menawarkan: khidmat nasihat bahasa (knb) “tidak lekang dek ... · kanak-kanak dan remaja. turut...

1
Bil: 42 RABU, 21 NOVEMBER 2007 PROMOSI GALERI ILMU KOPERASI DBP BH PILIH L1 21 emel “Tidak Lekang Dek Panas, Tidak Lapuk Dek Hujan” D emi menyokong Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Teras 1, iaitu Mem- bina Negara Bangsa, program Bulan Bahasa dan Sastera (BBSN) tahun ini diteruskan lagi dengan sambutan Hari Semarak Bahasa yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada 14 November lalu. Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Hon Choon Kim yang diha- diri oleh kira-kira 2,500 jemputan yang berbilang kaum, pelbagai pangkat dan kedudukan. BBSN diwujudkan sebagai tun- jang utama kepada kempen dan kegiatan bahasa dan sastera sepan- jang bulan September serta telah pun diisytiharkan sebagai salah satu program utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang tarafnya sama seperti Hari Guru. Matlamat utamanya untuk meli- batkan peranan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memarta- batkan bahasa dan sastera negara. Membina tamadun bangsa dan budaya melalui satu bahasa bukan tugas yang mudah, apatah lagi dalam kalangan masyarakat berbi- lang kaum, agama dan adat resam yang berbeza semestinya memberi- kan cabaran terhadap kelangsung- an tercapainya cita-cita negara ini. Diharapkan dengan sambutan Hari Semarak Bahasa ini, usaha murni itu dapat dicapai. Program yang diadakan bagi menyema- rakkan, memaknakan penjiwaan dan penghayatan terhadap pem- binaan negara bangsa melalui keba- hasaan, kesusasteraan dan keseni- an ini juga merupakan gerakan besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan semua peringkat rakyat Malaysia terutamanya yang berkaitan de-ngan aktiviti bahasa dan sastera. Selain itu, sambutan ini juga diadakan sebagai menge- nang peristiwa penting yang melibatkan perjuangan bahasa, sastera, budaya dan memaknakan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Kemerdekaan Negara. “Hari Semarak Bahasa pada hemat KPM merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperka- sakan bahasa dan sastera kebang- saan. Sekali gus mengingatkan masyarakat, khususnya warga kementerian pada semua peringkat agar ‘tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan’ terhadap kecin- taan dan taat setia kepada bahasa serta sastera kebangsaan”, katanya yang mengharapkan program ini akan menjadi acara tahunan yang disambut di seluruh negara. Menurut beliau lagi, KPM meng- harapkan agar Hari Semarak Bahasa ini benar-benar dapat mendaulatkan dan menyemarak- kan semangat cinta akan bahasa dan sastera negara dalam kalang- an semua lapisan masyarakat yang berbilang bangsa. Selain itu sebagai alternatif kepada sambut- an minggu atau bulan bahasa yang akan disambut oleh seluruh warga kementerian. Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Dr. Julaihi Hj Bujang, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharudin dan Pemangku Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Jiso Rutan. Sementara itu, sempena sam- butan Hari Semarak Bahasa ini, pameran mini juga turut diada- kan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Pameran yang bertujuan untuk mempera- gakan dan memaparkan pelibatan serta kejayaan golongan pelajar dan guru dalam beberapa kegiat- an kebahasaan dan kesusastera- an ini dianjurkan oleh DBP, Bahagian Sekolah KPM, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Ba- hagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri serta Institut Pendidikan Guru. Bagi memeriahkan lagi sam- butan Hari Semarak Bahasa ini, persembahan kebudayaan turut diadakan oleh pelajar sekolah seki- tar negeri itu. Antaranya, persem- bahan gamelan dipertontonkan kepada hadirin oleh pelajar dari SMK St. Mary, Kuching. Manakala Dikir Barat pula dipersembahkan oleh pasukan pelajar dari SMK Muara Tuang, Kota Samarahan. Selain itu penonton turut disa- jikan dengan persembahan koir oleh pelajar SMK Tun Ahmad Zaidi, Kuching dan persembahan Puisi Berirama oleh pelajar SMK Batu Kawa. MALAYSIA: SEJARAH KENEGARAAN DAN POLITIK Oleh Abang Haliman Abang Julai Hari Semarak Bahasa pada hemat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan" YB Datuk Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia MUNSYI Semangat bahasa biarlah bergema di seluruh negara Hari Semarak Bahasa pada tahun ini disambut di Kuching, Sarawak Epifora, Mesodilopsis dan Simplok 10 Komik “Hikayat Syah Mardan” Jilid 1 11 MERIAH: Persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah menyerikan majlis perasmian Hari Semarak Bahasa baru-baru ini. PEMAKLUMAN Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta- nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem- bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasi- hat yang meliputi peluang pener- bitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses pener- bitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta- nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP. Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my Penulis: Abdul Rahman Haji Ismail Penerbit: DBP Harga Buku: RM30.00 Buku ini merupakan kajian terkini tentang sejarah negara Malaysia yang dikaji dari sudut pandangan tempatan berdasarkan kajian dan dapatan mutakhir para penulis. Penulisnya menyoroti seja- rah bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ke zaman pen- jajahan Portugis, Belanda, British, Jepun dan zaman kemerdekaan hinggalah awal alaf ke-20. Buku ini memberikan manfaat besar yang dapat membantu pembaca umum, khususnya sejarawan. Dapatkan segera dengan harga RM30. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengun- jung. Kunjungi segera Koperasi DBP atau hubungi: 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Membina Kepustakaan Berbahasa Malaysia 9

Upload: lytu

Post on 26-May-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) “Tidak Lekang Dek ... · kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu

Bil: 42 RABU, 21 NOVEMBER 2007

PROMOSI GALERI ILMU KOPERASI dbP

BH PILIH L1 21 emel

“Tidak Lekang Dek Panas,Tidak Lapuk Dek Hujan”

D emi menyokong Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Teras 1, iaitu Mem-

bina Negara Bangsa, program Bulan Bahasa dan Sastera (BBSN) tahun ini diteruskan lagi dengan sambutan Hari Semarak Bahasa yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada 14 November lalu. Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Hon Choon Kim yang diha-diri oleh kira-kira 2,500 jemputan yang berbilang kaum, pelbagai pangkat dan kedudukan.

