pantun kanak kanak

Click here to load reader

Download Pantun kanak kanak

Post on 22-Jun-2015

21.028 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. PANTUN KANAK-KANAK

2. Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur. 3. Buai laju-laju, Sampai puncak sana; Apa dalam baju, Sekuntum bunga Cina. 4. Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Pandai baca kitab. 5. Ayam kedek-kedek, Beri makan padi; Abang sayang adik, Mesti ajar mengaji. 6. Burung kenek-kenek, Hinggap bawah batang; Apa pesan nenek, Cepat-cepat pulang. 7. Lompat si katak lompat, Lompat dalam perigi; Cepat adik cepat, Pergi mandi gosok gigi. 8. Anak lembu merah, Tambat di pokok asam; Adik kena marah, Tarik muka masam. 9. Durian atas titi, Pisang dalam dulang; Sukanya rasa hati, Ayah sudah pulang. 10. Buai kaduk-kaduk, Kaduk naik ke rimba; Panjang janggut datuk, Buat tali timba.