memperkasa perancangan laluan jalan kaki … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan...

14
1 MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI KAMPUS: KAJIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Mazdi Marzuki Jabatan Geografi & Alam Sekitar Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] Abstrak Pembangunan lestari penting untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat yang holistik. Dalam hal ini, semua kawasan khususnya institut pengajian tinggi berperanan penting dalam menerapkan pembangunan lestari untuk kesejahteraan warga kampusnya. Salah satu elemen dalam pembentukan pembangunan lestari di dalam kampus ialah menggalakkan penggunaan pengangkutan tidak bermotor iaitu berjalan kaki sebagai medium pergerakan dalam kalangan warga kampus. Sehubungan itu, institut pengajian tinggi perlu memfokuskan komitmen ke arah perancangan laluan jalan kaki sebagai dasar dan amalan dalam kalangan warganya. Kertas kerja ini akan menjelaskan tentang perancangan laluan jalan kaki sebagai medium dalam meningkatkan kelestarian kampus. Kajian ini akan mengambil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai kajian kes dalam menilai keupayaan merancang laluan jalan kaki untuk pembangunan lestari kampus. Elemen-elemen yang akan disentuh berkait dengan perancangan laluan jalan kaki di UPSI dan langkah ke arah penambahbaikan untuk menggalakkan berjalan kaki dijadikan rutin di kalangan warga kampus di UPSI. Kata kunci: perancangan, laluan jalan kaki, pembangunan lestari, kampus PENGENALAN Pembangunan lestari penting untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat yang holistik. Situasi ini bukan sahaja perlu diimplementasikan di kawasan bandar tetapi harus dipraktikkan di kawasan kampus. Walaupun Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya universiti adalah ruang yang kecil tetapi kawasan ini terseret ke dalam isu alam sekitar sama seperti yang dialami di kawasan bandar seperti peningkatan permintaan terhadap pengangkutan, kesesakan lalu lintas, pencemaran bunyi dan masalah-masalah alam sekitar yang lain (Norsyuhadah & Amiruddin, 2011). Masalah tersebut terjadi disebabkan oleh penggunaan pelbagai mod pengangkutan oleh warga kampus untuk pergerakan di dalam kampus. Bond dan Steiner (2006) menjelaskan pisahan mod pengangkutan yang digunakan oleh warga kampus meliputi bas, kereta, motosikal, berjalan kaki dan basikal. Keadaan ini menyebabkan berlakunya masalah isi padu pengangkutan yang padat pada sesuatu masa. Kepadatan isi padu pengangkutan di dalam kampus berlaku pada dua waktu puncak iaitu antara 7 hingga 9 pagi (waktu bermula kerja dan kuliah) dan 5 hingga 6 petang (waktu pulang kerja). Penggunaan kenderaan persendirian mewujudkan satu masalah yang ketara iaitu kesesakan lalu lintas. Selain itu, ruangan parkir yang tidak mencukupi juga merupakan penyumbang kepada berlakunya kesesakan di dalam kampus. Keadaan tempat parkir yang tidak mencukupi menyebabkan kenderaan terpaksa diletakkan di mana-mana sahaja di dalam kampus. Keadaan ini menyebabkan kampus tidak kondusif dan mencabuli keselesaan warga universiti.

Upload: vunga

Post on 02-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

1

MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI KAMPUS: KAJIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Mazdi Marzuki Jabatan Geografi & Alam Sekitar

Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris

[email protected]

Abstrak

Pembangunan lestari penting untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat yang holistik. Dalam hal ini, semua kawasan khususnya institut pengajian tinggi berperanan penting dalam menerapkan pembangunan lestari untuk kesejahteraan warga kampusnya. Salah satu elemen dalam pembentukan pembangunan lestari di dalam kampus ialah menggalakkan penggunaan pengangkutan tidak bermotor iaitu berjalan kaki sebagai medium pergerakan dalam kalangan warga kampus. Sehubungan itu, institut pengajian tinggi perlu memfokuskan komitmen ke arah perancangan laluan jalan kaki sebagai dasar dan amalan dalam kalangan warganya. Kertas kerja ini akan menjelaskan tentang perancangan laluan jalan kaki sebagai medium dalam meningkatkan kelestarian kampus. Kajian ini akan mengambil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai kajian kes dalam menilai keupayaan merancang laluan jalan kaki untuk pembangunan lestari kampus. Elemen-elemen yang akan disentuh berkait dengan perancangan laluan jalan kaki di UPSI dan langkah ke arah penambahbaikan untuk menggalakkan berjalan kaki dijadikan rutin di kalangan warga kampus di UPSI.

