mengapa saya memilih islam (bahagian 1)

Upload: iqbal86

Post on 30-May-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    1/13

    Kompilasi Kisah

    Saudara Baru Islam

    Josh Hassan, yahudi peluk Islam

    Yusuf Estes terima hidayah dalam satu malam

    Klik Pada Kisah Pilihan Anda

    Feel free to visit :Http://iqbal86.blogspot.com

    Muhammad Ibrahim Ravi peluk Islam

    selepas puas mengkaji

    Bahagian 1

    http://iqbal86.blogspot.com/http://iqbal86.blogspot.com/http://testi-iqbal86.blogspot.com/
  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    2/13

    Josh Hassan, yahudi peluk Islam

    Susunan SITI AINIZA KAMSARI(Utusan Malaysia)

    Jika saya tidak memeluk Islam, mungkin saya seorang penganut Hindu atau seorang Kristian.

    Tetapi mengapa saya hendak menyembah seorang Nabi (Nabi Isa a.s) sedangkan baginda

    sendiri tidak pernah mengaku dirinya mempunyai ciri-ciri ketuhanan untuk disembah oleh

    manusia.

    Demikian pengakuan Josh Hassan, yang dilahirkan sebagai Yahudi. Menjelang usia 10 tahun,

    kedua-dua orang tua saya memasukkan saya ke Conservative Syanagogogue. Ia terletak di

    Brookline, Massachussetts yang majoriti penduduknya terdiri dari bangsa Yahudi. Saya

    dihantar ke situ semata-mata bagi mempelajari bahasa Hebrew dan mendalami agama Yahudi

    itu sendiri.

    Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada Yahudi dari Israel yang berjaya membuatkan saya

    percaya kepada kebenaran agama itu. Di usia semuda itu, saya seorang yang percaya kepadawujudnya tuhan. Juga begitu berminat untuk membaca kisah-kisah dari Kitab Taurat dan KitabPerjanjian Lama yang kesemua ini menjadikan saya menjadi seorang kuat berpe- gang kepada

    Yahudi melebihi dari ibu bapa saya sendiri dan rakan-rakan saya yang lain.

    Begitu pun ketika dalam pengajian mengenai Yahudi dan Israel di Rumah Ibadat Yahudi itu

    saya ditemukan dengan satu agama yang agak baru kepada saya, iaitu Islam. Namun yang

    lebih mengejutkan apabila Islam juga mempercayai Tuhan yang Satu 'sebagaimana' ajaran

    utama Yahudi. Saya begitu tertarik dengan kepercayaan umat Islam terhadap Allah, kitab suci

    mereka al-Quran serta menunaikan haji ke Mekah.

    Namun, oleh kerana pengajian di situ mempunyai agenda tersembunyi iaitu tarikan kuat

    terhadap Israel, fikiran saya telah kuat dipengaruhi bahwa Islam terdiri daripada pengganas-pengganas yang sentiasa bertindak kejam dengan menjadikan orang Yahudi sebagai sasaran

    serangan letupan dinamit.

    Saya perlu berpegang teguh bahawa orang Yahudi, merupakan umat terpilih dan orang Arab

    itu, terdiri daripada mereka yang kesemuanya jahat belaka. Sejak itu saya tidak lagi mendengar

    mengenai Islam sehinggalah pada tahun 1999.

    Dalam tempoh itu, terutamanya dari tahun 1994 hingga 1995 keluarga saya telah menukar

    daripada ajaran Yahudi yang ortodoks kepada yang lebih liberal yang kami panggil Yahudi

    Baru (Reform Jews). Melaluinya Rabbi kami bukan lagi kosher. Namun di suatu saat sayamula meragui kemampuan Rabbi, iaitu seorang pemimpin suci sebagai lelaki yang memimpin

    kesemua penganut Yahudi supaya mendekati Tuhan.

    Kekecewaan terhadap agama Yahudi yang semakin tumbuh dalam diri menyebabkan tanpa

    ada pilihan lain, minat saya kembali semua kepada agama Kristian.

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    3/13

    Saya berasa agak kagum ketika itu melihatkan agama Nasrani ini kerana sepertinya agama itu

    mempunyai kekuatan yang tersendiri setelah sedikit demi sedikit saya mendapati Yahudi

    merupakan agama yang korup.

