peneraju industri perikanan laut dalam buktikan kemampuan · • nelayan teluk intan terima bantuan...

28
Mac 2013 Berita Perikanan 1 Bil. 84 (Mac 2013) • (PERCUMA) Tukun Dibina, Pendapatan Dijana 5 Bintang Untuk Laman Sesawang Jabatan Perikanan Penyu Selamat, Minyak Jimat Samsuddin - Perintis Penternakan Udang Karang Komersial Abdul Kadir Buktikan Nelayan Boleh Jadi Jutawan Buktikan Kemampuan Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam

Upload: lybao

Post on 03-Mar-2019

335 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Mac 2013 Berita Perikanan 1

Bil. 84 (Mac 2013) • (PERCUMA)

• TukunDibina,PendapatanDijana• 5BintangUntukLamanSesawang

JabatanPerikanan• PenyuSelamat,MinyakJimat• Samsuddin-PerintisPenternakan

UdangKarangKomersial• AbdulKadirBuktikanNelayan

BolehJadiJutawan

Buktikan Kemampuan

Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam

Page 2: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

2 Berita Perikanan Mac 2013

23

4

56

7

8

8

99

10

11121213

13

14, 15 & 16171718

1922 & 23

PenasihatHj. Ahmad Azahari Ahmad

Ketua EditorialZaki Haji Mokri

Sidang RedaksiPengurusan Maklumat : Nor Khalilah Zainuddin, Mohd Fakhrudin Yasok & Mohd Nor Effendi Aziz Pengembangan : Kasim Tawe Akuakultur : Azura Markus Biosekuriti : Norashikin Daliyana Pelesenan & PS : Mohamad Hafiz Mushidi Shakori Perlindungan Sumber : Noor Azean Md SuhimiPembangunan & PKT : Mohd Yusri Ismail Kejuruteraan : Sumawati Amad Bugis Sumber Manusia : Zam Zam SarifanPenyelidikan Perikanan : Nor Hadzirah Ramli / Yusri AtanDPPSPM : Wahidah Mohd Arshaad

KorespondenKedah: Anuar Omar, Perlis: Masoffi Ab. Karim, Pulau Pinang: Thanaletchumy Chandrasegar, Perak: Norul Fahezah Salehhuddin, Selangor: Fazlan Abd. Ghani, Melaka: Mohd. Azam Jusoh, Negeri Sembilan: Khanisah Mujin, Johor: Nur Afifah A. Rahman, Pahang: Mohamed Semail, Terengganu: Muslihah Abdul Rahaman, Kelantan: Wan Azman Wan Mamat, Labuan: Nazrul Azman Mat Rahim, Sarawak: Nata Bakar, Sabah: Sairin Samin

JurufotoNor Yubas Sahari YaacobAbdul Razak Mohamad

EdaranAbdul Razak Mat Aini

Reka Bentuk dan PercetakanSasyaz Holding Sdn. Bhd.

• Perutusan• Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam – Buktikan

Kemampuan• Kerjasama JPJ Selesai Isu Nelayan Tanpa Lesen

Motosikal• Tukun Dibina, Pendapatan Dijana • Tukun Tiruan Terbukti Beri Impak Positif Kepada

Nelayan Tradisional Terengganu• Lesen Sampan Khas Ditarik Balik Jika Guna Pukat

Sorong• “Terima Kasih Kerana Dapat Bantuan Baik Pulih

Rumah”• Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch

Point”• 5 Bintang Untuk Laman Sesawang Jabatan Perikanan• Perikanan Rekreasi Janjikan Pulangan Lumayan• Syarat-syarat Kebenaran Vesel Perikanan Bawa

Pemancing• Penyu Selamat, Minyak Jimat• Pengusaha Sangkar Diingat Waspada Musim Hujan• Demo Pekasam Ikan Puyu• Pelepasan Benih Ikan Sempena Program “My

Beautiful Malaysia Day 2013”• Biosekuriti Perikanan Melaka Tangani Isu Penyakit

Ikan• Lensa Perikanan• Nelayan Pengerang Terima Bayaran Sagu Hati• Cabomba Caroliniana, Cantik Dan Bernilai Tinggi• Ekspedisi Merentasi Sungai Perak: Projek Kerjasama

Malaysia - Norway• Program MCS Pastikan Kemapanan Sumber Perikanan• Cacing Nightcrawlers – Makanan Tambahan

Bernutrien Induk Udang Galah• Nelayan Meyakini Sistem Penentuan Lokasi Ikan (FSI)• Enjin Sangkut Guna Gas LPG• Penggunaan Teknologi Geomembrane Dalam

Akuakultur• Samsuddin – Perintis Penternakan Udang Karang

Komersial• Abdul Kadir Buktikan Nelayan Boleh Jadi Jutawan• Contohi Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara• Uji Minda Anda!! - Teka Silang Kata• Kartun - Ikan Oh! Ikan• Resipi Pilihan – Tiram Kerabu Santan & Tiram Hadyai

Isi Kandungan

Editorial

PerutusanAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,Kita sudah pun melewati tahun 2013 dan menjadi harapan kita semua agar tahun ini akan terus memberi kejayaan kepada kita dan juga kepada kumpulan sasar iaitu nelayan, penternak dan pengusaha industri perikanan.

Menyedari pentingnya sektor perikanan yang menyumbangkan sumber protein kepada rakyat, pihak Kerajaan telah menyediakan peruntukan kepada Jabatan Perikanan sebanyak RM44.195 juta untuk projek pembangunan dan sebanyak RM142.176 juta untuk pembiayaan mengurus. Sebanyak RM130 juta diperuntukkan untuk NKEA Akuakultur. Saya percaya dengan peruntukan ini, kita akan dapat melaksanakan segala projek yang dirancang untuk faedah kumpulan sasar dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sektor perikanan negara. Pembaca yang dihormati sekalian,Sektor perikanan dapat ditingkatkan jika kita dapat menukarkan idea-idea lama kepada idea-idea baharu. Bagi seorang pemimpin, mereka perlu menyediakan hala tuju bagi menentukan kejayaan. Selain meletakkan hala tuju, pemimpin juga perlu meletakkan standard dan nilai dengan menukar potensi kepada realiti. Sudah sampai masanya Jabatan Perikanan merealisasikan potensi-potensi yang telah dikenal pasti sejak sekian lama seperti contoh, “Tuna Action Plan”, Potensi Bidang Akuakultur dan Potensi Perikanan Laut Dalam. Hasrat Jabatan Perikanan ialah untuk melahirkan pemimpin yang boleh menukar potensi kepada realiti.

Pembaca yang dihormati sekalian,Dalam hal ini, Jabatan Perikanan sedang berusaha merealisasikan potensi subsektor rumpai laut dengan melancarkan Projek Kluster Rumpai Laut (EPP3) di Semporna, Sabah pada November 2012. Ia melibatkan empat kluster rumpai laut yang dapat mewujudkan 150 peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

Selain itu, Jabatan Perikanan juga terlibat dalam penyelarasan dan penyediaan input untuk Kelab Usahawan Tani atau MyAgrosis yang melibatkan penyertaan belia dan siswazah dalam aktiviti akuakultur. Kini, keahlian kelab berkenaan telah mencecah seramai 4,900 ahli.

Jabatan Perikanan juga diberi tanggungjawab untuk menjayakan Program Azam Tani yang menjadi KPI YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Berdasarkan rekod 2012, seramai 4,691 peserta telah melaksanakan Projek Azam Tani termasuk dalam sektor perikanan.

Pembaca yang dihormati sekalian,Pada awal tahun ini juga, kita telah mengadakan Program Gegar Perikanan yang bermatlamat untuk menyelesaikan pelbagai isu yang timbul di kalangan kumpulan sasar terutamanya para nelayan. Sementara itu kita juga telah melantik 12 syarikat peneraju industri perikanan laut dalam dan menawarkan 29 permit kepada syarikat-syarikat yang layak bagi memperkasakan subsektor berkenaan.

Kita juga tidak melupakan kebajikan para nelayan yang banyak berjasa dalam menyumbang pendaratan hasil perikanan untuk manfaat penduduk negara ini. Justeru, pihak Jabatan Perikanan telah menyampaikan bantuan Program Touch Point yang melibatkan pemberian input seperti sampan, enjin bot, jaket keselamatan, bantuan pemulihan rumah nelayan dan lain-lain lagi. Baru-baru ini kita juga telah melabuhkan tukun tiruan di perairan Kuala Kedah, Kedah untuk melestarikan sumber perikanan di perairan berkenaan. Matlamat program ini juga adalah untuk mengekang pencerobohan vesel pukat tunda ke Zon B yang telah menjadi isu sekian lama.

Sehubungan itu, saya ingin menyeru semua pihak agar memberi kerjasama kepada Jabatan Perikanan demi manfaat bersama di mana Jabatan Perikanan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik, manakala kumpulan sasar mendapat manfaat dari pelaksanaan program-program tersebut. Sekian, wassalam.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)Ketua Pengarah Jabatan Perikanan MalaysiaPutrajaya

Page 3: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Mac 2013 Berita Perikanan 3

Oleh: MaznahOthman BahagianPelesenandanPengurusanSumber IbuPejabatPerikanan,Putrajaya

Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam

YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood menyampaikan sijil kepada salah sebuah syarikat peneraju yang terpilih.

Syarikat Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam hendaklah membuktikan kemampuan untuk memajukan industri perikanan negara.

Hasil tangkapan perlu didaratkan di dalam negara.

PuTRAJAyA: Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Syarikat Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam dan Surat Tawaran Permit Vesel Laut Dalam telah diadakan di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya. Majlis ini diadakan untuk melantik syarikat peneraju industri perikanan laut dalam yang terpilih untuk sama-sama memajukan dan membangunkan industri perikanan laut dalam di negara ini.

Jabatan mengutamakan syarikat yang mempunyai salah satu daripada tiga kriteria utama seperti berikut:-• Pengusaha industri perikanan tangkapan

marin dan mempunyai lesen menangkap ikan.• Pengusaha yang terlibat dalam industri huluan

dan hiliran perikanan.• Pengusaha yang terlibat secara langsung

dalam industri perikanan laut dalam.Sebanyak 12 syarikat sahaja yang terpilih

daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan termasuk lawatan ke premis dan temu duga. Panel Audit Laut Dalam yang dilantik terdiri daripada Jabatan Perikanan Malaysia, LKIM dan Agro Bank.