Kata kunci: perancangan, laluan jalan kaki, pembangunan lestari, kampus

PENGENALAN

Pembangunan lestari penting untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat yang holistik. Situasi ini bukan sahaja perlu diimplementasikan di kawasan bandar tetapi harus dipraktikkan di kawasan kampus. Walaupun Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya universiti adalah ruang yang kecil tetapi kawasan ini terseret ke dalam isu alam sekitar sama seperti yang dialami di kawasan bandar seperti peningkatan permintaan terhadap pengangkutan, kesesakan lalu lintas, pencemaran bunyi dan masalah-masalah alam sekitar yang lain (Norsyuhadah & Amiruddin, 2011). Masalah tersebut terjadi disebabkan oleh penggunaan pelbagai mod pengangkutan oleh warga kampus untuk pergerakan di dalam kampus. Bond dan Steiner (2006) menjelaskan pisahan mod pengangkutan yang digunakan oleh warga kampus meliputi bas, kereta, motosikal, berjalan kaki dan basikal. Keadaan ini menyebabkan berlakunya masalah isi padu pengangkutan yang padat pada sesuatu masa. Kepadatan isi padu pengangkutan di dalam kampus berlaku pada dua waktu puncak iaitu antara 7 hingga 9 pagi (waktu bermula kerja dan kuliah) dan 5 hingga 6 petang (waktu pulang kerja). Penggunaan kenderaan persendirian mewujudkan satu masalah yang ketara iaitu kesesakan lalu lintas. Selain itu, ruangan parkir yang tidak mencukupi juga merupakan penyumbang kepada berlakunya kesesakan di dalam kampus. Keadaan tempat parkir yang tidak mencukupi menyebabkan kenderaan terpaksa diletakkan di mana-mana sahaja di dalam kampus. Keadaan ini menyebabkan kampus tidak kondusif dan mencabuli keselesaan warga universiti.

Page 2: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

2

Salah satu pendekatan yang boleh diimplementasikan di kawasan kampus bagi menjayakan pembentukan pembangunan lestari ialah menggalakkan warganya menggunakan pengangkutan tidak bermotor dan mengurangkan penggunaan kenderaan ketika bekerja dengan menjadikan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki sebagai medium utama. Penggunaan mod pengangkutan basikal dan berjalan kaki juga dikenali sebagai pengangkutan lestari. Jauch et. al (2009) menyatakan pengangkutan lestari sebagai pengangkutan yang tidak memberi implikasi alam sekitar yang besar kepada masyarakat. Elemen pengangkutan lestari menjadi salah satu indikator yang signifikan untuk mencapai kampus yang mesra alam sekitar, lestari dan efisien. Pendekatan ini bertunjangkan kepada pembangunan lestari yang titik akhirnya mewujudkan kampus lestari dengan syarat warga kampus mempunyai minda ‘masyarakat rendah karbon’. Zaini (2009) menjelaskan untuk mewujudkan ‘masyarakat rendah karbon’ maka banyak proses khususnya kaedah dan sistem yang sedia ada perlu diolah dalam kerangka baharu. Dalam konteks pengurusan kampus, aktiviti rendah karbon perlu dijadikan rutin di kalangan masyarakat akademik yang merangkumi mahasiswa dan staf universiti daripada peringkat rendah hingga kepada tertinggi.

Perancangan dan pembentukan laluan jalan kaki yang kondusif dan mesra pengguna merupakan salah satu indikator yang mampu dijadikan elemen penting kepada pembentukan kampus lestari. Mod berjalan kaki ialah mod pengangkutan mesra ekosistem kerana ia dapat mengurangkan pengeluaran emisi oleh kenderaan (Mohamadareza et.al, 2009). Penyediaan laluan berjalan kaki adalah elemen penting dalam memastikan konsep kampus lestari dapat diimplementasi di IPT. Laluan pejalan kaki seharusnya mempunyai laluan berbumbung dan mempunyai kemudahan laluan yang bersambung di antara laluan yang lain kerana ia akan memudahkan pergerakan dan mobiliti warga kampus daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Keadaan ini akan memberikan kesenangan dan kemudahan kepada warga kampus untuk berjalan kaki serta menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan tidak bermotor di dalam kampus. Penggunaan kenderaan yang tidak bermotor juga akan membebaskan kampus daripada sebarang pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000) berpendapat kawasan kampus yang menghijau dan nyaman akan dapat dijana dengan mengurangkan pelepasan emisi oleh kenderaan. Konsep menghijaukan kampus merupakan salah satu teras yang wujud dalam melestarikan kawasan kampus dengan mengurangkan penggunaan kenderaan yang melepaskan bahan cemar. Bagi memastikan konsep ini dicapai dengan jitu, amalan membudayakan penggunaan mod berjalan kaki haruslah diamalkan agar kadar pencemaran di dalam kampus dapat dikurangkan. Norsyuhadah & Amiruddin (2011) menyatakan pendekatan menggunakan mod pengangkutan tidak bermotor ini berupaya untuk mengekalkan kelestarian kampus dengan mengadaptasi pengurusan lalu lintas dan menaik taraf perancangan pengangkutan di dalam kampus dengan lebih efisien lagi. Mengintergrasi perancangan pengangkutan dan lalu lintas serta menaik taraf pendefinisian aspek keruangan di dalam kampus antara langkah yang signifikan dapat membantu mengatasi masalah yang membelenggu warga kampus selama ini. Garis panduan pembentukan kampus lestari merupakan manifestasi kepada perancangan awal bagi membentuk kampus yang mesra alam dan lestari. Cadangan dan usul polisi akan dijadikan bahan asas dalam mengadun pembentukan kampus lestari demi kesejahteraan sosial warga kampus. Pembentukan kampus lestari khususnya perancangan pengangkutan tidak bermotor merupakan salah satu daripada inti pati cadangan pembentukan kampus yang selesa dan harmoni. Zuhairuse et.al (2009) menjelaskan perancangan pengangkutan seperti menaiktaraf

Page 3: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

3

laluan jalan kaki dan berbasikal yang baik akan dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan tidak bermotor di dalam kampus. Dalam hal ini, semua kawasan khususnya IPT berperanan penting dalam menerapkan pembangunan lestari untuk kesejahteraan warga kampusnya.

