.

27.3Pemantauan Kurikulum Berkualiti oleh JPN telah selesai dan laporan telah dihantar.

Makuman: Semua guru

V. HAL-HAL LAIN

30.Pengerusi mengingatkan semua guru untuk mengisi SSQS mengikut mata pelajaran sebelum Ogos.

31.Cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri akan diganti pada hari Sabtu 8.8.2015 dan 10.10.2015.

32.Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru yang terlibat dalam Pertandingan Roket (Sains) yang akan dijalankan pada 5.82015.

33.Pengerusi turut mengucapkan salam perpisahan dan tahniah kepada Penolong Kanan Pentadbiran, En Zolkurnain bin Mehat yang akan memulakan tugas sebagai Penyelia Kokurikulum di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu. Semoga beliau akan terus komited dengan tugas baru.

34.Untuk makluman semua, berkenaan e-prestasi, pegawai penilai pertama akan memanggil semula pegawai yang dinilai untuk berbincang mengenai borang keberhasilan yang telah dihantar.35.HEM mengingatkan untuk daftar murid dan nombor bilangan daftar sekolah, urusan tersebut perlu diuruskan di pejabat sekolah.36Berkenaan isu lalat di kantin sekolah yang berpunca daripada reban ayam, laporan telah dihantar ke Pejabat Daerah, Klinik Kesihatan dan Pejabat Vateriner untuk tindakan selanjutnya. 37.Pengerusi memaklumkan tender baru kantin akan dibuka. Ustaz Mukhtar bin Nawang mencadangkan agar tanda harga dipamerkan di kantin sekolah bagi memudahkan urusan jual beli.

VI.PENUTUP

38.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang baik sepanjang perjalanan mesyuarat.

39.Pengerusi berharap semoga semua kerja buat kita akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t dan percaya komitmen semua guru dan staff akan membolehkan kita membawa SKSS ke mercu. Insya Allah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

NOORMAISARAH BINTI ABDUL WAHAB

RAMLI BIN MOHAMAD SAAD

Setiausaha Kurikulum

Guru Besar

Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua

Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh

Tahun 2015

09800 Serdang

Kedah

9