merah silu 1

56
SOALAN 1 Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri . Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung sayam datang bermain menyabung ayam dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya.Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau. Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’l-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua- tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya. Dipetik daripada “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. Berikan maksud rangkai kata orang yang kalah dibayar taruhannya. 2m ii. Nyatakan tiga sebab orang ramai datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. 3m

Upload: ainee-ahmad

Post on 29-Oct-2015

171 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahan yang sesuai jadi bahan bacaan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan spm kerana bahan ini memudahkan mereka untuk memahami prosa klasik ini

TRANSCRIPT

SOALAN 1

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung sayam datang bermain menyabung ayam dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya.Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’l-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.

Dipetik daripada “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan

Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata orang yang kalah dibayar taruhannya.2m

ii. Nyatakan tiga sebab orang ramai datang bermain sabung ayam di Buluh Telang.

3m

iii. Pada pendapat anda, wajarkah Merah Silu dijadikan raja di Rimba Jerun? Berikan tiga alasan. 3m

SKEMA

i. …penyabung ayam yang tewas dikembalikan wang cagarannya.

ii. … yang kalah menyabung menerima wang taruhannya semula…orang menyabung yang pulang diberikan seekor kerbau…orang yang

menyaksikan sabung ayam turut menerima seekor kerbau.

iii. wajar: …mempunyai sifat seorang pemimpin…berketurunan raja/hartawan…seorang yang baik hati/dermawan

tidak wajar: …meminggirkan bangsawan di Rimba Jerun…rakyat belummengenali peribadi sebenar Merah Silu…menutup peluang orang

tempatan untuk dilantik sebagai raja.

SOALAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Setelah tinggal beberapa lama di dalam negeri itu, padi orang di situ habis dimakan kerbau, demikian juga pisang orang di situ. Kata segala orang dalam negeri itu,”Binatang apa dibawa ke negeri ini; habislah tanam-tanaman kami binasa dimakan oleh binatang ini. Kalau demikian janganlah tuan-tuan duduk bersama-sama dengan kami.”

Setelah Merah Silu mendengar kata sekalian orang kampung itu, maka Merah Silu berkata kepada mereka, “Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari tempat diam yang lain!”

Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu,”Apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini?” Merah Silu berkata,”Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”

Kata Megat Iskandar, “Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.” Sambut Merah Silu,”Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba.”

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009, hal. 56)

i. Apakah maksud baris jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba? 2m

ii. Apakah yang telah berlaku setelah Merah Silu tiba di negeri itu? 3m

iii. Pada pendapat anda, mengapakah penduduk sesebuah negeri begitu mudah menerima kedatangan Merah Silu? 3m

skema:

i. …jika tuan tidak keberatan, saya sanggup menerima tuan sebagai anak angkat.

ii. …ketika dalam perjalanan ke hulu Semenda, Merah Silu bertemu dengan Megatiskandar dan mereka makan minum bersama-sama…sambil makan,

Megat Iskandar bertanya tujuan kehadiran Merah Silu ke situ….Merah Silu mengatakan bahawa dia ke situ adalah untuk mendapatkan tempat tinggal.

iii. kerana sikapnya yang peramah dan mudah mesra…Merah Silu berkemungkinanmempunyai ilmu pelembut hati orang lain seperti yang terdapat pada

orang zaman dahulu…Disebabkan sikap orang zaman dahulu yang suka melayan tetamu

SOALAN 3

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka,”Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang ditengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rumput yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

iApakah maksud frasa membantunkan rambut sehelai? 2m

ii. Nyatakan tiga perlakuan Raja Ahmad setelah orang memberitahu bahawa anakanda Merah Gajah telah mati dibunuh oleh mentuanya? 3m

iii Sekiranya anda ialah Raja Ahmad, apakah tindakan yang mungkin anda ambil setelah mendapat tahu tentang kematian anakanda Merah Gajah?