    Lalu saya melangkahkan kaki buat pertama kali dalam upacara sembahyang di sebuah gereja

    dan cuba bercakap dengan para paderi ketika itu. Tetapi saya menghadapi saat yang paling

    sukar yang pernah saya lalui untuk mempercayai Nabi Isa a.s sebagai dewa atau tuhan yang

    layak untuk disembah. Tetapi saya terpaksa memaksa diri saya untuk menyembah kepada

    'Anak Tuhan' itu dengan sedaya upaya tetapi saya masih tidak menemui jawapan.

    Oleh kerana saya masih keliru, saya terus mempelajari Catechism (Soal Jawab Kristian) dan

    mengikut upacara sembahyang tanpa saya melakukan upacara baptis terlebih dahulu. Tambah-

    an pula, saya belum boleh diterima dalam mazhab Katholik kerana seseorang yang hendak

    memeluk Katholik perlu mempelajari terlebih dahulu selama sembilan bulan.

    Tetapi andai kata saya meninggal dunia sebelum sempat sembilan bulan, adakah para paderi

    tersebut akan bertanggungjawab terhadap status agama saya. Sedangkan mereka tahu saya

    mempunyai niat memeluk Kristian.

    Saya akhirnya tidak mampu untuk menerima Kristian kerana seperti yang saya dengar sebe-

    lum ini dan seperti yang saya pelajari, agama itu dipenuhi doktrin-doktrin yang tidak benar.

    Pada 26 Januari 1999 saya terus berhenti menghadiri kelas-kelas mengenai ajaran Kristian.Tindakan itu begitu menggembirakan orang tua saya.

    Tetapi saya masih percaya mengenai wujudnya Tuhan Yang Satu dan sehinggalah pada suatu

    hari ketika berada di sebuah perpustakaan dan melalui rujukan saya melalui Ensiklopedia

    Britannica saya menjumpai kisah Nabi Muhammad SAW.

    Namun saya amat sedih apabila diceritakan mengenai baginda dikatakan telah menyembelih

    kesemua orang Yahudi yang berasal daripada pelbagai kabilah terutama semasa baginda

    berhijrah ke Madinah.

    Saya berasa sungguh marah dan keliru dalam masa yang sama, saya telah diajar sedari dulumengenai tindakan Rasulullah yang membunuh dan menyembelih orang Yahudi menyebab-

    kan kini saya seolah-olah telah kehabisan pilihan.

    Namun saya tahu bahawa ensiklopedia itu juga korup dan saya bercadang untuk mengenali

    rumah ibadat dalam islam iaitu masjid seperti yang disebut dalam ensiklopedia itu.

    Sehinggalah pada 28 Februari 1999 saya ternampak sebuah masjid di Jalan Prospect di Boston

    dan tanpa membuang masa saya mengunjungi masjid tersebut.

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    4/13

    Hati saya begitu berdebar-debar kerana saya mudah dikenali sebagai Yahudi dengan identiti

    yang saya miliki. Sehinggalah saya dibawa menemui anggota jemaah masjid tersebut sebaik

    sahaja mereka selesai melakukan ibadat.

    Saya menyatakan hasrat untuk mempelajari Islam kepada mereka dan tanpa disangka-sangka

    perkara tersebut disambut baik oleh mereka. Saya umpama dihujani hadiah dalam satu masa

    yang sama, apabila kesemua lelaki di masjid itu berlumba-lumba memberi penerangan menge-

    nai Islam kepada saya.

    Saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan dan merasakan tempoh untuk saya

    memeluk Islam semakin dekat dan saya cukup bersedia untuk melafazkan kalimah syahadah.

    "Tetapi adakah anda pasti? Anda tidak dipaksa untuk melakukan perkara ini (memeluk Islam!),"

    ujar mereka dalam nada bersaudara dan mesra. Saya agak terkejut dan mengakui saya tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan sehinggalah saya benar-benar mantap

    dan mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

    Jadi, hari itu saya belum memeluk Islam secara rasmi. Namun ia merupakan hari Sabtu yang

    indah apabila kami terus berkenalan daripada semua anggota jemaah masjid yang terdiri

    daripada pelbagai bangsa dan berbeza latar belakang.

    Saya mendapati mereka semua mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, iaitu menyembah

    Tuhan yang satu, iaitu Allah SWT. Sehinggalah pada 6 Mei 2000, saya kembali kemasjid, yang ketika itu saya perhatikan para jemaah sedang menunaikan solat zuhur dan sujud

    kepada

    Allah.

    Saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama. Sejurus selesai mereka berjemaah, saya tampil

    untuk memeluk Islam secara rasmi. Dalam seumur hidup saya, mengucap dua kalimah syaha-

    dah itu kemudiannya didapati merupakan perkara terbaik yang pernah saya lakukan. Tetapi

    kalaulah saya melakukan lebih awal lagi, tidakkah itu adalah lebih baik lagi?!.

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    5/13

    Yusuf Estes terima hidayah dalam satu malam

    Susunan: ZUNAIDAH ZAINON(Utusan Malaysia)

    HIDAYAH datang tanpa disangka. Walau sehebat mana sekalipun menangkis, namun atas

    kehendak Allah s.w.t., maka kita akan menerimanya dengan hati yang reda. Begitulah yang

    melanda kehidupan seorang paderi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Yusuf Estes hingga

    beliau menerima Islam sebagai pengabadian hidup.

    Ramai orang bertanya kepada saya, bagaimana pengkhutbah atau paderi boleh memeluk Islam

    terutamanya setelah mengetahui semua perkara negatif mengenai Islam hampir setiap hari.

    Bagaimanapun, saya menyifatkan pengislaman ini sebagai perkara yang cukup berharga

    setelah menerima hidayah Allah s.w.t, ujarnya yang merupakan paderi tentera di

    Penjara Awam AS.

    Yusuf Estes dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat pegangan Kristian di Midwest.

    Keluarganya bukan sahaja membina gereja dan sekolah tetapi merupakan orang pertama yangmeneroka kawasan tersebut. Beliau masih berada di sekolah rendah semasa ditempatkan diHouston, Texas pada 1949.

    Saya selalu mengikut keluarga ke gereja dan dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena,

    Texas. Sebagai remaja, minat untuk mengunjungi gereja-gereja lain dan mendalami ajaran dan

    kepercayaan Kristian semakin bercambah.

    Pada masa yang sama, saya turut berminat mengkaji agama lain termasuklah Hindu, Yahudi,

    Buddha, Metafizik dan kepercayaan asal orang Amerika. Tetapi entah kenapa, saya tidakmengkaji Islam secara serius berbanding agama-agama tersebut, ceritanya mengimbas kenan-

    gan yang membawanya mengenali agama Islam.

    Membesar dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat pada agama, sedikit sebanyak mem-

    buatkan Yusuf cenderung kepada genre muzik Gospel dan klasik. Akhirnya, beliau memilih

    untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan muzik dan agama.

    Bakatnya itu membawa beliau dilantik sebagai paderi muzik di beberapa buah gereja dan

    kemudiannya mula mengajar keyboard pada 1960. Beliau berjaya memiliki studionya sendiri

    pada 1963 dengan nama Studio Muzik Estes di Laurel, Maryland.

    Selama 30 tahun, beliau dan ayahnya bergandingan menguruskan projek perniagaan yang

    berasaskan hiburan dan persembahan. Beliau turut membuka stor piano dan organ dari Texasdan Oklahoma hingga ke Florida. Akui Yusuf, bisnesnya amat menguntungkan tetapi beliau

    tidak menemui ketenangan jiwa.

    Namun pada 1991 ketika berumur 54 tahun, beliau menemui bahawa kepercayaan mengenai

    agama Islam terkandung di dalam kitab Injil. Baginya, ini adalah sesuatu yang melampau dan

    di luar dugaan terutama apabila beliau mendapati pembawa kitab Injil yang digunakan untukmengembara seluruh dunia terlalu membenci Islam.

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    6/13

    Menurut Yusuf, ayahnya bergiat aktif dengan menyokong aktiviti gereja terutama program

    sekolah di gereja dan ditahbiskan sebagai paderi pada 1970. Kemudian ayah dan ibu tirinya

    mengenali banyak paderi dan mengunjungi Oral Roberts dan membantu dalam pembinaan

    Prayer Tower di Tulsa. Mereka juga adalah penyokong kuat Jimmy Swaggart, Jim dan Tam-

    my Fae Bakker, Jerry Fallwell, John Haggi termasuklah musuh ketat bagi orang Islam, Pat

    Robertson.

    Mereka turut menerbitkan kaset puji-pujian dan mengedarkannya secara percuma ke beberapa

    rumah warga tua dan hospital. Pada 1991 juga, beliau memulakan bisnes dengan seorang lelaki

    yang berasal dari Mesir. Ayah mahu saya berjumpa dengannya.

