aksi dan reaksi: kekejaman komunis di tanjung … ·  · 2016-11-04penerbit prisma sdn. bhd.,...

17
AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG MALIM DAN TINDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952 Noor Ain binti Mat Noor dan Azharudin Mohamed Dali' Pengenalan Kekejaman komunis merupakan satu perkara yang sangat sinonim dengan Parti Komunis Malaya. Malah kerana kekejaman itulah, PKM bukan sahaja diharamkan tetapi juga anggota- anggotanya menjadi buruan pihak berkuasa. Kekajaman yang dimaksudkan disini adalah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan membunuh anggota keselamatan, kakitangan kerajaan dan orang awam, memusnahkan harta benda awam dan orang awam serta mengganggu kehidupan masyarakat dengan ugutan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, PKM melihat kekejaman yang dilakukan sebagai sesuatu yang 'patut' dan 'wajar' dilaksanakan kerana perjuangan mereka menentang sesuatu yang tidak sehaluan dengan mereka. Bagi komunis, membunuh dan merosakkan harta benda serta mengganggu kehidupan masyarakat merupakan asas penting untuk melegitimasikan perjuangan mereka. Setelah mereka diharamkan dan darurat diisytiharkan, PKM dilihat bergerak dengan menggunakan kaedah ini iaitu menggunakan senjata sebagai elemen perjuangannya. Keadaan ini dilihat dengan kaca mata berbeza oleh pihak pemerintah, malah masyarakat Tanah Melayu secara umumnya yang mengatakan bahawa kekejaman komunis harus dibenteras. Kekejaman komunis inijuga kemudiannya meninggalkan reaksi tertentu oleh pihak pemerintah dan rantaian tindak balas ini pula dilakukan bagi memastikan kekejaman itu dapat dihentikan. Aksi pihak komunis dan reaksi pemerintah menjadi bahan perbincangan dalam tulisan ini. Aksi dan reaksi ini pula berlaku di Tanjung Malim, Perak. Tulisan ini akan menyentuh serba sedikit mengenai sejarah awal Tanjung Malim dan kekacauan serta kekejaman yang ditimbulkan oleh pengganas komunis di kawasan tersebut. Perbincangan akan menjuruskan kepada siri kekejaman dan kegansan komunis yang berleluasa di Tanjung Malim. Ini termasuklah kejadian sabotaj, kekacauan, mogok dan pembunuhan. Dalam hal ini, tumpuan diberikan terhadap peristiwa pembunuhan Penolong Pegawai Daerah iaitu Micheal Codner bersama II lagi orang awam dan polis dalam satu serangan hendap di Tanjung Malim pada 25 Mac 1952. Bahagian kedua pula akan melihat kepada tindak balas pihak pemerintah British dalam menghadapi keganasan dan kekejaman komunis di Tanjung Malim termasuklah mengenakan 'Collective Punishment' kepada penduduk Tanjung Malim. Noor Ain Binti Mat Noor merupakan Jepasan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Sesi 200812009 dan Dr. Azharudin Mohamed Dali adalah pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 45

Upload: lykiet

Post on 05-May-2018

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG MALIM

DAN TINDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

Noor Ain binti Mat Noor dan Azharudin Mohamed Dali'

Pengenalan

Kekejaman komunis merupakan satu perkara yang sangat sinonim dengan Parti Komunis Malaya. Malah kerana kekejaman itulah, PKM bukan sahaja diharamkan tetapi juga anggota­anggotanya menjadi buruan pihak berkuasa. Kekajaman yang dimaksudkan disini adalah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan membunuh anggota keselamatan, kakitangan kerajaan dan orang awam, memusnahkan harta benda awam dan orang awam serta mengganggu kehidupan masyarakat dengan ugutan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, PKM melihat kekejaman yang dilakukan sebagai sesuatu yang 'patut' dan 'wajar' dilaksanakan kerana perjuangan mereka menentang sesuatu yang tidak sehaluan dengan mereka. Bagi komunis, membunuh dan merosakkan harta benda serta mengganggu kehidupan masyarakat merupakan asas penting untuk melegitimasikan perjuangan mereka. Setelah mereka diharamkan dan darurat diisytiharkan, PKM dilihat bergerak dengan menggunakan kaedah ini iaitu menggunakan senjata sebagai elemen perjuangannya. Keadaan ini dilihat dengan kaca mata berbeza oleh pihak pemerintah, malah masyarakat Tanah Melayu secara umumnya yang mengatakan bahawa kekejaman komunis harus dibenteras. Kekejaman komunis inijuga kemudiannya meninggalkan reaksi tertentu oleh pihak pemerintah dan rantaian tindak balas ini pula dilakukan bagi memastikan kekejaman itu dapat dihentikan.

Aksi pihak komunis dan reaksi pemerintah menjadi bahan perbincangan dalam tulisan ini. Aksi dan reaksi ini pula berlaku di Tanjung Malim, Perak. Tulisan ini akan menyentuh serba sedikit mengenai sejarah awal Tanjung Malim dan kekacauan serta kekejaman yang ditimbulkan oleh pengganas komunis di kawasan tersebut. Perbincangan akan menjuruskan kepada siri kekejaman dan kegansan komunis yang berleluasa di Tanjung Malim. Ini termasuklah kejadian sabotaj, kekacauan, mogok dan pembunuhan. Dalam hal ini, tumpuan diberikan terhadap peristiwa pembunuhan Penolong Pegawai Daerah iaitu Micheal Codner bersama II lagi orang awam dan polis dalam satu serangan hendap di Tanjung Malim pada 25 Mac 1952. Bahagian kedua pula akan melihat kepada tindak balas pihak pemerintah British dalam menghadapi keganasan dan kekejaman komunis di Tanjung Malim termasuklah mengenakan 'Collective Punishment' kepada penduduk Tanjung Malim.

Noor Ain Binti Mat Noor merupakan Jepasan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Sesi 200812009 dan Dr. Azharudin Mohamed Dali adalah pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

45

Page 2: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

MALAYSIA DARl SEGI SEJARAH

Latar Belakang Geografi dan Perkembangan Tanjung Malim

Dari segi kedudukan geografi, Bandar Tanjung Malim terletak di Selatan negeri Perak, berhampitan dengan sempadan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur. Tanjung Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bemam yang menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dari segi bentuk muka buminya pula, Tanjung Malim merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi oleh bukit- bukau (Banjaran Titiwangsa). Kedudukan bandamya terletak 84 km ke utara Kuala Lumpur dan 145 km ke selatan ibu negeri Perak iaitu Ipoh. Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Hulu Bemam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang Ulu, Kampung Kelawar dan Slim River.

Tanjung Malim sejak dahulu lagi sangant sinonim dengan Bandar pendidikan. Di sinilah terletaknya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPS I) yang berperanan besar dalam melahirkan golongan pendidik terkemuka. UPSI dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Penubuhannya adalah hasil daripada buah fikiran R.O Winstedt yang bertujuan menggabungkan Maktab Melayu Melaka (1900-1922) dan Maktab Melayu Matang, Perak (1913-1922). MPSI dirasmikan pada 29 November 1922 dan peningkatan tarafnya pula berlaku pada lOgos 1987. 1

Terdapat beberapa pekan kecil yang berhampiran dengan Bandar Tanjung Malim. Semua pekan kecil ini terletak dalam lingkungan 30 km dari Tanjung Malim. Di antaranya ialah Slim River yang menjadi pusat pentadbiran di daerah ini. Pada peringkat awalnya, Pejabat Daerah dan tanah berpusat di Tanjung Malim. Tetapi sejak peristiwa pembunuhan Micheal Codner (Penolong Pegawai Daerah) oleh komunis di Simpang Ampat, Tanjung Malim, pejabat ini telah dipindahkan ke Slim River. 2

Tanjung Malim sejak I 880-an mengalami pelbagai kemajuan sarna ada dari segi pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan sistem komunikasi. Dari segi pentadbirannya, sejak 1880-an, Tanjung Malim menerima cukai dan daerah Tanjung Malim ditadbir di bawah nasihat Residen British. Pentadbiran mudah dilaksanakan kerana Bemam dapat ditadbir bersama dengan daerah Hilir Perak yang beribu pejabat di Teluk Anson. 3 Dari segi lain pula, cukai yang dikutip di Bemam termasuklah di Tanjung Malim akan dibahagi dua di antara negeri perak dengan Selangor.