Kemukakan tiga tindakan tersebut. 3m

SKEMA

i. mencabut rambut sehelai di kepala dengan akar-akarnya sekali

ii. …menghempaskan dirinya…mengoyak-ngoyak baju…mencarik-carik kainnya

iii. ,,,menyiasat terlebih dahulu kejadian itu….berunding dengan Raja Muhammad…melaksanakan hukuman secara adil

SOALAN 4

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa lama Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Betong dengan berkat kurnia Allah Taala, Puteri Betong pun hamil. Setelah genap bulannya, Puteri Betong pun melahirkan seorang anak laki-laki dan diberi nama Mera Silu. Selang beberapa lama kemudian, Puteri Betong pun hamil lagi. Setelah genap bulannya, lahirlah lagi seorang anak lelaki dan diberi nama Merah Hasum.

Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tetapi tidak diketahui suaminya sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.

Kata Merah Gajah kepada isterinya,”Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”

Jawab tuan puteri, “jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”

Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya.

Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata,” Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!” 2m

ii Mengapakah Puteri Betong tidak menceritakan tentang adanya sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala kepada suaminya? 3m

iii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri suami yang baik? 3m

SKEMA

i. …maksudnya Merah Gajah ingin mencabut sehelai rambut berwarna keemasanyang berada di atas kepala tuan puteri.

ii. …kerana takut dicabut oleh suaminya…tidak mahu rahsia rambut itu terbongkar…ingin terus hidup di samping suami dan anak-anaknya

iii. …menyayangi isteri dan anak-anak…menyediakan keperluan harian isteri dan anak-anak…menghormati permintaan isteri

SOALAN 5

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka, “Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mertuanya sebab ia membantunkan sehelai rambut yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua belah pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

(Dipetik daripada prosa klasik ’Merah Silu’dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata “ Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya.” 2m

ii. Apakah yang berlaku setelah Raja Ahmad bertemu dengan Raja Muhammad? 3m

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk mengelakkan berlakunya peperangan? 3M

SKEMA

i. maksudnya Raja Ahmad menjatuhkan dirinya serta mengoyak baju dan kainnya.

ii. …berlakunya peperangan yang dahsyat…ramai askar yang mati dan luka…Raja Ahmad dan Raja Muhammad juga mati

iii. …mengadakan rundingan tentang masalah yang dihadapi oleh kedua-dua belah pihak …memikirkan kesan buruk peperangan kepada pihak yang tidak bersalah.… mencari orang tengah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

SOALAN 6

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”

Setelah puas bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 52 & 53)

i. Apakah maksud menyembah mengaku akan taat setia? 2m

ii. Merah Silu dan Merah Hasum akhirnya bersetuju meninggalkan negeri Semerlanga. Nyatakan tiga sebab pemergian mereka. 3m

iii. Untuk berjaya, kadang-kadang kita perlu berhijrah. Berikan tiga pendapat anda faedahnya apabila kita berhijrah ke tempat baharu.

3m

SKEMA

i. Maksudnya pengakuan berkaitan kepatuhan dan berpegang teguh.

ii. …kerana nenek dan ibu bapa mereka telah hilang….merasakan tinggal di negeri Semerlanga tidak memberi faedah kepada mereka… mahu mencari

tempat yang baik supaya boleh tinggal di tempat yang baharu.

iii. …pengalaman kita akan bertambah menyebabkan tindakan kita akan lebih matang….kita akan menambahkan lagi kenalan daripada masyarakat pelbagai keturunan dan agama…untuk membina semangat baharu demi menghadapi cabaran mendatang yang lebih besar.

SOALAN 7

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka, “Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat.Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah maksud beramuk-amuk sesama sendiri? 2m

ii. Raja Ahmad amat marah apabila mendapat tahu anakandanya Merah Gajah mati akibat perbuatan mentuanya, Raja Muhammad. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Raja Ahmad apabila mendengar berita tersebut? 3m

iii. Kematian Raja Ahmad dan Raja Muhammad akibat dendam . Jika anda di tempat Raja Ahmad, apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut? 3m

SKEMA

i. Maksudnya bergaduh kalangan mereka.

ii. Raja Ahmad dengan serta-merta menghimpunkan semua askar dengan lengkap bersenjata. Kemudian ketika hari yang sesuai dia menemui Raja Muhammad. Akhirnya askar daripada kedua-dua pihak berperang.

iii. …membawa diri bertenang kerana yang mati tidak akan kembali lagi…saya akan memanggil Raja Muhammad untuk mengetahui perkara yang sebenar…Jika Raja Muhammad didapati bersalah, saya mahu dia membayar denda mengikut kemampuan dan darjatnya.

