rumah mesra alam hijau

24
UTAMA 20 Sita 15 Buah Motosikal MBPJ telah mengambil tindakan sitaan terhadap 15 buah motosikal yang menjadi punca utama berlakunya kesesakan lalu lintas di Jalan 51A/222 23 Futsal Amal Mengutip dana untuk keluarga Allahyarham PP Asswadi Hillmi Ahamad dan Allahyarhamah PT Mazilah Mat Rudin PERCUMA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H www.mbpj.gov.my Skim Rebat Cukai Taksiran MBPJ Hargai Inisiatif Penduduk RUMAH MESRA ALAM HIJAU BERITA 10 K.A.S.I.H Dekati Remaja Program Kemasyarakatan dan Kerohanian Remaja sempena Maulidur Rasul 1434H yang bertemakan “Nabi Muhammad S.A.W., Kau Sumber Inspirasi Hatiku @ Hidupku’ 06 Projek Perintis Pengkomposan Sisa Organik Projek Perintis Pengkomposan Sisa Buangan Organik di Pasar Jalan Othman, Seksyen 1, Petaling Jaya merupakan usahasama antara MBPJ dan syarikat Shence Greentech Sdn. Bhd. Ahli Majlis MBPJ merangkap Pengerusi Pasukan Petugas Low Carbon City of PJ, Khairul Anuar Ahmad Zainudin menyampaikan rebat cukai taksiran kepada Sathiveloo a/l Kanniah.

Upload: dinhanh

Post on 08-Dec-2016

293 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

UTAMA

20

Sita 15 Buah Motosikal

MBPJ telah mengambil tindakan sitaan terhadap 15 buah motosikal yang menjadi punca utama berlakunya kesesakan lalu lintas di Jalan 51A/222

23

Futsal Amal

Mengutip dana untuk keluarga Allahyarham PP Asswadi Hillmi Ahamad dan Allahyarhamah PT Mazilah Mat Rudin

PERCUMA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

www.mbpj.gov.my

Skim Rebat Cukai Taksiran

MBPJ Hargai Inisiatif PendudukRUMAH MESRA ALAM HIJAU

BERITA

10

K.A.S.I.H Dekati Remaja

Program Kemasyarakatan dan Kerohanian Remaja sempena Maulidur Rasul 1434H yang bertemakan “Nabi Muhammad S.A.W., Kau Sumber InspirasiHatiku @ Hidupku’

06

Projek Perintis Pengkomposan Sisa Organik

Projek Perintis Pengkomposan Sisa Buangan Organik di Pasar Jalan Othman, Seksyen 1, Petaling Jaya merupakan usahasama antara MBPJ dan syarikat Shence Greentech Sdn. Bhd.

Ahli Majlis MBPJ merangkap Pengerusi Pasukan Petugas Low Carbon City of PJ, Khairul Anuar Ahmad Zainudin menyampaikan rebat cukai taksiran kepada Sathiveloo a/l Kanniah.

Page 2: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H KHAS 02

Majlis akan melaksanakan strategi pembangunan guna tanah berorientasi transit (Transit Oriented Development - TOD) bagi mengurangkan pergerakan bandar, kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara. Pembangunan yang berintensiti tinggi akan ditumpukan di kawasan TOD dengan dilengkapi kemudahan awam yang diintegrasi dengan laluan pejalan kaki di dalam bangunan atau laluan pejalan kaki berbumbung. Kemudahan ‘park and ride’ akan disediakan di Stesen MRT dan LRT. Bagi stesen-stesen LRT sedia ada, Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah seluas 47 ekar kepada MBPJ bagi penyediaan tempat letak kereta kepada pengguna LRT.

Majlis akan menyediakan kira-kira 3,300 petak letak kereta di dalam jarak 400 meter daripada 4 stesen LRT sedia ada iaitu Stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount dan Asia Jaya dengan kemudahan laluan pejalan kaki berbumbung dan kemudahan landskap. Projek ini akan dimulakan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak kira-kira RM9 juta dan dijangka siap dalam tempoh 2 tahun. Projek ini akan dapat menyelesaikan lebih 600 aduan awam yang diterima pada tahun 2012 berkaitan pengguna LRT meletak kenderaan di hadapan rumah penduduk.

Selain itu, pengangkutan awam melalui ‘Bus Rapid Transit’ (BRT) yang menyediakan ‘Dedicated Bus Lane’ akan dibangunkan di kawasan Petaling Jaya. Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunway Berhad akan membina sistem BRT sejauh 5.41 km dari Stesen Komuter Setia Jaya ke Stesen USJ. Projek ini akan mengurangkan kira-kira 16 ribu kenderaan persendirian daripada melalui kawasan Petaling Jaya dan USJ Subang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula akan membangunkan sistem BRT dari Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan. Jarak yang akan diliputi adalah sejauh 33 km. Projek ini dijangka akan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan.

Kerajaan Negeri Selangor menyeru supaya semua warga Selangor mencintai Selangor dan juga Sungai Kita. Ke arah itu, disarankan supaya perancangan rumah kediaman seharusnya berhadapan dengan sungai supaya dapat memandang keindahan alam semulajadi sungai dan seterusnya memupuk rasa kecintaan.

Justeru itu berdasarkan prinsip yang sama, mungkin konsep perancangan ke atas lorong belakang harus berubah juga. Pada masa kini, fungsi lorong belakang di kawasan kediaman telah berubah kerana keperluan untuk servis telah disediakan di jalan hadapan rumah dan lorong belakang hanya tinggal sebagai ‘langau’ kebakaran saja. Keadaan lorong belakang yang terbiar begitu kotor dan tidak diselenggarakan. Terdapat pula pemilik memagarkan jalan keluar/masuk lorong belakang kerana alasan keselamatan. Didapati bahawa kelebaran lorong belakang telah dikurangkan daripada 20 kaki kepada 10 atau 5 kaki saja.

Persoalannya adakah lorong belakang masih perlu lagi dan memainkan peranannya? Adakah kita harus adakan satu anjakan paradigma dalam mereka bentuk semula lorong belakang? Misalnya menjadikan kawasan lapang hijau untuk beriadah dan mengumpul air hujan. Memastikan bahagian belakang rumah bukan hanya sebagai tempat mengeluarkan air buangan cucian, asap daripada aktiviti memasak ataupun unwanted scene tetapi tempat berinteraksi dengan jiran lain.

Pengangkutan Awam Mengimbas Pengalaman Bandaraya Vancouver

Bandaraya Vancouver terletak di bahagian barat Kanada. Ia mempunyai keluasan 114 km persegi, merupakan bandaraya terbesar di British Columbia dan ketiga terbesar di Kanada. Jumlah penduduknya adalah seramai 603,502 berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2011. City of Vancouver adalah merupakan bandaraya persisiran pantai dan pelabuhan. Terdapat banyak program yang sedang dilaksanakan di Vancouver.

Antaranya perancangan green Vancouver, liveable neighbourhood, healthy city for all, sustainable city, mengadakan rumah mampu milik serta mengadakan pelan pengangkutan bagi tahun 2040 [TRANSPORTATION 2040].

Pelan Pengangkutan

Bagi pelaksanaan pelan ini MBPJ akan melibatkan penyertaan awam dan profesional. Berdasarkan konsep Moving People and Moving Goods kriteria-kriteria berikut dititikberatkan. Ia adalah pelaksanaan sistem pejalan kaki, laluan basikal, penggunaan bas rapid transit sebagai sistem pengangkutan awam yang utama, pengurusan pengangkutan barangan dan perkhidmatan serta penetapan dan pembangunan guna tanah.

Pelan ini bakal dirangka berdasarkan tiga perkara utama : ekonomi, masyarakat dan alam persekitaran. Ianya merangkumi aspek kesihatan, keselamatan, accessibility, affordability, public life dan resiliency.

Pelan pengangkutan ini berkonsepkan more trips fewer cars. Trips bermaksud pergerakan orang ramai sama ada menggunakan kenderaan persendirian, pengangkutan awam, berbasikal ataupun berjalan kaki bagi melaksanakan urusan harian di dalam sesuatu bandar tersebut. Pada tahun 2008, 40% daripada jumlah trips adalah dengan berbasikal, berjalan kaki ataupun menggunakan pengangkutan awam. Berdasarkan Plan Target Transportation 2040, dijangkakan angka 40% ini akan meningkat kepada lebih 50%. Yakni lebih 2/3 daripada jumlah trips di bandaraya Vancouver tidak menggunakan kenderaan persendirian.

Di samping itu juga perancangan dari segi faktor keselamatan jalan raya diberi keutamaan.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir bandaraya Petaling Jaya ini harus mengambil inisiatif dan mencontohi apa yang sedang dilaksanakan oleh City Of Vancouver. Program-program yang sedang dilaksanakan oleh Majlis seperti Low Carbon City Framework, PJ Sustainable City, Pembangunan Bandar secara Transit Oriented Development (TOD), Bandar Bebas Halangan, Bandar Selamat dan PJ Green City, adalah sejajar dengan apa yang sedang dilaksanakan di peringkat global pada masa ini.

Terdapat kawasan perumahan di bandar tersebut yang mempunyai tempat meletak kereta di bahagian belakang premis mereka. Ini bertujuan agar sistem pejalan kaki dan kawasan hijau di tepian jalan dapat dibina dengan lebih luas dan berkesan sejajar dengan konsep bebas halangan, mengadakan stesen bas yang selesa, kehijauan bandar, bandar selamat dan menggalakkan konsep pembangunan Low Carbon City.

Terdapat banyak kawasan di Petaling Jaya yang harus di beri nafas baru di dalam pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk orang ramai. Kadar kesesakan jalan raya yang semakin meningkat dan pembangunan yang semakin padat memerlukan suatu bentuk blueprint diwujudkan bagi mengenal pasti apakah kaedah dan langkah yang perlu dilaksanakan di dalam Petaling Jaya bagi menghadapi krisis kepanasan global dan Green House Effect ini.

Pelaksanaan Strategi Pembangunan Guna Tanah Berorientasi Transit

Keresahan pengguna jalan raya berkaitan kesesakan lalu lintas di Petaling Jaya berlaku disebabkan ketidakseimbangan jumlah isi padu kenderaan yang tinggi berbanding ruang jalan dan bilangan lorong yang disediakan dipandang serius oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Lebih 51% persimpangan utama beroperasi pada tahap perkhidmatan ‘F’ pada waktu puncak. Pemilikan kenderaan persendirian yang tinggi 1:3.5 dan pergantungan tinggi iaitu melebihi 85% terhadap kenderaan persendirian menjadi punca masalah kesesakan lalu lintas.

Mesej DATUK BANDAR Petaling JayaDatin Paduka Alinah binti Ahmad

Page 3: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

03 KHAS BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

•Mengenalpastikawasanutamayangakan mewujudkan banyak aktiviti berhampiran kawasan perhentian sistem pengangkutan awam yang sibuk.

•Menggalakkanpembangunanberkepadatan tinggi berhampiran stesen / terminal sistem pengangkutan awam.

•Membinapusat-pusatkomunitiyanglengkap atau mengadakan kawasan keperluan komuniti.

•Merekabentukbangunandipersekitarandengan lebih berkonsepkan universal.

Terdapat kawasan perumahan di bandar tersebut yang mempunyai tempat meletak kereta di bahagian belakang premis mereka. Ini bertujuan agar sistem pejalan kaki dan kawasan hijau di tepian jalan dapat dibina dengan lebih luas dan berkesan sejajar dengan konsep bebas halangan, mengadakan stesen bas yang selesa, kehijauan bandar, bandar selamat dan menggalakkan konsep pembangunan Low Carbon City.