Pada tahun 1885, pejabat pemungut cukai dan polis di Kuala Slim telah dipindahkan ke Tanjung Malim. Apabila pejabat pemungut cukai sudah berpindah ke Ulu Bemam, sebelah Perak (Tanjung Malim), maka cukai tanah telah dikutip secara berasingan dan tidak dimasukkan ke dalam cukai umum daerah tersebut. Pemisahan ini mungkin kerana Tanjung Malim sudah mula diserapkan di bawah pentadbiran pejabat daerah Batang Padang yang berpusat di Tapah. Hulu Bemam pula dipindahkan di bawah pentadbiran daerah

Mohd. Roselan Ab. Malek. Salasilah Nama Tempat Negeri Perak Darul Ridzuan. (Petaling laya. Selangor : Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), him. 72

2 Selain Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Sub-Treasury juga telah dipindahkan pusat pentadbirannya ke Slim River bermula 1 lulai 1952. Keterangan lanjut lihat dalam Perak Secretariat, 202711952, surat drpd D.C.L. Wilson kpd Setiausaha Negeri Perak, 15 lun 1952.

3 Aishah Badul Rahman, Asalnya Nama Tanjung Malim, Ketas Projek, Maktab Perguruan, 1983, him. 3

46

Page 3: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS or TANJUNG MALIM DAN TINDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

Hulu Selangor yang beribu pejabat di Kuala Kubu.4 Pada tahun 1894, Tanjung Malim menjadi ibu pejabat subdistrict kepada Mukim Slim dan Hulu Bemam. Seorang Pemangku Penolong Pagawai Daerah dilantik dan petugas yang pertama ialah Douglas Francais William.

Dari segi undang-undang dan peraturan, Perak mas a itu (1889-1900) mempunyai sistem kehakimannya tersendiri iaitu terdiri daripada sistem Mahkamah Residen dan Mahkamah Penghulu. Mahkamah penghulu adalah yang paling hampir sekali dengan penduduk dan dalam hal ini penghulu mendapat kuasa yang dijamin oleh sultan. Dalam keadaan ini, penghulu didapati memainkan peranan yang signifikan dalam pentadbiran di Tanjung Malim. Kehadiran pegawai British telah membawa satu sistem pentadbiran yang baru yang turut bersama membawa sistem penghulu dalam mentabirkan hal ehwal penduduk tempatan. Penghulu berkuasa dalam mengadili kes-kes yang dihadapkan kepadanya seperti hutang piutang, perselisihan faham dan ganti rugi.5

Dari segi ekonominya, penduduk Tanjung Malim sejak 1880-an bergiat dalam menjalankan aktiviti perlombongan. Tanah lombong mula diusahakan sejak awal1890-an dim ana hasil bijih mula dikeluarkan dari Sungai Kulit, Hulu Bemam. Walau bagaimanapun, perusahaan ini tidaklah begitu meluas. Namun, potensinya untuk membangun ke tahap yang lebih tinggi diakui sangat baik.6 Selain itu, Tanjung Malim sejak 1880-anjuga turut menerima kemajuan tersendiri dalam sistem perhubungan dan komunikasi. Pada 1898, Tanjung Malim mula menggunakan jalan tar dan jalan ray a dari Kalumpang ke Tanjung Malim yang siap dibina sejak 1896. Pembinaan keretapi dari Kuala Kubu ke Tanjung Malim dan di babagian Perak dari Tanjung Malim sampai ke Jalan Tapah mula dilaksanakan dan dikelolakan di bawah Residen Engineer, Keretapi Selangor.

Komunis di Tanjung Malim

Selain daripada kemajuan yang dicapai dalam pentadbiran, ekonomi dan sebagainya, Tanjung Malim juga turut berkembang dari segi penduduknya. Tanjung Malim dari segi komposisi penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India, Cina dan lain­lain. Sejak 1930-an lagi, bandar ini terkenal sebagai pusat operasi bagi komunis. PKM menjadika Tanjung Malim sebagai pusat bagi menjalankan kegiatan mereka seperti sabotaj, membunuh, mengugut orang awam dan sebagainya. Pengganas komunis menjadikan ladang-Iadang getah di utara Selangor dan di selatan Perak sebagai kawasan utama untuk melakukan pembunuhan dan sabotaj. 7 Penduduk Cina yang ramai di Tanjung Malim menjadi faktor utama kepada perkembangan PKM di Tanjung Malim. Hal ini kerana sokongan utama kepada PKM sebahagian besamya datang daripada orang Cina yang aktif dalam menyalurkan bantuan kepada mereka sarna ada dalam bentuk maklumat, bekalan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.

4 Mohd. Syafie Syed Mansur, "Ulu Bemam dan Tanjong Malim, 1870 - 1900," him. 38 5 Ibid., him. S3 6 Ibid., him. 55 7 CO 1022/54, "Gen. Templer Eases Curfew," Daily Telegraph, 10 April 1952

47

Page 4: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

lumlah penduduk Cina yang besar ini dapat dibuktikan melalui bancian yang dijalankan pada 1947. Ia menunjukkan terdapat 8,600 orang Melayu di Tanjung Malim dan Ulu Bemam 8,300 orang Cina dan 5,600 India. 8 Oleh itu, tidak mustahillah PKM dapat bertapak kukuh di Tanjung Malim ekoran daripada sokongan yang didapati daripada penduduk tempatan khasnya kaum Cina. Maka, dengan sokongan dan kerjasama daripada penduduk tempatan ini menjadikan PKM semakin aktif dalam menjalankan kegiatan mereka di Tanjung Malim dan kawasan sekitamya. Selain jumlah pendudukl Cina yang besar di Tanjung Malim yang menjadi antara syarat penting yang membolehkan komunis bertapak, Tanjung Malim dan kawasan sekitamya juga masih diliputi hutan teba!. Kawasaan hutan yang bersambung hingga ke Pahang ini sememangnya menjadi kawasan operasi dan tempat komunis bersembunyi.

Sejak tercetusnya darurat pada 1948, Tanjung Malim tidak terkecuali menerima kesan buruk akibat daripada komunis yang bermaharajalela di kawasan tersebut. Kekejaman yang berlaku mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa. Sejak awal I 950-an lagi berbagai peristiwa kekejaman dan keganasan yang dikaitkan dengan pengganas komunis berlaku di Tanjung Malim. Dilaporkan pada 21 Februari 1950, seorang pengganas komunis yang terbabit dalam dalam kejadian sabotaj di Simpang Tiga telah ditembak mati oleh pihak polis berdekatan dengan Simpang Ampat, Perak.9 Semen tara itu, pada 21 1 anuari 1952, seramai 20 orang pengganas komunis telah memasuki Kampung Behrang Ulu dan merampas enam pucuk senapang kepunyaan pihak berkuasa. Pada hari yang sama, seramai tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo Estate yang terletak dua batu dari pekan Tanjung Malim.!O Sehari selepas itu, 20 orang pengganas telah menyerang sekumpulan pekerja di labatan Kerja Raya dan merampas tujuh kad pengenalan mereka. Pengganas tersebut kemudiannya bertindak membakar lori kepunyaan labatan Kerja Raya tersebut dan menyebabkan kerosakkan yang dianggarkan bemilai $1,600. 11

Seterusnya pada 1 Februari 1952, seramai 20 orang pengganas komunis telah melepaskan tembakan ke arah pusat pengawal polis di Tanjung Malim dan menyebabkan kerosakkan pada pangkalan tersebut. 12 Pada 20 Februari 1952 pula, dua orang pengganas telah ditembak mati di daerah Kampung Kelawar yang terletak empat batu dari Pekan Tanjung Malim. Sehari kemudian, sebuah bas te1ah dibakar dan pengganas komunis bertindak merampas kad pengenalan para penumpangnya. 13 Akibat daripada ancaman komunis, Penolong Pegawai Daerah te1ah mengambi1langkah memagar kawasan sekitar Tanjung Malim seperti Kampung Kuala Slim, Penderas, Kampung Balun, Sungai Bili, Sungai Dara dan Sungai Sekiah. Banyak lagi kawasan kampong seperti Kampung Sekolah,

8 Leslie Hoffman, "Sir Gerald Punishes Town of 20.000 Cowards," The Straits Times, 28 Mac 1952 9 SEL.SEC. 2114/1949, Chronology of Important Events During the Emergency Malaya for the Period January­

June, 1950 10 Perak Secretariat, 823/1952, Penyata Bulanan Jajahan Tanjong Malim bagi Disember 1951 dan Januari 1952 1 I S. E. (Pk.) 186/51, I. Attack on P. W.O. Labour Lines of 89'h Mile Tanjong Malim by Bandits, II. P. W.O. Lorry

No. A. 4144 Burnt Down by Bandits. 12 Ibid. 13 Perak Secretariat, 82311952, Penyata Bulanan Jajaban Tanjong Malim, Februari 1952

48

Page 5: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

AKSI DAN REAKSI: KEKEIAMAN KOMUNIS DI TANJUNG MALlM DAN TINDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

Kampung Simpang Ampat, Behrang Hulu, Kampung Kelawar, Kampung Berop dan Kampung Sawah yang dicadangkan akan turut dipagar bagi menggelakkan ancaman,14 Walau bagaimanapun, kejadian yang diakibatkan oleh komunis terus berlaku.