SOALAN 8

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian dan jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, “Marilah kita muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba hendak perkenakan kerbau itu.”

Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu, sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.

Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau Kampung. Merah hasum memanggil seorang hamba, katanya “Pergi engkau katakana kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada guna kepada orang yang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia tiada mendengar kataku ini, nyahlah dia dari negeri ini; janganlah ia duduk bersama-sama aku.”

(Antologi Harga Remaja, halaman 53- 54)

i. Apakah muslihat yang digunakan oleh Merah Silu untuk menangkap dan menjinakkan kerbau-kerbau liar itu? 3m

ii. Nyatakan perkara-perkara yang menyebabkan Merah Hasum berasa malu.2m

iii. Jika anda diberi peluang untuk menyelesaikan masalah antara Merah Silu dengan Merah Hasum, apakah yang akan anda lakukan? 3m

SKEMA

i. …mengupah orang menyediakan sebuah lubang besar…menghalau kerbau-kerbau itu ke dalam lubang lalu ditutup dengan segumpal tanah...mencucuk hidung kerbau-kerbau liar itu.

ii. Merah Silu suka bermain dengan kerbau liar…orang ramai kurang senang dengan perlakuan Merah Silu

iii. …bersemuka dengan Merah Silu untuk mendengar penjelasannya…menasihati Merah Silu agar mengubah tabiatnya yang suka bermain kerbau liar…memberikan cadangan kepada Merah Silu, iaitu membina kandang kerbau supaya tidak menganggu orang kampung.

SOALAN 9

Lengkapkan sinopsis cerita “Merah Silu” di bawah ini dengan kata atau rangkai kata yang sesuai

Merah Gajah dan Puteri Betong 1______________________ dua orang anak lelaki, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada suatu hari, semasa Puteri Betong sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna 2_______________________ . Sebaik sahaja rambut itu tercabut dan keluar darah, puteri Betong pun meninggal dunia. Tindakan Merah Gajah itu menimbulkan 3____________________ Muhammad lalu dibunuhnya Merah Gajah. Bapa Merah Gajah, Raja Ahmad 4_____________________ peperangan. Dalam pertempuran itu, kedua-dua datuk Merah Silu telah mati.

Tidak beberapa lama kemudian, Merah Silu dan Merah Hasum mengambil 5_____________________ meninggalkan 6_____________________. Mereka tiba di suatu tempat bernama Beruana. Akibat gemar bermain kerbau, Merah Silu dinasihati supaya keluar dari negeri it. Merah Silu pun membawa harta dan kerbaunya hingga sampai di hulu Karang. Namun, Merah Silu terpaksa mencari tempat lain kerana 7_________________________nya habis memusnahkan tanaman penduduk kampung. Akhirnya, Merah Silu bertemu dengan 8_________________________ yang mempelawanya tinggal di 9_____________________________. Megat Iskandar 10_________________________Merah Silu sebagai raja tetapi tidak disukai oleh Tun Aria Benong. Ekoran pertabalan itu, berlaku peperangan antara Sultan Maliku’l-Nasar dengan Merah Silu. Sultan Maliku’l-Nasar terpaksa 11__________________________ ke Kumat tetapi telah diserang oleh Megat iskandar.

SKEMA

1. dikurniakan

2. keemasan

3. kemarahan

4. mengisytiharkan

5. keputusan

6. Negeri Semerlaang

7. kerbau

8. Megat Iskandar

9. Buluh Telang

10. menabalkan

11. berundur

12. Raja Rimba Jerum.

SOALAN 10

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka,”Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang ditengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rumput yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. 2m

ii. Jelaskan tindakan Raja Ahmad setelah Merah Gajah dibunuh oleh Raja Muhammad. 3m

iii. Pada pendapat anda, apakah cara yang paling baik dilakukan untuk menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak? 3m

SKEMA

i. banyak yang meninggal dunia dan cedera akibat bergaduh antara satu sama lain.

ii. …membantingkan/membuangkan/mencampakkan/menjatuhkan/ badannya seraya mengoyak-ngoyak baju dan mencarik-carik kainnya…mengumpulkan tenteranya yang siap bersenjata…berperang dengan Raja Muhammad dan askar-askar baginda.

iii. …berunding untuk mencari jalan penyelesaian/berdamai…merujuk pihak yang arif untuk menyelesaikan masalah…bersabar dan mengalah… tidak mementingkan diri sendiri.

