memahami dasar pendidikan - · pdf file1 diterbitkan dalam tajularipin sulaiman (2008)...

22
1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 15. Serdang: Penerbit UPM. BAB 1 MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN Mohd. Majid Konting PENGENALAN Seringkali kita diperkenalkan dengan dasar baharu. Dalam bidang pendidikan, kita diingatkan dengan dasar penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kita juga diajukan dengan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik. Malah, banyak lagi dasar yang berkait dengan pendidikan yang diperkenalkan dari semasa ke semasa seperti dasar menyediakan peluang pendidikan dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, dasar kemasukan ke sekolah berasrama penuh, dasar pinjaman buku teks percuma dan dasar yuran sekolah. Apa yang biasanya menjadi persoalan, masalah dan isu, malah kadang-kadang kegelisahan dan igauan adalah kesan pengenalan sesuatu dasar terhadap kehidupan seharian masyarakat khususnya pendidik. Pengenalan sesuatu dasar baharu boleh menyebabkan sesetengah daripada kita berasa terkejut, bangga, risau dan kecewa kerana segala kepercayaan, amalan dan usaha yang kita lakukan saban hari selama ini, yang sebahagiannya terbukti mendatangkan kejayaan, sudah menjadi tidak relevan lagi dan tidak dihargai. Kejayaan para guru sains dan matematik mendidik para pelajar sehingga ramai antara mereka menjadi saintis, doktor, penyelidik, malah menteri dan angkasawan yang berjaya dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan lebih 30 tahun lalu dianggap tidak lagi relevan masa kini. Satu keperitan dalam kehidupan seseorang ialah adanya idea baharu. Idea baharu, apatah lagi suatu dasar, mungkin mengejutkan seseorang

Upload: vokien

Post on 05-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

1

Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu

dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM.

BAB 1

MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN

Mohd. Majid Konting

PENGENALAN

Seringkali kita diperkenalkan dengan dasar baharu. Dalam bidang pendidikan, kita diingatkan

dengan dasar penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan

institusi pengajian tinggi. Kita juga diajukan dengan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam

pengajaran sains dan matematik. Malah, banyak lagi dasar yang berkait dengan pendidikan yang

diperkenalkan dari semasa ke semasa seperti dasar menyediakan peluang pendidikan dari

sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, dasar kemasukan ke sekolah berasrama

penuh, dasar pinjaman buku teks percuma dan dasar yuran sekolah.

Apa yang biasanya menjadi persoalan, masalah dan isu, malah kadang-kadang kegelisahan dan

igauan adalah kesan pengenalan sesuatu dasar terhadap kehidupan seharian masyarakat

khususnya pendidik. Pengenalan sesuatu dasar baharu boleh menyebabkan sesetengah daripada

kita berasa terkejut, bangga, risau dan kecewa kerana segala kepercayaan, amalan dan usaha

yang kita lakukan saban hari selama ini, yang sebahagiannya terbukti mendatangkan kejayaan,

sudah menjadi tidak relevan lagi dan tidak dihargai. Kejayaan para guru sains dan matematik

mendidik para pelajar sehingga ramai antara mereka menjadi saintis, doktor, penyelidik, malah

menteri dan angkasawan yang berjaya dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan lebih 30 tahun

lalu dianggap tidak lagi relevan masa kini. Satu keperitan dalam kehidupan seseorang ialah

adanya idea baharu. Idea baharu, apatah lagi suatu dasar, mungkin mengejutkan seseorang

Page 2: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

2

kerana apa yang kita percayai selama ini rupa-rupanya salah dan apa yang kita amalkan rupa-

rupanya sia-sia.

Pengenalan sesuatu dasar tidak dapat dielakkan kerana dasar adalah sebahagian daripada usaha

kita untuk membina kehidupan yang lebih baik. Untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan

mapan, kita perlu berhadapan dengan cabaran keadaan semasa seperti cabaran globalisasi dan

persekitaran. Kegagalan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran boleh menyebabkan

kita kecewa dan murung. Bagi mengurangkan keperitan yang mungkin terhasil daripada

pengenalan sesuatu dasar, kita perlu memahami dasar berkenaan. Pemahaman kita terhadap

sesuatu dasar pendidikan penting supaya kita jelas mengapa sesuatu dasar itu perlu digubal. Kita

juga boleh seterusnya mengenal pasti apakah yang boleh kita lakukan bagi memastikan dasar

berkenaan dilaksanakan tanpa keperitan dan kesedihan. Bab ini cuba membantu dan

meningkatkan kefahaman kita tentang dasar pendidikan. Ia dimulakan dengan perbincangan

tentang definisi dan kepentingan dasar pendidikan. Ruang lingkup definisi dan kepelbagaiannya

dibincangkan agar kita jelas apakah yang dimaksudkan dengan dasar pendidikan. Kepentingan

sesuatu dasar juga dibincangkan agar kita faham mengapa ianya perlu untuk diperkenalkan. Bab

ini kemudiannya membincangkan bagaimana sesuatu dasar digubal. Penggubalan sesuatu dasar

biasanya melibatkan tiga tahap utama iaitu analisis dasar, pembentukan dasar dan keputusan

dasar sehingga ianya membentuk pernyataan dasar. Penggubalan sesuatu dasar dianggap kritikal

kerana ianya melibatkan keputusan politik. Seterusnya, Bab ini membincangkan pelaksanaan

sesuatu dasar. Kebanyakan masalah berkait dengan dasar pendidikan timbul di peringkat

pelaksanaan terutamanya apabila kita menggunakan pendekatan berpusat atas ke bawah dalam

penyampaian dasar pendidikan. Bab ini akhirnya membincangkan bagaimana kita boleh

Page 3: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

3

menghadapi perubahan dan tekanan akibat daripada pengenalan sesuatu dasar baharu dalam

bidang pendidikan.

