memorandum terkini berkaitan aktiviti pengajaran

10
MEMORANDUM TERKINI BERKAITAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SIRI 1/2021 PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA PERANCANGAN KEMASUKAN PELAJAR SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2020/2021 PPS Kimia telah mengambil maklum bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi telah membenarkan pelajar masuk ke kampus untuk Semester 2, Sidang Akademik 2020/2021, dengan pematuhan semua SOP yang ditetapkan. Berdasarkan pada kenyataan media KPT pada 31 Januari 2021 dan hebahan TNCAA Bil 3/2021, pihak PPS Kimia mengambil maklum senario kemasukan pelajar seperti berikut: i. Hanya 6 kategori pelajar yang dibenarkan masuk ke kampus untuk aktiviti PdP Semester 2, 2020/2021 iaitu: a. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latihan amali, studio, bengkel dan peralatan khas, b. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian, c. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid, d. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom, e. Pelajar bekeperluan khas (OKU), dan f. Pelajar yang menduduki peperiksaan MUET, antarabangsa dan badan professional. ii. Pembelajaran teradun (blended learning) secara hibrid akan dilaksanakan. iii. Semua SOP mesti dipatuhi. iv. Pergerakan pulang pelajar dari Sabah dan Sarawak. Pihak Universiti dan PPS Kimia telah mengambil pendekatan perancangan kemasukan pelajar seperti berikut: i. Mengekalkan maksimum 50% kapasiti sebagai strategi untuk pematuhan SOP. ii. Mengamalkan prinsip daftar masuk dan daftar keluar untuk memaksimumkan keupayaan desasiswa. iii. Mewajibkan semua pelajar supaya berada didalam kampus (termasuk pelajar PETAS) semasa sesi F2F dijalankan. iv. Blok pengasingan dan SOP pelajar masuk ke kampus boleh dijalankan seperti biasa dengan penambahbaikan jika ada. v. Pelajar perlu masuk 10 hari sebelum sesi F2F bermula.

Upload: others

Post on 05-Dec-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MEMORANDUM TERKINI BERKAITAN AKTIVITI PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN

SIRI 1/2021 PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA

PERANCANGAN KEMASUKAN PELAJAR SEMESTER 2,

SIDANG AKADEMIK 2020/2021

PPS Kimia telah mengambil maklum bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi telah

membenarkan pelajar masuk ke kampus untuk Semester 2, Sidang Akademik 2020/2021,

dengan pematuhan semua SOP yang ditetapkan.

Berdasarkan pada kenyataan media KPT pada 31 Januari 2021 dan hebahan TNCAA Bil 3/2021,

pihak PPS Kimia mengambil maklum senario kemasukan pelajar seperti berikut:

i. Hanya 6 kategori pelajar yang dibenarkan masuk ke kampus untuk aktiviti PdP Semester

2, 2020/2021 iaitu:

a. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan

Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latihan amali, studio,

bengkel dan peralatan khas,

b. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran kondusif bagi melaksanakan

PdP dalam talian,

c. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan

pembelajaran secara hibrid,

d. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom,

e. Pelajar bekeperluan khas (OKU), dan

f. Pelajar yang menduduki peperiksaan MUET, antarabangsa dan badan professional.

ii. Pembelajaran teradun (blended learning) secara hibrid akan dilaksanakan.

iii. Semua SOP mesti dipatuhi.

iv. Pergerakan pulang pelajar dari Sabah dan Sarawak.

Pihak Universiti dan PPS Kimia telah mengambil pendekatan perancangan kemasukan pelajar

seperti berikut:

i. Mengekalkan maksimum 50% kapasiti sebagai strategi untuk pematuhan SOP.

ii. Mengamalkan prinsip daftar masuk dan daftar keluar untuk memaksimumkan keupayaan

desasiswa.

iii. Mewajibkan semua pelajar supaya berada didalam kampus (termasuk pelajar PETAS)

semasa sesi F2F dijalankan.

iv. Blok pengasingan dan SOP pelajar masuk ke kampus boleh dijalankan seperti biasa dengan

penambahbaikan jika ada.

v. Pelajar perlu masuk 10 hari sebelum sesi F2F bermula.