SOALAN 11

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Merah Silu berkata,”Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”

Kata Megat Iskandar, “Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.”

Sambut Merah Silu,”Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba.”

Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.

Merah Silu gemar menyabung ayam, ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 50)

i. Apakah maksud rangkai kata hamba tiada bertempat. 2m

ii. Apakah usaha yang dilakukan oleh Merah Silu agar aktiviti menyabung ayam mendapat sambutan daripada masyarakat setempat? 3m

iii. Kerajaan telah mengharamkan permainan menyabung ayam.Pada pendapat anda, mengapakah permainan tersebut diharamkan

3m

SKEMA:

i. …bermaksud tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.

ii. …orang yang kalah dalam pertandingan akan dibayar semula taruhannya…apabila mereka datang kembali untuk bermain, Merah Silu akan memberi

mereka seekor kerbau…orang yang datang melihat permainan sabung ayam juga diberikan seekor kerbau.

iii. …kerana permainan tersebut terdedah kepada unsur perjudian yang diharamkanoleh agama… permainan ini boleh melalaikan pemain dan penonton,

sehingga sanggup meninggalkan pekerjaan sekadar untuk berseronok…perbuatan itu dianggap menyeksa ayam yang sepatutnya disembelih untuk dimakan.

SOALAN 12

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tetapi tidak diketahui suaminya sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.

Kata Merah Gajah kepada isterinya,”Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”

Jawab tuan puteri, “jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”

Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya.

Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah. Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaja itu,”Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Beri maksud rangkai kata , mari hamba bantunkan . 2m

ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabia Merah Gajah mencabut sehelai rambut isterinya itu? 3m

iii. Merah gajah telah melanggar pantang larang yang diberitahu oleh isterinya. Pada pandangan anda mengapakah masyarakat dahulu masih mempercayai pantang larang? 3m

SKEMA:

i. maksudnya saya akan cabut dari akarnya sekali.

ii. …tiba-tiba isterinya Puteri Betong hilang daripada pandangan… orang suruhan Merah Gajah melaporkan kepada ayahanda Puteri Betong tentang kejadian tersebut…ayahanda Puteri Betong telah menghimpunkan segaka askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya Merah Gajah.

iii. masyarakat masih mempercayai pantang larang kerana tidak mahu menghadapi risiko buruk seperti terkena sumpahan…masyarakat menganggap tidak membebankan mempercayai pantang larang…ada sesetengah masyarakat yang menganggap pantang larang itu sebahagian daripada kepercayaan yangperlu diamalkan turun-temurun.

SOALAN 13

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya. Didapatinya bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing gelang-gelang dari dalam bubunya dan memasang semula bubunya. Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.

Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini Allah Taala kepada aku rupanya.”

Cacing gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah. Merah Silu menyuruh rebus semua cacing gelang-gelang itu. Dengan takdir Allah Taala, cacing gelang-gelang itu pun menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu pun menjadi kaya kerana mendapat emas dan perak. Orang pun bercerita kepada Merah Hasum tentang hal Merah Silu dikurniai Allah Taala dengan emas dan perak itu. Kata mereka, “Kakanda Merah Silu kami lihat membawa pulang gelang-gelang itu.” Setelah mendengar khabar saudaranya itu, Merah Hasum diam tidak berkata-kata.

Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, “Marilah kita muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba hendak perkenakan kerbau itu.”

Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat

seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.

(Antologi Harga Remaja, halaman 53 – 54)

i. Berikan contoh pengaruh Islam yang terdapat dalam petikan ini. 2m

ii. Merah Silu digambarkan sebagai seorang pemimpin yang kreatif. Buktikan.3m

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum diam tiada berkata-kata setelah mendengar berita bahawa Merah Silu mendapat emas dan perak yang banyak? 3m

SKEMA.

i. …Merah Silu mendapat emas dan perak setelah merebus cacing gelang-gelang dengan takdir Allah Taala pengaruh Islam yang dikaitkan dengan mitos.

ii. …Merah Silu menangkap ikan di sungai dengan menggunakan bubu …memerangkap kerbau liar dengan membuat anderak…kerbau liar itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya

iii. …Merah Hasum berasa cemburu…tidak senang hati mendengar berita tersebut…bimbang Merah Silu akan lebih kaya daripadanya kelak.

