kajian kanak-kanak

12
Bahagian A Latar Belakang Kanak-kanak a) Nama : Mohd Danial Haikal Bin Zulkifli. b) Umur : 6 tahun, 10-4-2007 c) Nama Bapa : Zulkifli Bin Manan. d) Pekerjaan Bapa : Penoreh getah e) Kelulusan Akademik Bapa : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) f) Nama Ibu : Norini binti Onan. g) Pekerjaan : Penoreh Getah h) Kelulusan Akademik Bapa : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) i) Bilangan Adik-beradik : Anak Tunggal. j) Alamat Rumah : No. 70, Kampung Baru Batu 28, Lenga, 84040, Muar, Johor Darul Takzim. k) Nama Tadika : Tadika Kemas Kg Baru Batu 28. 1

Upload: niena-nordin

Post on 15-Nov-2015

327 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Bahagian ALatar Belakang Kanak-kanak

a) Nama : Mohd Danial Haikal Bin Zulkifli.b) Umur : 6 tahun, 10-4-2007c) Nama Bapa : Zulkifli Bin Manan.d) Pekerjaan Bapa : Penoreh getahe) Kelulusan Akademik Bapa : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)f) Nama Ibu : Norini binti Onan.g) Pekerjaan : Penoreh Getahh) Kelulusan Akademik Bapa : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)i) Bilangan Adik-beradik : Anak Tunggal.j) Alamat Rumah : No. 70, Kampung Baru Batu 28, Lenga, 84040, Muar, Johor Darul Takzim.k) Nama Tadika : Tadika Kemas Kg Baru Batu 28.

l) Lokasi

Bahagian BPengenalan Bacaan Awal Kanak-kanak / BahasaPemerolehan bahasa menurut Mangantar Simanjuntak (1989) (dalam Abdul Rasid Bin Jamian 2002), bahasa sebagai satu sistem biologi yang wujud pada sistem kognitif manusia dan pemerolehan bahasa ialah proses-proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa pertama ini terjadi apabila kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bahasa untuk pertama kali. Proses-proses yang berlaku sewaktu kanak-kanak sedang memperoleh bahasa ibundanya terdiri daripada dua jenis, yang pertama ialah perlakuan (performance) yang terdiri daripada proses-proses pemahaman dan proses-proses pemerhatian dan yang kedua ialah kecekapan (competence). Tay Meng Huat (2006) dalam kajiannya mengatakan pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Kebiasaanya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik NoamChomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya.Mengikut Piaget (dalam Tay Meng Huat 2006), semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device(LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai Innate Prospensity for Language. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat. Menurut Atan Long (1978), (dalam Abdul Rasid Bin Jamian, 2002) kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama akan mengalami dua peringkat penguasaan bahasa. Bahasa pertama adalah pada masa kecil . Pada peringkat ini pertuturan kanak-kanak merupakan kegunaan yang dihalakan kepada diri sendiri dan bukannya untuk berhubung dengan masyarakat. Keadaan ini berterusan sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun. Dan bahasa pertama yang dipelajari setelah peningkatan usia akan dipraktikkan di sekolah. Ini membolehkan kanak-kanak bertutur dengan ahli masyarakat dan juga ibu bapa dengan cara yang lebih baik dan berkesan.Juriah Long (1993),(dalam Abdul Rasid Bin Jamain, 2002) pula mengatakan bahawa keupayaan berbahasa merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui pertuturan, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan pendapat mereka kepada orang lain tanpa batasan. Proses pendidikan secara tidak formal ini lebih berkesan terutamanya kepada kanak-kanak di peringkat prasekolah. Walaupun sebahagian besar masa digunakan untuk bermain namun pemilihan permainan mampu mendorong mereka untuk berinteraksi, berfikir, merangsang naluri ingin tahu, memupuk daya kreativiti, dan berdisiplin.Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) (dalam Tay Meng Huat 2006) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya.

Bahagian CKajianPengkaji telah membuat satu kajian terhadap kanak-kanak yang bernama Mohd Danial Haikal Bin Zulkifli. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap bacaan dan kaedah bacaan yang telah dipelajari oleh kanak-kanak tersebut. Pada peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur yang menyeluruh sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut dan kaedah cerakinan atau suku kata. Kaedah yang telah digunakan oleh penulis adalah abjad, pandang dan sebut (look and say) dan nyanyian. Pengkaji telah medapati kanak-kanak tersebut telah diajar membaca oleh gurunya menggunakan kaedah abjad. Kaedah abjad ini merupakan kaedah klasik atau kaedah lama yang telah digunakan oleh ramai guru dari dahulu sehingga kini. Kaedah ini juga merupakan peringkat permulaan sebelum membaca. Pada permulaan kaedah abjad, guru akan mengenalkan huruf vocal iaitu (a, e, i, o, u,) dan konsonan (b, c, d, f, g, h, I, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z,) terlebih dahulu. Kemudian, barulah guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a hingga z. Di dalam rancangan pembelajaran harian(RPH), huruf dimulakan dengan huruf a hinngga huruf z. Kemudian latihan menulis dengan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap huruf. Setelah murid boleh menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar, contohnya a dan A. kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dengan huruf besar dipraktikkan. Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu hingga za ze zi zo zu) adalah pengabungan bunyi vocal dan konsonan. Setelah itu guru akan meneruskan dengan aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Guru akan mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf. Sebagai contoh, a untuk api, b untuk bola dan sebagainya.Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pandang dan sebut (look and say) menggunakan kad imbasan atau flash card, yang mana murid perlu membunyikan suku kata berdasarkan gambar atau membunyikan ayat berdasarkan gambar. Kaedah ini bartujuan supaya murid dapat membiasakan diri mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan ia dapat memendekkan masa murid untuk mengeja.