Secara keseluruhannya, kekejaman yang diakibatkan komunis sejak awal Januari hingga Mac 1952 melibatkan lima kejadian serang hendap, 10 serangan ke atas pangkalan polis dan tentera, lima kejadian lori dibakar, 6,000 batang pokok getah dipotong, tujuh kejadian mogok oleh buruh kesan daripada hasutan PKM, satu cubaan menggelincirkan kereta api, satu serangan di kawasan kampong, dua kajadian sabotaj saluran paip, 16 kern pengganas komunis ditemui dan lain-lain lagi keganasan yang membabitkan pengganas komunis. Kesemua kejadian terse but mengakibatkan 26 nyawa terkorban dan cedera, lapan orang anggota polis terbunuh, Sembilan orang anggota polis tercedera, tujuh orang awam terbunuh dan dua orang cedera. 15 Kemuncak kepada siri serangan hendap ini membabitkan peristiwa pembunuhan Micheal Codner bersama beberapa lagi orang awam serta polis pada 25 Mac 1952. Peristiwa ini menjadi detik penting kepada kerajaan British dalam menguatkuasakan polisi yang lebih ketat ke atas penduduk di Tanjung Malim.

Pembunuhan Micheal Codner di Tanjung Malim.

Salah satu peristiwa penting yang berlaku pada zaman darurat ialah peristiwa yang membabitkan pembunuhan Micheal Codnerl6 yang merupakan Penolong Pegawai Daerah Tanjung Malim. Peristiwa tersebut berlaku pada 25 Mac 1952 apabila beliau bersama 11 lagi orang awam dan polis terbunuh dalam satu serangan hendap yang dilakukan pengganas komunis. Peristiwa berdarah tersebut dianggap antara peristiwa terpenting yang berlaku pada zaman darurat dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di Tanah MelayuY

Kematian Codner merupakan satu kehilangan besar kepada penduduk di Tanjung Malim. Beliau disifatkan sebagai seorang yang amat berjasa kepada penduduk kampung. Malahan dalam satu ruangan dalam akhbar The Straits Times, terdapat satu artikel yang ditulis oleh Leslie Hoffman yang memberi penghormatankepada Codner di atas segala jasa beliau. Leslie Hoffman menggambarkan Micheal Codner sebagai seorang yang sangat berjasa kepada penduduk Tanjung Malim dan mempunyai hubungan yang baik dengan penduduknya. Sebagaimana usaha kerajaan di kawasan yang lain, kawasan penempatan semula atau kampung baru giat dilancarkan bagi mencegah ancaman komunis. Hal yang

14 Perak Secretariat, 82311 952, Penyata Bulanan Jajahan Tanjong Malim bagi Disember 1951 dan lanuari 1952 15 ''Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew", The Straits Echo and Times of Malaya, 28 Mac 1952. 16 Richard Micheal Clinton Codner dilahirkan di Tanah Melayu. Ayahnya merupakan seorang peladang di Tanah

Melayu dan pemah menjawat jawatan dalam kerajaan serta pemah menjadi pengurus di Connamera Estate di Bangi, Selangor. Micheal Codner datang ke Tanah Melayu selepas perang dan pemah menyertai Malay Regiment. Beliau pemah menyertai pasukan tentera di England dan kemudian meletak jawatan untuk menyertai Malaya Civil Service. Beliau kemudiannya telah dihantar ke Tanjung Malim dan bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah sehinggalah menemui ajalnya di sana. Keterangan lanjut Iihat dalam, "12 Dead and Eight Wounded in Ambush," The Malay Mail, 26 Mac 1952

17 Mohd Syafie Syed Mansur, "Pembunuhan Micheal Codner di Tanjong Malim" dim. Khoo Kay Kim & Adnan Hj. NAwang (Eds.), Darurat 1948-1960, (Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984), him. 175

49

Page 6: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

sarna berlaku di Tanjung Malim apabila penempatan semula dilaksanakan. Namun demikian, program penempatan semula ini menjadi masalah utama dan penduduk curiga dengannya. Walau bagaimanapun, Micheal Codner berusaha menyakinkan penduduk ten tang perlindungan keselamatan pagar kawat berduri yang telah dilengkapkan di kawasan penempatan semula. Beliau juga telah membina enam kawasan penempatan semula disekitamya dan para penduduk di kampong baru menyanjungi tinggi keberanian dan kebijaksanaannya. Codner juga disifatkan sebagai seorang Penolong Pegawai Daerah yang sangat cemerlang dan rajin bekerja. Kerajinannya dibuktikan apabila beliau kerap menghabiskan masanya di pejabat dan bekerja hingga lewat malam. Beliau juga menghabiskan mas a sepanjang hari mengelilingi kawasan pentadbirannya dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.lS

Selain itu, penduduk tempatan juga menganggap Codner seorang pegawai yang bertimbang rasa dan sentiasa memberi layanan yang adil terhadap semua penduduk tanpa mengira bangsa. Beliau dianggap sebagai seorang yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah penduduk. Hal ini dibuktikan apabila beliau sendiri pergi ke kawasan tangki air yang sabotaj oleh pengganas komunis bagi menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk mendapat semula bekalan air. 19 Namun, sikap beraninya itu memakan diri apabila beliau bersama yang lainnya terbunuh dalam serangan hendap yang dirancang rapi oleh pengganas komunis.

Peristiwa pembunuhan Micheal Codner di Tanjung Malim mendapat liputan meluas daripada akhbar-akhbar di dalam dan luar negeri. Berita pembunuhannya memberi kejutan besar kepada penduduk di Britain dan mendapat liputan meluas akhbar-akhbar di negara tersebut.20 Hal ini kerana, nama Micheal Codner sebelum ini sudah dikenali di Britain melalui buku The Wooden Horse21 yang disebarkan secara meluas di sana. Beliau dianggap sebgai hero oleh penduduk Britain. Keberanian dan kebijaksanaan Micheal Codner disifatkan sebagai " ... respected for his fine intelligence and ready courage, teased because of his youth and absent-mindedness. His minds was always on his books and on shemes of escape ... "22

Dalam serangan hendap yang membabitkan Micheal Codner, dua orang awam, dua orang British (termasuk Micheal Codner) serta lapan orang anggota polis terbunuh sementara lapan orang lagi tercedera.23 Kejadian tersebut turut mengakibatkan dua orang anggota komunis terbunuh semen tara lima orang lagi tercedera. 24 Antara mereka yang

18 Leslie Hoffman, "They mourn the moun who 'never knew fear' ", The News Strait Times, 30 Mac 1952 19 Temubual bersama Puan Zaleha bt Ahmad, penduduk Tanjung Ma1im pada 22 Februari 2009, jan 5.00 petang 20 "Codner's Murder Shocked Britain," The Strait Times, 2 April 1952 21 The Wooden Horse merupakan karya terkena1 yang ditulis oleh Eric William (sahabat kepada Michea1 Codner)

yang menceritakan kisah benar mengenai dua orang tawanan tenlera Inggeris yang ditahan di kem tahanan Sta1ag­Luft Ill, Jerman. Da1am kisah tersebut, Micheal Codner dikenali sebagai John Clinton menggunakan 'wooden horse' untuk me1epaskan diri. Melalui kisah tersebut, Micheal Codner mula dikenali ramai dan dianggap sebagai hero. Beliau pernah dikurniakan anugerah Military Cross ekoran daripada keberanian dan kebijaksanaannya. Keterangan lanjut Iihat dalam Eric Williams, The Wooden Horse, London: Collins, 1949