DEFINISI DASAR

Dasar boleh didefinisikan dalam pelbagai bentuk dan cara berdasarkan kegunaannya.

Pendefinisian sesuatu dasar seringkali mengelirukan kerana ianya dilakukan dengan merujuk

kepada keputusan pengurusan, panduan amalan, kata putus ketua organisasi atau peraturan yang

termaktub dalam undang-undang. Definisi dasar juga berbeza antara dasar asas seperti

penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan dasar

prosedur seperti pengurusan kewangan sekolah. Perbezaan definisi dasar juga dapat dilihat antara

dasar preskriptif seperti dasar persekolahan yang menghendaki kanak-kanak perlu menghadiri

sekolah apabila mencapai usaha enam tahun dan dasar permisif seperti dasar kelayakan

mendapat bantuan makanan dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Selain itu,

definisi dasar juga berbeza antara dasar yang menyatakan keperluan piawaian dalam pentadbiran

seperti “Kakitangan dihendaklah merekodkan kedatangan ke pejabat sebelum jam 8:30 pagi”

dengan dasar peribadi yang biasa kita amalkan seperti “Jangan ganggu saya selepas jam 11

malam”. Walaupun kesemua contoh di atas boleh dianggap sebagai satu dasar, ianya mempunyai

maksud dan tujuan yang berbeza. Kita akan lebih mendekati definisi dasar sekiranya kita boleh

membezakan antara apa yang dikenali sebagai dasar awam yang digubal untuk kepentingan

awam dengan apa yang dikenali sebagai dasar peribadi yang dipercayai dapat membahagiakan

seseorang (Howlett dan Ramesh, 1995).

Page 4: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

4

First (1992) secara ringkasnya mendefinisikan dasar sebagai satu visi arah yang hendak dituju

dan garis panduan untuk mencapainya. Stone (1997) pula mendefinisikan dasar sebagai satu

cubaan berasional untuk mendapatkan objektif. Malah suatu dasar adalah satu set objektif yang

secara perundangan mengiktiraf nilai, kepercayaan dan pandangan penggubalnya (Prunty, 1985).

Pada asasnya sesuatu dasar boleh didefinisikan sebagai satu tuntutan bagi tindakan kekal yang

adil, tetapi boleh diubah suai, bertujuan untuk memastikan pengubahsuaian yang optima antara

kebaikan yang berlainan yang semuanya perlu diperoleh meskipun kesemuanya tidak boleh

dimaksimumkan (Green, 1994). Dalam keadaan semua pilihan yang kita ada mempunyai

kebaikan, walaupun bertentangan, kita perlu membuat keputusan memilih pilihan yang

mempunyai lebih banyak kebaikan secara relatif berbanding dengan pilihan yang lain dengan

tujuan untuk mengurangkan risiko dan konflik yang mungkin timbul. Kita katakan keputusan

pilihan kita sebagai dasar.

Justeru, kita tidak akan ada pernyataan dasar yang lengkap sehingga kita dapat menyatakan nilai

atau kebaikan daripada mana sesuatu persoalan atau masalah timbul. Sebagai contoh, persoalan

kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Persoalan, masalah dan isu

berkenaan boleh dijelaskan dalam satu set nilai atau kebaikan pilihan yang tidak serasi seperti

berikut:

Memandangkan bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, ekonomi dan perdagangan antarabangsa

masa kini, kita perlu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Justeru, kita perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan

matematik dari peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.

Page 5: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

5

Bagi menyatu padukan rakyat daripada pelbagai kaum dan keturunan serta membina jati diri

dalam kalangan mereka, kita perlu menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Kebangsaan.

Justeru, kita perlu menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran semua mata

pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.

Dalam keadaan terdapat pelbagai pilihan yang semuanya mempunyai kebaikan tetapi tidak serasi

antara satu sama yang lainnya, kita perlu membuat keputusan pilihan yang manakah yang perlu

diambil. Tanpa keputusan yang dikenali sebagai dasar, kita akan berhadapan dengan konflik

kerana pilihan yang kita ada semuanya mempunyai kebaikan (Kingdon, 1994; Levin 1998).

Misalnya, sekiranya kita memaksimumkan salah satu daripada kedua-dua kebaikan pilihan di

atas, tindakan kita akan mengekang atau menghalang kemajuan kebaikan pilihan yang satu lagi.

Masalah ketiadaan dasar yang jelas akan berakhir dengan konflik kerana kita menerima kesemua

matlamat kebaikan pilihan yang kita ada, tetapi kita tidak boleh memaksimumkan kebaikan

kesemuanya. Jika diteliti, semua isu awam termasuk isu pendidikan, malah isu peribadi,

mempunyai ciri ini. Ciri-ciri nilai dan kebaikan pilihan ini tergolong dalam satu set kebaikan

sosial yang kesemuanya perlu diambil kira, akan tetapi jika diambil kesemuanya yang saling

tidak serasi, kita akan berhadapan dengan konflik.