Di dalam menangani masalah aduan dan rungutan penduduk ke atas jalan raya yang dikorek oleh

agensi utiliti, Majlis akan melaksanakan dasar papan kenyataan bergerak (mobile electronic notice board) yang mana syarikat-syarikat utiliti seperti Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan lain-lain akan memaklumkan kepada orang ramai melalui papan kenyataan ini kerja-kerja yang sedang dijalankan supaya orang ramai boleh terus menghubungi syarikat utiliti ini.

Sektor Guna Tanah

Bagi tujuan perancangan pelan pengangkutan awam menjelang tahun 2025 sektor guna tanah (land use) memainkan peranan penting. Bagi mencapai pelaksanaan penggunaan yang berkesan beberapa perkara dikenal pasti :

Adakah kita harus adakan satu anjakan paradigma dalam merekabentuk semula lorong belakang?

PENAUNG : Datin Paduka Alinah binti Ahmad Datuk Bandar Petaling Jaya

PENASIHAT : Puasa bin Md. Taib Timbalan Datuk Bandar

Ahli Majlis Hj. Mohd Ghazali bin Daud Chan Chee Kong Tony Cheong Siew Thong

KETUA PENGARANG : Haniza binti Abdul HamidPENGARANG BERITA : Zainun binti ZakariaWARTAWAN : Nor Shalizawati binti Hj. Baharudin Muhamed Azmi bin Yusoff Ahmad Iskandar bin Mohamad Mukhtar Saidatulanirah binti Zakaria Mohamed Zuhaili Abu Bakar (Pelatih UKM)

JURU GAMBAR : Rusdi bin Mohammed Halik Intan Khairana binti Md. Zali Salimey bin Abu Bakar

MAKLUM BALAS DAN : Unit Perhubungan AwamCADANGAN HANTARKAN Majlis Bandaraya Petaling JayaKEPADA : 03-7956 3544 samb. 203 / 205 / 206 : 03-7958 2695

DATUK BANDAR : Datin Paduka Alinah binti AhmadTIMBALAN DATUK BANDAR : Puasa bin Md. TaibTIMBALAN SETIAUSAHA : Hj. Ahmat Mohaayen bin Hj. SaidPENGARAH PERBENDAHARAAN : Hjh. Sa’diyah binti KhasimanPENGARAH PERANCANGAN PEMBANGUNAN : Hjh. Sharipah Marhaini binti Syed AliPENGARAH KEJURUTERAAN : Ir. Hj. Cheremi bin Tarman

PENGARAH KESIHATAN PERSEKITARAN : Dr. Chithradavi a/p VadivelluPENGARAH PENILAIAN : Datin Sr. Amreeta Kaur a/p Pretham SinghPENGARAH KAWALAN BANGUNAN :HamidahbintiAriffinPENGARAH KEMASYARAKATAN : Aznan bin Hj. HassanPENGARAH PENGUATKUASA : Mohd Fauzi bin MaaropPENGARAH LANDSKAP : Zuraidah binti Sainan

PENGARAH UNDANG-UNDANG : Abd. Muttalib bin Mohd AliPENGARAH PERHUBUNGAN AWAM : Haniza binti Abdul HamidPENGARAH AUDIT DALAM : Hj. Ainul Adnan bin Abdul RahamanPENGARAH ADUAN AWAM : Tengku Zainuddin bin Tengku ZainudinKETUA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) : Lee Lih ShyanKETUA UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) : Nor Shabani binti Johari

PERKHIDMATAN ADUANAduan Melalui E-Mel - [email protected] 24 jam - 03-7954 2020 Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544 samb. 115/117

PERKHIDMATAN PELESENAN03–7960 4667 / 03-7956 6922

PERKHIDMATAN BAYARAN CUKAI TAKSIRAN03-7956 3544 samb. 102/103/106/109

PERKHIDMATAN BANDAR (KUTIPAN SAMPAH & PEMBERSIHAN KAWASAN) 03-7955 5473

PERKHIDMATAN KAWALAN VEKTOR DAN KESIHATAN AWAM 03-7955 2381

PERKHIDMATAN PENILAIAN DAN PINDAH MILIK HARTA 03-7954 5984 / 03-7954 5986

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR03-7958 4221

BAHAGIAN TENDER DAN KONTRAK03-7960 2817 / 03-7960 2819

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL03-7876 7399

PERKHIDMATAN TEMPAHAN DEWAN / BALAI RAYA / GELANGGANG SUKAN 03-7956 3544 samb. 148/158

PEMBANGUNAN SUKAN & KEMUDAHAN AM 03-7960 1219

PELANCONGAN, SUKAN BERPRESTASI TINGGI DAN KEBUDAYAAN 03-7957 1195

PEMBANGUNAN KOMUNITI, SOSIAL DAN BELIA03-7956 0206

PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA 03-7781 2775

PERPUSTAKAAN CAWANGAN TAMAN MEDAN03-7781 1484

PERPUSTAKAAN CAWANGAN KOTA DAMANSARA 03-6157 5420

MUZIUM PETALING JAYA 03-7954 8122

PERKHIDMATAN PERKUBURAN 03-7873 7895

PERKHIDMATAN KREMATORIUM 03-7873 7730

PROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 03-7956 3544 samb. 360

KELULUSAN PELAN BANGUNAN 03-7956 3544 samb. 260

PENGUATKUASAAN 03-7958 8085

TUNDA KENDERAAN 03-7956 3544 samb. 149

PERKHIDMATAN HIASAN / PERMIT MEMANCING03-7804 8907 / 8908

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN POKOK TEDUHAN 03-7804 8907 / 8908

PERHUBUNGAN AWAM 03-7956 3544 samb. 126/203

PERUNDANGAN 03-7958 6487 / 03-7957 5912

PERMOHONAN PELAN PEMBANGUNAN 03-7954 1725 / 03-7956 3544 samb. 400/401

URUSAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) DAN PERBADANAN PENGURUSAN (MC) 03-7960 1646 / 03-7960 2410

Pengurusan MBPJ

Direktori PERKHIDMATAN

Sidang REDAKSI

Datin Paduka Alinah binti Ahmad

Berita Petaling Jaya Diterbitkan Oleh : MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYAJalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | Tel : 03-7956 3544 | Faks : 03-7958 1494 | E-mel : [email protected] | Laman Sesawang : www.mbpj.gov.my | : pjcitycouncil | : pjcitycouncil

Page 4: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

BERITA 04BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Skim Rebat Cukai Taksiran Rumah Mesra Alam Hijau

JALAN YONG SHOOK LIN, 22 Feb – Selaras dengan visi menjadikan bandar raya Petaling Jaya sebuah bandar raya peneraju, dinamik dan lestari, pada tahun ini buat kali ke-3 berturut-turut MBPJ mengadakan Kempen Rebat Cukai Taksiran Rumah Mesra Alam Hijau.

Skim rebat cukai taksiran ini bertujuan mempromosikan gaya hidup penduduk yang mesra alam hijau ke arah menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah.

Rebat cukai taksiran ini ditawarkan kepada pemilik rumah yang telah mengambil inisiatif menjadikan bangunan kediaman mereka mesra alam hijau dari aspek tenaga, air, kepelbagaian biologi, pengurusan sisa buangan, pengangkutan dan inisiatif lain.

Pemilik individu yang layak akan menerima 100% rebat cukai taksiran ataupun RM500, mana yang lebih rendah dalam bentuk debit ke dalam akaun cukai mereka bagi tahun 2014.

Namun, inisiatif ini tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan daripada semua pihak antaranya para panel penilai, ahli pasukan petugas Low Carbon Green City of Petaling Jaya serta Urusetia Pusat Setempat (OSC) MBPJ.

Bagi tahun 2012, sebanyak 71 permohonan telah diterima berbanding dengan 49 permohonan pada tahun 2011.

Pada tahun 2012 juga, Majlis turut menerima sambutan memberangsangkan daripada pemilik rumah pangsa / kondominium sebanyak 12 permohonan berbanding hanya satu permohonan saja yang diterima pada tahun yang 2011.

Setelah dinilai, sebanyak enam permohonan didapati tidak layak menerima rebat pada tahun 2012 manakala seramai 15 orang pemilik akan menerima rebat 100%, iaitu peningkatan 13% berbanding dengan tahun 2011.

Dalam pada itu, sejumlah RM 20,159.25 telah dibayar berbanding dengan RM18,184.43 bagi tahun 2011. Pada tahun 2013, Majlis lebih memberi fokus kepada pemilik rumah pangsa / kondominium dan dijangka sambutan daripada mereka akan meningkat.

Ahli Majlis MBPJ, Khairul Anuar Ahmad Zainudin berkata, penyertaan skim ini adalah terbuka kepada semua pemilik kediaman sama ada yang pernah menyertai sebelum ini atau yang pertama

kali. Pada tahun ini juga, penilaian yang dibuat akan lebih menjurus kepada perubahan sikap pemilik kediaman hasil daripada penyertaan mereka yang terdahulu.

Menerusi skim rebat ini, diharapkan lebih ramai pemilik rumah kediaman akan memasukkan elemen mesra alam hijau dan mampan dalam kediaman mereka. Secara kolektif, usaha tersebut akan dapat memajukan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah. Pada tahun 2013 ini, bajet yang diperuntukkan bagi program ini telah meningkat sebanyak RM110,000 berbanding RM100,000 pada tahun lepas.

Komitmen Majlis untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah dapat dilihat melalui program-program yang telah diperkenalkan sebelum ini seperti meletak kereta percuma bagi kereta hybrid, pemasangan lampu LED secara percuma, pengumpulan minyak masak terpakai dan yang terbaru adalah projek perintis pengkomposan sisa organik di Pasar Jalan Othman, Seksyen 1, Petaling Jaya.

Walau bagaimanapun, usaha Majlis masih diteruskan lagi dengan program-program baru yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti menjalankan “retro-fitting” di Ibu Pejabat MBPJagar menjadi lebih cekap tenaga dan mesra alam.

Selain itu, Majlis turut merancang mengadakan kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi kajian pengurusan sisa buangan di Petaling Jaya serta mengadakan program green tour bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan cara hidup yang mampan yang terdapat di Petaling Jaya.

Sathiveloo a/l Kanniah salah seorang penerima rebat cukai 100% kategori pangsapuri.

Dari kiri : Ahli Majlis MBPJ, Hj. Mohd Ghazali Daud, Cynthia Gabriel, Richard Yeoh dan Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

Page 5: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

05 INFO BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Kaunter Bergerak

EZ-PAYMajlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka kaunter bergerak ez-pay bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang sepanjang bulan April ini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui perkhidmatan kaunter bergerak ini ialah pemeriksaan dan pembayaran cukai pintu, pembayaran kompaun dan semua jenis pembayaran bil Majlis.

Sinar HarianMasalah Kesesakan Dijangka SelesaiMasalah kesesakan penduduk di Damansara Damai pada waktu puncak dijangka selesai apabila laluan alternatif yang dicadangkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dijangka siap tidak lama lagi. Laluan alternatif ini dibuat dengan penambahan lorong untuk pergerakan susur keluar kenderaan ke arah Sungai Buloh atau Plaza Tol Sungai Buloh, Lebuhraya Baru Lembah Klang (SKVE). Langkah jangka panjang yang akan diambil adalah dengan membina dua laluan menghubungkan Damansara Damai dengan Kota Damansara serta Bandar Sri Damansara. Menurut penduduk, masalah kesesakan ini dialami oleh penduduk hampir 5 tahun lalu dan berjaya diselesaikan dengan langkah yang diambil oleh MBPJ.