22 "12 Dead and Eight Wounded in Ambush," The Malay Mail, 26 Mas 1952 23 CO 1022/9, Telegram drp. Federation of Malaya kpd. Setiausaha Tanah Jajahan, 29 Mac 1952. 24 "Town Hears the Shots that Murder \2 Men," The Strait Times, 26 Mac 1952

50

Page 7: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG MALIM DAN TINDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

terbunuh tennasuklah W, H. Foumiss25 (Jurutera Kerja Raya Perak Selatan), Teoh Eng Kiew26 (Pembantu Juruteknik), Ahmad bin Jali (pemasang paip air) dan Lans Koperal Hamid bin Johari serta tujuh orang lagi anggota polis hutan (jungle squad).27 Hanya seorang lelaki Melayu yang bertugas sebagai overseer yang dikenali sebagai Yahya Paip berjaya menyelamatkan diri dan sampai ke kawasan Bandar tanpa sebarang kecederaan.28

Menyoroti kembali peristiwa berdarah tersebut, serangan hendap oleh pengganas komunis berlaku apabila sekumpulan polis seramai 16 orang bersama dengan lima orang awam berangkat ke satu kawasan estet getah yang terletak di pinggir bandar Tanjung Malim29 bagi membaiki tangki air yang telah enam kali rosak disabotaj oleh pengganas komunis sejak tercetusnya darurat. Kawasan tangki air tersebut terletak kira-kira 30 batu di utara Kuala Lumpur.30 Kejadian sabotaj bekalan air berlaku pada malam Isnin, 24 Mac dan merupakan kejadian keenam yang berlaku di Tanjung Malim. Sejak Jun 1948, pengganas telah merosakkan tangki air itu sebanyak lima kali. Sebelum ini, berlaku kejadian yang serupa pada 8 Januari 195231 dan 8 Mac 1952 apabila pengganas komunis telah memotong bekalan air Tanjung malim dan menyebabkan penduduknya terpaksa bergantung pada air sungai, perigi dan air yang dikumpulkan daripada hujan lebat. Kejadian yang berlaku pada 8 Mac 1952 menyaksikan pengganas komunis menyerang hendap tangki air yang menyalurkan bekalan air kepada semua penduduk di Tanjung Malim dan ini memaksa kumpulan daripada J abatan KeIja Awam berusaha keras bagi membaiki kerosakan tersebut. 32

Pada hari berkenaan Micheal Codner, W. H. Foumiss dan kumpulannya yang diiringi oleh polis hutan (jungle squard) memulakan perjalanan ke tangki air tersebut kira­kira jam 7.00 pagi dan tiba di tangki air berkenaan yang dikelilingi oleh tanah tinggi. Dalam mas a yang sarna, pengganas komunis sudah lama menunggu kedatangan mereka.33 Pihak komunis melakukan perancangan yang teliti dan berjaya bersembunyi dan kehadiran mereka tidak dapat dikesan oleh rombongan Micheal Codner. Kedudukan komunis hanya beberapa ela daripada jalan hutan yang dilalui oleh kumpulan Micheal Codner. Daripada tempat persembunyian tersebut, pengganas komunis telah mula menyerang hendap dan melepaskan tembakan demi tembakan terhadap kumpulan anggota polis dan orang awam tersebut.

Dalam sekelip mata sahaja, kumpulan tersebut dihujani tembakan yang bertalu­talu daripada komunis. Pengganas komunis menyerang dengan menggunakan senjata automatik, Bren-gun, Stens, senapang dan born tangan hingga menyebabkan anggota

25 W.H. Fourniss menyertai Public Work Department pada April 1947 dan dihantar bertugas di Tapah pada Januari 1951. Ibid.

26 Teoh Eng Kiew merupakan anak ketiga kepada Teoh Ah Kee, seorang pesara kerajaan. Beliau pernah mendapat pendidikan di Sekolah Anderson di Tapah dan menamatkan pelajaran di Technical College di Kuala Lumpur pada 1949 dengan mendapat bantuan biasiswa daripada Kerajaan Perak. Beliau meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki berumur setahun. Ibid.

27 "Town Hears the Shots that Murder 12 Men," The Strait Times, 26 Mac 1952 28 Mohd, Syafie Syed Mansor, "Pembunuhan Micheal Codner di Tanjong Malim," hal. 177 29 "12 Killed in Tanjong Malim Ambush," The Strait Echo and Times of Malaya, 26 Mac 1952 30 "12 Terbunuh, 8 Luka Teruk Dalam Serangan Hendap Pengganas-Pengganas," Warta Negara, 26 Mac 1952 31 Perak Secretariat, 82311952, Penyata Bulanan Jajahan Tanjong Malim, Disember 1951 dan Januari 1952 32 "Bandit Cut Water to Perak Town, The Strait Times, 9 Mac 1952" 33 "Town Hears the Shots that Murder 12 Men," The Strait Times, 26 Mac 1952

51

Page 8: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

kumpulan yang berada di hadapan sekali terbunuh dengan serta-merta. Dalam keadaan kelam-kabut, seorang overseer berjaya menyelamatkan diri manakala empat lagi orang awam tercedera terkena tembakan.34 Selepas pertempuran tersebut, hanya tiga3S orang sahaja anggota polis yang masih bertahan dan membalas tembakan sementara kebanyakkan anggota polis yang lain ada yang terbunuh dan tercedera. Anggota polis tersebut terus bertempur dengan pihak komunis hampir 20 minit. 36

Dalam masa yang sarna, seorang konstabel polis yang dikenali sebagai Lew Thai Lim, yang merupakan satu-satunya anggota polis berbangsa Cina dalam skuad berkenaan terus bertempur dengan pihak komunis dengan menggunakan senjata Bren-gun. Dalam pertempuran tersebut, beliau cedera di bahagian lengan terkena tembakan. Beliau kemudiannya bertindak menyerahkan Bren-gun miliknya kepada seorang konstabel yang lain dan bertempur dengan menggunakan senapang yang hanya dipegang dengan sebelah tang an sehinggalah beliau terbunuh.37 Seorang lagi anggota keselamatan yang dikenali sebagai Ishak bin Haji Isa yang turut sarna dalam pertempuran itu menceritakan detik-detik cemas ketika diserang oleh pihak komunis. Menurutnya:

... pada pukul 6.00 pagi, saya menerima arahan bersama-sama ahli pasukan keselamatan lain seramai 16 orang mengiringi Micheal Codner dan lain-lain pegawai pergi ke Simpang Ampat, tempat tangki air yang dirosakkan oleh komunis itu. Pada suatu tempat yang dikelilingi oleh bukit, pasukan kami diserang hendap. Dalam keadaan cemas, kami bertahan dan berbalas-balas tembak. Saya pada mulanya menbawa Bren­gun. Constable Liew Thai Lim minta tukar senjata dan memberikan kepada saya rifle. Liew Thai Lim akhimya kena tembak mati. Saya sendiri luka parah. Saya pura-pura mati apabila pengganas-pengganas itu BeIjaya mengalahkan pasukan karni. Saya Nampak mereka datang hampir dan mengambil alat senjata daripada pasukan keselamatan yang sudah tewas. Saya dan ternan-ternan lain yang sudah luka parah dikejarkan ke hospital Kuala Lumpur. Saya berada di sana selama dua minggu kemudiannya dipindahkan ke hospital Kuala Kubu Bharu dan berada di sana selama satu tahun. Semenjak itu, saya tidak lagi berkhidmat dalam pasukan keselamatan dan diberi pencen bulanan ... 3X

Sementara itu, seorang lagi anggota polis yang dikenali sebagai Hamn bin Ismail terus bertempur dengan pihak komunis. Beliau dikelilingi oleh pengganas komunis dalam jarak yang sangat dekat namun masih sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan komunis sehinggalah kehabisan peluru sebelum terbunuh. Beberapa minit sebelum

34 "12 Killed in Tanjong Malim Ambush," The Strait Echo and Times of Malaya. 26 Mac 1952 35 Tiga anggota polis tersebut dikenal pasti sebagai Mohd. Bin Sawal, nombor pengenalan We. 10775). Wan

Mohd. Bin Yusuf (p.C. 2253) dan Abdul Hamid bin Abdul Rahman. Ibid. 36 "12 Dead and Eight Wounded in Ambush." The Malay Mail. 26 Mac 1952 37 "Town Hears the Shots that Murder 12 Men." The Strait Times. 26 Mac 1952 38 Mohd, Syafie Syed Mansor, "Pembunuhan Micheal Codner di Tanjong Malim," hal. 176