KEPENTINGAN LALUAN PEJALAN KAKI KE ARAH PEMBENTUKAN PEMBANGUNAN LESTARI DI KAMPUS: SATU TINJAUAN LITERATUR

Pembentukan pembangunan lestari di kawasan kampus berupaya dilaksanakan dengan menggalakkan warganya mengamalkan penggunaan mod pengangkutan tidak bermotor di dalam kampus. Kepentingan laluan pejalan kaki adalah indikator ke arah membentuk kampus lestari. Laluan berjalan kaki dan berjalan di dalam kampus dapat mengurangkan masalah pencemaran udara (Jauch etal, 2009, Kong et.al, 2009, Tolley, 1996), mengatasi kesesakan lalu lintas (Mohd Nafess, 2003), meningkatkan keselamatan pengguna, dan menyihatkan kesihatan.

Penggunaan basikal dan mod berjalan kaki ke kampus memainkan peranan penting dalam memastikan iltizam kampus lestari tercapai kerana ia berupaya mengurangkan masalah pencemaran udara. Penggunaan mod pengangkutan bermotor di dalam kawasan kampus lebih terdedah kepada bahaya emisi seperti gas karbon monoksida yang mencemarkan alam sekitar (Jauch et al, 2009). Kong et.al (2009) menyatakan indeks bacaan parameter gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida meningkat secara purata pada waktu puncak khususnya pada sebelah pagi. Tolley (1996) menyatakan sebanyak 98 peratus pelepasan emisi bahan cemar adalah berpunca daripada penjanaan trip ulang alik daripada kampus ke kediaman dan seumpamanya. Tan (2006) menjelaskan kawasan kampus yang terdedah kepada pencemaran asap kenderaan telah menyebabkan wujudnya sesetengah kawasan panas (hot spot area) dan sejuk (cool spot area) hasil daripada pelepasan emisi yang teruk oleh kenderaan. Selaras dengan matlamat untuk mengurangkan kadar emisi bahan cemar di dalam kampus beberapa universiti telah menetapkan pengurangan pelepasan emisi karbon. Universiti California misalnya telah menetapkan matlamat untuk mengurangan pelepasan emisi karbon di dalam kampus sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2014. Ini merupakan salah satu langkah untuk mengekalkan kelestarian kampus supaya berada dalam keadaan yang stabil dan harmoni. Perancangan pengangkutan lestari di dalam kampus sebagai mana yang diusulkan oleh Balsas (2003) akan menjadikan kawasan kampus lebih sejuk, nyaman dan harmonis dengan memperkenalkan ‘pelestarian pengangkutan’ di dalam kawasan kampus.

Penggunaan mod pengangkutan tidak bermotor secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kesesakan aliran trafik di dalam kampus dan mewujudkan persekitaran kampus yang segar tanpa pelepasan emisi yang banyak. Kajian yang dilakukan di Kanada dan Amerika Syarikat membuktikan terdapat sesetengah kampus yang tidak membenarkan penggunaan kereta. Penggunaan kenderaan tidak bermotor digalakkan di dalam kampus untuk mengelakkan kesesakan trafik di dalam kampus (Kong et al, 2009). Jacobs et.al (2001) menyatakan lebih daripada 50 peratus mod pengangkutan berbasikal dan berjalan kaki digunakan oleh kakitangan dan pelajar Universiti Harvard dapat mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kenderaan dan kesesakan trafik di dalam kampus. Kekurangan promosi penggunaan mod berjalan kaki dan berbasikal adalah faktor yang menyebabkan warga kampus tidak menggunakan mod pengangkutan ini sebagai trip pendidikan dan ke tempat kerja. Ketiadaan laluan khususnya bagi pejalan kaki dan berbasikal juga menjadi salah satu faktor penyebab mod pengangkutan ini tidak popular dan tidak dibudayakan. Laluan khas bagi pejalan kaki dan basikal wajar dibina bagi memastikan keselamatan semasa trip pendidikan dan ke tempat kerja.

Page 4: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

4

Laluan pejalan kaki memainkan peranan yang penting dalam menjaga keselamatan pejalan kaki semasa penjanaan trip ke tempat kerja atau trip pendidikan. Laluan pejalan kaki disediakan khusus bagi pejalan kaki agar trip yang dijana semasa berjalan kaki mengikut laluanyang ditetapkan dan selamat. Laluan pejalan kaki yang efisien akan menggalakkan pelajar dan kakitangan untuk berjalan kaki ke kuliah atau tempat kerja. Laluan pejalan kaki yang disediakan dengan laluan yang bertutup dan teduh dapat mengelakkan para pengguna daripada berpanas terik pada siang harinya dan basah ketika hujan turun. Rigby dan Hyde (1977) menjelaskan 96 peratus penjanaan trip melalui mod berjalan kaki adalah dalam lingkungan jarak maksimum dua kilometer atau kurang. Beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna pejalan kaki di dalam kampus semasa penjanaan trip berjalan kaki antaranya adalah kurang kemudahan yang disediakan seperti papan tanda, kualiti permukaan laluan yang tidak sempurna, berbau, tiada ada ruang laluan untuk menunggu, bangku untuk pejalan kaki berehat, dan kurang papan tanda merupakan halangan kepada warga kampus untuk menggunakan mod berjalan kaki sebagai alternatif trip ke tempat kerja mahupun trip pendidikan (Kelly, Hodson dan Page, 2004). Norsyuhadah dan Amiruddin (2011) menjelaskan sebanyak 18 peratus sahaja pelajar yang menjana trip ke kampus dengan menggunakan mod berjalan kaki. Penyediaan laluan pejalan kaki merupakan langkah yang signifikan bagi menggalakkan pelajar dan warga kampus untuk menggunakan mod berjalan kaki bagi penjanaan trip ke kampus.