Bahagian DMasalah KajianDanial telah bersekolah di Sekolah Tadika Kemas dan dia telah mengenal huruf serta sudah boleh membaca suku kata. Tetapi Danial tidak dapat membezakan huruf b dan d kerana huruf-huruf ini lebiih kurang sama. Ketika pengkaji meminta Danial mengeja perkataan dagu, tetapi Danial mengeja dan menyebutnya sebagai bagu. Di sini jelaslah bahawa Danial tidak bapat membezakan huruf d dan b setelah beberapa kali dibetulkan.Danial boleh membaca dan mengeja ayat berdasarkan suku kata kv+kv dengan lancar seperti buku, bola dan sebagainya tetapi bacaan abjad suku kata kv+kkv seperti bunga, singa dan sebagainya, masih belum lancar. Pada pendapat pengkaji, mungkin Danial belum belajar mengenai konsonan ng dan guru di sekolah belum mengajar sampai peringkat itu. Ketika itu Danial seperti susah untuk mengeja dan menyebut suku kata yang mempunyai konsonan ng seperti bunga, singa dan sebagainya. Pengkaji juga mendapati Danial tidak tahu menggunakan kaedah fonik kerana gurunya tidak mengajar kaedah tersebut di sekolah, sebaliknya iaitu kaedah abjad. Ini menyebabkan agak susah untuk Danial membunyikan huruf mengikut kaedah fonik apabila diminta oleh pengkaji.Pada pendapat pengkaji, ibu bapa Danial kurang mangikuti perkembangan anak mereka. Mereka seperti bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk memberi pendidikan kepada anak mereka. Pada pemerhatian pengkaji, ibu dan bapa Danial kurang memberi penekanan tentang pendidikan anak mereka dari segi penyediaan bahan bacaan atau buku latihan tambahan dirumah. Apabila pengkaji minta supaya Danial untuk mengeluarkan bahan bacaan seperti buku mewarna, buku mengira ataupun buku cerita untuk kanak-kanak, dia hanya mengeluarkan satu saja buku. Dan Danial memberitahu pengkaji, bahawa dia hanya mempunyai satu buku saja yang ada padanya di rumah.

Bahagian E Dapatan KajianHasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati bahawa Danial sudah mengenal 26 huruf kerana apabila diminta supaya menyanyikan lagu ABC hingga Z, Danial dapat nyanyikan dengan yakin dan lancar. Ini kerana Danial telah mula bersekolah sejak berumur empat tahun. Danial juga tahu membezakan huruf besar serta huruf kecil. Contohnya, apabila pengkaji meminta Danial menunjukkan huruf m besar, dia dapat lakukan dengan baik. Selain itu, Danial juga sudah mengenal huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dan konsonan kerana apabila pengkaji bertanya tentang huruf vokal, Danial dapat menyebutnya dengan penuh semangat. Apabila Danial diminta untuk menunjukkan mana huruf vokal dan huruf konsonan, Danial dapat menunjukkan huruf yang betul. Danial juga boleh mengeja dan mambaca suku kata kv+kv dengan lancar. Apabila diminta membaca suku kata, Danial dapat mengeja suku kata kv+kv satu persatu dengan lancar. Pada keseluruhan kajian Danial tiada masalah mengeja dan membaca suku kata. Tetapi untuk suku kata yang mempunyai konsonan ng, Danial seperti susah untuk mengeja kerana tidak tahu bagaimana untuk menyebut suku kata ini.Ketika kajian dijalankan Danial memberi kerjasama yang baik walaupun ketika itu Danial kurang sihat kerana batuk. Danial adalah seorang kanak-kanak yang aktif, petah berkata-kata dan cepat belajar sesuatu yang baru. Danial sangat suka apabila ada orang dating ke rumah nya kerana Danial hanya tinggal dengan ibu, ayah dan neneknya sahaja. Ini menyebabkan dia selalu berasa bosan karena tiada teman untuk bermain. Sebagai tambahan,Danial juga hafal beberapa doa antaranya doa makan dan maknanya.

Bahagian FKesimpulanKesimpulannya, pada pendapat pengkaji Danial adalah seorang kanak-kanak yang pintar jika diberi perhatian dan didikan yang sewajarnya. Danial tidak mempunyai masalah untuk mengenal huruf, dia boleh mengeja, membaca dan menulis dengan baik kerana Danial seorang murid yang cepat tangkap apabila dia belajar tentang sesuatu yang baru. Kajian ini menujukkan bahawa Danial perlu diberi pendedahan kepada lebih banyak bahan bacaan untuk meningkatkan kemahiran membacanya. Jika dilihat, dari kajian mengeja suku kata Danial masih lagi belum mencapai tahap penguasaan ejaan yang tinggi seperti kvkvkkv dan kvkkv kerana Danial tidak tahu menyebut suku kata tersebut.Selain itu,pengkaji mencadangkan supaya ibu dan bapa Danial memainkan peranan untuk memantau Danial dari segi bacaan dengan meluangkan masa bersama-sama. Ibu dan bapa Danial boleh membacakan buku cerita kepada Danial untuk meluangkan masa bersama sambil itu Danial boleh meningkatkan tahap penguasaan bacaannya.

RujukanMangantar, Simanjuntak. (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi. JurnalDewan Bahasa. Ogos/September. 615-625.Tay Meng Guat.(2007).Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.Satu Analisis Sintaksis. Jabatan Pengajian Melayu.IPGM Kampus Batu Lintang. Vua Yaletchumy A/p Subramaniam. ( 2000). Pemerolehan Bahasa Di Kalangan KanakKanak Melayu.Universtiti Putra Malaysia.

10