menurut fiedler

Upload: mohd-nazrin-osien

Post on 08-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

uuu

TRANSCRIPT

Guru baharu lepasan IPGM dilantik oleh pihak sekolah sebagai pemimpin guru-guru berpengalaman tetapi meraka tidak mempunyai pengkhususan yang diperlukan. Ini menyebabkan mereka perlu mengadaptasi situasi tersebut untuk memastikan tugas-tugas yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan baik berdasarkan teori kontingensi Fiedler. Teori kontingensi menganggap bahwa kepemimpinan adalah suatu proses di mana kemampuan seorang pemimpin untuk melakukan pengaruhnya tergantung dengan situasi tugas kelompok (group task situation) dan tingkat-tingkat daripada gaya kepemimpinannya, kepribadiannya dan pendekatannya yang sesuai dengan kelompoknya. Dengan perkataan lain, menurut Fiedler, seorang menjadi pemimpin bukan karena sifat-sifat daripada kepribadiannya, tetapi karena berbagai faktor situasi dan adanya interaksi antara Pemimpin dan situasinya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa setiap orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Model Contingency dari kepemimpinan yang efektif dikembangkan oleh Fiedler (1967) . Menurut model ini, maka the performance of the group is contingen upon both the motivasional system of the leader and the degree to which the leader has control and influence in a particular situation, the situational favorableness (Fiedler, 1974:73). Dengan perkataan lain, tinggi rendahnya prestasi kerja satu kelompok dipengaruhi oleh sistem motivasi dari pemimpin dan sejauh mana pemimpin dapat mengendalikan dan mempengaruhi suatu situasi tertentu.Menurut fiedler, beliau telah membahagikan tiga cara memimpin ahli organisasi. Cara pertama kedudukan kuasa, struktur tugas dan hubungan ketua dengan ahlinya. Kedudukan kuasa ini, guru ipgm ini akan menggunakan kuasa yang ada untuk memimpin organisasi yang ada didalamnya guru-guru berpengalaman. Guru ipgm ini akan berada di sisi guru-guru berpengalaman. Guru ipgm ini akan menjadi mentor atau guru bimbingan kepada mereka. Guru ipgm ini perlu bijak untuk menggunakan kuasa yang ada supaya guru berpengalaman tidak berasa hati kerana mereka lebih senior. Guru ipgm ini boleh bertukar dan berkongsi pengalaman bersama-sama supaya organisasi tersebut dapat berjalan dengan baik. Guru ipgm ini juga perlu mendengar pendapat guru-guru berpengalaman ini supaya kerja mereka menjadi lebih teratur dan kemas. Guru ipgm boleh memberi motivasi kepada guru berpengalaman ini supaya dapat meningkatkan kualiti kerja mereka. Kerjasama antara guru tersebut akan menjadi cemerlang dan berjaya dalam satu organisasi yang telah diwujudkan.Hubungan pemimpin dengan ahli kumpulan. Seorang ketua perlu mewujudkan hubungan dua hala dalam organisasi ini. Guru ipgm tidak boleh mengeluarkan arahan tanpa persetujuan guru berpengalaman. Guru ipgm ini perlu bermesyuarat atau mendengar pendapat guru berpengalaman ini supaya tidak timbul masalah yang tidak diingini. Guru ipgm ini perlulah bijak mengurus hubungan diantara mereka supaya kerjasama dalam organisasi ini dapat berjalan dengan lancar. Guru ipgm ini perlu mewujudkan sifat bekerjasama dan berkasih sayang supaya mereka tidak bergaduh dan sentiasa menjalankan tugas dengan positif dan terbuka.Cara yang ketiga ialah struktur tugas. Guru perlu membahagikan tugas mengikut kemahiran dan kemampuan setiap ahli organisasi. Guru ipgm ini boleh membantu mereka dalam menjalankan tugas yang diagihkan. Guru ipgm ini akan memberi tugas kepada guru berpengalaman mengikut kematangan atau aras tugas tersebut. Guru ipgm ini boleh mengagihkan guru berpengalaman di dalam satu kumpulan kecil mengikut senioriti di dalam sebuah organisasi ini.