Harian MetroMBPJ Lantik 150 Kontraktor BaruBagi menguruskan kerja kutipan sampah di Petaling Jaya, MBPJ telah melantik 150 kontraktor baru bagi membantu kerja kutipan dan pembersihan di lokasi terbabit. Pelantikan kontraktor ini melibatkan kutipan sisa pepejal di kawasan perumahan, premis kedai serta sampah kebun. Tiga bulan merupakan tempoh percubaan yang diberikan kepada kontraktor ini dan Majlis mempunyai kuasa untuk menamatkan tempoh kontraktor jika didapati mereka melanggar kerja seperti jadual yang ditetapkan.

Selangor TimesMBPJ To Take Over Flat ManagementMBPJwill takeover flatmanagement tohelpJointManagementBodies (JMB)to reduce the instances of vandalism and provide residents for a better living environment. The move comes after MBPJ had spent close to RM1.77 million to repair and maintain PPR Kota Damansara from 2010 to 2012. Repair works there included restoring and repairing 14 elevators, replacing staircase railing and repairing lights. MBPJ also will be instructing contractors to set up “mobile billboard”toresidentscaneasilyidentifythemshouldtheyneedtolodgecomplaint.

The StarBollards for Jalan 16/11Bollards will be installed along Jalan 16/11, Petaling Jaya and the left side of the U-turn ramp to discourage irresponsible motorists from parking indiscriminately and causing congestion during peak hours. Petaling Jaya City Council (MBPJ) engineer CheremiTarmansaidinstallingbollardswithreflectorswasoneoftheimmediatemeasurestoresolvethetrafficcongestioninthearea.Thisistoensuremotoristskeep to their lanes. “We will install the bollards in two week to defer errant motorists. ThebollardsaresimilartotheonesinJalanLapanganMerdeka53/18,”hesaid.Cheremi said the Engineering Department would also discuss other measures to easetraffic intheareawithhighwayconcessionaireSprint.“WeareconsideringadjustingthetimerforthetrafficlightsattheJalanDato’AbuBakarintersectionandevenafterthebollardswereinstalled,enforcementwouldstillbecarriedout.”

Tarikh Lokasi

8 hingga 14 April 2013 SS 6 (berhampiran Giant Kelana Jaya)

15 hingga 21 April 2013 SD 12/1 (berhampiran McDonald’s dan Mobil)

22 hingga 28 April 2013 PJU 10, Damansara Damai (berhampiran McDonald’s dan stesen minyak Shell)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-7956 3544 samb. 102

Kaunter bergerak ini akan berada di :

BERITA Akhbar TempatanSusunan Oleh : Mohamed Zuhaili Abu Bakar (Pelatih UKM)

Page 6: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

BERITA 06BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

JALAN OTHMAN, 18 Feb - Projek Perintis Pengkomposan Sisa Buangan Organik di Pasar Jalan Othman, Seksyen 1, Petaling Jaya merupakan usahasama antara MBPJ dan syarikat Shence Greentech Sdn. Bhd. yang berpengalaman melaksanakan projek yang sama di Pasar Bagan Ajam, Seberang Prai bersama Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 2 tahun dan lokasi yang dicadangkan ialah bersebelahan kebuk sampah pasar basah Jalan Othman, Petaling Jaya.

Selaras dengan hasrat menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah, menerusi pendekatan pengkomposan sisa buangan organik yang telah diproses akan dijadikan sebagai baja organik yang boleh digunakan untuk tujuan landskap dan kehijauan.

Pemilihan sisa buangan organik ini kerana ia merupakan sektor penyumbang terbesar pelepasan karbon dioksida di negara ini iaitu sebanyak 11% mengikut Laporan Komunikasi Kebangsaan Ke - 2, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Projek ini dijangka dapat membantu MBPJ menjimatkan kos pengurusan pasar sebanyak RM86,000 setahun ataupun RM172,000 dalam tempoh 2 tahun projek perintis ini dijalankan. Selain itu juga pelepasan karbon dioksida dijangka dapat dikurangkan sebanyak 3,158 tan setahun.

Pada masa kini kos pengurusan sisa di pasar yang ditanggung oleh MBPJ adalah sebanyak RM46,590 sebulan atau RM559,080 setahun. Dengan adanya projek ini kos pelupusan sisa dan kos servis kontraktor dapat dikurangkan.

Projek ini diharapkan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida oleh sisa buangan dan dapat membantu dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar, tapak pelupusan sampah, kewangan dan pengurusan Majlis.

Projek ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep 3R dan pengasingan sampah selain turut mengeratkan lagi semangat rakan perkongsian antara MBPJ, pihak swasta dan peniaga pasar.

Ahli Majlis, Cynthia Gabriel dan Lee Chin Cheh menuangkan sisa organik ke dalam mesin kitar semula.

PROJEK PERINTIS Pengkomposan Sisa Organik

Pusat Pengkomposan Sisa Buangan Organik di Pasar Jalan Othman.

Page 7: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

Inisiatif MBPJ ini mampu menarik penyertaan semua pihak khususnya syarikat-syarikat korporat, pelajar sekolah dan persatuan penduduk untuk bersama-sama menjayakan projek ini.

Semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Pembantu EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB. Lee Kim Sin menyifatkan projek perintis Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Kepada Biodiesel yang dijalankan oleh MBPJ kini mencapai kejayaan.

Ini kerana melaluinya “Syarikat-syarikat korporat perlu melibatkan diri dalam projek alam sekitar walaupun projek sebegini tidak memberi pulangan komersial. Tahniah diucapkan kepada syarikat Kris Biofuels Sdn. Bhd. dan Mammoth Empire Group kerana menyumbang dalamprojekini,”ujarbeliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Minyak Masak 2012 di Taman Rusa, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sebanyak 5,000kg minyak masak terpakai telah berjaya dikumpulkan pada tahun 2012 bermula April dan ini menampakkan kejayaan berbanding tahun 2011 yang hanya mencatatkan 2,500kg sahaja.

Pertandingan kitar semula minyak masak terpakai ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori sekolah yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Sri Kelana yang berjaya mengumpul sebanyak 849kg minyak masak membawa pulang hadiah penyamanudaradantrofi.

Kategori persatuan penduduk dimenangi Sahabat Komuniti Sg. Way yang berjaya mengumpulkan sebanyak 650kg minyak masak terpakai yang melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai RM1,000dantrofi.

Manakala kategori jabatan MBPJ dimenangi Jabatan Kesihatan Persekitaran yang juga urusetia pertandingan dengan mengumpulkan 277 kg memenangi hadiah televisyen LED32incidantrofi.

Untuk mengawal pihak yang bertanggungjawab mengumpul minyak masak terpakai, MBPJ akan mengeluarkan garis panduan syarat-syarat syarikat yang dibenarkan mengumpul minyak masak terpakai yang dijangkakan akan dikeluarkan

pada bulan Mac atau April dan juga menguatkuasakan antipenggunaan minyak masak secara berulang kali dengan menggunakan peralatan digital mengukur kualiti.

Syarikat Kris Biofuels Sdn. Bhd yang merupakan rakan usahasama MBPJ yang diberi kuasa untuk mengutip minyak masak terpakai di Petaling Jaya akan memproses minyak masak terpakai ini untuk dijadikan biodiesel yang akan digunakan sebagai bahan api kenderaan mereka.

07 BERITA BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Projek Perintis Kitar Semula Minyak Masak Dapat Sambutan

YB. Lee Kim Sin (empat dari kiri) melancarkan Kempen Kitar Semula Minyak Masak 2013.

JALAN YONG SHOOK LIN, 7 Feb – Kempen kitar semula minyak masak mampu menyumbang kepada alam sekitar dengan mengurangkan pencemaran sungai, sistem kumbahan dan longkang tersumbat akibat pembuangan sisa dan juga dapat mengawal industri haram memproses minyak masak menjadi minyak masak jenama murah.

Dialog Bersama

JALAN YONG SHOOK LIN, 1 Mac – EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, YB. Ronnie Liu Tian Khiew menjelajah seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bertemu pemimpin-pemimpin komuniti.

Tujuannya untuk merapatkan lagi hubungan di samping menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dengan cara yang lebih berkesan dengan kehadiran pihak-pihak yang berkepentingan.

Lebih 50 pemimpin persatuan penduduk dan badan bukan kerajaan mengambil peluang ini hadir ke Dewan Banquet MBPJ dalam sesi dialog untuk membincangkan permasalahan setempat.

Antara topik hangat yang menjadi perbincangan ialah berkaitan dengan infrastruktur, penyelenggaraan dan perkhidmatan bandar.

Pertemuan hampir empat jam ini digunakan sepenuhnya oleh pihak yang terlibat terutama kerajaan negeri dan MBPJ untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat di Petaling Jaya.

Ini kerana masyarakat peringkat akar umbi merupakan pihak terakhir dalam proses penyaluran perkhidmatan PBT dan merupakan pengguna yang mendapat manfaat daripada servis yang diberikan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB. Hee Loy Sian, Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md. Taib dan para ketua jabatan turut hadir dalam usaha menyelesaikan masalah dan juga menangani ketidakpuasan hati penduduk.

Pemimpin Komuniti

YB. Ronnie (tengah) dibantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB. Hee Loy Sian dan Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md. Taib menjawab segala permasalahan.

Page 8: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

Ikut Kemampuan RakyatRumah Mampu Milik Sutera Damansara

Rumah yang berkeluasan antara 808 hingga 830 kaki persegi dengan tiga bilik dan dua bilik air akan dijual dengan harga RM89,000 lengkap dengan kemudahan dewan serbaguna, surau, tadika, pejabat pengurusan, rumah sampah, parkir bertingkat dan juga kebun komuniti.

Majlis pecah tanah tapak projek telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang turut dihadiri EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB. Ir. Iskandar Abdul Samad, EXCO Pelancongan, Hal

Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, YB. Elizabeth Wong dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Rumah Mampu Milik Sutera Damansara ini merupakan projek usahasama antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Semponia Sdn. Bhd. dan Country Wheel Sdn. Bhd. manakala OSK Property Holdings Berhad sebagai pengurus projek.

Sebanyak 236 unit bakal ditawarkan kepada orang ramai yang memenuhi syarat-syarat

seperti berpendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM5,000, tidak mempunyai sebarang rumah di Selangor, rumah yang akan dibeli bertujuan untuk didiami bukan disewa dan mesti berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Pembinaan rumah mampu milik ini adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat selain menjaga dan memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

BERITA 08BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Projek yang menelan kos sebanyak RM178 juta yang akan dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan jangkaan siap blok pertama pada Disember 2015.

“Ia merupakan satu-satunya projek kompleks kediaman bersepadu seumpamanya di Selangor. Selain memenuhi standard antarabangsa dengan reka bina yang bertaraf dunia, ia bakal memberi kemudahan kepada pekerja dengan penyediaan jejantasdanlaluanberbumbungsertatambahan1,500tempatletakkereta,”ujarPengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Menteri Besar Selangor memuji usahasama agensi kerajaan pusat iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang membolehkan kerajaan negeri membeli tanah tersebut untuk dibangunkan asrama.

“Ini satu contoh hubungan kerajaan negeri dengan MIDA dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelabur ke Selangor,” ujar Dato’ Menteri Besar semasasidang media.

