memukul 3

6
PUKULAN/PEMADANG (STRIKING/FIELDING) Kumpulan: PISMP Sains Semester 2 Ambilan Januari 2012 Ahli Kumpulan: Mohammad Shafiq Bin Ahmad Fuad Mohd Faiz Bin Abdul Wahab Norzulhilmi Bin Mohammad Riskan Bin Sutuh Nagarajan a/l Maradaiyee 1.0 TAJUK: "TAK-PONG" 2.0 MATLAMAT: Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat umum mengenai permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang. Contoh permainan kanak-kanak kategori ini ialah "Tak-pong". Blog ini juga diwujudkan bagi memenuhi syarat wajib penilaian bagi kursus Pergerakan Asas (Elektif 1) berkod PJM 3102 bagi komponen Permainan Kanak-kanak. Diharapkan kewujudan blog ini dapat memperkenalkan permainan kanak-kanak kateogori ini kepada masyarakat umum. OBJEKTIF: Penyediaan blog permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang ini bertujuan: menjadikan blog sebagai suatu medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai permainan kanak- kanak

Upload: yahoobijak

Post on 02-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kategori memukul dalam tgfu

TRANSCRIPT

Page 1: memukul 3

PUKULAN/PEMADANG (STRIKING/FIELDING)Kumpulan: PISMP Sains Semester 2 Ambilan Januari 2012

Ahli Kumpulan: Mohammad Shafiq Bin Ahmad Fuad

Mohd Faiz Bin Abdul Wahab

Norzulhilmi Bin Mohammad

Riskan Bin Sutuh

Nagarajan a/l Maradaiyee

1.0 TAJUK:"TAK-PONG" 

2.0 MATLAMAT:Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat

umum mengenai permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang. Contoh

permainan kanak-kanak kategori ini ialah "Tak-pong". Blog ini juga diwujudkan bagi

memenuhi syarat wajib penilaian bagi kursus Pergerakan Asas (Elektif 1) berkod

PJM 3102 bagi komponen Permainan Kanak-kanak. Diharapkan kewujudan blog ini

dapat memperkenalkan permainan kanak-kanak kateogori ini kepada masyarakat

umum.

OBJEKTIF:Penyediaan blog permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang ini bertujuan:

menjadikan blog sebagai suatu medium untuk menyampaikan maklumat

kepada orang ramai mengenai permainan kanak-kanak

menyediakan satu contoh permainan kanak-kanak kategori

pukulan/pemadang 

melengkapkan diri guru pelatih dengan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT)

Page 3: memukul 3

Bola Pingpong

      4.2 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN:

1. Bahagikan murid kepada dua pasukan A dan B.

2. Setiap pemain dalam setiap pasukan berada di kawasan masing-masing yang

ditetapkan.

3. Seorang pemain A1 dari pasukan A memulakan permainan dengan melantun

tiga biji bola pingpong ke lantai dan memukulnya dengan pemukul botol.

4. Ketiga-tiga pemain dari pasukan B akan memungut ketiga-tiga bola pingpong

dan meletakkan setiap satu ke dalam setiap kotak.

5. Pemain A1 yang memukul bola kemudiannya akan ke zon B untuk menyusun

susunan kotak mengikut nombor yang betul sebelum pihak lawan (pasukan

B) siap meletakkan bola ke dalam setiap kotak. 

6. Mata akan diperolehi apabila pemain A1 dari pasukan A berjaya menyusun

kotak dalam keadaan nombor yang betul.

7. Permainan diteruskan sehingga pemain daripada pasukan B berjaya

memasukkan bola pingpong ke dalam setiap kotak sebelum pemain dari

pasukan A menyusun kotak dalam susunan yang betul.

      4.3 PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN:            

Page 4: memukul 3

ZON A

ZON B

      4.4 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN:

           Peraturan Permainan:

1. Tiga orang murid di setiap bahagian dan dilarang memasuki bahagian lain.

Page 5: memukul 3

2. Pasukan pemungut bola pingpong hanya dibenarkan melontar bola pingpong

tersebut di luar kawasan bulatan ke dalam kotak.

3. Pasukan pemukul hanya dibenarkan memukul bola pingpong pada paras lutut

sahaja.    

           Syarat Permainan: 

1. Pasukan terdiri daripada tiga orang setiap pasukan.

2. Pasukan berada di kawasan yang ditetapkan di zon A.

3. Permainan akan dimulakan apabila pemain dari pasukan pemukul melantun

dan memukul bola pingpong.

4. Pemain memukul ketiga-tiga bola pingpong yang diberikan.

5. Pemain berlari ke kawasan zon B untuk menyusun kotak.

6. Pemain pemungut memasukkan bola ke dalam kotak sebelum pemain

pemukul siap menyusun kotak.

7. Permainan akan diteruskan dengan pemain yang seterusnya jika susunan

berjaya.

8. Mata diperoleh dengan menyusun susunan kotak dalam susunan nombor

yang betul.

          Info Tambahan:

1. Jumlah Pemain: 3 orang

2. Formasi: Setiap pemain dalam pasukan berada di kawasan yang ditetapkan

3. Peralatan: Bola pingpong dan Pemukul botol

4. Keselamatan: Pukul bola pingpong pada paras lutut

5. Kemahiran:

Manipulasi alatan : Melantun bola pingpong dan memukul dengan pemukul

botol

Lokomotor : Berlari ke kawasan zon B untuk menyusun kotak

Bukan lokomotor : Pemukul berdiri di kawasan yang ditetapkan