    Dalam kepala, saya terbayangkan tentang piramid, Sungai Nil dan segala keindahan yang

    terdapat di Mesir. Tetapi, setelah ayah memberitahu saya bahawa lelaki ini adalah Islam, hati

    saya tersentak. Bagaimana ayah boleh mempercayai individu yang menganut agama yang

    menyuruh umatnya menjadi pengganas dan pengebom berani mati? Saya tidak mahu berjum-pa dengan lelaki ini hanya kerana dia adalah Muslim! kata Yusuf.

    Bagaimanapun ayahnya tetap memaksa beliau berjumpa dengan lelaki itu yang bernama

    Mohamed Abel Rehman dengan menyifatkannya seorang lelaki yang baik. Apabila menemuin-

    ya, Yusuf amat terkejut kerana penampilan Mohamed jauh meleset daripada sangkaannya.

    Saya selalu mengandaikan bahawa lelaki Islam mestilah berjanggut dan memakai serban di

    atas kepalanya tetapi penampilannya jauh berbeza. Dia amat ramah dan menghulurkan tangan

    untuk bersalam. Walaupun begitu, saya berpendapat, dia perlu diselamatkan, cerita Yusuf

    mengenai pertemuannya dengan lelaki tersebut.

    Kesempatan bertemu dengan Mohamed, Yusuf mengajukan beberapa soalan berkaitan agama

    dan kepercayaan kepada Tuhan. Mereka kemudiannya berbual panjang dan mendapati Mo-

    hamed sangat mesra dan tidak menyampuk semasa Yusuf bercakap. Oleh itu, beliau berpenda-

    pat, yang Mohamed akan menjadi penganut Kristian yang baik.

    Buat pertama kalinya, beliau bersetuju dengan pandangan ayahnya yang mahu melakukan

    urusan bisnes dengan lelaki yang berasal dari Mesir itu dan bercadang mengajaknya untuk

    mengikuti trip perniagaan ke Texas.

    Peluang untuk menarik Mohamed kepada agama Kristian terbuka luas apabila Mohamed ingin berpindah keluar daripada rumah yang didudukinya dan bercadang tinggal di masjid buat

    sementara waktu. Yusuf memohon kebenaran dari ayahnya agar Mohamed tinggal di rumah-

    nya supaya dapat menguruskan perniagaan dengan lancar.

    Kesibukan dengan perniagaan tidak menghalang Yusuf menziarah rakan-rakan paderinya

    yang menetap sekitar Texas termasuklah salah seorang rakannya yang dimasukkan ke hospital

    kerana diserang sakit jantung. Beliau membawa Mohamed melawat rakannya yang terlantarsakit itu dengan harapan dapat berkongsi pandangan mengenai agama. Tetapi rakannya tidak

    berminat mengenai Islam.

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    7/13

    Bagaimanapun suatu hari, Yusuf didatangi seorang lelaki yang berkerusi roda dan merupakan

    teman sebilik rakannya. Melihat keadaan dan sikapnya, beliau dapat mengagak bahawa lelaki

    tersebut dalam kesunyian dan memerlukan seseorang untuk membantunya.

    Saya pergi kepadanya dan berkongsi cerita mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan pausdan tenggelam di laut tetapi tiga hari kemudian, Nabi Yunus timbul semula dan kembali ke

    bandarnya dengan selamat. Pengajaran daripada kisah di atas ialah setiap masalah ada jalan

    penyelesaiannya.

    Selepas berkongsi cerita dengannya, lelaki itu memandang saya dan memohon maaf di atas

    sikapnya yang kurang sopan dan pernah berhadapan dengan masalah serius beberapa tahun

    lalu. Kemudian dia ingin membuat pengakuan tetapi saya bukan paderi Katolik.

    Saya terperanjat apabila lelaki itu mengaku bahawa dia adalah paderi Katolik yang dikenali

    sebagai Father Peter Jacob. Saya memanggilnya Pete. Dia kemudiannya berkongsi kisah

    hidupnya dengan saya semasa menjadi mubaligh Kristian selama 12 tahun ke serata AS danMexico.

    Apabila dia dibenarkan keluar daripada hospital, saya mengajaknya tinggal bersama kami. Pete

    turut menceritakan bahawa paderi Katolik turut mendalami Islam dan ada sebahagiannya

    memiliki Doktor Falsafah dalam bidang berkenaan, ceritanya panjang lebar.