Pembinaan asrama ini juga atas keprihatinan syarikat Western Digital Malaysia Sdn. Bhd. membantu menyediakan kemudahan kediaman pekerja tempatan dan asing yang memberi impak besar mempromosikan Selangor sebagai pusat pelaburan terunggul di Selangor.Dengan pembinaan asrama ini pekerja-pekerja Western Digital dan industri sekitar akan mendapat manfaat kediaman dengan kemudahan yang lengkap.

Turut hadir EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri Selangor, YB. Teresa Kok dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Kompleks Kediaman Pekerja Industri

Bakal Dibina

SG. BULOH, 14 Mac - Rumah Mampu Milik Sutera Damansara yang bakal dibina di Sg. Buloh, Selangor adalah berdasarkan kemampuan rakyat yang menginginkan kediaman selesa di dalam lingkungan kemampuan.

Sebanyak 236 unit bakal ditawarkan kepada yang layak.

KELANA JAYA, 26 Feb – Kompleks kediaman pekerja industri yang mampu menempatkan seramai 10,000 pekerja industri di Selangor bakal dibina di SS8/6, Kelana Jaya. Majlis pecah tanah pembinaan kompleks 3 blok kediaman 9 tingkat ini telah disempurnakan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Page 9: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

KOTA DAMANSARA - Nasib penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang sering digembar-gemburkan diabai pihak MBPJ adalah kurang tepat memandangkan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaik taraf kehidupan dan memberi keselesaan kepada mereka.

Buktinya pada 2010, Jabatan Kejuruteraan MBPJ telah membelanjakan sebanyak RM400,000.00 bagi tujuan pembaikan 2 unit lif bagi setiap blok di PPR Kota Damansara. Namun apa yang mendukacitakan belum sampai tempoh 1 minggu selepas pembaikan tersebut, iaitu lif dalam tindakan mendapatkan kelulusan serta sijil daripada Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja (JKKP) untuk dibenarkan beroperasi, telah berlaku kejadian kecurian ke atas komponen lif yang baru diganti tersebut.

Pada tahun 2012, 12 unit lif di PPR Kota Damansara telah ditukar keseluruhan komponen dengan jumlah kos penggantian sebanyak RM1,171,963.00. Kesemua lif telah diperiksa dan mendapat sijil penggunaan daripada JKKP pada Mei 2012. Jabatan Kejuruteraan MBPJ juga telah membelanjakan sebanyak RM197,600.00 bagi penggantian pam air baru di PPR tersebut.

Tempoh 1 Mei 2011 hingga 30 April 2011 pihak Majlis telah melantik Pengurus Harta (Tetuan Nilsham Resources) di tapak bagi menjaga harta-harta Majlis di PPR Kota Damansara. Pengurus Harta bertanggungjawab penuh untuk menjaga semua peralatan di PPR Kota Damansara daripada vandalisme, dicuri dan kerosakan peralatan yang disebabkan unsur tersebut adalah merupakan tanggungjawab Pengurus Harta untuk mengganti atau memperbaiki kerosakan tersebut. Walau bagaimanapun kakitangan Majlis setiap hari mengadakan rondaan di kawasan PPR Kota Damansara bagi memantau kerja-kerja Pengurus Harta di tapak.

Memang tidak dapat dinafikan kebanyakanperalatan di PPR Kota Damansara telah rosak, hilang dan tidak berfungsi. Ini berlaku disebabkan oleh aktiviti vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan mencuri serta menjual, misalnya besi penghadang tangga. Kerja-kerja pembaikan dan penggantian besi penghadang tangga pernah dilakukan oleh pihak Majlis pada tahun 2010 tetapi kejadian yang sama tetap berulang. MBPJ dalam tindakan menggantikan besi

penghadang tangga tersebut kepada jenis PVC atau konkrit yang merupakan jalan penyelesaian bagi mengelakkan kejadian vandalisme berulang.

Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, MBPJ akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan PPR Kota Damansara dan PPR Taman Damai Putra, Lembah Subang mulai 1 Mei 2013. Bagi kemudahan penduduk juga, MBPJ akan menyediakan kemudahan seperti kaunter bergerak yang dibuka pada hari Rabu setiap minggu dan kaunter bergerak bulanan dibuka pada setiap Ahad minggu pertama setiap bulan untuk kemudahan penyewa PPR di kawasan membuat pembayaran dan sebagainya.

MBPJ amat mengharapkan penglibatan serta bantuan dari Kerajaan Negeri terutamanya dari segi kewangan bagi membaik pulih PPR Kota Damansara yang terlalu daif.

Majlis juga memohon penduduk bersama-sama mengambil bahagian dalam menjaga dan memastikan peralatan dan harta-harta awam tidak dicerobohi dan dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama dan sikap bertanggungjawab penduduk akan mewujudkan keadaan PPR yang ceria, selesa, aman dan harmoni tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

09 BERITA BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

MBPJ Prihatin Kebajikan Penduduk PPR Kota Damansara

Bilik motor lif yang menjadi mangsa vandalisme.

Kesan vandalisme yang menyusahkan penduduk sendiri. Lif yang telah dibaiki untuk kegunaan penduduk.

Page 10: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

BERITA 10BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

K.A.S.I.HDekati Remaja

Kehadiran penceramah bebas Imam Muda Hassan Adli dan artis jemputan Heliza Helmi yang menjadi ikon muslimah masa kini menggalakkan lagi semangat untuk golongan ini bersama-sama hadir ke majlis ilmu ini. Seramai 300 orang peserta telah menyertai program ini yang telah diadakan di Dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz.

Klinik bacaan surah al-Fatihah, pertandingan azan kategori remaja lelaki dan pertandingan nasyid kategori remaja selain mini konsert zikir oleh Ustaz Zulkarnain Hamzah dan Ustaz Shazly Al Wadi

bekas kumpulan nasyid Wadi L-Jadid menjadi antara pengisian program ini.

Penganjuran pertandingan nasyid remaja mendapat sambutan yang menggalakkan yang mana tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Janatul Firdaus yang membawa pulang wang tunai RM800, hamper dan sijil penyertaan manakala johan pertandingan azan dimenangi oleh adik Abdullah Huzafaf bin A. Fauzi dan membawa pulang wang tunai RM300, hamper dan sijil penyertaan.

Penganjuran program seumpama ini seharusnya dapat diteruskan lagi di masa akan datang yang sekaligus memberi ruang kepada golongan remaja untuk menghadiri majlis ilmu. Ahli Majlis MBPJ, Ahmad Akhir Pawan Chik dan Norliana Mohamad telah hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

SEKSYEN 3, 23 Feb – Penganjuran Program Kemasyarakatan dan Kerohanian Remaja sempena Maulidur Rasul 1434H yang bertemakan “Nabi Muhammad S.A.W., Kau Sumber Inspirasi Hatiku @ Hidupku’ (K.A.S.I.H)” bertujuan untuk menyuntik semangat golongan remaja mencontohi kepimpinan dan keperibadian agung Rasulullah S.A.W. di dalam menjalani kehidupan seharian di samping meningkatkan keberanian dan kebolehan para remaja.

Ustaz Shazly Al Wadi bekas kumpulan nasyid Wadi L-Jadid menjadi antara pengisian program ini.

Menariknya sambutan pada tahun ini disambut serentak dengan Chap Goh Meh. Sambutan ini merupakan anjuran kali ke-11 oleh MBPJ di bawah prinsip usahasama Local Agenda 21 Petaling Jaya yang bertujuan untuk mengeratkan integrasi sosial dan merapatkan perhubungan antara lapisan masyarakat majmuk, golongan warga kanan dan kanak-kanak, wanita dan remaja dan golongan kelainan upaya. Sambutan tahun ini ditunjangi oleh Ahli Majlis, Tiew Way Keng, selaku pengerusi penganjur dengan kerjasama daripada Ahli-ahli Majlis lain, Chempaka Buddhist Lodge, Persatuan Penduduk Aman Suria, Rukun Tetangga Kg. Chempaka, Rukun Tetangga SS2B, Persatuan Penduduk Seksyen 19, Persatuan Penduduk SS2 Selatan dan organisasi lain.

Majlis turut diserikan lagi dengan pelbagai acara termasuk

persembahan pentas, cabutan bertuah dengan tawaran sebanyak 100 hadiah termasuk komputer tablet, televisyen dan kupon meletak kereta secara percuma, peraduan kaligrafi dan peraduan teka-teki.

Di majlis yang sama juga, pameran hijau yang memaparkan inisiatif hijau berkarbon rendah MBPJ serta program untuk penyertaan awam seperti skim rebat cukai taksiran, insentif kereta hybrid, pemasangan lampu LED di lorong belakang rumah turut diadakan.

Selain daripada itu, salah satu acara kemuncak majlis selaras dengan tujuan Chap Goh Meh yang dilabelkan sebagai Hari Kekasih bagi kaum Cina terutamanya bagi golongan muda-mudi adalah balingan oren ke dalam tasik oleh gadis dan pungutan buah tersebut oleh kaum lelaki bagi tujuan suai kenal dan berinteraksi.

Sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh MehPeringkat Petaling Jaya

SEKSYEN 10, 24 Feb - Tasik Taman Jaya telah dibanjiri oleh 2,000 orang pengunjung bagi memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh MBPJ 2013.

Majlis dihadiri YB. Ronnie Liu Tian Khiew, EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Tidak ketinggalan barisan Ahli Parlimen dan ADUN Petaling Jaya, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad, Ahli-ahli Majlis dan pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

YB. Ronnie menggaul “Yee Sang” bersama Timbalan Datuk Bandar dan Ahli-ahli Majlis MBPJ.

Page 11: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

11 TURUN PADANG BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

“Kita mohon supaya MBPJ dapat menaik taraf taman dengan memasang lampu untuk mencahayakan kawasan ini kerana bimbang menjadi tempat penagih dadah dan aktiviti jenayah lain kerana taman ini menjadi tempat permainan kanak-kanak perumahan berhampiran,” ujarPengerusi Rukun Tetangga SS25, Mazlan Abdullah yang turut serta.

Tambah beliau lagi taman yang dimaksudkan adalah bersebelahan Balai Raya Tamera di SS24 yang menjadi pusat aktiviti penduduk.

Tinjauan bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7 ini turut menyuarakan supaya dibina satu jalan pintas untuk menyambungkan Jalan SS25/10 dan Jalan SS26/2 yang menghubungkan kawasan perumahan dan industri bersebelahan.

Program turun padang pada hari ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah kecil yang dapat diselesaikan dalam masa yang singkat oleh jabatan yang berkaitan misalnya masalah longkang dan kebersihan kata Cynthia Gabriel.

Program turun padang bersama Ahli Majlis kawasan merupakan pendekatan baru yang dilaksanakan oleh MBPJ untuk mendekati penduduk dan sekaligus memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Kerjasama dari penduduk sangat diharapkan supaya program seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi. Unit Aduan Awam telah dipertanggungjawabkan sebagai urusetia dengan kerjasama dari jabatan lain iaitu Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap dan Kehijauan Bandar.

Menurut beliau sampah tersebut bukannya dihasilkan oleh pasar berkenaan kerana pembersihan oleh kontraktor bertanggungjawab dilakukan sebaik sahaja operasi pasar berakhir. Sampah berkenaan dibuang oleh peniaga dari kawasan lain terutama pada waktu tengah malam.

“Hasil tinjauan kita pada hari ini, berharap supaya pihak MBPJ boleh menaik taraf kebuk sampah bagi kemudahan khususnya peniaga pasar ini dan juga menyelenggara longkang yang rosak dan dipenuhi dengansampah,”ujarTonyCheong.