KEPENTINGAN DASAR

Dasar diperlukan bagi memastikan kita memaksimumkan kebaikan sesuatu pilihan berbanding

dengan kebaikan pilihan yang lain bagi mengelakkan konflik yang mungkin timbul. Dasar sering

diperkenalkan daripada semasa ke semasa disebabkan banyak faktor. Antara tiga faktor utama

Page 6: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

6

mengapa sesuatu dasar pendidikan diperkenalkan adalah kerana sistem dan aktiviti pendidikan

yang sedia ada sudah ketinggalan dan semakin rumit, desakan akibat pertambahan penduduk dan

perubahan aspirasi penduduk serta keterbatasan sumber pendidikan (Farrell, 1997).

Perubahan sering berlaku dalam kehidupan kita. Perubahan berlaku sama ada secara semula jadi

atau dirancang (Mohd. Majid, 2003). Sama ada kita suka atau tidak, perubahan biologi seperti

ketuaan tetap berlaku. Sebahagian besar perubahan semula jadi tidak boleh dielak, tetapi kita

boleh mengurangkan risikonya. Kita tidak boleh menahan hujan daripada turun dengan lebat dan

berterusan, namun kita boleh berusaha mengurangkan risiko banjir dengan membina empangan

seperti Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir di Terengganu atau menyediakan saliran air

yang canggih seperti terowong SMART di Kuala Lumpur. Seseorang secara semula jadi boleh

belajar untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran daripada persekitarannya sepanjang mereka

membesar daripada peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa dan tua, namun kita

boleh merancang agar pendidikan seseorang itu lebih menyeluruh dan sempurna sebagaimana

yang kita hasratkan.

Justeru, penggubalan dasar dan perancangan pendidikan telah dilakukan sejak dahulu kala.

Penggubalan dasar dan perancangan pendidikan dikatakan semakin rancak sejak negara kita,

malah negara lain di benua Afrika dan Asia, mencapai kemerdekaan. Hatta negara maju seperti

Amerika Syarikat dan England juga memperkenalkan banyak dasar pendidikan terutama selepas

kerosakan dan kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua (Farrell, 1997). Selepas merdeka, kita

memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang matlamat utamanya adalah untuk menyatu

padukan rakyat berbilang bangsa dan agama dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai

Page 7: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

7

bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pelbagai dasar, peraturan, strategi,

kaedah dan aktiviti diperkenalkan dari semasa ke semasa selepas itu yang bertujuan untuk

menyesuaikan sistem pendidikan dengan keadaan dan keperluan semasa, termasuk

memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik (KPM,

2001, 2007; Kerajaan Malaysia, 2006; KPT, 2007).

Kerumitan Sistem Pendidikan

Pengenalan dasar baharu yang sesuai dengan keperluan semasa mungkin bersaing, malah

mungkin bertentangan dengan dasar, peraturan, strategi, kaedah dan aktiviti pendidikan semasa

yang diamalkan. Pengenalan dasar baharu seringkali menuntut perubahan, tuntutan, anjakan atau

penyimpangan dalam amalan pendidikan sedia ada. Hal ini boleh menyebabkan aktiviti

pendidikan yang sedia ada diamalkan ketinggalan dan sistem pendidikan yang diguna pakai

semakin rumit. Dasar pemberian pinjaman buku teks kepada seluruh murid sekolah mulai tahun

2008 mungkin menuntut perubahan yang semakin rumit terhadap prasarana, kemudahan,

penerbitan, pengangkutan, penyimpanan serta amalan pengurusan dan pengendalian buku teks

sedia ada disebabkan bilangan buku yang semakin bertambah bilangannya daripada dasar

memberi buku teks kepada murid yang layak sahaja sebagaimana yang diamalkan selama ini.

Pertambahan dan Perubahan Aspirasi

Sebagai sebuah institusi sosial, institusi pendidikan dituntut untuk memenuhi keperluan dan

harapan masyarakat. Institusi pendidikan seharusnya dapat memenuhi cita-cita dan aspirasi

masyarakat pada mana sistem itu diwujudkan. Justeru, institusi pendidikan perlu berubah

mengikut perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Pertambahan penduduk yang mendadak,

Page 8: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

8

khususnya selepas Perang Dua Kedua menuntut penyediaan peluang dan ruang pendidikan yang

lebih luas bagi pendidikan formal. Penghijrahan penduduk dalam atau luar negara juga menuntut

kepada penyediaan prasarana, kemudahan, pendekatan dan aktiviti pendidikan yang baharu.

Senario penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar menyebabkan tuntutan kepada

kemudahan pendidikan di bandar semakin tinggi.

Tuntutan terhadap institusi pendidikan semakin bertambah rumit apabila aspirasi masyarakat

berubah dengan cepat. Belum pun sempat sistem pendidikan menyedia prasarana untuk

memenuhi aspirasi baharu masyarakat, aspirasi mereka berubah lagi. Perubahan aspirasi yang

pantas mutakhir ini dikatakan berpunca daripada kecanggihan dan kepantasan teknologi

maklumat dan komunikasi. Suatu ketika dahulu ramai daripada kalangan ibu bapa sudah

berterima kasih sekiranya anak-anak mereka dapat bersekolah rendah atau dapat memasuki

Sekolah Berasrama Penuh. Kini, ibu bapa masih tidak berpuas hati seandainya anak mereka tidak

dapat memasuki institusi pengajian tinggi. Malah ramai antara ibu bapa yang akan kecewa

sekiranya anak-anak mereka yang berkelulusan universiti dengan ijazah kepujian masih tidak

mendapat pekerjaan sebaik sahaja mereka bergraduat.