Laluan pejalan kaki dan mengamalkan berjalan kaki di dalam kampus berupaya untuk menyihatkan badan seseorang dan menjaga persekitaran. Tolley (ibid) menjelaskan penggunaan kenderaan yang tidak bermotor adalah lebih efisien dan dapat mengurangkan kadar pelepasan emisi dan memberikan kesegaran pada persekitaran. Misalnya, berbasikal pada jarak lapan hingga 12 kilometer sehari dengan kapasiti ulang alik akan menjadikan warga kampus lebih lincah dan tangkas dalam melakukan kerja-kerja di dalam pejabat berbanding dengan warga kampus yang secara fizikal bergantung sepenuhnya kepada mod pengangkutan bermotor ketika penjanaan trip ke kampus. Berjalan kaki juga boleh meningkatkan elemen kesihatan seperti jantung menjadi sihat, tekanan darah menjadi elok, mengurangkan stress, mengekalkan bentuk badan, menjadi otot semakin kuat, berat badan terkawal, dan mengurangkan masalah diabetis. Sehubungan itu, penggunaan mod jalan kaki ke kampus merupakan salah satu manifestasi yang signifikan dalam mengekalkan persekitaran kampus agar berada dalam keadaan yang lestari kerana berupaya mengurangkan pelepasan emisi. Pembentukan laluan pejalan kaki secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan mod pengangkutan ini dalam pergerakan dalam kampus. Ini secara tidak langsung akan menyihatkan badan pengamalnya.

KAWASAN & METODOLOGI KAJIAN

Kajian dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. UPSI terdiri daripada dua buah kampus iaitu kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjong Malim dan kampus Sultan Azlan Shah di Proton City. Kawasan kajian berfokus di kampus Sultan Abdul Jalil Shah kerana ketika kajian ini dilakukan kampus baharu iaitu kampus Sultan Azlan Shah di Proton City belum siap dan dalam proses pembinaan (Rajah 1). Kampus Sultan Abdul Jalil Shah berkeluasan kira-kira 80 ekar yang direkabentuk dengan menempatkan pelbagai ameniti dan fasiliti lengkap bagi kemudahan pelajar. Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran seperti dewan kuliah, dewan auditorium, kawasan parkir motosikal dan kereta, bangunan pentadbiran dan padang bagi tempat aktiviti pelajar. Pengambilan pelajar yang bertambah dan penawaran kursus baharu telah menyebabkan pertambahan pelajar berlaku setiap

Page 5: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

5

PETA TANPA SKALA

KAWASAN KAJIAN

kali sesi kemasukan akademik. Justeru, bilangan pemilikan kenderaan sudah tentu akan meningkat juga setiap tahun. Oleh itu, kawasan seluas 80 ekar ini tidak mampu untuk menampung aliran kenderaan yang ulang alik. Kesannya, kawasan parkir di dalam kampus menjadi sesak dan tidak cukup.

Rajah 1 Lokasi Kawasan Kajian Sumber : Marzuki (2010)

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah pelbagai meliputi penggunaan kaji

selidik, temu bual dan pemerhatian di kawasan kajian. Kaji selidik melibatkan 120 orang pelajar yang berjalan kaki. Kaji selidik ini bertujuan untuk meneliti persepsi warga kampus tentang kemudahan pejalan kaki dan cadangan untuk meningkatkan kualiti laluan pejalan kaki yang disediakan di UPSI. Pemerhatian pula melibatkan tinjauan di kawasan kampus tentang suasana warga kampus yang menggunakan kemudahan pejalan kaki dan jalan raya. Temu bual secara tidak formal dilakukan dengan warga UPSI dan pegawai keselamatan UPSI dan pegawai keselamatan di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Universiti Sains Malaysia (USM), Temu bual dengan pegawai keselamatan UPSI dan warga UPSI bertujuan untuk mengetahui tentang keselamatan dan kemudahan pejalan kaki yang disediakan di UPSI. Manakala temu bual dengan pegawai keselamatan di UM, UKM, UPM dan USM bertujuan untuk mengkaji perancangan dan pengurusan laluan jalan kaki yang telah diimplementasikan kampus-kampus berkenaan.

Page 6: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

6

HASIL KAJIAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI KEMUDAHAN PEJALAN KAKI DI UPSI

Bahagian ini akan meneliti persepsi pelajar terhadap kualiti kemudahan pejalan kaki di kampus UPSI. Sebanyak 11 item telah ditadbirkan dan hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan nilai min pada setiap item yang telah ditadbirkan. Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tertinggi diwakili oleh item tidak sesak ketika berjalan kaki di laluan pejalan kaki di UPSI dengan nilai min purata sebanyak 3.40 berada pada aras kurang memuaskan. Bagi pecahan nilai peratusan pula yang tertinggi diwakili oleh pecahan item memuaskan dengan mencatatkan nilai peratusan sebanyak 45.0 peratus (Jadual 1).