Pendekatan pemilihan syarikat ini dilakukan dengan lebih teliti kerana Jabatan Perikanan ingin memastikan syarikat-syarikat yang tulen, komited dan sanggup membuat pelaburan dalam industri perikanan laut dalam diberikan keutamaan.

Ketua Pengarah Perikanan, YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, ketika menyampaikan sijil berharap agar syarikat yang dilantik sebagai Syarikat Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam hendaklah membuktikan kemampuan sebagai contoh terbaik kepada syarikat-syarikat lain. Syarikat ini juga diharapkan bukan setakat membuat pelaburan ke atas vesel laut dalam, tetapi juga meliputi aktiviti huluan dan hiliran perikanan seperti bilik sejuk, kilang pemprosesan, kilang ais, jeti pendaratan

ikan, perdagangan, pengangkutan, gerai jualan ikan, eksport/import dan sebagainya. Ini bagi memastikan sasaran 500,000 tan metrik pendaratan hasil vesel laut dalam menje lang tahun 2020 akan tercapai . Ini juga bagi memastikan cabaran dan isu yang mengekang perkembangan industri ini dapat diatasi. Antara isu berkenaan ialah kegiatan pemindahan ikan di tengah laut dan didaratkan di luar negara, pencerobohan penangkapan

Buktikan Kemampuan

ikan di kawasan nelayan tradisional, penggunaan peralatan yang merosakkan sumber seperti penggunaan pukat tunda dua bot, kegiatan ketirisan bekalan minyak bersubsidi di tengah laut, pembangunan industri huluan dan hiliran yang kurang berkembang, kurang komitmen pemilik vesel dalam pengurusan vesel yang dilesenkan, usaha vesel secara Ali-Thai atau Ali-Vietnam dan pelanggaran kepada Akta Perikanan 1985.

Page 4: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

4 Berita Perikanan Mac 2013

KOTA BHARu, KELANTAN: Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menyelesaikan isu nelayan yang menunggang motosikal tanpa lesen B2 bagi Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan. Isu seramai 370 nelayan menunggang motosikal tanpa lesen merupakan salah satu dari lapan isu yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perikanan yang perlu diselesaikan melalui Program Gegar Perikanan 2013 yang akan diadakan di seluruh negara. Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Gegar 1-Perikanan 2013 dan Perasmian Penutup 1-Komuniti 1-JPJ Untuk Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan, telah diadakan yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di Kedai Buluh, Kota Baharu, Kelantan. Hadir sama ialah YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan YBhg. Dato’ Sri Hj. Solah Bin Mat Hassan, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

elemen Touch Point dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi kumpulan sasar.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua jabatan dan menjadi harapan saya supaya program ini dapat diperluaskan lagi supaya lebih ramai masyarakat mendapat faedah”, katanya.

Sebelum ini, seramai 489 orang dari komuniti nelayan di Parlimen Bachok telah menerima lesen motosikal melalui program kerjasama ini.

YBhg. Dato’ Mohd. Hashim berkata, kerjasama ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan yang menggalakkan penggunaan pendekatan National Blue Ocean Strategic (NBOS) dalam melaksanakan program bagi memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada secara perkongsian maklumat dan tenaga yang dapat meminimumkan kos pengurusan. Program yang dijalankan ini juga memiliki

Oleh: MohdFakhrudinYasok BahagianPengurusanMaklumatPerikanan IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan YBhg. Dato’ Sri Hj. Solah Bin Mat Hassan, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia merasmikan Majlis Pelancaran Gegar 1-Perikanan 2013 dan Perasmian Penutup 1-Komuniti 1-JPJ Untuk Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.

YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Abdullah bersama YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood dan YBhg. Dato’ Sri Hj. Solah Bin Mat Hassan menyampaikan lesen dan topi keledar kepada nelayan..

Kerjasama JpJ Selesai Isu Nelayan Tanpa Lesen Motosikal

Page 5: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Mac 2013 Berita Perikanan 5

Kuala Kedah, Kedah: Pembangunan tukun tiruan telah menunjukkan kesan positif kepada sumber perikanan marin di negara ini. Ia telah terbukti dengan jumlah pendaratan ikan marin yang meningkat. Contohnya di negeri Kedah, pendaratan ikan meningkat dari 63,703 tan metrik pada tahun 2005 kepada 83,035 tan metrik pada tahun 2011.

Tukun Dibina, pendapatan Dijana

Oleh: MohdFakhrudinYasok BahagianPengurusanMaklumatPerikanan IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

Tidak dapat dinafikan bahawa sumber ikan bagi kebanyakan negara diperoleh dari laut. Walau bagaimanapun, mengikut kajian, sumber perikanan marin akan pupus menjelang tahun 2048 disebabkan penangkapan berlebihan. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah mengenal pasti bahawa dengan melabuhkan tukun tiruan di perairan boleh meningkatkan sumber perikanan negara.

YB Dato’ Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia semasa merasmikan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Tukun Tiruan Negeri Kedah di Kuala Kedah berkata, negeri Kedah merupakan negeri tertinggi menerima peruntukan bagi membina tukun

tiruan. Bermula dari tahun 2000 hingga 2012, Jabatan Perikanan Malaysia dan LKIM telah membina dan melabuhkan tukun tiruan masing-masing di 11 dan 33 lokasi di perairan negeri Kedah dengan kos keseluruhan RM7.37 juta. Mulai tahun 2011,

pembinaan dan penyeliaan tukun tiruan telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia.

Selain menyediakan kawasan pembiakan ikan, tukun tiruan juga memberi manfaat kepada nelayan di mana mereka boleh menjalankan aktiviti perikanan rekreasi dengan menyediakan bot untuk pemancing di kawasan tukun. Tukun tiruan juga dapat menghalang pencerobohan pukat tunda dan dapat menyelamatkan anak-anak ikan dari tertangkap oleh vesel yang menggunakan pukat tunda.

Dalam malis berkenaan YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum turut melancarkan buku Kejayaan Pembangunan Tukun Tiruan Di Malaysia dan buku Kejayaan Program Pembangunan Tukun Tiruan di Negeri Kedah Darul Aman serta melancarkan Poster Panduan Pelayaran Di Laut. Beliau juga turut menyampaikan bantuan jaket keselamatan kepada nelayan.

Poster Panduan Pelayaran Di Laut turut dilancar.

Tukun Dasar Lembut yang dilabuhkan di perairan Langkawi, Kedah.

YB Dato’ Wira Mohd Johari Baharum turut melancarkan buku Kejayaan Pembangunan Tukun Tiruan Di Malaysia dan buku Kejayaan Pembangunan Program Tukun Tiruan Negeri Kedah.

Page 6: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

6 Berita Perikanan Mac 2013

Pemberat.

Pegawai penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM sedang menjalankan soal selidik ke atas nelayan.

Tukun dasar lembut sedang dilabuhkan di Besut.

Program pembangunan tukun tiruan yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malays ia d i Terengganu terbukt i

memberikan impak positif kepada kumpulan sasar terutama nelayan tradisional pantai. Penemuan ini adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik dari Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia. Laporan kajian berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia pada bulan Januari 2013. Sebanyak 29 tapak baharu tukun tiruan telah dibina di antara tahun 2006 hingga 2012 yang menggunakan peruntukan Pembangunan Tukun Tiruan RMKe-9, Perikanan Rekreasi, Pakej Rangsangan Ekonomi dan dari Kerajaan Negeri Terengganu. Sebanyak 11 jenis reka bentuk tukun telah dibina sepanjang tempoh tersebut.

Kajian yang dijalankan dengan kaedah temu bual bersemuka itu melibatkan seramai 318 nelayan iaitu 54 orang di Besut, 59 orang di Setiu, 56 orang di Kuala Terengganu, 46 orang di Marang, 43 orang di Dungun dan 60 orang di Kemaman. Hasil analisis mendapati tukun tiruan memberikan pendapatan tambahan kepada setiap bot/sampan nelayan sebanyak RM12.45 setiap bulan. Berasaskan purata bulan beroperasi

Tukun Tiruan Terbukti Beri Impak positif Kepada Nelayan Tradisional Terengganu

mereka berbanding 5% yang tidak bersetuju.

Dari segi purata pendapatan bersih, nelayan tradisional Setiu adalah paling tinggi iaitu sebanyak RM2,547 sebulan diikuti nelayan Kuala Terengganu (RM1,958), Kemaman (RM1,678), Marang (RM1,332), Besut (RM1,135) dan paling rendah di Dungun iaitu RM650.00 sebulan. Walaupun pembangunan tukun tiruan memberi faedah, ini tidak bererti pengurusan dapat diabaikan. Jika pengurusan dan penguatkuasaan tidak dilakukan faedah tukun tiruan tidak dapat bertahan lama. Kelestarian perikanan masih memerlukan program pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan.

Berikut adalah jenis tukun dan bilangan tapak tukun di Terengganu dari tahun 2006 hingga 2012:-

selama 10 bulan bagi setiap bot, dan bilangan nelayan tradisional seramai 11,000 di Terengganu, pembinaan tukun tiruan menyumbang faedah tahunan sebanyak RM342,375. Dengan kos pembinaan sebanyak RM8.95 juta, tempoh mendapat balik pelaburan ini ialah kira-kira 26 tahun. Oleh kerana tukun yang dibina akan tahan lebih daripada 50 tahun, pelaburan tersebut akan menghasilkan keuntungan lebih daripada RM8.2 juta. Nilai keuntungan ini belum lagi mengambil kira faedah lain sumbangan tukun tiruan seperti pencegahan atau kawalan ke atas pencerobohan pukat tunda ke dalam kawasan pantai, pemuliharaan habitat dan konservasi stok, perikanan rekreasi dan lain-lain. Kajian ini juga mendapati 89% daripada nelayan yang ditemu bual bersetuju pembangunan tukun tiruan telah meningkatkan pendapatan

Oleh: MohdFakhrudinYasok BahagianPengurusanMaklumatPerikanan IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

Dasar Lembut penghalang pukat tundaKuib Penghalang Pukat Tunda

Kuib bioaktifKiub

Dasar LembutKuboid

RekreasiMengabang

PVCTertapodSelindar

10 2 3 4 5 6

Page 7: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Mac 2013 Berita Perikanan 7

Be l i au be rka ta , i su ne la yan puka t so rong d i nege r i Kedah telah bertambah dari hari ke hari. Penggunaan pukat sorong telah merencatkan pembiakan sumber perikanan di kawasan perairan pantai kerana akan menyebabkan telur dan anak ikan serta udang akan musnah dari terus membiak.