SOALAN 14

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kata Merah Gajah kepada isterinya,”Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”

Jawab tuan puteri, “jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”

Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya.

Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.

Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaja itu,”Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah maksud alamat perceraian? 2m

ii. Nyatakan dua peristiwa yang berlaku akibat perbuatan Merah Gajah mencabut rambut Puteri Betong. 3m

iii. Pada pendapat anda, wajarkah Raja Muhammad, membunuh Merah Gajah? Berikan dua alasan anda. 3m

SKEMA

i. …maksud ialah petanda perpisahan.

ii. …Puteri Betong meninggal dunia akibat keluar darah dari liang rambut tersebut. …Raja Muhammad dan askarnya menyerang lalu membunuh Merah Gajah.

iii. …tidak wajar kerana Merah Gajah tidak menyangka bahawa perbuatannya mencabut rambut Puteri Betong akan menyebabkan kematiannya…askar dan rakyat yang tidak berdosa turut terkorban sewaktu Raja Muhammad menyerang Merah Gajah…

SOALAN 15 (Latihan biasa)

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu hari, Merah Silu pergi bermain di sungai dan melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai itu. Apabila Merah Silu pulang ke rumah, dia menyuruh orangnya membuat bubu. Setelah bubu siap, Merah Silu pergi ke hulu sungai untuk menahan bubunya.

Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya. Didapatinya bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing gelang-gelang dari dalam bubunya dan memasang semula bubunya. Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.

Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini Allah Taala kepada aku rupanya.”

(Dipetik daripada prosa tradisional”Merah Silu” Ismail Ahmad, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 53)

i. Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu terhadap cacing gelang-gelang itu?

2m

ii. Nyatakan perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal.

3m

iii. Jelaskan ke mana dan mengapa Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempat sebelum dirajakan di Rimba Jerun.

3m

SKEMA

i. Setelah dua kali mendapat cacing gelang-gelang di dalam bubunya, Merah Silu tidak membuang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya buat kali ke-3. Dia menganggap itu kurnia Allah s.w.t. kepadanya. Dia pun memasukkan cacing gelang-gelang itu ke dalam kawah lalu direbusnya. Cacing gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak.

ii. Dalam kisah ini, selain Merah Silu mendapat cacing gelang-gelang yang direbus menjadi emas dan buihnya menjadi perak, Merah Silu juga memiliki kerbau yang banyak. Di Buluh Telang, Merah Silu mengadakan perlawanan sabung ayam dan mendapat sambutan daripada juara sabung ayam. Setiap orang yang kalah dan penonton akan diberi seekor kerbau. Merah Silu juga dikasihi oleh rakyat Megat Iskandar dan Megat Kedah kasih akan Merah Silu. Akhirnya, Merah Silu dirajakan di Rimba Jerun.

iii. Merah Silu sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat atas beberapa sebab. Antaranya, setelah kematian bapanya Merah Gajah yang dibunuh oleh mentuanya, Raja Muhammad lalu Merah Silu pergi ke Beruana. Selain itu, oleh sebab Merah Silu dikatakan bermain dengan kerbau yang dianggap sebagai haiwan yang tidak berguna dan menimbulkan kemarahan orang kampung, Merah Silu diberi pilihan oleh adiknya, Merah Hasum agar meninggalkan tempat itu jikalau tidak mahu mendengar nasihatnya. Merah Silu pun berpindah ke Buluh Telang. Setelah memerangi Sultan Maliku’l- Nasar, Merah Silu pergi ke Pertama Terjun, kemudian ke Gunung Tawas, ke Pekersang dan ke Kumat. Merah Silu memerangi Tuanku Maliku’l-Nasar di

Kumat dan akhirnya menjadi raja di Rimba Jerun.

SOALAN 16

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu hari, Merah Silu pergi bermain di sungai dan melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai itu. Apabila Merah Silu pulang ke rumah, dia menyuruh orangnya membuat bubu. Setelah bubu siap, Merah Silu pergi ke hulu sungai untuk menahan bubunya.

Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya. Didapatinya bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing gelang-gelang dari dalam bubunya dan memasang semula bubunya. Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.

Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini Allah Taala kepada aku rupanya.”

