meningkatkan daya fikir

10
Kadang kala istilah emosi sukar ditafsirkan kerana ia lebih banyak merujuk kepada hal peribadi sebagai manusia. Kita pasti tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan ini adalah disebabkan tahap pemahaman diri seseorang itu begitu rendah ketika cuba memahami maksud yang ingin disampaikan oleh rakan. Disebabkan itu, konflik mungkin berlaku apabila individu itu mempunyai tahap kecerdasan emosi yang cukup rendah yang menyebabkan mereka kurang peka dengan persekitaran dan perasaan orang yang berada di sisi mereka. Begitu juga dengan perasaan diri sendiri, mereka mungkin tidak tahu kemahuan diri ataupun tidak tahu mengawal diri apabila berlaku kejadian yang tidak diingini. Terdapat tiga aspek emosi iaitu dapat dijelaskan dengan perkataan, seperti mimik muka, bahasa badan, postur dan Physiological-biochemical (aktiviti otak, suhu badan, kadar denyutan jantung). Hanya aspek behavior-expressive dapat dilihat dengan jelas manakala dua aspek yang lain biasanya sukar dilihat.

Upload: ameer-al-asyraf-muhamad

Post on 04-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Meningkatkan Daya Fikir

TRANSCRIPT

Kadang kala istilah emosi sukar ditafsirkan kerana ia lebih banyak merujuk kepada hal peribadi sebagai manusia

Kadang kala istilah emosi sukar ditafsirkan kerana ia lebih banyak merujuk kepada hal peribadi sebagai manusia. Kita pasti tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan ini adalah disebabkan tahap pemahaman diri seseorang itu begitu rendah ketika cuba memahami maksud yang ingin disampaikan oleh rakan.

Disebabkan itu, konflik mungkin berlaku apabila individu itu mempunyai tahap kecerdasan emosi yang cukup rendah yang menyebabkan mereka kurang peka dengan persekitaran dan perasaan orang yang berada di sisi mereka. Begitu juga dengan perasaan diri sendiri, mereka mungkin tidak tahu kemahuan diri ataupun tidak tahu mengawal diri apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.

Terdapat tiga aspek emosi iaitu dapat dijelaskan dengan perkataan, seperti mimik muka, bahasa badan, postur dan Physiological-biochemical (aktiviti otak, suhu badan, kadar denyutan jantung). Hanya aspek behavior-expressive dapat dilihat dengan jelas manakala dua aspek yang lain biasanya sukar dilihat.

Istilah kecerdasan emosi mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh pakar-pakar psikologi Peter Salovey (Universiti Harvard) dan John Mayer (Universiti New Hampshire). Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti penting bagi mencapai kejayaan.

Kemudian Daniel Goleman (1995) menulis dalam bukunya Emotional Intelligence dan berjaya membangkitkan kesedaran orang ramai tentang konsep ini. Konsep ini bermula dengan implikasinya dalam mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan merangkumi hubungan manusia.

Seandainya individu itu berkebolehan mengenal perasaan atau emosi apabila ianya timbul, individu itu mempunyai sedikit kesedaran kendiri dan seterusnya kecerdasan emosi. Sekiranya individu itu dapat mengenali emosi secara mendalam, beliau merasa lebih mudah menjalani kehidupannya.

Perkara paling penting dalam pembentukan kesedaran kendiri adalah keupayaan memberi perhatian kepada gerak hatinya. Dengan mengenali gerak hatinya, maka dia dapat bertindak untuk kebaikan dirinya sendiri.

Definisi

EmosiBerdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti sedih, marah dan lain-lain). Oxford Advanced Learners Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan). The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi.

KecerdasanBerdasarkan pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca, menulis, menghitung, berketrampilan daripada segi kata dan angka yang menjadi fokus pendidikan formal sekolah. Ia mengarahkan individu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Pandangan baru yang berkembang adalah tentang wujudnya kecerdasan lain di luar IQ seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial, hubungan sosial, kematangan emosional dan aspek-aspek lain yang harus juga dikembangkan.

Kecerdasan EmosiKecerdasan emosi mencakupi:

pengendalian diri, semangat dan ketekunan

kemampuan memotivasi diri sendiri

bertahan menghadapi kekecewaan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati

menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain (empati)

berdoa bagi memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan menyelesaikan konflik

memimpin. Keterampilan ini dapat diajarkan kepada anak-anak. Orang-orang yang dikuasai dorongan hati kurang memiliki kendali diri yang mampu membuatkan mereka menderita kerana kekurangan motivasi.