Dalam majlis berkenaan beliau menyampaikan sebanyak 240 buah lesen sampan khas kepada nelayan di

kawasan Kedah Utara yang melibatkan nelayan-nelayan dari kawasan Kuala Sanglang hingga ke kawasan Kuala Sala.

Beliau berkata, Program Exit-Plan yang telah dijalankan sejak 2007 hingga sekarang ini telah mula menampakkan kejayaan di mana sumber perikanan di kawasan Zon B di negeri Kedah telah mula pulih dan mendatangkan faedah kepada nelayan terutamanya nelayan pantai. Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM11 juta untuk membeli balik 115 buah bot pukat tunda yang akan dijadikan sebagai tukun di perairan negeri Kedah. Selain dapat membiakkan sumber perikanan, ia juga dapat menghalang pencerobohan pukat tunda di Zon A. Bagi mengekalkan pertumbuhan dan pemulihan sumber di Zon B ini, Jabatan Perikanan tidak akan meluluskan permohonan pindah milik dan pangkalan bot pukat tunda dari luar negeri Kedah masuk ke negeri ini.

“Saya berharap semua nelayan dapat memahami dasar ini supaya kita menjadi contoh kepada negeri lain bagi mengharamkan peralatan pukat tunda di Zon B kerana penggunaannya akan menimbulkan konflik di antara nelayan pantai dan nelayan pukat tunda,” katanya.

KuALA KEDAH, KEDAH: Jabatan Perikanan Malaysia akan menarik balik lesen sampan khas yang telah diluluskan kepada nelayan, sekiranya mereka menjalankan kegiatan pukat sorong. Lesen Khas Sampan hanya diluluskan dengan syarat-syarat tertentu di mana hanya peralatan pukat hanyut sahaja dibenarkan.

YB Dato’ Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Sampan Khas Bagi Daerah Kedah Utara di Kompleks LKIM, Kelunchor, Kuala Kedah, Kedah pada Februari lepas.

Lesen Sampan Khas Ditarik Balik Jika Guna pukat Sorong

YB Dato’ Wira Mohd. Johari Baharum menyampaikan lesen sampan khas kepada nelayan daerah Kedah Utara.

Oleh: OmarSaad JabatanPerikananNegeriKedah

Bantuan basikal untuk keluarga nelayan.

Page 8: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

8 Berita Perikanan Mac 2013

KERIAN, PERAK: Seramai 184 orang nelayan tradisional dari daerah Kerian yang berpangkalan di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Kuala Gula dan Selinsing telah mendapat lesen sampan khas. Manakala 74 orang nelayan darat dari Bukit Merah dan Alor Pongsu pula mendapat bantuan baik pulih rumah yang khusus untuk nelayan darat.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Di Raja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ini diadakan sempena lawatan beliau ke kawasan Parlimen Parit Buntar di Tanjung Piandang pada Februari lalu. Hadir sama ialah Tuan Haji Sani Bin Mohd Isa, Pengarah Perikanan Negeri Perak; Encik Kamaruddin Bin Awang, Pegawai Daerah Kerian, YB Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal,

HuTAN MELINTANg, PERAK: Majlis Penyerahan Lesen Sampan Khas dan Bantuan Program Touch Point telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 5 Februari 2013 bertempat di Jeti RH Fishery Sdn. Bhd, Tanjung Bayan, Hutan Melintang, Perak. Dalam majlis berkenaan, beliau menyampaikan lesen sampan khas dan tong ikan berinsulasi kepada 92 orang nelayan serta menyampaikan bantuan

“Terima Kasih Kerana Dapat Lesen Sampan,

Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan program Touch point

Menandatangani plak perasmian Jeti RH Fishery Sdn. Bhd.

Pelepasan benih udang galah dan udang harimau ke Sungai Bernam.

Pengarah Perikanan Negeri Perak, Tn. Hj. Sani Mohd Isa, menyampaikan jaket keselamatan kepada nelayan.

Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Di Raja Dr. Zambry Bin Abd Kadir merasmikan majlis.

Oleh: KhairulAzmawiruhamBinHamzahAzman PejabatPerikananDaerahHilirPerak,Perak

Oleh: AziziAdinan,& M.SahiburrahmanAhmad JabatanPerikananNegeriPerak

Pegawai Kewangan Negeri Perak dan Tuan Haji Mohd Salleh Bin Disa, Penyelaras DUN Kuala Kurau.

YAB Dato’ Seri Di Raja Dr. Zambry dalam ucapan perasmian, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Perikanan dalam memastikan setiap nelayan mempunyai lesen sampan yang sah supaya aktivit i penangkapan ikan dapat dijalankan mengikut Akta Perikanan 1985.

“Pemberian Bantuan Baik Pulih Perumahan Darat juga dapat memastikan nelayan-nelayan darat hidup dalam keselesaan dan memastikan jaminan kesihatan yang lebih sempurna”, katanya.

baik pulih rumah nelayan darat berjumlah RM946,943 bagi Parlimen Bagan Datoh dan Teluk Intan untuk 106 penerima.

Beliau turut merasmikan Jeti RH Fishery Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Encik Rohaizad Bin Hashim. Jeti ini merupakan satu-satunya jeti milik Bumiputra dalam daerah Hilir Perak, Teluk Intan. Beliau mempunyai sebanyak 10 buah vesel Zon C terdiri dari vesel pukat jerut dan pukat tunda yang menggunakan awak-awak dari Myanmar dan Thailand sebagai pekerja.

Sempena majlis tersebut, acara pelepasan benih ikan ke Sungai Bernam turut diadakan untuk yang melibatkan sebanyak 30,000 ekor benih udang galah dan 30,000 ekor benih udang harimau.

YB Dato’ Wira Mohd Johari menyampaikan tong ikan berinsulasi kepada nelayan.

Page 9: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Mac 2013 Berita Perikanan 9

JOHOR BAHRu, JOHOR: Laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia telah diberi penarafan lima bintang oleh Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dalam Penarafan Portal dan Laman Sesawang Kerajaan Malaysia 2012 (Malaysia Government Portals and Websites Assessment, MGPWA 2012).

Anugerah tersebut telah diterima oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perikanan Malaysia, Tn. Hj. Ahmad Azahari Ahmad daripada Pn. Gayah Bte. Gulam Haidar, Pengurus Kanan Pembangunan Sosial Ekonomi MDEC pada 30 Januari 2013 di Pulai Spring Resort, Johor Bahru, Johor.

KuAH, LANgKAwI: Nelayan di kawasan Langkawi disarankan menceburi aktiviti perikanan rekreasi bagi menambah pendapatan mereka. Peluang ini perlu diambil memandangkan Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau pelancongan yang terkenal di dunia.

YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia ketika menyampaikan 332 lesen sampan khas kepada nelayan pantai daerah Langkawi di sini berkata, sebanyak 402 orang nelayan di negeri Kedah telah diberi kebenaran oleh Jabatan Laut untuk membawa penumpang bagi tujuan perikanan

5 Bintang Untuk Laman Sesawang Jabatan perikanan

perikanan Rekreasi Janjikan pulangan Lumayan

Nelayan membawa pelancong menaiki bot untuk menikmati keindahan Langkawi.

YB Dato’ Wira Mohd. Johari Baharum, menyampaikan lesen sampan khas kepada nelayan daerah Langkawi, Kedah di Kuah.

Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perikanan Malaysia, Tn. Hj. Ahmad Azahari Ahmad menerima sijil daripada Pn. Gayah Bte. Gulam Haidar dari MDEC.

Sijil Anugerah Cemerlang untuk laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia.

Majlis dihadiri seramai 350 orang nelayan.

rekreasi iaitu melibatkan seramai 334 orang nelayan dari Langkawi dan 68 orang nelayan dari Yan. Pendapatan mereka telah bertambah antara RM2,000 hingga RM3,500 sebulan dengan cara membawa pelancong dari dalam dan luar negara menaiki bot untuk menikmati keindahan alam dan juga membawa pemancing rekreasi.

Bel iau berkata, LADA telah banyak mempromosikan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan kepada dunia luar dengan memperkenalkan “Kilim Geoforest Park“.

“Tuan-tuan boleh memohon lesen perikanan rekreasi melalui Jabatan Laut Semenanjung

Oleh: OmarSaad JabatanPerikananNegeriKedah

Oleh: ShuhaizaAszrinMohdKasim BahagianPengurusanMaklumatPerikanan IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

Merujuk kepada buku MGPWA, laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia berada di kedudukan ke-12. Laman ini http://www.dof.gov.my telah dilawati oleh seramai 1,118,201 pelawat sejak tahun 2009.

Malaysia untuk membawa pelancong pergi memancing”, katanya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Komuniti Ekosistem Perikanan (KEP) Kilim dan Kuala Chenang yang telah menceburkan diri dalam aktiviti perikanan rekreasi”, katanya.

Page 10: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

10 Berita Perikanan Mac 2013

Pulau Pangkor, Perak: Pejabat Perikanan Daerah Manjung dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Daerah Manjung telah mengadakan Program Pemeriksaan Vesel Nelayan Zon A Negeri Perak pada Januari lalu di Pulau Pangkor. Sebanyak sembilan buah vesel yang berpangkalan di Pulau Pangkor telah diperiksa yang diketuai oleh Encik Sukri Munajaf, Penolong Pegawai Laut. Vesel-vesel berkenaan bersaiz antara 9.98 GRT hingga 22.25 GRT.

Program ini diadakan bagi memastikan vesel perikanan Zon A menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum dapat digunakan untuk aktiviti perikanan rekreasi iaitu membawa pemancing untuk keluar memancing di laut. Ini adalah kerana masih ramai nelayan yang masih belum mempunyai surat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia untuk membawa orang

awam di atas vesel untuk aktiviti memancing. Dalam pemeriksaan tersebut, Jabatan Laut telah membuat beberapa teguran yang perlu diberi penambahbaikan ke atas vesel berkenaan sebelum dianugerahkan surat kebenaran.

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-

1. Keadaan Vesel • Vesel (dek) hendaklah dalam keadaan

baik • Vesel hendaklah dilengkapi GPS/

Kompas, pemadam api 1kg. (ABC), hon dan hon udara (Air hon), pelampung keselamatan dan tali 24 meter, jaket keselamatan (SOLAS) dan lampu pelayaran di bahagian depan dan belakang

• Manifold ekzos juga perlu dibalut.