Berikut adalah jadual perancangan kemasukan pelajar PPS Kimia untuk Semester 2, Sidang

Akademik 2020/2021:

Bagi pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran yang kondusif untuk menjalani sesi

PdP dalam talian, pihak kami di PPS Kimia bersedia membantu dan memberi pertimbangan

untuk kebenaran pelajar masuk ke kampus dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Semua pelajar yang akan kembali ke kampus adalah diwajibkan untuk mengisi Borang A

Borang Kebenaran Khas Kembali ke Kampus, Sidang Akademik 2020/21 secara atas talian

melalui portal Campus Online masing-masing.

Bersama-sama ini juga dipanjangkan Manual Permohonan Kembali ke Kampus oleh Pelajar

(Borang A) dan Carta Alir Pengisian Borang A untuk rujukan dan perhatian bersama.

Pihak pengurusan PPS Kimia dan Universiti juga sentiasa peka dan mengambil berat terhadap

kesihatan dan kesejahteraan warganya. Semua pelajar diingatkan supaya sentiasa mematuhi

garis panduan/SOP yang ditetapkan dan meningkatkan penjagaan kebersihan agar kampus kita

kekal bebas daripada wabak Covid-19.

"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

Take care and stay safe.

PROF. DR. ROHANA ADNAN

DEKAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA

22 FEB 2021

PELAJAR Tarikh Masuk*

(Termasuk tempoh isolasi) Tempoh F2F

Tahun 1 23 Mac 2021 4 minggu

Tahun 2 21 April 2021 4 minggu

Tahun 3 25 Mei 2021 4 minggu

Tahun 4 7 Mac 2021 12-14 minggu

Mod Campuran 7 Mac 2021 12-14 minggu

MANUAL PERMOHONAN KEMBALI KE

KAMPUS OLEH PELAJAR (BORANG A)

1 18 Februari, 2021

CAPAIAN PELAJAR

Borang Kebenaran Khas Kembali ke

Kampus boleh dicapai melalui portal

pelajar iaitu

https://campusonline.usm.my

Log masuk menggunakan identiti Single

Sign-On. Klik Borang A

2 18 Februari, 2021

PENGISIAN BORANG A

Bahagian A adalah paparan maklumat pelajar.

Pelajar perlu mengisi maklumat permohonan menggunakan borang seperti di bawah:

3 18 Februari, 2021

Butang “Submit” hanya boleh diklik apabila pelajar bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Setelah Submit, permohonan pelajar akan melalui dua peringkat kelulusan iaitu Dekan dan seterusnya kepada Nerve Center.

Selepas kelulusan Nerve Center, tarikh akhir yang dimasukkan oleh Nerve Center akan digunakan untuk pelajar mengisi DEKLARASI SARINGAN RISIKO COVID-19 a) Sekiranya tempoh untuk kembali ke kampus belum mencukupi 3 hari, paparan

berikut akan dilihat.

Pelajar dibenarkan untuk menukar atau mengemaskini Tarikh Masuk Kampus TETAPI segala kelulusan asal akan dibatalkan dan permohonan pelajar akan melalui proses kelulusan semula daripada DEKAN dan NERVE CENTER.

Perubahan kepada Tarikh Keluar dan Tujuan Kembali Ke Kampus tidak mengganggu proses kelulusan yang sedia ada.

4 18 Februari, 2021

b) Sekiranya tempoh untuk kembali ke kampus sudah mencukupi atau kurang 3 hari, pelajar diminta untuk mengisi SOALAN SARINGAN RISIKO COVID-19

5 18 Februari, 2021

Selepas selesai mengisi soalan saringan, pelajar diminta untuk mencetak borang untuk

digunakan semasa proses tapisan di dalam kampus. Klik

Pengisian semula BORANG A boleh diulang dengan menggunakan butang

CARTA ALIR PENGISIAN BORANG A MELALUI CAMPUS ONLINE MAC 2021

FLOW CHART TO FILL OUT FORM A THROUGH CAMPUS ONLINE - MARCH 2021

PELAJAR LOG MASUK KE CAMPUS ONLINE MASING-MASING

STUDENT LOGIN TO THEIR CAMPUS ONLINE ACCOUNT

PELAJAR KLIK KE PAUTAN ‘BORANG A’