BBSN diwujudkan sebagai tun-jang utama kepada kempen dan kegiatan bahasa dan sastera sepan-jang bulan September serta telah pun diisytiharkan sebagai salah satu program utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang tarafnya sama seperti Hari Guru. Matlamat utamanya untuk meli-batkan peranan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memarta-batkan bahasa dan sastera negara. Membina tamadun bangsa dan budaya melalui satu bahasa bukan tugas yang mudah, apatah lagi dalam kalangan masyarakat berbi-lang kaum, agama dan adat resam yang berbeza semestinya memberi-kan cabaran terhadap kelangsung-an tercapainya cita-cita negara ini.

Diharapkan dengan sambutan Hari Semarak Bahasa ini, usaha murni itu dapat dicapai. Program yang diadakan bagi menyema-rakkan, memaknakan penjiwaan dan penghayatan terhadap pem-binaan negara bangsa melalui keba-hasaan, kesusasteraan dan keseni-an ini juga merupakan gerakan besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan semua peringkat rakyat Malaysia terutamanya yang berkaitan de-ngan aktiviti bahasa dan sastera. Selain itu, sambutan ini juga diadakan sebagai menge-nang peristiwa penting yang melibatkan perjuangan bahasa, sastera, budaya dan memaknakan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Kemerdekaan Negara.

“Hari Semarak Bahasa pada hemat KPM merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperka-

sakan bahasa dan sastera kebang-saan. Sekali gus mengingatkan masyarakat, khususnya warga kementerian pada semua peringkat agar ‘tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan’ terhadap kecin-taan dan taat setia kepada bahasa serta sastera kebangsaan”, katanya yang mengharapkan program ini akan menjadi acara tahunan yang disambut di seluruh negara.

Menurut beliau lagi, KPM meng-harapkan agar Hari Semarak Bahasa ini benar-benar dapat mendaulatkan dan menyemarak-kan semangat cinta akan bahasa dan sastera negara dalam kalang-an semua lapisan masyarakat

yang berbilang bangsa. Selain itu sebagai alternatif kepada sambut-an minggu atau bulan bahasa yang akan disambut oleh seluruh warga kementerian.

Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Dr. Julaihi Hj Bujang, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharudin dan Pemangku Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Jiso Rutan.

Sementara itu, sempena sam-butan Hari Semarak Bahasa ini, pameran mini juga turut diada-kan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Pameran yang bertujuan untuk mempera-gakan dan memaparkan pelibatan serta kejayaan golongan pelajar dan guru dalam beberapa kegiat-an kebahasaan dan kesusastera-an ini dianjurkan oleh DBP, Bahagian Sekolah KPM, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Ba-hagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri serta Institut Pendidikan Guru.

Bagi memeriahkan lagi sam-butan Hari Semarak Bahasa ini, persembahan kebudayaan turut diadakan oleh pelajar sekolah seki-tar negeri itu. Antaranya, persem-bahan gamelan dipertontonkan kepada hadirin oleh pelajar dari SMK St. Mary, Kuching. Manakala Dikir Barat pula dipersembahkan oleh pasukan pelajar dari SMK Muara Tuang, Kota Samarahan. Selain itu penonton turut disa-jikan dengan persembahan koir oleh pelajar SMK Tun Ahmad Zaidi, Kuching dan persembahan Puisi Berirama oleh pelajar SMK Batu Kawa.

Malaysia:sejarahKenegaraandan PolitiK

Oleh Abang Haliman Abang Julai

Hari Semarak Bahasa pada hemat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan"

YB Datuk Hon Choon KimTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

MUNSYI

Semangat bahasa biarlahbergema di seluruh negara

Hari Semarak Bahasa pada tahunini disambut di Kuching, Sarawak

Epifora, Mesodilopsis danSimplok

10Komik“HikayatSyah Mardan”Jilid 1

11

MERIAH: Persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah menyerikan majlis perasmian Hari Semarak Bahasa baru-baru ini.

PEMAKLUMAN

Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta-nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem-bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik.

Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasi-hat yang meliputi peluang pener-bitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses pener-bitan.

Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta-nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.

Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my

Penulis:Abdul RahmanHaji Ismail Penerbit: DBP Harga Buku: RM30.00

Buku ini merupakan kajian terkini tentang sejarah negara Malaysia yang dikaji dari sudut pandangan tempatan berdasarkan kajian dan dapatan mutakhir para penulis. Penulisnya menyoroti seja-rah bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ke zaman pen-jajahan Portugis, Belanda, British, Jepun dan zaman kemerdekaan hinggalah awal alaf ke-20. Buku ini memberikan manfaat besar yang dapat membantu pembaca umum, khususnya sejarawan.

Dapatkan segera dengan harga RM30. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengun-jung.

Kunjungi segera Koperasi DBP atau hubungi: 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Membina KepustakaanBerbahasaMalaysia

9