Kategori Vesel

Muatan/Jenis Enjin

Bilangan Maksimum Pemancing

(Tidak Termasuk

Kru)

1. Semua vesel dengan/tanpa enjin sangkut

3

2. Vesel berenjin dalam • Kurang 10 GRT• 10 - 19.99 GRT• 20 - 39.99 GRT• Lebih 40 GRT

• 5• 8• 10• 15

2. J u m l a h p e m a n c i n g y a n g dibenarkan dibawa oleh sesebuah vesel akan ditentukan mengikut tanan kasar vesel tersebut seperti di bawah:-

3. Surat Kebenaran hanya diberikan kepada vesel-vesel yang dilesenkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia sahaja.

4. Vesel hanya dibenarkan beroperasi semasa cuaca baik sahaja iaitu tiada amaran angin/ ombak kencang oleh Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia.

5. Vesel Zon A dan B hendaklah dikemudikan oleh pemilik bot sahaja.

6. Vesel Zon C dan C2 hendaklah dikemudikan oleh tekong yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan perlu mendapatkan surat pengesahan dari Jabatan Perikanan Malaysia.

7. Peralatan menangkap ikan seperti pukat tidak dibenarkan dibawa bersama semasa membawa pemancing.

Vesel perlu dipasang hon udara.

Vesel sedang diperiksa oleh Penolong Pegawai Laut.

Pelampung keselamatan dan tali 24 meter perlu dibekalkan di atas vesel. Pemadam api mudah alih 9kg.

Manifold ekzos perlu dibalut.

Oleh: MohdMujahiddin&M.SahiburrahmanAhmad JabatanPerikananNegeriPahang

Syarat-syaratKebenaran Vesel Perikanan Bawa Pemancing

Page 11: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Mac 2013 Berita Perikanan 11

YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah

Perikanan, memeriksa peralatan TED bersama nelayan

Kemaman.

Encik Khairus: ”Penggunaan TED boleh mengurangkan kos minyak dan meningkatkan harga ikan”.

Oleh: MohamedSemail JabatanPerikananNegeriPahang

“Setiap tahun, sebanyak 20 hingga 40 ekor penyu yang

mati terdampar di pantai. Semua penyu yang dijumpai dapati ia dibunuh

kejam dengan mengetuk dan membelah cangkerang atau kepalanya dipotong. Perbuatan ini dilakukan oleh nelayan berkenaan untuk mengeluarkan penyu yang tersangkut pada pukat mereka.

“Fenomena ini merugikan penduduk tempatan berikutan penyu merupakan produk tarikan pelancongan tersohor di sini.

“Hasil kajian Pusat Penyelidikan Penyu dan Ekosistem Marin Rantau Abang mendapati penggunaan TED mampu menyelamatkan penyu dari terperangkap dalam pukat nelayan”, katanya semasa merasmikan Seminar Kajian Penyisih Penyu (TED) Pada Pukat Tunda baru-baru ini.

Sementara itu nelayan dari pantai Kemaman, Encik Mohd. Khairus Hamdan, 33, berkata, percubaan penggunaan TED mampu menjimatkan kos penggunaan minyak sebanyak lima hingga sepuluh peratus selain dapat meningkatkan jangka hayat pukat tunda. Jelasnya lagi, hasil tangkapan juga bersih dari sampah sarap yang terperangkap dalam keroncong dalam pukat tunda sekali gus mampu meningkatkan harga ikan.

“Penggunaan TED juga dapat menyelamatkan anak-anak ikan. Hanya ikan bersaiz besar sahaja yang terperangkap, manakala ikan kecil terlepas. Justeru, ia mampu menyelamatkan sumber dari pupus”, katanya.

Katanya lagi, Jabatan Perikanan seharusnya memperbanyakkan percubaan penggunaan TED pada bot nelayan pukat tunda musim tengkujuh bagi mendapatkan hasil yang konkrit mengenai penggunaan alat berkenaan. Jika hasilnya positif, jelasnya, ia perlu diperluaskan penggunaannya kepada semua bot pukat tunda.

KEMAMAN, TERENGGANU: K a j i a n d a n percubaan penggunaan alat Peranti Penyisih Penyu (TED) yang dipasang pada pukat tunda musim tengkujuh oleh nelayan di daerah ini, ternyata membuahkan hasil berikutan ia dapat menyelamatkan penyu dari terperangkap dalam pukat tunda. Selain itu, penggunaan alat berkenaan juga dikatakan mampu menjimatkan minyak, hasil tangkapan menjadi lebih bersih dan bernilai tinggi serta dapat mengurangkan kerosakan pada pukat tunda.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood berkata, dari kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan mendapati penyumbang terbesar kepada kematian penyu di perairan pantai timur dilakukan oleh pukat tunda dan pukat pari.

“Keadaan ini berlaku berikutan mereka sering menceroboh di kawasan perairan pantai serta kawasan batu karang yang menjadi tempat penyu mencari makan.

penyu Selamat, Minyak Jimat

Page 12: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

12 Berita Perikanan Mac 2013

Demonstrasi penyediaan pekasam ikan puyu.

Lintah laut menyerang sirip ikan kerapu.

Encik Amran Alias, Setiausaha Bahagian (SUB) Khidmat Pengurusan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bersama baung merah yang diternak di Sungai Pahang.

Datuk Zamimi Awang, Ketua Akauntan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bersama baung merah yang sedia untuk dipasarkan.

PEKAN, PAHANg: Setiausaha Bahagian (SUB) Khidmat Pengurusan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Amran Alias telah melakukan lawatan kerja ke projek sangkar kelompok di Sungai Keladi, Pekan, baru-baru ini. Dalam lawatan berkenaan, beliau diiringi Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB), Mhd. Adnan Md. Yazid dan Ketua Akauntan kementerian yang sama, Datuk Zamimi Awang.

pengusaha Sangkar Diingat Waspada Musim

Beliau mengingatkan penternak ikan sangkar di negeri ini supaya lebih berhati-hati ketika turun ke sungai untuk mengendalikan ternakan ikan sangkar terutamanya ketika musim hujan berikutan arus sungai yang begitu deras. Ini bertujuan mengelak sebarang tragedi yang tidak dijangkakan.

Sebagai langkah keselamatan, mereka dinasihatkan sentiasa memakai jaket keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja di atas sangkar dan ketika menangkap ikan menggunakan bot kecil.

“Hujan lebat di bahagian hulu sungai terutama di daerah Temerloh, Jerantut dan Lipis lebih merbahaya jika dibandingkan dengan hujan pantai. Ini berikutan air sungai dari hulu lebih cepat melimpahi tebing dengan membawa pelbagai sampah sarap termasuk kayu balak, sekali gus mampu merempuh sangkar penternakan ikan serta menghanyutkannya.

“Tali pengikat sangkar hendaklah kerap diperiksa serta pastikan ia kukuh dan tidak berkarat. Ia bertujuan agar tidak putus apabila sangkar dirempuh balak hanyut,” jelasnya.

MuAR, JOHOR: Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Ia bersisik dan bersirip keras yang memudahkannya bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ikan yang layak digelar spesies yang suka berhijrah ini, mampu bertahan tanpa air sehingga beberapa jam.

Ikan puyu digemari ramai yang boleh dinikmati secara segar atau diproses menjadi ikan kering dan pekasam. Ikan puyu segar boleh dimasak dengan cara menggoreng, dipanggang atau dimasak lemak cili api.

Atas inisatif dan kemahiran yang ada, kakitangan Agen Pengembangan Perikanan (APP) Pejabat Perikanan Daerah Muar telah menjalankan demonstrasi memproses pekasam ikan puyu kepada peserta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Kompleks Penghulu Parit Jawa, Muar

Oleh: RubaniMuet JabatanPerikananNegeriJohor

Oleh: MohamedSemail JabatanPerikananNegeriPahang

pada 24 Januari 2013. Program bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat berkaitan produk pekasam ikan puyu yang boleh dikomersialkan oleh peserta-peserta yang hadir. Ia juga diharap dapat memberi kemahiran kepada genarasi baharu tentang pemprosesan makanan tradisional ini secara bersih dan sistematik.

Demo pekasam Ikan puyu

Page 13: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Mac 2013 Berita Perikanan 13

TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob dan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam melepaskan benih ikan di Batu Hampar.

Pelepasan benih ikan di Malim.

Pelepasan benih ikan sempena Program My Beautiful Malaysia Day 2013 di Krubong.

BATu BERENDAM, MELAKA: Kes kematian dan penyakit ikan kerap berlaku di negeri Melaka. Bagi tahun 2012, sebanyak tiga kes kematian ikan diterima oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka. Sehubungan itu, Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Puan Rosmawati Ghazali telah mencadangkan supaya Unit Biosekurit i Perikanan ditubuhkan untuk menangani isu berkenaan.

MELAKA: Sempena Program “My Beautiful Malaysia Day 2013” Peringkat Nasional yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka turut melancarkannya serentak bagi peringkat negeri Melaka. Selain untuk mengindahkan landskap di sepanjang Sungai Melaka, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan sumber perikanan yang semakin berkurangan di perairan umum. Walaupun sungai di negeri Melaka tidak

Biosekuriti perikanan Melaka Tangani Isu penyakit Ikan

Unit Biosekuriti Perikanan telah diberi tanggungjawab untuk mewujudkan sebuah makmal mini untuk menganalisis parasit pada ikan dan menguji mutu air. Penternak juga digalakkan untuk membawa ikan dan air dari ladang mereka jika menghadapi sebarang masalah berkaitan penyakit atau kematian ternakan.

Justeru, bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada kak i tangan

makmal, Kursus Diagnosa Penyakit Ikan d iadakan pada Jun 2012 d i Jaba tan Perikanan Negeri Melaka yang disampaikan oleh Pegawai dari Cawangan Makmal, Pusat Biosekuriti Perikanan KLIA, Selangor. Kursus ini meliputi pembelajaran berkaitan kaedah diagnosa parasit pada ikan makan dan juga ikan hiasan serta cara-cara mengendalikan peralatan.

Oleh: RahimahOsman JabatanPerikananNegeriMelaka

Peralatan untuk menganalisis parasit pada ikan. Makmal Unit Biosekuriti Perikanan Melaka. Menganalisis panyakit ikan.

Kematian ikan sudah tentu akan merugikan penternak.