Perubahan aspirasi ini menuntut perubahan dasar. Misalnya, dasar dan fungsi universiti yang

secara tradisinya sebagai gedung penjana ilmu melalui penyelidikan terpaksa dikaji semula

dengan menyediakan program pengajian akademik yang cuba memenuhi keperluan dan

permintaan majikan dan industri (Nik Mustapha, 2007; Rafiah Salim, 2007; Sharifah Habsah,

2007). Senario perubahan seperti ini kemudiannya menuntut agar dasar dan cara baharu

digunakan bagi menyediakan program pengajian, penyampaian dan penaksirannya yang relevan

Page 9: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

9

berasaskan hasil pembelajaran dan kemahiran insaniah (Mohd. Majid dan Zakaria, 2007; Zakaria

dan Mohd. Majid 2007). Bagi memastikan program yang ditawarkan setanding dengan program

yang serupa di peringkat antarabangsa, program tersebut perlulah memenuhi Kerangka

Kelayakan Malaysia (Zita, 2007). Keghairahan terhadap pendidikan tinggi juga menuntut

pendemokrasian pendidikan dan penyediaan peluang pendidikan yang lebih luas dan terbuka

termasuk menggunakan penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dalam

penyampaian pendidikan (Asirvatham, 2007; Anuar Ali, 2007). Rentetannya juga menyebabkan

dasar tadbir urus pendidikan tinggi diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (Hassan

Said, 2007).

Keterbatasan Sumber

Keperluan baharu terhadap kepercayaan dan amalan pendidikan memerlukan sumber-sumber

pendidikan yang sedia terbatas. Keperluan pengajaran berpusatkan pelajar di institusi pengajian

tinggi memerlukan bukan sahaja prasarana, kemudahan dan peralatan baharu yang canggih dan

sesuai, malah menuntut agar kepercayaan dan pegangan pengajaran dan pembelajaran lama

pensyarah, pentadbir, staf sokongan dan pengurusan utama universiti ditinggalkan, walaupun

sebahagiannya terbukti berjaya. Pengenalan dasar baharu memerlukan penerokaan dan

penghayatan terhadap kepercayaan dan amalan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan pelajar (Mohd. Majid dan Zakaria, 2007). Isu keterbatasan sumber biasanya semakin

genting disebabkan sumber-sumber baharu yang diperlukan belum atau tidak dapat disediakan

dengan segera sedangkan sumber-sumber lama yang tersedia tidak dapat digunakan bagi

melaksanakan dasar baharu (Fullan, 2003; Mohd. Majid, 2003).

Page 10: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

10

PENGGUBALAN DASAR

Pada asasnya penggubalan dasar dibuat secara demokrasi yang mana mereka yang ditadbir boleh

mengambil bahagian dalam kerajaan (Ball, 1990; Dahl, 1998). Meskipun penggubalan sesuatu

dasar termasuk dasar pendidikan dikatakan proses yang tidak rasional, terdapat teori yang boleh

menjelaskan pengaruh dan mekanisme yang menentukan sesuatu dasar (Theodoulou dan Cahn,

1995; Edmondson, 2005). Theodoulou dan Cahn (1995) mengemukakan susun atur penggubalan

dasar yang mencadangkan bagaimana individu dan kelompok yang berlainan mempengaruhi

pengkonsepan dasar melalui empat tahap iaitu kepelbagaian, elit teori, pengkorporatan dan teori

sub-kerajaan. Edmondson (2005) mengembangkan model Theodoulou dan Cahn (1995) dengan

mengemukakan teori kepelbagaian kritikal. Umumnya, terdapat tiga langkah dalam penggubalan

dasar (Green, 1994). Pertama ialah menganalisis dasar, kedua menggubal dasar dan ketiga

memutuskan dasar. Ketiga-tiga langkah ini tidak saling ekslusif, malah saling bergantungan.

Analisis Dasar

Analisis dasar boleh diertikan sebagai penilaian rasional atau teknikal tentang kelebihan bersih

hasil daripada pelbagai pilihan dasar. Analisis dasar menentukan yang manakah antara set

kebaikan yang perlu dimajukan, dan yang mana pula set kebaikan yang tidak perlu dimajukan,

serta apakah kebaikannya setiap pilihan. Asas analisis dasar adalah seperti menganalisis

kebaikan kita menerima panggilan telefon pada bila-bila masa meskipun pada waktu lewat

malam dan di mana sahaja kita berada berbanding dengan kebaikan untuk kita mendapat rehat

dan tidur yang secukupnya. Ringkasnya, analisis dasar melibatkan pengenal pastian rasional,

teknikal dan analitikal tentang kebaikan bersih dengan mengambil tindakan X, dan bukannya

persoalan sama ada tindakan X adalah tindakan yang baik diambil. Justeru, dalam analisis dasar

Page 11: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

11

kita mengemukakan soalan-soalan bagi menentukan jawapan yang rasional, teknikal dan

analitikal tentang kelebihan sesuatu set kebaikan berbanding dengan set kebaikan yang lain.

Pembentukan Dasar

Pembentukan dasar adalah aktiviti pada mana kita mendapatkan persetujuan tentang apakah

bentuk dasar khusus yang boleh diguna, dan bukannya bentuk apa yang sepatutnya diambil.