    Sejak Pete tinggal bersama mereka, Yusuf dan keluarganya membincangkan mengenai Kris-

    tian sewaktu makan malam sebagai usaha untuk menarik Mohamed kepada agama tersebut.

    Yusuf juga menyoal Mohamed mengenai jumlah versi al-Quran yang diturunkan sejak 1,400tahun lalu. Mohamed menyatakan bahawa hanya ada satu sahaja al-Quran dan tidak ada versi

    yang lain. Malah al-Quran adalah kitab panduan yang diturunkan kepada umat Nabi Muham-

    mad s.a.w.

    Selepas melalui banyak perbincangan mengenai agama, Pete berminat mengikut Mohamed ke

    masjid semata-mata ingin melihat aktiviti di sana. Mereka pulang awal dan Pete memberitahu

    Yusuf, tidak ada apa yang istimewa melainkan jemaah mendirikan sembahyang di masjid dan

    pulang ke rumah setelah selesai. Namun, beberapa hari kemudian, Pete menyatakan hasrat

    yang serupa.

    Hari sudah larut malam tetapi mereka masih belum balik. Akhirnya setelah lama menunggusaya terdengar ketukan di pintu dan sebaik membukanya, saya terkejut melihat lelaki

    di

    sebelah Mohamed yang memakai jubah dan ketayap berwarna putih dan amat mengenalinya.

    Rupanya lelaki itu ialah Pete! Oh Tuhan, saya memang terkejut bagaimana Pete boleh tertarik

    kepada Islam, ujar Yusuf tentang perubahan yang berlaku ke atas Pete.

    Yusuf yang tidak berpuas hati mendapatkan isterinya untuk bertanyakan hal tersebut. Tambah

    mengejutkan apabila isterinya turut tertarik dengan Islam kerana di situ terletak kebenaran

    yang dicari-carinya sekian lama. Untuk mendapatkan kepastian, beliau mendapatkanMohamed dan mengajaknya berbincang di luar.

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    8/13

    Kami keluar berjalan dan bercakap sepanjang malam hinggalah tiba waktu bagi Mohamed

    untuk mendirikan solat Subuh. Ketika itu, saya tahu yang kebenaran sudah tiba akhirnya dan

    kini adalah masanya untuk saya memainkan peranan.

    Saya pergi ke bahagian belakang rumah dan mendapatkan papan lapis dan bersujud di atasnyaseperti orang Islam bersembahyang. Saya kemudiannya berdoa, Ya tuhanku, sekiranya

    engkau ada, berikanlah aku panduan. Apabila saya mengangkat kepala, hati saya mula terdetik

    sesuatu. Tiada pari-pari atau burung berterbangan di langit atau bunyi muzik tetapi, saya sedar

    ada sesuatu telah berubah, jelasnya. Yusuf kemudiannya naik dan mandi dengan harapan

    membersihkan diri daripada segala dosa yang membelenggu hidup saya selama ini. Saya

    seolah-olah memulakan hidup baru yang berpaksikan pada kebenaran Islam.

    Tanpa menunggu masa yang lama, pada pukul 11 pagi itu juga, Yusuf melafazkan dua kalimah

    syahadat dengan bersaksikan Pete dan Mohamed. Malah, isterinya turut mengikut jejak yang

    sama. Selang beberapa bulan, ayahnya juga memilih untuk memeluk agama Islam. Yusuf tidak

    dapat membayangkan betapa indahnya, saat-saat mereka mendirikan sembahyang berje- maahdi masjid bersama para jemaah yang lain.

    Selepas memeluk Islam, beliau mengeluarkan anak-anaknya daripada sekolah Kristian kepada

    sekolah untuk pelajar beragama Islam. Datuknya adalah orang terakhir dalam keluarga mereka

    yang melafazkan dua kalimah syahadat.

    Islam terlalu istimewa kerana berupaya menarik paderi seperti saya, Pete dan ayah

    yang selama ini kuat pada pegangan agama Kristian. Hanya dengan keagungan-Nya, kami

    diberi panduan untuk melihat kebenaran Islam tanpa membutakan mata dan hati masing-masing. Selepas 10 tahun, anak-anak saya juga sudah boleh menghafaz al-Quran dengan baik.