Oleh: RubaniMuet JabatanPerikananNegeriJohor

pelepasan Benih Ikan Sempena program “My Beautiful Malaysia Day 2013”

dilepaskan di tiga tempat iaitu masing-masing 35,000 ekor di Batu Hampar dan Krubong, manakala 30,000 ekor lagi di Malim. Di tapak perasmian iaitu di Batu Hampar, benih ikan telah dilepaskan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang diiringi oleh Puan Rosmawati Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Melaka.

Selain itu, YB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga turut melepaskan benih ikan di Sungai Melaka.

sebesar dan sepanjang sungai-sungai di negeri lain, namun ia mampu menyumbang kepada peningkatan pengeluaran hasil perikanan dan membuka ruang untuk perikanan rekreasi sekiranya langkah konservasi dan mutu airnya dipulihara.

Seperti mana sumber perikanan laut, sumber perikanan darat (sungai) juga turut mengalami kepupusan. Kini, ikan tempatan seperti lampam sungai, haruan, puyu, dan keli semakin berkurangan. Justeru, langkah dan usaha yang diambil oleh kerajaan melalui program ini amat relevan kerana dapat memperkayakan stok ikan di dalam Sungai Melaka. Sebanyak 100,000 ekor benih ikan lampam sungai dan puyu telah

YB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri turut melepaskan benih ikan di Sungai Melaka.

Page 14: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

28 Januari 2013YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia memegang seekor gamat ketika mengadakan lawatan rasmi ke Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Batu Maung, Pulau Pinang.16 Januari 2013

��Majlis�Pelancaran�Bulan�Khas�Perikanan�dan�Upacara�Pembukaan�Akuarium�Perikanan�telah�disempurnakan�oleh�YBhg.�Dato’�Mohd.�Hashim�Bin�Abdullah,�Ketua�Setiausaha,�Kementerian�Pertanian�dan� Industri�Asas�Tani�Malaysia�di�Pusat�Pembangunan�Perniagaan�Pertanian�dan�Makanan�(Agri-BDC),�Wisma�Tani,�Putrajaya.

17 Januari 2013 Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2013 dan Amanat Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Bersama Warga Perikanan Sempena Tahun Baharu 2013 telah berlangsung di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

18 Januari 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bersama YBhg. Datin Shukuriah Bt. Makhtar, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perikanan dan Ahli-ahli Jawatankuasa bergambar sempena Mesyuarat Agong Puspanita Jabatan Perikanan Malaysia Sesi 2012/2013 diadakan di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

16 Februari 2013YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan Lesen Sampan Khas kepada nelayan sempena Majlis Pelancaran Gegar 1-Perikanan dan Perasmian Penutup 1-Komuniti 1-JPJ P020 Parlimen Pengkalan Chepa di Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan

14 Berita Perikanan Mac 2013

Page 15: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

28 Januari 2013YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia memegang seekor gamat ketika mengadakan lawatan rasmi ke Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Batu Maung, Pulau Pinang.

5 Februari 2013YB Dato’ Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan geran peruntukan bagi Projek Perumahan Nelayan Darat Parlimen Bagan Datoh dan Parlimen Teluk Intan sempena Program Penyerahan Lesen Sampan dan Bantuan Program Touch Point di Tanjung Bayan, Hutan Melintang, Perak.

8 Februari 2013Majlis Sambutan Maulidurrasul Tahun 1434-H Peringkat Ibu Pejabat Perikanan yang diisikan dengan program ceramah yang bertajuk “Keperibadian Rasulullah SAW Membentuk Jati Diri Warga Jabatan Perikanan” yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Che Amran Bin Mat Yusof, penceramah bebas yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya.

19 Februari 2013Bengkel “National Ecosystem Approach to Fisheries Management (EAFM”) telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) di Putrajaya.

16 Februari 2013YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan Lesen Sampan Khas kepada nelayan sempena Majlis Pelancaran Gegar 1-Perikanan dan Perasmian Penutup 1-Komuniti 1-JPJ P020 Parlimen Pengkalan Chepa di Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan

Mac 2013 Berita Perikanan 15

Page 16: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

22 Februari 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menyampaikan Sijil Pelantikan Kepada Syarikat Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam dan Surat Tawaran Permit Vesel Laut Dalam di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

26 Februari 2013YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merasmikan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Tukun Tiruan Negeri Kedah 2013 di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM, Kelunchor, Kuala Kedah, Kedah.

22 Februari 2013YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia menyampaikan Bantuan Sara Hidup Nelayan kepada PNK Kuala Terengganu Selatan sempena Program Jelajah Janji Ditepati di Kuala Terengganu, Terengganu.

16 Berita Perikanan Mac 2013

Page 17: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Johor adalah pengeluar dan pengeksport tumbuhan akuatik yang utama Malaysia. Negeri ini mengeksport sebanyak 22 juta unit tumbuhan akuatik bernilai RM7.49 juta pada tahun 2012. Antara

spesies tumbuhan yang banyak dieksport ialah Cabomba caroliniana, Ceratophyllum, Lagarosiphun major dan Alternanthera bettzickian ‘red’.

Salah satu spesies tumbuhan akuatik yang agak cantik untuk hiasan akuarium ialah Cabomba caroliniana. Ia amat senang ditanam dan mudah membiak. Ia mempunyai nilai komersial yang tinggi disebabkan kesukaran untuk ditanam di negara sejuk dan hanya boleh dibiak di negara tropika. Ia berdaun halus seperti pokok pain dan bewarna hijau muda. Batangnya bersegmen dan sekiranya dipotong dan ditanam dalam tanah yang berair, bahagian bersendi akan mengeluarkan akar dan membiak. Jika dibiarkan tumbuh tanpa dipotong, dikhuatiri akan tumbuh menegak dan mencacatkan pemandangan akuarium.

Peminat tumbuhan akuatik jangan keliru kerana terdapat beberapa pokok yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang mirip Cabomba caroliniana seperti Mayaca fluviatilus, Cabomba aquatic, Egeria densa dan Limnophila aquatic.

Cabomba Caroliniana,

Nelayan Pengerang Terima

Oleh: Jabatan Perikanan Negeri Johor

Cabomba Caroliniana – Mudah Diusahakan.

Cabomba Caroliniana – Cantik Untuk Hiasan Akuarium.

Majlis Penyerahan Peralatan Menangkap Ikan Oleh Ahli Parlimen Kawasan Pengerang, Yb Dato’ Azalina Bt. Dato’ Othman Said.

Namun, jika diperhalusi didapati terdapat perbezaan dari segi bentuk daun, warna dan batang pokok tersebut.

Kebiasaannya, sepasu kecil Cabomba caroliniana dijual dengan harga RM12. Justeru, peluang masih luas bagi anda yang ingin menceburi dalam industri penanaman tumbuhan akuatik. Anda boleh memohon Kursus Akuaskap anjuran Jabatan Perikanan di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak.

Kota tinggi, Johor: Pengerang yang terletak di daerah Kota Tinggi,kini menjadi tumpuan pelabur dari luar negara setelah dicadangkan sebagai lokasi projek Refinery And Petrochemical Intergrated Development atau lebih dikenali sebagai RAPID. Pembangunan Hub Industri Minyak dan Gas Pengerang bersepadu dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mei 2012. Projek ini dijangka menelan belanja sebanyak lebih RM2 bilion.

Sehubungan itu, kerja-kerja pembangunan yang melibatkan tebus guna tanah, aktiviti penambakan, pengerukan dan pembuangan lumpur serta pengorekan pasir telah mengganggu kawasan penangkapan ikan. Ini telah menyebabkan para nelayan terpaksa pergi lebih jauh untuk menangkap ikan yang sekali gus meningkatkan kos penangkapan ikan dan masa bekerja. Justeru, para nelayan kawasan Pengerang telah mengadakan rundingan dengan pihak RAPID agar mereka diberi sagu hati atas kerja-kerja pembangunan yang dijalankan.

Dalam hal ini, Jabatan Perikanan Negeri Johor telah diamanahkan sebagai penyelaras dan bertindak sebagai agensi teknikal bersama agensi-agensi lain termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuat siasatan dan penerangan kepada nelayan dan pengusaha akuakultur.

Hasilnya, seramai 124 orang nelayan telah menerima bayaran ex-gratia bernilai RM300,000 daripada pihak RAPID. Majlis penyampaian telah diadakan serentak dengan Majlis Penyerahan Peralatan Menangkap Ikan yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Pengerang, YB Dato’ Azalina bt. Dato’ Othman Said, pada 24 Januari 2013.

Oleh: Rubani Muet JabatanPerikananNegeriJohor

Cantik Dan Bernilai Tinggi

Bayaran Sagu Hati

Mac 2013 Berita Perikanan 17

Page 18: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Oleh: Sallehudin Ismail, (PPT, PJK) JabatanPerikananNegeriPerak

Kerajaan Malaysia dan Norway telah mengadakan kerjasama erat dalam bidang teknologi perikanan sejak sekian lama yang bermula dengan bidang perikanan tangkapan dan penternakan ikan dalam

sangkar di laut terbuka. Salah satu projek yang terlibat dalam kerjasama berkenaan ialah projek penternakan ikan tilapia dalam sangkar di Tasik Temengor, Perak yang dimulakan pada tahun 2007 yang menggunakan sangkar berteknologi baharu dan juga spesies tilapia yang berkualiti.

Pada tahun 2012, kedua-dua buah negara telah memeterai Perjanjian dan Kontrak Kerjasama “Regulatory Framework For Aquaculture In Malaysia” untuk membangunkan projek akuakultur yang mampan di perairan Malaysia berasaskan tadbir urus yang baik di kawasan yang terpilih bagi memastikan perairan Malaysia dimanfaatkan secara optimum dan lestari.

Untuk tujuan ini, Ekspedisi Sungai Perak telah dijalankan dari 7 hingga 12 November 2012 yang bermula dari Bagan Datoh ke Tasik Temengor bagi membuat kajian dan mengumpul maklumat berkenaan persekitaran sosioekonomi penduduk, menilai sistem pengurusan kesihatan ikan serta menilai peraturan sedia ada berkaitan akuakultur di Malaysia. Peserta ekspedisi terdiri daripada lima orang pakar dari Norway dan 30 orang dari Malaysia.

Majlis Pelancaran Ekspedisi telah disempurnakan oleh YB Dato’ R. Ganesan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak di jeti

Jabatan Laut Bagan Datoh pada 7 November 2012 yang turut duhadiri YBhg. H.E. Hans Ola Urstad, Duta Besar Norway dan Tn. Hj. Ismail bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Pembangunan). Mereka turut melepaskan 10,000 ekor ikan siakap ke Sungai Perak.