Berdasarkan pengalaman, apabila suatu masalah yang melibatkan individu perlu membuat keputusan dan tindakan, aspek perasaan sama pentingnya dan kadang kala lebih penting daripada naluri. Emosi itu memperkayakan model pemikiran dan orang yang tidak menghiraukan emosi adalah orang yang mempunyai model pemikiran yang jumud. Nilai-nilai yang lebih tinggi dalam perasaan manusia seperti kepercayaan, harapan, pengabdian dan cinta, semuanya lenyap dalam pandangan kognitif yang dingin. Kita sudah terlalu lama menekankan pentingnya IQ dalam kehidupan manusia. Bagaimanapun, kecerdasan tidaklah bererti apa-apa apabila emosi berkuasa. Kecerdasan emosi dapat menambahkan sifat-sifat yang membuat kita menjadi lebih manusiawi.

Konsep EQ atau Emotional Intelligence yang juga dikenali sebagai kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ. Goleman (1995) menyatakan, 80% kejayaan individu adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mental. Pendapat ini adalah sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih kecerdasan otak (IQ) supaya lebih berjaya dalam hidup. Individu itu mestilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan berhubung dan berkomunikasi secara sihat dengan orang lain.

Jelas dilihat peranan hati menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ). Ia mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman tentang peranan EQ bagi menjana kejayaan dalam hidup adalah tidak dapat dinafikan.

Menurut Mayer dan Salovey (1993), merupakan pelopor yang mula-mula memperkenalkan konsep EQ ini. Menurut mereka;

Emotional Intelligence allows us to think more creatively and to use our emotions to solve problems. Emotional Intelligence probably overlaps to some extent with general intelligence.

Mayer dan Salovery seterusnya menyatakan ;The emotionally intelligent person is skilled in four areas: identifying emotions, using emotions, understanding emotions and regulating emotions.

Konsep ini menjelaskan bahawa individu yang berupaya mengenal pasti ataupun menyedari emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya dan mengawal emosinya, mereka dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ).

Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau menyatakan EQ mengandungi beberapa faktor iaitu memahami emosi sendiri, kebolehan mengendalikan emosi, memotivasikan diri, menyedari emosi orang lain, dan mengendalikan hubungan silaturahim dengan orang lain.

Mayer dan Salovey mengkategorikan EQ kepada enam domain iaitu:

1. Kesedaran kendiri Kecerdasan paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan dapat memberikannya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran, perasaan dan tindakan. Menyedari tentang pemikiran yang mana (jenis apa) yang mampu merangsang perasaan tertentu serta menyedari apakah perasaan yang akan terbit akibat satu-satu tindakan.

2. Mengendalikan emosiAdalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada di sebalik satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan memberi kesan yang mendalam pada kebolehan bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang selalunya dikuasai oleh fahaman negatif. Harapan dan rasa optimis adalah harta yang amat berguna bagi kejayaan. Adalah penting kita mencari jalan meredakan perasaan meluap kerana marah ataupun kecewa. Kita cuba memahami apa yang terjadi apabila emosi amarah menggelodak seandainya tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak akibat baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada perkara positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

3. Timbang rasa Kebolehan menguasai suatu keadaan dan dapat bertindak bijak memerlukan keprihatinan kita pada perasaan orang lain dan melihat dari kaca mata orang lain. Timbang rasa yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita terlalu beremosi (emosional) adalah penting. Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain daripada tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah amat penting.

4. BerhubungKebolehan menjalin hubungan silaturahim yang sihat mempunyai kesan positif kepada semua yang terlibat. Sedar tentang jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan pada orang lain. Kegirangan dan pengharapan adalah berkaitan seperti jugapesimis dan perasaan negatif. Kebolehan melahirkan perasaan atau pendapat tanpa melahirkan kemarahan atau kedongkolan adalah kunci kejayaan.

5. KerjasamaKebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak menjadi ketua atau pemimpin dan bila pula menjadi pengikut adalah amat penting dalam kerjasama. Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak pada paksaan atau kuasa tetapi lahir daripada kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat bekerjasama antara satu sama lain secara baik bagi mencapai satu tujuan bersama. Menyedari tentang kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan dalam menghasilkan satu-satu kebaikan daripada memberi arahan atau mengkritik. Pada masa yang sama, adalah amat perlu kita menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menyedari kesan atau akibat daripada keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen dengan tidak berbelah bagi.

6. Menyelesaikan konflik Dalam menyelesaikan masalah kita perlu memahami mekanisme yang hendak digunakan. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dihantui atau terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara lebih rasional. Penyelesaian kepada konflik dapat dicapai dengan menggunakan kebolehan emosi seperti yang dibincangkan di atas. Dipetik daripada: Petikan Bab 2, buku Meningkatkan Daya Fikir