Selain masalah sampah, beliau bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB. Tony Pua Kiam Wee turut meninjau masalah jalan berlubang di Jalan SS2/74 berhampiran SS Two Mall yang memerlukan pembaikan segera kerana jalan tersebut kadar alirantrafiknyatinggi.

“Kita sering menerima aduan penduduk mengenai masalah jalan ini dan berharap supaya MBPJ dapat membantu menyelesaikan masalahinisecepatmungkin,”kataYB. Tony Pua.

SS2, 6 Mac – Masalah longgokan sampah berhampiran pasar SS2, Petaling Jaya telah dikenal pasti hasil daripada turun padang bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ dan Ahli Majlis kawasan, Tony Cheong Siew Thong baru-baru ini.

SS24, 14 Mac – Ahli Majlis Zon 7, Cynthia Gabriel turun padang ke SS24 untuk melihat isu-isu yang memerlukan tindakan segera oleh pihak MBPJ.

Ahli Majlis Zon 7 Dekati Rakyat, Selesai Masalah

Ahli Majlis Zon 17 Tinjau Aduan RakyatPJS 2, 28 Feb – Prihatin terhadap aduan rakyat, Ahli Majlis Zon 17, Mahharul Ismail turun padang bersama-sama Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Unit Aduan Awam, MBPJ meninjau masalah yang sering dibangkitkan di kawasan perkhidmatan beliau.

Ahli Majlis Zon 8 Tumpu Isu Kebersihan

Menurut beliau, “Saya ingin mengenal pasti aduan yang berulang dapat diatasi dengan segera khususnya penyelesaian konkrit terutamanya sampah dan langkah-langkah segera yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Jelasnya lagi, masalah longgokan sampah di Jalan PJS1/21A, PJS2/1 dan PJS2D/8 juga antara isu yang sangat kritikal dan perlu ditangani dengan segera. Masalah sampah di Jalan PJS2D/8 berpunca daripada sikap peniaga pasar pagi dan malam yang mengambil jalan mudah membuang sampah di kaki lima jalan.

Kebuk sampah yang disediakan telah disalahgunakan dengan membina surau untuk kegunaan peniaga yang hanya digunakan apabila pasar beroperasi empat kali seminggu. Surau sedia ada terletak hanya 400 meter dari kawasan pasar.

Manakala di PJS2/1 berhampiran Apartmen Taman Medan Jaya lain pula masalahnya iaitu masalah sistem perparitan yang tidak disediakan oleh kontraktor yang menambak lombong berhampiran menyebabkan kawasan perumahan tersebut sering berlaku limpahan air hujan. Kawasan lapang

berhampiran juga telah menjadi seperti kawasan paya dan dihuni haiwan berbisa seperti ular sawa.

Beliau menyambut baik pendekatan turun padang yang diarahkan oleh Datuk Bandar untuk mengenal pasti isu-isu berbangkit terutama isu-isu berulang yang masih tiada penyelesaian. “Kita akan mengadakan perbincangan lanjut dengan semua pihak yang terlibat untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi,”kataMahharulIsmail.

Mazlan Abdullah menerangkan sesuatu kepada pegawai MBPJ.

YB. Tony Pua turut serta turun padang menangani permasalahan di kawasan beliau.

Ahli Majlis Zon 17 Tinjau Aduan Rakyat.

Page 12: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

INFO 12BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Kadar Harga Penyewaan Dewan Sivik

BILIK SYARAHAN

CAGARAN RM500.00 SEWA RM500.00 (sekali guna) ELEKTRIK RM150.00 (Tetap) KEBERSIHAN RM250.00(Profit) SISTEM P.A. 3 MIKROFON RM350.00 (Sekali guna)

AUDITORIUM

Majlis Yang Bermotifkan Keuntungan

CAGARAN RM1,000.00 SEWA RM1,500.00 (2 jam pertama) RM600.00 (1 jam berikutnya) PERSIAPAN (1jam) RM400.00 (Tanpa hawa dingin) RM600.00 (Hawa dingin) RAPTAI (1jam) RM400.00 (Tanpa hawa dingin) RM600.00 (Hawa dingin) ELEKTRIK RM150.00 (Tetap) KEBERSIHAN RM250.00 (Tetap) SISTEM P.A. RM350.00 (3 unit mikrofon) TAMBAHAN MIKROFON RM50.00 / unit

Tambahan

KERUSI BANQUET RM6.00 / unit SETTE RM25.00 / unit MEJA BULAT RM10.00 / unit MEJA 3’ X 6’ RM5.00 KARPET MERAH RM150.00 (Sekali guna) ROSTRUM RM50.00 / unit BILIK TETAMU RM200.00 (Sekali guna)

DEWAN BANQUET

CAGARAN RM2,000.00 SEWA (1 Sesi) RM5,000.00 (Hawa dingin) MASA TAMBAHAN (1 Jam) RM1,000.00 PERSIAPAN (1Jam) RM600.00 (Hawa dingin) RM300.00 (Tanpa hawa dingin) PROJEKTOR RM400.00 (Seunit / sekali guna)

Kemudahan-kemudahan Yang Disediakan

KERUSI BANQUET 500 unit MEJA BULAT 50 unit MIKROFON 2 unit SISTEM P.A. 1 unit

Tambahan

KERUSI BANQUET RM6.00 / unit MEJA BULAT RM10.00 / unit MIKROFON RM50.00 / unit

• Maksima tambahan untuk 300 tetamu sahaja.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Bahagian Pembangunan Sukan dan Kemudahan Am Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Tingkat 7, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-7960 1216 Faks : 03-7960 1218

TABUNG WARISAN ANAK SELANGORYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park Cityi-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5521 8740 / 03-5521 8741Faks : 03-5521 8742 / 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMASRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455E-mel : [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPTPejabat Setiausaha Kerajaan SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7385 / 03-5521 2275Faks : 03-5510 4095/ 03-5511 0659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd.Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3 Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5518 7735 Faks : 03-5518 7736E-mel : [email protected] web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri SelangorTingkat 5, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7306 / 03-5512 3618Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 / 03-5544 7622Faks : 03-5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Bhd.Tingkat 16-17, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999Faks : 03-5510 9977E-mel : [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor A23, Pusat Perniagaan Jubli 20Jalan Singa J20/J, Seksyen 2040300 Shah Alam, SelangorTel : 03-5541 3616 Faks : 03-5541 3617Laman web : www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan SelangorTingkat 2, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7104 / 03-5519 1692/ 03-5521 2312Faks : 03-5510 5829Laman web : www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7480 / 03-5544 7481 / 03-5544 7391Blog : tuisyenrakyat.blogspot.com

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Page 13: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

13 KOMUNITI BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

ADUN Seri Setia, YB. Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan taklimat kepada penduduk.

Perjumpaan Ahli Majlis Zon 23 CAPAI SASARAN

KELANA JAYA, 16 Mac - Perjumpaan Penduduk Jalan SS 8/8 bersama Ahli Majlis Zon 23, Azri Mohamad Arish mencapai sasaran dengan kerjasama semua pihak seperti Polis DiRaja Malaysia, MBPJ dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 23 sendiri.

Perjumpaan bersemuka sebegini ternyata berkesan menangani aduan penduduk dengan tindakan menambah baik misalnya tindakan menurap jalan yang baru di Jalan SS 8/8, mencantas dahan-dahan pokok yang telah menghampiri kediaman penduduk-penduduk dan beberapa lagi perkara yang sedang dalam tindakan oleh pihak Majlis.

Program yang berlangsung seawal pagi ini dimulakan dengan dialog berkaitan isu jenayah dan keselamatan penduduk bersama Cif Inspektor TuanQafie,KetuaBalaiPolisSungaiWay.

Program ini dihadiri ADUN Seri Setia, YB. Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Kelana Jaya, YB. Gwo-Burne Loh dan Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan SS 8/8 Kelana Jaya, Mohd Rosdi.

Peluang ini dimanfaatkan MBPJ dengan sesi penerangan aktiviti Pasukan Petugas Bandaraya Berkarbon Rendah oleh Ketua Unit Pusat Setempat, Lee Lih Shyan dan aktiviti Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya oleh Penolong Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Mohammad Faizal Mustaffa.

Selesai sahaja majlis dialog, penduduk bersama-sama mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan dengan peralatan sokongan dan tenaga pembersihan dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ.

Ahli Majlis Zon 23, Azri Mohamad Arish meluahkan tekad beliau akan terus berusaha bersama-sama mengatasi masalah-masalah yang dibangkitkan oleh penduduk di situ. Cuma berharap penduduk di situ bersabar dengan tempoh tindakan dari pihak MBPJ.

Di samping itu, program ini turut menampilkan selebriti popular seperti Ali XPDC, Man Raja Lawak, Rahim Kidol, Imam Muda Nuri Ali bin Arbain, Waheeda, Yatt Hamzah dan Ustaz Syed Norhisyam sebagai ikon dakwah selain menjalin hubungan erat antara selebriti dan pengunjung.

Penampilan Ustaz Akil Hayy juga turut ditunggu-tunggu oleh para pengunjung dalam memberikan santapan rohani mengenai kecintaan terhadap Rasullulah S.A.W. Para pengunjung berpeluang menyelami perjalanan perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan syiar Islam.

Hadir sama YB. Senator Syed Shahir Syed Mohamud dan YB. Tuan Gwo Burne Loh, Ahli Parlimen Kelana Jaya.

BANDAR SUNWAY, 23 Mac – Hampir 1000 orang telah membanjiri perkarangan Masjid Al Husna, Bandar Sunway sempena Program Santai Pemuda Masjid anjuran Ahli Majlis MBPJ Zon 24, Azman Yusof. Program yang diadakan bertujuan menyebarkan dakwah dan berhibur mengikut cara Islam ini turut menjadi platform untuk menarik minat remaja mendekati masjid.

Santai Pemuda Masjid

Page 14: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

SEPANG, 15-17 Mac – Kem Kesedaran Alam Sekitar sekali lagi dilaksanakan dengan modul ekosistem pinggir pantai dan paya bakau. Hutan bakau biasanya boleh dijumpai di kawasan tropika terutamanya di pantai berlumpur dan muara sungai. Walaupun ia hanya meliputi kawasan yang kecil, tetapi ia mempunyai peranan yang penting dari segi perikanan dan penghasilan kayu. Malaysia mempunyai kawasan hutan bakau seluas 6,400km persegi.

Di Semenanjung Malaysia, sebahagian besar daripadanya terdapat di pantai barat di mana ianya terlindung daripada tindakan ombak dan arus kuat jika dibandingkan dengan kawasan pantai timur.

Menerusi kem ini peserta terdiri daripada pelajar sekolah telah diberi pendedahan tentang isu semasa alam sekitar khususnya ekosistem pinggir pantai serta kaedah-kaedah kerja lapangan yang boleh dilakukan di pinggir pantai. Di samping itu juga dapat melahirkan rasa cinta

kepada alam sekitar dan menanam kesedaran yang mendalam di kalangan peserta betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.

Peserta kali ini terdiri daripada 20 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Damansara Utama, 20 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Damai dan 4 orang guru pengiring. Aktiviti yang dijalankan termasuklah sukan alam sekitar, senaman pagi, jalan malam di pesisir pantai, rintis paya bakau, kitar semula, taklimat keselamatan dan lain-lain.