52

Page 9: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG MALIM DAN TINDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

polis bantuan tiba, seorang lagi anggota polis yang dikenali sebagai Konstabel Astar mati di tempat kejadian akibat kecederaan yang teruk,39

Dalam pertempuran yang berlaku di antara pihak komunis dan kumpulan Micheal Codner, dipercayai anggota polis yang bertempur dengan pihak komunis tidak mendapat perlindungan yang secukupnya, Mereka terpaksa berbaring di atas satu kawasan tanah terbuka sambil melepaskan tembakan terhadap kumpulan komunis yang jauh lebih besar bilangannya dan dianggarkan seramai 40 orang yang bersembunyi di dalam kubu, Pengganas komunis yang bersembunyi melepaskan tembakan demi tembakan ke arah pasukan polis dari tiga arah,40 Akibatnya seorang demi seorang anggota polis terbunuh dan tercedera terkena tembakan tersebut. Setelah membunuh dan mencederakan ramai anggota polis, pengganas komunis mula berundur dan membawa bersama mereka 13laras senapang yang dirampas daripada pasukan polis,41

Kira-kia 20 minit kemudian, Leftenan W, J. Jones bersama-sama dengan 15 orang lagi pasukan polis tambahan tiba di tempat kejadian. Ketika sedang menyeberangi sebuah jambatan, beliau telah dihujani dengan tembakan daripada pihak komunis. Beliau melepaskan senjatanya lalu terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan diri. Beliau kemudiannya memanjat keluar dari dalam sungai dan berjaya mendapatkan kembali senjatanya lalu membalas tembakan ke arah kumpulan komunis tersabut dan berjaya mengusir mereka.42 Leftenan W. J. Jones menceritakan semula detik-detik cemas tersebut kepada seorang wartawan The Strait Times. Menurutnya:

.. .1 thought the bandits were attacking the town. I was up, dresses and at the police station so fast, that I hardly remember doing it. My squard was already moving out of the gate in trucks. We got to the perimeter fence and ran towards the firing. We ran about the mile and then found ourselves in the middle of it. The bandits opened up on me while I was running over a bridge. Ijumped into the river, collected my men and we launched a counter-attack and changed up a will into the face a bandit. We were on the spot only 20 minutes after the first shot were fired ... 43

Sementara itu, isteri Micheal Codner yang terdengar tembakan sebaik sahaja pemergian suaminya ke kawasan tangki air tersebut, segera ke balai polis dan mengikuti kumpulan polis tambahan yang dihantar ke tempat serangan hendap berkenaan. Mereka tiba di tempat kejadian hanya beberapa minit selepas pertempuran berakhir.44 Setibanya di tempat kejadian, Puan Codner segera memberikan pertolongan terhadap mangsa yang cedera dalam pertempuran. Puan Codner sempat membantu dengan mengoyakkan pakaiannya bagi membalut luka mangsa yang dijumpai terlebih dahulu dalam usaha

39 "Town Hears the Shots that Murder 12 Men," The Strait Times, 26 Mac 1952 40 "12 Killed in Tanjong Malim Ambush," The Strait Echo and Times of Malaya, 26 Mac 1952 41 "12 Killed in Se1angor Ambush," The Singapore Free Press, 25 Mac 1952 42 "12 Terbunuh, 8 Luka Teruk Da1am Serangan Hendap Pengganas-Pengganas," Warta Negara, 26 Mac 1952 43 "Town Hears the Shots that Murder 12 Men," The Strait Times, 26 Mac 1952 44 Ibid.

53

Page 10: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

menjejaki suaminya. Keberanian dan kegigihan wanita ini pemah ditulis di dalam The Strait Times pada 2 Mei 1952 yang berbunyi:

... what a lady, with wonderful courage! Anyone in her position would have certainly tried to find the dear one first. Many of women in her shoes would have fainted to see the wounded and dead lying about. She indeed a heroine ... 45

Tidak berapa lama selepas pertempuran berlaku, pasukan Royal West Kent Regiment telah menyerbu mas uk ke dalam hutan bagi menjejaki dan menghapuskan pengganas komunis.46

Pasukan tersebut turut dibantu oleh pasukan Royal Air Force dalam misi menghapuskan komunis. Kapal terbang Royal Air Force yang berpangkalan di Kuala Lumpur telah dipanggil ke tempat kejadian bagi mengebomjalan-jalan yang dipercayai akan digunakan oleh pengganas komunis untuk melepaskan diri.47

Sejurus selepas berakhimya pertempuran, mayat Micheal Codner ditemui terbaring di dalam kawasan belukar yang tidak berapa jauh daripada temp at kejadian. Sebelum Micheal Codner menghembuskan nafas terakhir, beliau dipercayai tercedera dan cuba merangkak untuk mencari temp at perlindungan. Namun, mereka ditembak sekali lagi dan terbunuh serta-merta sebelum sempat sampai ke temp at berlindung. Sementara itu, lapan lagi orang anggota polis yang tercedera telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Mereka yang cedera termasuklah Ishak bin Muhammad Isa, 20 tahun, Abdul Rahman bin Mohamed, 19, Ismail bin Haji Hussain, 24, Mohamed bin Sawar, 21, Ahmad bin Yusoff, 24, Wan Mohamed bin Wan Yusoff, 27, Abdul Hamid bin Abdul Rahman, 20 dan Ahmad bin Bakar, 25. Mereka dirawat dengan beberapa lagi individu yang tercedera.48

Turut ditemui mayat dua orang komunis yang terlibat dalam pertempuran dengan pihak polis. Mereka dikenali sebagai Chen Too dan Ah Ngew. Salah seorang daripada mereka merupakan ketua bahagian. Sementara itu, empat orang lagi anggota komunis yang berlumuran darah berjaya dikesan dalam satu gerakan oleh pihak berkuasa.49

Keesokan harinya, mayat Micheal Codner dan Foumiss di kebumikan di Cheras Road Cemetery di Kuala Lumpur selepas upacara sembahyang diadakan di gereja St. Mary pada 11.30 pagi, 26 Mac 1952. Di Masjid, bersebelahan dengan balai polis, orang ramai menyaksikan upacara pengebumian polis Melayu yang terbunuh dalam pertempuran tersebut. Sementara itu, Pejabat State Engineer Selangor dan kedai-kedai di Tanjung Malim ditutup sehari selepas kejadian sebagai tanda penghormatan terhadap mangsa yang terkorban di dalam pertempuran di Tanjung Malim.50

45 "Tanjong Malim: A Tribute to Mrs. Codner." The Strait Times. 2 Mei 1952 46 "Town Hears the Shots that Murder 12 Men:' The Strait Times. 26 Mac 1952 47 "Town Hears the Shots that Murder 12 Men." The Strait Times. 26 Mac 1952 48 Ibid. 49 "12 Killed in Tanjong Malim Ambush:' The Straits Echo and Times of Malaya, 26 Mac 1952 50 "Town Hears the Shots that Murder 12 Men," The Strait Times, 26 Mac 1952

54

Page 11: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS OJ TANJUNG MALIM DAN TINDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

'Collective Punishment' ke Atas Penduduk Tanjung Malim

Pihak kerajaan telah men genal pasti kawasan di sekitar Tanjung Malim merupakan sarang bagi pengganas Komunis. Sejak awal Januari 19521agi, terdapat banyak peristiwa kekejaman dan keganasan yang dikaitkan dengan pengganas komunis di Tanjung Malim. Walau bagaimanapun, kejadian ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Hanya tiga kejadian sahaja yang berlaku sejak Oktober 1952 yang disalurkan maklumat mengenainya dan dalam hal ini penduduk dikatakan tidak berani tampil memberi maklumat. 51 Kemuncak kepada siri keganasan ini membabitkan peristiwa pembunuhan Micheal Codner bersama sebelas lagi orang awam serta polis pada 25 Mac 1952. Seperti kejadian-kejadian yang lalu, peristiwa berdarah ini juga tidak terkecuali mendapat nasib yang sarna di mana tidak ada seorang pun penduduk yang tampil menyalurkan maklumat berkaitan dengannya.