Aktiviti pembentukan dasar melibatkan perbincangan, rayuan, pujukan, perdebatan dan

mesyuarat dengan pelbagai pihak yang berkepentingan antaranya pihak yang menulis peraturan,

mengeluarkan peruntukan, mengubal prosedur dan menulis garis panduan. Peringkat

pembentukan dasar biasanya melibatkan teori pembentukan dasar yang boleh dikelaskan kepada

pengurusan kerajaan dan retorik. Teori pengurusan kerajaan melibatkan teori politik antara

agensi, yang antara lain berpegang kepada pandangan “jangan ambil bidang kuasa” agensi yang

sedia ada. Teori retorik juga berlaku apabila sesuatu dasar dengan nama tertentu tidak dapat

dimajukan, sedangkan dasar yang serupa atau sama tetapi menggunakan nama lain dapat

diterima pakai dengan mudah.

Keputusan Dasar

Keputusan dasar boleh ditafsirkan sebagai tindakan autoritatif sesuatu agensi, pentadbiran atau

perundangan pada mana sesuatu tindakan dibentuk. Keputusan dasar adalah proses atau aktiviti

penamatan sementara dalam suatu tindakan kerajaan yang berterusan (Ball, 1998). Sebagai

contoh, isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kementerian Pelajaran

mempunyai kuasa terhadap sama ada menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan

matematik atau tidak. Keputusan ini pada asasnya adalah sementara dan semakan akan dilakukan

Page 12: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

12

sama ada tahun depan atau sepuluh tahun lagi, bergantung kepada kesan politik (Fuller dan

Robinson, 1992; Halpin dan Troyna, 1995; Ball, 1998). Justeru, teori keputusan dasar adalah

bersandarkan kepada teori ketatanegaraan iaitu teori politik dan teori undang-undang, yang mana

kuasa diagihkan, kepatuhan terhadap keputusan dasar ditugaskan kepada seluruh struktur

institusi politik dan agen pihak berkuasa dikehendaki mengambil tindakan sewajarnya (Howlett

dan Ramesh, 1995; Ball, 1998).

Keputusan dasar biasanya melibatkan analisis berpolitik (Ball, 1990, 1998; Cross, 2004). Tidak

seperti analisis dasar yang menentukan faedah bersih bagi sesuatu tindakan, analisis berpolitik

mengukur kesan politik sesuatu dasar. Contohnya, apakah kesan politik pengenalan dasar

pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Matlamatnya bukanlah semata-mata

menentukan faedah sosial bagi sesuatu dasar, tetapi menentukan sokongan pengundi dan

seterusnya kelangsungan politik mereka yang membuat keputusan dasar (Ball, 1990; Ball, 1998).

Jika analisis dasar prihatin terhadap penentuan tindakan yang boleh menghasilkan kebaikan

dalam menggunakan barangan awam, analisis berpolitik prihatin terhadap anggaran siapa akan

mengundinya? (Ball, 1990; Dahl, 1998). Analisis berpolitik prihatin terhadap isu sama ada apa

yang baik untuk dilakukan adalah sama dengan apa yang baik dilakukan. Pada asasnya, teori

analisis berpolitik adalah teori tingkah laku berpolitik (Ball, 1990).

Ringkasnya, teori analisis dasar adalah teori faedah kegunaan sesuatu tindakan dengan menyusun

dan memeringkatkan pilihan-pilihan dasar berasaskan kepada anggaran kebaikan bersih setiap

satunya. Tidak seperti teori analisis dasar, teori pembentukan dasar adalah teori politik antara

agensi yang melibatkan proses pentadbiran bagi menentukan apakah tindakan yang akan dipilih

Page 13: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

13

dan bagaimana membentuknya. Teori keputusan dasar adalah teori politi iaitu teori di sebalik

kedudukan autoriti (Ball, 1990). Teori analisis berpolitik pula adalah teori tingkah laku

berpolitik. Sekiranya kita teliti senario yang berlaku dalam keempat-empat peringkat

penggubalan dasar di atas, kita akan dapati pelbagai konflik mungkin timbul di dalam dan di

antara peringkat penggubalan dasar.

Satu cara untuk mengurangkan konflik di dalam dan antara peringkat penggubalan dasar adalah

melalui penilaian dan penyelidikan dasar (Anderson dan Biddle, 1991; Ball, 1998). Penilaian dan

penyelidikan dasar boleh membantu setiap aktiviti penggubalan tetapi tidak dengan cara dan

tahap yang sama. Piawaian rasional bagi analisis dasar adalah piawaian taakulan berteori,

sedangkan piawaian keputusan dasar dan analisis berpolitik adalah piawaian keputusan berpolitik

(Ball, 1990). Perbezaan ini boleh menjelaskan mengapa persoalan “Apa yang kita perlu

lakukan?” akan mendapat satu jawapan jika diberi kepada analisis dasar, sedangkan jika diberi

kepada analisis berpolitik dan keputusan dasar, kita akan mendapat jawapan yang berlainan.

Ringkasnya, keputusan berpolitik adalah aktiviti praktikal, sedangkan hasil keputusan aktiviti

tersebut mungkin berlainan daripada atau bercanggah daripada keputusan analisis dasar. Penilai

dan penyelidik boleh memberi sumbangan setakat analisis dasar, dan mungkin di peringkat

pembentukan dasar, tetapi jarang berpeluang ke tahap keputusan dasar kecuali beliau adalah

seorang ahli politik atau penasihat politik.

Page 14: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

14

Pernyataan Dasar

Pernyataan dasar adalah prosedur khusus yang memastikan operasi sesuatu dasar berada dalam

keadaan selamat (Stone, 1997). Pernyataan dasar ditulis sebagai dokumen dalam bentuk manual

yang membahagikan tanggungjawab tertentu. Sebagai contoh, prosedur mungkin menghendaki

kita sebagai guru mengajar murid dengan menggunakan komputer. Sebagai pentadbir pula,

prosedur mungkin menghendaki kita memastikan semua guru mengajar dengan menggunakan

komputer pada masa yang ditentukan.