Antara projek yang dilawati oleh peserta ialah projek penternakan udang laut di Kayan, projek penternakan ikan dalam sangkar milik penduduk tempatan serta Pusat Konservasi Tuntung Bota.

Pada 10 November 2012, peserta melawat projek penternakan ikan dalam sangkar milik Encik Abd Halim di Tasik Raban dan Tasik Cenderoh sebelum melawat Projek Penternakan Ikan Sangkar di Zon Industri Akuakultur (ZIA) Tasik Temengor milik Trapia Sdn. Bhd.

Pada 11 November 2012, peserta melawat Taman Negeri Perak/Royal Belum, mengikuti talimat oleh TNB, melawat perkampungan Orang Asli Sg. Bonggor dan Santuari Ikan Kelah di Sg. Ruok. Peserta juga melepaskan benih ikan tengas sebanyak 5,000 ekor. Majlis Makan Malam Penutup telah diadakan di Restoran Belum Forest Resort, Banding.

Pada 12 November 2012 peserta membuat lawatan ringkas ke PPPTP Lenggong dan Ladang Penternakan Ikan Hiasan Banli di Gopeng.

Secara keseluruhan program ekspedisi ini telah berjalan dengan baik dengan kerjasama erat daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kesihatan, Taman Negeri Perak/Royal Belum, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak serta Tenaga Nasional Berhad (TNB).

YB Dato’ R. Ganesan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak; YBhg. Duta Besar Norway, YBhg. Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Pembangunan) dan Pengarah Perikanan Negeri Perak, melepaskan peserta ekspedisi.

Ekspedisi disertai seramai 30 peserta dari Malaysia dan lima peserta dari Norway.

Peserta melawat Projek Penternakan Ikan Dalam Sangkar Trapia Sdn. Bhd. di Tasik Temengor.

Lawatan Ke Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Lenggong.

Ekspedisi Merentasi Sungai PerakProjek Kerjasama Malaysia - Norway

18 Berita Perikanan Mac 2013

Page 19: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Oleh: Wan Nurul Shuhada Wan Ibrahim BahagianPerlindunganSumber, IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

Subsektor perikanan tangkapan merupakan penyumbang utama kepada pendaratan ikan negara. Pada tahun 2012, subsektor ini menyumbang sebanyak 1,421,766 tan metrik (bernilai RM7,857.85

juta) dan ia dijangka meningkat kepada 1.8 juta tan metrik pada tahun 2020 dengan pertumbuhan 2.9% setahun. Bagi memastikan sumber perikanan tangkapan di Malaysia terus mapan, Jabatan Perikanan melalui Bahagian Perlindungan Sumber komited menjalankan tanggungjawab dalam program Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (Monitoring, Control and Surveillance/MCS) selaras dengan penetapan FAO Code of Conduct for Responsible Fisheries/CCRF 1995. Penetapan ini telah dipersetujui dan diterima sebulat suara oleh semua negara dalam persidangan FAO di Rom, Itali pada 31 Oktober 1995.

Buku Regional Guidelines for Responsible Fisheries in South East Asia (Responsible Fisheries Management) telah menjelaskan bahawa MCS merupakan sistem untuk memantau, mengawal dan mengawasi aktiviti perikanan khususnya di laut. Pemantauan melibatkan aktiviti pemerhatian, pengutipan, pengukuran dan analisis data dan maklumat aktiviti perikanan. Manakala pengawalan merujuk kepada syarat-syarat peraturan yang khusus (rangka kerja perundangan) di mana pengeksploitasian, penggunaan dan penyusunan sumber-sumber yang dikawal. Sementara pengawasan pula melibatkan aktiviti pemerhatian dan tindakan yang diperlukan untuk mengekalkan pematuhan terhadap perundangan.

Jabatan Perikanan Malaysia memantau, mengawal dan mengawas perairan perikanan negara.

Memeriksa vesel nelayan.

Memeriksa vesel nelayan.

Program MCS Pastikan Kemapanan Sumber Perikanan

Selain itu, tanggungjawab melaksanakan fungsi MCS juga selaras dengan peraturan pihak Kesatuan Negara-negara Eropah (EU) yang menjalankan audit pematuhan EC Regulation 1005/2008 di Malaysia pada tahun 2011. Sehubungan itu, program-program pemeriksaan vesel penangkapan ikan di laut dan di darat telah dilaksanakan di seluruh negara dari Januari hingga Disember 2012 bagi memastikan hasil ikan yang didaratkan oleh vesel berkenaan dapat diterima oleh negara-negara EU. Sejumlah 19,954 buah vesel telah diperiksa di seluruh negara. Mana-mana vesel penangkapan ikan yang tidak memenuhi syarat, tidak akan diberi sijil pengiktirafan.

Sepanjang tahun 2012 juga, sejumlah 70 aduan telah direkodkan oleh FISHCOM Jabatan Perikanan. Antara aduan utama ialah mengenai aktiviti pencerobohan kawasan oleh vesel menangkap ikan menggunakan pukat tunda dua bot (pair trawls) yang melanggar Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980. Aktiviti tersebut akan menyebabkan kemusnahan besar kepada kawasan habitat dan sumber perikanan. Selain itu, ia turut mewujudkan persaingan tidak adil kepada nelayan berlesen dan memberi kesan negatif kepada ekonomi kerana hasil tangkapannya tidak didaratkan di dalam negara.

Sepanjang tahun 2012 juga, sebanyak sembilan siri program utama MCS telah dilaksanakan antaranya ialah Program Pemantauan Vesel Penangkapan Ikan, Program Pemantauan Aktiviti Kawasan Pemuliharaan Kerang serta Program Pemantauan Aktiviti Pengutipan Anak Kerang. Program ini bertujuan untuk memastikan prosedur pelesenan dapat dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha vesel penangkapan ikan terutamanya perikanan laut dalam, pematuhan prosedur kelulusan penggunaan kru asing di atas vesel penangkapan ikan tempatan dan juga pematuhan kepada Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002.

Hasil daripada program tersebut, sebanyak 31 kes tangkapan telah berjaya dibuat yang menghasilkan kompaun bernilai lebih RM10,000. Selain daripada tindakan kompaun, mereka yang didapati melakukan kesalahan turut didakwa di mahkamah atau diberikan amaran, manakala ekshibit disita dan dilucut hak atau dirampas mengikut undang-undang Akta Perikanan 1985.

Sehubungan itu, program MCS akan diteruskan dan dipertingkatkan keberkesanannya supaya matlamat menjaga kepentingan dan kemapanan sumber perikanan dapat dicapai.

Mac 2013 Berita Perikanan 19

Page 20: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Oleh: Mohammed Suhaimee Abd Manaf & Dr. Mohd. Fariduddin Othman InstitutPenyelidikanPerikanan(FRI)PulauSayak,Kedah

Selaras dengan Program Pembangunan Udang Galah Warisan Negara, Jabatan Perikanan Malaysia sedang membangunkan induk udang galah

domestikasi yang bebas penyakit. Kualiti induk udang galah domestikasi bergantung kepada makanan segar seperti sotong, kerang-kerangan, umpun dan cacing tanah sebagai makanan bernutrien tinggi untuk menjadi matang.

Walau bagaimanapun, oleh kerana permintaan yang tinggi, harga cacing tanah di pasaran mencecah sehingga RM200/kg. (termasuk 70% tanah). Sebagai langkah penjimatan kos, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak berjaya membangunkan teknik penghasilan cacing “African Nightcrawlers” (Eudrilus sp.) dengan menggunakan tangki-tangki yang tidak digunakan. Cacing tersebut dijadikan sebagai makanan tambahan untuk mematangkan induk udang galah di sini.

Cacing Nightcrawlers adalah spesies cacing tanah yang jarang ditemui dan ia bersaiz lebih besar, panjang serta tidak mudah putus atau mati ketika

proses penuaian berbanding spesies cacing tanah biasa (Lumbricoides sp.). Cacing ini mengandungi zat asid amino perlu yang lebih tinggi berbanding dengan spesies cacing tanah yang lain serta mengandungi profil asid amino yang setanding dengan tepung ikan.

Pada tahun 2011, pemberian pelbagai kombinasi makanan segar seperti kerang, kupang, umpun-umpun, cacing tanah biasa bersama sotong segar telah menunjukkan penghasilan hanya sebanyak 4.6 juta rega udang galah. Tambahan pula, makanan segar dari kumpulan Moluska dan Krustasia telah dikeluarkan dari senarai diet kematangan induk udang galah kerana dikhuatiri menjadi penyebab kehadiran virus berpenyakit. Namun pada tahun 2012, pemberian cacing Nightcrawlers bersama sotong segar telah menunjukkan peningkatan kepada melebihi 10 juta rega udang galah. Hasil daripada itu, sebanyak 300,000 PL udang galah telah dapat diagihkan kepada pengusaha hatcheri / kolam di Kerian dan Tapah, Perak; Ban Merbok (Projek Inkubator)

Carta alir proses penghasilan cacing nightcrawlers:

Dasar tangki dilapik dengan net dan batu kecil. Tanah dan pasir dimasukkan. Induk Nightcrawlers diletakkan dalam tangki.

Cacing disahkan bebas daripada virus. Cacing yang telah dibersihkan. Cacing ditimbang.

Cacing Nightcrawlers Sebagai Makanan Induk Udang Galah

20 Berita Perikanan Mac 2013

Page 21: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Sik, PPK Penaga dan pelepasan umum di Tapak Santuari Udang Galah, Kota Kuala Muda, Kedah; Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Pada masa ini, sebanyak tiga kilogram cacing Nightcrawlers boleh dihasilkan setiap bulan di FRI Pulau Sayak. Jika dikomersialkan mengikut kaedah pasaran semasa (bersama 70% tanah), penjimatan kos sehingga RM1,200/bulan boleh dicapai. Di samping itu, penternakan cacing ini juga menghasilkan air baja sebanyak 72L/hari yang boleh dijual pada harga RM4.00/L sebagai hasil sampingan. Kursus kepada kakitangan Jabatan Perikanan juga telah dilaksanakan dengan maklum balas yang menggalakkan.

Induk udang galah.

Oleh itu, penghasilan dan penggunaan cacing African Nightcrawlers ini telah dapat meningkatkan kualiti induk udang galah yang menghasilkan PL bebas penyakit serta memberi hasil sampingan seperti air baja yang boleh dikomersialkan untuk pertanian. Tambahan pula, kemudahan tangki-tangki terbiar telah dapat digunakan semula untuk penternakan cacing.