Jadual 1 Persepsi Pelajar Terhadap Kualiti Kemudahan Pejalan Kaki di Dalam Kampus UPSI Item 1

(STM) 2

(TM) 3

(KM) 4

(M) 5

(SM) MIN

Tidak sesak ketika berjalan kaki di laluan pejalan kaki di UPSI

9 7.5%

14 11.7%

30 25.0%

54 45.0%

13 10.8%

3.40

Mudah untuk melintas di laluan pejalan kaki di UPSI

11 9.2%

15 12.5%

34 28.3%

45 37.5%

15 12.5%

3.32

Laluan pejalan kaki di UPSI adalah selamat untuk dilalui

7 5.8%

22 18.3%

29 24.2%

56 46.7%

6 5.0%

3.27

Tempat membuang sampah-sarap mudah didapati di laluan pejalan kaki UPSI

11 9.2%

22 18.3%

40 33.3%

40 33.3%

7 5.8%

3.08

Permukaan laluan pejalan kaki adalah rata dan elok

9 7.5%

23 19.2%

45 37.5%

38 31.7%

5 4.2%

3.06

Terdapat tempat rehat di laluan pejalan kaki UPSI

15 12.5%

23 19.2%

47 39.2%

30 25.0%

5 4.2%

2.89

Laluan pejalan kaki di UPSI mesra OKU 13 10.8%

22 18.3%

55 45.8%

27 22.5%

3 2.5%

2.88

Corak, warna dan turapan laluan pejalan kaki di UPSI adalah menarik

15 12.5%

31 25.8%

40 33.3%

30 25.0%

4 3.3%

2.81

Laluan pejalan kaki di UPSI bersambungan antara satu laluan dengan satu laluan yang lain

12 10.0%

34 28.3%

44 36.7%

27 22.5%

3 2.5%

2.79

Terdapat landskap yang menarik di laluan pejalan kaki UPSI

12 10.0%

36 30.0%

41 34.2%

30 25.0%

1 0.8%

2.77

Laluan pejalan kaki di UPSI berbumbung 41 34.2%

35 29.2%

31 25.8%

9 7.5%

4 3.3%

2.17

*1=Sangat Tidak Memuaskan (STM) 2= Tidak Memuaskan (TM) 3=Kurang Memuaskan (KM) 4= Memuaskan (M) 5=Sangat Memuaskan (SM) .Sumber: Kajian Lapangan (2011)

Bagi nilai min yang kedua tertinggi pula diwakili oleh item mudah untuk melintas di laluan pejalan kaki di UPSI dengan mencatatkan nilai purata min sebanyak 3.32 berada pada aras kurang memuaskan pada skala pangkatan. Bagi pecahan nilai peratusan yang paling tinggi dalam item ini diwakili oleh item memuaskan dengan nilai peratusan sebanyak 37.5 peratus dengan catatan nilai mutlak seramai 45 orang.

Page 7: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

7

Bagi dapatan nilai min yang terendah diwakili oleh item laluan pejalan kaki di UPSI berbumbung dengan catatan nilai min sebanyak 2.17 berada pada aras tidak memuaskan pada skala pangkatan. Bagi pecahan nilai peratusan yang tertinggi bagi item ini diwakili oleh pecahan sangat tidak memuaskan dengan nilai peratusan sebanyak 34.2 peratus iaitu dengan catatan nilai mutlak sebanyak 41 orang pelajar. Dapatan kajian secara total merumuskan aspek kualiti kemudahan pejalan kaki di kampus UPSI secara puratanya adalah berada pada kurang memuaskan berdasarkan kepada nilai purata skala min pangkatan hanyalah berada pada tahap kurang memuaskan.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

PERANCANGAN KE ARAH MEMPERKASAKAN LALUAN PEJALAN KAKI DI UPSI

Kawasan kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang kecil menyebabkan bas kitaran yang digunakan oleh pelajar hanya mengambil dan menurunkan pelajar di luar kampus sahaja iaitu di di Pintu Timur. Justeru pelajar yang tidak mempunyai kenderaan persendirian seperti motosikal, kereta dan basikal hanya berjalan kaki untuk ke bilik-bilik kuliah, perpustakaan dan untuk sebarang urusan di dalam kampus. Penggunaan pengangkutan tidak bermotor seperti berjalan kaki dan berbasikal amat sesuai dipraktikkan di kampus ini kerana keluasannya yang kecil berbanding dengan universiti yang lain. Perancangan dan pengurusan laluan pejalan kaki yang sempurna akan meningkatkan lagi penggunaan mod pengangkutan ini di dalam kampus.

Langkah Bagi Meningkatkan Kualiti Laluan Pejalan Kaki di Kampus UPSI Bahagian ini akan meneliti cadangan dan usul yang telah diberikan oleh pelajar UPSI dan implimentasi kualiti laluan pejalan kaki yang telah dilaksanakan di UM, USM, UKM dan UPM. Cadangan dan usul tersebut bertujuan untuk meningkatkan dan memperkasakan lagi kualiti kemudahan pejalan kaki di UPSI.