    Islam telah mengubah cara saya melihat kehidupan ini dengan lebih bermakna,

    ujarnya mengenai kehidupannya selepas bergelar Muslim.

    http://testi-iqbal86.blogspot.com/
  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    9/13

    Muhammad Ibrahim Ravi

    peluk Islam selepas puas mengkaji

    Oleh: ZUARIDA MOHYIN(Utusan Malaysia)

    JURUTERA Sistem Teknikal di Vallent Software System (Malaysia), Damansara

    Utama, Petaling Jaya, Selangor, Muhammad Ibrahim Ravi bin Gobi, 36, dibesarkan dalam

    keluarga Hindu yang sederhana. Ayahnya seorang pengurus ladang, manakala ibunya,

    suri rumah beserta dua adik perempuan.

    Akui Muhammad Ibrahim, sejak kecil beliau percaya kewujudan Tuhan dan yakin Tuhan itu

    Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Adil dan amat menyayangi ciptaan-Nya. Malah

    beliau juga percaya semua perkara dalam penciptaan-Nya adalah logik (dapat diterima akal)

    dan rasional (wajar).

    Lantaran itu, timbul pelbagai persoalan yang mendesaknya untuk mengkaji tentang agama

    Hindu, Kristian dan Islam.

    Ikuti pengakuan beliau bagaimana hidayah Illahi menerpa sehingga bertapak kukuh dalam

    hatinya pada pertemuan yang dirancang sebelum Syawal lalu.

    Saya selalu tertanya-tanya, Tuhan dikatakan satu tetapi kenapa ada banyak agama dan amalan

    yang bercanggah. Apa lagi, dalam agama Hindu banyak amalannya bercanggah sesama sendiri

    dan ini mengelirukan. Jika ditanya, jawapannya tidak memuaskan.

    Situasi ini membuat saya kurang selesa dan jarang pergi ke kuil. Bila ditanya, saya jawab,Tuhan ada di mana-mana, tak perlu saya pergi ke kuil untuk sembahyang. Selalunya, saya

    memandang ke langit bila berdoa kepada Tuhan kerana saya percaya Tuhan ada di atas sana,

    katanya.

    Pada usia 18 tahun, keinginan mengetahui perbezaan agama-agama lain tercetus. Saya mula

    mencari dan membaca. Bermula dengan Hinduism dengan membaca majalah Hinduism Today

    (bukan satu punca agama Hindu yang betul), satu usaha yang tanpa arah dan memakan masa

    kerana saya langsung tidak mengetahui tentang kitab-kitab dalam agama.

    Alhamdulillah, peluang mengkaji lebih terbuka apabila saya melanjutkan pengajian ke UnitedKingdom (UK) dalam bidang Kejuruteraan Electronik di University of Brighton. Semuanya

    dilakukan menerusi Internet dan buku-buku.

    Baru saya sedar agama-agama ini mempunyai kitab mereka sendiri dan mereka mengaku kitab

    itu adalah wahyu atau khabar yang dinyatakan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

    Kitab agama Hindu yang terkenal dalam bahasa Sanskrit adalah Veda (Rigveda, Samaveda,

    Yajurveda dan Atharaveda), Upanishad, Purana, Manusmriti, Ramayana dan Bhagavad Gita

    manakala kitab Hindu yang terkenal dalam bahasa Tamil adalah Thirumurai

    (Thevaram), Thirukural dan Thirumantira.

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    10/13

    Sementara itu, dengan bantuan paderi gereja Angelican di universiti, beliau

    mempelajari agama Kristian menggunakan kitab Bible. Begitu juga dengan agama Islam

    melalui Islamic

    Propagation Center International (IPCI) di UK serta melalui buku-buku dan video Allahyar-

    ham Sheikh Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik, Gary Miller (Abdullah Ahad Omar) dan HarunYahya.

    Walaupun pada awalnya saya kurang memahami serta agak keliru kerana tidak faham konsep

    Tuhan sebagai pencipta dan makhluk sebagai ciptaan Tuhan, konsep wahyu (revelation) dan

    proses penurunan wahyu dan pesuruh atau Nabi Tuhan.

    Sekarang, setelah mengkaji kitab pelbagai agama, saya mula memahami bahawa kitab-kitab

    agama lain juga diwahyukan oleh Tuhan yang Satu cuma tidak semua kitab dipelihara oleh

    Tuhan dan hanya al-Quran sahaja terpelihara.