Projek ini juga telah dipertandingkan dan memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia, sempena Hari Kecemerlangan dan Kecergasan Jabatan Perikanan Malaysia 2012 yang diadakan di UiTM, Permatang Pauh pada 3 - 5 November 2012.

Air lebihan penternakan cacing ditakung dan disukat untuk dipasarkan sebagai air baja organik. Projek inovasi ini telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia 2012.

Makanan dan air diberi setiap hari. Tangki-tangki penternakan cacing Nightcrawlers. Cacing dituai selepas 6 - 7 bulan.

Cacing dijadikan sebagai makanan induk udang galah.

Mac 2013 Berita Perikanan 21

Page 22: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Oleh: YM Raja Bidin Raja Hassan DepartemenPembangunandanPengurusanSumberPerikananMarin(DPPSPM/SEAFDEC)Terengganu

Nelayan Meyakini Sistem Penentuan Lokasi Ikan (FSI)

Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama tiga agensi lain, iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah

berjaya membangunkan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) yang kini sedang diguna pakai oleh nelayan terutamanya pengusaha pukat jerut. Menurut rekod 2012, penggunaannya mencapai kemuncak pada pertengahan tahun iaitu pada bulan Jun dan Julai.

Penulis memberi penerangan mengenai Program FSI kepada YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah yang diiringi YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan di FRI Batu Maung, Pulau Pinang.

Geraf menunjukkan kedudukan aplikasi sistem FSI oleh nelayan dan PNK pada tahun 2012.

Geraf perbandingan hasil tangkapan oleh nelayan pukat jerut pada tahun 2010 dan 2011.

Pembangunan program FSI ini telah mendapat perhatian YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia semasa mengadakan lawatan rasmi ke Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang pada 29 Januari 2013.

Data remote sensing daripada satelit MODIS yang diterima secara real-time di Stesen Bumi ARSM di Temerloh, Pahang akan diproses bagi mendapatkan maklumat suhu permukaan laut (SST) dan maklumat kepekatan klorofil

sebagai sumber makanan primer dan juga penunjuk kehadiran kumpulan ikan di laut. Maklumat ini kemudiannya diguna bagi menentukan lokasi semasa yang berpotensi untuk penangkapan ikan.

Output utama projek ini adalah koordinat lokasi berpotensi untuk menangkap ikan dalam bentuk latitud dan longitud serta peta yang dapat membantu nelayan mengenal pasti lokasi berpotensi untuk mereka keluar menangkap ikan. Maklumat lokasi ini akan disebar kepada nelayan menerusi khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan juga secara dalam talian (online) menerusi portal yang disediakan.

Maklumat awal menunjukkan nelayan pukat jerut dapat meningkatkan hasil tangkapan mereka sekitar 32%. Peningkatan pendaratan ini berdasarkan tiga responden untuk rekod sebelum aplikasi sistem pada tahun 2010 dan selepas aplikasi sistem pada tahun 2011. Usaha bagi meningkatkan aplikasi sistem FSI diteruskan pada tahun 2013 dengan beberapa siri program latihan yang akan diadakan di seluruh negara.

22 Berita Perikanan Mac 2013

Page 23: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Oleh: Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Kampung Acheh, & Pusat Pengembangan Perikanan Manjung, Perak

Enjin Sangkut Guna Gas LPG

Percubaan penggunaan gas LPG pada generator

Konsep sistem enjin menggunakan gas LPG sebagai bahan api

Ujian prestasi enjin 4-stroke berkuasa 10kk dengan menggunakan gas LPG.

Penggunaan gas LPG untuk enjin berkuasa 20kk.

Kini terdapat lebih daripada 30,000 buah vesel dalam industri perikanan di Malaysia dan lebih daripada 18,000 buah atau lebih kurang 60% daripadanya adalah sampan yang menggunakan enjin

sangkut (out-board engine) yang menggunakan petrol sebagai bahan bakar. Kebanyakan nelayan yang menggunakan sampan adalah nelayan kecil dan mereka terbeban dengan masalah harga petrol yang semakin meningkat. Justeru, kerajaan terpaksa memberikan subsidi petrol kepada nelayan bagi mengurangkan bebanan mereka.

Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Perikanan, FRI Kampung Acheh dan Pusat Pengembangan Perikanan Manjung dengan kerjasama Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, dan Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia telah menghasilkan satu inovasi penggunaan LPG (Liquefied Petroleum Gas) untuk kegunaan vesel-vesel kecil perikanan atau sampan bagi mengurangkan kebergantungan ke atas petrol sebagai bahan api.

Dengan pengubahsuaian yang minimum dan kos yang rendah (< RM 1000), vesel-vesel kecil perikanan yang digerakkan oleh enjin sangkut berpeluang menggunakan gas LPG sebagai bahan api. Konsep sistem enjin menggunakan gas LPG seperti ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:-

Gas LPG adalah gas yang digunakan untuk memasak dan mudah diperoleh. Oleh itu penggunaan gas LPG mengganti petrol untuk vesel-vesel perikanan adalah lebih praktikal. Ianya menjimatkan kos, mesra alam dan mesra pengguna. Di samping itu ianya juga membantu meringankan bebanan kerajaan dari segi pemberian subsidi petrol. Oleh itu enjin sangkut menggunakan bahan api LPG adalah satu inovasi teknologi hijau yang mesra pengguna dan mesra kerajaan.

Sebagai contoh, satu tong gas LPG (14kg.) dianggar boleh digunakan oleh enjin sangkut berkuasa rendah secara berterusan selama 30 jam. Harga gas (14 kg) adalah RM26.00. Manakala satu liter minyak petrol dianggarkan boleh digunakan oleh enjin sangkut berkuasa rendah secara berterusan selama 1 jam. Oleh itu, untuk digunakan secara berterusan selama 30 jam memerlukan 30 liter petrol. Jika harga petrol RM1.90, jumlah harga petrol yang diperlukan adalah RM57.00. Oleh itu penjimatan kos adalah lebih dua kali ganda.

Gas LPG banyak dijual di kedai-kedai runcit dan kadang-kadang boleh dihantar ke rumah. Sebaliknya, petrol perlu dibeli di stesen minyak. Gas LPG juga lebih selamat kerana tersimpan dalam tong yang tidak terlalu berat dan mudah dipindah-pindahkan. Selain itu, pengubahsuaian daripada enjin menggunakan petrol kepada enjin menggunakan gas LPG adalah mudah. Enjin yang telah diubahsuai untuk menggunakan gas LPG, masih boleh menggunakan petrol secara bergilir (alternate). Enjin lebih bersih dan alam tidak tercemar kerana penggunaan gas LPG tidak menghasilkan karbon.

Penggunaan gas LPG juga lebih praktikal berbanding dengan penggunaan gas NGV kerana kemudahan gas NGV sukar diadakan di pangkalan-pangkalan perikanan. Tambahan pula, kos pengubahsuaian enjin untuk menggunakan gas NGV juga adalah tinggi iaitu melebihi RM2,000. Berat tangki gas NGV adalah lebih kurang 70kg./unit serta menggunakan ruang yang luas dan tidak sesuai dipasang di atas sampan.

Selain untuk kegunaan enjin sangkut, inovasi ini juga boleh digunakan untuk generator untuk membekal kuasa elektrik ke atas vesel, pam air untuk kolam akuakultur dan pam angin untuk pengudaraan dalam tangki penternakan ikan. Inovasi ini juga boleh diaplikasikan ke atas vesel yang menggunakan enjin berkuasa tinggi dengan mengguna ”regulator” yang sesuai.

Tong gas LPG Regulator

Enjin

Mac 2013 Berita Perikanan 23

Page 24: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Oleh: ................. BahagianPembangunanAkuakultur IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

ikan memerlukan persekitaran kawasan penternakan yang optimum dalam menjamin kelangsungan hidup. Kualiti air dan fizikal kolam penternakan juga perlu diberi perhatian sepanjang tempoh penternakan dijalankan.

Ramai pengusaha tidak menyedari kebaikan penggunaan geomembrane dalam akuakultur. Geomembrane ini turut digunakan dalam pelbagai sektor seperti perlombongan, pelupusan sampah, loji rawatan air, kolam simpanan air dan sebagainya.

Geomembrane merupakan salah satu alternatif teknologi yang sesuai untuk digunakan sebagai pelapik dasar kolam penternakan akuakultur serta kolam tadahan air yang mesra alam. HDPE (High Density Polyethylene) merupakan salah satu jenis geomembrane yang telah digunakan secara meluas dalam industri akuakultur. Jenis-jenis geomembrane lain yang digunakan adalah seperti berikut:

• Ethylene Propylene Diene Monomer (EPDM) Geomembranes• Poly Vinyl Chloride (PVC) Geomembranes • Reinforced Polyethylene (RPE) Geomembranes • Reinforced Polypropylene (RPP) Geomembranes • WB - 30PE (White/Black Non-Skid)

Geomembranes • Woven Coated Polyethylene Geomembranes• Hypalon / Chlorosulfonated Polyethylene

(CSPE) Geomembrenes• XR-5 Geomembranes

Geomembrane yang digunakan di kolam penternakan ikan.

Ikatan kimia polyethylene

Setiap jenis geomembrane mempunyai bahan yang berbeza bergantung kepada ciri-cirinya seperti struktur kimia, kaedah pemasangan, jangka hayat dan kegunaan. Teknologi geomembrane ini dapat membantu pengusaha dalam mengatasi masalah ketidaksesuaian tanah untuk aktiviti akuakultur kerana dapat menghalang proses larut lesap. Secara tidak langsung ianya dapat menangani masalah sumber tanah untuk akuakultur seperti tanah berasid dan tanah berpasir. Selain itu, ia juga tahan sinaran UV dan ozon, mudah dibaiki, tahan lama dan ini dapat memberi pelaburan yang baik kepada pengusaha untuk jangka masa panjang.

Penggunaan Teknologi Geomembrane Dalam Bidang Akuakultur

24 Berita Perikanan Mac 2013

Page 25: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Mempunyai 40 petak penternakan udang karang.

Encik Samsuddin bersama pekerja memegang seekor udang karang yang diternaknya

Anak udang karang

Udang karang sedia untuk dipasarkan

Udang karang atau lobster atau nama saintifiknya Panulirus versicolor merupakan hidupan marin yang mendapat harga yang tinggi di pasaran.

