meningkatkan kemahiran menjawab soalan 1 kertas 2 prinsip ... · pdf filesepanjang tempoh...

4
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 1 KERTAS 2 PRINSIP AKAUN PERAKAUAN DENGAN KAEDAH DJT-LID Oleh PATIMAH BINTI IBRAHIM SMK METHODIST AYER TAWAR, 32400 AYER TAWAR, PERAK 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Secara umum, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di SMK Methodist Ayer Tawar adalah rendah. Kebanyakan pelajar yang mengambil matapelajaran ini terdiri daripada mereka yang sederhana dan rendah pencapaian dalam PMR. Mereka sukar memahami dengan baik topik-topik yang dipelajari. Sikap pelajar juga menyumbang kepada masalah ini kerana mereka tidak membuat latihan kendiri. Mereka merasakan soalan ini sangat rumit dan panjang. Manakala guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membimbing pelajar-pelajar di dalam kelas kerana ia mengambil masa yang panjang untuk disiapkan. Dengan hanya menjawab satu atau dua soalan sahaja tidak memadai untuk memantapkan kefahaman pelajar bagi menjawab soalan ini. 2.0 Isu Keprihatinan/Fokus Kajian Kajian ini adalah untuk menggalakkan pelajar membuat lebih banyak latihan disamping mengenalpasti teknik menjawab Soalan 1 Kertas 2 yang betul. Kaedah DJT-LID merupakan kaedah biasa yang digunakan. Namun demikian sebahagian besar pelajar tidak peka dengan langkah-langkah tersebut. Dengan memberi singkatan kepada proses ini, ia akan memudahkan pelajar mengingati langkah-langkah menjawab yang lebih sistematik. Markah yang diperuntukkan bagi soalan ini ialah 29 markah daripada jumlah 80 markah Kertas 2. Soalan ini merupakan soalan wajib setiap tahun yang diambil dari 4 topik yang sama dari sukatan Tingkatan 4. Pelajar wajar memberi tumpuan kepada topik yang pasti keluar dan menyumbang markah yang banyak. 3.0 Objektif Kajian. 3.1 Objektif Umum Meningkatkan peratus kelulusan matapelajaran Prinsip Perakaunan 2007 dari segi kualiti dan kuantiti. 3.2 Objektif Khusus i. Meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab Soalan 1 Kertas 2 Prinsip Perakaunan. ii. Menggalakkan pelajar membuat lebih banyak latihan dan mendedahkan mereka kepada kaedah menjawab yang lebih sistematik iii. Meningkatkan kefahaman pelajar bagi topik-topik yang berkaitan. 4.0 Kumpulan Sasaran 10 orang pelajar yang dipilih adalah terdiri daripada mereka yang menunjukkan kesungguhan dan minat semasa P&P dijalankan. Mereka telah menyiap dan melengkapkan latihan yang diberi.

Upload: nguyendiep

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 1 KERTAS 2 PRINSIP ... · PDF fileSepanjang tempoh mengajar Prinsip Perakaunan di ... memeriksa skrip jawapan ... Analisis dokumen markah Peperiksaan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 1 KERTAS 2 PRINSIP

AKAUN PERAKAUAN DENGAN KAEDAH DJT-LID

Oleh

PATIMAH BINTI IBRAHIM SMK

METHODIST AYER TAWAR,

32400 AYER TAWAR,

PERAK

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Secara umum, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di SMK

Methodist Ayer Tawar adalah rendah. Kebanyakan pelajar yang mengambil

matapelajaran ini terdiri daripada mereka yang sederhana dan rendah pencapaian

dalam PMR. Mereka sukar memahami dengan baik topik-topik yang dipelajari. Sikap

pelajar juga menyumbang kepada masalah ini kerana mereka tidak membuat latihan

kendiri. Mereka merasakan soalan ini sangat rumit dan panjang. Manakala guru tidak

mempunyai masa yang mencukupi untuk membimbing pelajar-pelajar di dalam kelas

kerana ia mengambil masa yang panjang untuk disiapkan. Dengan hanya menjawab

satu atau dua soalan sahaja tidak memadai untuk memantapkan kefahaman pelajar

bagi menjawab soalan ini.

