memartabatkan pengasuhan kanak

3
Memartabatkan Pengasuhan Kanak-Kanak Bajet 2011 memperuntukkan RM121 juta memberi fokus kepada perkhidmatan kanak-kanak yang berkualiti. Bujet ini diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah program bantuan kanak-kanak dengan harapan 97,000 kanak-kanak akan dapat memanfaatkannya. Secara tidak langsung bujet ini menumpukan kepada perkhidmatan di taska iaitu kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengelolakan program perkhidmatan kanak-kanak sewajarnya dipertanggungjawabkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memikirkan peningkatan kualiti perkhidmatan pendidikan kanak-kanak di taska. Memberi perkhidmatan berkualiti bukan sahaja melibatkan kualiti pasarana di taska tetapi juga latihan pengasuhan yang berkualiti perlu diberi perhatian. Program latihan pengasuh hendaklah diberi keutamaan memandangkan peranan pengasuh dan pendidik awal kanak- kanak ini sebagai asas perkembangan pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diterima oleh kanak-kanak sebelum melangkah pendidikan selanjutnya. Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu jelas

Upload: fazilah-razali

Post on 21-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Page 1: Memartabatkan Pengasuhan Kanak

Memartabatkan Pengasuhan Kanak-Kanak

Bajet 2011 memperuntukkan RM121 juta memberi fokus kepada perkhidmatan kanak-kanak yang berkualiti. Bujet ini diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah program bantuan kanak-kanak dengan harapan 97,000 kanak-kanak akan dapat memanfaatkannya. Secara tidak langsung bujet ini menumpukan kepada perkhidmatan di taska iaitu kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengelolakan program perkhidmatan kanak-kanak sewajarnya dipertanggungjawabkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memikirkan peningkatan kualiti perkhidmatan pendidikan kanak-kanak di taska.

Memberi perkhidmatan berkualiti bukan sahaja melibatkan kualiti pasarana di taska tetapi juga latihan pengasuhan yang berkualiti perlu diberi perhatian. Program latihan pengasuh hendaklah diberi keutamaan memandangkan peranan pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak ini sebagai asas perkembangan pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diterima oleh kanak-kanak sebelum melangkah pendidikan selanjutnya. Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu jelas tanggungjawabnya dan kualiti perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di taska.

Page 2: Memartabatkan Pengasuhan Kanak

Peraturan Keselamatan Di Taska

Adakah taska anda mempunyai peraturan sebagai senarai semak yang perlu anda patuhi untuk menjaga keselamatan kanak-kanak? Jika anda tidak mempunyai sebarang peraturan keselamatan di taska berikut adalah cadangan senarai peraturan umum keselamatan di taska untuk menjaga keselamatan kanak-kanak di bawah pengawasan anda:

1. Menggunakan taman permainan yang selamat.2. Menggunakan penghadang di tangga.3. Sentiasa mengawasi dan menyelia semasa kanak-kanak bermain air atau berada dalam air.4. Sentiasa mengawasi kawasan merbahaya dan tempat yang boleh menyebabkan kebakaran.5. Memakai tali pinggang di kenderaan.6. Melarang kanak-kanak Menyeberang Sendirian di jalanraya.7. Menyimpan bag plastik, dawai dan objek kecil dari kanak-kanak.8. Jangan meletakkan senjata atau benda tajam di taska.9. Panggil pegawai perubatan jika anda fikir kanak-kanak mendapat keracunan.10. Tampal atau letakkan nombor panggilan kecemasan berdekatan dengan telefon.

Aktiviti Harian dan Matematik

Kanak-kanak di bawah usia dua tahun boleh didedahkan dengan matematik menerusi aktiviti harian seperti masa makan dan aktiviti dalam bulatan. Konsep matematik yang dimaksudkan ialah menggunakan nombor, membilang dan kuantifikasi (jumlah). Setiap kali berpeluang untuk membilang perlu digunakan sepenuhnya untuk membantu kanak-kanak memahami hubungan kuantiti (jumlah) satu per satu. Pendidik perlu membilang dan menggunakan matematik jika mengikut kesesuaian keadaan biarpun menyoal kanak-kanak tentang hubungan matematik yang mudah. Cara berinteraksi ini membantu kanak-kanak mengenalpasti kepentingan nombor dan mendorong membina percambahan matematik. Kanak-kanak di peringkat usia dua tahun juga boleh memahami konsep banyak. Bertanyakan kepada kanak-kanak untuk membandingkan kumpulan objek atau kuantiti dapat menggalakkan pembinaan kefahaman konsep banyak, kurang dan sama.

Walau pun kanak-kanak di peringkat umur dua tahun belum lagi membina kefahaman tentang nombor, bukan sebagai alasan untuk tidak menggunakan nombor di persekitaran mereka. Sama seperti kita membaca kepada bayi dan tatih membantu mereka membina kemahiran literasi. Begitu juga menggunakan matematik di persekitaran kanak-kanak membantu mereka membina konsep nombor.