    Al-Quran juga memberitahu bahawa Tuhan mencipta manusia sebagai khalifah, satu jawatanyang dikhususkan untuk mengawal agama Tuhan dan mentadbir dengannya. Sehubungan itu,

    saya berpendapat Tuhan asalnya memberi tanggungjawab pemeliharaan kitab kepada manusia

    tetapi manusia gagal memelihara kitab-kitab kerana nafsu dan godaan syaitan. Oleh

    itu, al-Quran adalah kitab yang terakhir dan memeliharanya.

    Seperkara lagi yang saya keliru pada awalnya ialah tentang Tuhan dan makhluk ciptaan Tuhan.

    Saya ingatkan setiap agama mempunyai Tuhan masing-masing dan Tuhan mereka mencipta

    kaum-kaum mereka.

    Jawapannya saya temui dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud: Hai manusia, sesungguh-

    nya Kami menciptakan kamu daripada sepasang lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu

    pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling kenal-mengenal.

    Kebenaran ini dapat dilihat melalui kisah Adam di dalam kitab, Thasmad Adama naamaasou

    Pathnee Havyavathee smritha (Sanskrit) bermaksud: Manusia bernama Adama (Adam) ingin

    bertemu dengan isterinya Havyavati (Hava)" [Bhavishya Purana, Prathisarga Parva 4:28]

    Adam menamakan isterinya Hawa, kerana perempuan itu menjadi ibu seluruh umat manusia.[Bible, Old Testament, Genesis 3:20]

    Dan Kami berfirman: Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu di syurga ini.

    (Al-Baqarah: 35)

    Tuhan begitu teliti dalam penyusunan ayat supaya manusia dapat perkhabaran-Nya dan

    keadilan ditegakkan.

    Firman Allah, Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah.

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    11/13

    Memang benar kata Tuhan, nama-nama tersebut merujuk kepada Tuhan yang Satu. Perkataan

    Allah datang dari dua perkataan asas bahasa Arab, iaitu Al dan ilah yang bermaksud

    satu- satunya dan yang patut disembah. Maka, Allah bermaksud satu-satunya yang patut

    disembah,

    Tuhan kepada semua makhluk, manusia (Islam dan bukan Islam), jin (Islam dan bukan Islam),

    malaikat, binatang dan seluruh alam ini. Nama Allah juga disebut di dalam Allo Upanishaddan Bible.

    Tuhan (Allah) juga menjelaskan bahawa Dialah juga telah menghantar nabi-nabi-Nya kepada

    semua kaum, menyeru mereka menyembah Tuhan yang satu. Firman Allah: Dan bagi tiap-tiap

    kaum (yang lalu) ada Nabi yang memberi petunjuk ke jalan yang benar. (Al-Rad: 7)

    Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya seorang Nabi pemberi

    ingatan dan amaran. (Fatir: 24)

    Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru): Sembah

    Allah (sahaja) dan jauhilah Taghut (yang disembah selain dari Allah). (Al-Nahl: 36)

    Allah memberi pengakuan Rasul (Nabi) yang dihantar oleh-Nya akan menyeru menyembah

    Tuhan yang satu, itulah kriteria untuk mengenal Nabi Allah.

    Bukti kebenaran kenyataan Tuhan di dalam al-Quran boleh ditemui di dalam kitab Hindu dan

    Bible seperti berikut; Ekam evad vitiyam (Sanskrit) dan Dia hanya Satu dan bukan dua.

    [Chandogya Upanishad 6:2:1]. Nabi Musa berkata: Saudara-saudara, ingatlah! Hanya TU-

    HAN, dan TUHAN saja Allah kita! [Bible, Old Testament, Deuteronomy 6:4]

    Akulah TUHAN, tak ada lainnya, Aku Allah Yang Maha Esa (Satu). [Bible, Old Testament,

    Isaiah 45:5]

    Dan al-Quran mengulangi kebenaran, Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa

    (Satu). (Al-Ikhlas: 1) dan Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa (Satu), tidak ada

    Tuhan

    melainkan Dia. (Al-Baqarah: 163)

    Selepas menghayati kebenaran Allah, saya tertanya, mungkinkah Krishna, Rama, Buddha

    adalah Nabi-nabi Allah dan kenapa nama-nama mereka tidak disebut di dalam al-Quran. Sekali lagi, saya temui jawapannya: Dan (Kami telah mengutuskan) Rasul-rasul

    yang telah

    Kami ceritakan tentang mereka kepadamu dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan tentang

    mereka kepadamu. (Al-Nisa: 164)

    Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada

    yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepada-

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    12/13

    Maha suci Allah tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada manusia. Walaupun jarak di antara

    kitab-kitab ini beratus dan beribu tahun bezanya tetapi Tuhan mengulangi kebenaran supaya

    manusia terselamat. Saya sedar betapa sayangnya Tuhan kepada kita.