Cacing gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah. Merah Silu menyuruh rebus semua cacing gelang-gelang itu. Dengan takdir Allah Taala, cacing gelang-gelang itu pun menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu pun menjadi kaya kerana mendapat emas dan perak. Orang pun bercerita kepada Merah Hasum tentang hal Merah Silu dikurniai Allah Taala dengan emas dan perak itu. Kata mereka, “Kakanda

Merah Silu kami lihat membawa pulang gelang-gelang itu.” Setelah mendengar khabar saudaranya itu, Merah Hasum diam tidak berkata-kata.

Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, “Marilah kita muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba hendak perkenakan kerbau itu.”

Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar.

(Dipetik daripada prosa tradisonal Merah Silu, diselenggarakan oleh ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, hal. 53 – 54, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

i. Apakah maksud rangkai kata muslihatkan kerbau jalang? 2m

ii. Berdasarkan petikan, nyatakan tiga perwatakan Merah Silu beserta contohnya.

3m

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum mendiamkan diri setelahmendengar khabar tentang saudaranya?

SKEMA

i. maksudnya berikhtiar untuk menangkap kerbau liar.

ii. …bernasib baik. cth: memperoleh emas dan perak setelah merebus cacing gegelang…pandai bekerja. cth: menyuruh orang membuat bubu untuk menangkap ikan dan anderak untuk menangkap kerbau…gigih berusaha. cth: menangkap ikan dan menjinakkan kerbau jalang walaupun baginda seorang raja.

iii. …kerana hairan tentang cacing yang boleh bertukar menjadi emas dan perak…berasa dengki kerana Merah Silu menjadi kaya-raya dengan sekelip mata…bimbang pada suatu hari nanti Merah Silu lebih kaya daripada dirinya.

SOALAN 17

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung sayam datang bermain menyabung ayam dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya.Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’l-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.”

Antara mereka yang hadir itu seorang bernama Tun Aria Benong. Tun Aria Benong tiada mahu Merah Silu dijadikan raja. Ujarnya, “Jikalau ia kita jadikan raja, nescaya anak cucu kita diperintahnya.”

Megat Iskandar bermuafakat lagi dengan segala orang dan baginda tetap hendak merajakan Merah Silu , lalu Merah Silu diangkat menjadi raja.

Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku’l-Nasar ke Rimba Jerun. Maka berperanglah Merah Silu dengan Sultan Maliku’l-Nasar. Sultan Maliku’l-Nasar berundur ke sebuah negeri bernama Benua lalu dia bertahan dan berbuat istana.

(Dipetik daripada prosa tradisional Merah Silu, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, hal. 56-57,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

i. Apakah maksud rangkai kata lalu dia bertahan? 2m

ii. Apakah tindakan Merah Silu untuk menggalakkan rakyat menyabung ayam? 3m

iii. Tuliskan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. 3m

SKEMA

i. maksudnya tabah menanggung kesusahan/sanggup menderita

ii. …orang yang kalah dalam pertaruhan menyabung ayam akan diberi semula taruhannya…orang yang datang kembali untuk menyabung ayam, diberikan seekor kerbau…sesiapa yang datang untuk menyaksikan pertandingan menyabung ayam juga, diberikan seekor kerbau.

iii. baik hati…cth: Merah Silu memberi seekor kerbau kepada sesiapa sahaja yang menyabung ayam dan menyaksikan pertandingan menyabunga ayam…bermuafakat…cth; Megat Iskandar bermesyuarat dengan pembesar negeri, orang tua-tua dan rakyat sebelum menabalkan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun….Keberanian…cth: Merah Silu menentang Sultan Maliku’l-Nasar yang enggan menerima baginda menjadi raja di Rimba Jerun.

SOALAN 18

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.

Pada suatu hari, Merah Silu pergi bermain di sungai dan melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai itu. Apabila Merah Silu pulang ke rumah, dia menyuruh orangnya membuat bubu. Setelah bubu siap, Merah Silu pergi ke hulu sungai untuk menahan bubunya.

Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya. Didapatinya bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing gelang-gelang dari dalam bubunya dan memasang semula bubunya. Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.

Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini Allah Taala kepada aku rupanya.”