2.0 Isu Keprihatinan/Fokus Kajian

Kajian ini adalah untuk menggalakkan pelajar membuat lebih banyak latihan

disamping mengenalpasti teknik menjawab Soalan 1 Kertas 2 yang betul. Kaedah

DJT-LID merupakan kaedah biasa yang digunakan. Namun demikian sebahagian

besar pelajar tidak peka dengan langkah-langkah tersebut. Dengan memberi singkatan

kepada proses ini, ia akan memudahkan pelajar mengingati langkah-langkah

menjawab yang lebih sistematik. Markah yang diperuntukkan bagi soalan ini ialah

29 markah daripada jumlah 80 markah Kertas 2. Soalan ini merupakan soalan wajib

setiap tahun yang diambil dari 4 topik yang sama dari sukatan Tingkatan 4. Pelajar

wajar memberi tumpuan kepada topik yang pasti keluar dan menyumbang markah

yang banyak.

3.0 Objektif Kajian.

3.1 Objektif Umum Meningkatkan peratus kelulusan matapelajaran Prinsip Perakaunan 2007 dari

segi kualiti dan kuantiti.

3.2 Objektif Khusus i. Meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab Soalan 1 Kertas 2 Prinsip

Perakaunan.

ii. Menggalakkan pelajar membuat lebih banyak latihan dan mendedahkan

mereka kepada kaedah menjawab yang lebih sistematik

iii. Meningkatkan kefahaman pelajar bagi topik-topik yang berkaitan.

4.0 Kumpulan Sasaran

10 orang pelajar yang dipilih adalah terdiri daripada mereka yang menunjukkan

kesungguhan dan minat semasa P&P dijalankan. Mereka telah menyiap dan

melengkapkan latihan yang diberi.

Page 2: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 1 KERTAS 2 PRINSIP ... · PDF fileSepanjang tempoh mengajar Prinsip Perakaunan di ... memeriksa skrip jawapan ... Analisis dokumen markah Peperiksaan

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan

analisa dokumen.

5.1.1 Pemerhatian

Sepanjang tempoh mengajar Prinsip Perakaunan di sekolah ini didapati pelajar-

pelajar sering merungut apabila dimaklumkan bahawa soalan dari tajuk dokumen

akan keluar dalam peperiksaan atau ujian penilaian. Semasa pelajar menjawab

soalan juga didapati mereka tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Mereka juga tidak

dapat mengenalpasti jenis urusniaga dengan tepat dan menentukan buku-buku

perakaunan yang diperlukan. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila

memeriksa skrip jawapan pelajar.

5.1.2 Analisa Dokumen

Analisis dokumen markah Peperiksaan Akhir Tahun 2006, didapati tidak ada

pelajar yang mendapat gred A dan gred B. Seramai 9 pelajar mendapat gred C, 10

pelajar mendapat gred D dan 6 pelajar gagal.

Jadual Pencapaian Pelajar Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2006

Gred Peperiksaan Akhir Tahun

2006 A - B - C 9 D 10 E 6 Jumlah 25

5.2 Perancangan Tindakan

Dalam usaha meningkatkan pencapaian murid, saya memfokuskan kepada satu soalan

yang merupakan soalan wajib dan menyumbang markah yang banyak. Saya memberi

penekanan kepada kaedah DJT-LID iaitu langkah-langkah membuat catatan

perakaunan dari dokumen sumber. Saya perlu memastikan pelajar membuat

sebanyak mungkin latihan pengukuhan. Soalan akan diedarkan kepada semua pelajar.

Pelajar yang menyiapkan dengan lengkap dan menghantar latihan yang mencukupi

sahaja diambil kira dalam kajian ini.

5.3 Pelaksanaan Tindakan

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. 10 set soalan latihan

telah diedarkan kepada pelajar secara berperingkat. Pelajar menjawab soalan Set 1

dengan bimbingan guru. Pelajar akan mengikut langkah-langkah menjawab

berdasarkan arahan guru. Pelajar menjawab soalan Set 2,3 dan 4 secara kendiri.

Satu penilaian telah dibuat dalam set 5. Seterusnya pelajar menjawab set 6,7,8 dan 9

secara kendiri. Akhir sekali, guru membuat pemerhatian semasa pelajar menjawab

set 10 yang merupakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007. Pemerhatian

terhadap susunan kertas jawapan, susunan jawapan dan isi jawapan yang ditulis juga

dibuat semasa guru memeriksa kertas jawapan pelajar.