Analisis dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tertinggi bagi sebelas usul yang telah ditadbir adalah diwakili oleh item meningkatkan kualiti pencahayaan jalan pada waktu malam dengan nilai purata min yang dikumpul adalah sebanyak 4.51 berada pada aras bersetuju menghampiri nilai sangat setuju. Kualiti pencahayaan yang rendah di kawasan laluan pejalan kaki turut melibatkan IPT yang lain seperti UM, UTM, UIAM dan UMS (Shuhana et.al 2007). Kualiti pencahayaan dan keadaan lokasi jalan yang sunyi dan terlindung serta gelap boleh mengundangkan rasa tidak selamat dan bahaya kepada pelajar. Ini menyebabkan pelajar tidak akan menggunakan mod berjalan kaki untuk pergerakan di dalam kampus pada waktu malam. Malahan keadaan ini menyebabkan fungsi laluan pejalan kaki tidak dapat digunakan oleh pengguna. Sehubungan itu, pihak UPSI perlu meletakkan lebih banyak lampu di kawasan yang gelap dan kerap melakukan penyelengaraan apabila berlaku kerosakan pada lampu yang menghubungkan antara satu jalan dengan jalan yang lain.

Dapatan usul yang kedua tertinggi pula diwakili oleh item membina kawasan pejalan kaki berbumbung dengan nilai min purata sebanyak 4.44 berada pada aras setuju. Hasil pemerhatian mendapati laluan pejalan kaki di UPSI tidak berbumbung kecuali laluan yang menghubungkan antara satu bangunan dengan bangunan yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Shuhana (2007) membuktikan situasi yang sama berlaku di UM, UTM dan UMS. Angka statistik menunjukkan 56.7 peratus pelajar bersetuju bahawa pembinaan kawasan jalan kaki berbumbung akan dapat menggalakkan pelajar berjalan kaki di dalam kampus. Situasi ini amat berkait dengan cuaca dan iklim di Malaysia yang beriklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun

Page 8: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

8

ditambah dengan min suhu 27°C. Cuaca dan iklim di Malaysia yang panas dan lembap ini menyebabkan pejalan kaki mudah berasa tidak selesa dan akan cepat berpeluh. Laluan pejalan kaki berbumbung amat sesuai untuk melindungi pengguna daripada panas dan hujan. Kemudahan ini telah diaplikasikan oleh kampus-kampus yang telah lama dibina di Malaysia seperti UM, USM, UKM dan UPM. UKM misalnya mempunyai kawasan jalan kaki menarik yang berbumbung menghubungkan antara DECTAR sehingga ke kawasan pentadbiran yang bukan sahaja bertujuan untuk melindungi pejalan kaki daripada panas dan hujan tetapi juga ditonjolkan dan diterapkan imej kesenian Melayu pada laluan pejalan kakinya (Foto 2).

Manakala usul yang mempunyai nilai min ketiga tertinggi pula diwakili oleh item membina laluan khas agar tidak berlaku konflik antara pejalan kaki dengan pemandu kenderaan dalam kawasan UPSI. Nilai min yang dicatatkan adalah sebanyak 4.37. pecahan nilai persetujuan bagi usul ini dicatatkan sebanyak 54.2 peratus pelajar bersetuju jika laluan dibina bagi mengatasi konflik antara pemandu dan pejalan kaki di dalam kampus. Hasil dapatan kajian merumuskan secara keseluruhan cadangan bagi meningkatkan fasiliti pejalan kaki dalam kalangan pelajar disambut baik dengan nilai purata min keseluruhan adalah berada pada aras sangat setuju. Laluan khas yang memisahkan antara pengguna kenderaan bermotor dengan laluan pejalan kaki. Ini akan meningkatkan tahap keselamatan pejalan kaki. Laluan tersebut boleh dipisahkan menggunakan tumbuhan-tumbuhan renek sebagai pemisah atau memasang penghadang daripada besi (Foto 10). Pembinaan landskap (tumbuhan-tumbuhan renek) ini bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan pejalan kaki tetapi juga sebagai penghias kepada kawasan kampus. Pembinaan laluan ini akan menjadikan kampus UPSI sebagai kampus lestari dan kampus selamat sebagimana terkandung dalam program bandar selamat (Malaysia 2004).

Disamping itu langkah untuk meningkatkan kualiti pejalan kaki juga boleh dilaksanakan dengan mengadakan bollard berantai, lintasan zebra atau berbelang di jalan yang berada di kampus. Lintasan belang tersebut boleh diletakkan lampu supaya memudahkan pantulan cahaya berlaku apabila lampu daripada kenderaan bermotor melalui kawasan kampus UPSI pada waktu malam. Ini akan memudahkan pengguna kenderaan bermotor untuk berhati-hati semasa memandu dan meningkatkan tahap keselamatan kepada pejalan kaki. Situasi ini telah diimplematasi di Universiti Malaya dengan terdapatnya lintasan belang berlampu, lintasan belang berlampu isyarat dan lampu isyarat di dalam kampus. Ini memudahkan pejalan kaki untuk melintas khususnya di kawasan kampus yang mempunyai kapasiti kenderaan yang banyak dan pergerakan lalu lintas yang sibuk (Foto 3, 4).

Pejalan kaki juga melibatkan OKU kerana OKU tidak mempunyai kemampuan untuk menggunakan kenderaan bermotor. Seharusnya di dalam kawasan kampus mempunyai laluan pejalan kaki yang mesra OKU. Laluan khususnya untuk OKU perlu dibina untuk kesejahteraan golongan ini belajar di kampus. Pembinaan garisan kuning di tengah sebagai penanda untuk OKU bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi adalah perlu untuk memudahkan pergerakan mereka. Laluan khusus untuk golongan OKU juga perlu disediakan bagi memudahkan perjalanan mereka dan meningkatkan keselamatan golongan ini. USM umpamanya menyediakan laluan khususnya untuk OKU sebagai satu cara untuk memudahkan golongan bergerak di dalam kampus (Foto 8 & 9).