Pernyataan dasar juga memberitahu pembaca tentang kekangan yang mungkin berlaku apabila

sesuatu dasar diperkenalkan dan apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya.

Sebagai contoh, sekiranya sesebuah sekolah kekurangan guru, prosedur pengambilan guru boleh

digunakan. Kita boleh merujuk kepada prosedur pengambilan guru tentang bagaimanakah untuk

memohon peruntukan guru tambahan.

Pembuat dasar mempunyai pilihan tentang objektif yang hendak dicapai dan instrumen yang

hendak digunakan. Walaupun kerajaan tidak semestinya memilih satu-satu objektif secara

ekslusif, adalah penting untuk kerajaan menimbang yang manakah antara objektif yang lebih

penting dan sejauhmanakah perkembangan sesuatu objektif yang mereka sanggup korbankan

bagi memberi ruang kepada objektif yang lain berkembang (Ball, 1998). Jika pembuat dasar jelas

tentang keutamannya antara pelbagai objektif dasar, maka beliau akan lebih mungkin untuk

memilih set instrumen yang lebih cekap bagi menggalakkan pencapaian objektif berkenaan. Jadi,

secara konsep terdapat dua pilihan bagi pernyataan dasar. Pertama, pilihan objektif dan kedua

pilihan instrumen terbaik yang mana yang boleh digunakan bagi mencapai objektif yang terpilih.

Page 15: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

15

Pada amalannya, perbicangan tentang isu dasar di negara membangun dan sedang membangun

selalunya gagal membezakan dengan jelas antara instrumen dan objektif atau masalah yang mana

sesuatu dasar sepatutnya menyelesaikannya. Lanjutan dari kecelaruan fikiran, kumpulan tertentu

yang tidak mempunyai kuasa sosial, ekonomi dan politik tetapi mempunyai pemimpin yang bijak

berbicara berupaya untuk mencelah mempengaruhi dasar sehingga mendatangkan risiko kepada

negara dan rakyatnya (Lewin dan Stuart, 1991).

Terdapat beberapa ciri sesuatu pernyataan dasar (First, 1992). Pernyataan dasar adalah

pernyataan tentang kedudukan dan bukannya tentang prosedur. Apa yang dinyatakan juga diguna

pakai kepada populasi yang didefinisikan secara jelas. Pernyataan dasar juga tidak mempunyai

rujukan masa yang tertentu. Kita juga menjangka yang pernyataan dasar diguna pakai pada

kawasan yang tertentu pada mana pihak berkuasa mempunyai autonomi, pengaruh atau kawalan.

Sebagai contoh, dasar Rancangan Makanan dan Pemakanan Tambahan adalah jelas yang mana

ianya menyatakan kedudukan murid yang layak mendapat bantuan makanan, diguna pakai pada

populasi yang mendapat pendapatan yang rendah, tidak dinyatakan masa pencapaiannya dan

diguna pakai pada kawasan yang dibenarkannya iaitu seluruh negara termasuk Sabah dan

Sarawak.

PELAKSANAAN DASAR

Pelaksanaan bermaksud cara sesuatu dasar dilaksana untuk memberi kesan berkait dengan tujuan

dasar tersebut digubal. Proses pelaksanaan mungkin melibatkan banyak pihak dan aras hiraki

yang setiap satunya boleh mengubah keadaan dasar daripada yang diputuskan. Pelaksanaan

Page 16: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

16

melibatkan satu proses mengerakkan dasar daripada yang diputuskan kepada operasinya. Justeru

memahami perubahan dasar semasa pelaksanaannya merupakan keperluan bagi mengkaji

bagaimana dasar mungkin berubah melalui pelaksanaannya daripada bentuk yang asal (Fullan,

2003). Kita tidak perlu risau tentang perubahan terhadap dasar semasa pelaksanaannya sekiranya

manusia bertingkahlaku seperti tindakbalas kimia kerana ianya boleh dijangka. Jangkaan

terhadap apa yang akan berlaku kepada dasar semasa dilaksanakan dirumitkan lagi kerana

tindakan adalah pelbagai bagi individu yang berbeza meskipun faktor asal tidak berubah.

Sebagai contoh, dua orang pentadbir yang menjawat jawatan yang serupa mungkin mentafsir

pelaksanaan sesuatu dasar dengan cara berbeza disebabkan perspektif falsafah mereka yang

berbeza.

Apabila sesesorang individu atau badan penggubal dasar menentukan sesuatu dasar, tidak ada

siapa yang boleh pastikan yang dasar tersebut akan dilaksanakan sebagaimana niat asal ianya

digubal. Apabila badan penggubal dasar mengarahkan pegawai sesuatu institusi melaksanakan

dasar baharu dan tidak memberi definisi kekangan dan batasan operasi sebagaimana yang sering

berlaku, tidak ada cara untuk kita tahu bagaimana pelaksanaan dasar akan berlaku dan dengan

apa cara ianya berlaku (McLauglin, 1997). Dalam keadaan seperti ini, tidak boleh dielak yang

pelaksanaan akan dipengaruhi oleh persepsi individu (Fullan, 2003).