Cacing gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah. Merah Silu menyuruh rebus semua cacing gelang-gelang itu. Dengan takdir Allah Taala, cacing gelang-gelang itu pun menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu pun menjadi kaya kerana mendapat emas dan perak. Orang pun bercerita kepada Merah Hasum tentang hal Merah Silu dikurniai Allah Taala dengan emas dan perak itu. Kata mereka, “Kakanda Merah Silu kami lihat membawa pulang gelang-gelang itu.” Setelah mendengar khabar saudaranya itu, Merah Hasum diam tidak berkata-kata.

(Dipetik daripada prosa tradisional Merah Silu, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, hal. 52-53,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

i. Apakah maksud rangkai kata Setelah putus bicara dua bersaudara itu? 2m

ii. Apakah tindakan Merah Silu setelah mendapati bubunya dimasuki cacing gelang?

3 m

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum tidak berkata apa-apaapabila diberitahu tentang kurniaan Allah kepada Merah Silu?

3m

SKEMA

i. …selepas Merah Silu dan Merah Hasum sama-sama bersetuju/ mencapai kata sepakat/ mencapai persetujuan

ii. …Dia tetap menahan bubunya…Dia tidak berputus asa…Dia telah merebus cacing-cacing itu

iii. …Beliau turut gembira apabila mendengar berita itu…Merah Hasum juga mungkin tidak berminat untuk mengambil tahu tentang hal itu… Merah Hasum mempunyai banyak urusan lain yang perlu difikirkan.

SOALAN 19

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaya itu, “Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka,”Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang ditengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rumput yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

i. Apakah maksud rangkai kata sebab ia membantunkan rambut sehelai yang ditengah-tengah kepala Puteri Betong? 1m

ii. Mengapakah Raja Ahmad terlalu marah dengan Merah Gajah? 3m

iii. Pada pendapat anda, mengapakah peperangan banyak mendatangkankeburukan berbanding dengan kebaikan? 4m

SKEMA

i. …maksudnya Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut bersama-sama akarnya yang terletak di kepala Puteri Betong

ii. …kerana Merah Gajah telah menyebabkan baginda kehilangan anakandanya, iaitu Puteri Betong setelah rambutnya yang berwarna keemasan dicabut oleh Merah Gajah.

iii. Peperangan mendatangkan banyak keburukan kerana akan menyebabkan banyak nyawa terkorban…peperangan juga mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan kestabilan negara terancam.

SOALAN 20

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua belah pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu,” Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita

dapat diam di sana.”Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik,

mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada prosa klasik ’Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata putus bicara berdasarkan petikan di atas. 1m

ii. Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad. 3m

iii Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangan.Nyatakan empat cara.

4m

SKEMA

I. …bermaksud selepas tamat berunding/berbicara

ii. …Raja Muhammad dan Raja Ahmad mati dalam peperangan…banyak askar yang mati…Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlanga…Mereka membuka sebuah perkampungan baru di negeri Beruana

iii. …mengadakan perundingan antara kedua-dua belah pihak yang bersengketa…berdamai bagi menyelesaikan persengketaan…melantik orang tengah bagi menyelesaikan masalah…saling bermaafan…membayar ganti rugi kepada pihak yang menuntut.

SOALAN 21

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua belah pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu,” Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya

dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”

Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada prosa klasik ’Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah maksud rangkai kata matahari mati yang terdapat dalam petikan tersebut? 2m

ii. Terangkan perkara yang berlaku selepas peperangan yang dilancarkan oleh Raja Ahmad. 3m

iii. Pada pendapat anda, wajarkah sesuatu perkara itu diselesaikan melalui peperangan? Berikan alasan anda. 3m

SKEMA

i. maksudnya matahri terbenam.

ii. …ramai askar daripada kedua-dua belah pihak mati dan cedera dalam pertempuran…Raja Ahmad dan Raja Muhammad terbunuh…Merah Silu dan Merah Hasum kehilangan datuk dan ayah dan mereka berpindah ke Beruana.

iii. ….perlu cari jalan penyelesaian lain kerana berperang bukannya cara yang terbaik…masalah tidak dapat diselesaikan dengan mengorbankan nyawa yang tidak berdosa…merosakkan harta benda akan menimbulkan pembaziran wang

dan tenaga untuk membaiki harta yang dirosakkan serta mengakibatkan pencemaran.