Kawasan khusus pejalan kaki melintas perlu diwujudkan atau ditambah supaya memudahkan mereka untuk melintas ke sesuatu destinasi. Keselamatan pejalan kaki akan lebih terjamin apabila wujudnya papan tanda kawasan melintas. Papan tanda boleh disediakan secara papan tanda bersimbol atau papan tanda bertulis. Di samping papan tanda yang bersimbol adalah lebih baik jika diletakkan papan tanda bertulis bagi meningkatkan kemudahan dan ingatan

Page 9: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

9

kepada pengguna jalan raya. Universiti Putra Malaysia umpamanya meletakkan papan tanda yang bersimbol dan bertulis di setiap kawasan melintas untuk pejalan kaki di dalam kampusnya (Foto 11). Hasil pemerhatian menunjukkan pelajar UPSI melintas bukan di kawasan yang diperuntukkan untuk melintas. Mereka melintas di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh melintas. Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan dan ini menggambarkan sikap pelajar yang tidak prihatin terhadap keselamatan mereka dan situasi ini juga menyebabkan imej pelajar UPSI dipandang negatif di kalangan pengunjung di kampus UPSI. Malahan juga sikap pengawal keselamatan yang tidak memberi amaran kepada pelajar menyebabkan mereka sesuka hati melakukan perkara ini.

Jadual 2 Cadangan Bagi Meningkatkan Kualiti Laluan Pejalan Kaki di Kampus UPSI Item Cadangan Penambahbaikan 1

(STS) 2

(TS) 3

(KS) 4

(S) 5

(SS) MIN

Meningkatkan kualiti pencahayaan laluan pejalan khas untuk kegunaan waktu malam

3 2.5%

2 1.7%

2 1.7%

37 30.8%

76 63.3%

4.51

Membina jalan kaki berbumbung di sepanjang laluan kaki lima yang tiada teduhan pokok-pokok

2 1.7%

1 0.8%

7 5.8%

42 35.0%

68 56.7%

4.44

Menaiktaraf laluan pejalan kaki supaya mesra OKU

3 2.5%

1 0.8%

5 4.2%

42 35.0%

69 57.5%

4.44

Membina laluan pejalan kaki yang bersambungan supaya mudah untuk bergerak

3 2.5%

2 1.7%

4 3.3%

46 38.3%

65 54.2%

4.40

Membina laluan khas supaya supaya tidak berlaku konflik antara pengguna kenderaan dangan pejalan kaki

3 2.5%

4 3.3%

4 3.3%

44 36.7%

65 54.2%

4.37

Membina landskap di sepanjang laluan pejalan kaki bagi menaikan seri visual permandangan universiti

2 1.7%

3 2.5%

9 7.5%

46 38.3%

60 50.0%

4.33

Mewujudkan tempat khusus untuk melintas 2 1.7%

2 1.7%

17 14.2%

47 39.2%

52 43.3%

4.21

Mengehadkan kemasukan kenderaan persendirian ke dalam kampus pada waktu puncak

3 2.5%

6 5.0%

10 8.3%

45 37.5%

56 46.7%

4.21

Membuat kempen “Sejam tanpa kenderaan di kampus’

7 5.8%

7 5.8%

11 9.2%

46 38.3%

49 40.8%

4.03

*1=Sangat Tidak Setuju (STS) 2= Tidak Setuju (TS) 3=Kurang Setuju (KS) 4= Setuju (S) 5=Sangat Setuju (SS) Sumber: Kajian Lapangan (2011)

Bagi menggalakkan warga kampus untuk menjadi masyarakat yang rendah karbon beberapa polisi boleh diperkenalkan atau dipromosikan oleh UPSI. Langkah untuk mengehadkan kemasukan kenderaan ke dalam kampus adalah langkah yang baik untuk mengurangkan pengeluaran emisi dari kenderaan bermotor di samping mengurangkan masalah

Page 10: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

10

kesesakan lalu lintas dan mengatasi masalah kekurangan parkir. UPSI juga telah menetapkan pelajar tahun 1 tidak boleh membawa kenderaan untuk ke UPSI sama ada motosikal atau kereta. Peraturan ini juga telah dipraktikkan di beberapa universiti yang lain seperti UKM dan UPM. Pendekatan ini sekurang-kurang dapat menggalakkan pelajar untuk berjalan kaki untuk ke sesuatu lokasi di dalam kampus.

KESIMPULAN

Pambangunan lestari khususnya di kawasan kampus merupakan salah satu pengurusan yang amat perlu bagi meningkatkan keselesaaan kepada warga kampus. Dalam menjayakan pembangunan lestari di kawasan kampus, promosi dan menggalakkan penggunaan mod pengangkutan tidak bermotor khususnya berjalan kaki perlu dijadikan rutin dalam pergerakan warga kampus bagi meningkatkan kelestarian kampus. Berjalan kaki akan menjadi amalan apabila laluan pejalan kaki telah sempurna dan memberi keselesaan kepada masyarakat.