STUDENT TO CLICK ON THE ‘FORM A’ LINK

PELAJAR MENGISI TARIKH MASUK DAN KELUAR KAMPUS SEPERTI YANG TELAH

DITETAPKAN OLEH PUSAT PENGAJIAN MASING-MASING SERTA MENGISI MAKLUMAT

LAIN YANG DIPERLUKAN

STUDENT TO FILL IN THE ENTRY AND EXIT DATE TO/FROM CAMPUS AS STIPULATED BY

RESPECTIVE SCHOOLS/CENTRES AND OTHER NECESSARY INFORMATION

SETELAH MENGISI BORANG A DENGAN LENGKAP, PELAJAR KLIK PADA BUTANG

‘HANTAR’

AFTER COMPLETING FORM A, STUDENT CLICKS ON THE ‘SEND’ BUTTON

BORANG A DIHANTAR KEPADA DEKAN/ PENGARAH PUSAT PENGAJIAN/PTJ MASING-MASING

FORM A IS SUBMITTED TO RESPECTIVE DEAN/DIRECTOR OF SCHOOL/CENTRE

DEKAN/ PENGARAH PUSAT PENGAJIAN/PTJ MENGESAHKAN TARIKH YANG DIISI OLEH PELAJAR

ADALAH SAMA DENGAN TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN DAN MEMBERI KELULUSAN

DEAN/DIRECTOR OF SCHOOL/CENTRE VERIFIES THE DATE FILLED IN BY STUDENT IS IN

ACCORDANCE TO THE STIPULATED DATE AND PROVIDES APPROVAL

NERVE CENTRE

PUSAT PENGAJIAN/ PTJ MEMAKLUMKAN TARIKH MASUK DAN KELUAR KEPADA PELAJAR UNTUK DIISI DALAM BORANG A (CAMPUS

ONLINE) MELALUI HEBAHAN SCHOOL/CENTRE INFORMS STUDENT THE ENTRY AND EXIT DATE TO BE COMPLETED IN

FORM A (CAMPUS ONLINE) THROUGH ANNOUNCEMENT

PELAJAR

STUDENT

NERVE CENTRE

PUSAT

SEJAHTERA

PELAJAR MENGISI DEKLARASI SARINGAN RISIKO

COVID – 19, 3 HARI SEBELUM TARIKH KEMBALI KE

KAMPUS

STUDENT COMPLETES COVID-19 HEALH RISK

ASSESSMENT DECLARATION 3 DAYS PRIOR TO

DATE OF RETURN TO CAMPUS

MENYEMAK TARIKH MASUK DAN KELUAR KAMPUS PADA BORANG A YANG TELAH

DILULUSKAN DEKAN/PTJ

VERIFY ENTRY AND EXIT DATE TO/FROM CAMPUS ON FORM A APPROVED BY

DEAN/DIRECTOR OF SCHOOL/CENTRE

PELAJAR MENCETAK BORANG A YANG TELAH

DILULUSKAN DAN BORANG DEKLARASI

SARINGAN RISIKO COVID-19 UNTUK DIBERIKAN

KEPADA PETUGAS SARINGAN KESIHATAN

SEMASA MASUK KE KAMPUS

STUDENT TO PRINT APPROVED FORM A AND

COVID-19 HEALTH RISK ASSESSMENT

DECLARATION FORM TO HEALTH SCREENING

OFFICER UPON ENTERING THE CAMPUS

NERVE CENTRE TOLAK

NERVE CENTRE REJECTS

NERVE CENTRE

LULUS

NERVE CENTRE

APPROVES

PERMOHONAN PELAJAR DIBATALKAN

CANCELLATION OF STUDENT APPLICATION

NERVE CENTRE UBAH

TARIKH LULUS

NERVE CENTRE SETS

NEW APPROVAL DATE