Mutasi boleh berlaku semasa dasar diproses melalui aras hiraki sesuatu organisasi. Sesuatu aras

hiraki mungkin berbeza kerana sebahagiannya ditugaskan sebagai penggubal dasar manakala

yang lainnya ditugaskan sebagai pelaksana dasar. Bahagian-bahagian kementerian, negeri dan

daerah menggubal dasar yang kemudiannya diharap dilaksanakan oleh para guru. Dasar boleh

Page 17: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

17

diubah atau ditukar oleh pegawai institusi daripada peringkat pengenalan kepada pelaksanaan

berdasarkan kepada pengkonsepan mereka yang banyak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi

atau institusi. Individu biasanya cuba mengelak dan memperkecilkan sesuatu dasar atau inisiatif

atau sekurang-kurangnya menolak untuk berusaha untuk melaksanakan sesuatu dasar meskipun

mereka berkata menyokongnya (Fullan, 2003). Contohnya, ramai guru yang bersetuju keperluan

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid tetapi mereka merungut untuk

melaksanakan pengajarannya dalam sains dan matematik. Justeru, iltizam organisasi yang

diketuai oleh pemimpinnya memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu dasar dapat

dilaksanakan oleh individu dalam organisasi dengan jayanya.

KEJAYAAN DASAR

Kejayaan sesuatu dasar sangat bergantung kepada sejauhmana sesuatu dasar difahami, dihayati

dan direalisasikan pada peringkat individu dan institusi. Menurut Per Dalin (1993), terdapat tiga

peringkat pada mana perubahan perlu berlaku iaitu peringkat rentas rasional, rasional dan sub-

rasional. Pada aras rentas rasional, nilai sesuatu dasar dibina dan ditafsir sebagai metafizik

berasaskan kepada kepercayaan, kod etika dan pandangan moral. Contohnya teori evolusi dan

pengklonan manusia. Institusi sekolah biasanya tidak jelas tentang nilai mereka pada peringkat

rentas rasional.

Pada aras rasional pula nilai sesuatu dasar ditanggap dan dibina dalam konteks norma, amalan,

jangkaan dan piawai sosial berdasarkan kepada justifikasi yang dipersetujui oleh kumpulan iaitu

ahli-ahli sesebuah organisasi. Contohnya pemakaian lencana nama. Sekolah biasanya memahami

nilai-nilai keperluan memakai lencana nama sebagaimana yang dinyatakan dalam norma,

Page 18: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

18

peraturan, kurikulum dan amalan harian sekolah. Pada aras subrasional pula, nilai sesuatu dasar

adalah sebahagian keperluan dan perasaan individu berasaskan kepada tindakan langsung dan

berasas. Pada peringkat ini nilai-nilai individu adalah bersifat asocial dan amoral. Pilihan

individu mempunyai pengaruh yang besar terhadap individu guru. Individu guru sangat

berpengaruh dan menjadi nadi serta penentu kepada budaya sekolah (Fullan, 2003; Gardner,

2006).

Justeru, strategi yang sesuai perlu dilakukan bagi merubah budaya sekolah dengan menganggap

sekolah sebagai unit perubahan. Sekolah harus bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Perlu

wujud rasa kepunyaan bersama bagi memastikan warga sekolah bermotivasi dan melibatkan diri

dalam perubahan. Apa yang terbaik bagi sekolah adalah apa yang terbaik pada pandangan guru;

maka mereka perlu bertanggungjawab terhadap hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat

juga keperluan untuk menganggap perubahan adalah proses pembelajaran, maka budaya

pembelajaran mesti wujud dalam masyarakat. Sekolah juga perlu terbuka kerana perubahan pada

satu aspek mendatangkan kesan kepada aspek lain.

RUMUSAN

Institusi pendidikan dan masyarakat akan dapat menangani perubahan pendidikan dan

melahirkan graduan sebagaimana harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sekiranya

seluruh warganya serta pihak berkepentingan pendidikan berkerjasama secara berpasukan

mewujudkan budaya pembelajaran. Melalui budaya pembelajaran, perubahan minda dalam

kalangan warga sekolah dapat dilakukan secara berterusan kerana sebagaimana pandangan

Howard Gardner (2006), perubahan pendidikan akan berlaku secara serentak dengan perubahan

Page 19: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

19

minda yang berlaku secara berperingkat dari peringkat individu, kumpulan dan seterusnya

institusi pendidikan. Justeru, komitmen yang tinggi dalam kalangan warga pendidikan perlu

dijelmakan agar akhirnya kita dapat melahirkan pelajar yang kita sama-sama impikan

sebagaimana aspirasi dasar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN

Anderson, D. S. and Biddle, B.J. (1991). Knowledge for Policy: Improving Education

through Research. London: Falmer.

Anuar Ali (2007). ICT: Democratising Education. Monograf Persidangan Pengajaran dan

Pembelajaran Di Peringkat Pengajian Tinggi 2007. Serdang: Pusat Pembangunan

Akademik, UPM.

Asirvatham, D. (2007). SCORM 2004: Developing Content for Adaptive E-Learning

Environment. Monograf Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Di Peringkat Pengajian

Tinggi 2007. Serdang: Pusat Pembangunan Akademik, UPM.

Ball, S. (1990). Politics and Policy Making in Education. London: Routledge.

Ball, S. (1998). Big policies/small world: an introduction to international perspectives in

education policy. Comparative Education, 34(2): 119-129.

Cross, C. (2004). Political education. National policy comes of age. New York:

Teacher’s College Press.

Dahl, R. (1998). On Democracy. London: Yale University Press.

Edmondson, J. (2005). Policymaking in education: Understanding influences on the Reading

Excellence Act. Education Policy Analysis Archieves, 13(11).