    Bila dikaji sejarah, kuil Hindu pertama dibina 2000 tahun selepas wahyu diturunkan. Samajuga dengan Buddha, patung pertama dibuat selepas 500 tahun pemergian Buddha. Konsep

    Tuhan 3 dalam satu di dalam Bible wujud selepas 325 pemergian Nabi Isa (Jesus). Maka dalam

    tempoh sebelum penyelewengan, manusia memang beribadat dengan cara yang betul.

    Terlalu banyak persamaan antara agama dari segi hukum seperti pengharaman arak, tidak

    boleh makan babi, wanita kena pakai penutup kepala, puasa, zakat dan sebagainya tetapi

    kenapa amalan mereka terpesong?

    Setelah mengkaji, saya dapati punca utamanya adalah tidak faham proses wahyu. Saya ketahui

    melalui kajian saya bahawa Allah menurunkan wahyu melalui nabi-nabi-Nya. Pada waktu itu,

    bukan nabi yang berkata tetapi Tuhan yang Maha Esa yang berkata. Manusia pada masatersebut faham perkara ini, sebab itulah mereka tidak menyembah nabi dan tidak membuat

    patung berhala untuk nabi.

    Selepas beberapa waktu, apabila mereka membaca kitab dengan tiada ilmu mengenai proses

    penurunan wahyu, mereka menyalah anggap dan menyangka Nabi itu mengaku Tuhan.

    Sebenarnya ada ayat-ayat yang lain di dalam kitab yang menerangkan bahawa nabi itu bukan

    Tuhan, tetapi sebab mereka keliru tentang ayat yang bercanggah ini, maka mereka meninggal-

    kannya.

    Beginilah proses wahyu diturunkan, ada ayat-ayat yang menjelaskan satu sama lain.

    Bila dikaji, jelas semua mereka adalah manusia, utusan Tuhan yang Maha Tinggi.

    Benarlah kitab-kitab lain tidak terpelihara sebagaimana al-Quran. Maka wajarlah untuk kita

    mengikutinya.

    Allah juga memberi jaminan bahawa al-Quran adalah petunjuk, dan Dia tidak memaksa

    sesiapa tetapi menggalakkan manusia mengkaji kitab-Nya. Dia juga sediakan banyak faktasains yang boleh kita kaji dan pastikan kebenarannya, supaya boleh kita percaya kepada

    wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

    Ini terbukti dalam firman Allah bermaksud:

    Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.

    (Al-Baqarah: 2)

    Hal ini diperkukuhkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud:

    Tidak ada paksaan dalam agama (Islam);

    sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.

    [Al-Baqarah: 256]

  • 8/14/2019 Mengapa Saya Memilih Islam (Bahagian 1)

    13/13

    Proses mencari kebenaran ini mengambil masa sekitar sembilan tahun sehingga saya tidak ada

    lagi timbul keraguan. Sekembali dari UK, saya teruskan kehidupan dengan agama asal

    sehinggalah pada 23 September 2003 saya melafazkan syahadah di Jabatan Agama Islam

    Wilayah Persekutuan (Jawi). Itupun selepas mendalami Islam dari segi amal ibadat kira-kira

    enam bulan sebelum pengislaman.

    Pada waktu itu kegembiraannya sukar digambarkan dengan kata-kata dan semacam perasaan

    terselamat. Keyakinan saya bertambah kuat apabila sesuatu yang mustahil berlaku itu dimak-

    bulkan Allah. Namun, sebagai manusia kita perlu sentiasa beringat dan menerima setiap

    ujian-Nya kerana kejayaan mengharunginya, menjadi kemanisan Islam.

    Saya mengambil masa dua tahun untuk memberitahu keluarga dan apabila semuanya terlerai,

    ia menjadi kejutan besar buat mereka.

    Saya melihat kini tidak ramai daripada kalangan mualaf yang menjadi pendakwah. Oleh itu,

    ruang inilah perlu diisi dan ada keperluannya.

    *** *** ***

    http://testi-iqbal86.blogspot.com/