Ia menjadi menu hidangan eksklusif di hotel dan restoran-restoran terkemuka. Satu set hidangan udang karang boleh mencecah antara RM250 hingga RM300. Ia menjadi mahal kerana populasinya semakin berkurangan di kawasan semula jadi. Tambahan pula di negara ini, masih belum ramai yang menceburi penternakannya kerana kos yang tinggi dan pengurusannya yang agak rumit.

Walau bagaimanapun, kini terdapat seorang penternak yang baharu menceburi penternakan udang karang selama dua tahun di Pulau Baik, Semporna, Sabah. Beliau ialah Encik Samsuddin Pua, 55, yang memulakan penternakan di dalam 40 buah petak sebagai percubaan. Benih udang karang bersaiz dua inci dibeli dari Lombok, Indonesia dengan harga RM10 seekor.

Udang karang diberi makan isi siput. Selain itu, ikan yang terdapat di perairan sekitar sangkar juga menjadi makanan sampingannya. Ini secara tidak langsung akan menjimatkan dari segi kos makanannya.

Encik Samsuddin tidak pernah mengikuti sebarang kursus penternakan udang karang. Beliau hanya mendapat tunjuk ajar dari seorang pengusaha dari Filipina. Beliau mendapat ilham untuk mengusahakan penternakan ini semasa melawat projek di Lombok, Indonesia.

Terdapat dua jenis udang karang iaitu yang berwarna kuning buluh dan hijau. Spesies yang berwarna hijau mendapat harga yang lebih mahal. Udang karang memerlukan tempoh selama 28 bulan sebleum boleh dipasarkan. Saiz pasaran yang sesuai ialah 800 gram/ekor. Harga pasaran di Semporna

Oleh: Mohd Fakhrudin Yasok BahagianPengurusanMaklumatPerikanan IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

ialah RM140/kg. Di Kota Kinabalu harganya mencecah RM160/kg. Beliau bercadang untuk memasarkannya di Kuala Lumpur yang boleh mencapai harga RM180/kg.

“Kos benih adalah paling tinggi dalam penternakan udang ini selain rumah pelantar. Selain penyakit, cuaca menjadi cabaran dalam projek ini”, kata Encik Samsuddin yang kini mempunyai lebih kurang 7,000 ekor udang karang yang bernilai kira-kira RM1 juta.

Samsuddin - Perintis Penternakan Udang Karang Komersial

Mac 2013 Berita Perikanan 25

Page 26: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Uji Minda Anda!!!

Disusunoleh:Mohd Fakhrudin Yasok BahagianPengurusanMaklumatPerikanan, IbuPejabatPerikananMalaysia,PutrajayaGambardanmaklumatoleh:LembagaKemajuanIkanMalaysia

Siapa sangka, dengan hanya berpendidikan sekolah menengah dan berkerja sebagai seorang nelayan, mampu memiliki harta bernilai RM1 juta. Ini telah dibuktikan oleh Encik Abdul Kadir Bin Ibrahim, 54,

dari Kuantan, Pahang yang telah terpilih sebagai Nelayan Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Pameran MAHA dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2012 baru-baru ini.

Encik Abdul Kadir Bin Ibrahim.

Bapa kepada enam orang ini mula terlibat dalam bidang penangkapan ikan sebagai awak-awak pada usia 14 tahun lagi. Pada usia yang masih muda iaitu 20 tahun, beliau berpindah dari Setiu, Terengganu ke Kuantan, Pahang untuk membeli sebuah bot Zon C dengan harga RM70,000 melalui pinjaman.

Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perikanan, beliau telah mengikuti Kursus Baik Pulih Enjin dan Kursus Penggunaan GPS yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan serta Kursus Keusahawanan Transformasi Nelayan dan Kursus Perundangan Persatuan Nelayan anjuran LKIM.

Hasil usaha gigih, beliau kini berjaya memiliki tiga buah bot Zon C yang berharga antara RM100,000 hingga RM800,000 sebuah. Bot TRF 777 yang diusahakannya sendiri, mendaratkan hasil tangkapan di Kompleks LKIM Kuantan, Pahang. Manakala bot PAF 4557 dan PAF 4546 diuruskan secara perkongsian dengan Syarikat Mazanan yang berpangkalan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Pendapatan hasil tangkapan dibahagi sama rata iaitu masing-masing 50% untuk pemilik bot dan rakan kongsi. Secara purata, ketiga-tiga bot ini menyumbangkan pendapatan kasar sebanyak RM52,000 sebulan.

Bagi tujuan pemasaran ikan, beliau mempunyai Syarikat Dirani Enterprise yang beroperasi di Kompleks LKIM Kuantan. Melalui syarikat ini, beliau memasarkan sendiri hasil tangkapan ke pasar-pasar di sekitar Kuantan dan selebihnya ke Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga mempunyai Kedai Runcit Dirani yang menjual barang-barang keperluan dan input perikanan seperti pukat, jaring, pancing dan lain-lain. Kedai runcit ini telah menjana pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 kepadanya.

Dari segi guna tenaga, usaha yang dijalankan oleh Encik Abdul Kadir telah memberi peluang pekerjaan kepada 84 orang penduduk tempatan dengan purata pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan/orang.

Abdul Kadir Buktikan Nelayan Boleh Jadi Jutawan

26 Berita Perikanan Mac 2013

Page 27: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Disember 2012 Berita Perikanan 27

Uji Minda Anda!!!

TEKA SILANG KATAhadiah disediakan kepada peserta yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Sila lengkapkan borang penyertaan dan fakskan kepada Pengarang Berita Perikanan melalui faksimili no. 03-88892498 (Borang fotokopi juga diterima)

BORANG PENYERTAAN TEKA SILANG KATA (BP MAC 2013) Nama: .............................................................................................................................

Jawapan teka Silang KataBP DISEMBER 2012

Mendatar:5. Kebenaran yang berupa cap pengesahan rasmi pada

pasport seseorang yang membolehkannya memasuki atau melalui negara asing yang memberikan kebenaran itu.

6. Pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya.

9. Tidak untung.11. Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan

keseronokan atau kesenangan hidup. 12. Singkatan dalam Bahasa Inggeris sejenis penyakit yang

menyerang udang putih.13. Bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yang

dirembes oleh hati ke dalam usus untuk membantu penghadaman lemak.

15. Rasa asid ialah ________.16. Sedikit wang atau upah tambahan yang diberikan

kepada seseorang seperti pelayan hotel, sebagai tanda menghargai khidmatnya..

17. Singkatan (Bahasa Inggeris) Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi.

20. Campur tangan dalam urusan antara dua pihak (orang, negara, golongan).

22. Aral, gangguan, rintangan, tegahan: segala ________ di jalan telah dimusnahkan.

23. Memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan) sesuatu perkara untuk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi: kerajaan sentiasa ________ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkannya dengan sesuka hati.

24. Nama sejenis rumpai laut komersial yang menghasilkan kappa-carrageenan.

Menurun:1. Sejenis ulat (anak kumbang) yang menjadi makanan

kegemaran ikan arowana dan juga haiwan-haiwan lain.2. Tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam

terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya.

3. Hak memelihara, menjaga, mendidik dan mengatur segala urusan anak yang belum mumaiyiz selepas berlakunya perceraian suami isteri.

4. Peralatan menangkap ikan tradisional yang diusahakan oleh masyarakat nelayan di Sarawak.

5. Udang putih juga dikenali sebagai P. ________ .

7. Perkataan yang sering diungkap oleh orang Islam bila mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka.

8. Nama sebuah empangan di Johor yang kaya dengan sumber ikan air tawar.

10. Buah fikiran yang dijadikan saranan, idea.14. Lelaki atau jantan dalam Bahasa Inggeris.16. Sesuatu yang menahan, halangan, rintangan: kerajaan

sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kepada anak dan isteri orang ________ politik.

18. Gembira dalam Bahasa Inggeris.19. Berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati,

sangat baik: awak telah menjalankan pekerjaan itu dengan ________ sekali.

20. Menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel), bermalam.21. Kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh

menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan atau tumbuhan.

Page 28: Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam Buktikan Kemampuan · • Nelayan Teluk Intan Terima Bantuan Program “Touch ... daripada 135 permohonan setelah melalui proses pengauditan

Tiram Kerabu Santan Tiram Hadyai

Jabatan Perikanan Malaysia(Department of Fisheries Malaysia)

Aras 1-6, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTrAJAyA.Tel: 03 - 8870 4000 No. Faksmili: 03 - 8889 2498 Laman Web: http://www.dof.gov.my E-mel: [email protected]

Bahan-bahan:

Isi tiram 500 gramSantan pekat 1 cawanKacang panjang 3 batangLada hitam 1 sudu tehAsam limau nipis 3 biji (ambil jusnya)Cili api 5 bijiDaun kesum 1 genggamBudu 2 sudu tehGula 1 sudu tehSerbuk perasa ½ sudu tehTimun, cili merah dan daun salad (untuk hiasan)

Cara Menyediakan:

1. Rebus isi tiram sehingga empuk dan toskan.2. Potong isi tiram sederhana besar. 3. Kacang panjang dan cili api dihiris kecil-kecil.4. Gaulkan bahan-bahan iaitu isi tiram, kacang panjang, cili api, lada hitam

dan jus asam limau nipis sehingga sebati.5. Masukkan santan, budu, daun kesum, gula dan serbuk perasa. Gaul sehingga

sebati. Hias dengan potongan timun, limau, cili merah dan daun salad.6. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan:

Isi tiram 500 gramCili api 5 bijiBawang merah 5 ulasDaun ketumbar 1 sudu tehAsam limau nipis 3 biji (ambil jusnya)Cuka 2 sudu tehGula ½ sudu tehGaram ½ sudu teh

Cara Menyediakan:

1. Kisar cili api dan bawang merah dan tumiskan.2. Masukkan cuka, gula dan garam. Biarkan seketika sehingga naik bau.3. Masukkan isi tiram dan akhir sekali jus asam limau dan daun ketumbar.4. Aturkan isi tiram di atas kulitnya dan hias dengan hirisan limau, bawang

besar dan daun salad.5. Sedia untuk dihidangkan

Ikan Ikan

resipi disediakan oleh:-JABATAN PERIKANAN NEGERI KELANTANTingkat 6, Wisma Persekutuan, 15628, Kota Bharu, KelantanTel: 09-7414774

Selamat mencuba!!!

Resipi Pilihan

Pelancong