Kesemua kejadian ini memberi gambaran mengenai sikap sebenar penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan komunis. Penduduk Tanjung malim didapati mengetahui di mana temp at dan aktiviti pengganas tersebut namun terus menerus berdiam diri dan enggan bersuara. Hal ini menyebabkan Jeneral Templer tidak ada pilihan lain selain mengambillangkah drastik dengan mengenakan 'hukuman' ke atas bandar tersebut. Langkah tersebut diambil dengan matlamat mahu mengekalkan undang-undang dan keamanan di Tanjung Malim.52

Ekoran daripada peristiwa pembunuhan Micheal Codner pada 25 Mac 1952, Jeneral Templer yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, telah berkunjung ke Tanjung Malim bagi memberi ucapan kepada penduduknya. 53 Pada pagi Khamis, 27 Mac 1952, bertempat di Dewan Kolej Latihan Sultan Idris, Templer telah berucap kepada lebih 350 orang hadirin yang terdiri daripada penghulu, pemimpin masyarakat, penduduk kampung dan ketua kampung di Tanjung Malim.54 Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Raja Uda, Timbalan menteri Besar perak, Dato' Onn Laksamana Ghazali, Penasihat British Perak, I.W. Blelloch, Ketua Pegawai Polis Selangor dan Perak serta beberapa lagi pegawai kerajaan. Dalam perhimpunan tersebut, Templer telah ditemani oleh pemimpin Trade Union yang juga turut memberikan ucapan.55

Dalam ucapan selama 50 minit,56 Templer telah mengingatkan kepada semua yang hadir tentang tanggungjawab mereka kepada kerajaan dan pada mas a yang sarna mengutuk

51 "Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew," The Straits Echo and Times of Malaya, 28 Mac 1952 52 Ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa mengenakan 'Collective punishment' ke atas penduduk di Tanah

Melayu. Pada permulaan darurat misalnya, satu kawasan rumah setinggan telah dimusnahkan kerana penduduknya dipercayai bekerjasama dengan Komunis. Walau bagaimanapun, akhirnya penempatan semula telah diperkenalkan. Dari semasa ke semasa, kampung-kampung telah dikosongkan dan kawasan Tras yang terletak di Pahang adalah salah satu daripadanya. Di kawasan ini, yang mempunyai penduduk seramai 2,500, pengganas komunis bermaharajalela dan pihak berkuasa telah menahan 40 individu untuk disoal siasat. Keterangan lanjut Iihat dalam CO \022/54, "Malayan Town Punished," Times, 28 Mac 1952

53 Dalam perhimpunan yang diadakan di Dewan Sultan Idris, terdapat lebih ramai orang Melayu yang hadir berbanding Orang Cina dan Tamil. Keterangan lanjut lihat dalam Leslie Hoffman, "Sir Gerald Punishes Town of 20,000 Cowards," The Straits Times, 28 Mac 1952

54 CO \022/54, Federal Government Press Statement, 27 Mac 1952 55 "Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew," The Straits Echo and Times of Malaya, 28 Mac 1952 56 Dalam perhimpunan di Dewan Sultan Idris, jeneral Templer telah berucap kepada semua hadirin dan ucapannya

telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, Cina dan Tamil oleh seorang penterjemah. Keterangan lanjut Iihat dalam, "Templer Punishes Town of Tanjong Malim for 'Cowardliness' ", The Malay Mail, 28 mac 1952

55

Page 12: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

sikap penduduk yang tidak mempunyai keberanian dan gagal menbantu pihak berkuasa menghapuskan keganasan di kalangan mereka sendiri. Beliau mengecam tindakan penduduk Tanjung Malim yang dianggap 'pengecut' dan tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam membenteras komunis. Perkara-perkara seperti berikut telah ditegaskan oleh Templer dalam perhimpunan di Dewan Sultan Idris:

.. .1 Have therefore come personally to tell you what I am going todo about it. This is going to stop. It does not amuse me to punish innocent people. But may of you are not innocent. You have information which you are too cowardly to give. I am responsible for the restoration of law and order in this country. The reason I want law and order is so that I can get on with many things. The thing I want to get on with are good for the people of this country. Why should it be impossible to do these good things because people like you are cowards. It is because of these sympathizers with Communism. Communism is the most evil thing in the world. Do you think that under a Communist regime you will be able to live a happy family life? Don't you realize that your children will be set to spy upon you? Are any of you Communist in this room? Put your hands up. All right, then I shall have to take them straightaway, now ... 57

Serentak dengan itu, Jeneral Templer telah mengenakan 'hukuman' ke atas penduduk Tanjung Malim ekoran daripada sikap 'pengecut' mereka. Beliau menegaskan yang 'hukuman' tersebut bertujuan untuk mengingatkan kepada para penduduk bahawa kerajaan sarna sekali tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang berterusan memberi bantuan kepada pengganas komunis. Templer juga menegaskan yang 'hukuman' tersebut merangkumi semua penduduk dan akan dilaksanakan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

Antara tindakan drastik yang dikenakan oleh Jeneral templer termasuklah menyusun semula kawasan Tanjung malim bagi membolehkan pentadbiran sivil yang lebih tegas akan dilaksanakan. Oleh itu, satu daerah baru akan dibentuk. Tanjung Malim yang sebelum ini merupakan sebuah daerah yang kecil di Tapah telah dipisahkan pentadbiran daerahnya dengan beribu pejabat di Slim River dan seorang pegawai daerah baru iaitu D. C. L. Wilson58 akan mengambil a1ih pentadbiran pada 27 Mac 1952. Beliau akan dibantu oleh polis dan tentera tambahan dalam menjalankan pentadbiran.59 Dengan pentadbiran yang baru ini akan memudahkan penyelarasan dan pengawasan pentadbiran yang lebih efisyen.6o Sekumpulan askar tambahan juga telah dipindahkan ke daerah terse but dan

57 "Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew," The Straits Echo an Times of Malaya, 28 Mac 1952 58 D.C.L. Wilson mengetahu mengenai perlantikkannya sebagai Pegawai Daerah Tanjung Malim hanya beberapa

jam sebelum beliau diminta pergi ke Tanjung Malim. Semasa perlantikkannya, beliau berumur 34 tahun dan pemah menjadi anggota dalam Ferret Force sebelum ia dibubarkan. Beliau juga pemah berkhidmat dalam Australian Forces semasa perang dan menyertai Malaya Civil Services selepas perang. Keterangan lanjut lihat dalam Leslie Hoffman, "Sir Gerald Punishes Town of 20,000 Cowards," The Straits Times, 28 Mac 1952

59 CO 1022/54, telegram drp. Federation of Malaya kpd. Setiausaha Tanah jajahan, 2 April 1952 60 Perak Secretariat, 3590/52, surat drp. Sultan Perak kpd. Presiden Majlis Negeri Perak, 10 Disember 1952

56

Page 13: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG MALIM DAN TINDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

enam anggota polis hutan (jungle squard) telah ditempatkan di daerah berkenaan bagi mengawal penduduk. Kekuatan polis yang ada iaitu seramai 680 orang juga akan ditingkatkan kira-kira 20 peratus.61

Selain itu, kakitangan tambahan turut diwujudkan secara sementara di kawasan Tanjung Malim. Mereka terdiri daripada seorang hakim atau majistret tambahan yang ditugaskan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perintah berkurung dan lain-lain lagi kesalahan. Pegawai-pegawai tambahan juga dihantar bagi mengatur dan menyusun Home Guard yang lebih efektif di kawasan tersebut. Seorang pegawai penempatan semula (Resettlement officer) turut dihantar bagi menguruskan hal-hal berkaitan penempatan semula sebanyak 20 buah rumah yang berhampiran dengan kejadian serang hendap pada 25 Mac 1952. lawatankuasa Eksekutif Perang Daerah juga telah diwujudkabn bagi menguruskan daerah baru dengan secepat mungkin. 62 Dengan ini, daerah baru yang dibentuk akan berada di bawah kawlan terus lawatankuasa Eksekutif Perang Negeri Perak. Walau bagaimanapun, ia hanyalah tindakan sementara yang bertujuan untuk darurat. 63

Selain itu, perintah berkurung 22jam seharijuga telah dikenakan ke atas penduduk Tanjung Malim dan diluaskan dengan perlaksanaannya sehingga ke kawasan dua batu daripada sungai sehingga ke Simpang Ampat (tempat serang hendap berlaku). Perintah berkurung telah dikuatkuasakan ke atas semua penduduk di Tanjung Malim pada 27 Mac tengah malam dan akan dilaksanakan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.64 Dengan perlaksanaan perintah berkurung ini, tiada sesiapa pun sarna ada wanita, lelaki mahupun kanak-kanak yang akan dibenarkan keluar rumah untuk tempoh 22 jam sehari. Penduduk hanya bebas keluar selama dua jam sahaja untuk membeli barang-barang keperluan seharian iaitu dari pukul 12 tengahari hingga dua petang.65