KOMUNITI 14BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

TAPAH, PERAK, 22 – 24 Feb - Hutan Hujan Tropika merupakan habitat bagifloradan faunayangsukakan iklimpanasdan lembapsepanjangtahun melebihi 2,000 mm setahun. Hutan-hutan di Malaysia adalah hutan tropika yang tebal dan berusia jutaan tahun. Struktur hutan hujan tropika ini berlapis-lapis, seolah-olah seperti satu bumbung yang terdiri daripada dahan-dahan dan daun-daun pokok yang bersambungan yang dinamakan kanopi atau silara.

Terdapat juga pohon-pohon yang lebih tinggi dan menjulur ke atas. Pokok-pokok ini dipanggil renjong (emergent). Di bahagian bawah kanopi, kita menjumpai lapisan tunas-tunas pokok-pokok pisang, lengkuas hutan dan pokok bakau. Di atas permukaan bumi pula terdapat lapisan pokok paku-pakis, lengkuas hutan dan tumbuhan herba.

Penganjuran Kem Kesedaran Alam Sekitar anjuran MBPJ merupakan usaha untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada kanak-kanak dan remaja terhadap alamfizikaldanbiologi,khususnyadalamekosistemhutanhujantropikanegarakitadisampingmemerhatidanmengenalifloradanfaunahutan.Seramai30oranganak-anakkakitangan telah menyertai kem ini yang diadakan di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem ini antaranya ialah taklimat keselamatan, senaman pagi, merentas hutan, kitar semula, acara alam sekitar dan lain-lain.

Hutan Hujan Tropika

Kem Kesedaran Alam Sekitar

Peserta mendengar taklimat yang disampaikan pihak penganjur.

Para pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan untuk menambahkan pengetahuan mereka.

Hutan Paya Bakau

Page 15: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H 15 BERITA

Kemudahan OKU DipertingkatkanTAMAN MEDAN, 2 Feb – Pelbagai kemudahan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) kini mampu memberi peluang untuk golongan ini menikmati kehidupan seharian yang lebih baik dengan pelbagai akses yang disediakan.

Jika dahulu kebanyakan mereka susah untuk keluar rumah kerana kurang kemudahan, kini suatu perkembangan positif dan mereka sudah mampu berhubung dengan masyarakat luar.

Penyediaan van transit OKU, laluan tac tiles mesra OKU penglihatan, tempat letak kereta berbumbung antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MBPJ.

ADUN Taman Medan, YB. Haniza Mohamed Talha turut tidak ketinggalan mengambil inisiatif membina tempat letak kereta berbumbung dan ramp untuk OKU di pusat khidmat beliau dengan kerjasama MBPJ. Pembinaan kemudahan ini untuk menjadikan pusat khidmat rakyat DUN Taman Medan mesra OKU, menyalurkan bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan, membina hubungan baik dengan penduduk setempat dan memperkenalkan program Sejahtera Komuniti (SEJATI) kepada masyarakat. Laluan khas ini telah dirasmikan EXCO Kebajikan, Kebudayaan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor, YB. Rodziah Ismail.

Kemudahan ini dibina dengan peruntukan Ahli Majlis Zon 13, Anthony Sivabalan a/l Thanasayan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal OKU, MBPJ. Seramai 60 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada OKU, ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan telah menerima bantuan berupa kerusi roda, makanan, lampin pakai buang dan cermin mata yang disumbangkan ADUN Taman Medan.

Setakat ini, MBPJ telah membina sebanyak lima tempat letak kereta berbumbung untuk OKU di Petaling Jaya iaitu di Ibu Pejabat MBPJ, Stadium Hoki, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Hospital Veterinar Gasing dan terbaru di Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan ini.

Salah seorang OKU mencuba kemudahan yang disediakan sambil diperhatikan YB. Rodziah Ismail (kiri) dan YB. Haniza Mohamed Talha.

Page 16: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

ADUAN@MBPJ 16BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Masalah Bau Dipandang SeriusSEKSYEN 19, 21 Mac – Masalah takungan air berbau di tapak projek kedai pejabat tiga tingkat terbengkalai berhampiran PangsapuriDamansara Bistari, Seksyen 19 Petaling Jaya akan berakhir tidak lama lagi dengan jaminan pihak Indah Water Konsortium (IWK) akan membaiki paip kumbahan yang pecah.

Paip kumbahan yang pecah menyalurkan sisa kumbahan ke

dalam kawasan takungan air yang terjadi akibat pengorekan tapak projek oleh syarikat Ivory Panorama Sdn. Bhd. yang terbengkalai menyebabkan masalah bau busuk.

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang melawat tapak projek bersama Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ memaklumkan bahawa masalah ini akan

diselesaikan oleh IWK dan kos akan ditanggung oleh pemilik projek.

“Kerja-kerja pembaikan ini memerlukan sedikit masa dan diharapkan penduduk dapat bersabar kerana ia akan diselesaikan pihak IWK yang telah memeriksa masalah sisa kumbahan yang memasuki kawasan tersebut,” jelaswakil SPAN, Shamsul Asri berhubung aduan pencemaran bau kolam

tersebut. Pihak IWK kini sedang giat menjejaki pemilik projek yang terlibat untuk dipertanggungjawabkan terhadap masalah ini.

Bendahari Persatuan Penduduk Pangsapuri Damansara Bistari, Shaari Othman yang ditemui berkata, pihak penduduk berterima kasih kepada pihak berwajib yang membantu menyelesaikan masalah ini yang sudah sekian lama berlarutan.

PETALING JAYA - Tugas Pasukan Bertindak Cepat (QRT) yang ditubuhkan MBPJ untuk menangani aduan di Petaling Jaya kian mencabar dengan harapan tinggi yang disandarkan penduduk terhadap perkhidmatan MBPJ.

Bulan Mac 2013 merupakan saat mencabar unit pokok tumbang yang mencatatkan jumlah bencana pokok tumbang yang meningkat mendadak berikutan jumlah curahan hujan yang tinggi dicatatkan di Petaling Jaya.

Sepanjang bulan tersebut sebanyak 61 kes pokok tumbang telah dicatatkan yang memerlukan tindakan pantas unit tersebut.

Tindakan pemotongan dan pembersihan pokok tumbang yang kritikal melibatkan 12 orang kakitangan, terutama yang melibatkan keselamatan orang ramai di kawasan perumahan dan jalan raya perlu ditangani dengan segera dan aduan-aduan lain akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

“Unit Aduan amat berterima kasih dengan adanya bantuan agensi lain seperti bomba, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Landskap dan Kehijauan Bandar MBPJ kita berjayamenghadapimasalah tersebut,” ujar Pengarah Aduan AwamMBPJ, Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin.

Untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kita bercadang supaya dapat menubuhkan satu lagi pasukan QRT dengan peralatan lengkap, bersesuaian dan mencukupi untuk menghadapi bencana dan aduan-aduan kritikal, tambah beliau lagi.

Selain kerja-kerja kecemasan, QRT MBPJ juga akan membantu menangani aduan berkenaan cantasan pokok di seluruh Petaling Jaya terutama dahan yang menghalang papan tanda jalan, lampu jalan dan sebagainya.

Kakitangan QRT sedang memotong pokok akibat bencana ribut.

Cabaran MBPJ Menangani Bencana

Takungan air yang mengeluarkan bau busuk yang mengganggu penduduk. Pegawai SPAN, Shamsul Asri memberi penerangan kepada Shaari Othman.

Page 17: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

17 PERANCANGAN PEMBANGUNAN BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Komuniti Berpengawal boleh didefinisikan sebagai satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan atau sebahagian di dalam skim-skim perumahan sedia ada atau baru yang pegangan tanahnya berhakmilik individu (individual land title). Skim ini menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan sama ada dengan atau tanpa pondok pengawal. Dari segi undang-undang, ia tidak boleh mempunyai halangan fizikal di atas jalan awam dan menguatkuasakan sebarang sekatan keluar-masuk kepada penghuni dan orang ramai.

Keutamaan Komuniti Berpengawal ialah untuk kawasan yang kurang selamat (mempunyai kadar jenayah yang tinggi berdasarkan rekod polis).

Syarat-Syarat Asas Penubuhan

• PerlukemukakanpermohonankepadaPihakBerkuasaTempatan(PBT) melalui Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan perlu mendapat persetujuan penduduk (ketua isi rumah), tertakluk kepada tiada sebarang paksaan dan tekanan kepada penduduk yang tidak bersetuju.• Persetujuan75%atau¾penduduk(ketuaisirumah).• Persetujuanpendudukdiperingkat“protem”jugabolehmengemukakan permohonan dengan syarat melampirkan bukti permohonan pendaftaran ke JPPM. Bagi Rukun Tetangga pula, hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perpaduan termasuk tidak membuat kutipan bayaran pengurusan.• Persetujuandikiraberdasarkanrumahyangdidudukisahajatermasuk rumah-rumah yang disewakan.• Semuapremiskediamanyanghendakdijadikansebagaiskiminimestilah mendapat Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).• Penghuniyangtidakmenyertaiskiminitidakbolehdihalangsamasekali memasuki kediaman mereka pada bila-bila masa.

Dokumen Yang Perlu Dilampirkan Semasa Permohonan “Guarded Community” (GC)

• PermohonanperludikemukakankeJabatanPerancanganPembangunan, MBPJ melalui Borang AA.• SuratpermohonanGCdaripadaPersatuanPendudukberdaftar.• BuktipermohonanpendaftarankeJabatanPendaftaranPertubuhan Malaysia (JPPM) bagi permohonan yang dikemukakan oleh Persatuan Pendudukdiperingkat“protem”.• SatusalinansijilpendaftaranPersatuanPendudukdenganJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).• SatusalinanpenubuhanRukunTetanggaolehJabatanPerpaduanbagi permohonan yang dikemukakan oleh Rukun Tetangga.• 7salinanPelanTapak/kawasanyangmenunjukkanliputan/sempadan cadanganKomunitiBerpengawal,lokasipondokpengawal,“boomgate”, kon,papantandakeselamatandanlaincadangansekatanfizikal.• 7salinanpelanbangunan(pondokpengawal)bagipermohonansecara serentak dengan permit bangunan sementara.• Satusalinanasalsenarainamapenuh,kadpengenalan,alamatlengkapdan tandatangan ketua isi rumah yang bersetuju dengan permohonan tersebut.• BayaranprosessebanyakRM50.00.• Mana-manakejirananberpengawalyangmendirikanstrukturdansekatan perlulah mendapat kelulusan Majlis ke atas penubuhan dan sekatan kawasannya.

Maklumat lanjut sila hubungi :Jabatan Perancangan PembangunanTingkat 2, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling JayaJalan Yong Shook Lin46675, Petaling JayaTel : 03-7956 3544Faks : 03-7958 8392

Garis PanduanKomuniti Berpengawal(Guarded Community) Petaling Jaya

TIDAK DIBENARKAN – Halangan kekal tidak dibenarkan sama sekali kerana menghalang lalu lintas.

DIBENARKAN - Penghadang hanya dibenarkan beroperasi dari jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.

Page 18: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

INFRA 18BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Ikuti temu bual wartawan Berita PJ dengan Ir. Haji Cheremi bin TarmanPengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Apa itu ISF, saya yakin ramai yang tidak tahu apa maksud ISF?

Ir. Cheremi : ISF atau ‘Improvement Service Fund atau dalam bahasa Malaysia disebut Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan. Ianya satu bentuk tabung kutipan wang berkaitan kerja-kerja infrastruktur di bawah Seksyen 132 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Apakah tujuan mewujudkan kumpulan wang ini?

Ir. Cheremi : Tujuan mewujudkan kumpulan wang ini bagi membolehkan ia digunakan untuk mencantik, membina atau menyusun atur sesuatu jalan, parit, pembentung, salur atau alur air.

