mesra oku

5
PERMOHONAN PROJEK KEMUDAHAN MESRA OKU DI SK JELAPANG JAYA, PERAK

Upload: idasuzanahamzah

Post on 14-Nov-2015

250 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja

TRANSCRIPT

PERMOHONAN PROJEK KEMUDAHAN MESRA OKU DI SK JELAPANG JAYA, PERAKKERTAS KERJA

CADANGAN PROJEK KEMUDAHAN MESRA OKU DISK JELAPANG JAYALATAR BELAKANG PROJEK

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya bermula pada bulan Jun 2002. Pada 2 Januari 2008, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah dibuka di sekolah ini. PPKI ini ditempatkan di bangunan B. Pada peringkat awal pihak JPN telah mengubahsuai sebanyak 4 buah kelas. Kelas yang diwujudkan adalah bilik kelas, bilik dapur, bilik pengurusan dan bilik tayangan. Pada waktu itu, jumlah murid hanya ada seramai 9 orang murid. Jumlah guru ada 3 orang dan PPM ada 3 orang. Pada bulan September 2008, setelah bangunan Pra Sekolah Pendidikan Khas SKJJ siap dibina, seorang guru dan PPM dari PPKI telah berpindah ke bangunan itu untuk memulakan program pra sekolah.Sehingga kini, murid pendidikan khas integrasi ada seramai 29 orang dan mempunyai 5 buah kelas. Guru ada 9 orang dan 3 orang PPM. Kami bersyukur kerana Guru Besar membenarkan 4 buah kelas PPKI berada di lokasi bangunan A. Sebelum ini, kelas tersebut merupakan kelas tahun 1 dan 2. Murid-murid tahun 1 dan 2 telah ditempatkan di tingkat satu. Memandangkan kelas tersebut luas, kami perlu pembinaan kemudahan mesra OKU yang meliputi tandas oku, chari lift, ramp/kerb, parker OKU dan railing.BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah

:SK Jelapang JayaKod Sekolah

:ABA 2065Daerah

:Kinta Utara Status

:Sekolah Kerajaan

Bil Guru PPKI

:9 orang

Bil Staff Sokongan (PPM):3 orang

Bil Enrolmen Murid (PPKI):29 orang

Sesi

:1 sesi

Lokasi

:Bandar1. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek pembinaan kemudahan mesra OKU di SK Jelapang Jaya ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut :

1.1 Membolehkan murid menggunakan kemudahan asas/tandas dengan selesa dan selamat

1.2 Memberi kemudahan dan keselesaan pergerakan kepada murid yang mengalami masalah mobiliti

1.3 Menjamin keselamatan dan memberi kemudahan kepada murid apabila bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain

1.4 Memberi kemudahan dan menjamin keselamatan murid sewaktu dihantar atau diambil oleh ibu bapa waktu persekolahan

1.5 Memberi kemudahan, keselesaan dan keselamatan kepada murid sewaktu berada di sekolah.2. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Berikut adalah skop dan komponen projek beserta anggaran kos yang dicadangkan:

2.1 Tandas OKU

2.2 Chairlift

2.3 Ramp/Kerb

2.4 Parkir OKU

2.5 Railing OKU

3. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

3.1 Tandas OKU Membolehkan murid menggunakan kemudahan asas/tandas dengan selesa dan selamat

3.2 Chairlift - Memberi kemudahan dan keselesaan pergerakan kepada murid yang mengalami masalah mobiliti

3.3 Ramp/Kerb - Menjamin keselamatan dan memberi kemudahan kepada murid apabila bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain

3.4 Parkir OKU - Memberi kemudahan dan menjamin keselamatan murid sewaktu dihantar atau diambil oleh ibu bapa waktu persekolahan

3.5 Railing OKU - Memberi kemudahan, keselesaan dan keselamatan kepada murid sewaktu berada di sekolah

4. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional pelaksanaan projek ini ialah:

4.1 Kepentingan keselesaan dan keselamatan murid dan guru

4.2 Enrolmen murid pendidikan khas yang bertambah

5. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini amat penting kerana jika ianya tidak dapat dilaksanakan akan memberi implikasi seperti:

5.1 Keselamatan murid tidak terjamin

5.2 Matlamat KPM untuk memberikan suasana pembelajaran yang kondusif tidak tercapai

5.3 Pihak sekolah akan menerima rungutan ibu bapa yang berpanjangan kerana keadaan yang tidak selesa dan selamat

5.4 Murid belajar dalam keadaan yang tidak selesa dan aktiviti terhad