Kedai-kedai juga hanya akan dibuka dalam tempoh dua jam tersebut sahaja.66

Malahan dalam tempoh dua jam yang diperuntukkan, penduduk tidak dibenarkan keluar daripada bandar kecuali mendapat kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh pegawai polis.67 Pengecualian daripada perintah berkurung ini hanya akan diberikan kepada pegawai kerajaan, pasukan keselamatan (polis dan tentera) dan penduduk di Kolej Latihan Sultan Idris.68 Kesemua sekolah di Tanjung Malim juga akan ditutup69 dan tiada perkhidmatan bas yang akan beroperasi daripada Tanjung Malim.70

61 CO 1022/54, telegram drp. Federation of Malaya kpd. Setiausaha Tanah jajahan, 2 April 1952 62 Perak Secretariat, 3590/52, surat drp. Sultan Perak kpd. Presiden Majlis Negeri Perak, 10 Disember 1952 63 "Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew," The Straits Echo an Times of Malaya, 28 Mac 1952 64 SEL. SEC. 848/1949, ITanjong Malim Police District Curfew Order, 27 Mac 1952 65 "Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew," The Straits Echo an Times of Malaya, 28 Mac 1952 66 CO 1022/54, telegram drp. Federation of Malaya kpd. Setiausaha Tanah jajahan, 2 April 1952 67 SEL. SEC. 848/1949, Tanjong Malim Police District Curfew Order, 27 Mac 1952 68 CO 1022/54, telegram drp. Federation of Malaya kpd. Setiausaha Tanah jajahan, 2 April 1952 69 Terdapat pengecualian penutupan bagi Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim. Sitc merupakan

satu-satunya institusi pendidikan di Tanjung Malim yang akan dibuka apabila perintah berkurung mula dikuatkuasakan. Keterangan lanjut lihat dalam "Sultan Idris College to Stay Open," The Straits Times, 28 Mac 1952

70 "Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew," The Straits Echo an Times of Malaya, 28 Mac 1952

57

Page 14: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

Selain itu, satu skim catuan beras yang tegas juga dikenakan bagi menggelakkan bekalan beras sampai kepada pengganas komunis. 7

! Catuan beras akan dikurangkan di mana setiap lelaki dan wanita dewasa hanya akan mendapat tiga kati beras sahaja untuk tempoh seminggu. Manakala bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun pula hanya akan mendapat 2V2 kati seorang untuk seminggu.n Sementara itu, golongan buruh pula berhak mendapat beras tambahan sebanyak dua kati untuk tempoh seminggu. Pengurangan catuan beras juga turut dilaksanakan di Kampung Kalumpang, Triang dan Ulu Selangor.73 Dengan pengenalan skim catuan beras ini, maka Control Rice order 19527~ akan digunapakai di Tanjung Malim dan dikuatkuasakan di daerah Polis Tanjung Malim pada 27 Mac 1952. Control Rice order ini meliputi pengawalan terhadap beras seperti 'free rice', beras catuan, padi, 'broken rice' dan pUIUt.75 Dengan itu, semua penjualan beras di pasaran terbuka dalam daerah polis di Tanjung Malim akan diberhentikan. Begitu juga di kampong Kalumpang, Triang dan Ulu Selangor.76

Di samping itu, satu peraturan yang mengawal pengedaran beras dalam pasaran turut dibuat di mana tiada sesiapa pun yang dibenarkan berniaga, memborong ataupun membuat jualan runcit dalam 'free rice' melainkan mendapat kebenaran ataupun permit yang dikeluarkan oleh Penolong Pengawalan Makanan Perak iaitu J. A. G. Stage.77 Arahan mengenai kawalan beras ini telah dikeluarkan surat pekelilingnya kepada semua pemborong dan penjual runcit di Perak oleh J.A.G. Stage. Beras juga tidak boleh diimport masuk ke dalam daerah polis dan dieksport dari luar ke dalam daerah polis di Tanjung Malim kecualilah mendapat lessen daripada Penolong Pengawalan Makanan. Juga tiada sesiapa yang dibenarkan menjual dan menukar mana-manajenis beras yang dinyatakan kecualilah mereka mempunyai kad catuan. 7R Peniaga yanga ada hak dalam penjualan beras dalam pasaran terbuka akan dimaklumkan bagaimana beras ini akan dipindahkan.

Kesemua 'hukuman' yang telah disenaraikan di atas telah mula dikuatkuasakan pada malam 27 mac 1952 dan meliputi semua penduduk di Tanjung Malim termasuklah lelaki, wanita dan kanak-kanak di Tanjung Malim dan di estet serta kampong yang terbentang daripada Tanjung Malim ke Trolak, 18 batu ke utara.79 Amaran turut diberi oleh Jeneral Templer kepada semua penduduk di bandar-bandar lain bahawa beliau tidak akan teragak­agak untuk mengenakan 'hukuman' yang sam a jika didapati penduduknya bekerjasama dengan pengganas komunis.

71 Skim catuan beras ini diletakkan di bawah kuasa J.A.G. Stage. Penolong Pengawalan Makanan. Perak yang diberi kuasa di bawah Seksyen 4 dalam Rations Dokuments Re[!ulatio/ls, 1948 yang mengarahkan jumlah beras yang dibekalkan 3 kati untuk setiap dewasa dan 2 y, kati untuk sctiap kanak-kanak. Kcterangan lanjut Iihat dalam CO 1022/54, Perak Government Press Statement, 27 Mac 1952

72 SEL. SEC. 84811949, ITanjong Malim Police District Curfew Order. 27 Mac 1952 73 "Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew," The Straits Echo all Times of Malam, 28 Mac 1952 74 Control Ricer Order 1952 ini telah dijelaskan di dalam Warta Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated

Malay State Government Gezette) No. 958 pad a 6 Mac 1936 dan telah dikuatkuasakan di Tanjung Malim pada 27 Mac 1952. Keterangan lanjut lihat dalam CO 1022/54, Perak Government Press Statement, 27 Mac 1952

75 Ibid. 76 "Templer Punishes Tanjong Malim: 22 Hour Curfew," The Straits Echo an Times oj'Malava. 28 Mac 1952 77 Perak Secretariat 1504/1952, Control of Free Rice, I April 1952 78 CO 1022/54, Perak Government Press Statement, 27 Mac 1952 79 "Leaders hear sentence in silence, stared in front or at floor." The Straits Times, 28 Mac 1952

58

Page 15: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG MALIM DAN TlNDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

Beberapa hari selepas ucapan Jeneral templer di Dewan Sultan Idris, kerajaan telah mengeluarkan satu lagi arahan perintah berkurung ke atas beberapa buah lagi kawasan, Dengan ini, 31 Mac 1952, perintah berkurung 22 jam telah diluaskan pelaksanaannya ke atas dua buah ladang getah iaitu Estet Escot dan Leonardo yang terletak tidak jauh dari bandar Tanjung Malim, Perintah ini dikeluarkan berikutan daripada pengganas komunis yang didapati merayau-rayau di dua buah estet tersebut Dengan perluasan tersebut, seramai 600 lagi penduduk diletakkan di bawah perintah berkurung, Perintah berkurung ini penting bagi mengelakkan adanya ruang yang terbuka bagi pengganas komunis mendapatkan bekalan makanan,80

Berikutan dengan pelaksanaan 'hukuman' tersebut, penduduk di Tanjung Malim kini diletakkan di bawah satu peraturan yang telah membataskan pergerakan mereka, Perintah berkurung yang berkuatkuasa pada tengah malam 27 Mac 1952 menyebabkan penduduk sarna sekali tidak dibenarkan keluar daripada rumah sepanjang tempoh tersebut dan ini sekaligus membataskan aktiviti seharian mereka, Tidak beberapa lama selepas ucapan Templer di Dewan Sultan Idris, semua siaran radio pada waktu tengah hari mula menyiarkan tindakan beliau ke atas pen dud uk, Pengumuman mengenai 'hukuman' tersebutjuga turut dibuat melalui van yang mengelilingi bandar tersebut bagi memaklumkan kepada penduduk mengenainya,81 Pengumuman dibuat sehingga ke lewat malam dan memerintahkan semua penduduk supaya tidak keluar dari rumah,82