Page 3: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 1 KERTAS 2 PRINSIP ... · PDF fileSepanjang tempoh mengajar Prinsip Perakaunan di ... memeriksa skrip jawapan ... Analisis dokumen markah Peperiksaan

5.4 Refleksi Kajian Markah yang dianalisa di bahagian 5.1.2 adalah pencapaian pelajar dalam menjawab

Kertas 1 dan Kertas 2. Manakala tumpuan kajian ini adalah kepada pencapaian

pelajar dalam menjawab Soalan 1 Kertas 2 sahaja. Markah 10 pelajar sahaja yang

diambil kira kerana telah melengkapkan latihan pengukuhan bagi 5 set soalan yang

dipilih. Hanya 5 set yang diambil kira dalam kajian ini kerana ramai pelajar tidak

menyiapkan 10 latihan yang diberikan. Manakala guru mempunyai kekangan masa

untuk memeriksa kertas-kertas latihan tersebut.

Perbandingan Markah 5 Set Soalan 1 Kertas 2

Pelajar Set 1 Set 2 Set 3 Set 4 Set 5 1 18.3 10.2 16.3 19.3 19.7 2 14.5 16.1 16.9 17.8 19.2 3 11.6 12.6 17.3 10.8 11.9 4 22.3 22.8 24.5 26.1 26.6 5 15.0 16.5 16.9 17.0 17.3 6 10.1 24.5 17.9 18.0 14.3 7 17.9 18.5 19.2 19.3 19.2 8 18.8 20.3 23.1 25.3 25.9 9 7.2 9.6 19.9 15.5 13.2

10 10.1 12.5 18.5 21.8 26.8

Berdasarkan jadual di atas terdapat peningkatan markah bagi 6 pelajar manakala 4

pelajar menunjukkan perubahan yang tidak seragam di mana terdapat naik dan turun

dalam markah mereka. Bagi pelajar yang menunjukkan peningkatan yang positif

dalam set 5, saya pasti latihan pengukuhan ini banyak membantu mereka untuk

menjawab soalan peperiksaan tersebut.

Walau bagaimanapun, statistik di atas tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar

pelajar. Ini kerana terdapat kemungkinan pelajar menyalin jawapan rakan. Saya

tidak dapat memastikan pelajar yang menjawab soalan dirumah menjawab dengan

sendiri. Ini kerana, saya dapati terdapat persamaan dalam jawapan yang diberikan.

Walau bagaimanapun, didapati kajian tindakan ini dapat meningkatkan kefahaman

pelajar untuk menjawab Soalan 1 Kertas 2 kerana mereka telah membuat latihan

pengukuhan yang diberikan.

Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan sendiri soalan ini

akan meningkatkan motivasi diri untuk menjawab lebih banyak soalan-soalan

seterusnya.

6.0 Cadangan Tindakan

Berdasarkan kajian ini saya dapati apabila pelajar diberi penekanan terhadap teknik

menjawab soalan, ia akan dapat meningkatkan prestasi mereka. Guru juga dapat

mengenalpasti kebolehan pelajar dengan lebih baik semasa memeriksa kertas

jawapan. Sekiranya pelajar membuat semua latihan yang diberikan dengan sendiri,

mereka akan dapat mengenalpasti perkara-perkara penting yang perlu diberi

perhatian semasa menjawab. Selain daripada itu, ia akan meningkatkan kefahaman

pelajar terhadap isi pelajaran.

Bagi menyelesaikan masalah tidak mahu mencuba, saya akan menjalankan satu

program Buddy S ystem di mana pelajar yang telah dikenalpasti kebolehan mereka

akan membimbing rakan-rakan yang lemah secara berkumpulan. Guru dan ketua

Page 4: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 1 KERTAS 2 PRINSIP ... · PDF fileSepanjang tempoh mengajar Prinsip Perakaunan di ... memeriksa skrip jawapan ... Analisis dokumen markah Peperiksaan

kumpulan akan menyediakan soalan dan jawapan. Ketua kumpulan akan memastikan

ahli-ahli dalam kumpulan mendapatkan jawapan secara indidvidu sebelum

membandingkan dengan jawapan yang disediakan. Ini akan meningkatkan jumlah

latihan kepada pelajar selain daripada mengelakkan pelajar menyalin jawapan rakan

tanpa memahaminya. Program ini akan dijalankan dua kali sebulan pada hari Khamis

selepas waktu sekolah. Program ini juga dapat meringankan beban memeriksa kertas

jawapan oleh guru.