Siapa yang perlu mencarum dalam kumpulan wang yang dimaksudkan ini?

Ir. Cheremi : Caruman infrastruktur dikenakan kepada pemaju apabila terdapat keperluan keadaan di tapak untuk menjalankan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur akibat daripada pembangunan yang hendak dilaksanakan. Kerja-kerja menaik taraf ini meliputi sistem saliran dan juga sistem lalu lintas. Caruman dikenakan apabila terdapat lebih daripada seorang pemaju yang terlibat di mana Majlis memainkan peranan sebagai pelaksana.

Bagaimana kaedah caruman dibuat?

Ir. Cheremi : Caruman ini disyaratkan di dalam kebenaran merancang dan perlu dijelaskan secara 3 peringkat iaitu :

• PeringkatPertama20%daripadakeseluruhankadarcaruman.CarumanperludijelaskansebelumpengesahanPelanTataturKebenaran Merancang. • PeringkatKedua40%danhendaklahdijelaskansebelumpengesahanPelanKerjaTanah. • PeringkatKetigalagi40%perludijelaskansebelumpengesahanPelanJalan&Perparitan.

Tuan ada menyebut mengenai kadar caruman keseluruhan. Apakah formula kadar caruman tersebut?

Ir. Cheremi : Formula yang digunakan bagi kadar caruman terbahagi kepada dua iaitu :

• CarumanlalulintasdimanaformulaperkiraannyaadalahJumlahAnggaranKosPembinaan(RM)dibahagidenganAnggaranKeluasan Lantai (m²) • CarumanuntukPerparitanpulaformulanyaialahAnggaranKosPembinaan(RM)dibahagidenganAnggaranKeluasanTanah(m²) Anggaran keluasan lantai atau tanah ini termasuk lot-lot pembangunan yang masih belum memperolehi kelulusan kebenaran merancang.

Bagaimana pula dengan lain-lain seperti bangunan kerana yang tuan sebut tadi berdasarkan parit dan jalan sahaja?

Ir. Cheremi : Bagi caruman untuk jenis pembangunan pula terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

• Perumahan • BagirumahyanghargakurangdaripadaRM100,000.00seunitkadaryangdikenakanialahRM250.00seunit. • BagirumahyanghargalebihdaripadaRM100,000.00seunitmakakadarcarumanialahRM500.00seunit • PerdaganganPerusahaanKadarcarumanialahRM500.00bagisetiap1,000kakipersegiluas. • SementaraInstitusiPelajaranpulakadarcarumanialahRM250.00setiap1,000kakipersegiluaslantaikasarbangunantermasukluaskaki ruang letak kereta dalam bangunan.

Adakah caruman ini dimestikan bagi projek perumahan kos rendah, rumah ibadat dan sekolah bantuan penuh kerajaan?

Ir. Cheremi : Di sini ada pengecualian. Bagi jenis-jenis pembangunan kediaman kos rendah (harga RM42,000 dan kurang) dikecualikan. Begitu juga bangunan yang digunakan bagi tujuan ibadat dan keagamaan contoh masjid, surau, gereja dan sebagainya. Tidak ketinggalan pembangunan sekolah kerajaan dan sekolah penuh kerajaan. Begitu juga pembangunan yang melibatkan tambahan dan perubahan kepada bangunan sedia ada.

Tuan, apakah nama tabung wang caruman tersebut?

Ir. Cheremi : Wang caruman tersebut disimpan dalam Akaun Amanah dan dibelanjakan apabila projek dilaksanakan.

Siapakah pentadbir Akaun Amanah ini?

Ir. Cheremi : Akaun ini ditadbir oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Akaun Amanah yang dianggotai oleh : • DatukBandarselakuPengerusi • TimbalanDatukBandarselakuTimbalanPengerusi • Ahli-ahlinya,PengarahJabatanPerbendaharaandanPegawaiUndang-undangserta, • PengarahJabatanKejuruteraanselakuUrusetia

INGIN TAHU APA ISF?

Page 19: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

19 INFRA BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Adakah terdapat terma / syarat yang digunakan dalam menguruskan Akaun Amanah ini?

Ir. Cheremi : Jawatankuasa akaun adalah bersama-sama bertanggungjawab bagi mengendalikan Akaun Amanah ini. Pengawalan dan pengurusan akaun ini hendaklah sentiasa tertakluk kepada terma-terma Arahan Akaun Amanah peruntukan Arahan Perbendaharaan serta peraturan kewangan yang berkaitan dengannya.

Apakah akaun ini ada tempoh masa?

Ir. Cheremi : Akaun ini akan ditutup apabila ianya telah mencapai tujuan akaun ini ditubuhkan. Segala baki kredit di dalam akaun ini akan dimasukkan ke dalam akaun hasil Majlis (Melainkan terdapat terma atau syarat-syarat lain oleh penyumbang yang menghendaki ianya dikembalikan) Adakah Akaun Amanah ini dicarumkan dalam satu akaun sahaja? Contohnya Akaun Amanah Jalan.

Ir. Cheremi : Tidak. Sehingga kini ada 8 Akaun Amanah yang telah diwujudkan untuk mengendalikan caruman infrastruktur. Senarai adalah seperti berikut : • PembinaaninterchangedipersimpanaganPersiaranSuriandanPersiaranMahogany. • MenaiktarafinfrastrukturKampungKayuAra • PembinaanJalanHarapan/BulatanRothman • PembinaanRamp/TerowongdarikawasanPJU1AmelintasiNKVEberhampiranFAS. • JalanTanjung • TerowongTropicana • MenaiktarafJalanPenchaladanmengsehalakanJalanUtara • MenaiktarafinfrastrukturSeksyen13

Bagaimanakah projek yang tuan sebutkan dilaksanakan?

Ir. Cheremi : Projek-projek dilaksanakan secara berperingkat iaitu berdasarkan kepada kutipan caruman yang dikutip. Prestasi caruman adalah berdasarkan kepada prestasi sesebuah pembangunan.

Jenis Caruman Dan Peringkat Pelaksanaan 1. Pembinaan Interchange di Persimpangan Persiaran Surian dan Persiaran Mahogany. Perunding telah dilantik. Projek akan dibahagikan kepada 4 pakej. •Pakej1–dijangkakeluartawarantenderpadahujungMac,2013.(RM6juta) •Pakej3–dijangkakeluartenderawalJun. •Pakej2&4-selepasMRTsiapdibina.

2. Menaik taraf Infrastruktur Kampung Kayu Ara. Fasa1telahsiapdilaksanakan.

3. Pembinaan Jalan Harapan / Bulatan Rothmans Perunding telah dilantik. Fasa1–pembinaansimpang4diBulatanRothmanstelahsiapdilaksanakan.(RM5juta) Fasa2–tawarantenderakandikeluarkansetelahisupengambilantanahselesai.(RM15juta)

4. Pembinaan Ramp / Terowong dari Kawasan PJU1A melintasi NKVE berhampiran FAS. Perundingtelahdilantik.Tawarantenderjalanalternatifakandikeluarkansetelahisu pengambilantanahselesai(RM6juta).

5. Jalan Tanjung ProjektelahsiapdilaksanakandenganmenggunakankutipanISF.(RM3juta)

6. Terowong Tropicana TerowongTropicanatelahsiapdibina.Kerja-kerjabaikpulihcerunjugatelahsiap.

7. Menaik taraf Jalan Penchala & Jalan Utara PerundingtelahdilantikuntukmengsehalakanJalanUtara.

8. Menaik taraf infrastruktur Seksyen 13 Dalamprosespelantikanperunding.

9. Membina longkang utama dari stadium sehingga Sg. Kayu Ara Pembinaanlongkangtelahsiapdilaksanakanolehpemaju.

Pembinaan simpang empat di Bulatan Rothman siap dilaksanakan.

Page 20: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

PENGUATKUASAAN 20BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Anggota Penguatkuasa MBPJ sedang melakukan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan.

Anggota penguatkuasa sedang mengangkat salah sebuah motosikal yang disita.

PETALING JAYA, 14 Feb – Di dalam Operasi Menangani Gejala Sosial sempena Hari Kekasih yang lalu, seramai 5 orang warga asing ditahan di beberapa tempat di sekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya.

Operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Petaling bagi menangani gejala sosial dan merupakan kesinambungan daripada operasi-operasi yang telah dijalankan sebelum ini.

Operasi ini disertai oleh 100 orang anggota dan pegawai daripada semua agensi yang berkenaan.

Operasi yang bermula sejak jam 12 tengah malam itu, menahan seramai 40 orang lelaki dan 16 perempuan

berusia antara 19 hingga 45 tahun. Daripada jumlah itu, 29 ditahan kerana berkhalwat manakala 21 sedang berhibur di pusat hiburan dan yang lain tidak memiliki permit serta positif dadah. Serbuan telah dijalankan ke atas empat pusat hiburan dan enam hotel bajet di sekitar daerah Petaling.

Mereka yang ditahan berkhalwat akan disiasat mengikut Seksyen 29(1) a dan b Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Mereka yang ditahan di pusat hiburan pula akan diarahkan untuk mengikuti program Ajaran Mengikut Amalan Rasulullah (AMAR).

Bagi mereka yang perlu hadir ke program AMAR ini mereka perlu berbuat demikian pada pertengahan Mac akan datang.

Operasi yang dijalankan ini adalah lebih memfokuskan usaha untuk mendidik mereka yang melakukan kesalahan.

Pusat Hiburan, Hotel Diserbu5 warga asing antarayang ditahan.Oleh : Che Othman AhmadFoto : Ehsan Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan

MBPJ Sita15 Buah MotosikalOleh : Che Othman AhmadFoto : Ehsan Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan

PETALING JAYA, 19 Feb – Sikap segelintir pengguna jalan raya yang hanya mementingkan diri sendiri merupakan antara punca utama berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan pusat bandar.

Rentetan daripada masalah ini, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ telah mengambil tindakan sitaan terhadap 15 buah motosikal yang diletakkan di bahu jalan di kawasan perindustrian Jalan 51A/222, Petaling Jaya.

Tindakan ini diambil di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 atas kesalahan meletakkan kenderaan di tempat larangan dan kejayaan operasi ini juga dicapai berikutan hasil kerjasama orang awam di kawasan tersebut. Operasi yang berakhir pada jam 12.00 tengahari ini diperkuatkan seramai 24 orang anggota dan pegawai dari Unit Penguatkuasa MBPJ yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa, Nurul Ain Hasan.

Hasil tinjauan Jabatan Penguatkuasaan, mendapati pemilik kenderaan terbabit dengan sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka tanpa mengira hak dan kepentingan pengguna jalan raya yang lain.

Menurut salah seorang pekerja di kawasan tersebut, mereka ini langsung tidak mahu mematuhi peraturan walaupun terdapatnya petak kuning di situ dan kejadian sebegini sering kali berlaku lebih-lebih lagi di waktu puncak.

Pasangan yang ditahan disalah sebuah hotel bajet sedang disoal siasat oleh kakitangan Jabatan Agama Islam (JAIS).

Page 21: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

21 PENGUATKUASAAN BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

4 warga asing sedang disoal siasat oleh pegawai Imigresen.

Anggota Penguatkuasa MBPJ sedang menurunkan iklan haram.

Ekoran masalah tersebut, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menggempur kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat warga asing terbabit menjalankan kegiatan berkenaan sebelum menyita tempat letak kereta, pondok serta alatan mencuci kenderaan haram di sekitar SS 6 dan SS 7 Kelana Jaya.