Semen tara itu, risalah-risalah yang mengandungi ucapan daripada Templer telah disebarkan kepada setiap penduduk di Tanjung Malim, Risalah tersebut memaklumkan secara ringkas mengapa bandar tersebut dihukum, Alat pembesar suara juga turut dipasang bagi menyebarkan maklumat berkaitan perintah berkurung kepada penduduk tempatan,83 Melalui kaedah-kaedah tersebut, 'hukuman' ke atas Tanjung Malim tersebar dengan cepat dan penduduk mula mengetahui apa sebenamya yang telah menimpa mereka,

Serentak dengan perlaksanaan 'hukuman' tersebut juga, tugas-tugas pengumpulan bekalan beras di seluruh pasaran di beberapa buah kedai telah mula dilaksanakan di bawah kuasa Penolong Pengawal Makanan Perak, J. A. G. State, Hasilnya, beras yang bemilai $45,000 telah beIjaya dikumpulkan di seIuruh kawasan yang dihukum. 84 Bekalan beras tersebut akan dihantar ke Ipoh dan akan dijuaL Bekalan beras juga turut dikutip daripada Daerah Trolak, Slim River dan Behrang,8S

Secara keseIuruhannya, Templer telah menekankan yang 'hukuman' ini pada dasamya adalah untuk menghukum penduduk, Ianya periu bagi menghadkan pergerakan penduduk di Tanjung Malim daripada terus membantu pihak komunis dan juga untuk mengelak sebarang bekalan makanan daripada sampai kepada gerila komunis. 86 Tujuan

80 "600 More Will have to Stay Indoors 22 Hours a Day, " The Straits Times, I April 1952 81 "Templer Punishment Town of Tanjong Malim for . Cowardliness,'" The Malay Mail, 28 Mac 1952 82 Temubual dengan puan Zaleha bt. Ahmad, penduduk Tanjung Malim pada 21 Februari 2009, jam 4.30 petang. 83 "600 More Will have to Stay Indoors 22 Hours a Day, " The Straits Times, I April 1952 84 Walau bagaimanapun, dalam The Malay Mail, dilaporkan bahawa beras yang Berjaya dikumpulkan oleh pihak

keselamatan adalah sebanyak 600 guni dan bemilai $50,000. Keterangan lanjut Iihat dalam "Templer Punishment Town of Tanjong Malim for 'Cowardliness,'" The Malay Mail, 28 Mac 1952

85 Leaders hear sentence in silence, stared in front or at floor," The Straits TImes, 28 Mac 1952 86 CO 1022/56, surat drp. Setiausaha Tanah Jajahan kpd. J. Grimond, M, P., 10 Disember 1952

59

Page 16: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

sekatan terhadap beras misalnya diperkenalkan adalah untuk mengelakkan adanya lebihan beras yang tinggal untuk pengganas komunis dan untuk mengelakkan mereka mendapat bekalan beras daripada penduduk Tanjung Malim.

Penempatan Semula Penduduk SimpangAmpat

Ekoran daripada perlaksanaan 'hukuman' di Tanjung Malim, sebuah kampung yang terletak tidak jauh dari kawasan Tanjung Malim iaitu Kampung Simpang Ampat telah diarahkan pihak berkuasa untuk berpindah. Hal ini kerana penduduk di kampung itu telah disyaki member bantuan kepada pengganas komunis. Kedudukannya yang berhampiran dengan tangki air yang disabotaj oleh pihak komunis dan tidakjauh dari kawasan serangan hendap pada 25 Mac 1952 menjadikan penduduk di kawasan tersebut sebagai antara mereka yang paling disyaki.

Oleh yang demikian, seramai 52 buah keluarga Melayu telah diarah memindahkan barang-barang kepunyaan mereka ke sebuah kawasan yang lebih hampir dengan bandar. Keluarga-keluarga Melayu di Kampung Simpang Ampat dikehendaki berpindah ke kawasan baru dan pihak berkuasa telah memaklumkan perkara tersebut kepada mereka. Kesemua 52 keluarga tersebut akan ditempatkan semula pada 12 April 1952 di sebuah kawasan penempatan baru yag terletak di belakang Kolej Latihan Sultan Idris di tebing Sungai Bertam.87 Setiap keluarga juga akan diperuntukkan kawasan kira-kira 36 kaki persegi sebagai mana yang dilaporkan dalam Utusan Melayu.88

Ekoran daripada perpindahan tersebut, pihak berkuasa telah mengeluarkan satu surat kebenaran kepada setiap keluarga bagi memudahkan proses perpindahan dan membolehkan mereka untuk berada di luar rumah dari pagi sehingga jam lima petang. Melalui surat kebenaran tersebut, penduduk mendapat sedikit kelonggaran daripada perintah berkurung bagi menguruskan urusan perpindahan mereka ke kawasan baru. Dengan penempatan semula penduduk Simpang Kampung Ampat ini, memudahkan lagi pihak berkuasa British untuk mengawal setiap gerak-geri penduduk dan mengelakkan mereka daripada terus bekerjasama dengan pihak komunis. Penempatan semula seramai 52 keluarga Melayu di Simpang Ampat menunjukkan bahawa 'hukuman' yang dijalankan oleh British tidak mengenal bangsa. Meskipun orang Cina didapati lebih intim dengan komunis, namun dalam kes di Simpang Ampat ini menunjukkan orang Melayu turut menerima 'hukuman'.

87 DaIam The Malay Mail, dilaporkan para penduduk di Kampung Simpang Ampat memindahkan barang-barang kepunyaan mereka dengan cara mengapungkan barabg-barang mereka ke dalam sungai menuju ke rumah baru mereka di kawasan penempatan semula. Sementara yang lainnya pula mengangkut barang mereka dengan menggunakan kereta lembu. Keterangan lanjut lihat dalam 'Tanjung malim 22-Hour Curfew Lifted." The Malay Mail, 10 April 1952

88 "Tanjong Malim Families to be Moved." The Maly Mail, 9 April 1952

60

Page 17: AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANJUNG … ·  · 2016-11-04Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1993), ... tiga orang komunis berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan di kawasan Leonardo

Kesirupulan

AKSI DAN REAKSI: KEKEJAMAN KOMUNIS Dl TANJUNG MALIM DAN TlNDAK BALAS BRITISH, MAC-APRIL 1952

Perbincangan di atas menjelaskan bukan sahaja mengenai kekejaman komunis di Tanjung Malim yang merupakan aksi bagi melegitimasikan perjuangan mereka, tetapi juga telah melahirkan reaksi tersendiri daripada pihak pemerintah. British melalui Jeneral Templer telah bertindak balas dengan mengenakan hukuman, bukan sahaja melalui usaha menjejaki dan menghapuskan komunis dengan menggunakan pasukan keselamatan, tetapi juga turut menghukum penduduk Tanjung Malim. Hukuman yang dikenakan ini merangkumi seluruh penduduk kerana tanggapan Templer bahawa penduduk Tanjung Malim memberikan bantuan kepada pihak komunis. Sikap mereka yang dilihat enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa telah menyebabkan satu tindakan yang bersifat 'collective punishment' dikenakan sarna ada melalui perintah berkurung mahupun catuan makanan. Tindakan ini sebenarnya menyukarkan kehidupan penduduk kerana mereka hanya diberikan masa selama 2 jam sahaja untuk memperolehi bekalan harian mereka. Tempoh 22 jam yang lain adalah tempoh berkurung. Selain itu, Templer juga mengarahkan penduduk Simpang Ampat untuk dialihkan dan ditempatkan semula. Ia merupakan satu tindak balas kerana tanggapan bahawa pen dud uk Melayu Simpang Ampat memberikan bantuan dan sokongan kepada komunis hingga membolehkan mereka melakukan serang hendap yang membawa kepada kematian Michael Codner. Pembunuhan Codner dianggap sebagai satu tamparan yang tidak boleh dimaafkan oleh British.

Dari sudut yang lain, tindakan-tindakan komunis di bandar-bandar yang lain di seluruh Tanah Melayu turut menerima reaksi yang hampir sarna. Perintah berkurung, catuan makanan dan penempatan semula merupakan antara tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak British bagi mengekang ancaman dan perbuatan kejam komunis. Selain itu, jika sebelum ini Tanjung Malim sangat sinonim dengan bandar pendidikan kerana kewujudan Maktab Perguruan Sultan Idris, namun dengan kematian Codner, bandar ini juga dikenali sebagai bandar yang menyaksikan kekejaman komunis ketika darurat.

61