Kajian mendapati laluan pejalan kaki UPSI masih kurang memuaskan khususnya laluan yang disediakan tidak berbumbung, kurangnya landskap yang menarik di laluan pejalan kaki, kemudahan untuk OKU yang tidak mencukupi, kemudahan melintas yang perlu ditambah dan kualiti pencahayaan yang rendah. Kajian di luar negara menunjukkan perancangan kampus yang baik dan sempurna memberi fokus kepada laluan untuk pejalan kaki. Sehubungan itu UPSI perlu meningkatkan dan memperkasakan kemudahan laluan pejalan kaki di kedua-dua kampusnya bagi meningkatkan penggunaaan mod berjalan kaki di di UPSI. Penyediaan kemudahan yang sempurna akan meningkatkan lagi pelajar untuk berjalan kaki dalam kampus dan secara tidak langsung akan memberikan kesedaran kepada pihak universiti tentang kepentingan perancangan kampus yang lebih lestari dan harmoni demi menjaga persekitaran kampus yang lebih selesa dan harmoni. PENGHARGAAN

Penghargaan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana membiayai kajian ini di bawah Geran Penyelidikan Universiti yang bertajuk ‘Perancangan dan Pengurusan ke Arah Pembentukan Pengangkutan dan Lalu Lintas Lestari di Universiti Pendidikan Sultan Idris’ (kod penyelidikan: 2011-0053-106-01).

RUJUKAN

Allen, A.S,. (2000). Institutional change and campus greening at Tulane university. Proceeding of a conference on sustainability of wet land and water resource, Oxford, Mississippi, May 23-26, 2000.

Balsas, C.J.L,. (2003) Sustainable transportation planning on college campuses. Transport Policy 10 (2003) 35–49

Bond, A., & Steiner, R.L,. (2006). Sustainable campus transportation through transit partnership and transportation demand management: A case study from the University of Florida. Berkeley Planning Journal, Volume 19, 2006.

Jacobs, D.J., Johnson, M., Mallinson, H., Ocwieja, M., Onuma, O., Asare, D.K.O., Schoenbeck, B., Wang, S., Wise, W., & Yolken, B,. (2001). Parking at Harvard: Addressing new demands associated with campus development spring 2001. Engineering Science 96.

Page 11: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

11

Jauch, C., Ogden, S., Betzen, A., Stumpff, C., & Bigley, R. (2009). Examining transportation sustainability at the University of Kansas-Lawrence Campus. Environmental Studies Program University of Kansas.

Kelly, C,. Tight, M.R., Hodgson, F.C., & Page, M,. (2004). Improving pedestrian accessibility and quality of life. 10 th World Conference on Transport Research, Istanbul, 4th-8th July 2004.

Malaysia (2004) Program Bandar Selamat Ilustrasi 23 Langkah Pencegahan Jenayah. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia: Kuala Lumpur

Mohamadareza Farzaneh., Lee, J.S., Ramani, T., Higgins, L., & Zietsman, Z (2009). Toward green campus: A transportation strategy for Texas a & m university.9-3

Norsyuhadah Norzalwi and Amiruddin Ismail (2011). Public Approach Towards Sustainable Transportation in UKM's Campus. Australian Journal of Basic and Applied Sciences, 5(5): 1332-1337,

Rigby, J.P. & Hyde, P.J. (1977). Journey to School. A survey of secondary school in Berkshire and Survey. Laboratory Research 776 TRRL.

Shuhana Shamsuddin, Ahmad Bashri Sulaiman, Hasanuddin Lamit, Norsiah Abd. Aziz, Rozeyta Omar & Masliyana Md Noor (2007) Kriteria Reka Bentuk Persekitaran Kampus Yang Kondusif Bagi Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Projek Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

S.Y. Kong, Aniza Abdul Aziz, S.P. Rao & Nila Inangda. (2009). Environmental effects of driving automobiles in the University of Malaya Campus: A Pilot Study. Journal of Design and Built Environment Vol. 5, December 2009, pp. 1–17

Tan, K.W. (2006). A Greenway Network For Singapore. Landscape and Urban Planning, 76, (2006), 45-66.

Tolley, R., 1996. Green campuses: cutting the environmental cost of commuting. Journal of Transport Geography 4 (3), 213–217.

Zaini Ujang (2009) Mewujudkan dunia bersih karbon cabaran tahun baru. Berita Harian. 25 Disember

Zuhairuse Md Darus, Abdul Khalim Abdul Rashid, Nor Atikah Hashim, Zaidi Omar, Masran Saruwono & Noraziah Mohammad. (2009). Development of Sustainable Campus: Universiti Kebangsaan Malaysia Planning and Strategy dlm Wseas Transactions on Environment and Development, Issue 3, Volume 5, March 2009.

Page 12: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

12

Kemudahan-Kemudahan Laluan Pejalan Kaki di Kampus Universiti

Foto 1

Laluan pejalan kaki bersambungan di UKM

Foto 2 Laluan pejalan kaki berbumbung

Foto 3

Lintasan belang berlampu isyarat di kampus UM

Foto 4 Lintasan belang berlampu di kampus UM

Page 13: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

13

Foto 5

Lampu isyarat di kampus UM Foto 6

Jambatan untuk pejalan kaki di kampus UM

Foto 7

Kaki lima untuk pejalan kaki di kampus USM

Foto 8 Laluan khas untuk golongan OKU di

kampus USM

Page 14: MEMPERKASA PERANCANGAN LALUAN JALAN KAKI … bin... · pencemaran emisi yang teruk akibat pelepasan gas daripada asap kenderaan yang digunakan di dalam kampus. Allen (2000)

14

Foto 9

Laluan pejalan kaki yang berkongsi dengan laluan golongan OKU

Foto 10 Laluan pejalan kaki yang terpisah dari

laluan kenderaan bermotor

Foto 11

Papan tanda kawasan melintas di kampus UPM