Dalam operasi bersepadu bersama pihak Imigresen mulai jam 2 hingga 6 petang itu, MBPJ menahan lapan warga Myanmar, lima warga India dan empat warga Sri Lanka untuk siasatan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Operasi disertai seramai 50 orang anggota dan pegawai penguatkuasa MBPJ diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Mohamad Faizal Mustafa serta enam pegawai Imigresen.

Tindakan telah diambil di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian MBPJ 2007 dan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan mengenakan kompaun maksimum RM1,000.

Manakala bagi kesalahan menjalankan aktiviti parkir tidak berlesen pula, MBPJ telah mengeluarkan kompaun maksimum RM1,000 di bawah Undang-undang Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MBPJ 2005.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, masalah warga asing memonopoli kawasan tempat letak kereta dan mencuci kenderaan sudah berleluasa sejak dulu lagi dan berlarutan hingga kini. Pihaknya mendapat banyak aduan awam mengenai kutipan wang secara tidak sah.

“Kami sudah bertindak atas aduan berkenaan dengan mengadakan serbuan yang dijalankan secara bersepadu bersama agensi lain.

“Namun, warga asing terbabit terlalu licik dan berjaya melarikan diri ketika serbuan dijalankan,”tambahbeliaulagi.

MBPJ Perangi Iklan Haram

PETALING JAYA, 28 Feb - “Semakin berleluasa dan seolah-olah tiada kawalan". Itu persepsi daripada kebanjiran iklan haram yang terpampang, terutama di sekitar Petaling Jaya.

Tinjauan MBPJ di beberapa lokasi di sekitar Petaling Jaya mendapati iklan-iklan haram terus menghiasi papan tanda, tiang lampu jalan, tidak terkecuali tiang bawah jejambat lebuh raya.

Sekurang-kurangnya 45,765 iklan haram di sekitar bandar raya telah berjaya diturunkan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ dari Januari hingga Mac tahun ini.

Pada tahun 2012, pihak Majlis telah menurunkan sebanyak 153,007 iklan haram melibatkan gegantung, kain rentang, poster dan iklan kecil. Iklan haram ini didapati membahayakan pengguna jalan raya, menghalang pandangan,

KELANA JAYA, 22 Feb – Segelintir warga asing mampu meraih pendapatan lumayan dengan menjadikan kawasan lapang di sekitar bandar ini sebagai lubuk rezeki dengan mengusahakan tempat letak kereta dan mencuci kenderaan secara haram di kawasan berkenaan.

MBPJ Sita Parkir Dan Pondok Cuci Kereta Haram Dimonopoli Warga Asing

dipasang di jalan protokol dan mencacatkan pemandangan bandar raya.Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, bagi membanteras iklan haram ini, MBPJ telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Task Force sejak Mac lalu.

“Fokus utamanya untuk mengenal pasti pemilik iklan haram dan semua kes akan disiasat mengikut Undang-undang Kecil Iklan MBPJ 2007 dan Undang-undang Kecil Vandalisme MBPJ2007.”

“Kompaun akan dikeluarkan dan kita menyediakan kertas siasatan untuk dihadapkankemahkamah,”katanyakepada Berita Petaling Jaya. Tambah beliau lagi, sehingga Februari 2013 MBPJ telah mengeluarkan sebanyak 180 kompaun dan menyerahkan sejumlah 52 nama pesalah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fauzi menasihatkan semua parti politik yang mahu memasang bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita tak mahu bandar raya ini dicemari dengan iklan haram dan saya juga menasihatkan agar pihak yang mahu menaikkan bahan kempen menghubungi Bahagian Pelesenan untuk maklumat lanjut,”katanya.

Untuk membanteras masalah ini, MBPJ memohon orang ramai supaya menjadi mata-mata melaporkan kesalahan yang dilakukan.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa merangka tindakan paling tegas dan berkesan bagi membanteras gejala ini supaya Petaling Jaya tidak tercemar dan kesejahteraan orang ramai sentiasa terpelihara.

Page 22: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

DESTINASI 22BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

MuziumPetaling Jaya

Muzium Petaling Jaya telah dibuka kepada orang ramai pada 12 November 2007. Muzium yang terletak di Taman Tasik Jaya ini ditubuhkan bertujuan untuk menyimpan, memelihara, mempamer dan menyebarkan maklumat serta sebagai sumber rujukan kepada generasi kini dan akan datang. Muzium Petaling Jaya dibahagikan kepada enam galeri yang mempamerkan artifak mengikut tema yang berlainan.

• Galeri A Sejarah Kelahiran Petaling Jaya Petaling jaya berasal daripada sebuah ladang getah yang bernama “Effingham Estate” yang telah diasaskan oleh Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya British pada tahun 50-an. Kewujudan Petaling Jaya akibat daripada kesesakan yang dialami Kuala Lumpur. Nama Petaling Jaya berasal daripada pokok Petaling yang hidup subur ketika itu.

• Galeri B Pentadbiran Awal Petaling Jaya Galeri ini memaparkan tokoh-tokoh penting dalam pembangunan Petaling Jaya bermula dari Petaling Jaya Authority 1954 sehingga dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 20 Jun 2006.

• Galeri C Pameran Khas Ruang pameran khas mempamerkan koleksi-koleksi terpilih mengikut tema, isu, kategori serta jenis koleksi Muzium Petaling Jaya.

• Galeri D Hall of Fame Galeri ini memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh yang banyak berjasa mencorakkan Petaling Jaya sehingga menjadi sebuah

bandar raya yang terancang. Galeri ini juga mempamerkan kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan tokoh-tokoh tersebut.

• Galeri E Kaum di Petaling Jaya Memaparkan sejarah kaum-kaum utama di Petaling Jaya, perkembangan ekonomi serta identiti utama kaum tersebut.

• Galeri F Perkembangan dan Pembangunan Petaling Jaya Kini Pembangunan Petaling Jaya bermula di PJ Old Town berkembang menjadi sebuah bandar raya yang pesat membangun. Ia muncul sebagai pusat pelaburan, perindustrian antarabangsa, pusat pendidikan serta destinasi pelancongan.

Kemudahan Yang Disediakan :

- Bilik Penyelidikan dan Rujukan- Bilik Taklimat- Kemudahan Bagi Golongan OKU- Wi-fi- Ruang parkir- Gerai Jualan Makanan- Taman Rekreasi

Waktu Lawatan :

Sabtu – Khamis : 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Jumaat dan Cuti Umum : Tutup

Masuk : PERCUMA

Alamat Muzium Petaling Jaya :

Jalan 10/7, Seksyen 10, Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7954 8122 Faks : 03-7954 8133

Laman Sesawang, http://muziumpj.mbpj.gov.my

Page 23: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

23 SUKAN BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Puasa Md. Taib bergambar bersama penaja.

Futsal AmalSumbangan Untuk Keluarga Anggota Penguatkuasa

JALAN SELANGOR, 2 Mac – Kelab Futsal, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan satu pertandingan Futsal Amal mengutip dana untuk keluarga Allahyarham PP Asswadi Hillmi Ahamad dan Allahyarhamah PT Mazilah Mat Rudin yang telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dengan nahas jalan raya.

Bertempat di Stadium Hoki MBPJ, pertandingan ini disertai oleh 10 pasukan yang terdiri daripada warga kerja dan ahli keluarga Jabatan Penguatkuasa sendiri.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan, MBPJ, Mohd Fauzi Maarop dengan sepak mula ke gawang gol sebagai simbolik perasmian.

Mohd Fauzi Maarop berkata “pertandingan amal ini adalah bertujuan mengutip dana di mana setiap pasukan yang bertanding

akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM200.00. Hasil daripada kutipan tersebut akan disumbangkan terus kepada keluarga Allahyarham danAllahyarhamah.”

Tambah beliau lagi, pelbagai aktiviti telah diatur untuk memeriahkan lagi pertandingan amal ini antaranya penjualan aksesori dan pakaian terpakai serta peraduan teka kacang dan gula-gula untuk pengunjung yang hadir.

Johan bagi Pertandingan Futsal Amal ini ialah pasukan Triple One Squad FC manakala naib johan ialah pasukan Gelabah Tanah FC. Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini telah diberikan cenderahati sebagai kenangan.

Sebanyak RM2300.00 telah berjaya dikutip pada hari tersebut dan sumbangan telah disampaikan kepada keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop.

Mohd Fauzi Maarop menyampaikan sumbangan kepada ibu Allahyarham PP Asswadi.

Enam Negara Sertai Kejohanan Skuasy Milo All Star JuniorTimbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Puasa Md Taib berkata, kejohanan anjuran bersama MBPJ dan Persatuan Skuasy Selangor (SRAS) itu telah menarik penyertaan pemain dari enam negara iaitu dari India, Sri Lanka, Australia, New Zealand, Indonesia dan Filipina.

“Kita jangkakan jumlah penyertaan akan bertambah sehingga 500 pemain akan menyertai kejohanan ini sebelum tarikh tutup penyertaan pada 15April ini,”katanya pada sidang media sempena kejohanan itu di sini.

Kejohanan ini akan menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 akan mempertandingkan lima kategori iaitu lelaki dan perempuan bawah 19, bawah 17, bawah 15, bawah 13 dan bawah 11.

Sementara itu, Presiden SRAS, Datuk Mohamed Aini Taib berkata sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan bagi menaik taraf pusat skuasy berkenaan selepas kejohanan itu.

JALAN YONG SHOOK LIN, 26 Mac - Seramai 400 pemain telah

mengesahkan penyertaan Kejohanan Skuasy Milo All Star

Junior ke-13 yang akan berlangsung pada 28 Mei hingga 2

Jun di Pusat Skuasy, Kompleks Sukan Astaka.

Sumbangan ikhlas disampaikan kepada suami Allahyarhamah PT Mazilah.

Page 24: RUMAH MESRA ALAM HIJAU

SUKAN 24BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Swimathon Antarabangsa Kapas – Marang

TERENGGANU, 24 Mac – Seramai 420 peserta dari 17 negara bertanding bagi kategori junior, senior dan veteran dalam Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang yang mencatatkan penyertaan teramai semenjak ia dianjurkan.

Peserta yang mengambil bahagian perlu berenang sejauh 6.5 km dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang yang ternyata menguji ketahanan fizikal perenang.

Peserta Jerman, Benjamin Konschak telah muncul juara kategori lelaki terbuka dengan catatan masa 1:27:29 mengenepikan cabaran Jason Hsleh dari Hong Kong yang menduduki tempat kedua dengan 12 minit 23 saat di belakang beliau. Peserta negara, Dement David di tempat ketiga (1:40.01).

Kakitangan MBPJ dan juga ahli Kelab Sukan dan Kebudayaan (KSDK) seramai tiga orang iaitu Mohd Rizal Ayub dari Jabatan Khidmat Pengurusan, Mohd Azizul Ali, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan dan Mohd Azlan Hussain dari Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan turut menyertai kejohanan ini.

Ketiga-tiga wakil MBPJ ini telah berjaya menamatkan cabaran di bawah catatan masa 4 jam manakala Nor Shahiran Shah Norsam dan Nur Azreen Izzaty Azharrudin dari Kelana Jaya Swim Team masing-masing menduduki tempat ke-4 dan ke-5 kategori lelaki junior dan wanita.

Yang Dipertua KSDK, Ismathinoon Abdul Rahman hadir memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada wakil MBPJ. Tidak ketinggalan hadir Naib Yang Dipertua KSDK, Hairel Hamdan.

Peserta MBPJ yang menyertai kejohanan.

Ismathinoon (tiga dari kiri) hadir memberi semangat kepada peserta.