Farrell, J. (1997). A retrospective on educational planning in comparative education.

Comparative Education Review, 41(3): 277-314.

First, P.F. (1992). Educational Policy for School Administrators. Needham Heights,

MA: Allyn and Bacon

Fullan, M. (2003). The New Meaning of Educational Change, 3rd

Ed. London: Cassell.

Fuller, B. & Robinson, R. (1992). The Political Construction of Education. NY: Praeger

Page 20: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

20

Gardner, H. (2006). Changing Minds: The Art and Science of Changing Our Own and Other

People’s Minds. Boston: Harvard Business School Press.

Green, T.F. (1994). Policy Questions: A Conceptual Study. Education Policy Analysis Archieves,

2(7).

Halpin, D. & Troyna, B. (1995). The politics of educational policy borrowing. Comparative

Education, 31(3).

Hassan Said (2007). Dasar dan Tadbir Urus. Monograf Persidangan Pengajaran dan

Pembelajaran Di Peringkat Pengajian Tinggi 2007. Serdang: Pusat Pembangunan

Akademik, UPM.

Howlett, M. & Ramesh, M. (1995). Studying Public Policy: Policy Cycles and Policy

Subsystems. Toronto: Oxford University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala

Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, September 2001

Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi (2007). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara, 2007-2010.

Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi.

Kerajaan Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9, 2006-2010. Kuala Lumpur: Unit

Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Kingdon, J. (1994). Agendas, Alternatives and Public Policies, 2nd

Ed. New

York:HarperCollins.

Levin, B. (1998). An epidemic of education policy: (what) can we learn from each other?

Comparative Education, 34(2): 131-141.

Lewin, K. & Stuart, J. (1991). Educational Innovation in Developing Countries: Case Studies of

Changemakers. London: Macmillan.

Lockheed, M. & Verspoor, A. (1990). Improving Primary Education in Developing Nation: A

Review of Policy Options. Washington, D.C: World Bank.

M. Bakri Musa, (2003). An Educational System Worthy of Malaysia. Petaling Jaya:

Strategic Information Researach Development.

McLaughlin, M. (1987). Learning from experience: Lessons from policy implementation.

Educational Evaluation and Policy Analysis, 9(2): 171-178.

Page 21: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

21

Mohd. Majid Konting, (1997). Implementing educational innovation: Learning from

the classroom interaction of effective Bahasa Melayu teachers in Malaysia.

Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1): 1-9.

Mohd. Majid Konting, (1998). Teacher effectiveness: the beliefs of effective Bahasa Melayu

teachers. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 6(1):1-12.

Mohd. Majid Konting, (2003). Dasar dan Perancangan Pendidikan. Dalam Zaidatol

Akmaliah Lope Pihie (Eds.), Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan: Satu

Langkah Ke Hadapan. Serdang: Penerbit UPM.

Mohd. Majid Konting dan Zakaria Kasa (2007). Penerapan Hasil Pembelajaran dan Kemahiran

Insaniah dalam Kurikulum Pengajian Tinggi. Monograf Persidangan Pengajaran dan

Pembelajaran Di Peringkat Pengajian Tinggi 2007. Serdang: Pusat Pembangunan

Akademik, UPM.

Nik Mustapha Raja Abdullah (2007). Institusi Pengajian Tinggi Penjana Pembangunan Modal

Insan Kelas Pertama. Monograf Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Di Peringkat

Pengajian Tinggi 2007. Serdang: Pusat Pembangunan Akademik, UPM.

Per Dalin, (1993). Changing the School Culture. London: Cassell.

Prunty, J. (1985). Critical signposts for a critical educational policy analysis. Australian Journal

of Education, 29: 133-140.

Rafiah Salim (2007). The Type of Graduates Needed in An Increasingly Globalised World.

Monograf Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Di Peringkat Pengajian Tinggi 2007.

Serdang: Pusat Pembangunan Akademik, UPM.

Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin (2007). Teaching and Learning Quality in Higher

Education: UKM Experience. Monograf Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Di

Peringkat Pengajian Tinggi 2007. Serdang: Pusat Pembangunan Akademik, UPM.

Stone, D. (1997). Policy Paradox: The Art of Political Decision Making. New York: W.W.

Norton.

Stone, D. (1988). Policy Paradox and Political Reason. New York: HaperCollins.

Sufean Hussin, (2002). Revitalising Education: Some Prospective Policy Innovations. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sufean Hussin (2002b). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taylor, S., Rizvi, F., & Henry, M. (1997). Educational Policy and the Politics of Change.

London: Falmer.

Page 22: MEMAHAMI DASAR PENDIDIKAN - · PDF file1 Diterbitkan dalam Tajularipin Sulaiman (2008) Memperkasakan Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Muka surat 1 – 15. Serdang: Penerbit UPM

22

Theodoulou, S. & Cahn, M. (1995). Public policy: The essential readings. Englewood Cliffs, NJ:

Prentice Hall.

Zakaria Kasa dan Mohd. Majid Konting (2007). Pengajaran di Universiti Penyelidikan.

Monograf Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Di Peringkat Pengajian Tinggi 2007.

Serdang: Pusat Pembangunan Akademik, UPM.

Zita Mohd. Fahmi (2007). The Malaysian Qualifications Agency: ACT 2007 – Outcome

Base Education. Paper presented at Workshop on Outcome-Based Approach: Monitoring

and Assessment organized by Universiti Teknologi Malaysia and Ministry of Higher

Education on 20-21 November 2007 at Equatorial Hotel, Kuala Lumpur.